Cuti sekolah dah bermula!

Anak-anak memang seronok. Boleh nampak keseronokkannya bila diorang boleh bangun awal pagi tanpa drama, boleh mandi tanpa di suruh, dan memakai baju cantik-cantik seolah memberi hint, 'jom la kita jalan mama'.

Tapi, abah awak kan kerja. Marilah kita duduk dirumah je sambil buat apa-apa yang patut.

Dan...hari pertama cuti bermula, mama hampir bertukar warna hijau dengan macam-macam perangai tiga hero ni. Kemuncaknya, bila nak keluar berjalan petang tu, mama dapati lipstik mama yang baru je beli dah patah kena tonyoh dengan anak jantan. Meletop teruslah mama.


Memang hari pertama tu mama banyak mengurut dada sambil mulut pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet sekejap kuat, sekejap perlahan. Rasanya kalau ada mesin cek tekanan darah, kompem asyik meninggi je. huhuhu

Mujur abah diorang balik kerja petang tu dan ajak keluar. Release juga stress mama. Sedikit.

Kami ke kedai buku Popular petang tu. Tujuannya nak cari buku yang kawan mama mintak tolong beli.

Sambil pusing-pusing, mengintai buku-buku yang ada, mata tertancap pada sebuah buku bertajuk 'Why So Serious, Parents?'.

Mama pun ambil buku tu, kelebet-depan belakang. Elok pulak sampai dekat part dia tulis (lebih 
kurang), 'Mama baru kemas rumah, mop lantai tiba-tiba anak tumpahkan air. Mama pun marah bla bla bla...'. 

Terus sentap mama shorang shorang kat situ 😂.
Dia tulis lagi, why so serious, semua benda kita nak marah. Okey masa ni mama terus teringat lipstik yang patah sebelum keluar rumah tadi 😁.

Tak cukup dengan tu mama di tegur Tuhan, malamnya bermimpi pula mama yang kena bebel. Tak ingat siapa yang bebel, tapi pedihnya menusuk kalbu.
Siap keluar sekali pengajaran, kalau kita tak suka kena marah, kena bebel, anak pun begitu juga. Mimpi apakah ini? Huhu.

Sejujurnya, memang mama berfikir mengenai anak-anak ni. Kita stress kenapa diorang susah nak dengar cakap. Kita cakap A, dia buat B. 

Sebenarnya kemahuan anak tak seiring dengan kemahuan kita. Cara berfikir kita pun tak sama. Sebagai mak, patutlah kita lebih memahami keperluan dan keinginan anak kecil kita. Tapi mungkin kita terlalu serious dan terlalu mahukan kesempurnaan.

Kasihan anak bila di paksa-paksa.

Cuti sekolah berbaki seminggu lagi.
Semoga hari ni dan seterusnya, mama lebih tenang, cool, rileks, tak serious. Tarik nafasssss, hembus!

Pada ibu yang nak dapatkan buku ni, bolehlah ke kedai buku berhampiran anda.




Boleh juga klik di sini untuk membeli secara online!


Why So Serious, Mama?

by on Ogos 28, 2017
Cuti sekolah dah bermula! Anak-anak memang seronok. Boleh nampak keseronokkannya bila diorang boleh bangun awal pagi tanpa drama, boleh ma...
Satu perkara yang sering memeningkan kepala ibu-ibu nak bersalin ni ialah, senarai barang yang nak di beli. Apa yang dah ada, apa yang belum. Lagi-lagi anak pertama. Sembilan bulan stress memikir ni hihihi.

Para suami tolong bantu ye.

Sini saya dah buat senarai yang di perlukan mengikut keperluan. Harapnya sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah semua.


Barang seperti pakaian tu, jangan beli terlalu banyak sangat. Mungkin cukup untuk seminggu atau dua minggu pakai je dulu. Nanti boleh beli lain. Baby akan cepat besar. Kalau nak beli banyak pun, beli juga beberapa helai yang bersaiz besar sikit.


Jangan lupa untuk booking tukang urut atau bidan (confinement lady) yang tahu dan ajar kita mengenai amalan berpantang tradisional. Diorang ni boleh tahan laris juga.


Beg hospital ni, cukup untuk tidur semalam dua je. Jika ibu dan bayi takde masalah, biasanya semalaman je tidur hospital, lepas tu dah boleh balik. Macam saya dulu, tak sempat nak bermalam pun. Beranak jam 1 pagi, jam 3 petang dah boleh balik.

Set ni terpulang pada bajet dan keperluan ibu tu sendiri. Saya sendiri tak pernah beli pun. Akar kayu mak carikan, param dan pilis tak pernah buat. Dedaunan tu pun mak dan bidan yang cari. Tapi sekarang dah ada juga yang segera (siap pack untuk jual). Herba yang sapu di perut pun tukang urut yang sediakan.

Pemilihan batu tungku pula, ada orang suka batu sungai sebab lebih ringan. Tapi batu ni tak tahan lama panasnya. Ada orang suka tungku besi 3kg yang ada pemegang tu. Batu ni panasnya tahan lama dan hujung yang agak tajam tu boleh guna untuk 'cungkil' peranakan masa bertungku. Nanti bidan akan tunjukkan caranya.

Yang ini paling penting tapi sering di lupakan. Vitamin ni sangat banyak membantu kita ibu-ibu yang lepas bersalin ni. Antara fungsinya:

  1. Mencukupkan zat nutrisi yang terhad semasa berpantang
  2. Menambah tenaga
  3. Melancarkan peredaran darah dalam badan
  4. Menambah darah
  5. Membantu luka cepat sembuh
  6. Milk booster
  7. Menghilangkan sakit-sakit badan, sakit urat dan lenguh sendi
  8. Melancarkan pengeluaran darah nifas

Di samping kita mengambil makanan yang berkhasiat, mendapat rehat yang cukup, stress kurang, serta cukup zat nutrisi daripada suplemen, insyaAllah badan akan kembali sihat cergas dalam masa singkat.

Harap checklist ini sedikit sebanyak membantu ibu yang nak bersalin tak lama lagi dan semoga semuanya dipermudahkan. Amiinn.


012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994

Selepas bersalin, antara hobi saya ialah membelek-belek buku pink untuk tengok maklumat yang doktor catit di belakang buku.

Setiap kali terpandang bahagian skor Apgar tu, hati mesti tertanya-tanya, benda apa skor Apgar ni? Bunyi dekat macam agar-agar. Adakah jumlah cecair yang keluar sekali dengan baby? Saya meneka-neka sendiri.

Eh, sebagai ibu, mestilah saya nak tahu segala benda mengenai anak saya. Ibu lain pun begitu. Ye kan?

Hinggalah pada suatu hari, saya baca buku mengenai kesihatan bayi, berjumlah saya dengan maksud skor Apgar tu.


Skor Apgar ni asalnya diilhamkan oleh seorang pakar paediatrik Amerika, Dr. Virginia Apgar. Tujuannya ialah beliau nak ada satu standard untuk kenalpasti serta memantau keadaan bayi kita lepas lahir.

Keluar je bayi daripada perut kita, doktor akan cek dan berikan skor tertentu dalam tempoh 1 minit hingga 5 minit untuk mengesan kalau-kalau ada kelainan pada bayi kita.

Ada 5 elemen yang akan di periksa iaitu:

  • pernafasan (breathing)
  • kadar denyutan jantung (heart rate)
  • warna kulit
  • pergerakan otot (muscle tone)
  • refleks
Setiap elemen tu akan diberi sama ada 0,1, atau 2 skor.

Maksimum skor pada seorang bayi ialah 10. Skor normal biasanya antara 7-10 manakala jika skor kurang daripada 5, bayi tersebut akan diberi bantuan oksigen untuk bantu pernafasannya.

Jadinya, bukan saja-saja doktor nak bagi markah. Ini semua ada kaitan dengan keupayaan bayi kita untuk bernafas dan mendapat bekalan oksigen mencukupi.

Bahaya taw bila oksigen tak cukup.

Jika bayi kita kekurangan oksigen, mereka akan susah nak bernafas, degupan jantung akan jadi rendah, manakala kulit bayi akan berwarna biru atau pucat.

Sekarang ibu dah tau kan?

Takpe, bukan kita yang susah-susah nak kena kira skor. Doktor yang buat semua. 

Buat ibu yang dah nak bersalin, semoga selamat hendaknya. Pada yang dah bersalin, saya ucapkan tahniah!

Jika mencari set bersalin Shaklee , boleh hubungi saya =)


012-9645614

Shaklee Malaysia

ID:868994

Sejak berjaya menyusukan anak-anak sehingga berusia dua tahun, ya saya menjadi seorang yang pro-breastfeeding. Saya fikir semua ibu memang mampu menyusukan bayi cuma perlukan sedikit usaha terutama di awal-awal kelahiran.

Namun begitu saya tidaklah pula memandang rendah terhadap ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Pasti ada sebab mereka berbuat begitu.

Saya ada kenalan, seorang jururawat. Baru-baru ini beliau bersalin anak pertama dan anaknya mendapat jaundis dan terpaksa bermalam di hospital. Walaupun anaknya telah diletak bawah 2 lampu, masih tiada tanda kuningnya akan turun.


Jururawat dan sister yang bertugas di wad tersebut memaksa beliau kerap menyusukan anaknya dengan susu ibu. Setelah puas berusaha tetapi susu seakan tidak mahu keluar.

Sister yang bertugas sempat memarahi beliau kerana menurutnya, takkan seorang jururawat tak boleh tunjuk contoh yang baik pada orang awam (berkenaan menyusukan anak dengan susu ibu di awal kelahiran).

Kenalan saya dah nak menangis. Sudahlah stress  kuning anak tak turun-turun, susu pula tak mahu keluar, tiba-tiba dimarahi pula oleh seorang sister. Mujur saja ada jururawat lain menenangkannya.

Setelah sister itu pulang, pada malam harinya, gigih kenalan saya itu bangun malam  setiap dua jam dan bancuhkan susu formula untuk anaknya. Alhamdulillah, kuningnya semakin turun.

Saya belajar sesuatu daripada cerita tersebut.

Pertama, memang ada keadaan di mana susu ibu tidak mahu keluar atau terlalu sedikit. Ibu baru bersalin, anak pertama pula tu dah tentulah sangat kekok nak susukan bayi. Alangkan ibu beranak ramai pun ada yang belum pandai susukan bayi selepas kelahiran.

Sewajarnya kita tetap bagi sokongan kepada ibu tersebut.

Kedua, nyawa bayi lebih penting. Ada keadaan di mana bayi mengalami dehidrasi kronik akibat tidak dapat minum. Ya, saya baca kisah benar ini dari blog seorang ibu malang. Anaknya meninggal dunia kerana tidak dapat minum! Beliau menyesal kerana tidak memberi setitik pun susu formula.

Baca kisahnya disini.

Ibu-ibu, usaha sungguh-sungguh untuk beri anak susu. Ransang pengeluaran susu dengan sebaiknya. Lakukan urutan, bersihkan puting yang tersumbat, jangan rasa tertekan dan tetap suakan payudara kepada bayi biar dia belajar menyusu.

Setelah habis semua ikhtiar, jika susu masih tak mahu keluar, barulah berikan susu formula, itu pun sekadar untuk mengenyangkannya sahaja.

Dehidrasi terutamanya kepada bayi baru lahir sangat bahaya. Sentiasa pantau keadaan bayi dan segera ke hospital jika ada tanda dehidrasi berlaku.

7 Tanda Bayi Mengalami Dehidrasi

#1. Menangis tidak berhenti

Tanda awal bahawa bayi anda lapar dan dia tidak mendapat susu secukupnya. Namun begitu, bukan semua tangisan bayi adalah tanda mereka lapar.

#2. Tiada atau kurang lampin basah

Bayi baru lahir secara normalnya akan mengotorkan sekurang-kurangnya 6 lampin setiap hari.

#3. Bayi lemah dan lesu

Akibat tidak dapat minum, bayi tidak ada tenaga dan seolah-olah penat. Bayi kemungkinan banyak tidur.

#4. Berat badan merosot

Adalah normal berat bayi menurun sedikit selepas beberapa hari kelahiran kerana berat air telah berkurang. Jika berat bayi menurun terus-menerus, segera beritahu jururawat.

#5. Bibir kering dan menangis tanpa air mata

Keadaan ini juga selalunya normal bagi bayi baru lahir.

#6. Mata tenggelam (sunken eyes)

Pernah tengok wajah orang yang sesat di hutan beberapa hari tak makan? Sangat kurus kan. Begitu juga dengan bayi yang mengalami dehidrasi kronik. Ubun-ubun bayi juga akan tenggelam dan tidak rata.

#7. Kulit berkedut

Tangan serta kaki juga berwarna pucat dan sejuk.

Memang ada keadaan dimana ibu tidak dapat mengeluarkan susu (mungkin fizikal ibu yang ada kelainan) dan begitu juga dengan bayi yang tidak dapat menyusu dengan baik (tongue tie dan sebagainya).

Jika mendapati bayi ada masalah menyusu, tidak dapat minum dengan baik, segera berjumpa dengan pakar laktasi dan doktor anda.

Semoga kita dapat mengelakkan tragedi yang tidak diingini daripada berlaku.

Mama Su,
Mak anak 4, 2 fully bf, 1 sedang. Alhamdulillah.