Enter Keyword

Sebenarnya banyak sangat benda nak tulis, sebab terlalu banyak tu rasa nak bersyukur dulu.

Allah berfirman,
"Jika kamu bersukur, maka AKU akan menambah nikmat itu kepada kamu. Dan jika kamu ingkar, maka seksaan AKU amat pedih''- Ibrahim:7

Dengan apa yang saya lalui sekarang, saya sangat bersukur. Bersyukur sebab apa yang Allah telah beri kepada saya.

1. Syukur dulu Allah bagi saya masuk aliran sains.
2. Syukur dulu saya belajar biologi
3. Syukur dulu saya masuk matrik Langkawi
4. Syukur saya dapat aliran Sains Hayat
5. Syukur result last sem tak gempak pun :P
6. Syukur tak dapat jadi doktor
7. Syukur dapat masuk UM
8. Syukur dapat pegi aliran sains lagi.
9. Syukur dulu buat major Sains Biokesihatan
10. Syukur dulu banyak belajar tentang manusia, herba, tumbuhan, penyakit dsb
11. Syukur dulu beli buku Biologi yg besar ni ;)) banyak sgt info dalamnye.. suka!
12. Syukur jumpa kawan yg skrg jadi upline saya
13. Syukur Allah bg saya join Shaklee
14. Syukur Allah bagi saya tolong orang
15. Syukur Allah bagi saya jumpa ramai orang yang best2
16. Syukur, syukur dan syukur!

Nikmat Allah tidak akan terhitung oleh kita.

jom BERSYUKUR!

SYUKUR, SYUKUR DAN SYUKUR!

by on Mac 27, 2013
Sebenarnya banyak sangat benda nak tulis, sebab terlalu banyak tu rasa nak bersyukur dulu. Allah berfirman, "Jika kamu bersukur, mak...
Selepas terbaca entry ini TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT, hati saya menggedik-gedik untuk tahu betulkah tiada kolagen dalam rumpai laut seperti yang didakwa sebab maklum sajelah iklan rumpai laut tu merata-rata.

Saya pun buka  buku biologi zaman belajar kat UM dulu, Biologi Concepts And Application STARR/ FIFTH EDITION. Memang tidak disangka-sangka, semua perkataan "collagen" di dalam buku tersebut hanya merujuk kepada manusia dan haiwan!! Saya kelebet satu persatu muka surat dengan merujuk ke bahagian Index, memang tiada kaitan langsung dengan tumbuhan!

Saya ke internet pula dan sumber rujukan paling tepat ialah wikipedia. Seperti dijangka langsung tidak disebut kolagen dalam tumbuhan! Baca link ini COLLAGEN.

micrograph photo. collagen- cantik pulak kan?
Saya pun memulakan perbincangan di secret group dan mujur sajalah ada yang bijak pandai tentang hal ini. (tiba-tiba rasa menyesal tak baca banyak2 buku, tak belajar bio betul2, tak boleh ingat semua perkara masa belajar dulu...haha haruslah kan)

Thanx to Zeti Hafiza atas fakta ini:

''Dari segi biokimia, kolagen ni sebenarnya kombinasi sekumpulan asid amino tertentu yg hanya wujud pada HAIWAN dan MANUSIA.... pada tumbuhan (termasuk rumpai laut, soya, koko) tu memang ada asid amino tapi tidak boleh dikatakan kolagen sebab kombinasi berbeza dengan kolagen.

Asid amino pada tumbuhan ni juga BOLEH merangsang penghasilan kolagen semulajadi dari badan kita (30% protein badan manusia adalah kolagen - pada tendon, tulang, kartilaj etc.) Maknanya, sumber tumbuhan tu sepatutnya disebut sebagai PENGGALAK KOLAGEN bukan KOLAGEN... kecuali ramuan produk dicampur dari sumber kolagen haiwan. Sumber kolagen haiwan yang popular adalah ayam, lembu, babi, arnab, ikan. Kolagen dari marin (ikan) adalah 7 kali lebih baik dari sumber lain.''


Ok, now masa bukak buku Biologi tadi pulak..

Kolagen dalam manusia dan haiwan dikenali sebagai tisu penghubung (connective tissue) yg mana ia paling banyak dalam tubuh kita. Secara amnya, tisu penghubung mempunyai komponen yang sama tetapi berbeza dari segi pembahagiannya.

Type I: Loose Connective Tissue - under the skin, most epithalia
Function: Elasticity, diffusion

Type II: Dense, Irregular Connective Tissue- in skins and capsules around some organs
Function: support

Type III: Dense, Regular Connective Tissue- tendons, ligamen
Function: Strength, elasticity

Type IV: Cartilage - Ends of long bones, nose, parts of airways, skeleton of vertebrate embryos
Function: support, flexibility, low-friction surface for joint movement

Type V: Bone tissue- bones of vertebrate skeleton
Funtion: movement, support, protection

Type VI: Adipose - under skin, aroung heart, kidneys
Funtion: Energy reserves, insulation, padding

Type I,II dan III adalah tisu penghubung jenis lembut
Type IV,V,VI adalah jenis specialized/ khusus.

Bagaimana kolagen terhasil?

Kalau nak citer ni memang pening la sebab ia melibatkan DNA, mRNA asid amino dan mcm2 lg..Secara 
ringkasnya, kolagen di sintesis daripada sel yang dinamakan fibroblast. Dan lagi satu perkara yang wajib kita tahu ialah Vitamin C sangat penting dalam penghasilan kolagen kerana ia bertindak sebagai penggalak kolagen.. Kalau rajin klik kat Wikipedia tu tadi n bacalah..jangan pening sudah hahaha..

Kesimpulannya, kolagen memang tidak wujud dalam tumbuhan. Soy collagen, cocoa collagen, cranberri collagen dan pure marine collagen dan entah apa jenis 'kolagen' daripada tumbuhan sebenarnya TIDAK mengandungi kolagen!!

Rumpai laut jika dimakan begitu saja amat bagus sebab ia mengandungi kandungan protein dan iodin yang tinggi. Ia bagus untuk mencegah penyakit beguk (goiter). Bagaimanapun kelebihan iodin boleh menyebabkan risiko kanser meningkat.

Bagaimana dengan produk berkolagen yang lain tu?? Ini yang kita harus selidik dulu betul-betul. Sumber kolagen yang biasa digunakan ialah daripada ayam, lembu, kambing, arnab, babi dan ikan. Kolagen daripada haiwan darat murah (sebab senang diperolehi), mudah terkontaminasi dan susah diserap oleh tubuh kerana jisim molekulnya besar, dan perlu diteliti kehalalannya! Jadi, fikirlah sendiri kolagen tersebut selamat atau tidak, berkesan atau tidak.

Kolagen daripada ikan menghampiri kolagen manusia. Rujuk link wikipedia tu tadi ye..

Ok lah, semoga pendedahan ini membuka sedikit mata kita. Selidik dahulu apa saja produk yg kita nak guna/ makan sumbernya, jangan menerima apa saja membuta tuli. Jika ada kesan buruk, kita yang rasa..jika ada kesan baik, kita juga yg rasa.. Apapun tepuk dada tanya selera.

I choose Shaklee ;)))

Sembelit adalah masalah biasa ketika hamil. Lebih kurang 30-40% wanita mengalaminya. Ada yang memang sudah mengalami masalah pembuangan sejak sebelum hamil, dan diburukkan lagi apabila hamil sampai nak ke tandas pun ngeri.

Sembelit semasa hamil terjadi sebab tekanan oleh uterus yang semakin membesar ke atas rektum serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan dalam salur penghadaman. Sesetengah pil zat besi boleh membuatkan sembelit menjadi teruk.

Kekerapan ke tandas
Mengikut pembacaan, adalah normal sekiranya individu itu melatih ususnya membuang setiap hari, setiap dua hari, tiga hari dan sehingga seminggu pun. Sembelit berlaku apabila tahap kekerasan najis itu lebih daripada biasa sehingga merasa sakit dan mengambil masa yang lama di 'bilik termenung'. Jika masalah ini kerap berlaku, kemungkinan boleh terjadinya buasir.

makanan tinggi serat dapat mengurangkan sembelit semasa hamil

Apa yang perlu dilakukan?

  1. Cukupkan keperluan air (6-8 gelas sehari)
  2. Banyakkan bergerak dan melakukan senaman ringan
  3. Makan makanan berserat tinggi seperti buah buahan dan sayur sayuran 
  4. Ambil jus buah-buahan
  5. Ambil suplemen lain selain daripada zat besi

Ibu hamil tidak digalakkan mengambil suplemen berbentuk julap tanpa mendapat nasihat doktor.

Bagaimana Shaklee membantu?

Ostematrix :
Suplemen kalsium yang dilengkapi magnesium dan vitamin D. Kalsium membantu pengecutan otot dibahagian salur penghadaman hingga ke rektum. Juga membantu melawaskan pembuangan najis.

Lecithin:
Bertindak sebagai pelembut najis, melembapkan usus dan meleraikan toksin usus. 

Performance Drink:
Mencegah dehidrasi. Sembelit terjadi akibat kehilangan bendalir daripada tubuh akibat dehidrasi.

ESP:
Protein tambahan daripada soya yang berfungsi untuk membekalkan tenaga, bertindak mengawal lebihan air dalam badan, dan bagus untuk masalah penghadaman.


Sembelit sebenarnya tidaklah berbahaya, tetapi jika ia terjadi bersama-sama masalah lain seperti sakit perut keterlaluan, najis berdarah, segeralah ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Dapatkan SET KEHAMILAN YANG BEST! dari saya dengan menghubungi 013-2369434 Suhaila.

SEMBELIT SEMASA HAMIL

by on Mac 25, 2013
Sembelit adalah masalah biasa ketika hamil. Lebih kurang 30-40% wanita mengalaminya. Ada yang memang sudah mengalami masalah pembuangan seja...
Hari ni dapat sms lagi,

".....saya macam tak percaya ni tiap-tiap minggu turun 1 kg. Badan pun dah ringan, datang bulan sikit je, tak de sakit perut ke pening-pening pun takde. ......Tadi timbang 71kg dah, tapi tulah, tang perut ni susah sikit kan. Nampak buncit lagi.huhuuuu...."

Saya, kalau dapat sms macam ni, memang senyum seminggulah jawabnya. hehe.. bukan ape seronok rasanya dapat tolong orang lain jadi lebih sihat. ;)

Perut buncit memang satu masalah yang agak besar jika seseorang tu mempunyai berat badan berlebihan lebih-lebih lagi wanita selepas melahirkan dan lelaki selepas berkahwin.

perut buncit merisaukan
Punca perut buncit:

  1. kurang senaman dan aktiviti fizikal
  2. tidak banyak bergerak/ terlalu banyak duduk
  3. usia- menyebabkan fungsi otot mengurang
  4. faktor genetik/ keturunan
  5. otot perut tidak terbina
  6. pemakanan- makanan mengandungi lemak trans seperti marjerin, chip, kek, roti, makanan segera, burger, pencuci mulut, makanan terproses yang di pek/ di tinkan
Senaman dapat mengurangkan perut buncit!!

Ini mungkin kedengaran klise. Tapi ia tidak! Kalau anda mahu kurus, tapi malas bersenam, jangan pelik kalau ada bahagian badan yang tidak cantik, menggeleber dan tidak berbentuk (shape). 

Tahukah anda, sebenarnya senaman adalah satu cara yang paling efektif untuk mengurangkan kebuncitan disamping mengurangkan pengambilan kalori. Anda dah cun-cun dapat turun berat, tapi tak rajin nak bersenam, ohhh amatlah ruginya...!

Lagi satu sebab ialah, apabila bersenam, otot di bahagian perut dan abdomen akan terbina. Otot inilah sebenarnya yang akan membantu pembakaran lemak di kawasan perut itu tadi. 

Ingat lagi formula magik ni?

OTOT=METABOLISME

Sekarang, apa yang paling penting ialah motivasikan diri sendiri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30-45minit sehari.

Ok, dibawah ni salah satu senaman yang boleh diamalkan untuk kurangkan perut buncit.


 Mudah je ni kan? Amalkan setiap hari, mulakan berperingkat-peringkat iaitu 10 minit dulu ke, esoknya 20 minit dan tingkatkan masa bila dah rasa selesa..

Selamat bersenam!!!

PETUA KURANGKAN PERUT BUNCIT

by on Mac 21, 2013
Hari ni dapat sms lagi, ".....saya macam tak percaya ni tiap-tiap minggu turun 1 kg. Badan pun dah ringan, datang bulan sikit je, tak...
BAHAN2:
1. Swiss roll perisa pandan (kaler hijau)- potong dan susun cantik2 dalam bekas
2. Sekotak serbuk jeli warna merah
3. Setin susu cair
4. 2 sudu tepung kastard
5. Buahan koktel

A) Campur setin susu cair + 2 sudu tepung kastard + 2 sudu gula putih + sirap koktel (manis ikut suka)
-masak diatas api sederhana, kacau selalu hingga menjadi pekat

B) Masak serbuk kristal jeli (ikut arahan pada kotak)

Cara:
1. Tuang bancuhan kastard  (A) tadi di atas susunan swiss roll
2. Tabur buahan koktel atas lapisan kastard
3. Tuang bancuhan serbuk jeli (B)
4. Sejukkan
5. Hidangkan

**untuk lebih sihat, gunakan buah buahan segar yang dipotong halus-halus dan sirap buatan sendiri yang kurang manis :)

 Puding trifle lapisan ke-3 lapisan buah




Puding trifle
lapisan ke-4 lapisan jeli


*Gambar lapisan ke-3: original from my camera
*Gambar lapisan ke-4: dari internet (berzaman try upload gambar yg original tak lepas2, nape entah..last2 daku copy from internet padan muka! btw thankx kepada sumber gambar www.mqdelights.com ;)

Ok, nak cite.. sebenarnya mengikut cerita gambar di atas adalah kali kedua sy buat puding ni.. 1st masa family abang ipar dan biras datang rumah..Kali kedua ni buat sebab ada jamuan makan ngn jiran2, so decide bawak puding je senang..

Rezeki datang bergolek, kebetulan ada sorang jiran nak kahwinkan anak dia, so dia tempah lah puding ni untuk buat makan pengantin dan keluarga belah pengantin perempuan (anak dia lelaki)..hehehe.. gambar yg tu duk dalam henpon suami pulak...adoii.

ala-ala macam ni la, tp yg ni dari tenet gak (credit photo: alyeaakmalia.blogspot.com)



haa yang ni pulak untuk keluarga pengantin...ala-ala jugak (credit: yummycatering.blogspot.com)

So...ideanya di sini, kalau korang nak cari sumber kewangan sampingan apa kata cuba try test buat dan jual puding niiiiiiiii je.. InsyaAllah mendapat sambutan.

Hiasan tu buat la ikut kretiviti...kalo buntu gugel je gambo kompem dapat idea best. ;) Selamat mencuba!!

RESEPI: PUDING TRIFLE

by on Mac 20, 2013
BAHAN2: 1. Swiss roll perisa pandan (kaler hijau)- potong dan susun cantik2 dalam bekas 2. Sekotak serbuk jeli warna merah 3. Setin susu ...

Pada anda yang sedang  tercari-cari amalan yang elok di amalkan untuk mendapatkan zuriat, apa kata cuba amalkan doa Nabi Zakaria ini yang saya petik dari buku Pedoman Doa dan Zikir. Doa-doa ini adalah amalan Nabi Zakaria dan ayatnya boleh cari dalam Al-Quran berpandukan gambar di bawah.

Doa Nabi Zakaria A.S Mohon Zuriat Keturunan


Amalan sampingan lain yang boleh di amalkan ialah:
Solat Dhuha
Solat Tahajud

Istighfar (100 kali sehari)
Zikir Ya Wahhab (1000kali sehari)
Sedeqah
Makan Makanan Berkhasiat dan Seimbang
Doa penuh pengharapan
Bersyukur, Tawakkal dan Yakin Allah akan makbulkan
Banyakkan Memberi


**Semuanya di tangan Allah, yang penting usaha berterusan tanpa buruk sangka dan putus asa dengan rahmat Allah.. InsyaAllah..

Saya doakan anda dikurniakan zuriat keturunan yang soleh, solehah dan mendamaikan jiwa..Amiinn.

Off topic!

Hewhewhew..buat pertama kalinya daku menjadi seorang babysitter a.k.a pengasuh semenjak berumahtangga dan menjadi ibu kepada dua orang anak lelaki ini.. (chehh itu pun nak cerita ke)..

Kisahnya gini..daku terpaksa menjadi babysitter terjun kepada bayi berusia 3 bulan iaitu anak member suamiku..Isterinya seorang guru yang baru selesai pantang.. Belum start mengajar pun lagi..tapi isterinya ada hal nak ke sekolah baru..

Sebenarnya daku bukan ler berminat sangat nak jadi pengasuh ni..sejak jadi fulltime housewife 5 tahun yang lalu, naik boring dah menjawab kalau ada orang tanya nak tak mengasuh anak si polan ni?? tak tahu kenapa mengasuh bukan jiwa ku..........sebab jiwaku bisness (poyo).

Sebab tu setiap kali orang tanya, cepat je daku akan menjawab tak nak. Kalau tak jawab pun, senyum je.. menggangguk tidak, menggeleng pun tidak, laksana gadis baru dipinang orang.

Sebenarnya lagi,  daku dah bosan sebab pernah menjadi pengasuh sejak daku kecil-kecil dulu..(pengalaman ngeri nampak).. ohh tak ler.. dulu mengasuh anak-anak buah ku iaitu anak-anak kakakku.. lepas sorang, sorang..nasib baik anak dia 4 orang je..kuingat dulu punya lama bertapa berkampung dirumah beliau sebab menjaga anak-anaknya.. Tapi masa tu ku pasrah dan seronok, sebab duduk rumah je.. (ciri-ciri housewife dan ibu mithali memang sudah ada sejak kecil kan?)


Ok, berbalik kepada tahun 2013, 18 March, sebab kesian kat member tu, daku pun menyanggupi untuk jaga baby tu sekejap..takde ape masalah pun. hehe.. Mujur suamiku ada dirumah, jadi dia yg tukang enjut buaian sementara aku masak.. Mudah je menjaga si kecil tu..susu dan tidur je kerjanya.. tapi sebab dia tidur dalam buai makan anak terunaku Aqil Qayyim terpaksa meminjamkan buaiannya untuk si gadis yg masih kecil..hik3.. sudahnya sampai pukul 3 dia tak tidur. lepas si gadis balik baru aqil tidur..padan muka. haha.

Err..gambar si gadis bernama Dhia ada dalam android. Maka tak dapatlah dipaparkan disini..

tu je nak cite, sekian..

#nak beli vitamin sila SMS ke 013-2369434. Nak suruh mengasuh baby? nonono..

SATU HARI SEBAGAI BABYSITTER

by on Mac 18, 2013
Off topic! Hewhewhew..buat pertama kalinya daku menjadi seorang babysitter a.k.a pengasuh semenjak berumahtangga dan menjadi ibu kepada du...
Ada beberapa orang kawan2 Shaklee saya dihujani soalan "betulkah Meal Shakes ni sesuai untuk kanak-kanak?''

Agak pelik ada yang bertanya soalan macam ni.Meal Shakes memang sesuai untuk kanak-kanak seperti juga Vitamin C, multivitamin dan minyak ikan Omega Guard.

Saya tak nampak apa bahaya jika memberi anak-anak makan Meal Shakes ni. Meal Shakes termasuk dalam program nutrisi kanak-kanak oleh Shaklee (Children's Nutrition). Ia memberi khasiat yang seimbang dan lengkap dengan sumber protein, vitamin dan mineral tambahan.

Meal Shakes Shaklee bagus untuk kanak-kanak
Meal Shakes juga memberikan jumlah seimbang 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

Meal shakes boleh dicampur dengan susu semasa sarapan anak2 kita. Ia juga boleh jadi minuman petang dan minuman malam sebelum tidur. Adakah sepanjang hari minum Meal Shakes sahaja? OOhh tentulah tak.. Ada sukatan dan dos yang telah ditetapkan. Anak saya yang berusia setahun ++ minum milo yang telah dicampur dengan sesudu meal Shakes dengan berselera sekali.

Sebenarnya, kerisauan tak bertempat ibu bapa ni agak bahaya juga kan? Kita rela menolak makanan berkhasiat tapi melabur wang memberi anak-anak makan makanan segera seperti McD dan KFC. Kita rela anak kita makan Twisties, Potato Chips, Mamie dan entah apa lagi keropok2 pasaraya dan kedai runcit tu daripada makan Meal Shakes..

Ada juga ibu bapa yang risau sebab Meal Shakes ni makanan orang dewasa..tak sesuai untuk kanak-kanak. Lucu memang lucu...maksudnya apa yang ibu bapa dia makan belum tentu baik untuk anak-anak kan? Kalau gitu macam mana dengan nasi, roti canai, ais krim, gulai2 dan mcm2 lagi makanan enak tu?? Maksudnya makanan tu pun tak sesuai dengan anak-anak la kan??? ke macam mane?? Maksudnya apa yang orang dewasa makan, anak-anak tak boleh makan?? dan apa yang anak-anak makan orang dewasa tak boleh makan?? pening sudahhh..

Terpulanglah ibu bapa nak beri anak masing2 makanan yang diorang suka.. Anak saya suka Vitamin C Chewable, ESP, Meal Shakes.. Alhamdulillah..

p/s # Alhamdulillah ramai juga ibu bapa yang senang hati sebab selera makan anak mereka bertambah2 selepas diberi makan Meal Shakes. Ramai ibu bapa yang senyum sebab anak dah jarang sakit. Ramai ibu bapa yang gembira sebab anak dah makin bijak dan ceria..

Nak Meal Shakes dengan harga best?? Hubungi Suhaila 013-2369434..


Kalsium adalah mineral yang kelima paling melimpah dalam kerak bumi dan paling banyak dalam tubuh kita juga. Ibu yang menyusukan bayi atau sedang hamil sangat digalakkan mengambil lebih kalsium.

Apa sebenarnya kepentingan kalsium kepada ibu menyusu? Ibu menyusu memerlukan kalsium untuk menambah semula kalsium yang hilang semasa hamil (janin menyerap kalsium dari ibu untuk membina tulang, gigi, saraf, otot). Oleh itu ibu hamil perlu mencukupkan keperluan kalsium melalui pemakanan ataupun suplemen.

Ibu menyusu memerlukan hingga 1000mg kalsium sehari manakala ibu menyusu yang berumur kurang dari 18 tahun memerlukan sehingga 1300mg kalsium untuk pertumbuhan mereka sendiri dan bayi.

Kalsium dan penyusuan
Tubuh membina semula kalsium yang hilang semasa hamil melalui dua cara iaitu; kurang kalsium dirembeskan melalui air kencing; dan kedua, paras estrogen yang rendah dalam ibu menyusu akan mempertingkatkan penyerapan kalsium. Pada waktu inilah ibu menyusu perlu membina semula kalsium dalam tulang mereka.

Suplemen kalsium membekalkan faedah yang lebih banyak kepada ibu menyusu berbanding waktu lain (sewaktu tidak menyusu) kerana pada waktu ini penyerapan kalsium lebih optimum.

Secara biologi, proses penghasilan susu ibu adalah termasuk mendapatkan kalsium daripada simpanan kalsium dalam tubuh ibu. Proses ini adalah natural. Sebaik sahaja bayi bercerai susu, kalsium telah disimpan semula (restored). Sebab itulah, jika ibu tersebut cukup pengambilan kalsium semasa menyusukan bayi, tulangnya tidak akan menjadi lemah walaupun kalsium telah diambil (oleh bayi).

Suplemen Kalsium
Ibu menyusu perlu dapatkan kalsium melalui pemakanan seperti produk tenusu dan pil kalsium jika (pengambilan melalui makanan tidak mencukupi). Pil kalsium mestilah dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D untuk mempertingkatkan penyerapan kalsium.

Osteoporosis dan penyusuan
Kajian menunjukkan wanita yang kekurangan kalsium semasa tempoh menyusukan bayi akan lebih mudah mengalami kerapuhan dan osteoporosis berbanding mereka yang mendapat kalsium mencukupi. Ini hanya berlaku jika wanita itu TIDAK MENDAPAT KALSIUM SECUKUPNYA.

Ada kajian menunjukkan ibu menyusu tidak akan mendapat osteoporosis kerana selepas bercerai susu, tulang ibu akan terbina semula lebih padat dan kuat.

Lebih kalsium, lebih susu terhasil?
Ini adalah satu salah faham. Suplemen kalsium tidak bertindak sebagai milk booster. Susu ibu mengandungi bahan yang kompleks dan kadang-kadang dalam sesetengah kes, ia tidak dapat diubah dengan suplemen. Pengambilan kalsium tidak boleh menyebabkan susu ibu bertambah.

Tubuh ibu membekalkan jumlah kalsium yang mencukupi ke dalam susu ibu WALAUPUN ibu tersebut tidak mengambil kalsium tambahan. Walaupun ibu menyusu di galakkan mengambil kalsium, kalsium tersebut tidaklah membantu menambah kuantiti susu ibu tetapi menambah jumlah kalsium dalam tubuh ibu yang hilang kepada bayi.

Ostematrix Shaklee

Ostematrix membekalkan:
1000mg kalsium daripada sumber2 berkepekatan tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400IU vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium
(kalsium, magnesium dan vitamin D menepati 100% Pengambilan Harian)

Terbukti secara klinikal!
Pengambilan hanya 2 kaplet Ostematrix berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dan paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam.

Hubungi: Suhaila 013-2369434 untuk maklumat lanjut ;))


VITAMIN IBU MENYUSU: KALSIUM

by on Mac 15, 2013
Kalsium adalah mineral yang kelima paling melimpah dalam kerak bumi dan paling banyak dalam tubuh kita juga. Ibu yang menyusukan bayi atau ...
Ekzema atau dalam bahasa lainnya 'atopik dermatitis'. Perkataan 'dermatitis' (radang kulit) atau ekzema ini adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud "mendidih hingga kering".

Perkataan "atopik" merujuk kepada kecenderungan untuk mengalami asthma, ekzema dan hayfever. Ia biasa berkait rapat dengan penyakit-penyakit tersebut dan sering berlaku akibat faktor keturunan dikalangan ahli keluarga.

Atopik dermatitis adalah satu keadaan dimana kulit gatal yang biasa ketara pada bayi dan kanak-kanak. Biasanya ia melibatkan 2 daripada 10 orang kanak2. Kulit pesakit ekzema menjadi kemerah-merahan, bersisik, keras dan tebal.

Ia seringkali melibatkan bahagian tangan atau bahagian kulit yang berlipat seperti siku, paha, bawah lutut dan mungkin melibatkan sebahagian atau keseluruhan badan. Selain menjadi merah akibat menggaru, kulit mungkin menjadi keras dan melepuh. Kadangkala kulit menjadi bernanah akibat jangkitan bakteria.

Tanda2 atopik dermatitis berlaku dari semasa ke semasa dan biasanya akan beransur pulih apabila pesakit mencapai usia belasan tahun, malah ada yang berterusan sepanjang hayat. Atopik dermatitis boleh dikawal.

ekzema pada kanak-kanak

Kulit kering
Apabila terasa gatal, kanak-kanak akan menggaru. Tindakan ini boleh merosakkan kulit dan mencetuskan rasa gatal semula. Justeru, kanak2 lebih cenderung menggaru dan ini seterusnya merosakkan kulit. Ini dipanggil 'itch-scratch-cycle'. Kulit menjadi sangat kering kerana hilang terlalu banyak kelembapan.

Apa perlu dilakukan?
1. Jangan mandi dengan air panas dan jangan mandi terlalu lama. Gunakan air sejuk atau suam.
2. Elakkan penggunaan sabun atau mandian buih yang boleh merosakkan kulit. Guna pembersih bebas-sabun
3. Gunakan pelembap selepas mandi

Pelembap
Pelembap membantu mengawal keadaan kulit kering dan mengembalikan kelembapannya. Ia juga mempercepatkan penyembuhan dan mengembalikan fungsi kulit sebagai pelindung. Antara pelembap yang boleh digunakan:
-minyak zaitun
-vitamin E
-minyak kelapa
-krim serbaguna yang semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya seperti Shaklee Herbal Blend.

Pemakanan
Awasi pemakanan kanak-kanak. Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan rasa gatal seperti telur, ayam, lebih-lebih lagi jika terdapat luka. Makanan tambahan yang sesuai ialah:

1. Vitamin C Chewable - meningkatkan sistem imun kanak-kanak
2. Omega Guard - anti radang dan anti inflammasi
3. Vitalea Chewable- kaya nutrisi
4. Meal Shakes Shaklee - sumber protein untuk baik pulih sel, tingkatkan imun dan makanan nutrisi lengkap.

Hubungi doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang ekzema dan rawatan lain yang sesuai..

Haa nak tahu apa?

1. SMS 1:
"Salam, buat apa tu? K.su, tadi ain timbang 4 kg turun. hehehe" 
- Norain (adik ipar)/ Lecithin dan alfalfa.

2. SMS 2:
"Salam, Omega ni boleh makan waktu malam kan? Tadi kan ada orang tegur kulit saya dah cantik..Saya memang perasan muka dah tak kusam, dahi pun dah bersih, cuma pipi la kadang-kadang ada jugak jerawat naik. Tak sangka pulak ada orang tegur.." 
-K. Sharina / Vitalea, Vita-E, B com, GLA, Zink.

3. Komen FB:
"Amy dah turun 2kg. Inci pada lengan pun dah surut. Perasan bila pakai baju rasa selesa. Abang pun perasan dia cakap ibu dah nampak kecik sikit" 
-Amy (jiran adik ipar) / set kurus K-2.

4. PM FB:
"Kakak makan alfalfa 2 biji, Omega 2 biji pagi dan malam. Rasanya ringan sikit badan nak bangun bila nak solat senang. Kulit akak rasa lembap sentiasa" 
- K. Fida (downline) / Omega dan Alfalfa

5. PM FB:
"Akak tak sempat nak makan. Tapi anak ada makan Omega. 1st day bangun sendiri nak gi sekolah sampai sekarang. Tak mengamuk la. Mulut dia asyik membaca biarpun lintang pukang" 
-K. Zaliah / Omega

Ni baru sikit..telah dan akan banyak lagi feedback positif pengguna tegar Shaklee.. Tak cuba tak tahu..

Sebab tu saya rasa sangat best bila buat Shaklee..

It Always Green, Always Work, Always Natural!

Jom Shaklee!!!
Salam semua..

Semalam (8 Mac 2013) kita dikejutkan pula dengan pemergian pendakwah terkenal Ustaz Rujhan Mohd Razali. Berita saya terima daripada kakak ipar saya..Abang saya pensyarah di Uitm pernah berurusan dengan beliau. Tambahan Ustaz orang kampung saya, Kampung Kuala Tembeling, Jerantut. Anak2 beliau pernah jadi anak didik sementara saya (semasa saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling sebagai guru sementara).

Masih terbayang lagi keletah anak2nya yg bijak dan comel itu..

Beberapa bulan yg lalu, masa di kampung, mak saya ada bagitau yang Ustaz Rujhan terkena strok. Dan tak silap saya keadaannya pulih seperti biasa selepas itu..malah sempat lagi diundang memberi ceramah seperti biasa..

Dan pada jam 12.30 tengah hari semalam,..beliau telah kembali ke rahmatullah.. Innalillahi wainna ilaihirojiun. Dari DIA kita datang, kepada DIA kita dikembalikan.

Strok sememangnya ditakuti oleh kita.. Nak tahu apa itu strok? Jom baca hasil penyelidikan dari Wikipedia.

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu.. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu sel-sel otak akan rosak dan mati dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah serangan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca utama strok:

  • lanjut umur (lebih berumur lebih berisiko)
  • darah tinggi
  • kencing manis
  • kolesterol tinggi
  • merokok (punca boleh ubah)
Istilah "serangan otak" kini semakin diguna pakai di Amerika Syarikat kerana penyakit ini adalah padanan serangan jantung yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke bahagian jantung terganggu.

Strok terbahagi kepada dua jenis iaitu strok iskemia dan strok pendarahan.

Strok iskemia
Terjadi pada lebih kurang 85-90% kejadian angin ahmar , disebabkan oleh salur darah tersumbat, bekalan darah ke otak tersekat baik separuh atau keseluruhannya. Empat jenis stok iskemia ialah:
1. strok trombosis
2. strok embolus
3. hipoperfusi sistemik
4. trombosis vena

Strok pendarahan
Terjadi apabila salur darah dalam otak terpecah dan berlaku pendarahan. Strok jenis ini lebih berbahaya kerana ia boleh mengganggu keseimbangan kimia, menaikkan tekanan intrakranium , menjejaskan tisu otak dan menyekat aliran darah ke otak. Dua jenis strok pendarahan ialah:
1. pendarahan intraserebrum (kadar kematian 44% selepas 30 hari)
2. pendarahan subaraknoid (kadar kematian 40% selepas 30 hari)

Tanda-tanda strok bergantung kepada jenis strok dan bahagian otak yang terjejas (antaranya):
  • lemah otot atau kebas
  • kurang deria sakit atau suhu
  • kurang deria getaran
  • perubahan deria hidu, rasa, pendengaran atau penglihatan
  • kelopak mata layu (ptosis)
  • perubahan kadar pernafasan dan denyut jantung
  • lemah otot, hilang daya memusing kepala
  • lemah lidah
  • pemikiran tidak teratur, keliru, gerak isyarat hiperseksual
  • susah berjalan
  • pening kepala
  • perubahan koordinasi pergerakan
*baca lanjut : http://ms.wikipedia.org/wiki/Angin_ahmar

Pencegahan awal sangat penting seeloknya sebaik saja selepas kita kenalpasti faktor risiko seperti diatas. Apa yang penting ialah mengamalkan cara hidup sihat, makan makanan seimbang, lakukan senaman dan aktiviti fizikal lebih kerap, lakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap dan akhirnya mengambil ubat atau makanan tambahan yang sesuai.

Akhir kata, sayangi jantung kita..amalkan cara hidup sihat.

**Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Mohd Rujhan Haji Ghazali


Anda mengalami masalah botak? Rambut gugur? Rambut rosak? Kebotakan  adalah faktor genetik tetapi dengan mengambil nutrien yang baik, ia memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut.

Anda boleh pakai syampu juga.. (eh tapi pastikan syampu tu plant base kalau tak anda bakal menghadapi masalah akibat bahan kimia berbahaya dalam syampu)

1. Protein
Sebab rambut diperbuat daripada rantaian protein. Kurang protein boleh sebabkan rambut gugur.

2. Vitamin C
Vitamin C penting untuk rambut sihat. Buah-buahan yang kaya vitamin C seperti oren dan lemon atau juga suplemen vitamin C boleh diamalkan. Boleh juga basuh rambut dengan limau nipis..(petua orang dolu2).

3. Vitamin B
Vitamin B penting untuk pertumbuhan rambut. Biotin dan Vitamin B kompleks diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Vitamin B3 membantu meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala, oleh itu menggalakkan pertumbuhan rambut. Amalkan Vitamin B complex Shaklee yang lengkap dengan lapan jenis vitamin B.

4. Zat besi
Mineral zat besi membantu meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala. Makanlah makanan kaya zat besi seperti aprikot dan kismis.

5. Air mencukupi
Sesuku bahagian pangkal rambut terdiri daripada air. Minum 4-8 gelas sehari untuk kekal terhidrat dan menumbuhkan rambut yg sihat.

6. Kurangkan minuman beralkohol
Minuman alkohol mengurangkan pertumbuhan rambut.

7. Hormon
Hormon sangat mempengaruhi pertumbuhan rambut. Kemerosotan hormon semasa peningkatan usia akan memperlahankan pertumbuhan rambut. Mempertingkatkan hormon bermakna mempertingkatkan pertumbuhan rambut. GLA Complex Shaklee boleh membantu anda.

8. Vitamin E
Vitamin E sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Ia menggalakkan peredaran darah di kulit kepala. Anda juga boleh menyapu vitamin E untuk melembapkan rambut dan memberinya sinar..

9. Berhenti merokok
Merokok mengurangkan aliran darah ke kepala. Berhenti merokok supaya aliran darah menjadi lancar.

10. Vitamin A
Vitamin A makanan rambut sihat. Vitamin A membantu rambut lebih bersinar kerana ia membantu sistesis lemak dalam folikel rambut dan menjadi pemacu rambut sihat. Makanan mengandungi vitamin A ialah telur dan lobak merah..Anda boleh cuba Carotomax Shaklee yang kaya beta carotena dan bagus untuk mata juga ;))

Seumur hidup rasanya saya tak pernah lagi mengalami kejang otot kecuali masa datang bulan. Kita rasa macam sakit perut, senak, keras sampai rasa nak bubuh seterika bagi darah berjalan lancar. hehe..

Kekejangan sering juga terjadi kepada ahli sukan. Tapi kadang-kadang tengah tidur pun boleh cramp kan?

Jom tengok apa punca terjadinya kejang otot dan simptom2nya.

Punca kekejangan kaki dan otot

1. Keseimbangan kalsium-magnesium
Aras normal sesuatu nutrien dalam darah boleh diertikan rendah  oleh tubuh jika nutrien bertentangan yang lain terlalu tinggi. Ini biasa terjadi dikalangan wanita yang mengambil terlalu tinggi kalsium. Kalsium berlebihan menyebabkan aras magnesium menjadi terlalu rendah lebih-lebih lagi jika dia mengambil diet tinggi karbohidrat. Diet tinggi karbo menyebabkan tubuh memerlukan lebih magnesium.

2. Keperluan kalsium
Kita perlu tahu keperluan kalsium tubuh contohnya ibu hamil memerlukan sehingga 1300mg kalsium setiap hari. Kekejangan kerap terjadi pada ibu hamil kerana keperluan kalsium tidak mencukupi menyebabkan tisu otot menjadi 'lapar'. Untuk mencegah 'lapar kalsium', kita perlu memastikan tiga perkara iaitu:
  • cukupkan keperluan kalsium
  • ambil kalsium yang lebih berasid seperti kalsium laktat atau kalsium sitrat kerana ia lebih mudah diserap oleh tubuh
  • asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang seimbang. Asid lemak baik ini akan membenarkan kalsium memasuki tisu lembut otot untuk mencegah kekejangan dan mencegah masalah lain yang berkaitan
3. Imbangan sodium-potasium tidak sesuai

Simptom-simptom kekejangan
1. sejuk dan lepuhan
2. kejang tengah malam- berlaku akibat berbaring terlalu lama
3. kejang semasa bersukan- fizikal dan mental lesu, haus melampau, pening dan rasa nak pitam, laparkan benda masin.
4. dehidrasi
5. sakit semasa PMS

Untuk mengelakkan dan mencegah kekejangan pada masa-masa akan datang, ada baiknya kita mencukupkan keperluan nutrisi tubuh seperti kalsium, garam dan mineral. Ingat, kekejangan mungkin tanda-tanda awal masalah kekurangan nutrisi dan boleh jadi ia petanda penyakit lebih serius!!

Sebab itu kita kena tahu apa yang badan kita nak beritahu..

Kalau nak atasi kekejangan dengan suplemen Shaklee, hubungi saya bila2 masa pun. Kami ada suplemen kalsium Ostematrix yang sangat bagus.. Sebab apa ia bagus? Bacalah link yang berkaitan ini ye..semuanya tentang Ostematrix ;))