Enter Keyword

Oleh kerana di bulan Ramadhan ni, ramai yang tercari-cari resepi baru untuk dicuba, apa kata korang try resepi ikan siakap kukus yang biasa MS buat ni..

Resepi ni bukan je mudah, sedap (bagi tekak MS) malah amat menyihatkan! Memang sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung. Orang berpantang pun ok kot. Takde lah asyik telan ikan kering memanjang.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Beberapa ulas cili padi - hiris
1 labu Bawang besar - hiris
2 ulas Bawang putih - hiris
1 1/2 inci halia - hiris/mayang (apa beza hiris dengan mayang aku pun tatau)
Semangkuk air asam jawa
1 biji limau nipis - perah, ambil airnya

Cara-cara:
1. Lumurkan ikan siakap dengan garam halus (ala-ala macam nak goreng tu)
2. Kukus ikan hingga separuh masak (agak-agak je)
3. Buka penutup periuk kukus, taburkan semua bahan-bahan yang dihiris tadi, air asam jawa dan air limau nipis dan sedikit lagi garam.
4. Tutup semula periuk dan tunggu hingga ikan masak. Tak lama pun..dalam 5-10 minit gitu.

Hasilnya.....tadaaaaa!!!!


In case korang buntu sangat bulan-bulan puasa ni tak tau nak masak apa, bolehlah cuba resepi 'orang sakit' ini ye.. hihi..

Selamat Mencuba!
Anakku Ammar berusia 6 tahun.

Tahun ni aku berniat nak latih dia supaya puasa penuh. Dalam fikiranku, usia 6 tahun dah cukup besar untuk belajar berpuasa. Maklumlah tahun lepas dia langsung tak puasa. At least bila dah masuk usia 7 tahun, tahun depan, dia dh ada pengalaman berpuasa.

Awal hari pertama berjalan dengan lancar. Kami kejutkan dia bangun sahur. Dalam malas-malas dia bangun juga. Tapi ku dapat rasa dia memang ada niat tak mau puasa hari ni.. Sebab aku pun asyik duk ingatkan dia jangan makan, jangan makan dia pun jadi marah.

Seawal jam 9 pagi lagi dah mintak nak minum nescafe. Ada baki nescafe yang abah dia bancuh masa sahur, daku suruh minum dia tak mau. Lepastu mula teringin.

Bila aku tak bagi dia makan, dia marah. Dia pergi dapur aku panggil nama dia. Dia bukak peti ais berulang kali pun aku panggil nama dia. Dia bukan penat, tapi lapar. Kalau betul-betul penat tu aku kesian la jugak. Kalau lapar masih boleh di tahan lagi.

Fikirku, kalau dia mampu puasa sampai jam 4 petang, esok lebih mudah. Sebab dia dah dapat train perut dia beradaptasi dengan rasa lapar. hihi..

Lepas solat Zohor aku terlelap sebentar. Sedar dari tidur, abah Ammar bagi tau, "Ammar dah berbuka, minum Milo," Geram juga rasanya.. Baru jam 2 kot. Tunggulah sejam atau dua jam lagi. Grrr..

Abah dia siap tanakkan nasi untuk dia. Emm sabo jelah. Usaha mama untuk tengok dia puasa penuh hari pertama akhirnya hampa jua.. haha..

Ok, esok masih ada. Aku dah bagitau awal-awal, esok Ammar mesti puasa. Dia angguk je. Niat puasa pun dah baca...so kita tunggulah esok gimana pula kisahnya.

*Menu hari pertama kami:
1. Nasi ayam (masak sendiri)
2. Kuih cara berlauk (beli)
3. Popia (beli)
4. Bubur lambuk semangkuk (jiran bagi)
5. Tepung gomak (jiran bagi)
6. Seri muka (beli)
7. Air tembikai susu (beli)
8. Air teh bunga (beli)

Haa amekaw menu. Cam orang kebulur jer..huhuhu...

P/S: Nak Set tahan berpuasa untuk dewasa dan kanak-kanak?? Hubungi:

Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
Fb page/ Saya Mahu Sihat
Hai..Assalamualaikum...

Ramai ibu hamil mengalami kenaikan aras gula dalam darah semasa mengandung. Hasil 'interview' MS dengan beberapa orang, biasanya kencing manis semasa hamil berlaku apabila seorang wanita memasuki usia 30an dan ke atas. Maknanya, bukan orang muda-muda ni tak akan kena, tapi jika usia kita memasuki 30 an ni kebarangkalian mengalami diabetes gestasi semakin meningkat.

MS pernah tulis info berkaitan bahaya kencing manis semasa mengandung ni. Maklumlah bila diri sendiri yang kena, tak senang duduk jugak la kan. Lagipun MS melalui beberapa prosedur yang WAJIB diikuti.

Ujian BSP

Darah pada jari akan di ambil (4 kali sehari, sehari dalam seminggu atau 2 minggu).


Macam dalam gambar ni. Jika keempat-empat sesi tu normal (bacaan kurang daripada 6), maka gula dalam darah kita normal. Doktor akan suruh kita jalani ujian yg sama setiap 2 minggu. Manakala jika tak normal pada mana2 sesi, kita kena jalani ujian ni setiap minggu. Haa memang fedap dan letih. Mana tak 4 kali pergi klinik. Jam 8, 12, 5 dan 9 malam.

Pernah MS punya bacaan merah (tak normal) pada 1 sesi selama 2 minggu. Doktor rujuk MS ke dietician. Mujur saja kat klinik tu ada dietician. Macam kat Penang dulu MS kena pergi Hospital. Apa yang dietician tu bagitau ni lah yang MS nak kongsi dengan korang semua.

Makanan yang boleh di makan BANYAK:

1. Air kosong - sebab dia 0 gula, dan 0 kalori.

2. Sayur-sayuran - sebab dia 0 gula.

3. Rempah ratus.

Jadi, pepandailah masukkan sayuran separuh pinggan dalam hidangan masing-masing ye. Air kosong seelok-eloknya segelas setiap jam. Air kosong mampu 'mencair'kan gula dalam darah.

Makan sedikit:

Awas dengan makanan berkarbohidrat tinggi dan bergula tinggi seperti berikut

1. Nasi
2. Buah - buahan
3. Mi, kue teow, makanan berasaskan tepung
4. Roti
5. Gula tersembunyi seperti dalam kicap, sos
6. Minuman dan makanan manis

Makanan berasaskan tepung boleh menyebabkan kandungan gula naik tinggi, kemudian jatuh mendadak. Jadi, gula dalam darah kita tidak stabil.

Dietician juga menggalakkan kita menetapkan waktu makan yang sama setiap hari supaya kadar gula dalam darah stabil.

Apakah risiko jika gula tidak di kawal sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan?

Doktor ada bagitahu MS, gula tinggi dalam darah bukan saja boleh sebabkan bayi besar, tapi juga masalah berikut:

1. Kecacatan pada otak
2. Keguguran
3. Masalah peparu
4. Bayi sukar bernafas
5. Bayi maut dalam kandungan
6. Hipoglisemia
7. Jaundice
8. Air ketuban berlebihan
9. Kemungkinan bayi mengidap kencing manis semasa dewasa
10. Komplikasi semasa bersalin

Masalah di atas boleh berlaku dalam mana-mana trimester sepanjang kehamilan. Haa takut tak?? So memang ibu2 kena kawal pemakanan semasa hamil ni. Jangan main belasah je macam masa kita muda-muda dulu tau.

Lagi teruk, jika kadar gula kekal tinggi, itu bermakna insulin yang dihasilkan dalam badan tidak mencukupi untuk menukarkan gula/karbohidrat menjadi tenaga. Maka, terpaksa pulak kene cucuk insulin sendiri.. Minta dijauhkanlah...


Kakak ipar MS yang jururawat bagitahu, kalau kena cucuk insulin, sama ada kat peha atau kat perut. Tapi biasanya dekat perut sebab kat situ banyak lemak. Huuu ngeri kan.

Oklah ibu-ibu, selamat menjaga pemakanan sepanjang kehamilan ini. Nak set mengandung atau set mengawal gula boleh hubungi MS ye ;)

iR Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Fb page: Saya Mahu Sihat
Ramai wanita tak tahu, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun sebelum menopaus (purata umur 51 tahun), seseorang wanita tu sebenarnya sudah memasuk fasa kehidupan yang di panggil perimenopaus.

Perimenopaus ialah waktu di mana seorang wanita mengalami perubahan ketara dalam kehidupannya dalam aspek fizikal, emosi dan psikologi. Perubahan dramatik ini umpama akil baligh kedua buat wanita.


Perimenopaus lazimnya bermula pada usia 40 tahun. Antara perubahan biologi yang berlaku ialah:

1. Hormon estrogen mula menunjukkan pola yang tidak teratur.
Tubuh, minda dan emosi mudah terganggu dan jadi porak peranda. Ini kerana estrogen memainkan peranan lebih 400 fungsi berbeza dalam tubuh.

2. Gejala perimenopaus:

  • pengurangan sifat kewanitaan
  • kitar lebih pendek atau lebih panjang
  • wujud lemak pada bahagian perut dan badan
  • gangguan 'mood'
  • kemurungan
  • daya ingatan, tumpuan, kecantikan serta hubungan intim mula terjejas
  • metabolisme lemak menjadi perlahan
  • payudara menggeleber
  • naik berat badan
Gejala inilah yang paling ditakuti oleh semua wanita!

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat mendapati bahawa risiko episod kemurungan kali pertama dalam hayat lazimnya meningkat ketika perimenopaus.

Perubahan kulit yang berlaku semasa perimenopaus:

- kulit kering dan tidak anjal berlaku pada seluruh bahagian tubuh termasuk bahagian sulit
- kekeringan, kerengsaan dan jangkitan pada alat sulit menjejaskan kewanitaan dan keyakinan diri

Apa kaitannya dengan soya??

Soya mengandungi fitonutrien (nutrien tumbuh-tumbuhan) iaitu genistein yang berpotensi besar untuk membantu masalah ini.

Genistein ialah kompleks phytoestrogen-antioksida sumber asli yang dapat berfungsi seperti hormon estrogen wanita melalui cara yang selamat, selektif dan semulajadi.

Sebenarnya bukan soya sahaja yang mengandungi phytoestrogen. Banyak lagi tumbuhan lain juga mengandungi komponen istimewa ini.

Kajian juga menunjukkan genistein berkesan dalam kawalan metabolisme sel lemak. Jadi, pengambilan soya amat membantu dalam mengurangkan berat badan lalu mencegah rintangan insulin yang kerap berlaku pada wanita usia perimenopaus.

Kajian tentang soya telah banyak di jalankan dan ia terbukti amat membantu dalam kesihatan wanita. 

Dapatkan soya semulajadi yang bebas GMO seperti ESP Shaklee!


ESP Shaklee sangat istimewa kerana selain bersumberkan soya organik yang bebas GMO, proses penghasilannya juga semulajadi. Ia di basuh dengan air untuk mengekalkan isoflavon seperti genistein dan dan daidzein yang kritikal demi membekalkan kita dengan seluruh kebaikan soya.

(Kebanyakan soya di pasaran di basuh menggunakan alkohol- ini menghilangkan isoflavon yang bermanfaat malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan semasa pemprosesan)

Memang banyak sangat manfaat protein soya tulen ESP ni. Ia membantu:

1. Mengimbangi hormon

2. Mencantikkan kulit

3. Memberi tona pada otot dan kulit

4. Meningkatkan keserian wajah

5. Memberi tenaga

6. Mengawal tekanan darah tinggi

7. Menurunkan kolesterol

8. Memperbaiki simptom menopaus

9. menghilangkan masalah gastrik

10. Membantu mengekalkan berat badan ideal

ESP Shaklee sentiasa menjadi pilihan semua terutama para wanita!


Mulailah mengambil protein ESP Shaklee dalam diet harian sejak dari awal untuk kesan awet muda, melambatkan penuaan, melambatkan menopaus dan mengurangkan gejala perimenopaus yang tidak diingini.

Tempahan beserta konsultasi eksklusif percuma, hubungi:

Puan Suhaila
WhatsApp: 012-9645614
butik.annajah@gmail.com
ID: 868994
Al-kisah, di sebuah klinik Kerajaan, berlakulah perbualan seorang pesakit dengan doktor.

Doktor: Makcik, kenapa kencing manis tinggi sangat ni? Makcik tak makan ubat ke?

Makcik: Makcik berhenti sekejap makan ubat. Hari tu makcik ada beli ubat herba, dalam tu ada semua. Insulin semua adalah. Makcik nak cuba juga mana tahu boleh baik kencing manis ni.

Doktor: Tinggi sangat ni makcik. Saya tak pernah tengok lagi kencing manis tinggi macam ni. Herba apa makcik makan?

Makcik: Makcik pun tak tahu. Orang tu kata, kalau makan herba ni jangan makan ubat doctor.

Doktor: Dah berapa hari makcik makan herba tu?

Makcik: Dah dekat 10 hari jugak la.

Doktor: Tu la..lain kali makcik jangan dengar cakap diorang ni. Dalam herba mana ada insulin makcik.

Makcik: Makcik tak tahu. Makcik ingat nak cubalah mana tahu kan.

Perbualan diatas adalah kisah benar yang berlaku semasa MS ke klinik untuk tujuan pemeriksaan bulanan tempoh hari. MS pasang telinga sungguh-sungguh sebab nak juga tahu produk apa makcik tu makan. Mujur saja makcik tu tak sebut Shaklee. Hahaha.. Suspen ahkak tau.

Hmm...berdasarkan perbualan tersebut, ada beberapa perkara MS nak highlitekan. Sama ada penjual atau pembeli, KENA baca ni:

1.       1. Sebagai penjual produk kesihatan, tak kira sebagus mana produk tu, jangan kita nak memandai lebih daripada doctor. Kita tak betul-betul pasti kondisi sebenar pembeli tu. Pastu memandai-mandai kita nak suggest dia supaya berhenti makan ubat doctor. Kang kalau jadi apa-apa kat pesakit tu, ada kita nak bertanggungjawab? Takde kot.

2.       2.Sebagai peniaga juga, jangan overclaim. Overclaim bermaksud produk kita mampu menyembuhkan penyakit gitu gini. Kalau nak kena tahan dengan KKM buat la.. Sebagai peniaga produk kesihatan, kita sebenarnya tertakluk kepada akta dan undang-undang di bawah Kementerian Kesihatan. Walaupun produk kita bagus, dan memang terbukti dapat mengurangkan dan menyembuh penyakit, kita tetap TAK BOLEH claim produk kita berkesan macam ubat. Alhamdulillah dalam grup Shaklee kami memang ada pegawai dari KKM yang sentiasa mengingatkan garis panduan yang kami kena ikut.

3.      3. Sebagai pembeli pula, kita harus ambil tahu dengan teliti sebelum membeli sesuatu produk. Macam dalam kes diatas, mana ada herba yang ada insulin. Insulin tu hormone! Tapi saya tak salahkan makcik tu. Sebagai orang yang terdesak, sesiapapun pasti akan cepat terpengaruh. Dan makcik tu dah tentu tak dapat maklumat yang cukup berkenaan produk berkenaan dan keadaan yang sesuai dengan dia.

4.       4.Lagi satu, walau sekronik mana penyakit kita, ikutlah nasihat doctor. Doktor kata makan ubat tu, makan je. Kalau nak ambil suplemen lain, ikut panduan daripada doctor atau peniaga  yang berilmu. Peniaga yang berilmu tak akan cadangkan benda pelik-pelik yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Dia akan beri jadual makan yang tak ‘clash’ dengan jadual pengambilan ubat doctor. Bila diyakini penyakit sudah 100% sembuh, mintalah pula nasihat doctor sama ada nak teruskan pengambilan ubat atau cukup dengan suplemen saja.

Badan kita tanggungjawab kita.

Mesej ini ikhlas daripada saya untuk semua (^_^)v


~Al akli salim fil jismi salim~

Suhaila
012-9645614

Produk Herba Tipu!

by on Jun 18, 2014
Al-kisah, di sebuah klinik Kerajaan, berlakulah perbualan seorang pesakit dengan doktor. Doktor: Makcik, kenapa kencing manis tinggi sa...