Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah tahniah kepada semua bakal ibu dan ibu-ibu yang telah selamat melahirkan bayi comel masing-masing.

Ciksu doakan anda dan baby sentiasa sihat, tenang dan membesar dengan baik. Membesar untuk baby. Mak-mak dah boleh stop membesar 😅.


Baru-baru ni, ada seseorang call, dia alami sakit yang amat sangat pada bahagian tulang pelvik hingga ke kaki. Sakit ini di panggil simphisis pubis yang memang selalu berlaku kepada kebanyakan ibu hamil.

Cuma, apabila lepas bersalin, ada yang sakitnya berkurang, ada yang hilang, dan ada juga yang makin teruk sampai nak berjalan pun susah. Menggeletar kaki tahan sakit.

Ciksu pun pernah alami perkara macam ni. Cuma alhamdulillah, ciksu mampu kawal dengan pengambilan suplemen.

Bagi ibu bersalin czer atau pembedahan, sakit ini boleh jadi teruk sebab ibu tak dapat nak urut, tak dapat nak berbengkung dengan ketat.

Pendek kata tak boleh nak lasak-lasak dekat bahagian yang dibedah tu.

Oleh itu, untuk ibu-ibu, Ciksu amat galakkan sangat ibu mengambil Set Berpantang Premium Shaklee ni.

Apa kelebihan set berpantang ini?

1. Ia buat luka dalaman dan luaran pulih dan kering lebih cepat.

Kita tak nak luka yang berair, basah, lama-lama bernanah dan berlaku jangkitan.

2. Ia bagi tenaga kepada ibu-ibu

3. Ia hilangkan sakit-sakit otot dan badan

Bila mengandung, banyak saraf dan otot jadi 'kembang' dan 'lari'.

Pengambilan kalsium akan bantu ketatkan semula saraf dan otot tersebut serta mengurangkan kesakitan.

*Ciksu cadangkan ibu tambah Ostematrix Shaklee

4. Ia bantu perjalanan darah jadi lancar

Ibu bersalin czer ada risiko yang tinggi untuk dapat thrombosis pulmonari iaitu kejadian darah beku yang boleh menyebabkan sesak nafas.

Darah nifas juga akan keluar dengan lancar.

5. Ia mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan

Ibu yang tertekan dan stress menyebabkan kesihatan merosot dan pengeluaran susu badan juga terganggu.

6. Ia membantu pembinaan sel yang sihat, menyerikan semula wajah yang lesu dan penat dan mengurangkan kekusaman wajah.

Zaman sekarang ni, kebanyakan ibu bersalin especially yang anak ramai tu, dah tak boleh nak berehat sangat masa berpantang.

Banyak benda kita nak uruskan. Tu yang kadangkala kita jadi penat, stress dan mulalah cepat nak marah dan beremosi.

Ciksu faham sangat keadaan tu.

Pengambilan suplemen sangatlah penting untuk kembalikan semula kesegaran badan dan pulihkan kesihatan dalaman dan luaran.

Sel badan kita perlukan CUKUP nutrisi barulah ia dapat berfungsi dengan baik dan cekap.

Jika ibu-ibu berminat nak dapatkan Set Berpantang Premium Shaklee ini, boleh hubungi saya.

Semoga ibu-ibu semua cepat sihat. InsyaAllah.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID:868994
Assalamualaikum wbt.

Kencing manis adalah penyakit kerosakan sel yang di akibatkan oleh pengambilan gula berlebihan serta keupayaan badan menghasilkan insulin.

Pesakit kencing manis perlu sangat teliti merawat dan menjaga pemakanan.

Mereka perlu sentiasa pastikan badan mendapat nutrisi yang cukup supaya dapat kurangkan risiko penyakit kronik dan komplikasi seperti kerosakan jantung dan buah pinggang.

Komplikasi Penyakit Kencing Manis

Paras glukosa yang tidak di kawal dalam tempoh yang lama boleh sebabkan kerosakan organ.

Apakah enam komplikasi yang sering berlaku kepada pesakit kencing manis yang mempunyai paras gula tinggi serta tidak terkawal?


Salah satu nutrien yang mesti dan sangat penting untuk di ambil ialah sumber polifenol tumbuhan.

Polifenol ada banyak manfaatnya kepada badan kerana ia bersifat anti-oksidan, anti-inflamatori, anti-kanser, anti-mikrob dan berupaya melawan kerosakan sel.

Vivix, Suplemen Polifenol Terunggul


Bagaimana Vivix Shaklee membantu pesakit kencing manis?

Vivix Shaklee adalah daripada 4 tumbuhan premium iaitu anggur muscadine, Polygonum cuspidatum, lobak unggu dan elderberry eropah yang penuh manfaat untuk kesihatan.

Bagi pesakit kencing manis, ia membantu dengan cara:

1. Mengawal atur penyerapan glukosa

2. Meningkatkan sensitiviti insulin

3. Meransang perembesan insulin

4. Memperbaiki proses pemecahan glukosa dalam badan

Ubat untuk kencing manis
Bukan mudah menjadi pesakit kencing manis terutama apabila tahap glukosa selalu berada pada paras yang tinggi.

Kita bimbang akan komplikasi dan kemusnahan sampingan yang di akibatkan oleh gula berlebihan itu.

Namun begitu, pesakit kencing manis mestilah berdisiplin untuk:

1. Menjaga pemakanan

Pantang makanan bergula dan berkanji. Makan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah.

*GI (glysemix index) rendah - glukosa dipecahkan dalam kadar perlahan

2. Amalkan gaya hidup sihat

Sentiasa aktif, bersenam, positif dan kurangkan stress biologi.

3. Amalkan suplemen yang selamat dengan cara yang betul

Suplemen bukan ubat magik. Ia membantu membekalkan dan mencukupkan nutrisi serta keperluan badan untuk ia berfungsi dengan lebih baik.

Sekiranya berminat mendapatkan Vivix Shaklee, anda boleh hubungi saya.

Semoga kita bebas daripada penyakit kronik yang menganggu kehidupan, serta memperolehi semula nikmat kesihatan. Mudah-mudahan.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
Whatsapp (klik)>> www.wasap.my/60132369434
ID: 868994

Assalamualaikum wbt. Hai semua!

Dah try pakai skincare Youth Shaklee? Ke baru nak cuba?

Ok hari ni saya nak share serba sedikit info mengenai serum daripada rangkaian produk penjagaan kulit wajah Youth Skincare ni.


Untuk pengetahuan semua, dalam set Youth Skincare ni, ada enam item iaitu:

  • Pencuci muka
  • Toner
  • Pelembap berserta sunblock
  • Serum
  • Serum radiance C+E
  • Krim malam
Hari ni tak nak cerita panjang-panjang, cuma nak share mengenai serum yang sangatlah best ni yang di namakan Youth Activating Serum.


Apa yang best sangat tentang serum ni? Lain ke daripada serum jenama lain? 

Mungkin ada yang dah tahu, rangkaian Youth Skincare telah melalui kajian dan penyelidikan selama 8 tahun sebelum ia di lancarkan. 

Youth adalah skincare yang 100% vegan (berasaskan tumbuhan) dan bebas daripada 1500 bahan kimia yang selalu ada dalam kosmetik. Wow sangat!

Lagi pula, kajian klinikal telah menunjukkan siapa yang pakai Youth ni akan rasa perubahan dalam 7 hari. Kiranya memang proven result la nih. 

Antara salah satu item yang beri kesan pantas tu ialah Youth Activating Serum.

Memang besttt sangat. Even yang pakai kali pertama pun dah boleh rasa beza dia. Muka akan nampak lebih gebu dan glowing. 

Serum Youth ni guna ramuan semulajadi yang telah di patenkan seperti Lotus Japonicus dan stem sel epal. Lepas tu ada tambah vitamin A. 

Itu yang menjadikan dia berkuasa 10x ganda dari serum lain. 

Apa kata korang tengok dan dengar video ni dulu. 


Cara guna dan pakai pun senang yakmat lahai...

Yang best bila kita pakai set Youth Skincare ni kita rasa selamat, tenang, rasa happy je sebab kita tahu kandungan dia apa dan tak risau kulit rosak atau racun masuk dalam badan. 

Bila amalkan set ni, wajah akan nampak 10 tahun lebih muda dari usia sebenar sebab dia akan padamkan tanda-tanda penuaan yang ada kat muka kita tu. 

Berbaloi melabur dengan produk yang terbukti selamat dan ada kajian saintifik. Terbukti berkesan pulak tuh.

Siap dapat free membership dan cashback lagi. 

Nak tanya atau nak order, boleh hubungi saya. Klik link whatsapp ini >> www.wasap.my/60129645614

Untung ada promo boleh dapat barang atau produk percuuuumaaaa....!

Jom ramai-ramai kita tukar ke Youth Skincare Shaklee 😍. 

Puan Suhaila,
Certified Shaklee Distributor (since 2012)
012-9645614
ID: 868994

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat.

Kelmarin, saya ada baca posting oleh cikgu Mohd Fadli Salleh di facebook mengenai hilangnya adab dan budi bahasa di kalangan pelajar sekolah yang di kongsi oleh guru-guru di dalam komen posting beliau.



Saya ada 4 orang anak, dan tiga orang antaranya adalah lelaki. Dah tentu saya turut risau kalau-kalau anak saya berkelakuan biadap dan tidak sopan.

Agaknya apa punca perangai anak-anak kita boleh jadi macam tu? Jika dengan guru sendiri pun mereka tidak hormat, bagaimana agaknya dengan orang lain.

Saya mula berfikir dan di bawah ni saya senarai antara sebab dan punca kenapa anak-anak ini boleh berlaku kurang ajar dengan guru.

1. Anak membesar dalam suasana 'keras' sejak kecil.

Ibu bapa selalu bergaduh, berbantah-bantah, membentak di hadapan anak, akan buat anak hilang hormat kepada kita.

Kalau dengan ibu bapa sendiri pun anak tak hormat, apa lagi dengan orang lain?

2. Anak kurang perhatian dan kasih sayang

Kemungkinan ibu bapa sibuk bekerja atau ibu bapa memang kurang layanan terhadap anak kerana menganggap anak dah besar, boleh bawa diri sendiri dan sebagainya.

Kalau kita yang dah tua-tua ni boleh merajuk dan terasa jika pasangan kurang perhatian pada kita, rasa-rasanya anak macam mana?

3. Pergaulan dengan rakan

Anak mungkin baik di rumah, tapi akibat tersalah pilih kawan, anak mula terikut-ikut perangai kawan di luar.

Tengok aje lah kes-kes buli yang pernah berlaku sebelum ni. Selalunya pembuli datang dalam kumpulan. Kalau dia sorang agaknya berani tak nak buli?

4. Ibu bapa bercerai

Sesetengah orang, perceraian atau kematian ibu bapa ni agak berat bagi dia. Bila ibu bapa bercerai, dah tentulah anak tak dapat kasih sayang dari salah seorang mereka.

Anak rasa kehilangan, menyisihkan diri dan terjebak dengan kawan yang salah.

Adalah penting, orang yang stay dengan anak tu bagi tumpuan 100% kepada dia jangan sampai dia rasa hilang kasih sayang.

5. Anak pernah jadi mangsa penderaan

Penderaan sama ada fizikal atau mental, boleh beri kesan besar kepada perangai dan tingkah laku anak.

Sebab anak tak dapat nak balas kepada pendera, dia mula balas dendam pada orang lain, terutama kepada orang yang di anggap 'mengganggu' hidup dia.

6. Ibu bapa sendiri yang tidak beradab dan tidak tunjukkan contoh yang baik kepada anak.

Anak perhati dan serap semua yang dilihat daripada kita.

Kalau kita sendiri jenis baran, pantang di tegur nak melenting, tak boleh silap sikit terus nak mengamuk, perangai inilah yang anak-anak tiru.

7. Ibu bapa 'spoil'kan anak dengan kemewahan tanpa batasan.

Oleh sebab sibuk, semua yang anak-anak minta kita wajib tunaikan. Tak boleh tidak.

Bila ibu bapa kata tak boleh, anak mula buat perangai dan akhirnya terpaksa juga mengalah dengan ikutkan juga kemahuan anak.

Lama-lama anak pun naik lemak.

8. Ibu bapa tidak mengajarkan adab dari kecil

Mata pelajaran adab dan akhlak memang ada dalam buku. Tapi praktikalnya ibu bapa juga yang kena ajarkan.

Kalau dalam buku lain, yang di ajar dirumah lain, anak tak boleh nak 'relate'.

Pembentukan adab dan akhlak dari kecil itulah yang akan sebati dalam dirinya.


Adakah anak-anak kita tergolong dalam golongan anak kurang adab hingga di benci guru? Nauzubillah.

Masih belum terlambat nak didik anak. Mulai hari ini,

❤ beri lebih perhatian dan kasih sayang pada anak

❤ sabar dan jangan cepat marah

❤ berkawanlah dengan anak, baiki komunikasi

❤ adakan masa berkualiti (our time) dengan anak setiap hari walaupun sekejap

❤ ubah diri kita dahulu, jadilah contoh ibu bapa yang lemah lembut dan bersopan santun

❤ rendahkan ego kita

❤ banyakkan berdoa, solat jemaah dengan anak, ajak anak ke masjid sama-sama

❤ sentiasa ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan dan apa aktiviti mereka

Jangan putus asa dengan anak. Teruskan berdoa dan sentiasa positif. Jika hari ni di takdirkan anak kita bermasalah, percayalah satu hari nanti dia akan jadi anak yang paling bermanfaat buat kita.

Yang penting kita usaha dulu jadikan keluarga kita, anak-anak kita, anak murid kita orang yang berguna.

Guru-guru pun kena maafkan anak-anak yang pernah buat salah dan biadap dengan kita kerana mereka ni aset dan masa depan negara.

Entah-entah bakal menantu kita.

Wallahua'lam.

Puan Suhaila,
Mengingatkan diri sendiri juga 😌.

8 Punca Anak-Anak Hilang Adab

by on April 12, 2019
Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Kelmarin, saya ada baca posting oleh cikgu Mohd Fadli Salleh di facebook mengenai hilangnya adab dan bu...