Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Bila dah ada anak ni, kesihatan dan keselamatan anak dah jadi nombor 1. Betul tak? Kita concern sangat mengenai apa dia makan, apa perkembangan dia bulan ke bulan, bila dia pandai merangkak, bila dia pandai 'mengutip', bila dia pandai berjalan, bercakap dan sebagainya.

Tapi sebenarnya, keselamatan dan kesihatan anak bermula sejak dari dia dalam kandungan lagi.

Apa yang ibu makan, pakai, guna seharian akan beri efek kepada bayi dalam kandungan kita tu.

Ciksu tak nak cakap bab makanan tu, sebab semua pun dah arif apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan masa mengandung kan.

Percaya tak ramai yang kurang menyedari, tak mengendahkan dan tak ambil berat langsung mengenai produk kosmetik dan penjagaan diri yang ibu pakai sebenarnya turut beri kesan kepada bayi.


Ya! Bahan kimia berbahaya yang ada dalam kebanyakan produk dirumah kita.

Bahan-bahan ni boleh berkumpul dalam badan untuk satu tempoh yang lama hingga menjadi toksin yang akhirnya bukan saja boleh sebabkan penyakit malah juga kanser!

So hari ni Ciksu nak kongsikan dengan ibu semua 6 bahan kimia berbahaya yang terdapat dirumah kita, di mana ia biasa wujud dan apa bahayanya kepada ibu dan bayi.

Tak percaya, cuba cek ingredients ni, ada tak dirumah. Komfem ada punyalah!

1. Paraben

Kita jumpa dalam: produk penjagaan diri seperti losyen, krim, syampu, perapi, gel mandian dan gel pencukur, deodorant, ubat gigi.

Paraben digunakan untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu produk dengan memperlahankan pertumbuhan kulat pada semua produk tu tadi.

Kenapa ia bahaya: paraben boleh diserap melalui kulit, kulit kepala, darah dan berkumpul pada tisu lemak serta susu ibu. Paraben ada kaitan dengan kejadian kanser payudara kerana ia boleh mengganggu sistem endokrin.

Paraben boleh menyebabkan seseorang wanita akil baligh terlalu awal (risiko kanser payudara), serta menurunkan level hormon testosteron lelaki.

2. Phtalates

Kita jumpa dalam: sabun mandi, pengilat kuku, lipstik, penyembur minyak wangi, deodorant, gel rambut, losyen badan, sabun liquid, syampu, serta mainan kanak-kanak.

Kenapa ia bahaya: phtalates bertindak melekatkan molekul contohnya gel rambut yang melekit, tak bagi maskara jatuh, tak bagi pengilat kuku jadi comot,  dan pewangi tahan lama baunya.

Phtalates boleh mengancam sistem reproduktif manusia, sama seperti paraben.

3. Pewangi sintetik

Kita jumpa dalam: syampu, losyen badan, mandian, buih mandian, semburan badan, produk penjagaan bayi seperti baby wipes dan diapers.

Basically, kalau jumpa produk tu tulis perkataan 'scented' maknanya ia memang mengandungi pewangi sintetik.

Kenapa ia bahaya: kebanyakan pewangi sintetik ni mengandungi phtalates dan bahan kimia toksik yang boleh berkumpul dalam tisu lemak, susu ibu , serta ada kaitan dengan penyakit seperti reaksi alergi, asthma, migrain,  masalah pernafasan, dan sinus.

Pewangi sintetik ni selalunya adalah bahan rahsia yang banyak disembunyikan padal label produk. Dia cuma tulis 'fragrance' je. So berhati-hatilah.

4. Formaldehyde

Kita jumpa dalam: syampu, deodorant, mandian, pengilat kuku, lisptik, pewarna rambut, dan perawatan meluruskan rambut. Formaldehyde juga wujud pada perabot, karpet, kertas dinding, dan bahan binaan yang diperbuat daripada kayu pressed woods (particle board, chip board etc).

Kenapa ia bahaya: apabila kita menghidu, menarik nafas, bahan ini turut disedut sekali. Ia bahan bertoksik yang boleh menyebabkan loya, pening kepala, muntah, lesu, jangkitan telinga, mata pedih, sakit kepala, sakit sendi, sukar tidur nyenyak, serta boleh jadi faktor pencetus asthma. Dan kanser.

5. Hydroquinone

Kita jumpa dalam: produk pencerah kulit, produk anti-penuaan, pewarna rambut.

Kenapa ia bahaya: hidrokuinon meningkatkan sensitiviti kulit dengan menghalang penghasilan pigmen melanin pada kulit, dengan itu meningkatkan pendedahan kulit kepada sinar UV.

Hidrokuinon juga ada kesan karsinogen (penyebab kanser) yang boleh merendahkan sistem imun serta kesuburan. Ia juga boleh membantutkan perkembangan anak-anak.

Berhati-hatilah dengan produk yang menjanjikan kesan pencerah kepada wajah anda.

6. Petrokimia

Kita jumpa dalam: losyen, foundation, lipstick, lip balm serta produk yang ada senarai paraffin dan mineral oil sebagai bahannya.

Kenapa ia bahaya: bahan ini ialah produk sampingan petroleum. Walaupun dikategorikan selamat oleh USFDA, ia cenderung mengganggu mekanisme melembap semulajadi kulit kita.

Ia boleh menyumbat liang pori, buat kulit jadi radang, menggalakkan pertumbuhan jerawat, dan buat kulit kering dan pecah-pecah.

Terfikir tak kenapa kita pakai lip balm (atau lipstik, atau lip gloss atau apa-apa pelembap bibir) kulit bibir jadi makin kering dan pecah, bukannya lembap?


Ni baru sikit. Ikutkan ada banyakkkkk lagi bahan berbahaya yang patut kita jauhkan mulai sekarang.

Bila cek-cek, tengok macam semua je ada benda bahaya ni, perlu buang semua ke?

Terpulanglah masing-masing. Lagi baik kita kurangkan dan elakkan terus. Sekarang kan ramai sangat anak-anak ada penyakit. Macam-macam penyakit dari yang baru lahir sampai yang besar-besar.

Persekitaran kita dah tercemar, kuman banyak, kita pulak pergi tambah dengan pakai benda-benda tak ketahuan ni. Nak nampak cantik? Untuk siapa?

Apa guna cantik kalau kesihatan dan keselamatan anak jadi taruhan. Setuju? (Anda sebenarnya ada pilihan yang lebih selamat)

Mencegah sentiasa lebih baik baik daripada merawat. Jom sediakan benteng pertahanan kukuh untuk anak-anak kita.

Sharing is caring!

Mama Su
012-9645614




Assalamualaikum wbt..

Semalam, adik saya tanya, apa suplemen yang bagus untuk ekzema?

Lantas saya teringatkan customer saya yang mempunyai masalah ekzema.

Menurut cerita beliau, ekzemanya agak teruk juga. Kulit kering, kasar, gatal-gatal, memang jelas kelihatan di belakang tapak tangannya. Beliau bukan saja ada ekzema, malah turut mengidap asthma dan alahan kronik. Tak boleh silap sikit memang cepat aje ketiga-tiga penyakit tu menyerang.

Selalu, ekzema memang ada kaitan dengan asthma. Kalau bukan ekzema pun, orang yang ada alahan atau elergik, turut mendapat asthma. Tapi bukan semua lah.


Apa itu ekzema?

Ekzema adalah satu bentuk keradangan pada kulit yang selalunya disertai rasa gatal, merah-merah, timbul bintik, dan kadang-kala boleh menyebabkan pendarahan sebab terlalu kuat menggaru.

Biasa ekzema kelihatan di kawasan pipi, dagu, dada, leher, siku dan lutut. Ekzema boleh jadi pada sesiapa saja, dari bayi hinggalah pada orang dewasa. Ekzema ada jenis berair, ada jenis kering dan bersisik.

Doktor kata, ekzema tak boleh sembuh, tapi boleh di kawal.

Apa yang mencetuskan serangan ekzema?

Ini bergantung pada individu. Selalunya kita sendiri boleh tau, apa bahan yang menyebabkan kulit kita tiba-tiba di naiki bintik, jadi gatal, kasar dan sebagainya.

Antara bahan yang selalu menjadi punca timbul radang ekzema ialah:

  • sabun pencuci, syampu
  • pewangi
  • habuk
  • makanan tertentu seperti kekacang dan produk tenusu
  • cuaca kering dan panas
  • imun rendah
  • mikrob seperti virus dan bakteria
  • stress
  • hormon contohnya masa mengandung
  • makanan laut
Rawatan ekzema

Selain mengelakkan punca pencetus ekzema dia atas, boleh cuba lakukan rawatan berikut.

1. Kekalkan kelembapan kulit dengan menyapu krim atau losyen pelembap

2. Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas, longgar dan lembut

3. Gunakan sabun yang lembut atau sabun organik yang bebas pewangi, SLS, serta bahan kimia berbahaya

4. Jika cuaca panas dan kering, gunakan humidifier

5. Sentiasa pastikan kuku pendek untuk elakkan menggaru sampai berdarah

6. Selalu, kalau kita ke hospital, doktor akan bagi krim dan ubat untuk mengurangkan simptom dan keradangan ekzema.

7. Ada kajian menunjukkan pengambilan probiotik dapat mencegah daripada serangan ekzema. Makanan probiotik bertindak meningkatkan imuniti dan suasana dalam gastriontestinal yang mesra dan dapat melawan alergen.

Contoh makanan probiotik ialah yogurt, sup miso, keju lembut, kefir, tempe, jeruk masam.

Suplemen Shaklee untuk ekzema

Seperti yang saya ceritakan dia atas, customer saya yang mengalami ekzema tersebut sudah pulih. Apa yang beliau amalkan?

pengedar shaklee kuantan
Klik link whatsapp ini untuk order: www.wasap.my/60132369434

Set ni memang pilihan terbaik untuk masalah kulit tak kira ekzema, elergik, alahan, bintik-bintik, gatal, malah masalah kulit muka pun. 

ESP:

Sumber protein soya tulen yang jadi asas pembinaan semua sel-sel dalam badan kita ni. Kurang protein menyebabkan sel susah nak membahagi, dan ia tak dapat zat yang cukup untuk berganda secara sihat. Protein juga bantu kuatkan sistem imun kita.

Omega Guard:

Sumber omega 3 yang tulen, bersifat anti-inflamasi atau anti-radang. Ia akan halang pembengkakan, gatal-gatal, dan memang akan kuatkan imun kita. Bagus bagi makan Omega juga kalau ada anak yang menghidapi ekzema.

Vitamin C:

Vitamin antioksidan yang bertindak menguatkan sistem pertahanan tubuh kita melawan serangan alergen, patogen, kuman, virus, mikrob dan makhluk-makluk halus yang merosakkan sel badan kita.
Kulit akan lebih cantik, sihat, lembut dan lembap.

Herbal Blend:

Krim lembut berasaskan tumbuhan yang bebas steroid, paraben dan bahan kimia berbahaya membantu melegakan kegatalan dalam masa singkat. Ia juga melembap dan melembutkan kulit. Sapu je krim ni bila-bila masa yang dirasakan perlu atau boleh guna digunakan sepanjang hari.

Macam customer saya tadi, dia memang mengamalkan kesemua suplemen ni sampai sekarang pun. 

Memang amat membantu masalah kulit beliau bahkan asthma pun dah jarang sangat menyerang melainkan cuaca terlampau sejuk.

Bukan beliau sorang je pengamal set ni. Ramai lagi. Di bawah ni antara testimoni pengguna set ekzema Shaklee.



Ibu bapa pun suka set ni untuk diberikan kepada anak-anak diorang. Macam Omega tu, untuk otak pun bagus sangat.

Orang dewasa lagilah suka set ni sebab ada macam-macam manfaat dan bonus kesihatan yang mereka dapat. Kulit cantik, badan bertenaga, jerawat hilang, resdung hilang, silap haribulan boleh kurus lagi. Memang best!

Set Ekzema Control Shaklee bertahan 2-4 bulan bergantung penggunaan. 

Maklumat  lanjut, pembelian atau pendaftaran ahli, boleh hubungi saya.



Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Assalamualaikum wbt..

Bila kawan-kawan duk cerita pasal migrain ni, Ciksu dengar je.. Oo macam tu. Oo macam ni.. Sebenarnya Ciksu nyaris lupa yang Ciksu sendiri memang pernah mengalami migrain beberapa tahun dulu.

Punya dah lama tak kena sampai lupa.

Padahal dulu Ciksu punya migrain atau sakit kepala memang agak teruk. Ada masa-masa tertentu je kena migrain attack. Dia punya sakit Ya Tuhan.. memang rasa nak hantuk ke dinding. Memang dah tahap ketuk-ketuk kepala sendiri dah masa tu nak bagi hilang.


Paling lucu Ciksu ingat Ciksu ni kena barah otak ke. Loll.. Memang tak terfikir langsung itu migrain apa lagi terfikir nak pergi hospital buat pemeriksaan. Dah la penakut dengan hospital-hospital nih.

Macam mana Ciksu dah lama tak kena migrain? Sampai boleh lupa ni? Haa nanti nak cerita.

Sebelum tu nak bagitau, korang sebenarnya mengalami migrain jika ada simptom-simptom seperti di bawah.

1. Rasa sakit leher

2. Sembelit

3. Perubahan mood

4. Penglihatan kabur

5. Tak tahan silau

6. Rasa lemah di sebelah bahagian badan

7. Sakit kepala pada sebelah atau kedua bahagian kepala

8. Sensitif kepada cahaya, bunyi bising, bau atau rasa

9. Mual dan muntah

10. Kepala berat, kadang-kadang pitam

11. Rasa keliru

12. Pening kepala

13. Sakit kepala kronik hingga tahap ketuk-ketuk, hantuk-hantuk tu tadi

Banyak lagi simptom migrain ni. Kalau korang rasa ia kerap sangat berlaku, cepatlah jumpa doktor.

Punca migrain ni tak dapat dikenalpasti secara tepat. Tapi mungkin juga disebabkan:

  • genetik
  • faktor persekitaran
  • perubahan dalam brainstem dan interaksi saraf
  • kimia otak yang tak seimbang seperti serotonin yang rendah
Selalunya kita tak perasan macam boleh dapat serangan migrain dan sakit kepala kronik ni. Tapi kalau korang track record, cuba tengok, kemungkinan migrain dicetuskan oleh perkara berikut.

1. Perubahan hormon pada wanita contohnya masa nak period atau menopaus

2. Makanan contohnya makanan masin, makanan terproses, kita puasa atau skip waktu makan

3. Aditif dalam makanan contohnya MSG, pemanis aspartame (tiruan)

4. Minuman alkohol

5. Stress

6. Ransangan sensori- contoh cahaya matahari, bauan yang terlalu kuat

7. Perubahan waktu tidur

8. Faktor fizikal

9. Perubahan persekitaran seperti iklim, suhu dan cuaca

10. Ubatan seperti pil perancang

11. Kafein withdrawal

12. Kurang pengambilan air kosong yang menyebabkan penyahhidratan

Cara nak kurangkan serangan migrain, selain mengelakkan faktor pencetus dia atas, boleh juga lakukan ini.

1. Kompres panas dan sejuk. 

Tekapkan kompres panas pada bahagian belakang leher, dan kompres sejuk pada bahagian kepala yang sakit.

2. Senaman rileks 

Tarik nafas panjang, dengar muzik, dan buat bayangan (mental imagery)

3. Yoga

Yoga adalah kombinasi postur fizikal, latihan nafas, dan meditasi untuk meningkatkan ketenangan serta keseimbangan minda, tubuh dan semangat.

4. Meditasi

Kalau tak reti bermeditasi, solat dan berdoalah dengan khusyuk

5. Senaman erobik yang kerap

Seperti brisk walking, berbasikal, atau berenang dikatakan dapat mengurangkan migrain

6. Stretching

7. Urutan

Lakukan urutan di bahagian depan kepala, leher, belakang, atas kepala dan bahu.

8. Suplemen

Kajian menunjukkan suplemen seperti vitamin B 12, magnesium dan CoQ 10 dapat mengurangkan migrain.

Cara Ciksu? Dah tentulah dengan pengambilan suplemen. 

Sebenarnya secara tak sengaja pun. Ciksu makan suplemen bukan bertujuan nak hilangkan migrain sebab memang tak tahu pun diri sendiri ada migrain. 

Tapi tak sangka pula dah bertahun-tahun tak kena serangan migrain lagi. Apa yang Ciksu makan?

Inilah dia!


Ini kombinasi suplemen yang paling baik untuk hilangkan migrain.

Ostematrix: 

Sumber kalsium, magnesium, vitamin D dan beberapa mineral penting yang membantu dalam transmisi impuls saraf ke otak, membantu pengecutan urat dan saraf, mencegah kebas, kejang dan cramp pada saraf dan otot.

B complex:

Lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12 yang membantu menambah aliran darah ke otak, sebagai anti-stress dan menambah tenaga dalam sel otak.


Kedua-dua ni memang pilihan utama pengidap migrain yang dah penat telan macam-macam ubat doktor termasuk ponstan, tapi still tak berkurang-kurang.

Tengok apa kata mereka.



Dr. Zubaidi dalam blognya pun ada menulis,

"Pengambilan B Complex berterusan selama 6 bulan dapat mengurangkan migrain"

Jadi, kepada korang yang memang dah lama sangat mengidap migrain hingga mengganggu aktiviti seharian, kenalah amalkan Set Migrain ni. Set ni suplemen, bukan ubat. So tak de masalah nak amalkan seberapa lama pun.

Ciksu sendiri dah lebih 4 tahun makan semua suplemen ni.

Set Migrain Shaklee ni berharga RM115 sahaja (tidak termasuk kos pos). Penggunaan sebulan hingga 4 bulan.

Jika berminat mendapatkan set ini, segera hubungi Ciksu untuk pembelian dan cara makan yang betul.

InsyaAllah, dengan pengambilan suplemen yang betul dan kuantiti air mencukupi, migrain akan hilang bagai angin lalu bertahun-tahun. ;)


012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Assalamualaikum wbt.

Wanita dan make-up tidak dapat dipisahkan. Eh yeke? Lazimnya wanita akan bermake-up, paling cincai letak foundation, bedak, eye liner sikit kemudian lipstik.

Ciksu pulak, tak pakai dan memang tak reti nak make-up muka sendiri. Senget benget jadinya. Satu sebab lagi ialah malas nak cuci terutama bila keluar mana-mana, pastu nak solat. Macam leceh je.

Wanita yang pakai make up ni, nanti berenti solat mana-mana mesti nak kena cuci muka bersih-bersih kan.

bersusah payah makeup camni mula la malas nak cuci kan

Kang tak bersih tak sampai air wuduk, tak sah pulak solat. Walaupun skincare atau alat make-up tu kata wuduk friendly atau solat friendly, tapi still ada bahan kimia yang menghalang wuduk sampai ke kulit walaupun sedikit. 

Mahu tak mahu, dan sebagai langkah berhati-hati dalam beribadat, kenalah cuci. Jangan pulak kau pergi gonyoh makeup kau pada telekung wakaf surau tu. Tak koser mak.

Cara paling mudah nak buang make up ialah guna minyak baby (baby oil) tak kisah la cap apa pun.
Letakkan baby oil pada kapas, pastu lap muka sammmmpai bersih.

Pic ehsan Google

Memang kena standby baby oil botol kecik dengan kapas muka dalam handbag.

Kalau tak mau pakai baby oil?? 

Korang boleh pakai Gentle Action Make up Remover Shaklee ni ha.
Gentle Action Makeup Remover Shaklee
Nak tau apa kelebihan Makeup Remover Shaklee ni?
  1. Melicin, melembut, dan menyerikan kulit
  2. Menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa rosakkan kulit
  3. Menyegar dan menegangkan kulit
  4. Rumusan ringan, tidak berminyak dan aroma amattt menyegarkan

Bukan make up je tanggal, dengan kulit mati, dengan blackhead whitehead pun boleh tanggal. Tapi, takkan rosakkan kulit. Best giler!

Senang kan boleh di bawak kenama-mana, letak je dalam handbag. Boleh bawak jalan, pi ofis, pi kerja, pi shopping mall, mana-manalah. Tak yah nak berkapas-kapas bagai.

Memang berbaloi sangat dengan harganya. Setiub ni cuma RM95 (150ml). Tahan bulan-bulan ikut penggunaan koranglah masing-masing.

Pastikan ada Makeup Remover yang selamat dan best ni jika korang suka pakai makeup. Jom order dengan Ciksu sekarang.


012-964 5614

Shaklee Malaysia
ID:868994

Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak cerita mengenai satu lagi vitamin kesukaan Ciksu. (semua vitamin sebenarnya ciksu suka). Tapi hari ni nak story pasal vitamin C Shaklee yang amat glamer itu.

Orang yang suka cantik, mesti tau fungsi vitamin C untuk kulit kan? Tapi fungsi vitamin c sebenarnya bukan sekadar itu. malah lebih lagi.



Di bawah ni Ciksu senarai manfaat vitamin C kepada badan kita.

1. Mengurangkan kedut

Sebab vitamin C ni bertindak meransang pengeluaran kolagen dalam badan kita. Kolagen bukan ada pada kulit je taw. Tapi pada keseluruhan tubuh sebab kolagen ni ialah tisu penghubung. Tisu penghubung ada banyak jenis. Ada pada tulang, ada pada otot, macam-macam lagilah. Kena bukak buku biologi kalau nak tau semua.

2. Mengurangkan gusi berdarah

Gusi berdarah berlaku sebab gusi 'lembik' dan kurang kolagen. Vitamin C juga bantu untuk kurangkan pendarahan. So tak kira lah gusi berdarah ke , hidung berdarah ke atau luka eksiden berdarah ke, bagus sangat makan vitamin C.

3. Melembapkan kulit

Ada taw, orang makan vitamin C, kulit dia jadi lembut dan lembap je. sebelum ni kukulit dia kering. Vitamin C memperbaiki simptom2 kulit kasar dan kering.

Kulit pun cun, glowing, peloles jew.

4. Menguatkan imun badan

Ni bagus kalau orang tu ada masalah resdung, selalu selsema, selalu gatal-gatal hidung kalau salah makan, kalau demam lambat baik, ada elergik, ada asthma atau memang rasa badan selalu tak sihat.

Vitamin C ni antioksidan yang kerjanya melawan radikal bebas, menguatkan sel darah putih untuk lawan kuman dan bakteria.

5. Bantu tambah darah

Untuk orang yang ada Hemoglobin rendah, elok juga makan vitamin C ni. Vitamin C bantu penyerapan zat besi yang lebih  baik untuk bina sel darah merah.

6. Memerangi kanser

Bagi mencegah kanser atau pesakit kanser sendiri, elok makan vitamin C berssama dengan Vivix, vitamin A dan vitamin E. Semua ni antioksidan kuat.

Tugas antioksidan ni dia aktifkan interferon semulajadi badan kita untuk membunuh kuman kanser. Selain daripada tu, ia bantu sel kita jadi sihat semula.

7. Melambatkan penuaan

Haa kalau nak awet muda tapi tak makan bitamin C, tu tak nak muda la tu. Kita tau vitamin C ni antioksidan yang lawan radikal bebas kan. Radikal bebas ni kalau berlebihan boleh sebabkan sel kita kena serang dan jadi tua.

Untung lah tua je. Kalau jadi penyakit kronik? Haa lagi tak mau kan.

8. Menurunkan kolesterol

Sama la macam kalau kita makan buah dan sayur yang kaya vitamin C tu. Amalkan vitamin C, insyaAllah kolesterol boleh di kawal, risiko darah tinggi pun boleh dikurangkan.

9. Mencerahkan kulit

Vitamin C menyekat pembentukan pigmentasi. Kalau sunburn banyak main matahari, eloklah makan vitamin c ni.

10. Mengurangkan jeragat

Jeragat tu tanda-tanda penuaan. Bila kulit banyak terdedah kepada matahari dan bahan kimia yang tak selamat, muka akan jadi gelap bertompok hitam. Cuba makan vitamin C, memang boleh kurang jeragat.

12. Mengurangkan jerawat

Terutama jerawat disebabkan bakteria. Makan vitamin C memang boleh kurang.

13. Mengurangkan parut 

Terbaik jika combinekan dengan ESP dan vitamin E. Masing-masing ni saling bekerjasama untuk hapuskan parut-parut tak kira parut jerawat ke, parut baru ke parut lama ke atau parut keloid.

14. Mengurangkan stress dan membantu tidur yang lena

Orang stress sampai susah nak tidur malam, banyak sangat fikir, elok makan vitamin C. Ni nak gabung dengan Omega Guard dan B complex pun bagus juga. Kompem tidur lena sampai ke pagi tanpa nightmare!

15. Membantu PMS dan menopaus

Kalau orang ada PMS macam heavy period, atau orang menopaus ada masalah hot flush, boleh amalkan vitamin C. Dia akan kurangkan simptom ketakselesaan masa ni.

Sebenarnya banyak lagi fungsi vitamin C kepada badan kita. Vitamin C memang kena makan setiap hari sebab:

  • badan kita tak buat vitamin C macam haiwan, jadi kena makan
  • vitamin C ni jenis larut air, dia cepat hilang daripada badan melalui air kencing
  • vitamin C daripada buah dan sayur tak mencukupi sebab ia cepat musnah
Dan kalau nak tahu, badan kita cuma serap 200mg vitamin C dalam masa sejam. Selebihnya dibuang melalui air kencing. Sebab tu vitamin C kena ada teknologi pelepasan bertahan atau sustained release macam vitamin C Shaklee.


Teknologi ni melepaskan 100mg vitamin C setiap jam dalam darah. So takdelah pembaziran.

Tanpa teknologi Sustained Release ni, membazirlah kalau kita makan vitamin C 3000mg sekalipun. Nanti semuanya keluar melalui air kencing.

Ciksu amalkan 2 biji vitamin C setiap hari. Kalau rajin lagi Ciksu makan 4 biji. 

Harga sebotol vitamin C ni RM97.50 (180 biji). Berminat dapatkan vitamin C beserta dengan cara makan eksklusif, boleh hubungi Ciksu ok ;D


012-964 5614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

P/S: Berminat untuk join dropship tanpa sebarang modal dengan Ciksu? Wasap segera ok! 


Nampak tak makhluk apa dalam botol budu ni??



Inilah minyak bawang putih cap ketereh 

Sejak tahu kegunaan minyak bawang putih ni, Ciksu pastikan stoknya sentiasa ada dirumah.

Senang kalau anak selsema ke batuk ke, sapu je minyak ni. Op kos la sambil-sambil makan suplemen fnutrieron, omega, vit c tu. 

Beli kat mana?

Eh tak la. Buat sendiri je. 


Caranya:


Ketuk je bawang putih dengan kulit dia, pastu bakar. Bila dah keluar bau (dan agak hangus 😁), letak la dalam bekas.

Lepas tu tuang je minyak dalam bekas. Biar mereka bergaul dengan serasi. Boleh guna minyak zaitun, minyak masak, minyak kelapa atau apa-apa minyaklah yang rasa sesuai. Jangan guna minyak rambut Pomade sudah.

Kegunaannya? 


Nanti bebila anak tak sihat, sapu je kat mana-mana yang patut. Dada, belakang, hidung ke. Banwang putih ni terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Bukan antibiotik je, tapi segala anti-anti tu ada kat bawang putih. Sebab budak tak minat nak makan bawang putih ni kan. tergigit pun nak muntah.


Jadi kita buatlah minyak, baru senang nak guna.

Minyak ni dah lama Ciksu buat. Elok pun lagi sampai sekarang.

Kenapa letak dalam botol budu?

Eh suka hati Ciksu lah..hahaha.. Botol ni dah bersih ok. Sebenarnya Ciksu ni pengumpul botol-botol kaca yang orang bagi time kawin. Bila dah banyak tu eh syok pulak kumpul botol kaca ni.

Masa nak simpan minyak bawang putih ni, nampak botol ni yang paling berkaliber sekali. Lolll..

Ok, sekian tip kesihatan.

Selamat mencuba!

#liveamazing #tipkesihatan #garlicoil#tsunamishaklee
Assalamualaikum wbt.

Sebut sakit lutut ni mesti terbayang mak kita atau nenek kita sambil duduk sambil mengurut betis dan lutut masing-masing kan?

Ada yang lagi teruk, mungkin tak banyak bergerak, asyik duduk je. Solat pun atas kerusi sebab tak boleh nak gerakkan apa lagi nak bengkokkan lutut. Bergerak sikit pun dia punya ngilu tu....berdesup rasa.

Tapi jangan tak tau, sakit lutut ni bukan kena kat orang tua atau dah berumur je. Ramai je yang masih muda trang tang tang dah mengadu ada sakit lutut teruk. Sampai kena ambil ubat dari hospital.


Lutut ni adalah sendi yang terbesar pada badan kita ni. Bahagian atas dan bawah dipisahkan oleh dua disk. Tengah-tengahnya dilitupi oleh artikular kartilaj (macam rawan), dan juga bendalir sinovial. Fungsi rawan atau kartilaj ni adalah untuk menyerap hentakan dan perlanggaran, dan bagi pergerakan lutut kita sentiasa licin.

Ada banyak punca sakit lutut ni. Ciksu senaraikan 8 daripadanya yang mana paling selalu berlaku pada kita.

1. Kecederaan 

Berlaku sebab pergerakan tak normal seperti pusingan (twist), terjatuh atau hentakan atas bahagian lutut, sepakan keras, atau berlaku fracture atau koyakan ligamen.

2. Terlalu banyak guna lutut

Contohnya aktiviti turun naik tangga, turun naik bukit, berbasikal, berlari, melompat juga boleh buatkan lutut jadi radang dan bengkak.

3. Berat badan berlebihan

Jika badan kita berat, bahagian sendi lutut akan terpaksa menampung beban yang berlebihan. Sebab tu kita tengok ramai orang yang bermasalah berat badan kerap juga sakit lutut.

4. Pertambahan usia

Bila usia meningkat, banyak faktor dalaman menyebabkan berlaku sakit sendi dan lutut seperti perubahan hormon dan kekurangan kolagen.

5. Kuman

Sesetengah kesakitan pada bahagian lutut adalah disebabkan serangan dan jangkitan kuman, terutama mereka yang mendapat rheumatoid artritis (RA).

6. Osteoarthritis

Sejenis penyakit sendi degeneratis yang menyebabkan seseorang tu merasa sakit terutama pada waktu pagi.

7. Gout

Sakit gout juga boleh menyebabkan sendi rasa bengkak, sakit dan keras tak boleh digerakkan.

8. Lupus

Penyakit lupus atau SLE juga boleh menyebabkan kesakitan kerana sel pertahanan menyerang sel badan kita sendiri.

Jika nak tahu apa punca sebenar kita sakit lutut dan sendi, kenalah jumpa doktor untuk tujuan diagnosis dan rawatan yang sesuai.

Cara Semulajadi Kurangkan Sakit Lutut

1. Banyakkanlah berehat daripada melakukan aktiviti yang banyak menggunakan sendi termasuklah mengangkat benda-benda berat. Bila rehat, boleh letakkan bantak di bawah bahagian lutut.

2. Jika ada pembengkakan, gunakan ais dan letakkan pada bahagian sakit selama 20 minit, 3 kali sehari.

3. Kompres dengan cara membalut bahagian lutut yang sakit dengan elastik bandage.

4. Buat urutan lembut pada bahagian sakit untuk galakkan pengaliran darah ke kawasan tersebut.

5. Berhenti merokok sebab merokok menurunkan bekalan darah, lalu buat luka atau kecederaan lambat baik.

6. Turunkan berat badan jika sakit lutut disebabkan berat badan berlebihan.

7. Ambil ubat doktor jika perlu

8. Ambil suplemen yang selamat dan bagus untuk sendi yang boleh mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsinya dengan cepat.

Suplemen yang selamat tu amat penting taw. Sekarang ni banyak sangat orang jual produk untuk lutut yang claim boleh sembuh dalam masa singkat terutamanya berasaskan herba.

Berhati-hatilah dengan produk seperti ni sebab biasanya diorang campur steroid. Steroid kalau kerap sangat ambil akan menyebabkan badan sembap dan tembam, buah pinggang rosak, serta osteoporosis (tulang reput). Kalau ye pun nak makan steroid biarlah doktor sendiri yang preskripsi untuk kita. Jangan ambil sebarangan.

Cara lebih selamat Ciksu nak cadangkan ialah mengambil suplemen Shaklee. Suplemen Shaklee memang dah terbukti bukan saja semulajadi malah selamat dan berkesan secara klinikal.

Untuk masalah sendi, anda boleh ambil Collagen Powder. Atau nak lagi bagus ambil sekali dengan Vivix.

Apa Kata mereka Yang Dah makan Collagen Powder Shaklee ni?

Testimoni 1:


Testimoni 2:



Testimoni3:


Confirm berkesan ke ni??

Eh harus lahhh.. Produk Shaklee memang semua terbukti berkesan. Cuma lambat atau cepat tu bergantung kepada tubuh masing-masing.

Ujian dah buktikan keberkesanan kolagen ni dalam masa 8 minggu. Tapi, tengok pada orang yang dah guna, rata-rata dalam masa seminggu dah mula menampakkan hasil.

Ohh saya dah tak sabar nak order. Berapa harga??

Harga runcit sekotak kolagen RM298 (15 sachet).

Tapi

Tapi

Tapi

Jika anda beli 3 kotak Collagen Powder, anda akan dapat harga ahli dan layak jadi ahli secara PERCUMA! Tak perlu bayar yuran keahlian RM68.90 tu.. tak payah.

Dan lagi best, akan dapat CASHBACK BONUS dikreditkan terus dalam akaun bank anda pada tengah bulan depan. Best ke best?? Beli barang dapat duittttt!

Beli 3 kotak Collagen Powder ni Ciksu akan bagi tips eksklusif macam mana cara makan dan macam mana cara nak jimat at the same time. Dengan syarat beli dengan Ciksu jelah. hewhewhew..

Ok, tak sabar dah nak beli kan, nak rasa kesan best kolagen yang memang di cari orang ni, nak bagi mak ayah makan, nak tengok orang kesayangan bergerak pantas, berlari melompat semula, cepat-cepat hubungi no Ciksu:


012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994