Khamis, 4 September 2014

Set Asma Shaklee Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ini saja MS dengar ramai anak-anak kawan MS dimasukkan ke hospital akibat demam, batuk, semput, dan asma. Sedih betul melihat anak-anak kecik terpaksa ber'nebulizer' untuk melancarkan pernafasan.

MS faham sangat, apabila anak MS sendiri mula batuk teruk, dia macam susah bernafas, bunyi kuat, dada berombak kencang. Syukur anak MS tak pernah lagi dimasukkan ke hospital apa lagi terpaksa di'nebulizerkan'. Selalunya batuk teruk dia mengambil masa cuma sehari semalam.

Apa yang MS perasan, anak MS tak boleh terlalu kesejukan, mandi kolam lama, then makan aiskrim. Kalau tiga-tiga ni dia buat serentak, nak pulak waktu tu dia selsema, memang terus batuk la jawabnya. So MS memang hati-hati dengan tiga aktiviti tu.

Dan syukur juga, dirumah ada Nutriferon. Ini aje yang MS bagi tiap kali dia mengalami selsema, batuk atau apa-apa sakit sekalipun. MS memang seboleh-boleh tak nak  bergantung lagi kepada ubat-ubat sintetik.

Ok, berbalik kepada cerita anak asma tadi, selalunya serangan terjadi disebabkan ada faktor pencetus contoh yang macam MS sebutkan diatas. Selain itu, asma boleh berpunca apabila sistem imun kanak-kanak terlalu lemah di mana antibodi tubuh mereka tidak dapat melawan serangan bakteria/kuman/mikrob/alergen/ atau apa jua pencetus asma.

Kita tidak hidup di dalam dunia yang ideal. Bumi yang kita diami sekarang ini tidak lagi selamat dan sihat, malah kita juga tidak mampu menyediakan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat setiap masa untuk anak kita mencapai kesihatan optimal. Pencemaran berlaku disana-sini, mikrob, kuman dan bakteria juga sudah pandai beradaptasi dengan persekitaran untuk menjadikan kita ini 'perumah'nya.

Apa yang kita fikir baik, tidak semestinya bagus untuk kesihatan anak kita. Sebab itu kita sebagai ibu bapa perlu sediakan nutrisi yang berkhasiat untuk anak (malah kita sebagai ibu bapa sendiri perlu lebih daripada itu  untuk dapat menjaga kesihatan anak-anak kita).

Set Asma Shaklee


Mealshakes
1. Menyediakan hidangan lengkap yang mengandungi protein, vitamin dan mineral dan zat perlu
2. Membantu menguatkan sistem imun
3.Membantu pembinaan sel sel kulit, rambut, kuku, organ, darah, imun dan sebagainya.
4. Mengandungi vitamin A,E,C zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan
5. Mengandungi vitamin B lengkap dengan zat besi dan copper untuk bina sel darah merah yang sihat
6. Detoksifikasi kerana ia kaya serat
*Pengambilan cuma 1-3 sudu sehari berdasarkan usia

Omega Guard
1. Mencegah keradangan dan inflamasi dalam salur pernafasan
2. Melancarkan salur darah dan peredaran darah
3. Meningkatkan sistem imun
4. Menyihatkan peparu
5. Memperbaiki alahan dan alergik seperti lelah, asma, bronkitis
6. Mencegah kanser paru-paru
*Pengambilan 1-3 biji sehari berdasarkan usia

Testimoni Kanak-kanak Asma

Untuk pertanyaan dan pembelian, serta konsultasi eksklusif, hubungi saya:

Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
Fb: Su AnNajah

Isnin, 1 September 2014

Bahaya Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum w.b.t

Siang tadi MS terbaca post Dr. Murizah Mohd Zain berkenaan bahayanya apabila haid tidak teratur, sering lewat malah ada yang sampai berbulan-bulan tidak datang haid. Ramai juga wanita yang ambil remeh perkara ini kerana mereka tidak menyedari risiko berat yang bakal mereka hadapi.


Jom baca apa yang Dr. Murizah tulis. Ini pun untuk panduan kita bersama.

*******
Dear ladies. It's not ok if you don't have regular period

Tugas mengendalikan klinik kesuburan dan klinik gynae menemukan saya dengan pelbagai ragam manusia bila berhadapan dengan isu haid.

Ada yang terlalu obses sehingga jika haid lewat hanya 1 atau 2 hari sudah menjadi gelisah. Kalau 10 hb selamanya mesti 10hb. No allowance for any "traffic jam delay".

Ada pula yang langsung tidak ambil kisah. Ada yg tidak datang haid sampai 1 hingga 2 tahun pun tidak kisah.

Haid regular bermaksud kitaran antara 25 ke 35 hari. Jadi kalau haid datang awal sikit atau lewat sikit tetapi tidak lebih dari kitaran 35 hari ianya masih normal.

Yang saya ingin ketengahkan adalah haid yang datang beberapa bulan sekali atau tidak datang langsung atau datang terlalu kerap dan lama. Lebih dari 90% pesakit yang ada masalah ini sebenarnya mengalami sindrom Polycystic Ovary ditandai dengan haid yg tidak teratur, lebihan hormon testosterone apabila diambil darah atau lebihan bulu pada tempat yang tidak sepatutnya pada wanita seperti di atas dagu atau bibir atas menyerupai misai lelaki dan apabila doktor melakukan scan melalui faraj ovari mempunyai banyak anak anak telur kecil.

Antara komplikasi PCOS adalah penukaran sel dinding rahim menjadi prakanser dan kanser.Saya mempunyai ramai pesakit yg mengalami gejala ini dan juga pada masa yg sama mengalami masalah kesuburan tetapi rawatan kesuburan terpaksa ditanggunhkan kerana mereka juga mendapat hyperplasia pada dinding rahim iaitu sel sel bertukar menjadi pra kanser. Dalam keadaan seperti ini doktor berada dalam dilema kerana rawatan prakanser perlu dimulakan selama beberapa tempoh sebelum rawatan kesuburan dapat dimulakan.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk membangkitkan keprihatinan para wanita sekelian dengan kitaran haid anda. Pada 1 atau 2 tahun pertama seorang remaja mulai didatang haid kitarannya mungkin tidak teratur tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan berkekalan. Berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca haid tidak regular. Jika dibiarkan berlarutan ianya mungkin akan mengundang risiko mendapat pra kanser dan kanser rahim.


**********
MS harap semua wanita faham dan tahu akan risiko yang bakal di hadapi. Pesan MS:

1. Jaga 'aset' wanita yang kita ada ini
2. Jika ada masalah, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan rawatan dan penyelesaian segera.
3. Ubah cara hidup dan pemakanan
4. Jangan ambil remeh, dan jangan main-main. Nanti sendiri yang tanggung risiko.

Untuk mereka yang ada masalah haid tak teratur, boleh mencuba GLA Complex Shaklee.


 GLA Complex membantu:

1. Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron
2. Ia membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita (juga lelaki)
3. Memperbaiki keadaan akibat hormon yang tidak stabil
4. Membantu mengimbangi hormon tubuh
5. Menentang kanser- kerana ia antioksidan yang meningkatkan sistem imun dan menghalang pertumbuhan sel kanser seperti kanser rahim dan kanser ovari
6. Membantu mengecutkan cyst

MS ingatkan, jika anda mengambil GLA Complex untuk memperbaiki masalah hormon anda, anda MESTI menjaga pemakanan dengan baik. Elakkan mengambil makanan yang boleh meransang pembesaran cyst atau sel abnormal kerana jika tidak sia-sia saja anda mengambil GLA Complex!

InsyaAllah MS akan bantu memberikan panduan yang lengkap kepada anda.

Dapatkan GLA Complex dengan menghubungi:


Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
*disclaimer: produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos, mencegah atau mengubat sebarang penyakit