Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Hari ini  (27/12/2017) Allah takdirkan saya ke sebuah rumah anak yatim untuk menghantar beg sekolah.
Saya fikirkan lepas serahkan beg, terus balik. Tapi Puan Pengasas (Puan R) dan penjaga rumah itu jemput kami masuk.
Rumah ni ada 10 orang anak yatim, 9 yang sedang bersekolah.
Sempatlah kami berbual panjang dan saya ambik kesempatan bertanya macam-macam.
Barulah saya tahu, rumah ini baru hampir 4 tahun beroperasi.
Pengasas sebenar (Puan S), saya fikir seorang wanita berhati waja, penuh kasih dan penyayang.
Dimana dia?
Dia telah dijemput Ilahi beberapa bulan sebelum ni akibat serangan kanser.
Kini rumah itu dikelolakan oleh suaminya dan ibu kepada suaminya, yang saya jumpa tadi.
Cerita Puan R, Puan S sangat kuat, walau sedang bertarung dengan kanser masih lagi gigih membangunkan rumah anak yatim itu.
Bukan itu saja, siap carikan dana pula untuk salah seorang ibu kepada anak yatim disitu yang turut mengidap kanser (juga telah meninggal dunia).
Al-Fatihah untuk mereka ini.
Saya terkenang, di saat kita mengeluh akan kesusahan hidup, ada insan yang masih susah, namun gagah menabur jasa hingga hujung nyawa.
Kita (saya terutamanya), Allah bagi sihat tubuh badan, apa je yang saya buat sepanjang 35 tahun ini?
Untuk pengetahuan, Puan S berusia 36 tahun sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Allah, saya jadi malu sendiri.
Betul, setiap orang ada struggle-nya masing-masing.
Tapi, ingat ini.
Jangan banyak mengeluh.
Terus kuat.
Terus melangkah ke depan.
Usahakan apa yang telah dicita-citakan.
Asalkan niat kita betul, kita di jalan yang benar, Allah pasti bantu.
Terima kasih Allah, untuk inspirasi hari ini.
Assalamualaikum wbt.

Ekzema adalah satu keadaan di mana berlaku radang pada kulit di sertai dengan bengkak, gatal, merah, kulit kering bersisik dan berkuping, dan boleh jadi berair seakan melepuh.

Sekarang ni ramai betul yang anak-anak mendapat ekzema. Selalunya ia bermula pada waktu kanak-kanak dan boleh berlanjutan hingga dewasa.

Anak saya ada seorang yang mendapat ekzema. Kami perasan ekzemanya mula muncul selepas anak berhenti daripada menyusu badan iaitu kira-kira selepas umurnya 2 tahun.

Macam ekzema anak saya ni jenis kering dan cuma muncul pada bahagian siku kanan serta pergelangan tangan kiri. Ada juga samar-samar muncul pada bahagian muka kadang-kadang.


Kesian tengok dia menggaru-garu. Sampai berdarah pun ada.

Menurut doktor, ekzema tak boleh sembuh, cuma boleh di kawal sahaja. Tapi bila keadaan agak teruk, takkan kita nak tengok je anak kita dalam keadaan tak selesa macam tu kan.

Jadi hari ni saya nak kongsi dengan ibu semua beberapa tip dan cara untuk merawat sendiri serta mengurangkan keradangan akibat ekzema pada anak kita berdasarkan pembacaan saya (dan untuk rujukan saya sendiri sebenarnya).

1. Elakkan beri minum minuman bergula tak kira apa jenis sekali pun. Bebudak kan suka ****gen, air kotak, segala yang manis-manis tu. Gula sangatlah tidak baik sebab ia boleh merendahkan sistem imun kita.

2. Elakkan juga makanan bergluten

Gluten ialah sejenis protein yang wujud dalam tumbuhan seperti gandum. Jadi, bila anak kita makan banyak makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, ia pun boleh menyebabkan keadaan lagi teruk.

Contoh makanan bergluten ialah roti, kek, biskut, kuih-muih, donat, mee dan sebagainya  berasaskan tepung.

Cara terbaik nak buat kuih, cari tepung atau mee yang bebas gluten. Boleh dapat di kedai menjual barangan organik.

3. Makanan terproses

Apa lagi jika bukan jajan, cikedis, snek, biskut, gula-gula, makanan segera dan segala mak nenek makanan siap yang kita beli di kedai atau pasaraya tu.

Semua makanan ini mengandungi pengawet, perasa, perisa, pewarna, pemanis tambahan sintetik yang tidak bagus untuk sistem penghadaman anak kita.

Oleh itu, ibu-ibu kenalah rajin memasak sendiri dirumah nak-nak anak yang jenis suka makan tu kan.

4. Elakkan makanan  atau keadaan penyebab alahan ekzema muncul

Setiap orang, faktor pencetus alahan adalah berbeza. Contohnya, si A tak boleh makan ayam, tapi si B boleh. Si B pula tak boleh makan ikan.

Jadi, cuba kenalpasti apa yang menyebabkan keadaan ekzema jadi teruk, dan jauhkanlah dia dari punca tersebut.

5. Elakkan kepanasan

Ada budak tak boleh panas. Akan cepat je naik ruam merah terutama di bahagian yang berpeluh. Pastikan anak sentiasa berada dalam keadaan selesa. Macam anak kakak saya, bila berpeluh, automatik timbul bintik diseluruh badan dan dia mula menggaru-garu.

6. Sabun yang sesuai

Ada sesetengah individu yang alah kepada bahan kimia pada sabun tak kira sabun mandi atau sabun pencuci pakaian. Ibu-ibu kena alert keadaan ini.

Bagi ibu yang anak dia alah pada sabun, boleh cuba Set ShakleeBaby yang mengandungi mandian, losyen dan minyak urutan. Set ini sesuai bukan saja kepada bayi malah kepada mereka yang berkulit sensitif.


7. Sapu krim yang sesuai

Keadaan ekzema yang teruk, perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi ubat serta krim steroid yang dapat meredakan ekzema dengan pantas.

Anak saya, saya cuma gunakan krim Herbal Blend Shaklee sahaja. Krim ini bebas steroid, bebas paraben dan berasaskan tumbuhan.

8. Banyakkan makanan yang bagus untuk usus

Ini disyorkan oleh Dr. Hafiz Sulaiman. Antara makanan yang boleh dimakan ialah:
  • daging (pilih daging segar, bukan yang diproses atau import)
  • sayuran hijau kecuali bayam
  • ayam organik
  • nasi
  • ikan isi putih
  • bihun, kuetiaw daripada beras
  • minyak sihat seperti kelapa, sawit, minyak ikan
  • buah epal, pear, lai
  • kuih berasaskan beras
Elakkan makanan tinggi histamin seperti makanan peram, jeruk, makanan laut, buah pisang, betik, nanas, anggur.

9. Vitamin yang bagus untuk ekzema

Vitamin yang bagus diambil adalah seperti vitamin B kompleks serta vitamin C. Vitamin ini bertindak sebagai anti-stress, mencegah pembebasan histamin berlebihan dalam badan, menguatkan imun, bersifat antioksida dan antiradang.

10. Minum air secukupnya

Kita pun susah nak minum air dengan cukup apatah lagi budak-budak. Sediakan satu bekas air minum, dalam botol, tumbler atau apa2 bekas minuman bertutup, letakkan disudut yang anak mudah nak ambik. 

Bila suruh dia ambik air sendiri dia memanglahhh banyak alasan. Tapi bila sediakan air sebotol memang mudah dia minum air. 

Air yang cukup akan membantu kelancaran usus dan sistem penghadaman serta menguatkan sel. Darah berjalan lancar, nutrisi dan oksigen dapat sampai kepada sel dengan lebih baik. 

Ekzema perlu lebih perhatian kerana kulit mereka agak sensitif. Buat senarai do and don't di rumah supaya kita ibu bapa serta anak akan sentiasa beringat. 

Paling penting kedua-dua ibu dan bapa main peranan untuk merawat, bukan salah seorang. Kalau tak memanglah tak jadi apa. Akhirnya anak juga yang merana. 

Bagi ibu yang nak dapatkan suplemen atau set mandian yang sesuai untuk masalah ekzema, boleh hubungi saya:

-Puan Suhaila-


ID: 868994

10 Cara Merawat Ekzema Di Rumah

by on Disember 27, 2017
Assalamualaikum wbt. Ekzema adalah satu keadaan di mana berlaku radang pada kulit di sertai dengan bengkak, gatal, merah, kulit kering ber...
Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, anak-anak saya diserang ulser. Lepas sorang, sorang lagi kena. Bergilir-gilir. Tak pasti pula sama ada ulser jenis ini akan berjangkit atau tidak.

Mungkin juga virus yang sama menyerang mereka, wallahua'lam.

Saya tidak bawa anak saya ke klinik. Cuma rawat sendiri.

Bagaimana saya tahu anak saya mengalami ulser?

Mula-mula dia demam. Selera makan memang sangat menurun. Macam abang Ammar, dia memang tunjuk ulser muncul belah dalam bibir.

vitamin untuk ulser

Bila turn Aqil, mama ambil henset, on torchlight dan suruh dia nganga. Sebab dia kata sakit nak makan. Kot la sakit gigi.

Bila suluh, memang jelas kelihatan dua biji ulser di hujung tekaknya, satu belah dalam pipi, dan satu lagi pada lidah. Adui, patut la sakit sangat.

Yang Fawwaz pula, juga mula dengan demam. Esoknya baru nampak sebiji ulser pada tepi pipi belah dalam.

Fawwaz ni, sebab campur dengan sakit gigi, meleleh-leleh air liurnya. Nak suluh tekak dia tak bagi pula.

Jadi, apa mama buat?

1. Redakan demam

Kalau perlukan paracetamol, bagi sajalah. Pastikan ikut dos yang sesuai dengan umur mereka. Untuk Ammar (9 tahun) dan Aqil (6tahun) mama bagi Panadol untuk kanak-kanak. Fawwaz tak bagi sebab dia tak nak. Liat nak makan ubat.

2. Paksa minum air kosong yang banyak

Antara punca ulser ni mungkin stress dan kurang air. Mama kena pastikan anak selalu minum. Sediakan segelas air dekat dia. Kot payah sangat, suapkan terus ke mulut diorang.

3. Jaga kebersihan mulut

Walaupun mulut tengah sakit, pastikan mereka tetap gosok gigi. Kumur dengan listerine atau boleh juga dengan air garam, tapi pedih sikit la.

Sebab kalau kebersihan tak jaga, bakteria lagi banyak, ulser susah nak baik, mulut pula busuk melantun-lantun.

4. Sapu krim yang sesuai

Contohnya krim bonjela. Boleh beli di farmasi atau kalau ke klinik pun, doktor akan bagi krim ni juga.

5. Tingkatkan pengambilan suplemen

Udah mamanya jual Shaklee, haruslah bagi anak makan Shaklee. Heheh. Dari awal lagi saya memang bagi anak:

Suplemen ni bertindak menguatkan sistem pertahanan badan anak kita untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Oleh itu, ulser insyaAllah akan cepat sembuh. Anak saya ambik masa kurang seminggu, Alhamdulillah.

Selagi anak belum besar ni, memang kita sebagai ibu bapa akan risau kalau anak terkena penyakit. Cabaran membesarkan anak orang kata kan.

Kita pula rasa macam dah all out untuk pastikan anak sentiasa sihat. Tapi dapat juga jangkitan. Yelah, anak kita bukan robot, duduk senyap setempat saja. 

Anak kita boleh berjangkit daripada sesiapa saja yang dia jumpa. Nak pulak pergi main dengan kawan petang-petang tu kan. 

Oklah, semoga mendapat sedikit manfaat dari perkongsian saya ini. Semoga family kita terus sihat-sihat saja ye! 


012-9645614

ID: 868994


Apa perasaan kita bila mak atau ayah asyik mengeluh sebab susah nak berjalan dan susah nak buat kerja?

Badan pulak rasa lemah je?

Kita sebagai anak mestilah tak sampai hati tengok kan?

Macam Puan Linda ni ha, ayah dia sakit urat, pernah jalani pembedahan. Yang maknya pula ada kencing manis dan sakit lutut.

Ayah Puan Linda ada makan produk X tapi tak sedap. Produk apa Ciksu pun taktau.

Minggu lepas Puan Linda beli sirap anggur ni dua botoi. Satu untuk mak, satu untuk ayah.

Alhamdulillah, semalam Puan Linda kata ayah dia suka sangat. Tak leceh nak makan. Badan dah kembali bertenaga dan boleh buat kerja macam biasa.

Mak Puan Linda pula lutut dah tak ketat. Nak bangun dari katil dah takde nak mengeluh sakit lagi. Dah boleh berdiri lama-lama dan dah boleh buat kerja rumah macam biasa.

Syukur Alhamdulillah. Kembang kempis hati Ciksu baca cerita Puan Linda ni semalam.

Mudah-mudahan mak ayah Puan Linda terus sihat walafiat hendaknya. Amiin.

shaklee kuantan


Bagaimana Sirap Anggur Vivix Membantu Mengurangkan Sakit Sendi Dan Lutut?


Terlalu banyak kajian dan penyelidikan saintifik yang telah ditemui yang mengaitkan bahan polifenol iaitu resveratrol dalam tumbuhan dapat membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi. 

1. Resveratrol mempunyai kesan paling aktif anti-inflamatori

Resveratrol dapat mencegah penyakit berkaitan sendi dan tulang seperti osteoathritis dan rheumatoid athritis dengan cara bertindak sebagai anti-radang. Vivix berkuasa 10 kali ganda daripada resveratrol itu sendiri.

2. Agen antimikrob semulajadi

Polifenol dalam tumbuhan dapat merencat pembiakan bakteria yang menyebabkan bengkak dan radang sendi, oleh itu ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

3. Resveratrol mengaktifkan tindak balas imun

Dengan itu ia mengurangkan kesakitan akibat rheumatoid athritis serta meringankan simptomnya.

4. Mencegah kerosakan rawan dan tulang

Polifenol dalam Vivix mencegah pembentukan athritis dengan merencat kehilangan rawan dan tulang.

5. Mencegah kerosakan sel dan DNA

Dalam kajian makmal, Vivix terbukti dapat mencegah kerosakan sel dari peringkat DNA. Ia juga memperbaiki kesihatan metabolisme bagi keseluruhan tubuh.

Dengan hanya sesudu Vivix setiap hari, Vivix amat digemari sebab ia bukan saja terbukti berkesan secara saintifik, bahkan satu botol untuk total wellnes!

Hubungi saya untuk dapatkan Vivix anda!



ID: 868994
*Vivix bukan ubat yang merawat, tapi suplemen yang menyihatkan dan terbukti secara klinikal.