Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Jika di tanya, apa suplemen antipenuaan yang terbaik pernah ada di pasaran dunia? Jawablah Vivix.

Ini bukan overclaim, tapi berdasarkan ribuan malah jutaan testimoni daripada pengguna Vivix Shaklee sendiri di seluruh dunia.


Kenapa Shaklee sangat berbangga dengan Vivix?

Kerana ia adalah satu revolusi penemuan dalam anti-penuaan pada tahap sel. Vivix merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang di bangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis Shaklee.

Vivix adalah minuman botani yang di hasilkan daripada empat tumbuhan istimewa iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberi, dan knotweed Jepun.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sel.

1. Melindungi dan memperbaiki sellular DNA daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas. Serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, lalu menghasilkan satu 'typo' yang mana akan mengganggu fungsi dan hayat sel.

2. Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sel.

3. Vivix menggalakan pembentukan mitokondria (tapak jana tenaga) bagi sel, dengan itu meningkatkan tahap tenaga sel tubuh.

4. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (sejenis antioksidan dalam anggur muscadine) yang bertindak melambatkan pembentukan protein AGE.

Protein AGE (Advanced Glycation End products) boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sel yang akan mengganggu keutuhan dan hayat sel.

Tonton video ini untuk mendapatkan gambaran bagaimana sel badan boleh mengalami kerosakan dan bagaimana Vivix membantu.


Bagaimana Vivix memperbaiki tahap kesihatan?

Rata-rata pengamal Vivix merasakan perbezaan walau hanya selepas menikmati sesudu Vivix. Sama ada seseorang itu sihat walafiat, perokok tegar, atau juga mempunyai penyakit kronik yang sukar sembuh, tetap boleh mengamalkan Vivix untuk memperbaiki tahap kesihatan masing-masing.

Vivix adalah minuman botani yang kaya polifenol dan antioksidan. Kita mengetahui antioksidan sangat di perlukan untuk meneutralkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas pula adalah molekul tidak stabil yang boleh menyebabkan kerosakan sel pada tahap DNA dan menjadi penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik termasuk jantung, buah pinggang, kencing manis malah juga kanser.

Pengambilan Vivix secara konsisten dapat meneutralkan semula radikal bebas, memperbaiki kerosakan sel, melindungi dan mencegahnya daripada rosak. Vivix juga bertindak sebagai agen detoks yang dapat 'mencuci' toksin pada tahap sel.

Siapa yang boleh mengambil Vivix?

Mereka yang mementingkan kesihatan, ingin efek awet muda, ingin mengambil alternatif lain untuk sembuh daripada penyakit selain bergantung kepada perubatan dan rawatan moden, ingin lebih sihat dan cergas dengan cara paling selamat dan semulajadi.

Vivix amat di syorkan kepada:

1. Lelaki dan wanita

2. Mereka yang tinggal di bandar dan kawasan tinggi pencemaran

3. Mereka yang mengalami stress dan tekanan berhadapan tugasan seharian

4. Usia 30an dan ke atas

5. Mereka yang berkulit kusam, kelam dan nampak tua

6. Pesakit kencing manis untuk mengawal tahap gula dalam darah

7. Pesakit darah tinggi untuk mengawal tekanan darah

8. Pesakit sendi untuk mengembalikan semula kekuatan sendi dan rawan

9. Perokok tegar untuk mencuci nikotin dalam badan dan berhenti merokok

10. Pesakit gout untuk mengurangkan radang dan mengawal kepekatan asid urik dalam darah

11. Menurunkan kolesterol

12. Mencuci atau detoks sel

13. Pesakit jantung untuk menguatkan semula sel, tisu dan organ jantung

14. Pesakit Alzheimer untuk menguatkan semula sel-sel dan tisu dalam otak

15. Pesakit saraf untuk mengawalselia urat dan saraf

16. Pesakit strok untuk menguatkan dan memperbaiki sel yang rosak dan lumpuh

17. Pesakit kanser untuk menguatkan sistem imun melawan jangkitan dan pertumbuhan sel abnormal

18. Mereka yang ada masalah tenaga, cepat lesu dan lemah

19. Pesakit asthma untuk menguatkan imun dan mengukuhkan sel-sel peparu dan pernafasan

20. Pengidap resdung, sinusitis untuk menguatkan imun dan sel

21. Pesakit anemia dan talasemia untuk menguatkan dan menghasilkan sel darah yang sihat

22. Mereka yang ada masalah ginjal dan pundi kencing

23. Mereka yang ingin menurunkan berat badan

24. Wanita yang menopaus untuk mengembalikan kekuatan dan kemudaan sel

25. Wanita yang mengalami haid tidak teratur

26. Wanita yang berpantang dan lesu

27. Pengidap vertigo

28. Mereka yang ada masalah kulit seperti eczema dan psoriasis

29. Mereka yang ada jeragat dan pigmentasi

30. Pesakit lupus (SLE) untuk kekuatan sel dan badan

31. Mereka yang ada masalah rambut gugur, botak atau beruban

32. Mereka yang mengalami penuaan pramatang

33. Mereka yang ada masalah hormon tidak stabil

34. Mereka yang ada masalah athtritis atau reumatoid arthtritis

35. Mereka yang mengalami masalah mata seperti katarak dan glaukoma

36. Pesakit slip disc

37. Mereka yang ada masalah sakit belakang dan patah tulang

37. Lelaki dan wanita yang ingin meningkatkan kesuburan dan mendapatkan anak

38. Lelaki yang ada masalah prostat dan impotence

39. Mereka yang mempunyai masalah fibroid, cyst dan tumor

40. Mereka yang akan atau telah menjalani pembedahan

Pendek kata sesiapa sahaja boleh mengambil Vivix.

Vivix tidak menggantikan ubat dan rawatan yang telah di ambil. Ia cuma ikhtiar sampingan untuk kembali sihat di samping kita tetap patuh kepada rawatan dan prosedur perubatan moden. Ibarat kita tetap makan buah walaupun kita sedang sakit untuk mendapatkan khasiat dan vitamin, begitulah Vivix berfungsi.

Kesembuhan daripada sakit datang dari Allah. Jika sihat selepas selepas mengamalkan Vivix, itu juga kuasa Allah. Buat sujud syukur dan nyatakan kesyukuran sebanyak-banyaknya.
Satu daripada ribuan testimoni Vivix

Vivix produk berpaten dan eksklusif hanya di Shaklee.

Berminat untuk mendapatkan Vivix dengan harga ahli, hubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

Atau boleh membuat belian sendiri secara online. Klik:


**Nota: Belian 2 botol Vivix melayakkan anda untuk menikmati diskaun sebanyak 5%, keahlian percuma, penghantaran percuma dan bonus RM38! Hubungi 012-9645614 hari ini.



Err kelihatan seperti topik yang agak 'malu' untuk diperkatakan.

Tapi kena cakap juga sebab kebanyakan wanita hamil mengalaminya. Dan mereka juga malu untuk mendapatkan jawapan.

Semasa hamil, perubahan fisiologi tubuh wanita berkembang dengan pesat termasuk bahagian payudara. Ini kerana berlaku perubahan hormon yang boleh menyebabkan payudara menjadi lebih besar, tegang dan penuh.

Sejak awal kehamilan lagi payudara akan mengalami perubahan. Sesetengah wanita akan merasa sedikit sakit pada payudara. Menjelang akhir kehamilan, payudara akan membesar 1-5 kali lebih besar daripada sebelum hamil.


Ramai juga wanita tidak menitikberatkan kebersihan payudara kerana tiada pengetahuan atau malas kerana berasa ia tidak penting.

Penjagaan payudara sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi saat melahirkan akan tiba kerana kita akan memberi minum bayi melalui payudara!

Antara perubahan pada payudara yang berlaku semasa hamil ialah:

1. Payudara lebih padat, penuh dan berat
2. Payudara menegang hingga menyerlahkan urat-urat disekelilingnya
3. Puting susu dan aerola bertukar menjadi lebih gelap dan lebih luas
4. Pada saat akhir kehamilan, puting susu mengeluarkan 'benda putih' dan jika tidak dibersihkan, ia akan menjadi daki dan menyumbat puting susu. Benda ini sebenarnya ialah minyak yang bertujuan melindungi puting semasa menyusukan bayi kelak.

perubahan payudara semasa hamil

Tips Merawat Payudara Semasa Hamil

1. Pakai bra yang sepadan dengan payudara.
Bra yang terlalu ketat akan mengurangkan sirkulasi darah, manakala bra yang terlalu longgar menyebabkan payudara jatuh.

Pilih bra dengan tali yang lebar supaya dapat menampung payudara yang berat dan berdawai jika payudara terlalu besar. Gunakan bra daripada jenis kapas kerana ia mampu menyerap peluh semasa hamil.

2. Urutan perlahan
Sapukan payudara dengan minyak yang lembut seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Boleh juga digunakan air suam atau sejuk.

Urut perlahan mengikut arah jam dan lawan arah jam, kemudian urut dari tepi ke bahagian puting. Tepuk perlahan untuk melancarkan peredaran darah sekeliling payudara.

Bagi puting yang terumbat, sapukan dengan minyak zaitun dan gosokkan perlahan dengan tisu atau kapas lembut untuk membersihkannya. Lakukan dengan kerap supaya puting sentiasa bersih sehingga anda bersalin agar memudahkan bayi menghisap dan melancarkan pengeluarannya.

Minyak lembut ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark semasa hamil.

3. Senaman
Ini bertujuan untuk menguatkan otot dada dan meransang penghasilan susu yang lebih maksimum.

Lakukan senaman sebelum atau selepas mandi mengikut langkah ini:

1. Berada dalam posisi 'peluk tubuh'. Tekan kuat-kuat tangan ke arah dada sehingga terasa tarikannya pada otot-otot di dasar payudara. Selepas beberapa saat, lepas kembali. Lakukan berulang-ulang sehingga 30 kali.

2. Pegang bahu dengan kedua-dua tangan. Pusingkan siku ke dalam sehingga ia menolak payudara ke atas. Teruskan gerakan sehingga 20 kali putaran.

Penjagaan payudara sangat penting kerana ia merupakan aset wanita yang berharga , walaupun semasa hamil. Lebih-lebih lagi ia merupakan tempat keluarnya zat berkhasiat untuk bayi kita nanti.

p/s: Set Mengandung Shaklee boleh didapati dengan menghubungi Mama Su di no. 013-2369434/ WhatsApp 012-9645614 atau emelkan ke butik.annajah@gmail.com.

Terima kasih.
Susah juga nak cari tajuk yang sesuai ni.

MS maksudkan disini ialah, bagaimana cara nak menghadapi serangan/hasutan/bisikan/ suara negatif orang sekeliling yang tak support usaha kita untuk menyusukan bayi dengan susu ibu dan bagaimana cara untuk kita dapatkan sokongan moral daripada orang-orang sekeliling kita. Haa panjang kan? Takkan satu perenggan ni nak jadi tajuk entry pulak.


Sudah menjadi lumrah, nak nak pulak ibu tu ibu baru, anak pertama. Sama ada dia surirumah atau ibu berkerjaya, dia tetap akan hadapi dilema. Bila ibu dah nekad nak menyusukan bayi secara eksklusif, ada pulak suara-suara negatif bagitahu," alah susah-susah je nak pam-pam, lepas tu nak simpan, nak kena panaskan pulak. Bagi je susu formula selesai masalah. Nak yang bagus beli yang mahal tu.."

Suara negatif no.2. " bagi je susu tepung, senang nanti kau nak kerja jauh-jauh. nanti kalau bagi susu ibu susah pulak dia asyik nak melekat dengan kau je"

Like "helloo!! susu lembu walaupun mahal ia tetap susu lembu tau! I nak bagi anak i susu ibu!" ..hehe tapi kalau nak jawab macam ni kena jawab dalam hati jek la. :))))

Ok lah, di bawah ni tip-tips yang boleh ibu2 amalkan untuk menangkis serangan negatif dan mendapatkan sokongan moral orang sekeliling.

1. Senyum. Tak perlu kata apa-apa.
Memang susah. Mulut tu gatalll je nak menjawab. Tapi percayalah.  Ia berbaloi. Senyum sambil dalam hati kata "so what, ko ade?"

2. Jawab dengan berhemah
Terangkan dengan tulus ikhlas dari hati mengapa kita nak anak kita menyusu dengan susu ibu. Boleh ikut skrip ni, " Apa yang saya tahu, dan ikut pembacaan saya, susu ibu ni lebih banyak khasiat dari susu formula. Sebab susu ibu ni memang special Allah cipta untuk manusia. Lagipun saya nak ikut sunnah Nabi, supaya akhlak anak-anak saya baik seperti Rasulullah. Awak doakanlah yang terbaik untuk saya ye"

Sure orang tu nangis-nangis suruh kita menyusukan anak dia jugak. errkk!

Hehe jangan pula jawab macam "so what, ko ada?" tadi.. Kalau cakap dengan mak mertua mau kena pelempang. huhu.

3. Bagi bahan bacaan untuk mereka
Ini kira macam menjawab melalui tindakan. Lepas dia bebel-bebel, kita pun bagi sebijik buku. Nah baca kau. Buku bertajuk "Hikmah menyusukan bayi dengan susu ibu". Eh,ada ke buku macam ni di pasaran yer? MS pun nak beli je rasa. Kalau takde buku boleh je bagi pamplet ke, link website mana yang best-best seperti susuibu.com.

4. Sabar
Kesabaran tahap jurus 99 memang sangat diperlukan kalau balik-balik topik sama je derang nak bebel. Macam takde topik lain kan. Cer sembang pasal harga gula naik ke, atau bagaimana meningkatkan pendapatan dizaman ekonomi serba mencabar ini...haa ada jugak pekdahnya. Kan? kan?

So...sabar jelah!

5. Dapatkan sokongan suami
Siapa lagi nak bagi moral support untuk ibu jika bukan si bapa bayi berkenaan kan? Ibu2 mesti dah berbincang dengan suami terlebih dahulu, apa, bagaimana, siapa, bila, di mana (1H,4W pulak dah) tentang susu ibu ni kan?

So bagi suami-suami pula, kalau tengok isteri kena hentam contohnya dengan adik beradik kita atau mak mertua dia (mak kamu la tu) back up la sikit.. Kesian isteri. Bayi tu anak kamu juga. Kamu juga berhak menentukan apa yang terbaik untuk anak kamu.

Bukan suruh jadi derhaka, tidak. Nauzubillah. Tapi at least pujuk-pujuk la isteri kalau tengok dia memendam rasa, mengalir air mata gara-gara keceluparan ahli keluarga kita.

Nak pujuk, belikan aje  Set Menyusu Lengkap Shaklee ni. Mesti isteri suka. Dia tak akan stress dah sebab dalam set ni ada B complex yang melegakan tekanan. hiiiii...

6. Dapatkan sokongan keluarga
Terutamanya adik beradik, ibu bapa dan keluarga mertua kita. Sama seperti point no. 2 tadi, berikan penjelasan supaya derang turut sama berbangga dan suka dengan keputusan kita untuk eksklusif breastfeeding.

Okey lah..cukup dulu 6 tips ini.. InsyaAllah kita bertemu dalam topik penyusuan yang lain pula.

Salam sayang untuk ibu-ibu menyusu. Teruskan perjuangan anda. Kuatkan semangat!

Penyusuan susu ibu itu sunnah. Penyusuan susu ibu itu jihad!

Mama Su
013-2369434
fb/su.annajah

MS tulis laju-laju.

Korang baca laju-laju.

Then bertindak laju-laju.

Sebab ni semua gara-gara tak sempat!!

1. Follow blog MS ni..

2. Tinggalkan link blog korang diruangan komen

3. Tunggu MS datang blog korang.

4. Kalau MS lupa nak datang, boleh sound balik di ruangan komen.

Mekacey ye sayang2..

Seriously MS naaaaaaakkkk sangat jalan blog korang, tapi tak sempat nak google.

Pakai cara ni mudah sikit kot.

Mekasih..mekasih..mekasih.....

Sayaaaaannngggg korang!

TAK SEMPAT NAK BLOGWALKING

by on November 17, 2013
MS tulis laju-laju. Korang baca laju-laju. Then bertindak laju-laju. Sebab ni semua gara-gara tak sempat!! 1. Follow blog MS ni.. ...
Gempak tak? gempak tak?

Hihihi... syarikat Shaklee mengorak langkah setapak lagi selepas melancarkan sistem online dan kini memasang billboard pula diseluruh Malaysia!!

Tsunami Shaklee yang masih berterusan hingga kini menyebabkan pihak syarikat akhirnya terpaksa 'tunduk' dengan kehendak rakyat Malaysia; iaitu pengiklanan secara besar-besaran.

Dulu-dulu MS pernah tulis entry yang Shaklee tak letak papan iklan tepi-tepi jalan sebab duit tu diguna untuk bayar BONUS kepada beratus ribu pengedar dia setiap bulan. Baca entry tu DI SINI.

Tup tup keluar pulak papan iklan ni ha!!

kalau tak silap MS, lokasi yang ini di Johor 
Eh, tapi masa pergi Johor minggu lepas MS tak perasan pulak papan iklan ni duk ada.. Ye la.. sampai sana pun dah malam..hujan pulak tu..rabun pulak tu..huhuhu

Habis tu cemana? cemana? habis la BONUS kitorang...!!!

Jangan panik! jangan panik! BONUS kitorang tetap masuk seperti biasa..issued dari bank di Amerika lagi. (Sape nak bonus meh join Shaklee. Tak perlu menjual. Makan sendiri pun boleh dapat bonus)

Dan dengan berdirinya papan-papan ini di seluruh Malaysia tidak bermaksud Shaklee akan menghabiskan duit tidak tentu hala. Ala.. Shaklee tak letak billboard pun sales dah cecah RM25 juta setiap bulan. Kalau ada pengiklanan macam ni mau sampai RM100juta kot!

Lepas tu naik pulak billboard baru bertulis "#1 Shaklee- SYARIKAT NUTRISI SEMULAJADI DI MALAYSIA DAN U.S!"

Hmm katanya, sepanjang laluan Plus Highway nanti akan ada 15 billboard seperti ini! Korang nanti balik kampung dari KL ke Perlis, atau Perlis ke Johor, jumpa billboard ni, snap gambar, tunjuk kat MS. Mana tau bertuah boleh dapat hadiah free!! Kat gambar tu mesti ada sekali muka korang enterprem. Boleh?? Sape berani buat boleh claim hadiah dengan MS. SERIOUSLY!

Sape nak claim hadiah, emelkan bukti tersebut ke: butik.annajah@gmail.com.

Nak register jadi ahli memeriahkan suasana, boleh kontek MS di emel yang sama atau hubungi Mama Su 013-2369434.


Rasanya semua dah tahu kan yang Shaklee sekarang dah menjalankan sistem online untuk semua pengedar-pengedarnya. Jadi semua orang yang ada ID Shaklee dah boleh membuat pembelian melalui sistem online ni.

Selain boleh membeli produk secara online, pengedar juga boleh:

1. Cek PUV dan GUV diri sendiri dan downline masing-masing
2. Memeriksa bonus statement
3. Transfer UV
4. Mendaftarkan ahli baru
5. Mengemaskini data
6. Mengetahui tentang seminar2, ceramah anjuran Shaklee di kawasan masing-masing
7. Melihat pengumuman terkini
8. Membuat pertanyaan dan aduan secara terus
9. Download bahan bacaan untuk bisnes


So hari ni MS nak kongsi kot-kot ada pengedar yang masih tak tahu macam mana nak beli barang secara online kan.

Kalau korang2 yang bukan ahli tapi nak beli barang guna sistem online ni, MESTILAH mendaftarkan diri dahulu! Untuk mendaftar jadi ahli, tolong emel Mama Su ke butik.annajah@gmail.com. MS perlukan beberapa maklumat untuk diisi ke dalam borang online kami.

Kemudian, bolehlah ikut langkah dibawah:

1. Pergi ke laman web ini https://www.shaklee2u.com.my/mbst_en/

2. Masukkan No ID anda di ruangan 'Login ID'

3. Masukkan 6 digit no terakhir kad pengenalan di ruangan 'Password'

4. Klik pada butang 'Shopping'

5. Klik butang 'Agree' di bawah.

6. Klik 'Next'

7. Masukkan alamat emel di ruangan berkenaan. Klik ' Confirm'.

8. Klik pada gambar mana-mana produk yang ingin di beli. Kemudian klik 'Add to shopping cart'
Ulangi jika masih ada barang yang ingin dibeli dengan klik 'Continue to order'.

9. Jika anda hendak membeli 3 botol Alfalfa, (contoh) tukar bilangan Alfalfa di bahagian Quantity dalam kotak kecil itu.

10. Apabila selesai, klik 'Submit'

11. Untuk membuat belian online, anda boleh gunakan sama ada kredit card atau debit card. Jadi klik dalam kotak kecil ruangan 'credit card' itu.

12. Masukkan maklumat kad kredit atau kad debit anda. No CCV ialah 3 no. dibelakang kad.

13. Kemudian klik 'Please confirm payment info'.

14. Apabila keluar tetingkap kecil itu, klik OK dan tunggu sistem proses order anda.

15. Jika anda menggunakan kad debit pastikan kod MSOS di aktifkan terlebih dahulu (call customer servis bankcard anda) dan naikkan had pembelian (di mesin ATM) ke jumlah yang sesuai sebelum membuat pembelian. Jika tidak, proses pembelian akan sangkut dan gagal.

16. Anda akan menerima SMS dan emel apabila order telah selesai dilakukan.

Mudah je kan!!

Alhamdulillah..sistem online ini sangat menjimatkan masa dan sungguh efisien.

Oh ye, pastikan line internet anda laju untuk membuat belian ye ;)

Eh, kenapa MS harini terasa macam skema je, macam skema je.. hihi

Ok, ada apa2 masalah atau nak register keahlian untuk nak try sistem online yang best ni, hubungi MS:

Suhaila 013-2369434
fb/su.annajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Hai..

Harini MS nak cerita tentang Meal Shakes, testimoni dari kawan MS yang bagi anak dia makan Mealshakes Shaklee.

Menurut cerita kawan MS yang datang kerumah ni, dulu anak dia tak suka makan. Makan nasi susah, makan biskut susah, makan vitamin apatah lagi. Mak dia ada beli Chewable Vita C Plus untuk anak dia memandangkan anak-anak dia kerap demam, sakit. Nak-nak yang baru lepas berhenti dari menyusu ibu tu. Masa tu anak dia baru 2 orang, sorang dalam perut.

Mak dia pun susah hati bila anak selalu tak sihat, jadi mak dia beli Chewable Vita C Plus. Tapi, anak-anak dia tak mau makan. Lama kemudian, selepas mak dia bersalin baby no.3, mak dia belikan pula MealShakes supaya anak dia suka makan, selera bertambah dan jarang sakit.

Mak dia cerita, lepas je bagi anak dia makan MealShakes tu (bancuh dalam sesudu campur dengan susu atau minuman kegemaran) anak dia jadi suka makan! Memang seronok bila anak-anak asyik minta nak makan jer.. Badan yang dulu kurus, kini dah berisi. Dulu yang selalu sakit-sakit sekarang dah kurang Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan ibu2 atau bapa2, MealShakes ni adalah sumber protein yang lengkap dengan 24 jenis vitamin dan asid amino yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan terutamanya pada kanak-kanak.

Apabila mengambil MealShake, selera makan anak-anak akan bertambah, dan ini menunjukkan sel anak-anak kita menjadi semakin sihat kerana telah dibekalkan dengan nutrisi berkhasiat.

Analoginya begini, bayangkan kita demam. Ada selera tak kita nak makan? Takde kan? Letaklah ayam panggang ke nasi arab ke KFC ke tapi sebab sel kita tak sihat, maka keinginan untuk makan itu tiada. Bila kita sembuh dari demam, keinginan untuk makan membuak-buak pula. Betul tak? Itu tandanya sel-sel kita dah sihat dan ia menghantar isyarat ke otak untuk berikan kita nutrisi yang sepatutnya.

Jadi, jangan peliklah kalau lepas makan Meal Shakes (atau apa juga jenis vitamin) selera makan kita bertambah. Itu bermakna sel kita telah menjadi sihat dan diaktifkan.

Nak baca lebih lanjut tentang MealShakes BACA DISINI.

Ada yang bertanya, orang dewasa boleh makan ke Meal Shakes ni untuk tambah berat badan?

Dah tentu lah boleh dan sangat-sangat di galakkan. Ada juga orang dewasa yang kurang selera, under weight, jadi protein tambahan seperti Meal Shakes dapat membantu menaikkan selera dan menambah berat badan insyaAllah. Cuma untuk orang dewasa saya galakkan juga mengambil multivitamin dan multimineral Vitalea. Selain itu kena ikut panduan pemakanan untuk menambah berat badan bagi golongan underweight ni.


Oleh itu, jika ada antara anak kita yang mudah sakit, takde selera makan, berat badan kurang, kurus atau makan yang terlalu memilih hingga kita risau anak kita tak mendapat nutrisi yang cukup untuk pembesaran dan pertumbuhannya, saya syorkan untuk ibu2 dan bapa2 mencuba Meal Shakes. Cara pengambilan akan saya beritahu selepas membuat pembelian :)

Dapatkan Meal Shakes dan konsultasi istimewa berterusan percuma dengan menghubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp:012-9645614
fb/ su.annajah
fanpage/ SayaMahuSihat
Hahaha out of topic sat.

Walaupun MS tengok tak tengok je game Pahang vs Kelantan semalam, sebab duk berebut remote ngan anak-anak, MS tetap bersemangat!

Sebenarnya dulu-dulu memang minat bola.. tapi semenjak dah masuk usia matang ni, cam malas nak layan bola sangat. Tapi disebabkan aura Pahang vs Kelantan tu kuat sangat, terjebak juga lah MS.. Terima kasih pada teman2 FB yang selalu update pasal bolo yang menyebabkan MS terjebak sama.hehe.

21 tahun ye tak pegang piala... isk isk.. Alhamdulillah.. akhirnya Piala Malaysia jadi milik Pahang juga.

Teringat masa tahun 1992, masa Pahang menang piala, MS baru darjah 4. Kebetulan MS baru pindah dari Temerloh ke Jerantut. Bila kata team Pahang nak turun Jerantut, kami semua pakat hadir ke Padang dekat Masjid Sultan Ahmad Shah (eh ke Masjid Sultan Abu Bakar) masjid lama yang kaler biru tu.

Masa tu memang semangat kebolaan sungguh! Ye la, dalam rumah ada 3 orang lelaki yang tengok bola, pahtu kawan2 abang pun selalu lepak kat rumah tengok bola (rumah kami kat kawasan kedai), jadinya memang merioh la.. kira zaman tu tv rumah kami ala-ala big screen.

Masa game bola atau game badminton  zaman-zaman2 Rashid Sidek dulu rumah kami memang happening..Ohh semua itu tinggal kenangan...sob sob.

Cerita di padang tadi..haaa masa tu memang excited la dapat tengok player Pahang. Masa tu geng2 Zainal Abidin Hassan, Dollah Saleh..MS mmg kenal la, nak2 Zainal Abidin tu kan..hiii.. Paling best masa Piala tu bergerak masing2 pakat nak pegang..huhu. kami tengok dari jauh je sebab ramai sangat manusia.

Cerita malam tadi, disebabkan husband MS kerja, tu yang MS tak berapa dapat tengok. Kalo tak harus juga. MS malas nak berebut ngan bebudak ni.

Si teruna Ammar tak bagi mama tengok bola. Katanya orang perempuan tak boleh tengok bola. hahahaha.. Punya kedekut remote.

Masa jiran2 menjerit GOL!! MS pun berlari-lari ke TV tukar channel. ALHAMDULILLAH....Lepastu MS pergi sapu2 sampah, kemas tempat tido budak2 ni..pastu buka FB.. dah minit ke '93++ baru MS tengok TV semula.. Masa ni memang terkinja-kinja nak menang la..haha padahal ketaq jugak kot2 terbolos sebijik. Dalam hati berdoa cepatlah referee tiup wisel.

Preett pretttt preeeeetttttt!!!! Akhirnya.........

Yeah.. tak sabar nak tengok Piala Malaysia berarak keliling negeri..kali ni insyaAllah tak lepaskan peluang lagi.

Ni gambar-gambar kemenangan..yang MS cilok daripada FB..hahaha.. muka sape la yang bertuah duduk dalam Blog Mama Su ni yer... cekitout!

Kredit pic: Encik Faizal Telaney



Datuk Siti dan suami penyokong setia Pahang..macam kitorang. hehek.


Piala Malaysia milik Pahang... tahniah!!

Tak lupa juga pasukan Kelantan yang bermain dengan sangat 'gomo'nya.. tahniah dapat jadi Naib Juara. Kita masih dibawah awan Pantai Timur Yang sama.. :))

Semoga pasukan Pahang, Kelantan, Terengganu terus menyinar pada musim depan..;)

PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA!

by on November 04, 2013
Hahaha out of topic sat. Walaupun MS tengok tak tengok je game Pahang vs Kelantan semalam, sebab duk berebut remote ngan anak-anak, MS tet...