OSTEMATRIX KURANGKAN SAKIT PINGGANG SEMASA MENGANDUNG

Sudah menjadi lumrah bagi ibu-ibu mengandung, akan sakit pinggang dan sakit belakang terutama apabila kandungan kian membesar.

Macam MS sendiri, mengandungkan Aqil, anak kedua, seawal bulan ke-2 MS dah sakit pinggang yang amat sangat. Paling sakit masa baring. Nak je pergi kiropraktik tapi takkan pulak kan.. Suruh suami tolong picitkan pun tak jalan.


Kenapa ibu hamil boleh sakit pinggang?
Ikut pembacaan MS, sakit pinggang ni berlaku disebabkan oleh kelonggaran ligamen yang mengikat tulang dan sendi.

Selain itu postur tubuh kita semakin tidak stabil, kedudukan ligamen punggung telah 'lari' disebabkan kita nak menampung berat perut yang kian membesar. Pusat graviti kita pun dah berubah serta hormon pun mengendurkan ligamen pada pelvis kita.

Berat bayi dalam kandungan yang semakin membesar juga boleh menekan salur darah dan saraf pada pelvis dan belakang badan.

Adakah sakit pinggang ni bahaya?
Selalunya ia tidak berbahaya. Sakit pinggang akan berkurangan secara perlahan selepas ibu melahirkan bayi :)

Bolehkah sakit pinggang ini dikurangkan?
Kemungkinan boleh. Ibu-ibu boleh cuba cara-cara berikut:

1. Latih postur yang betul
  • berdiri lurus dan tegak
  • angkat dada
  • lurus dan legakan bahu
  • duduk dengan rileks, sandarkan belakang badan dengan bantal lembut
2. Pakai kasut tumit rendah, bukan flat dan sebolehnya pakai kasut yang menyokong tapak kaki

3. Angkat beban (walaupun kecil) dengan kaki, bukan dengan cara membongkokkan badan

4. Tidur mengiring, jangan menelentang.
Makanya 8-9 bulan MS tak boleh nak meregangkan badan..huhuhu.. memang tidur mengiring setiap masa. Kalau nak tidur menelentang, boleh cuba letak bantal di bawah pinggang.

5. Ambil suplemen pelega saraf seperti vitamin B kompleks dan pil kalsium.


Kisah Kawan Saya

Ada seorang kawan, namanya Baiti, semasa di penghujung kehamilan  (anak ke-3)dia ada datang ke rumah mengambil ESP dan Ostematrix. (masa tu MS baru2 pindah Kuantan). Kemudian, tak sempat MS tanya tentang perubahan-perubahan yang dia rasa semasa hamil, dia sendiri yang buka cerita..

Katanya, best makan Ostematrix ni. Dia dah tak sakit pinggang. Kalau tak makan, memang pinggang rasa sakit. Jadi dia ambil paling kurang 2 biji sehari. Sekarang ni, walaupun babynya dah masuk usia 4 bulan, beliau masih lagi makan Ostematrix, malah berkongsi-kongsi pula dengan mak dan neneknya. Haa best kan?

Baru ni dia datang lagi, beli 3 botol Ostematrix. Katanya nak bagi dekat mak dan nenek. Dia cerita dulu mak dia ada sakit-sakit sendi kesan dari demam Cikgunya. Sekarang sakit sendi dah kurang tapi masih rasa kebas-kebas tangan. Lagipun mak dia ada kencing manis. Bila mak dia cuba ostematrix beberapa kali, rasa kebas-kebas tu dah semakin kurang. Alhamdulillah, alhamdulillah. Happy sangat dapat feedback positif macam ni. :)))

Pengalaman Sendiri

Lepas mengandung anak kedua, MS rasa serik nak mengandung lagi tau. Trauma sangat rasa. Serius dalam banyak-banyak mengandung, mengandung anak kedualah rasa pinggang macam nak tercabut.

Nak bongkok tak boleh, nak angkat kaki tak boleh, nak pakai seluar tu, kena duduk dulu kat katil, bentang seluar, baru masuk kaki. Haa punya teruk. Kalau bangun pagi tu lagi laaa..sampai berseret kaki. Huhuhu..

Mengandung anak ketiga, dah tahan sikit, sebab dah makan Ostematrix. Mengandung seterusnya lepas tu, bila kandungan dah sarat barulah sakit. Normallah tu kan.

Alhamdulillah, memang puas hati sangat dengan Ostematrix. Memang wajib ambil masa mengandung ni. Dah berapa kali mengandung, beranak, menyusu, kalau kita tak cukup kalsium, rasakanlah penangannya. Tak payah tunggu tua. Sekarang pun dah boleh rasa.

Sebab?? Anak kita dapat sumber kalsium dari kita. Dia serap dari tulang, dari otot, dari gigi. Kalau kita tak ambil kalsium tambahan, jadi badan kita makin kekurangan kalsium. Sedangkan fungsi kalsium dalam badan ni sangatlah banyak sekali. 

Apa itu Ostematrix??


Ostematrix adalah pil kalsium Shaklee yang membekalkan 1000mg kalsium, 400mg magnesium serta 400IU vitamin D yang mana semua komponen ini sangat penting untuk penyerapan maksimum kalsium serta membolehkan kalsium bertindak lebih baik.

Tahu tak, kekurangan kalsium boleh membawa masalah kekejangan otot kerana kalsium penting untuk membantu pengecutan otot dan kelancaran saraf serta membantu mengekalkan tekanan darah normal?

Jadi, apabila keperluan kalsium mencukupi (lebih-lebih lagi pada ibu mengandung) komplikasi akibat kekurangan kalsium dapat dikurangkan.

Walaupun anda mengambil susu, suplemen Ostematrix sangat membantu penyerapan kalsium daripada susu yang anda minum dengan lebih sempurna kerana Ostematrix mengandungi vitamin D. Tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap secara optima ke dalam darah.

Sebotol Ostematrix berharga RM61 je. Ada 120 biji. Sehari boleh makan 4 biji dan boleh up dos kalau sakit.

Jadi ibu-ibu, jom dapatkan Ostematrix dalam Set Mengandung Shaklee ni.. tak cuba tak tahu, memang best!! Jom beri yang terbaik untuk baby kita sejak mereka dalam kandungan lagi!!

Hubungi:

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994

1 ulasan: