Enter Keyword

VITAMIN IBU HAMIL : JOM SEMAK APA YANG IBU HAMIL PERLUKAN SEPANJANG KEHAMILAN

Assalamualaikum, salam sihat semua..

Persoalan tentang pemakanan sewaktu hamil kadang-kala menimbulkan keresahan kepada sesetengah ibu hamil. Jom ikuti beberapa fakta tentang pemakanan yang sepatutnya ibu hamil perlu dan mesti amalkan.

1. Makan untuk dua orang
Ini benar. Ibu hamil perlu dapatkan khasiat yg cukup untuk diri dan bayi di dalam kandungan. Kekurangan zat akan membawa masalah seperti penyakit jantung, diabetes, dan beberapa penyakit lain. Perlu diingat, kualiti makanan mesti lebih mendapat perhatian berbanding kuantitinya.

2. Jumlah kalori
Trimester 1 dan 2- antara 1800 hingga 2200 kalori setiap hari, bergantung kepada aktiviti harian yang anda lakukan.
Trimester 3- purata sehingga 2400 kalori setiap hari.

3. Muntah
70% wanita mengalaminya. Masalah ini biasanya akan berkurangan dalam minggu ke-12 hingga ke-14. Muntah terjadi kerana perut kosong. Kekerapan makan walau dalam jumlah yg sedikit dapat mengatasi masalah ini. Ambil makanan berkarbohidrat kompleks seperti nasi. Juga jus buah-buahan dan sup.

4. Vitamin tambahan
Asid folik (semasa 12 minggu pertama kehamilan) dan vitamin D (10mcg) sehari seperti yg dicadangkan oleh  UK Food Standard Agency.
Pengambilan vitamin C dan E boleh mengurangkan masalah pre-ekslampsia.
Kekurangan zat besi, zink dan kalsium berkait rapat dengan komplikasi yang mungkin berlaku sewaktu hamil, proses kelahiran dan selepas bersalin.

5. Makanan berisiko tinggi
Anda perlu elakkan:
-keju (lembut yg dihasilkan drpd susu kambing atau biri2). Keju keras atau separa masih boleh di makan.
-makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya
-susu yg tidak dipasteur terlebih dahulu

6. Ikan yang perlu dielakkan
-ikan yg bersaiz besar kerana mengandungi kandungan merkuri yg tinggi, boleh merosakkan neurologikal bayi.
- ikan berminyak seperti salmon dan mackerel mengumpul dioxin yg boleh menyebabkan risiko kanser dan kegagalan saraf bayi.
-boleh makan 1-2 hidangan saja dalam seminggu sepanjang hamil

7. Hati
Hati mengandungi kuantiti vitamin A yang tinggi. Pengambilan vitamin A yang tinggi boleh memudaratkan bayi.

8. Protein
Ibu hamil memerlukan tambahan 6gm protein setiap hari. Sumber protein ialah kekacang, produk berasaskan soya, roti, pasta dan sebagainya.

9. Kafein
UK Food Standards Agency menyatakan bahawa ibu hamil hanya boleh mengambil kafein tidak lebih drpd 300mcg sehari. (purata 4 cawan kopi, 6 cawan teh atau 8 tin minuman berkarbonat).
Pengambilan kafein berlebihan semasa hamil boleh menyebabkan keguguran atau bayi dilahirkan kurang berat badan.

10. Makanan berempah dan proses kelahiran
Sebenarnya, makanan berempah hanya berupaya meransang perut dan usus besar untuk sakit dan seterusnya dapat memulakan kontraksi.

11. Sembelit
Semasa hamil, usus tidak dapat berfungsi secara normal. Oleh sebab itu makanan dan air diserap lebih daripada biasa hingga menyebabkan najis menjadi keras.
Minumlah lebih banyak air dan makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

12. Zink dan kelahiran pramatang
Kekurangan zink boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Makanlah 1 atau 2 hidangan daging merah atau makanan laut seminggu sekali bagi pengambilan zink yg mencukupi. Jika tidak makan daging, 15mcg zink tambahan dapat membantu namun perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

13. Berat badan
Kenaikan berat badan mendadak terutama di akhir kehamilan perlu di awasi. Kandungan air berlebihan dikhuatiri menjurus kepada masalah pre-eksklampsia.
Jumlah kenaikan berat badan berbeza antara wanita hamil berdasarkan faktor ketinggian, diet pemakanan, metabolisme dan jenis aktiviti yang di jalankan.
Purata kenaikan yg disyorkan ialah antara 10kg-13kg dalam tempoh 40 minggu.

14. Bayi dengan IQ tinggi
Untuk mendapatkan bayi ber IQ tinggi, anda digalakkan mengambil makanan yg kaya dengan asid lemak seperti kekacang dan ikan.
Choline dalam B kompleks juga terdapat dalam telur, ikan, daging, kekacang dapat meransang otak bayi.

Makanan berkhasiat sememangnya diperlukan sepanjang hamil dan amat penting terutamanya dalam trimester pertama kerana ketika ini, otak, sistem kardiovaskular dan sarafnya sedang berkembang.

sumber: Pa&Ma

Shaklee menyediakan keperluan ibu hamil secara lengkap mengikut trimester. Jom berkenalan dengan setiap satunya!!

Set J1 (Trimester 1)
Vitalea, B complex, Vitamin C, Ostematrix, ESP

Set J2 (Trimester 2 & 3)
Vitalea, B complex, Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard, ESP

Vitalea
Multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia.
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap harian yang di ekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
Sebagai pelengkap nutrisi ibu hamil.

B Complex
Mengandungi 8  komponen penting vitamin B termasuk folik asid dan choline yang penting untuk perkembangan saraf tunjang dan otak bayi.
Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.

Vitamin C
Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C, 120mg bioflavonoid.
Antioksidan berkuasa yang membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
Sebagai agen anti radang, memperbaiki keadaan gusi berdarah semasa hamil.

Ostematrix
Sumber kalsium unik yang dilengkapi magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganese dan boron.
Kekurangan kalsium semasa hamil akan menyebabkan kerapuhan tulang dalam jangka panjang kerana bayi turut menyerap kalsium daripada ibu.
Penyerapan Ostematrix pada kadar 99%.

Omega Guard
Minyak ikan terbaik yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Satu sajian membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
Sangat penting dalam membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
Penting pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin dalam kandungan. Susu ibu mengandungi DHA yang tinggi yang berfungsi meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

ESP
Soya non-GMO sebagai sumber protein yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
Penting dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan, sumber tenaga, meransang fungsi psikologi dan baik untuk hormon.

Tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang. Pemakanan sihat sejak awal kehamilan sangat penting. Berikan yg terbaik untuk bayi anda. Pilih yg semulajadi, selamat, dan Halal.

Order/ maklumat lanjut/ konsultasi:
Suhaila 013-2369434
fb: facebook.com/su.annajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan