Enter Keyword

Salam semua!!

Apa khabar?? Beberapa hari MS menyepi sebab kering idea..tetibe hari ni up topik pasal buku.. ;))

Buku ni dah lama MS teringin nak beli, tapi asyik tak sempat jer..Masa jalan2 ada gak tengok kat kedai Popular kat Megamall ni tapi tak jumpa..

Sebaik mengetahui kat Kuantan Parade ada ekspo buku Islamik, menggedik MS ajak asben pergi..

Memang rezeki MS, masuk2 je kat tapak ekspo, buku You Are The Best duk depan2 sekali. Haha macam serah diri je berdiri megah di laluan sempit.

Buku You Are The Best (gambar ihsan yahoo image)


Ok, apa yang best tentang buku ini??

 Tentang Penulis: Penulis dia MS tak kenal.. Namanya Dr. Mohd Shafie Md Amin. Rupanya penulis ni sangat glamer, apesal aku boleh ketinggalan sgt nih! Dr. Mohd Shafie adalah pengasas Kaedah Hafazan Al-Huffaz. Beliau menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada usia 30 tahun. Anak-anak beliau pun semuanya huffaz2 belaka. Beliau pernah menjadi akauntan bertauliah sebelum menceburkan diri dalam bidang pengkajian Al-Quran dan Hadis. Tak ke mantop tu?? Nak tahu lebih lanjut pasal penulis boleh la tanya prof google ye ;))

Buku ini WAJIB dimiliki oleh semua orang tak kira usia, lebih2 lagi orang yang ada matlamat nak berjaya di dunia dan akhirat. Kira buku ni macam manual A to Z apa yang kita patut buat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sesetengah orang mentafsirkan kejayaan bila ada jawatan, kaya raya, kereta besar, rumah bertingkek-tingkek, isteri yang besar2 (haha dah kenapa) dan seumpamanyalah.

Kejayaan sebenar adalah apabila kita buat sesuatu dengan niat mendapat keredhaan Allah, serta melakukan sesuatu itu mengikut peraturan dan perintah Allah.

Jadi, kalau orang tu kaya-raya punya uwang berjuta-juta dia belum dikatakan berjaya jika solat pun sering lewat dan kadang-kadang tak buat langsung. Itu namanya Qarun.

Kalau orang tu jawatan tinggi, tapi banyak rasuah, menindas orang yang lemah, rezeki dapat dengan cara menipu, itu namanya istidraj. Masih lagi gagal.

Buku setebal 496 muka surat dengan 63 bab yang best, kulit hard cover memang rugi kalau tak beli..ikhlas ni.

MS pun baru baca ms178. Rasa sayang nak baca cepat2, nanti cepat habis pulak..hihihi..

Baiklah, sila dapatkan buku yang sangat best ini dikedai buku Islam berhampiran anda.

Harga RM55 shj.

Sharing is caring.
Assalamualaikum..

Nak tahu tak, MS ni dah lama sangat tak selsema. Sampai dah tak ingat bila kali terakhir MS selsema. Ini semua gara-gara makan Shaklee.

Ini kisah dulu-dulu....Pada Zaman Dahulu....(pandang ke atas)

Saya ni memang sensitif dengan habuk. Resdung pun kuat. Setiap kali kena trigger dengan habuk ke, petai ke, sejuk ke, kipas ke memang tak sah kalau tak selsema.

Paling tak tahan bila hidung mula berair sebelum dia nak jadi hingus tu. Tunduk je meleleh. Rukuk meleleh. Kena kipas meleleh-leleh. Sampai gatal-gatal bijik mata. Jenuh menonyoh dengan sapu tangan.

Tidur malam mesti sediakan sapu tangan basah. Nak hembus hingus.

Hari ke-2 selsema lagi teruk, sakit kepala, kepala rasa berat. Kalau dekat sekolah jalan tengah panas mata mesti nak pejam. Tak tahan betul. Perut pulak sampai kembung sebab soh seh soh seh sedut hingus. huuu.

MS rela diserang demam berbanding selsema. Kalau demam ni, kita makan ubat pastu kelubung. Dah kebah. (tapi sekarang pun dah lama tak demam. demam terakhir tu pun sebab kena cikenpox)

Mama, saya nak Nutriferon!! 


Pada Zaman Sekarang (pandang bawah balik)

Beberapa hari yang lepas, kami banyak duduk dlam kereta, kena aircond. Dekat rumah pulak malam-malam kena kipas yg kuat. Kalau tak kipas panas pulak. Hidung pun mula berair. MS dan anak2 memang sensitif dengan sejuk dalam jangka masa lama. Cepat je selsema.

Jadinya satu hari tu memang dah rasa nak selsema da. MS risau lah..kalau selsema harus terbantut semua keje-keje. Haha sebab fikir nak tidur jer. ;P

Malam tu MS telan 1 sachet Nutriferon + sebijik vitamin C sebelum tidur dengan harapan esoknya MS tak kena selesema.

Bangun keesokannya.....nak tahu apa jadi?? TIADA selesema!!! Alhamdulillah....macam tak percaya!
Selalu baca cerita orang je, tapi bila sendiri cuba memang betul-betul puas hati!

Syukur Alhamdulillah.. Itu antara banyak lagi fungsi Nutriferon.

Untuk pengetahuan korang, Nutriferon ni adalah satu formula EKSKLUSIF Shaklee, produk berpaten dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Jadi kalau korang cari kat Guardian ke Watson ke ataupun kedai2 farmasi biasa memang tak jumpa (melainkan tokey kedai tu distributor Shaklee).

Nutriferon ni dalam bentuk serbuk. Rasa dia macam manis-manis herba, ada rasa kuaci, ada rasa teh. Sebab dalam tu ada campuran biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga saffflower.

Kalau nak tahu, Nutriferon Shaklee ni adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia!! fenat2 tau Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo buat kajian dengan lebih 200 herba selama bertahun-tahun, akhirnya beliau jumpa 4 herba yang terbaik yang mampu meningkatkan sistem imun kita dalam masa 3 hari!!


Baca la lebih lanjut tentang Nutriferon ni yer..

Inilah rupa si Nutriferon yang comelsss!! Kalau nak pergi travel memana, atau pergi haji, boleh bawak ni ganti ubat seperti panadol atau ubat batuk/ selesema.

Nutiferon ganti ubat sintetik
Tahu tak, anak saya Aqil yang umur 2 tahun 2 bulan tu suka makan Nutriferon..masa dia kena gatal-gatal hari tu MS bagi dia jilat Nutriferon dia rasa sedap, dia mintak lagi! Eh mana boleh..Aqil sayang boleh makan sikiiittt jerrr... haaa dah kalo bebudak pun suka, orang tua camane pulak??

MS suka nak bagitau, jadikanlah Nutriferon sebagai first aid kit kita kat rumah.. tak rugi langsung!! Buangkan semua panadol, sirap ubat batuk, sirap selesema tu..bertukarlah kepada bahan semulajadi.

(Tak tahu kenapa bila tulis entry ni sangat terasa kebesaran Allah. Allah jadikan sesuatu itu bukan sia-sia, even makhluk sekecil herba pun ada manfaatnya kepada manusia. Allahuakbar!! Sebab tu dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menyuruh kita mengkaji, belajar, kenapa Allah ciptakan tumbuhan yang berbagai rupa ini.. Subhanallah..Maha Suci Allah)

Nak Nutriferon boleh hubungi MS:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/ SayaMahuSihat
Hai lady gojes sekelian..

Sebelum ni MS ada tulis entry bertajuk Ketahui Waktu Subur.

Tapi macam ramai yang masih kompius bagaimana cara nak kira waktu subur yang sebenarnya.

Untuk merancang kehamilan, mengetahui bilakah masanya kita subur adalah sangat penting. Ini antara beberapa tips yang korang bleh praktikkan untuk kenal bila masa subur masing-masing.

1. Kira hari. Selalunya, waktu subur adalah pada hari ke 13-15 (waktu paling subur) lah ni.

So dekat sini memang wajib kene tanda tarikh kedatangan haid tiap-tiap bulan supaya dapat tengok trend period kita tu sama banyak tak harinya.


Macam dalam carta ni, hari ke 14 adalah hari dimana ovulasi berlaku. Jadi sebarang penetration ke dalam faraj boleh sebabkan kehamilan.

Contoh: 23 24 25 26 27 28 29 30 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Katalah hari pertama keluar haid ialah pada 23hb. So, kalau kira 14 hari, bermakna waktu ovulasi ialah pada 6hb.

2. Tahap libido meningkat.
Apa itu libido? Keinginan syahwat. Jadi kemungkinan ada sesetengah wanita tergedik2 dengan suaminya pada waktu ini, tapi dia sendiri tak perasan. (kihkih boleh tak perasan). Dan boleh jadi juga tahap libido suami juga meningkat pada waktu ini. (Maklumla isteri baru2 lepas period :P )

3. Lendiran faraj
Kalo korang rajin peratikan, ada perubahan pada lendiran faraj selepas kedatangan haid. Jadi, beberapa hari lepas kering darah haid, lendiran faraj berwarna putih susu dan pekat selama beberapa hari.

Apabila tiba waktu subur (bermula hari ke 11 lepas haid), lendiran berubah menjadi jernih (seperti putih telur) dan lebih banyak. Ada kala wanita rasa tak selesa dengan kehadiran lendiran2 ini dan ia sering disalah tafsir sebagai keputihan.

Apakah fungsi lendir jernih ini? Lendir ini ibarat kolam supaya sperma dapat menunggu untuk disenyawakan semasa ovulasi.

Mengikut pembacaan MS, untuk menentukan jantina anak sama ada lelaki atau perempuan, pun kita boleh gunakan lendiran waktu subur ni. MS share dalam entry yang lain lah ye. Panjang tu nak tulis.

4. Suhu badan meningkat
MS kalau tibe waktu subur ni memang perasan suhu dalaman tubuh meningkat. Kadang-kadang bila suami pegang pun dia tegur, kenapa panas ni? Waktu paling mudah nak kesan suhu panas ini ialah pada waktu pagi sebab masih sejuk-sejuk lagi kan.

5. Ujian air kencing
Leceh la sikit tapi kalau dah susah sangat nak tahu waktu subur, boleh la dapatkan alat yg sepatutnya dan buat ujian sendiri.

Sel telur boleh hidup selama 1-2 hari, sebulan sekali sahaja. Wahai sperma-sperma, berusahalah!!

Apa-apa tak faham boleh tanya MS, emelkan ke butik.annajah@gmail.com.

CARA MENGIRA WAKTU SUBUR

by on September 23, 2013
Hai lady gojes sekelian.. Sebelum ni MS ada tulis entry bertajuk Ketahui Waktu Subur . Tapi macam ramai yang masih kompius bagaimana car...
Heheh ramai juga yang tanya, Alfalfa Complex ni lelaki boleh makan ke? Sesuai ke untuk lelaki??

Maklum la.. bila sebut alfalfa, ia sinonim sebagai ;milk booster', masalah keputihan wanita..jadi ada sang lelaki was-was nak makan. Dia risau nanti terkeluar susu pulak.. kahkah.. ngeri MS membayangkannya.

Jadi, boleh la lelaki makan Alfalfa ni?? BOLEH, TIADA MASALAH malah SANGAT di GALAKKAN!

Bagaimana Alfalfa Complex boleh membantu si jejaka??

1. Alfalfa membuang toksin dalam badan dan mengurangkan keasidan tubuh.
Alfalfa adalah tumbuhan beralkali tinggi yang sangat penting untuk mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkkan kulit!

Jadi, jejaka2 yg ada masalah gout sebab terlebih asid tu elok sangat makan alfalfa!

Nak tahu tanda-tanda badan banyak asid?? Baca SINI.

2. Alfalfa perbaiki tahap kolesterol
Jika makan alfalfa bersama produk pemecah lemak lecithin dan Omega, alfalfa membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan memecahkan lemak dan membuangnya dari tubuh. Oleh itu korang akan rasa sihat, dan penyakit seperti sakit jantung, stroke, dan darah tinggi dapat dicegah.

3. Memperbaiki alahan dan resdung
Terutamanya untuk mereka yang resdung. Penggunaan secara berterusan (3-10 biji sehari) dapat mengurangkan masalah resdung dan memulihkannya!. Ramai pelanggan bgtau dah boleh makan seafood, belacan dan dah tak bersin-bersin waktu pagi lagi.

Baca testimoni resdung ni.

4. Mengurangkan masalah badan berbau
Mulut berbau, badan berbau, ketiak berbau, nafas berbau adalah tanda lebih asid dalam badan. So lepas makan alfalfa insyaAllah masalah berbau -berbau ni dapat diatasi. Jangan biarkan hidup anda diselubungi bau busuk!

5. Mengatasi sembelit
Walaupun orang lelaki jarang sembelit tapi ada juga yang kena sembelit. Alfalfa kaya serat dan ia agen pelawas terbaek!

6. Mengurangkan masalah jerawat
Jerawat pada muka dan wajah adalah tanda lebihan toksin dalam badan, jadi untuk memulihkannya, makanlah alfalfa 10 biji sehari supaya toksin2 dalam badan dapat dibuang.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan alfalfa. Baca jelah dalam link Alfalfa Complex ni tadi.

Sebagai penutup, tiada diskriminasi jantina dalam produk Shaklee..heheh baik Alfalfa, ESP, Collagen, Vivix dan sebagainya...apa lelaki tak mo jadi sihat, kacak dan macho ker?

Err seperti brader ni??
macho ker???
Histeria peminat abang AA tgk gambar ni gamaknye.. fuh nasib baik MS bukan peminat dia.. hohohooo....!!!

Dapatkan Alfalfa Complex Shaklee daripada MS dengan menghubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/ SayaMahuSihat
Semalam, dapat SMS ni kat henfon,

"RM0.00 Shaklee: Great News! Sustained Release Vita C Plus will be available 4 sales end of OCT 13. We'll inform you when stock is ready for sales, TQ."

Ya Allah terus excited macam gaya apa.. Dah lama sangat kita tunggu vitamin C yang jadi kegilaan ramai nih. Ingat tak dolu-dolu punya kes ada orang rebranding vitamin C ni dan jual atas nama vitamin C organik?! ciss!

Haa sekarang peminat2 vitamin C Shaklee pun mesti tak sabar-sabar nak beli, kan?? kan??

Tahu tak vitamin C ni memang jadi rebutan ramai!! Sebab apa? Sebab:

1. Dia natural, mudah diserap oleh badan kita
2. Sebab 1 tablet mengandungi 7.5 buah oren termasuk kulitnya
3. Pembebasan vitamin C dalam darah sebanyak 1.5 buah setiap jam
4. 2 tablet vitamin C (sebiji setiap 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.
5. Setiap tablet mengandungi bioflavonoid sebanyak 120mg (25% bioflavonoid diekstrak daripada kulit buah)
6. Bioflavonoid adalah vitamin C complex! (vitamin C yang tiada bioflavonoid ialah vitamin C sintetik)
7. Bioflavonoid meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita!!!!

Sebab itu vitamin C Shaklee sangat berbeza daripada jenama lain dipasaran!!

Khasiat dan fungsi vitamin C sangat banyak.

Boleh baca link ni untuk tahu tentang fungsi vitamin C.

Satu lagi fakta penting,

Tahukah anda bahawa antioksidan seperti vitamin C, Vitamin E serta vitamin B complex boleh meransang kitar semula glutathione dalam badan kita??

Jika nak bercantik-cantik, tak perlu yang lain, cukuplah dengan vitamin semulajadi Shaklee ;)))

Beli SR Vita C Plus?? Hubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/Saya Mahu Sihat
Hmmm tak habis-habis..

Memulanya MS macam malas je nak tulis tentang isu ni, tapi kena tulis jugaklah sebab akan sentiasa ada je orang yang tanya apakah Shaklee menyumbang dana ke Israel? Lepas-lepas ni kalau orang tanya MS bagi je link ni.. senang kan.

Ok, kalau ada sesiapa yang pernah ternampak link tu..kenesethisrael.com rasanya.. MS tak kose nak hafal, tapi link website tu selalu disebar-sebarkan orang espeselly di FB. (Tak de keje sangat, kalau nak share, share la bende yang berfaedah dan bermanfaat)

Untuk pengetahuan semua, tuan punya website keneseth tu adalah salah seorang pengedar Shaklee juga. Shaklee Independent Distributor..macam kami-kami ni jugak. Dalam website dia tu, ada beberapa logo termasuk logo Shaklee. Kalo kita klik logo tu, akan bawa pula ke link website peribadi si keneseth ni.. So dalam website tu boleh la kita buat pembelian, dan si keneseth akan dapat UV.

Dalam website tu ada tulis,

"When you go to pay for the products it will say you can join or pay as a guest. If you join, you get the products at a discount. Regardless Keneseth receives a percentage based on the total sale"

Di US, Shaklee menggunakan sistem online, affiliate link. So semua distributor Shaklee di US akan ada website dengan domain **.myshaklee.com. Ini adalah 'affiliate link' dimana marketing menggunakan kaedah ini membolehkan  pemilik dapat uv dari pembelian orang melalui link tu.

Senang citer macam korang klik link Nuffnung kat tepi blog ni.. MS dapat duits setiap kali korang klik. (cer klik banyak kali sikit tengok ada apa).hihi..

In this case, bila korang klik dan beli melalui affiliate link keneseth tu, keneseth dapat UV, dan keneseth bagi ke Israel, bukan Shaklee.

So Shaklee memang lah tiada kena mengena dengan Israel dan company Shaklee tidak langsung menyumbang ke Israel. Shaklee punya keuntungan dia buat research pasal produk la.. tu pasal produk Shaklee berkualiti. Pastu dia bayar pulak ke distributor yang tekun berusaha macam kami ni..

Shaklee pulak tiada hak nak tentukan kemana distributor nya menyumbangkan dana.
Si keneseth menyumbang ke Israel, kita pulak menyumbang kemana?

Jangan asyik cari salah orang aje.. moh kita cari duit banyak-banyak then bayar zakat, bagi sedekah dan menyumbang sebanyak mungkin untuk kemaslahatan umat Islam seluruh dunia.

Akhir kata...


Suhaila 013-2369434
fb/Su AnNajah
page/ SayaMahuSihat
butik.annajah@gmail.com

SHAKLEE DAN ISRAEL

by on September 21, 2013
Hmmm tak habis-habis.. Memulanya MS macam malas je nak tulis tentang isu ni, tapi kena tulis jugaklah sebab akan sentiasa ada je orang yan...
Ramai tersalah faham antara suplemen dengan ubat.

Sebab ramai yang lepas makan suplemen habis sebotol bajet dah sihat walafiat takde apa-apa masalah dan terus stop makan.

Ramai juga yang bila makan beberapa biji, tak nampak kesan then complain vitamin ni tak de kesan.

Suplemen Shaklee bukannya ubat. Harini sakit, malam makan ubat, esok dah hilang sakit. no no no..!

Apa itu suplemen? Atau lebih tepatnya dietary supplement.

Suplemen atau makanan tambahan ialah sesuatu yang membekalkan nutrien kepada tubuh yang mana jika tidak mengambilnya, tubuh tidak mencapai kuantiti yang mencukupi.

Suplemen secara amnya adalah vitamin, mineral, serat, asid lemak dan asid amino juga beberapa bahan yang lain.

Suplemen BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk mereka yang seringkali gagal mendapatkan nutrien mencukupi dari diet, suplemen bertujuan mencukupkannya.

Apa itu ubat?

Mengikut Wikipedia, ubat ialah dadah atau bahan yang di ambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati penyakit. Ada 2 jenis ubat iaitu OTC (over the counter) dan preskripsi (yang di preskripsi oleh doktor)

Ubat dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten di panggil ubat generik.

MS tak bleh nak citer lebih lanjut pasal ubat sbb MS bukan arif dan pakar dalam bidang ini. Yang arif pasal ubat ialah ahli farmasi dan juga doktor.

Jadi, kenapa ramai je orang yang sakit-sakit makan suplemen (Shaklee khususnya) dan bukan ubat?

Jawapan saya:

1. Sebab mereka dah letih dan tak larat nak makan ubat, steroid dan segala bagai sedangkan penyakit tak baik-baik jugak.

2. Sebab mereka mahukan kesan penyembuhan semulajadi, bukannya ubat. Ubat semakin di makan semakin meningkat dos yang kita kena makan. Tak caya gi tnya orang sakit kencing manis.

3. Sebab tubuh kita perlukan vitamin, mineral etc untuk kembalikan fungsi normal tubuh. Contoh untuk kesuburan, kami cadangkan pasangan suami isteri makan vitamin/ suplemen. Sebab? Bila tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi, segala tindakbalas biokimia yang 'pause', tergendala, mati tu dicetuskan semula.
Contohnya zink komplex. Kita cadangkan suami isteri makan zink kerana zink  sangat diperlukan untuk kesuburan lelaki dan wanita. Baca link zink dan kesuburan lelaki ni.

Kenapa pula ada yang makan suplemen tapi tak berkesan pun?

1. Ia bergantung kepada individu. Janganlah kita expect malam ni makan zink, besok isteri dah hamil. Adoii kalo begitu gayanya beribu2 bayi Shaklee dihasilkan setiap hari.

2. Cek balik gaya pemakanan kita, air cukup tak, jadual makan ikut tak, konsisten makan atau waktu ingat je baru makan?

3. Kemungkinan ia healing crisis. Baca healing crisis kat sini.

4. Kemungkinan tubuh kita memang tak dapat terima/ alergi terhadap produk tersebut. Contoh alfalfa, memang ramai yang mengadu gatal. Selepas 14 hari jika gatal masih berterusan elok berhenti makan alfalfa. Jika tidak teruskan saja. *Healing crisis juga boleh mengambil masa sehingga 6 bulan*

5. Suplemen dikatakan berkesan selepas 4-5 bulan penggunaan. Kalau sebelum2 tu rasa tak berkesan, konsisten lah makan selama 5 -6 bulan.. Kalau takde perubahan jugak, say good bye lah pada supplement tersebut.

Saya dah makan Vitamin E sebotol, kulit pun dah cantik, jadi tak de masalah kalau saya nak berhenti kan?

Memang tak de masalah kalau nak berhenti. Tetapi setelah beberapa ketika, kemungkinan masalah2 lama kembali datang. Sebab? sebab badan kita dah tak dapat nutrisi yg best itu, ia jadilah seperti asal sama sebelum kita makan suplemen.

Contoh Ostematrix (kalsium magnesium) yang penting untuk tulang, gigi, otot, saraf. Bila simpanan kalsium dalam tubuh sudah digunakan, gigi pun patah, sakit urat, mudah terkehel, dan sebagainya.

Bayangkan analogi ini...

Situasi #1.

Negara Malaysia sedang menghadapi pencerobohan oleh pihak asing. Bayangkan kesultanan Sulu. Askar-askar kita sudah bersedia untuk bertempur. Tak semena-mena PM panggil askar dari China untuk lawan dengan penceroboh Sulu. Agak-agak apa jadi dengan askar kita? Balik rumah je gamaknye, skill berperang pun hilang tah ke mana..

Situasi #2.

Negara Malaysia sedang menghadapi penceroboh Sulu lagi. Askar-askar sudah dikerah untuk bertempur, dan mereka bertempur sehabis tenaga.. Sampai habis senapang-senapang, M-16,  peluru  ke hape benda dah guna. Segala strategi, skill perang habis semua keluar. PM pun tambah lagi senjata, untuk memperkuatkan barisan ketenteraan Malaysia. Dan Malaysia pun menang.. Apabila ada penceroboh lagi, askar Malaysia dah yakin, lebih bersemangat untuk bertempur untuk bebaskan Malaysia dari pencerobohan.

Nampak tak perbezaannya??

Penceroboh asing tu seperti bakteria, virus, mikrob, racun, toksin, radikal bebas, bahan kimia, bahan sintetik yang sama sekali bukan daripada tubuh kita.

Askar China seperti ubat. Ia melawan penceroboh, dalam masa yang sama melemahkan sistem pertahanan perumah iaitu kita sendiri.

Senjata tambahan tu seperti suplemen (pastikan ia semulajadi macam Shaklee, kalau tak sama je macam makan penceroboh sintetik). Ia memperkuat sistem pertahanan tubuh kita melawan penceroboh.

Ok, sekarang dah boleh faham kan sebab apa dikatakan suplemen Shaklee bukannya ubat. Tapi ramai juga yg panggil ia sebagai 'ubat' kerana sifatnya mampu 'memulihkan' penyakit.

Ada apa-apa nak argue dengan MS boleh emel ke butik.annajah@gmail.com atau pm di facebook Su AnNajah.

MS jumpa gambar ni di yahoo image. Sumber TIDAK DINYATAKAN.  Kemungkinan fakta adalah tidak benar.

Nak senjata tambahan semulajadi?? Hubungi:

Suhaila 013-2369434
fb page/ SayaMahuSihat

SUPLEMEN SHAKLEE BUKAN UBAT

by on September 20, 2013
Ramai tersalah faham antara suplemen dengan ubat. Sebab ramai yang lepas makan suplemen habis sebotol bajet dah sihat walafiat takde apa-a...
Sekarang banyak aduan mengadu tak puas hati sebab lepas sign up as distributor Shaklee, yang tukang register menghilang diri entah kemana, tak mau guide anak buah, malah siap suruh pergi berguru dengan orang lain.. errkkk... habis tu apakah motifnya anda registerkan orang?? Adakah hanya sekadar mahu penuhkan borang, kutip uv, dan makan hasil titik peluh orang? Helllooo....itu MLM zaman dulu hokey...yang cari-cari orang pastu tinggalkan mereka terkapai-kapai menjual barang yang ko paksa dia beli dengan loan RM24K.

Macam mana boleh tersalah pilih orang? 

1. Register ngan penunggu gua
Kekkeke dalam banyak2 orang ngn penunggu gua jugak ko percaya..siapa itu penunggu gua? Mereka ialah orang kerjanya duduk di branch Shaklee kemudian nampak orang datang, kemudian buat muka manis gi approach orang tu, kemudian tanya dah ahli ke belum..kalo orang tu belum ahli dia ajaknye jadi ahli dengan dia, isi borang. settle. bukan sorang dua yg dah terkena tapi ramaaaiiiiii...kesian mereka yg jadi mangsa.

Sebab tu sape nak jadi ahli, nak register sendiri kat branch, terus ke counter, jangan cakap dengan orang kiri kanan, ambik borang pastu dalam borang tulis di bahagian sponsor Suhaila Budin, No ID 868994. Kalo takde borang bagitau terus orang kan kaunter, saya nak jadi ahli bawah Suhaila Budin. ID868994.. haa dah selamat..pastu add la MamaSu kat fb, nanti MS add korang dalam grup2 Naila, Ladyboss dan Jutawan dan sebagainya lagi..okeh

2. Terregister dengan penunggu facebook
Eh pepandai je MS bagi nama... baru2 ni ada sorang mengadu, sbb tak sabar sangat nak jadi ahli, dia sign up dengan seseorang di fb. Kat fb mmg ramai SID, walaupun dia glamer tak semestinya dia berada dalam grup yang betul. Sudahnya kawan kita td tu frust sebab bila dia tnya apa2 kat 'mak' dia tu, mak dia jawab acuh tak acuh, mcm malas nak layan, kadang jawab mcm nak marah pun ada.. kawan tu sampai takut nak tanya.huhuhu kesian,kesian.. tu la lainkali bawak bersabar ye.. MS habis kredit, tak sempat nak reply haritu..

Hmm takpelah, MS redha je..kalau dah jodoh tak kemana.eceh.

Jadinya kalau nak tukar upline kena la tunggu 16 bulan. Atau sebaik saje korang tau korang salah mak, sila lapor cepat2 ke Shaklee nak tukar upline. Tak silap MS dalam masa 14 hari lepas register.

Kenapa kena masuk group yang betul?

Supaya dapat bimbingan yang betul, macam MS..Alhamdulillah MS syukur sangat masuk grup2 di atas tu..memang rezeki dari Allah untuk MS. Alhamdulillah..

MS nak citer lebih2 pun tak bleh..sebab ia private & confidential.. kalau serius nak tahu, jadilah ahli dulu. ;)))) kemudian alami sendiri.

MS ada tulis kenapa MS suka sangat buat bisnes Shaklee..tu pun sebab MS berada di landasan yang betul, dan rantaian upline yang betul-betul hebat. Baca kat SINI ye.

Kalau termasuk ke grup yang salah kenapa??

Korang takdapatlah bimbingan yang betul. hiii..

Ok lah meh sini nak citer.. sebenarnya MS under grup Naila(pangkat mak), grup Ladyboss (pangkat nenek), grup Jutawan (pangkat moyang).

Grup Jutawan telah melahirkan lebih 20 orang Master Coordinator, dan beratus2 lagi bakal Master yang sedang beratuq tunggu giliran. MS?? InsyaAllah bakal Master jugak ni, bila tu Wallahua'lam.

Grup LadyBoss pula telah melahirkan 4 orang Master Coordinator, dan berpuluh-puluh lagi bakal menyusul.

Grup Naila, bakal melahirkan Master pertama bulan ni insyaAllah.

Grup Khalifah Jutawan?? Ini grup MS..insyaAllah pun ada ramai bakal Master dalam ni..dan mungkin korang salah seorang daripadanya kan? Siapa tahu?? ;)))

Jadi...nampak tak kenapa perlu masuk dalam grup yang betul??

Bila dah dapat bimbingan yang betul, buatlah dengan cara yang betul..Kalau dah dapat bimbingan yang betul, tapi kita sendiri tak betul-betul, nak salahkan siapa?

Nak register keahlian?? Hubungi Mama Su:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah

Tak tau lah kenapa hari ni saya rasa happy, bertuah dan bersyukur sangat dengan apa yang saya lalui. Itu yang tiba-tiba rasa nak share dekat sini. Saya nak kongsi pengalaman saya selama setahun lebih dengan Shaklee ini.

Macam mana saya join Shaklee? Saya rasa dah pernah citer dalam entry sebelum2 ni kot. Malas nak godek pulak haha. Secara ringkas saya boleh kata dengan petunjuk dan hidayah Allah serta perancangan Allah yang Maha Hebat maka sebab itu saya berada di jalan ini.. Subhanallah! Syukur Alhamdulillah. Permulaannya memang unik dan ajaib (bagi saya la). Err nak kena cite semula ke? Tak yah la eh? If ada request baru saya cite hik3..

Ok lah straight to the point. Ni beberapa sebab kenapa saya seronok dan bahagia berada di sini.

1. Ia mengajar saya keluar dari zon selesa yang saya sudah duduk terlalu lama di dalamnya.
2. Ia mengajar saya erti kesungguhan, kegigihan dan kesabaran
3. Ia mengajar saya erti persahabatan
4. Ia membawa saya keluar dari kepompong pemikiran saya sendiri
5. Ia membuatkan saya berfikiran lebih terbuka
6. Ia mengajar saya supaya kuat hati
7. Ia mengajar saya supaya tidak pedulikan tanggapan negatif orang terhadap saya
8. Ia membawa saya lebih dekat dengan Yang Maha Memberi dan Maha Berkuasa
9. Ia mengajar saya erti bangkit dari kegagalan dan tidak berputus asa
10. Ia menjadikan saya seorang yang sukakan ilmu, suka membaca
11. Ia menjadikan saya seorang yang pantang menyerah dan mengalah
12. Ia mengajar sy ilmu yang tak mungkin sy dapat kalau tidak berada disini.
13. Ia mengajar saya makna NEKAD dan MAHU
14. Ia mengasah hati dan jiwa saya menjadi kebal.dan kental
15. Ia menjadikan saya lebih bersemangat setiap hari
16. Ia membuatkan saya lebih positif
17. Ia mengajar saya erti 'hikmah disebalik sesuatu'
18. Ia mengajar saya bahawa hanya Allah satu-satunya tempat kita bergantung dan menyandarkan harapan
19. Ia menjadikan hati saya yang lembut dan keras pada masa yang sama atas sebab yang berbeza
20. Ia mengajar saya bagaimana untuk berinteraksi sesama manusia dan alam
21. Ia mengajar saya erti 'memberi' dengan sebenar-benarnya
22. Ia mengajar saya bagaimana menjadi khalifah Allah yang sebenarnya
23. Ia mengajar saya supaya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain
24. Ia mengajar saya bahawa walaupun harta bukan segala-galanya, tetapi harta yang ada wajib digunakan ke jalan yang betul
25. Ia membuatkan saya lebih yakin dan bertenaga
26. Ia mengajar saya menjadi lebih 'manusia'

Biarlah orang nak kata saya ni poyo ke syok sendiri saya tak kisah, inilah yang sebenar-benarnya apa yang saya rasa..

I feel so blessed to have been here...thank you Allah..

KENAPA SAYA SUKA BISNES SHAKLEE

by on September 19, 2013
Tak tau lah kenapa hari ni saya rasa happy, bertuah dan bersyukur sangat dengan apa yang saya lalui. Itu yang tiba-tiba rasa nak share dekat...
Hai olss!

Sebelum habiskan baca entry ini, pastikan korang dah baca entry bertajuk PROTEIN DAN PENURUNAN BERAT BADAN sampai habis juga ;)

ESP Shaklee antara produk Shaklee yang sangat laku macam pisang goreng panas yang dijual ketika hujan lebat, perut lapar dan gerai jual pisang goreng je yang ada waktu itu dan kebetulan memang kita pulak tumpang bawah payung gerai tu. Boleh bayang tak? Hahaha.. Desperate sangat mendapatkan ESP okeh!

Kenapa ek sampai begitu sekali keterujaan orang membeli ESP lebih-lebih lagi orang yang nak kurus ni??

Nak tahu sebab apa? jeng jeng jeng!!!


Ini bukan 10 tapi berpuluh kebaikan ESP.. Ada lagi sebenarnya, cuma tak dapat nak tulis dalam satu muka power point ni ;P

Lagi satu sebab ialah ia protein soya yang tulen..proses pembuatannya pun tulen dan semulajadi! Baca bagaimana nak PILIH Suplemen Soy Protein di sini.

Sebab itu orang sangat sukan ESP!

Nak kurus je, tapi dapat semua kebaikan yang lain!! Tiba-tiba kulit cantik, tiba-tiba mengandung! Haaa ada beberapa orang pelanggan saya mengadu dorang jadi subur lepas minum ESP! Sekarang da selamat melahirkan pun. Alhamdulillah..

Bila saya cakap ESP turunkan berat badan dengan berkesan, ini bukan satu auta, atau scam, atau spam atau overclaimed atau nak menaikkan ranking blog di google!. keh3.. Ini betul betul, bukan chobaan! Ini benar-benar terjadi!!

Dulu dah kongsi testimoni orang yang berjaya turunkan berat badan. Baca sini. Eh baca link yang sama kat atas tadi.. Protein dan Penurunan Berat Badan.

Ni haa lagi testimoni terbaru!



Hohoho best tak? best tak?? Sebenarnye ramai sangat yang dapat turunkan berat badan semata-mata minum ESP jer.. tapi nak lagi best makan la sekali dengan Lecithin dan Alfalfa kan? Barulah proses pembuangan lemak berjalan dengan lancar dan semulajadi juga!


Ini special untuk korang yang beli dari blog saya. Saya namakan ia Set Kombo 3 in 1. Sihat dapat, slim dapat, santeeekkk pun lagi dapat.

Lecithin tu , selain fungsi utamanya pecahkan lemak dalam badan, ia boley buat kulit cantik gak tau, ia membentuk membran sel yang boleh melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme sel dan anti penuaan!

Alfalfa pulak untuk buang dan cuci segala toksin2, kolesterol2 yang ada dalam salur darah kita. Bila dah cuci dan suci, barulah segala vitamin dan protein yang kita makan dapat diserap sepenuhnya oleh badan, dan barulah ia berkesan!!!

So kalau makan vitamin takde kesan tu mesti banyak toksin tak buang tu ahaks!

ESP tak yah cakap la.. baca pulak pasal ESP kat sini ;)

Cara makan macam mana? Haa tu eksklusif untuk pelanggan saya saje.. Jadi, kalau berminat dengan Set Kombo 3 in 1 ini boleh la SMS dengan menaip Set Kombo 3 in 1 ke nombor 013-2369434 Su. Harga special untuk korang ;)

Pertanyaan, konsultasi, tempahan, sembang-sembang, hubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Fb/ Su AnNajah
page fb/ Saya Mahu Sihat
Hai ols!

Wow bulan September 2013 ni promosi CoQ Health Plus Shaklee.. Sebelum kita cite lebih lanjut pasal produk, kena la tau dulu apekah CoQ10 dan apa pulak fungsi dia dalam badan kita ni.

Coenzyme Q10 (atau CoQ10) secara semulajadinya wujud dalam setiap sel dalam badan kita ni ha. Nama lain CoQ10 ialah ubiquinone iaitu daripada perkataan ubiquitous yang bermaksud "dijumpai dimana-mana''. Not sure dari bahasa apa tapi jangan tertukar dengan ubikayu sudah..kui3.

Dalam badan kita ni, CoQ10 bertindak sebagai ko-faktor dalam pengangkutan elektron antara sel. Ia terletak di dalam mitokondria (mitokondria ni pulak memang duduk dalam setiap inci sel kita). Mitokondria ni ialah 'rumah janakuasa tenaga' di mana memang fungsi dia untuk bagi kita tenaga dengan menghasilkan laluan (pathways) supaya tubuh kita ni sentiasa bertenaga.

inilah dia sel tubuh kita yang di dalamnya ada macam2  komponen termasuk mitokondria

Kalau kita kekurangan CoQ10 dalam badan, maka sumber tenaga paling utama dalam badan merudum, maka banyaklah keadaan kesihatan akan merosot. Contohnya dalam hati, buah pinggang dan jantung. Ini organ paling kuat bekerja, paling guna banyak tenaga dan paling perlukan fungsi 'rumah tenaga' mitokondria yang aktif.

CoQ10 ni antioksidan yang powerful jugak! Antioksidan? Ya, antioksidan maknanya ia menghambat pembentukan radikal bebas dalam badan kita yg mana radikal bebas ni buat kita jadi tua dan banyak penyakit seperti kanser. Antioksidan juga adalah rahsia awet muda. Aww!

CoQ10 dijumpai pada 1957. (merdeka! ehhh). Ia bukan vitamin sebab badan kita memang hasilkan CoQ10 ni. (Vitamin pulak satu benda yang badan takleh hasilkan dan kita kena dapatkan dari pemakanan). Oleh kerana faktor pertambahan usia, persekitaran, gaya hidup, pemakanan yang tak sihat, lambakan toksin dalam badan, maka penghasilan CoQ10 dalam badan pun merosot. Sebab itu kita perlukan CoQ10 tambahan supaya dapat menampung kekurangan CoQ10 yang ada dalam badan kita ini.

Fungsi CoQ10

1. Kegagalan jantung
Orang yang ada masalah kegagalan jantung biasanya mempunyai aras CoQ10 yang sangat rendah dalam sel otot jantung. CoQ10 bertindak mengurangkan simptom berkaitan masalah jantung seperti sesak nafas, susah tidur dan mengalami pembengkakan (swelling), angina dan tekanan darah tinggi.

CoQ10 berfungsi meningkatkan penghasilan tenaga dalam otot jantung, dan meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah.

Jadi kuranglah kita semput-semput, cungap-cungap lepas berjalan atau naik tangga.

2. Mengurangkan kesan sampingan serius terhadap kolesterol dan ubat 'beta blockers'.

3. Mengurangkan kesan penuaan pendek kata suplemen awet muda jugak ni!

4. Menolong pesakit 'chronic fatigue' iaitu kelesuan kronik

5. Membantu membina dan menguatkan sistem imun

6. Membantu menstabilkan tekanan darah dan membantu fungsi otak secara optima.

7. Membantu dalam rawatan pesakit Parkinson dan Alzheimer

8. Kajian menunjukkan CoQ10 juga membantu dalam kesuburan iaitu dalam motiliti sperma.



9. Membantu dalam rawatan pesakit kencing manis dengan melancarkan peredaran darah dan mengawal aras gula darah.

10. Mencegah serangan radikal bebas oleh itu mengurangkan risiko kanser

11. Membantu vitamin E bertindak secara efektif terhadap tubuh. So CoQ10 juga is best taken with vitamin E ;)

Ini antara fungsi umum CoQ10. InsyaAllah nanti kita cite lebih lanjut tentang CoQ Health Plus Shaklee pulak dalam entry seterusnya. Pastikan korang jatuh cinta dengan  CoQ10 dan tak sabar memiliki CoQ Health Plus!! hihiihi..

banyak wei fungsi CoQ10 ni rupanya!!

Sembang-sembang tentang Shaklee, produk dan bisnes?? Hubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/ Saya Mahu Sihat

APA ITU COQ10 DAN FUNGSINYA

by on September 01, 2013
Hai ols! Wow bulan September 2013 ni promosi CoQ Health Plus Shaklee.. Sebelum kita cite lebih lanjut pasal produk, kena la tau dulu apeka...