Penyakit buah pinggang adalah penyakit yang agak di takuti oleh ramai dari kebanyakan kita. Bila buah pinggang dah rosak, ia tidak lagi dapat menapis darah dan menyingkirkan bahan buangan atau toksin daripada tubuh.

Buah pinggang adalah organ perkumuhan yang sangat penting kerana ia juga berfungsi untuk:
  • mengekalkan jumlah cecair tubuh
  • mengawal tekanan darah
  • menghasilkan hormon
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) pula ialah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan lagi.


CKD berlaku secara beransur-ansur dalam JANGKA PANJANG.

Tanda Buah Pinggang Mengalami Masalah

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik,  bahan buangan atau toksin yang biasanya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal dalam darah. Ini akan menyebabkan simptom seperti:
  • hilang selera makan
  • loya
  • muntah
  • keletihan
  • lemah badan
  • penurunan berat badan
  • bengkak pada pergelangan kaki dan mata
  • tak selesa semasa membuang air kecil
  • kerap buang air kecil terutama pada waktu malam
  • sakit belakang
Punca Kerosakan Buah Pinggang

Punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis atau diabetes!

Pada tahun 2012, lebih sejuta penduduk Malaysia mengalami diabetes, dan 75% daripadanya mengalami kegagalan buah pinggang.
Faktor lain yang menyumbang kepada CKD ialah:
  • sakit jantung
  • gout
  • tekanan darah tinggi
  • penggunaan ubat tahan sakit berpanjangan
Kita digalakkan untuk buat pemeriksaan darah setahun sekali untuk mengesan jika ada sebarang tanda awal kepada penyakit-penyakit yang disebutkan di atas.

Bila dah ada tanda, maka mudahlah kita untuk menjaga pemakanan kita.

Pesakit CKD perlu diet yang strict sebab jika tersalah makan, ia boleh beri kesan serta merta kepada badan malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa. 

Apa yang pesakit CKD perlu elakkan?

1. Diet tinggi protein

Tubuh perlukan protein, tapi tidak boleh berlebihan. Kawal protein untuk elakkan keadaan lebih serius dan dialisis.

Antara sumber protein yang perlu dihadkan ialah:
  • daging 
  • ayam 
  • ikan
  • telur
  • produk tenusu
  • produk berasaskan soya (kicap, tempe, taufufa dan sebagainya)
2. Makanan berpotassium tinggi

Apabila pottasium tinggi, ia boleh menyebabkan lemah jantung,  degupan jantung tidak tetap, lesu dan kesukaran bernafas.

Sumber makanan tinggi pottasium antaranya ialah:
  • bijirin gandum penuh
  • roti dan biskut
  • tomato puri
  • daging
  • ekstrak sayuran
  • kiub stok
  • kekacang
  • gula perang
  • buahan dalam tin
  • kopi atau teh
  • koko
  • minuman berasaskan malta dan susu
Untuk kurangkan kandungan pottasium, pastikan semua sayuran mesti dimasak, rebus dan toskan airnya.

Nak masak sayur tu, potong kecil-kecil dan rendam dalam air, serta jangan terlalu masak sayuran berkuah dan gulai.

3. Makanan bersodium tinggi

Perlu dihadkan kepada 2000mg sehari atau kurang daripada 1 sudu teh sahaja.

Sodium ditemui di dalam:
  • garam
  • makanan diproses (sos, kicap, makanan yang dijual di pasaraya)
  • semulajadi dalam tumbuhan
  • semulajadi dalam haiwan
Jika ambil terlalu banyak sodium, kita kerap rasa haus dan susah nak kawal pengambilan cecair. (Pesakit CKD perlu hadkan minuman/ cecair).

Bagi menggantikan garam, pilihlah sumber yang lebih semulajadi seperti herba, rempah, lemon, halia atau bawang sebagai perasa.

4. Minum air berlebihan

Banyak kandungan cecair akan menyebabkan tubuh membengkak, tekanan darah tak stabil.

Sumber cecair yang perlu dikurangkan ialah:
  • susu
  • jus
  • sup
  • bubur
  • kopi
  • teh
  • minuman ringan
  • yogurt
  • jeli
  • aiskrim
  • ais
  • kuah
  • kastard
  • dan buah tinggi kandungan air seperti tembikai
Untuk elak air berlebihan, minum air dalam gelas kecil, dan makan sesuatu contohnya gula-gula getah untuk meransang pengeluaran air liur. Bilas mulut dengan air tapi jangan telan air berkenaan. 

5. Fosfat berlebihan

Fosfat berlebihan dalam darah akan menarik kalsium daripada badan, menjadikan tubuh lemah dan tulang rapuh serta sakit sendi dan penyakit tulang.

Elakkan makanan tinggi fosfat seperti:
  • produk tenusu (susu, keju, yogurt)
  • produk bijirin (termasuk roti dan biskut)
  • makanan kering (ikan bilis, ikan kering, udang kering dsb)
  • daging
  • organ haiwan seperti hati dan limpa
  • sardin
  • kaki atau tulang ayam
  • telur kuning
  • kekacang
  • keropok ikan atau udang
  • coklat
  • air berkarbonat
  • kelapa atau produknya seperti kaya
  • rumpai laut
Organ seperti buah pinggang, jika sekali rosak, ia tidak boleh diganti lagi.

Jika mengalami penyakit buah pinggang, dapatkan nasihat doktor dan mintalah pelan pemakanan yang sesuai untuk anda.

Akhirnya, mencegah lebih baik daripada merawat. 

Sementara sihat, belum ada apa-apa penyakit, wajib untuk:
  • Jaga pemakanan dan makan secara sihat
  • Bersenam dan hidup secara aktif
  • Suplemen dengan betul
  • Hindari stress dan hidup positif
Wallahua'lam.

-Puan Suhaila-


Shaklee ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga ke Ipoh. Percutian kali ini diterajui oleh kakak. Kami seramai 4 buah kereta bermalam di homestay di area Meru, Ipoh. Taman perumahan baru yang berdekatan dengan taman hiburan MAPS dan Bulatan Amanjaya yang sangat happening pada waktu malam.

Saya nak share ni mengenai muzium 3d yang ada di Ipoh.


Al kisahnya, hari kedua di Ipoh, kami dah pening kepala tak tahu nak kemana. Hari pertama sebenarnya kami jalan ke Penang. Jadi, malam kedua tu kami sama-sama perah otak cari tempat menarik untuk dilawati.

Sejujurnya hari kedua ni memang nak balik Pahang dah, tapi sebelum balik tu nak juga singgah mana-mana dulu kan.

Google punya google, akhirnya kami bertemu dengan muzium 3d atau nama sebenarnya Funtasy House Trick Art.

Oleh kerana memang tak tahu di mana terletaknya rumah 3d ni, kami follow google maps jelah. Senang kan.

Funtasy House Trick Art


Terletak di Jalan Market, Ipoh di kawasan deretan bangunan kedai lama. Agak susah juga nak cari parking sebab bandar, jalan pun sibuk. Lepas tiga kali pusing bangunan akhirnya kami sampai dekat kawasan lapang tempat orang parking kereta.

Dari kawasan parking, kami melalui bangunan kedai yang ada lukisan budak main buai dan orang naik tangga. Tangga ni sebenarnya menuju ke satu lagi tempat ala-ala muzium 3d ni juga, namanya photobooth tak silap (masuk free), tapi sebab tujuan utama kami nak ke muzium 3d tu, kami ambil gambar dekat tangga je lah.



Lagipun masa tu dah pukul 4, kami nak rushing balik Pahang pula nanti.

Depan sikit lagi, akan lalu Concupine Lane, di celah bangunan yang mana ada deretan gerai-gerai jualan dari kaum Cina. Ada cenderamata, ada jual makanan, ada gula-gula kapas, ada bebola ais, macam-macam lagi. Tapi makanan tu kami tak sure halal ke tidok huhu.



Tips: Datang awal, sebab kawasan ni best sebenarnya. Banyak port menarik yang boleh kita singgah. Banyak juga lukisan mural yang cantik untuk kita bergambar.

Harga tiket masuk:

Dewasa RM15
Kanak-kanak 4 tahun ke atas RM10

Sebenarnya harga ni agak murah berbanding sesetengah tempat yang kami pernah pergi. Nak bergambar je pun kan.

Dalam ni ada banyak koleksi lukisan, rasanya lebih 20 lukisan yang di lukis oleh pelukis tempatan.

Saksikanlah gambar2 kami di bawah ni. Ada yang jadi, ada yang tak. Main ngan bebudak ni, biasalah.











Baaaanyak lagi gambar lain. Tapi tak puas hati tengok. hahaha.. kalo korang pun tak puas hati, kena pergi sendiri.

Saya kena tunggu anak-anak besar baru pergi balik. Barulah diorang pandai berlakon masa tu. Hihi..

Ready je bateri fon penuh2 ye.

Oh, sebelum lupa, sebelah rumah 3d ni ada kedai coklat. Masuklah kedai tu. Coklat dia memang berasaskan koko, bukan minyak sawit. Halal sudah tentu insyaAllah.

Sedap. Harga pun ok lah, standard.

Ok, semoga korang enjoy di sana!


Anda semua mesti dah dengar mengenai produk skincare terbaru dari Shaklee yang namanya Youth tu kan?

Hati anda mesti terdetik nak tahu berapa harganya.

Eh, sebelum tu baca dulu keistimewaan produk Youth ni. Klik >> Youth Memadamkan Sedekad Penuaan.

Nah Ciksu kongsikan fungsi setiap produk dan harga setiap produk dalam rangkaian Youth Shaklee.


shaklee kuantan
LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakankulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Harga: RM205.38 (125ml)


shaklee kuantan
PERFECTING SKIN TONER
Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Harga: RM212 (177ml)


shaklee kuantan
YOUTH ACTIVATING SERUM
Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Harga: RM437.25 (30ml)


shaklee kuantan
AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Harga: RM218.63 (50ml)
shaklee kuantan
ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT
Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit andasemasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Harga: RM265 (50ml)


shaklee kuantan
                                                 RADIANCE C + E
Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.
Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.
Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.
Harga: RM437.25 (60 biji)
Satu-satunya sebab untuk kita menggunakan Youth dan bertukar dari produk yang bukan saja tidak semulajadi, tetapi juga tidak selamat adalah kerana:

YOUTH™ dijamin berkesan & semulajadi serta dijamin selamat kerana bebas dari 1500 racun kosmetik. Dengan YOUTH™, anda tak perlu runsing memilih antara kesan positif & semulajadi. Kerana YOUTH™, dijamin ada kedua-duanya!
Selamatkan wajah, sayangi wajah, kerana kita cuma mempunyai satu wajah sahaja sepanjang hidup ini!

Berminat untuk mendapatkan Youth dengan harga ahli, hubungi:

 Fb: Puan Suhaila



ID Shaklee: 868994

Harga YOUTH Shaklee

by on Mac 15, 2018
Anda semua mesti dah dengar mengenai produk skincare terbaru dari Shaklee yang namanya Youth tu kan? Hati anda mesti terdetik nak tahu ber...
Jika anda mencari produk penjagaan wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit serta mampu memadamkan tanda-tanda penuaan di wajah, Youth Shaklee jawapannya!

Youth Shaklee adalah produk skincare yang direka khas oleh saintis untuk memastikan dunia melihat kita semuda kita melihat diri kita sendiri.


Keistimewaan Youth Shaklee

1. Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa.

Sebelum menghasilkan Youth, mereka terlebih dahulu membangunkan Indeks Usia Kulit (Age Skin Index) yang pertama di dunia dimana, secara klinikal mereka mengukur kehadiran tanda-tanda penuaan utama berasaskan fakta daripada data klinikal.

2. Di hasilkan daripada bahan semulajadi (100% vegan) dan berasaskan tumbuhan, tanpa 1500 bahan kimia berbahaya yang biasa terdapat dalam produk kosmetik dan penjagaan wajah.

Youth tidak mempunyai bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk lain.

youth shaklee

3. Shaklee telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan benda asing pada setiap bahan botanikal, sebanyak 3 kali ganda berbanding yang diperlukan.

100,000 ujian kualiti di jalankan setiap tahun untuk memastikan keselamatan produk.

4. Kajian mengambil masa selama 8 tahun dengan 8 paten dan paten pending.

Ini bermakna, Youth dan Shaklee satu-satunya produk dan company yang boleh mengeluarkan produk menggunakan bahan-bahan yang telah dipatenkan.

5. Bebas gluten menjadikannya sesuai untuk mereka yang ada alahan terhadap unsur gluten.

6. Satu-satunya skincare yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

7. Cruelty-free (bebas kekejaman) iaitu tidak melibatkan sebarang unsur haiwan dalam penghasilannya.

8. Hipoalergenik iaitu tidak menyebabkan alahan atau alahan sangat minima kepada sesetengah orang yang sensitif.

9. Non-comodogenic iaitu tidak menyumbatkan liang pori, tidak seperti sesetengah produk skincare yang lain.

10. Di uji oleh ahli dermatologi (pakar-pakar kulit).

11. Di uji oleh ahli oftalmologi (pakar-pakar mata).

12. Clinical Result Without Compromise! Ya, keputusan klinikal tanpa kompromi!

Ini bermakna sesiapa saja yang menggunakan Youth, dijamin 100% akan mendapat kesan dan perubahan wajah yang lebih muda seawal 7 hari!

Manakala 2 daripada 3 orang akan mendapati wajah mereka sedekad lebih muda.

youth shaklee
13. Hanya beberapa langkah mudah untuk hasil yang menakjubkan.

>> Starter Set untuk kulit muda yang tak banyak masalah, sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 20-an.

>> Renew & Maintain set untuk kulit normal, yang tak banyak masalah.

>> Intensive Treatment & Repair Set untuk memadamkan tanda penuaan yang kelihatan.

Rangkaian Youth!

Rangkaian Youth direka khas untuk bekerjasama menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Dengan formulasi bahan-bahan aktif anti-penuaan, memang tak sabar untuk melihat Youth merawat kulit wajah dari luar ke dalam.

youth shaklee


youth shaklee

youth shaklee

Youth Skincare kini telah menjadi fenomena!

Dengan jaminan produk yang sentiasa selamat, sentiasa semulajadi dan sentiasa berkesan, apatah lagi berkesan dengan sangat pantas, tiada siapa yang mampu menolak Youth.

Setelah dilancarkan bermula awal Mac lalu, ramai yang telah mengalami perubahan menakjubkan.

Nantikan perkongsian feedback pengguna terawal Youth Skincare daripada Shaklee.

Maklumat lanjut, pertanyaan dan order, hubungi:




ID Shaklee: 868994