Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Salah satu masalah yang kerap melanda ibu hamil ialah bengkak kaki atau dalam perubatan dipanggil oedema.

Alhamdulillah sepanjang saya mengandungkan tiga orang hero ni, belum pernah lagi mengalami masalah bengkak kaki atau kaki kembang.

Kalau datang buat check-up ke KKIA, nampak ibu dengan kaki bengkak, kesian pulak rasa. Mesti tak selesa dan ketat je rasa nak berjalan kan. Ada yang kes lagi teruk saya pernah nampak, urat kaki dia yang kaler hijau tu memang timbul sampai ke betis. huhu...


Kenapa ibu hamil selalu mengalami bengkak kaki?

Semasa mengandung, badan kita akan simpan banyak cecair daripada biasa. Dan apabila kandungan sudah semakin besar, rahim kita ni akan menekan salur darah pada pelvis. Tekanan ni akan menyebabkan peredaran darah di bahagian bawah badan kita menjadi perlahan dan berkumpul.

Apabila darah berkumpul, ia akan memaksa air turun dan keluar melalui kapilari darah dan masuk ke tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Sebab itulah kita akan nampak kaki mula mengembang dan seakan bengkak.

Bagaimana nak kurangkan bengkak?

Ada beberapa cara yang boleh ibu lakukan untuk kurangkan dan menghilangkan bengkak kaki yang tak selesa ni.

1. Elakkan duduk terlalu lama atau berdiri terlalu lama. Jangan silang kaki semasa duduk kerana ini akan burukkan keadaan. Cuba lakukan banyak pergerakan untuk menghalang darah berkumpul di sesuatu bahagian.

2. Baring kekiri jika ibu ingin berehat untuk mengurangkan tekanan pada saluran darah vena kava. Ibu juga boleh naikkan sedikit kaki dengan bantal supaya berkedudukan tinggi sedikit daripada jantung.

3. Berselimut atau pakai stokin semasa tidur tetapi elakkan stokin yang terlalu ketat.

4. Pakai kasut yang selesa yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

5. Minum banyak air untuk mengembalikan cecair yang hilang.

6. Mengurut. Mintalah bantuan encik suami untuk mengurut kaki yang bengkak itu.

7. Makan secara sihat, elakkan makanan ringan dan tinggi garam.

8. Mengambil suplemen seperti multivitamin, kalsium, magnesium dan omega 3.

Hampir 80% wanita mengandung pernah mengalami masalah bengkak kaki ni dan ia biasanya berlaku pada trimester ketiga. Ianya normal dan ibu jangan risau. Selalunya lepas bersalin bengkak ni akan surut sendiri.

Tapi lain halnya dengan ibu yang mengalami bengkak kaki lepas bersalin. Yang ini saya pernah kena. Tunggu next entry okeh!

Ada ibu-ibu yang ingin mendapatkan set lengkap ibu mengandung, boleh hubungi saya ;)

Suhaila Budin
012-9645614
868994


Assalamualaikum wbt.

Anak yang baik, soleh, solehah dan tak banyak ragam sejak bayi adalah impian semua bakal ibu dan ayah. Tapi ramai yang tak sedar, proses melahirkan anak yang baik dari segi tingkahlaku bermula sejak dari awal lagi iaitu sejak bayi berada dalam kandungan.

Banyak perkara yang ibu perlu tahu dan amalkan serta jauhkan sepanjang kehamilan. Sebab sedikit sebanyak apa yang ibu makan, apa yang ibu pakai, apa yang ibu rasa, semuanya akan di rasai oleh janin dalam kandungan.


Maka biasakanlah bayi dengan perkara-perkara baik agar mudah menjaga dan mendidiknya selepas lahir nanti.

Di bawah ni saya senaraikan perkara yang mesti ibu lakukan sepanjang kehamilan supaya nanti bayi yang lahir tak banyak meragam, tak menangis, dan ibu mudah menjaganya.

1. Ibu mesti sentiasa ceria dan positif selalu, tidak merungut atau marah-marah.
2. Tidak bergaduh atau bermasam muka dengan suami. Redha dengan suami dan mohon keredhaan suami.
3. Makan makanan yang baik lagi halal. Elakkan makan makanan yang ada perisa, pewarna tambahan. Sebaiknya masak sendiri di rumah dan elakkan air tangan orang yang tidak solat.


4. Sentiasa menunaikan amalan fardhu dan tambah dengan amalan sunat.
5. Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Antara surah yang mesti di amalkan ialah:
  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Yusuf
  • Surah Maryam
  • Surah Yaasin
  • Surah Luqman
  • Surah At-Taubah
  • Surah Al-Hujurat
  • Surah An-Nahl ayat 78

6. Sentiasa bercakap dengan bayi dalam kandungan agar dia keluar nanti menjadi anak yg soleh dan berakhlak mulia
Bukan saja si isteri, malah suami lebih lagi. Jaga perasaan dan emosi ibu hamil agar isteri tidak berdendam atau menghadapi sebarang tekanan perasaan dan kemurungan.
Ibu mengandung yang akrab hubungannya dengan Tuhan, insyaAllah akan dipermudahkan urusannya menjaga dan mendidik permata syurga...

***********************
Dapatkan Set Lengkap Ibu Hamil semulajadi dengan menghubungi saya:

Suhaila Budin
012-9645614
868994


Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak bagi review sikit pasal satu lagi produk Shaklee yang agak terkenal juga iaitu Peppermint Ginger Plus.

Mungkin ramai antara kita yang tahu kalau badan masuk angin, mesti minum air halia kan? Sebab halia ni sifatnya panas dan buang angin.

Selain boleh amalkan minum air rebusan halia yang di campur dengan madu, ada cara lebih mudah lagi iaitu menelan Peppermint Ginger Plus nih! Hihi..


Ok, apa yang best sangat tentang Peppermint Ginger ni??

Satu tablet PG ini mengandungi campuran empat herba terkenal iaitu halia, daun pudina, adas atau jintan manis dan cekur manis.

Secara klinikalnya ia dapat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

So, jom kita tengok kelebihan setiap herba ni pula.

Daun pudina


  • mempunyai kesan penenang, melegakan otot perut
  • membantu melegakan penghadaman, mabuk laut, mabuk kereta
  • melegakan pedih ulu hati, gastrik dan cirit-birit
  • melegakan kesan sampingan rawatan kemoterapi seperti muntah dan hilang selera
  • meransang pengeluaran peluh, menyekat demam jika selsema
  • sensasi sejuk dan dingin  membantu pemikiran yang jelas dan fokus


Halia



  • meransang enzim salvia untuk pencernaan makanan
  • melagakan sakit perut/ usus, sakit haid,
  • morning sickness, mual, angin, dan loya semasa mengandung dan berpantang
  • menghalang muntah dan mabuk dalam perjalanan udara, air dan darat


Biji adas / jintan (fennel)

  • orang Eropah mengamalkan biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut
  • melegakan sakit perut, masalah alergi pada saluran usus
  • melegakan gejala flu

Cekur manis


  • digunakan orang Mesir purba untuk melegakan masalah pencernaan, gejala haid, batuk dan kahak
  • meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
  • mencegah pembiakan kulat yang sebabkan penyakit kulit
  • membuang haba / panas badan
  • melancarkan tenaga dalaman
Antara feedback pengguna Peppermint Ginger




Peppermint Ginger memang ada peminatnya tersendiri terutama mereka yang jenis badan berangin ni. Salah makan sikit terus kembung, lambat makan pun masuk angin juga sampai ke kepala. Lagi teruk sampai gastrik pun ada.

Ada baiknya simpan sebotol dirumah, buat guna di saat-saat kecemasan kan.

Sebotol Peppermint Ginger ni mengandungi 90 biji dan cuma berharga RM45 sahaja.

Sesiapa yang berminat, bolehlah dapatkan melalui saya dengan menghubungi:

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Sebagai wanita yang pernah hamil, mesti pernah merasai morning sickness termasuklah saya. Tapi morning sickness saya tak berlaku waktu pagi ia berlaku tengah hari dan petang.

Pengalaman mengandungkan anak pertama saya menghadapi alahan yang agak teruk juga. Dah la masa tu kerja. Kerja plak sebagai pembantu kat cyber cafe. Tengahhari kalau tak makan nasi bekal yang saya bawak, atau nasi yang saya dah beli siap-siap, mesti makan laksa penang yang ada jual depan kedai. Itu jelah menu hari-hari duk ulang-ulang. Benda lain tak mampu nak telan.


Yang syoknya lepas habis makan, mesti keluar balik semua sekali...membazir sangat kan? Masa tu dah tak kira ada orang ke takde orang dalam kedai, perut menggelodak tak tahan nak muntah juga.

Lagi sekali bila balik kerja, bukak je pintu rumah terus berlari masuk toilet untuk muntah. Masa tiga bulan pertama ni saya memang tak masak sangat. Tak boleh bau bawang terus kembang tekak. Bau rumah sendiri pun busuk je rasanya. huhuhu..

Rupanya lebih 70% wanita yang mengandung memang akan mengalami alahan morning sickness ni. Ada yang teruk sangat sampai kena duduk wad hingga bersalin.

Kalau ibu sedang mengalami alahan macam ni, cuba amalkan petua di bawah. Mudah je rupanya. Saya dulu mana la tau ada petua-petua macam ni.

1. Lemon

Boleh campurkan jus lemon dengan jus pudina dan sedikit air rebusan halia, amalkan tiga kali sehari. Nak minum jus lemon saja pun boleh. Lemon atau limau memang terbukti dapatkan kurangkan rasa loya. Kalau tak mampu nak minum, ambil sebiji lemon, dan ciumlah baunya yang harum tu...

2. Halia 

Halia mengandungi komponen semulajadi yang dikenali sebagai gingerols dan shogaols yang dapat melegakan loya dan muntah.

Caranya, ambil air rebusan halia yang masih suam, campur dengan sedikit madu dan minum setiap pagi. Atau boleh juga campurkan sedikit hirisan halia dalam air panas, dan minum bila suam.

3. Daun kari

Selalu digunakan dalam perubatan Ayurvedik untuk kurangkan loya dan muntah. Selain di ambil jusnya dan campurkan dengan madu, sebenarnya daun kari boleh di makan begitu saja.

Saya pun baru tau pucuk kari sedap di buat ulam. Sebagai seorang peminat ulam-ulaman, bagi saya memang sedap dan mudah sangatlah kalau macam ni. hihi

4. Daun pudina

Komponen anestetik yang wujud dalam daun pudina menjadikannya penenang usus yang sangat baik.

Letakkan beberapa helai daun pudina dalam air panas, tunggu suam dan minum. Boleh campurkan dengan sedikit gula ataupun madu.

Selain itu ibu boleh letakkan minyak pati daun pudina pada pakaian dan hidu baunya. Makan gula-gula perisa pudina pun ok juga tapi tak boleh selalu nanti kencing manis pula.

5. Keju

Masa mengandung kena makan sumber protein yang cukup untuk stabilkan aras glukosa darah. Ada kajian menunjukkan kalau kita makan cukup protein sejak sebelum mengandung lagi, ia boleh kurangkan loya dan muntah terutama bila kita craving sesuatu yang manis.

So ibu bolehlah makan keju kalau tak mampu nak telan makanan lain. Makan kek cheese meleleh ke atau sandwich bersama kepingan keju pun ok. Nak lagi sedap buat resepi roti lapis daging letak cheese.

6. Makan biskut

Contohnya biskut cream cracker cap pingpong ke atau biskut mayat. Makan je bila-bila mula dari bangun tidur sampai malam kalau terasa perut kosong dan lapar.

7. Potato chips

Mesti ibu senyum dapat makan potato chips. Tiada salahnya makan potato chips tapi ibu mesti buat sendiri. Yang buat sendiri lebih berkhasiat sebab tiada pewarna, perasa, MSG, dan tambahan kimia yang lain.

8. Minum cukup air kosong

Ibu kena pastikan badan selalu terhidrat sebab kekurangan air boleh sebabkan morning sickness.

Kalau tak dapat minum 8 gelas sehari ( 1 jam segelas), ibu boleh juga ambil melalui buah-buahan, jus sayur ataupun sup.

Jadi, ibu ada mengalami morning sickness yang teruk, boleh la amalkan semua petua di atas dengan konsisten setiap hari. Tapi kalau tidak berkurangan, malah makin teruk hingga berlaku dehidrasi dan penurunan berat badan, segeralah dapatkan rawatan sebab nanti akan beri kesan pada bayi.

Ibu, kalau nak cuba Peppermint Ginger ni boleh juga.

Harganya cuma RM45. Ia mengandungi 4 herba yang amat membantu dalam masalah berkaitan penghadaman dan perut iaitu pudina, halia, cekur dan jintan manis.

Semoga ibu dan kandungan sihat-sihat sahaja ye!

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Assalamualaikum wbt.

Ada macam-macam tanda awal seorang isteri itu rupa-rupanya sedang hamil. Tanda yang paling normal ialah tidak datang haid diikuti rasa mual dan loya iaitu morning sickness yang dirasai oleh hampir kebanyakan ibu baru.

Percaya tak suami pun boleh mengalami morning sickness 'bagi pihak isteri'?? LOL!
Keadaan ini dinamakan Sindrom Couvade.

Saya pun ada pengalaman taw...

Teringat lagi di satu hari, encik suami yang balik kerja waktu tengah hari ada cakap,


"Tadi kat ofis kepala abang pening, kembang tekak, lepas tu terus muntah. Lama pulak tu... Budak-budak ofis cakap ayang mengandung"

Wah..biar betul ni. Kita takde pape takkan dia pulak yang muntah. Memang tak percaya.

Memanglah pernah dengar cerita ada suami yang kena alahan sedangkan isteri rileks jer.. Kalau betul, ini sudah bagus! Hihihi.. Sebab pengalaman morning sickness anak pertama dulu agak teruk juga. Kalau dapat dipindahkan ke suami memang bestlah! haha..

Sejujurnya saya memang tak tahu bahawa saya akan mengandung. Ada syak sikit je sebab haid lewat sikit bulan tu.

Dan...rupa-rupanya memang saya mengandung.

Dan yang bestnya lagi, kehamilan kali kedua saya langsung tak mengalami morning sickness teruk, muntah-muntah. Cuma loya-loya sikit makan asam pun da ok.

Mengandung kali kedua memang best. Tempoh tiga bulan pertama yang menyeksakan tu saya tak rasa. Semuanya smooth je sampai ke hari bersalin.

Bersalin pun mudah, Alhamdulillah.

Itulah serba sedikitnya nak cerita. Kalau ada suami, atau ada kawan-kawan lelaki anda yang mengalami serangan pening, loya, mual, muntah-muntah dengan tiba-tiba, confirm isteri tu sedang hamil!

Tahniah saya ucapkan. Cepat-cepat pergi klinik buat buku merah, dan makan vitamin semulajadi daripada saya ok ;)

Nak Set Ibu Hamil boleh hubungi:

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Assalamualaikum wbt.

Saat disahkan positif hamil adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pasangan suami isteri. Ada yang lama menanti dan ada juga yang bunting pelamin. Keterujaan suami isteri ni adakala boleh buat mereka lupa apa yang penting demi menjaga kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan.

Bila perut dah ada 'isi', semuanya tak macam dulu lagi. Ibu kena berhati-hati dengan segala tindak tanduk lebih-lebih lagi dalam bab makanan.

Maklumlah...sekarang apa yang kita makan bukan je beri kesan pada diri sendiri tapi juga kepada si comel dalam perut tu.

Tapi kadang-kala tak semua pasangan atau ibu bernasib baik. Ada yang diuji dengan keguguran, dan ada juga yang bayi meninggal dalam kandungan walaupun kandungan sudah membesar. Kakak saya sendiri pernah mengalami peristiwa sedih ini.


Saya masih ingat, doktor benarkan kakak berhari raya dulu sebelum dia mengeluarkan bayi yang sudah meninggal itu. Sebab mereka pun kena berpantang sama seperti ibu lain berpantang. So baiklah raya sakan dulu..

Ada beberapa sebab bayi boleh mati dalam kandungan (stillbirth). Antaranya:-

1. Asphyxia iaitu keadaan di mana bayi tidak mendapat bekalan oksigen kerana terbelit tali pusat

2. Kecacatan organ seperti jantung

3. Pertumbuhan bayi yang sangat lambat

4. Kelainan kromosom, genetik atau metabolisme pada janin

5. Infeksi

6. Diabetes

7. Kesihatan ibu yang tidak baik

8. Mengambil bahan terlarang seperti rokok, alkohol atau dadah

Jadi, adalah sangat penting suami isteri, ibu-ibu dan kaum keluarga ambil berat terhadap apa yang si ibu ini makan dan gunakan sehari-hari. Kadang kita tak sangka benda nak jadi, dah jaga elok-elok pun bayi meninggal juga. Itu semua ketentuan dari Allah.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu wajib berusaha untuk memastikan bayi dalam kandungan sentiasa selamat sehingga waktu melahirkan.

Cara Mengurangkan Risiko Bayi Meninggal Dalam Perut

Ibu bolehlah mengamalkan perkara di bawah sejak dari awal sebelum merancang untuk hamil.

1. Mengambil makanan seimbang yang cukup nutrisi penting terutama asid folik, dan mengelakkan mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan terlalu tinggi kandungan gula.

2. Beritahu doktor jika anda ada masalah kesihatan dan ada mengambil sebarang ubat

3. Suami dan isteri menjauhi rokok dan minuman beralkohol. Partikel rokok akan beri kesan kepada janin dalam keadaan yang kita tidak jangka.

4. Menjaga kesihatan dan kebersihan agar tidak terkena sebarang jangkitan penyakit, terutama di kawasan sekitar faraj.

5. Sentiasa memastikan pergerakan janin signifikan. Segera ke hospital jika merasakan trend yang merosot atau terlalu aktif

Selalunya, kejadian bayi meninggal dalam perut atau stillbirth ini berlaku apabila janin berusia 20 minggu ke atas.

Jadi ibu-ibu banyakkan berehat, bertenang, prihatin terhadap sebarang perubahan pada tubuh dan jangan berlengah jika ada sebarang masalah berlaku.

Saya doakan ibu yang sedang hamil sentiasa sihat dan selamat hingga waktu melahirkan nanti.

Bagi ibu yang ingin mendapatkan Set Vitamin Ibu Hamil Lengkap, boleh terus menghubungi saya:

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Assalamualaikum geng!

Hari tu kan, masa saya skrol skrol Fb, saya terbaca salah satu komen pada page, lebih kurang macam ni,

"Saya mengandung tak makan pun vitamin yang klinik kasi, ok je langsung takde masalah"

Saya macam, wow ok. Baguslah Alhamdulillah. Mungkin ibu ni cukup ambil vitamin daripada sumber makanan yang sebenar.

Tapi kan, sebenarnya pada saya, tak begitu sesuai kita mengungkapkan kata-kata ini di 'khalayak ramai' sebab bimbang ada yang terpengaruh pula nanti.


Keperluan setiap ibu hamil itu berbeza antara satu sama lain kan. Kita tak makan vitamin, mungkin ok. Tapi kita tak tahu ada rakan-rakan kita yang ada masalah, memang kekurangan gizi, lepastu terpedaya pula dengan kata-kata kita, akhirnya bawa padah kat diri sendiri. Lebih buruk lagi memberi kesan pada bayi dalam kandungan.

Saya pernah terbaca dalam satu majalah, Pa&Ma tak silap, seorang ibu ni akibat morning sickness dan alahan yang teruk, dia bukan saja tak makan vitamin macam B complex, malah makanan lain pun dia tak lalu nak telan. Akibatnya bayi dia menghidapi masalah saraf yang agak kronik juga.

Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Hamil

Sebaik sahaja ibu disahkan mengandung, vitamin yang sepatutnya wajib ibu telan mula-mula sekali ialah asid folik!

Asid folik sebenarnya ialah sejenis vitamin B atau lebih tepat lagi salah satu daripada lapan adik-beradik vitamin B. Apabila kita makan kesemua lapan jenis vitamin B ini, maka kita di katakan mengambil vitamin B Complex.

Pentingnya asid folik ini ialah kerana ia sangat diperlukan untuk:

  • pembentukan sel darah merah supaya bacaan Hb tak low
  • perkembangan tiub neural iaitu otak dan saraf tunjang yang sempurna
Apabila seseorang ibu didapati mengambil sangat kurang asid folik, ia boleh menyebabkan kecacatan pada tiub neural bayi dan ini boleh dikesan seawal minggu ke3-4 kehamilan. Sebab itu penting ibu yang merancang untuk hamil mengamalkan asid folik dan vitamin B complex sejak dari awal lagi.

Ibu mengandung disarankan mengambil sehingga 400mg asid folik setiap hari. Jika ibu ada mengamalkan multivitamin, jadi kiralah jumlah asid folik yang sepatutnya di ambil.

Asid folic pilihan saya?

Saya mengambil vitamin B Complex yang lengkap dengan kesemua lapan jenis vitamin B termasuk asid folik.

Ia vitamin semulajadi dimana ia mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten untuk meningkatkan penyerapan asid folik ke dalam badan.

120 biji ni boleh tahan sehingga 4 bulan dan harganya tak mahal pun, cuma RM53 sahaja,

So ibu-ibu, kalau sudah disahkan hamil, apa lagi kalau ada masalah Hb yang rendah, eloklah amalkan asid folik sejak awal lagi.

Nak yang macam saya ni? Boleh hubungi:-

Suhaila Budin
012-9645614
Fb/ Su AnNajah
868994

Bagi mereka yang sedang dan pernah di serang strok, mencari dan mendapatkan rawatan yang selamat adalah satu kewajipan.

Ini sama ada untuk mengelakkan serangan kali kedua dan mengurangkan risiko ia menjadi lebih teruk.

Biasanya doktor akan membekalkan anda ubat untuk:

  • merendahkan tekanan darah
  • mengurangkan risiko gumpalan darah
  • mengurangkan tahap kolesterol jahat
Adalah sangat penting untuk mengambil ubat dan mendapat konsultasi mengenai ubat anda dari pihak hospital.

Walaupun anda ada mengambil makanan kesihatan yang lain, pengambilan ubat doktor harus diteruskan dan hanya boleh berhenti mengambilnya jika mendapat keizinan daripada doktor setelah dirasakan anda sudah tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan dari hospital atau klinik.

Bagaimana Vivix membantu pesakit strok?


Nampak biasa tapi ia sangat powerful! Bukan saya kata, tapi ramai dah cuba dan akhirnya jadikan suplemen wajib ada di setiap rumah. Oleh sebab pesakit strok kena makan banyak antioksidan, vitamin dan mineral, maka sesudu Vivix setiap hari memberi anda khasiat itu.

Secara umumnya, Vivix membantu:

1. Menurunkan tahap kolesterol jahat yang tinggi dalam pesakit strok

2. Menguatkan semula sel salur darah yang lemah

3. Melancarkan pengaliran darah dan menyihatkan jantung

4. Menurunkan tekanan darah tinggi

5. Menstabilkan bacaan gula darah pada pesakit kencing manis

6. Menguatkan sistem pertahanan tubuh

7. Mengembalikan semula jangka hayat sel otak yang rosak akibat trauma strok

8. Membekalkan tenaga

9. Mengembalikan kesinambungan sel saraf

10. Mempercepatkan pemulihan dan penyembuhan pesakit strok

Selalunya, pesakit strok akan mengalami kesukaran untuk menelan makanan. Jadi mereka lambat pulih kerana tidak mendapat khasiat yang secukupnya daripada pemakanan.

Vivix amat mudah untuk ditelan, dan bukan itu saja, ia membekalkan nutrisi yang amat diperlukan oleh seorang pesakit strok.

Saya selalu mengesyorkan Vivix kepada sesiapa yang saya jumpa yang diserang strok. Anda tentu nak orang-orang tersayang cepat sihat seperti sediakala kan?

Hubungi saya untuk mendapatkan Vivix dengan harga ahli.

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994


Ubat Untuk Penyakit Strok

by on Jun 29, 2015
Bagi mereka yang sedang dan pernah di serang strok, mencari dan mendapatkan rawatan yang selamat adalah satu kewajipan. Ini sama ada untuk...
Serangan strok adalah serangan yang paling ditakuti kerana ia selalu berlaku tanpa amaran dan tiba-tiba. Namun sebenarnya, kegagalan seseorang untuk mengenalpasti tanda amaran awal kepada strok adalah lebih membimbangkan.

Kadangkala badan dah menunjukkan tanda amaran bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan badan kita. Tapi oleh sebab kita takut dan tak nak percaya bahawa kita ini sakit, maka tanda ini sering di abaikan.


Apa tanda amaran awal kepada strok? Jom perhatikan dan teliti perkara di bawah.

1. Merasa lemah atau kebas secara mengejut di sebelah bahagian badan. Contohnya muka senget sebelah, air liur meleleh, kaki atau tangan berasa kebas dan hilang deria rasa.

2. Mata kabur secara tiba-tiba sama ada sebelah atau kedua-duanya sekali.

3. Susah untuk bertutur dan susah untuk memahami pertuturan. Selalunya percakapan menjadi tidak jelas butirannya.

4. Pening, hilang imbangan dan merasa keliru. Pesakit akan rasa nak jatuh dan susah berdiri dengan betul.

5. Sakit kepala yang teruk dan mengejut

6. Rasa mual atau muntah

Ketahuilah bahawa strok adalah penyebab kematian yang utama di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.

Siapa yang berisiko?

Mereka dalam senarai di bawah mempunyai faktor meningkatnya risiko diserang strok.

1. Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak di rawat. Ini akan merosakkan dinding arteri dan boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

2. Diet yang tinggi kandungan garam menyebabkan tekanan darah tinggi, manakala diet yang tinggi kandungan lemak dan gula boleh menyebabkan pennyempitan dan pengerasan arteri.

3. Pesakit kencing manis kerana biasanya mereka juga akan mengalami tekanan darah tinggi dan arterosklerosis.

4. Pernah mengalami TIA.

5. Fibrilasi atrium dimana pembentukkan gumpalan darah dalam jantung akibat daripada degupan jantung yang tidak teratur, yang kemungkinan tertanggal dan di bawa oleh aliran darah ke otak.

6. Merokok mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada arteri dan meningkatkan tekanan darah

7. Sesetengah pil perancang keluarga boleh memekatkan darah, menyebabkan ia bergumpal lalu menaikkan tekanan darah.

Sebenarnya, risiko serangan strok boleh dikurangkan. Sentiasa ingat untuk:
  • bersenam 30 minit lima hari seminggu
  • mengambil diet sihat seperti buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral
  • mengekalkan berat badan sihat
  • tidak merokok
  • selalu memeriksa tekanan darah
  • minta nasihat doktor sebelum mengambil pil perancang keluarga atau suntikan hormon
Sentiasalah 'alert' dengan setiap perubahan pada tubuh badan sendiri atau orang yang kita sayang. Jangan sampai menyesal akibat keterlewatan kita mengenal tanda amaran bahaya strok.

Kurangkan stress, sentiasa senyum, amalkan zikrullah insyaAllah hati tenang dan penyakit dapat dihindarkan.

Ingin bantuan untuk mengurangkan serangan strok? Hubungi saya;

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Semua wanita di atas muka bumi ini sangat obses dengan cantik. Daripada anak dara hinggalah ke nenek dara mesti paling tidak pun mengamalkan sekurang-kurangnya satu petua untuk nampak cantik.

Cantik mempunyai definisi yang sangat subjektif. Tetapi ramai orang menganggap bahawa wanita yang berkulit putih berseri itu adalah cantik. Maka keluarlah pelbagai produk kecantikan pemutih wajah dari kilang untuk memutihkan kulit para wanita.

Adakah salah ingin memutihkan kulit gelap kusam ni?? Tak, tidak salah sama sekali. Itu hak individu yang orang lain tak boleh pertikaikan. Terpulanglah kepada wanita tu nak cantik putih sampai pucat atau nipis kulit wajah sekalipun itu hak dia.


Dulu, produk pemutih wajah ni susah nak jumpa. Harganya pun mungkin agak mahal. Sekarang boleh dapat di mana-mana malah harganya bukan saja berpatutan malah murah tak masuk akal. Kualitinya??? Kriik kriikk..

Sebenarnya dengan harga yang murah, kualiti produk itu bolehlah dikatakan 'murahan' juga! Harga murah dan kualiti yang tidak begitu baik pasti mendatangkan kesan negatif kepada si pemakainya. Apalagi jika produk itu menjanjikan putih dalam masa yang amat singkat! Dua minggu, seminggu, sehari atau seminit sapu pun boleh putih?? Tidakkah ini sangat berbahaya??

Percaya tak, ibu-ibu hamil juga tak terlepas daripada persaingan untuk nampak cantik dan putih ni. Dan lagi mengerikan mereka tidak teragak-agak untuk memakai produk pemutih yang tidak pasti asal-usulnya.

Semasa saya mengandung dulu, usahkan pakai produk pemutih, pencuci muka pun saya hentikan pemakaiannya gara-gara terbaca artikel 'ubat jerawat tidak sesuai untuk ibu hamil'. Apabila saya kelebet-kelebet kandungan bahan pada pencuci murah saya itu, saya temui pelbagai bahan yang amat bahaya bukan saja kepada saya malah kepada bayi dalam kandungan. Syukurlah sekarang saya dah jumpa pencuci yang selamat dan boleh digunakan semasa hamil pun.

Berbalik kepada produk pemutih kita tadi, ada beberapa bahan berbahaya yang memberi kesan negatif bukan saja kepada ibu malah bayi dalam perut turut merasa kesannya.

1. Merkuri

Merkuri ialah sejenis logam yang boleh merosakkan bahagian tubuh manusia termasuk peparu, buah pinggang, sistem saraf malah boleh menyebabkan masalah pendengaran dan penglihatan. tahap keseriusan bergantung kepada sebanyak mana kita telah terdedah kepadanya. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan otak, telinga dan mata pada bayi.

2. Hidrokuinon

Hidrokuinon ialah sebatian organik beraroma yang bertindak sebagai agen peluntur (bleaching) yang biasa di gunakan dalam sabun basuh kain, pencuci detergent dan produk cucian. Produk yang mengandungi hidrokuinon biasanya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai wajah dengan efek putih kemerahan seperti terbakar. Produk yang mengandungi hidrokuinon tidak sesuai digunakan untuk jangka masa lama.

3. Retinoid

Boleh menyebabkan FRS (Fetal Retinoid Syndrome) dimana janin akan mengalami masalah kecacatan mental dan fizikal. Retinoid sering digunakan dalam krim untuk merawat jerawat.

Memang tidak ada salahnya untuk ibu kelihatan cantik semasa hamil. Tetapi jika kecantikan ibu hanya mengundang padah kepada anak dalam kandungan, apalah gunanya.

Di bawah ini beberapa tips saya nak kongsikan untuk ibu supaya masih lagi boleh cantik walaupun ketika hamil tanpa merisikokan nyawa sendiri dan bayi.

1. Elakkan menggunakan sebarang produk yang mengandungi bahan berbahaya di atas. Ini agak sukar kerana kebanyakan pengilang sering menyembunyikan bahan dengan 'menipu label'. Walaupun ada cop KKM, ia tak semestinya selamat kerana ada pengilang yang menghantar sampel selamat ke KKM, tetapi yang dijualnya lain.

2. Gunakan bahan semulajadi sebagai masker, itupun setelah kandungan berusia 4 bulan.

3. Pakai sunblock yang selamat agar kulit tidak gelap walaupun ibu berada di bawah cahaya matahari terik yang agak lama.

4. Bertanyalah kepada doktor mengenai alat kosmetik anda. Ini kerana bukan saja produk penjagaan wajah, krim atau pencuci malah produk kosmetik seperti lipstik, bedak, alat make-up juga mengandungi bahan kimia yang tidak kita ketahui kandungannya.

5. Makan vitamin semulajadi yang sesuai semasa hamil. Contohnya Vitamin C bukan saja sangat bagus untuk pengaliran darah yang lancar, malah ia bertindak sebagai peransang kolagen semulajadi.

Kulit wajah yang cantik, putih dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita, namun kesihatan dan keselamatan diri jauh lebih penting. Ambil langkah berhati-hati setiap masa, buat kajian dan penyelidikan sedikit sebelum anda menggunakan apa-apa produk pemutih wajah.

Apapun, saya doakan anda ibu hamil sentiasa sihat dan selamat sehingga melahirkan.

Salam ceria!

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994



Ketika entry ini di tulis, insyaAllah lagi dua hari umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. (Allah, sampaikan kami ke bulan Ramadhan).

Sebut pasal puasa, tak lari daripada gastrik terutama kepada orang yang memang ada masalah berkaitan. Mungkin ada yang risau macam mana nak puasa, takut kalau-kalau penyakit gastrik menyerang nanti.


Jangan jadikan sakit gastrik sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Penyelesaiannya sentiasa ada.

Sebelum tu jom kita ambil tahu dulu, apa sebenarnya penyakit gastrik ni? Ada kaitan tak dengan puasa? Hmm..

Gastrik atau dari istilah perubatannya gastritis, ialah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut. Ia di tandai dengan simptom seperti:

- sakit dan senak di bahagian perut
- pedih ulu hati
- sakit di bahagian abdomen
- pedih dan berangin
- kembung perut
- sendawa dan berasa loya
- hilang selera makan dan turun berat badan

Secara semulajadinya, sel perut akan menghasilkan asid hidroklorik yang berpH 1-2 untuk proses pencernaan makanan. Asid kuat ini boleh menghakis sel perut dan mukosa yang berfungsi sebagai pelindung terhadap serangan asid tadi.

Seseorang yang mengadu sakit perut apabila lapar sebenarnya mengandungi asid hidrokolrik yang berlebihan di dalam perut dan jika seseorang itu sakit perut selepas makan, maka dia sebenarnya mengalami ulser perut akibat lapisan mukosa yang lemah.

Sebenarnya ramai menganggap berpuasa boleh mengakibatkan terjadinya gastrik. Padahal semasa berpuasalah sel-sel perut malah seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut juga menurun.

Yang di katakan sakit perut atau gastrik semasa berpuasa itu sebenarnya ialah tabiat pemakanan yang salah semasa berbuka!

Cara Kurangkan Gastrik Ketika Berpuasa

Ikutilah tips ini. InsyaAllah anda tidak akan diserang gastrik lagi.

1. Mulai berbuka dengan kurma, sedikit manisan, kuih atau buah-buahan dan segelas air.

2. Tunaikan solat Maghrib

3. Baru mengambil makanan berat. Tetapi elakkan mengambil makanan terlalu pedas, berempah dan berlemak kerana ini akan jejaskan sistem penghadaman

4. Makan secara sederhana, jangan berlebihan apatah lagi membazir

5. Cukupkan pengambilan air kosong sebanyak 2-3 liter sejak berbuka hingga sahur

6. Bersahurlah dengan karbohidrat kompleks seperti bijirin oat, kurma, buah-buahan, roti, nasi dengan lauk yang minima, susu serta susu soya.

Karbohidrat kompleks mempunyai serat yang tinggi, lambat dicerna dan dengan itu lambat berasa lapar. Makanan berindeks glisemik rendah seperti soya melepaskan glukosa perlahan-lahan dalam darah dengan itu kita lambat berasa lapar dan penat.


Selalunya gastrik bukanlah disebabkan perut lapar dan tidak makan dalam tempoh lama, tetapi mengambil makanan yang salah, tidak teratur dan seimbang.

******
 Pembelian ESP Shaklee untuk membantu mengatasi masalah gastrik, boleh hubungi saya;

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994