Khasiat Minyak Ikan Omega 3

Minyak ikan bukanlah asing lagi di Malaysia. Kalau dulu, memakan minyak ikan agak pelik dan jarang di titikberatkan oleh ibu bapa.

Kini pengambilan minyak ikan ibarat satu kemestian bagi setiap keluarga kerana kajian demi kajian serta keberkesanan mengamalkan minyak ikan telah terbukti secara teori dan testimoni.


Apa itu minyak ikan?

Minyak ikan ialah lemak atau minyak yang bersumber daripada ikan terutamanya ikan yang kaya lemak seperti ikan salmon, ikan tuna, ikan mackerel, ikan sardin, ikan hering dan sebagainya.

Ikan ini, jika di masak, akan mengeluarkan minyak yang agak berbau (tapi wangi bagi sesetengah orang), pekat dan melekit. Minyak ikan inilah yang sangat kaya dengan asid lemak Omega 3 yang amat baik untuk kesihatan.

Sumber Omega 3 

Ada beberapa jenis asid lemak Omega 3. Tetapi yang amat penting ialah asid lemak DHA (docoahexasaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid).

DHA ialah asid lemak utama yang menjadi komponen penting kepada retina manusia, sperma dan serebral korteks dalam otak manusia.

Sebanyak 40% komponen asid lemak poli-tak tepu (PUFA) di dalam otak kita mengandungi DHA, Manakala  60% pada retina. Separuh daripada berat membran sel plasma terdiri daripada DHA. Susu ibu juga sangat kaya dengan DHA.

Khasiat minyak ikan kepada kesihatan

Penyelidikan ke atas khasiat dan manfaat minyak sentiasa berterusan. Antara khasiat yang dilaporkan ialah:

1. Kesihatan jantung dan salur darah - membantu menstabilkan tekanan darah dan melancarkan perjalanan darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal, membantu menurunkan kolesterol, membantu mencegah strok dan pemulihan pesakit strok, membantu mencegah pembengkakan dalam salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung

2. Menurunkan berat badan - omega 3 membantu membakar lemak dengan berkesan dan membantu mengempiskan perut

3. Lepas bersalin - mengatasi tekanan atau kemurungan post-natal, baby blues atau meroyan lepas bersalin. Oleh itu ia perlu di amalkan sejak dalam kehamilan lagi.

4. Menguatkan aktiviti otak dan memori - menggalakkan sel-sel otak sentiasa berhubung, menguatkan ingatan, menguatkan tumpuan dan daya fokus, mengurangkan rasa mengantuk, mencegah keluapaan dan nyanyuk, mencegah migrain dan sakit kepala.

5. Kesihatan mata - mencegah masalah rabun, dan meningkatkan kesihatan mata.

6. Sistem pertahanan - menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan, alahan, masalah lelah atau ashtma, masalah sistem pernafasan dan peparu

7. Mencegah kanser - kajian menunjukkan omega 3 dapat membantu mencegah kanser peparu, payudara, prostat dan kolon.

8. Bayi dalam kandungan - pengambilan omega 3 semasa hamil dapat meningkatkan perkembangan sensori, motor dan kognitif bayi.

9. Kesihatan sendi - omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan antara sendi. Dengan itu ia memelihara sendi yang sihat kepada pesakit athritis dan gout.

10. Kanak-kanak autisme dan ADHD - membantu menstabilkan emosi, meningkatkan keupayaan otak dan memperbaiki masalah tingkahlaku pada anak-anak autisme dan ADHD.

11. Kecantikan kulit - pengaliran darah yang lancar dapat menyihatkan sel dan dengan itu menjadikan kulit lebih licin, berseri dan kemerah-merahan. Ia juga amat bagus untuk mereka yang ada masalah eczema, gatal-gatal alahan, atau psoriasis.

Khasiat minyak ikan ini memang banyak. Ibnu Sina (dalam buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah) turut menyarankan memakan ikan kerana ia memberi faedah kepada kesihatan manusia.

Percaya tak, penduduk Jepun terutamanya di kawasan beriklim sejuk yang selalu mengambil ikan dalam menu harian mereka di dapati mempunyai insiden sakit jantung yang amat rendah berbanding penduduk di USA, Canada, Eropah Barat dan Australasia.

Ini membuatkan para saintis amat kagum dan membuat kajian serta menyimpulkan bahawa pengambilan minyak ikan amat menyumbang kepada kesihatan jantung dan menurunkan risiko serangan jantung.


Minyak Ikan Terbaik!

Memilih minyak ikan amat perlu berhati-hati. Ini kerana sesetengah jenama di pasaran menggunakan minyak daripada hati ikan dan bukan isinya. Hati ikan bertoksik kerana ia tempat pengumpulan logam berat seperti merkuri dan plumbum yang amat berbahaya untuk kesihatan.

Ada juga jenama yang menggunakan minyak daripada ikan yang diternak, diberi makan makanan ikan (palet), bukan ikan segar yang di tangkap di lautan sejuk yang jauh daripada pencemaran.

Inilah sebab kenapa saya memilih jenama yang di percayai ramai sejak bertahun-tahun iaitu Omega Guard Shaklee.

Ini adalah antara ribuan (malah jutaan) testimoni pengguna minyak ikan terbaik kami.





Saya percaya anda juga ingin memberikan yang terbaik kepada seisi keluarga anda kan?

Hubungi saya untuk mendapatkan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee ini:

Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994



Sharing is Awesome!

3 ulasan:


  1. Info yang menarik mengenai minyak ikan Omega-3. Memang pengambilan minyak ikan Omega-3 seperti Omega Guard Shaklee banyak mendatangkan manfaat kesihatan. Namun pengambilan minyak ikan Omega-3 boleh juga mendatangkan kemudaratan sekiranya ianya diambil dalam dos yang berlebihan iaitu 3g sehari. Antaranya ialah ia boleh mendatangkan 'reversal effect' iaitu sistem imunisasi badan yang sepatutnya menjadi lebih kuat dengan pengambilannya akan menjadi lemah. Akibatnya seseorang itu akan mudah mendapat penyakit berjangkit dan penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. Selain itu, kesan terlebih dos minyak ikan Omega-3 juga ialah darah kita akan menjadi terlalu cair lalu meningkatkan risiko perdarahan luaran dan dalaman.

    BalasPadam
  2. btul ke shaklee ni ambil dari ikan yg ditangkap?ntah2 ikan yg dibela jgk

    BalasPadam
  3. Kalau buat ibu hamil khasiat omega 3 ga perlu diraguin lagi.Menurut penelitian, suplemen Omega 3 (Nature EPA Omega 3 Plus) dan Omega 6 (Nature EPO) yang dikonsumsi bersama-sama akan bekerja sinergis untuk mengatasi kolesterol tinggi. Dan, sebagai makanan kesehatan, manfaat keduanya akan lebih efektif bila dikonsumsi secara teratur, bahkan setelah sehat untuk menstabilkan kadar kolesterol rendah.

    BalasPadam