Enter Keyword

Hari ni saya dapat soalan ini pula,

"Maaf saya bertanya. Saya ada terbaca berkenaan kebaikan Mealshake shaklee iaitu menambahkan selera makan bagi kanak-kanak yg susah makan dan boleh menguruskan badan bagi orang dewasa. Soalan saya, macam mana Mealshake Shaklee ni boleh berkaitan menambahkan selera makan untuk kanak-kanak tetapi dlm masa sama boleh kurangkan berat badan untuk orang dewasa? Sebenarnya saya memang tengah mencari supplement / something yg boleh naikkan selera makan anak saya. Sbb tu saya nak tau lebih lanjut lg..."


Saya sangat pasti ramai ibu2 yang lain pun tertanya-tanya soalan yang sama kan?

Mula-mula kita kena tengok apa kandungan Mealshake Shaklee. Selain vitamin dan asid amino, Meal Shakes mengandungi kacang soya dan lactalbumin (iaitu komponen utama protein susu). Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.

Tahu tak lactalbumin adalah komponen utama dalam susu ibu dan yang kedua melimpah dalam susu lembu? Lactalbumin mengandungi pelbagai manfaat nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin dan bacteriolysine yang sangat penting untuk melawan jangkitan penyakit, kuman dan bakteria serta meningkatkan fungsi imun kanak-kanak.

Bagaimana Meal Shakes meransang selera kanak-kanak dan menambah berat badan mereka?
Lactalbumin (alpha lactalbumin khususnya) terdiri daripada beberapa asid amino seperti tryptophan dan cystein. Tryptophan penting dalam sintesis kimia penting otak seperti serotonin yang meningkatkan mood kanak-kanak serta mengawal tekanan. Cystein pula penting untuk sintesis glutathione yang penting dalam mengekal dan menjana sel yang sihat. 

Saintis  (dalam Journal Nutrition) menunjukkan supplemen lactalbumin  yang menyamai susu ibu itu adalah faktor penting dalam nutrisi bayi terutamanya bayi pra-matang supaya perkembangan mereka meningkat dengan cepat. Inilah sebab kanak-kanak yang mengambil MealShake lebih sihat dan berat badan naik secara normal.

Fakta yang lagi best, lactalbumin dalam susu ibu inilah yang mencegah kanser payudara pada ibu menyusu!

Untuk meningkatkan berat badan kanak-kanak (juga dewasa), digalakkan mengambil Meal Shakes (ikut sukatan) selepas hidangan utama atau between meal. Perlu diingat, untuk meningkatkan berat badan, pengambilan masuk kalori perlu LEBIH BANYAK daripada kalori dibakar.

kalori masuk > kalori dibakar

Pembinaan otot semasa pengambilan protein tambahan juga akan meningkatkan jisim otot dengan itu berat badan bertambah.

Bagaimana pula Meal Shakes membantu menurunkan berat badan bagi dewasa?
Seperti yang kita tahu, lactalbumin adalah komponen protein susu. Protein (sama ada whey atau soya) memainkan peranan dalam pembinaan otot. Penyelidik juga mendapati protein susu ini mampu mengurangkan selera makan dan mengekalkan aras gula darah (indeks glisemik rendah). Ini membantu mengurangkan risiko obesiti dan diabetes. 

Untuk menurunkan berat badan, digalakkan mengambil Meal Shakes semasa perut kosong atau sebagai pengganti hidangan utama. Protein shakes ini mengekalkan kandungan gula dalam darah jadi kita akan rasa lebih kenyang dalam masa yang lama. Senaman semasa pengambilan protein akan meningkatkan pertumbuhan otot, jadi lebih banyak kalori di bakar maka berat badan dapat diturunkan.

Jadi, tidak perlu risau sama ada anak kita akan terlebih gemuk atau terlebih kurus jika mengambil Meal Shakes. Pastikan sukatannya betul dan waktu pengambilannya menepati keperluan tubuh mereka sama ada ingin menaikkan atau menurunkan berat badan. ;))

Meal Shakes membantu menambah selera makan kanak-kanak dan dewasa
Kepada anda yg ada masalah berat badan, anak2 yg selalu tak sihat, boleh la beli Meal Shakes ni..Hubungi saya tanpa malu-malu Su 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com. Konsultasi berterusan percuma!!
Penyakit asthma salah satu penyakit yang agak lazim di Malaysia. Abang ipar saya meninggal akibat asthma semasa usianya sangat muda (awal 30 an). Anak-anak beliau ada seorang yang mendapat ashtma.

Jom kita belajar tentang ashtma pula.

Penyakit ashtma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana, ketika pesakit diserang ashtma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.

Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.

pembengkakan pada saluran udara bronkiol menyebabkan kesukaran bernafas dalam pesakit ashtma

Asthma dikalangan kanak-kanak
Menurut kajian jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat, dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun.

Kira-kira 50%-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% akan mendapat asthma berterusan.

Pencetus biasa serangan asthma antaranya termasuk:
  • alahan hidung seperti habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Suplemen untuk asthma
Omega Guard (Asid lemak Omega-3)
Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.

Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)
Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara. 

Bagaimana interferon membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.

Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

Telah ramai ibu-ibu yang mempunyai anak asthma berpuas hati selepas menggunakan produk Shaklee. Satu testimoni terbaru daripada pelanggan saya dimana anaknya yang mengalami asthma, batuk teruk lalu diberikan Omega Guard.


Semoga anak beliau cepat sembuh daripada asthma insyaAllah..

Puan-puan,tuan-tuan, ibu2 yang ada masalah sama, segera dapatkan rawatan serta ikhtiar dan salah satunya melalui supplemen Shaklee.

Dapatkan set kombo Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan kesihatan anda!


Hubungi:

Puan Suhaila


ID 868994

**Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.




Masalah rabun, tak kira dekat ke jauh ke rabun silau ke rabun malam ke rabun ayam ke semuanya ada kaitan dengan mata. Saya sendiri pun rabun, tapi buat-buat tak rabun.. Saya pernah pergi cek mata secara percuma masa ekspo ape entah kat UM dulu ngn kawan saya.. kawan saya memang rabun dan pakai spek. Hasil pemeriksaan mendapati 'power' mata saya boleh tahan rabun jugak la..

Semenjak itu bila time kuliah duduk belakang2 memang kabur tulisan Prof pada white board depan dewan. (Macam drama tv kan, lepas tau sakit ape2 dan2 muka pun pucat tenaga hilang, rambut gugur, masuk wad). Tapi saya buat tak tau je.. kang kecoh2 rabun kena pakai spek pulak. tak mau ah. Sampai ke sudah tak pakai spek. Agaknya tahap rabun tu boleh dikawal. agaknye..

Satu lg saya ada masalah silau. Sangat tak tahan dengan cahaya. Lebih2 lagi cahaya matahari  tak kira waktu pagi ke tengah hari ke petang. Secara automatik mata akan pedih, berair gatal tak boleh nak bukak. Serius teruk kan? Kalau berjalan bawah cahaya matahari rasa nak pejam mata. Boleh sakit kepala jadinya. Sebab tu saya jarang2 keluar kalau hari panas. Sakit mata. Spek itam tak membantu langsung.

Ape nak buat kalau mata jenis rabun ni? 
1. Buat lasik
2. Naikkan power spek
3. Jumpalah doktor mata.

Petua lama kurangkan rabun
Sains ajar makan carrot (lobak merah) untuk mata kan? Tapi hari tu pernah tgk Dr. Oz Show sebenarnya carrot tak membantu untuk masalah mata tetapi sayuran hijau!

Yezza.. kalau korang rabun banyakkan makan sayuran hijau ye.. (so teori rabun boleh dikawal tadi ada kemungkinan betul sebab saya memang suka makan sayuran hijau ;) Contohnya sayur bayam, sawi, bayam, sawi, bayam errr apa2 sayuran hijaulah. brokoli yes!

Petua Moden Mengurangkan Rabun?
Letih jugak nak makan sawi, bayam, sawi bayam, brokoli ni kan? Ada cara lebih mudah sebenarnya..... VITAMIN!! Vitamin A untuk mata ;)) Bukan vitamin A sebenarnya tetapi beta carotena- satu pre kursor vitamin A. (Banyak vitamin A boleh menyebabkan toksisiti, jadi beta carotena lebih baik)

Vitamin Untuk Mata!
Berita baik untuk orang yang ada masalah rabun tak tenat macam saya ;)

CarotoMax Shaklee bagus untuk mata

Apa yg ada dalam satu kapsul CarotoMax? Ini yang best! Satu kapsul CarotoMax mengandungi rumpai laut, tomato non-GMO, biji anggur, pot marigold, epal, strawberi, minyak zawit, fava d'fanta, brokoli, ubi kentang, cantaloupe dan lobak!

Satu hidangan CarotoMax juga bersamaan dengan 89 hidangan raspberi (alpha carotena), 102 hidangan pisang (carotene), 714 hidangan apricots (lycopene), 113g salmon (astaxanthin) dan 285 hidangan anggur (lutein dan zeaxanthin)!

Macam tak percaya kan! Apa kata baca testimoni pengguna CarotoMax Shaklee di bawah:

"Syukur ke hadrat Ilahi.... MIL dah lame mengalami masalah saraf mata.. Doctor ade ckp xleh 

nak wat ape dah... lame2 mata akan lebih kabur dan tdk akan nampak...akan merebak ke mata 

sebelah lagi...


since saya amik Shaklee untuk milk boost.. MIL tanye, ade tak vitamin untuk mata? saya xsure.. 

tanye2 pada kak Miera... CarotoMax adalah jawapannye... last mth mase cuti x'mas 

jumpe MIL.. terus bg MIL...today tghari MIL call, just to inform me that die dah blh mengaji lbh 

lame dr seblm ni.. yg lagi wat teruja, die dah blh menjahit semula...(sbb mata jadi mcm tu byk 

menjahit mase muda.. tailor) syukur sgt... Harap mak terus sihat...

I suggest any one have problem with saraf boleh la consume CarotoMax... sebijik sehari je..." - 

Puan Ezanin Binti Mohd Iqbal

Beli Carotomax sendiri Online, klik ----> https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1ee3dfcd8a0645a25a35977997223d22
Nak dapatkan CarotoMax dengan konsultasi istimewa percuma??



Hubungi :


iR Suhaila 013-2369434

WhatsApp: 012-9645614  

emel butik.annajah@gmail.com


PETUA MENGURANGKAN RABUN MATA

by on April 22, 2013
Masalah rabun, tak kira dekat ke jauh ke rabun silau ke rabun malam ke rabun ayam ke semuanya ada kaitan dengan mata. Saya sendiri pun ra...
Mencari produk Shaklee yang khusus untuk mata? CarotoMax jawapannya.

Sejarah penemuan vitamin A dan beta karotena
Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1952 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan vitamin A berlebihan boleh menyebabkan toksisiti. Kemudian, saintis menemui pula beta carotena pada tahun 1932, iaitu prekursor vitamin A dan didapati lebih selamat untuk pengambilan.

Apa yang best tentang CarotoMax ni?
  • Ia bekalkan hingga 13mg (12,500IU) karotenoid.
  • Mengandungi 6 varieti karotena, diestrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan dll.
  • Mengandungi fitokima yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa
CarotoMax Shaklee

Manfaat Utama

1. Mempertingkatkan penglihatan
Mengatasi masalah seperti rabun malam, rabun dekat, silau, astigmatisme, mata kering (xerophthalmia), mata lesu, mata penat, glaukoma, katarak, eye bags dan gegelung hitam bawah mata serta banyak lagi.

2. Meredakan penyakit kulit
Masalah seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Boleh disapu pada bahagian yang bermasalah.

3. Melindungi epithelial
Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru2, pundi kencing, ovari, merawat ulser saluran usus

4. Melawan kanser
Antioksidan penting yang menguatkan sistem imun, menghambat radikal bebas, melambatkan penuaan, menghalang pembentukan sel-sel kanser

5. Menghalang infeksi /jangkitan
Meransang enzim membunuh kuman

6. Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
Meransang perkembangan kanak2/ remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, gigi, gusi, sistem reproduksi dan sperma yang sihat.

Carotomax ada fitokimia seperti: Alpha carotena, beta carotena, lycopene, astaxanthin, lutein, zeaxanthin

Secara ringkasnya.. ingat mata ingat CarotoMax.. ingat cantik ingat CarotoMax..

Nak cantik berganda, CarotoMax + Vitamin C + Vitamin E= ACE

Mulakan hari anda dengan ACE! hubungi Suhaila 013-2369434 / emel butik.annajah@gmail.com

CAROTOMAX SHAKLEE

by on April 20, 2013
Mencari produk Shaklee yang khusus untuk mata? CarotoMax jawapannya. Sejarah penemuan vitamin A dan beta karotena Penemuan terawal vitami...
Gara-gara tulisan

"Keep out of reach of children"

pada botol Shaklee, ini menimbulkan salah faham, perdebatan hangat antara sesetengah orang. Heran jugak pasai pa depa duk bergaduh lagu tu? Biasa la mane2 botol, bekas pun ada tulis perkataan tu termasuk botol lotion, syampu, bedak kanak-kanak jugak.

keep out of reach of chidren
Agaknye sebab apa kena ada label keep out of reach of children tu ye? Atau dalam bahasa Melayunya jauhkan daripada kanak-kanak.

Ada beberapa kemungkinan

1. Botol/ bekas tersebut yang berbahaya untuk kanak-kanak
2. Botol/bekas mengandungi bahan yang bertoksik/ bahaya
3. Kanak-kanak akan makan, masukkan dalam mulut, atau buat main atau bagi kucing makan, atau macam2 lagilah.. budak2 kan kreatif..

Commonsense je ni.. macam pisau parang. Ada kita letak merata-rata? Tak kan.. takut anak2 kita main.

Ubat doktor bagi walaupun untuk kanak-kanak. Ada kita bubuh dekat2 dengan diorang? tak jugak kan?

Cuba check bekas/ botol barangan kanak-kanak seperti lotion, mandian bayi, bedak bayi, krim ruam kat rumah tu.. Semua ada keep out of reach of children kan? kan?

Basic-H Shaklee pun ada keep out of reach of children? (letih menulihnye aihh)

Mestilah.. Basic-H sangat pekat. Nama pun Organic Super Cleaning Concentrate. 2 titik boleh guna untuk 16 oz air. Acu bayangkan basic-H yang pekat ditelan oleh budak2.

Basic-H tak boleh buat mandi? Saya mandikan anak saya ok je.. pakai 3 titik je dalam bath tab. Kocak2 bagi berbuih.. berpuluh2 kali lebih selamat dari jenama yang kononnya dipercayailah sangat yg byk dijual kat kedai dan pasaraya tu..

Kesimpulannya, jangan takut2..propa je semua kabar angin tu.. produk Shaklee insyaAllah semuanya selamat, organic, natural, safe and it's really works!

Basic-H Shaklee


Nak Basic-H?? Hubungi Suhaila 013-2369434/ emel ke butik.annajah@gmail.com
Ada orang tanya,

"Saya ambil perancang, ada apa-apa kesan tak kepada bayi? Dan bolehkah saya makan supplemen semasa mengambil pil perancang? Supplemen apakah yang terbaik untuk saya amalkan?"

Sebenarnya terdapat dua jenis pil perancang iaitu satu yg mengandungi progestin dan estrogen, dan satu lagi pil yang mengandungi progestin atau progesteron. Pil perancang yang  mengandungi estrogen tidak sesuai untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu badan.

Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan kepada penghasilan susu badan. Namun, sebahagian HORMON SINTETIK tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak membawa kesan yang buruk kepada bayi, InsyaAllah.. (Sanggupkah kita beri anak hormon sintetik?? erkk!!)

Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang akan menurunkan tahap simpanan vitamin C dalam tubuh kita sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang.

Pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan penurunan aras pyridoksin (Vitamin B6) dan vitamin E di dalam darah. Oleh itu, supplemen tambahan seperti Vitamin B kompleks, Vitamin C dan Vitamin E sangat membantu.

Terdapat sebahagian wanita yang tidak selesa pada payudara semasa mengambil pil perancang. Ibu boleh mencuba GLA Complex Shaklee yang kaya dengan Omega-6. Asid lemak Omega-6 ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan terutamanya sel saraf yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Jadi, sebagai ibu yang menyusukan bayi, kita harus tahu sama ada pil perancang yg kita makan ibu bagus untuk bayi atau tidak, dan kita juga boleh malah sangat digalakkan makan supplemen walaupun sedang mengambil pil perancang.

Untuk dapatkan vitamin semulajadi anda, hubungi : Suhaila 013-2369434/ emel ke butik.annajah@gmail.com
Prestasi atlet bolasepak yang sejap up sekejap down dikaitkan dengan faktor pemakanan..Begitulah kata-kata Menteri Belia dan Sukan yang membuatkan saya ketawa sendirian.. Mungkin ada benarnya juga. Adakah atlet kita tidak diberi makanan yang betul? Entahlah..saya tiada jawapan untuk itu.

Ok, kita lupakan tentang atlet. Bagaimana dengan korang? Ahli sukan? Pemain bolasepak peringkat kampung? Atau futsal peringkat jabatan? Ke main badminton peringkat suka-suka? Suka memanjat gunung? Main paintball? Apapun aktiviti dan 'peringkatnya' kecergasan dan stamina tetap penting tak gitu?

Tak 'jantan'lah kalau main baru 10 minit dah pancit. Opps!! Buat korang yg selalu lemah, lemau, letih, lesu dan cepat pancit bila bersukan atau beraktiviti lasak, apa kata cuba Performance Drink Shaklee??

Pahang vs JDT

Performance Drink Shaklee sangat sesuai untuk  mencegah dehidrasi
Jom tengok apa yang best sangatnya tentang Performance Drink (PD) ni?

Sejarah
Wahh sejarah gitu.. PD mula2 dicipta pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale. Pada masa tu, ada satu penerbangan, namanya projek Daedalus (human powered flight programme). PD dicipta untuk membantu projek inilah. Hasilnya penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Minuman ahli sukan dan angkasawan
PD juga direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat dan atlet Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan dunia serta pengembara memilih PD kerana ia membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam sukan ataupun aktiviti pengembaraan.

Keunikan Performance
Dibuktikan secara klinikal bahawa rumusan eksklusif  Opti-lyte ini menghidrat lebih baik daripada air. Ia mengandungi lebih elektrolite dan membekalkan lebih tenaga daripada minuman tenaga yg lain. Rumusan proprietari elektrolit Opti-lyte ditambah dengan campuran unik karbohidrat memberikan tenaga segera dan berterusan serta menyokong hidrasi secara optimum.

Clinically Proven
We call it Performance for good reason. Clinical tests with high-level athletes show that Shaklee Performance:
Shaklee Performance® Sustains Energy!
More energy! More endurance! The longer and tougher your workout, the better Performance gets.

Manfaat utama

Meningkatkan daya ketahanan badan- memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal- ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.

Mencegah penyahhidratan- mengurangkan kehausan, mencegah kekeringan akibat penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda

Mengekalkan paras gula- terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan kecederaan otot. Rujuk gambar diatas.

Sesuai untuk mereka yang
  • para atlet, ahli sukan
  • puasa
  • sebelum dan selepas pembedahan
  • tidur lewat malam, 
  • keletihan
  • penyahhidratan otot dan kulit
  • vagina kering
  • cirit-birit
  • tiada selera makan
  • rendah paras gula
  • pening
  • dan sebagainya
Sangat lazat jika diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu saja atau dicampur dengan minuman kegemaran yang lain.

Jadi, duhai korang2 para ahli sukan dan peminat sukan lasak, patutlah cuba minum PD ni semasa beraksi. Memang terbukti meningkatkan stamina, kekalkan tenaga dan mengurangkan "kepancitan' :P..

Nak order PD sekarang?? Boleh.. hubungi Suhaila 013-2369434/ emel butik.annajah@gmail.com



Selalunya, sebaik saja lepas melahirkan, ibu2 akan rasa penat sangat. Keletihan mengandung  dan meneran semasa bersalin mengambil masa untuk pulih. Ditambah pula tubuh sedang dalam proses baik pulih dan menghasilkan susu.

Selepas bersalin, jururawat akan bekalkan kita dengan vitamin antaranya B kompleks.

Apa kepentingan B kompleks untuk ibu berpantang?

Vitamin B kompleks akan membantu para ibu menangani masalah keletihan dan tekanan (stress). Peranan yang dimainkan oleh vitamin B ini secara amnya untuk membantu metabolisme lemak dan protein untuk membekalkan tenaga dengan menukarkan karbohidrat kepada glukosa yang kemudiannya di tukar kepada tenaga.

Selain itu vitamin B kompleks sangat penting untuk untuk sel saraf kita berfungsi secara normal.

Vitamin B ialah vitamin larut air, maka ia PERLU di ambil setiap hari untuk pastikan kita memperolehi bekalan vitamin B berterusan dan mencukupi untuk mencapai kesihatan optimum.

Semasa stress, tubuh kita sebenarnya perlukan jumlah vitamin B yang lebih tinggi. Begitu juga semasa kita berasa lesu dan perlukan stamina.

Semasa berpantang, ibu seharusnya memakan makanan berkhasiat, minum air yang mencukupi demi kesihatan ibu dan ransangan penghasilan susu badan untuk bayi comel anda .

Ingin mendapatkan vitamin B kompleks semulajadi yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B (termasuk asid folik)??

Hubungi: Suhaila 013-2369434 / emel ke butik.annajah@gmail.com
Cara yang paling TEPAT untuk menambah penghasilan susu ialah dengan MERANSANG penghasilan susu.

Semakin banyak permintaan, semakin banyak pengeluaran. 

Macam kilang jual kereta..semakin ramai orang nak beli, semakin bertungkus-lumus pekerja kilang bekerja untuk keluarkan kereta.

Begitu juga dengan penyusuan. Ajaibnya tubuh kita ni Allah sediakan dengan hormon. Hormon yang diransang oleh bayi kita inilah yang akan menghantar isyarat ke otak supaya lebih, lebih dan lebih lagi susu terhasil sebab bayi kita sangat suka menyusu ibu..

Bagaimana meransang penghasilan susu?

1. Pastikan bayi menyusu dengan kerap dan efisien
Lagi banyak susu dikeluarkan dari payudara, lagi banyak susu terhasil. Jika susu tidak dikeluarkan, permintaan susu ibu akan berkurangan.

Pastikan posisi dan teknik lekapan bayi betul. Bayi yang mengantuk, penggunaan pelindung puting atau pelbagai masalah kesihatan atau anatomi bayi boleh mengganggu keupayaannya menyusu secara efektif.

Jika bayi kurang menyusu, payudara harus dikosongkan menggunakan pam. Kerap pam susu dan jika perlu gunakan teknik 'power pumping'.

Jika bayi mengalami masalah berat badan, sasarkan untuk menyusu setiap 1.5 hingga 2 jam sekali pada siang hari dan sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada waktu malam.

2. Ransangan terus melalui payudara
Tidak dapat dinafikan, hisapan bayi lebih efisien berbanding pam. Ibu-ibu boleh mengambil cuti selama dua atau tiga hari khusus untuk menyusukan bayi sekerap mungkin. Berehat setelah selesai setiap penyusuan.

3. Tukar payudara
Tukar setiap payudara tiga kali atau lebih setiap kali sesi penyusuan. Pastikan bayi kita menyusu pada payudara sebelum menukarnya. Jika bayi mengantuk, tukar kepada payudara yang dia kurang berminat. Urut payudara (press compression) untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

4. Elakkan penggunaan botol atau puting kosong
Jika ada masalah berbangkit, hanya gunakan sudu, cawan atau picagari supaya bayi tidak keliru puting.

5. Elakkan beri bayi air atau susu formula
Walaupun hanya beberapa mililiter, tubuh sudah tercabar.

6. Berehat
Rehat dan tidur ketika bayi tidur. Minum air secukupnya, makan makanan seimbang.

7. Pam payudara dengan kerap
Mengepam semasa sesi penyusuan atau atau selepas penyusuan sangat membantu. Matlamat untuk mengepam ialah mengosongkan payudara dan meningkatkan penghasilan susu.

8. Tenangkan diri
Pejam mata, tarik nafas, bayangkan payudara sentiasa penuh dengan susu, bayangkan bayi mendapat susu dengan cukup, berzikir, pasang muzik yang menenangkan.

9. Suplemen
Boleh dipertimbangkan untuk menambah penghasilan susu. Baca Petua Mudah Tambah Susu Badan.

Berikan bayi-bayi kita HAK mereka.. Jom jadi ibu bijak!!
p/s: Saya bukan kaunselor laktasi. Saya cuma berkongsi apa yang saya baca melalui buku, majalah dan internet dan saya juga ibu penyusu!!

CARA TAMBAH SUSU BADAN

by on April 12, 2013
Cara yang paling TEPAT untuk menambah penghasilan susu ialah dengan MERANSANG penghasilan susu. Semakin banyak permintaan, semakin banyak ...
Harini up topik pasal laktasi..dah lama tak cerita pasal laktasi. Memandangkan ramai ibu-ibu yang keliru bila sepatutnya anak diberi susu formula? Bila ibu-ibu boleh ambil supplemen? Apa tanda susu cukup? Susu saya ni cukup ke tak? Bayi macam tak puas je.. Kenapa susu saya sikit? Dan macam-macam persoalan lagi kan?

Dibawah ini BUKAN tanda susu kurang. Adalah normal sekiranya:

Bayi kerap menyusu
Susu ibu sangat mudah dihadam (mengambil masa 1.5-2 jam sahaja). Jadi, bayi yang menyusu dengan susu badan mesti menyusu dengan lebih kerap. Lagipun, bayi sangat suka didakap ibu kesayangannya..dia rasa lebih selesa, selamat. Jangan salah faham, sian baby..

Kekerapan dan tempoh menyusu meningkat secara mendadak
Ini dipanggil 'growth spurt". Pada masa ini, bayi akan menyusu lebih kerap, (mungkin setiap satu jam) dan sering meragam. Ibu jangan panik.Keadaan ini hanya sementara dan biasanya mengambil tempoh antara beberapa hari dan beberapa minggu.

Growth spurt biasanya berlaku- selepas bayi dilahirkan, 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, dan 9 bulan. Setiap bayi adalah unik dan tidak semua bayi mengalami growth spurt dan tidak semua growth spurt berlaku dalam masa yang sama.

Growth spurt adalah semulajadi. Ibu diingatkan tidak mengambil suplemen pada waktu ini kerana tubuh ibu sedang meningkatkan penghasilan susu. Supplemen pada waktu ini akan beri isyarat negatif pada hormon.

Saiz perut bayi selepas lahir hingga hari ke 10 kelahiran.

Bayi meragam
Bayi memang akan meragam lebih-lebih lagi jika berasa perubahan seperti terlalu sejuk, terlalu panas, rasa tidak selesa dan sebagainya. Cara yang paling baik, dukung, dakap, dan kerap memberi payudara sebelum dia mula meragam.

Bayi minum susu dari botol dengan lahap walaupun selepas menyusu badan
Menurut pakar laktasi Kathy Kuhn, keadaan ini berlaku apabila ibu memberi botol, mulut bayi dipenuhi dengan susu. Bayi tidak menyedut tetapi susu mengalir keluar dari botol dan bayi TERPAKSA menelannya. Ini berlaku hingga sebotol susu habis. Keadaan ini sering disalahertikan sebagai 'bayi tak cukup susu'. Kesian lagi baby..

Tidak dapat memerah susu dalam kuantiti banyak
Amaun susu yang diperah, bukan ukuran bekalan susu kita! bayi yang menghisap secara efektif dari payudara mampu mengeluarkan lebih susu berbanding pam. Secara semulajadi, bayi memang tahu bagaimana menghisap susu (jika disuakan dengan betul) oleh ibu dia ;)

*Pam yang tidak sesuai boleh membawa mudarat. Hati-hatilah memilih pam.


Bagaimana untuk mengetahui bahawa susu untuk bayi mencukupi?

1. Payudara menjadi lembut selepas menyusukan bayi.

2. Selepas menyusu, bayi kelihatan lebih tenang, kenyang dan puas hati

3. Berat bayi meningkat selepas berlaku penurunan selepas lahir.

4. Selepas menyusu 'kolostrum', lampin basah hanya 1 atau 2 kali sehari. Manakala selepas menyusu 'susu' lampin basah biasanya 5-8 kali sehari (bergantung pada lampin atau diapers).

5. Pada bulan pertama kelahiran, bayi akan membuang sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan selepas hari ke-5, najis berwarna kekuningan. Pada usia sebulan, pergerakan usus kurang tetapi semakin normal apabila bayi mula makan solid food pada usia 6 bulan.

TANDA-TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT SUSU YANG CUKUP

1. Payudara masih terasa penuh walaupun selepas menyusukan bayi

2. Bayi kelihatan cerewet dan lemah. Dia mungkin tertidur dipangkuan tetapi akan jaga apabila anda meletakkannya ke tilam.

3. Berat bayi tidak bertambah selepas hari ke-lima.

4. Lampin basah lebih dari biasa dalam masa 24 jam selepas hari ke-lima kelahiran.

5. Air kencing berwarna gelap (seperti jus epal). Jika susu mencukupi, air kencing akan lebih jernih.

6. Penyusuan memakan masa lebih dari sejam dan bayi kelihatan tidak puas.

Setelah mengetahui dan memahami tanda-tanda seperti diatas, ibu-ibu dah boleh buat pilihan sama ada nak lakukan perkara yang meransang pertambahan susu atau mengambil suplemen.

Next entry: Cara tambah susu ibu.. stay tune! ;))
Lagi-lagi cerita tentang bakar lemak.. Set-set bakar lemak dan kurus ni memang antara set yang paling laris dari saya. Saya pun jadi sangat teruja nak bantu kawan-kawan yang nak turunkan berat badan, yang nak cut cost, nak kesan paling cepat dan paling selamat tentunya!

Ok, kalau sebelum ni saya ada bagi intro tentang produk bakar lemak yang best klik Lecithin dan Omega ini, sekarang nak cerita lebih detail mengapa lecithin dan omega-3 ini dikatakan produk pemecah lemak yang paling baik dan berkesan.

Sebenarnya, dalam tubuh kita ni memang ada lecithin manakala omega-3 ialah asid lemak perlu dalam kategori PUFA (polyunsaturated fatty acid). Nak tak nak, mahu tak mahu kita KENA makan Omega-3 dengan mencukupi. Ketidak cukupan Omega-3 akan mendatangkan banyak masalah kesihatan. Baca entry bertajuk Kesan kekurangan Omega-3 Pada Tubuh.

Apabila disebut memang wujud lecithin dalam badan kita, bukan bermakna kita tak perlu ambil lecithin dari luar, sebab kekurangan lecithin pun boleh sebabkan penyakit. Lecithin dan Omega-3 berfungsi menurunkan kadar kolesterol jahat LDL yang berlebihan dalam tubuh yang menyebabkan kadar kolesterol baik HDL menjadi berkurangan.

Jika seseorang disyaki atau disahkan mengidap tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, berkolesterol tinggi (melalui ujian darah) malah jika berat badannya berlebihan, ini menunjukkan Lecithin dan Omega-3 dalam tubuh sebenarnya TIDAK MENCUKUPI.

Bagaimana 'membakar' lemak dalam badan kita??
Lemak dalam badan kita sebenarnya sangat susah nak dikeluarkan. Ia bukan seperti membuang lemak pada ayam, dan bukan seperti menjirus air panas kedalam periuk yang dipenuhi lemak daging korban! Jika itu kekdahnya, setiap kali minum kopi panas, lemak-lemak pun keluar seperti air mengalir.

Ada dua cara membakar lemak yang efektif, selamat dan semulajadi.
1. Senaman, aktiviti fizikal
2. Produk bakar lemak

Bakar lemak dengan bersenam!
Ini telah saya terangkan serba sedikit dalam entry Petua Kurangkan Perut Buncit.
Bersenam membakar kalori dengan cara membina otot. Bersenam juga menggunakan tenaga yang tersimpan dalam lemak berlebihan. Lemak akan ditukar menjadi tenaga melalui tindakbalas biokimia dalam tubuh.

Produk bakar lemak
Secara semulajadi, lecithin (fosfolipid) dan asid lemak tak tepu Omega-3 (essential fatty acid) dalam tubuh akan bergabung dengan LDL, lemak dan minyak untuk menguraikannya. Ingat bahawa lemak hanya akan larut dalam lemak. Lemak TIDAK AKAN larut dalam air. Perhatikan demo ini


*credit photo to Emma@vitaminswithluv

Ia sangat mudah dan semulajadi!!

Sebab itu, mereka yang telah mencubanya sangat berpuas hati..Badan rasa lebih ringan dan kolesterol dapat dikurangkan. Untuk hasil terbaik, ambil Lecithin / Omega Guard bersama-sama Alfalfa Complex atau Herb-lax Shaklee.. Lecithin memecahkan, Alfalfa dan Herb-lax membawanya keluar dari tubuh ;)

Hapuskan lemak secara semulajadi!!

Hubungi Suhaila 013-2369434 untuk pembelian dan konsultasi istimewa.
Sekarang ni memang trend orang buat duit dari rumah dan buat side income sambil bekerja dan belajar. Ramai yang nak terjebak dengan bisnes tapi tak mahu berhenti kerja. Itulah yang seeloknya. Saudara Irfan Khairi dalam rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah ada ditanya soalan tentang bagaimana nak buat side income tapi dalam masa yang sama keliru sama ada perlu berhenti kerja atau tidak.

Kata beliau, tak perlu berhenti kerja, malah beliau sendiri memulakan biz online semasa bekerjaya. Semua orang tahu bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dari pernigaan tapi tak semua orang tahu 9/10 perniagaan akan gagal pada 3 tahun pertama penglibatan.

Agak merugikan bila kita dah berhenti kerja, bisnes yang kita jangkakan untung akhirnya rugi. Ibarat kata pepatah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Adalah baik jika sekiranya kita memulakan perniagaan dalam masa yang sama masih lagi bekerja. Asalkan pandai mengurus masa dan mengutamakan tugas hakiki ;)

Part time jobs untuk pekerja dan student
Jika ditanya kepada saya, biz apakah yang boleh dilakukan sambil bekerja? Sudah tentulah Shaklee!! Beribu-ribu orang sudah membuktikannya (termasuk ke empat-empat orang upline saya) yang dulu asalnya pekerja makan gaji seperti guru, engineer dan pensyarah. Kini 3 daripadanya sudah bergelar WAHM dengan pendapatan yang agak lumayan (sepadan dengan usaha).

Kriteria yang diperlukan:
  • SERIUS! bukan muka serius tapi serius nak cari pendapatan tambahan
  • Sanggup belajar dan bermula dari bawah. From zero tu hero InsyaAllah
  • Gigih
  • Tabah dan sabar
  • Pandai urus masa kerja dan biz
  • Berfikiran terbuka
Bagaimana bermula?

1. Sebagai agen dropship (tanpa modal)
2. Sebagai distributor berdaftar

Agen dropship tanpa modal
Boleh berhubung terus dengan saya dengan menghubungi 013-2369434 Suhaila atau emel ke butik.annajah@gmail.com

Distributor berdaftar
Syarat keahlian sama seperti pendaftaran pengedar yang lain. Baca KEAHLIAN.

Keistimewaan dan kelebihan menjual produk Shaklee

1. Produk yang sedang menjadi fenomena. Rata-rata mengetahui tentang Shaklee. 
2. Fleksibel. Boleh diuruskan mengikut masa anda sendiri
3. Produk yang dipercayai diseluruh dunia, sentiasa berkesan, sentiasa selamat, sentiasa semulajadi dan mesra alam.
4. Guidance berterusan daripada saya dan kami upline-upline anda jika anda serius untuk menambah pendapatan.
5. Tiada kerugian! Semuanya tanpa modal dan modal rendah. 

Tidak rugi untuk mencuba. Mulakan empayar perniagaan anda dengan Shaklee dan jadilah antara salah seorang jutawan muslimah yang sentiasa membantu orang lain.

Pelajar universiti/kolej juga dialu2kan!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut ye :)))

Masalah panda eyes ni hampir kebanyakan orang mengalaminya. Antara perasan atau tidak, pekat atau tidak je.. Dulu masa saya kerja 8-5 dengan tidur yg tak berapa nak cukup, panda eyes tu memang sangat kelihatan. Sampai saya beli Olay punya krim bawah mata tu tah ape bende namanya.. Mahal jugak tapi jarang pakai sebab selalu lupa. Bekas dia cantik, ada lagi jadi tempat simpan duit syiling 1 sen. ;)

Ada banyak kemungkinan sebab terjadinya panda eyes ni. Antaranya peredaran darah yang tidak lancar, kurang tidur dan keletihan, pengumpulan toksin dalam badan, alahan dan penggunaan ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang.

Kalau nak tahu, kulit bawah mata ni nipis dan sensitif. Jadi sebarang peningkatan aliran darah boleh dilihat melalui kulit. Mungkin jugak masalah kesihatan dapat dikesan melalui panda eyes?? meh nak tengok mata korang ;)

panda eyes. hihiii


Untuk wanita macam saya pula, lebam bawah mata kadang2 ketara beberapa hari sebelum kedatangan haid. Jadi, untuk mengelakkan takungan air berlebihan, makanlah makanan yang bersifat diuretik seperti teh hijau dan kurangkan makanan bergaram, berkarbohidrat.

Air mencukupi
Air penting untuk elakkan dehidrasi. Selain tu air juga membantu proses pembuangan toksin berjalan lancar. pengambilan air dan serat membantu menyingkirkanbahan kumuh bertoksik dalam tubuh kita.

Jadi makanlah banyak sayur-sayuran, buah-buahan segar seperti sayur hijau.

Kurangkan makan bergoreng, aiskrim, coklat, daging berlemak, makanan manis dan makanan proses.

Cukupkan tidur. Tidurlah selama 7.5 jam setiap hari dan tidur awal!!

Supplemen yang membantu:

Omega Guard: penting untuk memberi kesan pencairan darah supaya aliran darah dalam tubuh berjalan dengan lancar.

Collagen Powder: terbukti berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Carotomax: Antioksidan, berasaskan sayuran yang kaya beta karotena dan penting untuk kesihatan mata dan membantu mengurangkan lebam bawah mata

Nak hilangkan masalah panda eyes dengan Shaklee?? Hubungi saya Su 013-2369434 untuk dapat harga yang best ;))
Off topic ke tak ek..apa2 la..

Ni cara saya melatih anak saya Ammar ke tandas masa dia umur tiga tahun.. Rasa macam agak terlewat sebab ada orang anak dia boleh ke tandas lebih awal.

Masuk umur dia tiga tahun saya memang rancang nak ajar dia ke tandas sendiri, tak payah pakai diapers dah. Lagipun saya plan nak mengandung, agak letih nak gi basuk berak kencing setiap kali bila kandungan dah besar nanti.. Baik saya ajar dia awal2.

Rumah saya ni rumah flat, kuaters.Tandas pesen lama. Mangkuknya besar.Jadi bebudak memang seram nak qada' hajat dalam tu.. Fikir punya fikir, tnya member2 kat fb ada yg sarankan guna potty.. Petang tu jugak pergi cari kat Careffour yang rege lebih kurang RM6. Murah je, beli yang mahal pun jadi tempat buang t**i jugak.

Muhammad Ammar 1 tahun

Memang kena tabah la memula..lepas dia membuang satu hal pulak nak cuci. Balik kampung pun angkut bekas najis dia tu haha.. malu ngn kucing. Lama macam tu.. Sampai satu masa kami balik kg, saja tinggalkan bekas tu dalam kereta. Cakap kat Ammar abah lupa nak bawak. Nak tak nak ke tandas jugak la.. Mujur lagi masa tu kat rumah mak saya, rumah baru buat, tandas pun comel bersih je.. (kah2 sila jangan muntah)

Sejak hari tu Ammar dah berani ke tandas. Pujuk2 sikit la.. kena teman siap pegangkan tangan takut sangat dia terjerobos ke dalam lubang tandas. Lama-lama dah ok..

Baru-baru ni masa berjalan2 ke Tesco, terjumpa dengan parents Dania, kawan dia kat sekolah. Mak Dania cerita nak beli pampers untuk Dania pakai waktu membuang. Saya pun terkejut. Ohh rupanya kawan dia tu masih belum pandai membuang ke tandas. Umur diorang sama 5 thn.

Saya cadangkan kat mak Dania, cuba beli bekas potty tu mana tahu lama-lama nanti dia biasa la.. Sekarang ni tak tahu la apa cerita..lama dah tak jumpa mak dia.

Untuk ibu bapa yang masih buntu tak tahu camane cara nak biasakan anak ke tandas, boleh la cuba cara saya tadi.. Dan bila guna potty tu silalah bertabah kena hadap "benda" yang memualkan itu.

Demi melatih anak ke tandas... CAIYOKK!!

Ok, lagi cerita tentang diet, subjek faveret ai. Ada beberapa kesilapan diet yang kita selalu buat tapi kita tak perasan ia sebenarnya silap. Let's check it out here ;)

Kesilapan #1- Diet yo yo oo je
Kita target nak turun 5 kg sebulan, kemudian kita giler2 punya jaga makan..makan buah dengan sup je..hujung bulan dapat capai target turun 5kg..


Lepastu kita rileks2 dah, boleh kembali makan ikut suka atau up sikit dari yg giler2 bulan lepas, sedar tak sedar kita melatih metabolisme tubuh supaya jadi perlahan.

Tamat je tempoh diet tu,tubuh kita kembali membakar kalori secara perlahan. Berat pun naik semula..

Kesilapan #2- Skip breakfast

Sesetengah kita selalunya tak sempat makan pagi atau memang tak makan pagi pun terutama untuk orang yang nak  kurus. Bila dah macam tu, seharian lapar. Lepas tu dah tengah hari sikit mula lapar.. waktu lunch pulak kemuncak kelaparan. Kita pun makan tengah hari macam baru lepas puasa sehari.

Tahu tak, bahawa sarapan yang tinggi protein dan serat boleh mengurangkan rasa lapar untuk sepanjang hari! Bukan tak rasa lapar langsung tapi keinginan untuk mengisi perut tu sedikit kurang la.. Tahu tak sistem penghadaman ni sebenarnya ambil masa lebih kurang 12 jam dari waktu mula makan hingga jadi bahan buangan.

Kajian menunjukkan orang yang makan breakfast setiap pagi lebih mudah nak maintain / turunkan berat badan. Macam Hanis Zalikha tu kata, breakfast like a KING, lunch like  a Queen, dinner like a BEGGAR.. 

Maksudnya, pagi2 boleh makan sedap2 ikut suka, tgh hari kurangkan, gitu jugak malam :)

Kesilapan #3- Snek hilang arah (adoi ni translate versi gugel ke hape)

Kesilapan yang ni, kita dah cun-cun kira kalori pagi, petang malam, dah bajet nak makan ape banyak mana. Tetiba dalam beg tangan ada NIPS, kang member sua Big Apple Donuts, balik rumah nak Cornetto mini.. kalori pun kelaut. Snek ni la yg sabotaj plan nak kurus kita, so hati2.

Kesilapan #4- Tak makan snek langsung (eh pulak dah)

Hehe..Ok, bukannya tak boleh makan snek langsung tapi pastikan sneknya BERKHASIAT. Orang yang makan snek boleh kawal kelaparan dengan syarat snek tu membantu mengatasi rasa lapar. Contohnya makan la snek tinggi serat seperti kaya protein i.e yg boleh tinggikan metabolisme dan lagi 1 kekacang.

Kajian tunjukkan orang yang makan kacang lebih slim dari orang yang tak suka kacang. awww.

Kesilapan #5- Rendah lemak tak bermaksud rendah kalori

Jangan mudah tertipu. Makanan rendah lemak bukan bermaksud kalorinya juga rendah. Cara terbaik ialah baca label pemakanan dan perhatikan kandungan gula, lemak dan kalori.

Kesilapan #6- Hirup terlalu banyak kalori

Minuman seperti jus buah dan soda boleh menambah kalori secara cepat. Kita takkan rasa kenyang walaupun kita minum banyak minuman berkalori tinggi.

Kesilapan #7- Minum terlalu sikit sangat air

Ini yang selalu saya tekankan (kepada pelanggan2 set kurus saya). Air kosong, kosong kalori. Selain tiada kalori ia membantu kita untuk turun berat badan dengan cepat. Air sangat penting untuk bakar kalori. Jika kurang minum air, metabolisme menjadi perlahan, kalori lambat dibakar.

Kajian menunjukkan orang yang banyak minum air mampu membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang minum air. Jadi, cuba tambahkan segelas air setiap jam atau between meal.

Kesilapan #8- Ditching dairy (gagal menterjemah dengan tepat :P)

Kajian mencadangkan pengambilan kalsium mencukupi mampu membantu pembakaran lemak. Jika kurang kalsium, pembakaran lemak menjadi perlahan.

Kalsium diperlukan untuk pengecutan otot dan pengawalan saraf. Jika mengambil produk tenusu, pastikan ia rendah lemak.

Kesilapan #9- Drive-Through

Akibat selalu sangat ke restoran makanan segera, (sebab ada drive-thru) maka kita pun jadi malas makan makanan berkhasiat. Memandu ke drive-thru akhirnya jadi habit. 

Kajian jangka panjang menunjukkan orang yang memakan makanan segera lebih dari dua kali seminggu berupaya mencapai 10 pound lebih berat badan. Uishh ini sangat bahaya!

Kesilapan #10- Timbang berat

(Ada orang kata tak perlu timbang setiap hari) Dengan menimbang setiap hari, kita boleh tentukan trend penurunan berat badan kita. Katalah kita nak turun 1 atau 2 kg seminggu, kita akan rasa 'syok' dan termotivasi dengan penurunan dan mengurangkan rasa keliru dengan kejayaan penurunan berat kita.

Kesilapan #11- Matlamat tak realistik

Contohnya "aku nak turunkan berat 20kg bulan ni" ataupun, "bangun pagi esok aku mesti kurus macam Neelofa"..Awal-awal kita dah give up sebab kita sendiri tahu target kita tak realistik. Akhirnya kita tak start berdiet pun. Walaupun bulan tu kita dapat turun 3 kg kita tetap rasa down, kita berkurung dalam bilik 'menangisi' 'kegagalan' sedangkan kita patut bergumbira...(meraikan dengan daun saderi)

Matlamat realistik adalah kunci kejayaan penurunan berat badan kita!

**tiba-tiba teringat iklan scammer boleh turun berat berkilo dalam masa 5 hari. Doraemon pun give-up kalau kita suruh dia buat alat macam tu**

Ini cerita realistik (buh gambar sikit):

testimoni turun 8kg dalam masa sebulan
Saya pun sangat terkejutnya dengan penurunan berat badan dia.. Dia ikut seperti apa yang saya sarankan dan betul-betul nak kurus. Apepun tahniah..

So, jika anda salah seorang yang dah fenat jadi gemuk, berbadan besar atau obes..fikirkanlah secara serius. Menjadi cantik tak penting, menjadi sihat itu lebih penting!!

EKSKLUSIF: Pengiraan kalori dari grup Shaklee Diamond Club...(ooopss nak join jom beli)


Roger me at 013-2369434 Suhaila untuk konsultasi berterusan free of charge! ;))
Terfikir tak kalau ada satu jenis bahan pencuci yang boleh digunakan untuk beribu-ribu pekerjaan dalam rumah kita? Dari mencuci perkakas, habuk hingga mencuci kereta dan longkang?

Shaklee telah mencipta pencuci serbaguna yang paling mesra alam, biodegradasi, selamat, berkesan dan tidak bertoksik yang pertama di dunia kira-kira lebih 50tahun yang lalu. Basic H telah digunakan diserata dunia dalam beribu-ribu kerja mencuci dirumah dan pejabat.


Organic Super Cleaning Concentrate

Keistimewaan Basic-H
  • Kepekatan yang tinggi -16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila bercampur dengan air
  • Serbaguna- menghilangkan gris, kotoran dari mana-mana permukaan
  • tidak perlu dibilas, tiada sisa dan formula bebas coretan
  • tidak bertoksik
  • semulajadi
  • surfaktan biodegradasi (tiada SLS)- menggunakan koko dan kelapa
Cara mengguna:
  • untuk pembersihan serbaguna- 1/4 sudu Basic H + 16oz air
  • untuk tingkap dan cermin- 1-2 titik + 16oz air
  • untuk nyahgris dan minyak- 1 1/2 sudu teh + 16oz air
  • untuk kerja lebih besar- 2oz + 1 gelen air

Next entry saya akan senaraikan 1001 kegunaan Basic H ye.. stay tune! ;))

p/s: sesape nak beli Basic H boleh hubungi saya 013-2369434 Su..



Musim panas dan hujan yang tidak menentu, tekanan dan faktor persekitaran mudah menjadi penyebab anak kita demam. Anak saya Aqil akan selsema jika cuaca terlalu sejuk pada waktu malam. Diikuti suhu badan dedar2, kemudian batuk beberapa hari kemudian.

Bagaimana anak boleh demam?
Demam, batuk dan selsema terjadi apabila tubuh bertindak melawan bakteria dan virus asing yang tiba-tiba muncul dalam badan kita. Askar pembersih dalam badan kita dikenali sebagai sel darah putih yang terdiri daripada sel T, sel B dan makrofaj. Apabila proses pembersihan ini sedang berjalan, terjadilah suhu badan meningkat, menggigil, selsema dan batuk pun berlaku.

Suhu normal dan suhu demam
Seorang bayi biasanya mempunyai suhu normal yang sihat antara 36.5 darjah C - 37.8 darjah C, dan kadang-kadang lebih tinggi dari kanak-kanak lebih besar.

Suhu demam pula apabila bacaan melebihi 37.7 darjah C waktu pagi dan 38.2 darjah C waktu petang.

Bagaimana mengetahui demam yang serius?
Demam dikatakan serius apabila kelakuan anak dan bayi tidak normal contohnya jika dia asyik menangis, lemah dan tidak aktif, menangis dengan tiba-tiba dan lebih daripada biasa, hilang selera makan, minum atau menyusu.

Bawalah anak berjumpa doktor jika demamnya berlarutan hingga lebih dari tiga hari.

Untuk mengetahui sama ada anak kita demam atau tidak, selalulah perhatikan tingkahlakunya. Tanda awal yang selalu dikesan (oleh saya) ialah rasa panas pada perut, ketiak dan kaki, bibir kering dan berwarna pucat, selera hilang. Kita juga boleh gunakan termometer untuk mengesan suhu anak.

Apa yang perlu kita buat jika anak demam, batuk dan selsema?

Jika demam:
1. Pakaikan baju kain kapas yang nipis dan jangan menyelimutkannya.
2. Pastikan biliknya sejuk dan ada pergerakan udara
3. berikan banyak cecair sama ada susu, sup atau buah-buahan
4. Selalu lapkan bahagian badan seperti kepala, ketiak dan badan dan mandikan seperti biasa.
5. Jangan biarkan anak kelaparan walaupun dia hilang selera. Bayi perlukan lebih kalori dan cecair.
6. Jangan risau sangat. Bayi memang mudah demam tetapi selalunya mudah sembuh.

Jika selsema
1. Titiskan hidung dengan air garam atau sedut mukus dengan pam penyedut
2. Beri minum air masak dan suam dengan kerap
3. Biarkan hingus kering sendiri

Jika batuk
1. Bagi kanak-kanak yang berusia dua tahun keatas, berikan air suam atau  sesudu madu. Madu dapat menanggalkan lendir dan kahak di dalam kerongkong. Madu tidak digalakkan untuk anak yang berusia kurang 2 tahun.

Pertolongan cemas semulajadi!

Selalunya, setiap kali anak kita demam atau selsema, kita sibuk nak berikan antibiotik, panadol, paracetamol, sirap ubat batuk dan macam-macam lagi ubat padahal ubat tu bukanlah elok sangat untuk kesihatan. Di Amerika penggunaan antibiotik semakin berkurangan tetapi tidak di Malaysia. Memang kaya klinik swasta setiap kali demam kita pun berkunjung membeli antibiotik.

Shaklee mempunyai produk yang mampu mempertingkatkan imuniti! Kajian selama 40 tahun oleh Dr. Yasuhiko Kojima saintis Jepun telah menjadi satu produk paten yang eksklusif terdapat hanya di Shaklee dan pengedar bebas seluruh Malaysia.



Nak tahu lebih lanjut tentang NutriFeron?? Nak tahu kenapa ia dikenali sebagai pertolongan cemas semulajadi pertama? Nak tahu kenapa ia patut ada disetiap rumah? Nak tahu apa ia buat untuk anak-anak yang sering demam, selsema dan batuk? Nak tahu bagaimana cara pengambilannya? Berapa banyak tanya daaa..

Hubungi saya tanpa malu-malu: Suhaila 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com ;))