Rabu, 30 November 2016

Dropship Shaklee; Bisnes Terbaik Di Musim Ekonomi Gawat


"Harga barang naik? Tol naik? Semua benda nak naik??


Stress ah macam ni!!! Pergi kerja nak cari duit. Dapat duit kena pulang balik. Apa lagi boleh buat? Pasghah je lah. Sobsss.."
Siapa kata kita tak boleh buat apa-apa. Ada banyak cabang bisnes yang mudah dan murah boleh dibuat. Salah satunya...Shakli.

Percaya tak kalau Ciksu cakap Shakli ni bisnes dropship? 

Korang perlu daftar jadi pengedar sah sahaja sebanyak RM79.50.

Lepas tu korang bebas nak buat bisnes Shakli ni macam korang punya bisnes sendiri atau macam mana pun (T&C applied)

Mudahnya bisnes Shakli ni adalah kerana:

 Tak perlu modal
 Tak perlu buat stok
 Barang boleh di pos direct ke customer
 Bimbingan mentor 24 jam
 Produk the best world class siap Landmark Study lagi
 Company established lebih separuh abad
 Untung runcit dapat
 Bonus dapat
 Macam-macam ilmu dapat
 Support group pun best
 3C - Cash, Car, Convention
 Automatik anda berada di bawah naungan grup paling mantop dan glamer iReach

Potensi Income Dengan Shaklee??

Ini pendapatan tahunan pemimpin kumpulan Shaklee secara purata minimum. Pendapatan sebenar bergantung kepada point kumpulan masing-masing. Even Supervisor pun boleh mempunyai pendapatan hingga RM16,000!


Tak payah tengok yang ratus ribu tu, dapat menten 4 angka sebulan pun dah bagus sangat di zaman gawat ni ,betul tak?

Bagaimana nak dapat income 4 angka? Bagaimana nak cepat naik rank? Bagaimana nak buat jualan peribadi hingga RM10,000 sebulan?

Nak tau banyak lagi, kenalah join ;) Cepat-cepat hubungi:


012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Selasa, 29 November 2016

Siapa Dr. Shaklee Dan Kisah Lelaki Yang Di Ramalkan Mati Dua Kali


Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yg merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Bayangkan sehingga ayah dia dah give up & seolah2 tunggu je anaknya meninggal.

Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan... Taknak give up. Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba2 yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.

Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak2 tapi dia sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy. Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.




Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yg sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dgn tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi Forrest taknak give up. Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif,taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.

Itulah motivasi pengedar2 Shaklee iReach, nak berbakti & berkongsi yg terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap2 orang. Atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dgn ikhlas dan Allah redha.

Alang2 hidup di dunia, biarlah meninggalkannya dgn pahala yang tak putus-putus.


-Kredit Master Lyna Noh



                                 Berminat menjadi sebahagian daripada team kami? Hubungi:



012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Cara Hilangkan Gastrik Tanpa Ubat Hospital

Assalamualaikum wbt.

Ciksu tak pernah kena gastrik, tapi memang pernah tengok orang kena gastrik. Adik Ciksu sendiri. Sampai tertonggeng-tonggeng menahan sakit.

Dulu dia suka minum air gas macam air Coca Cola tu. Bila dah dapat sakit perut, terus dia berhenti minum. Nescafe pun dia stop.

Orang gastrik memang tak boleh makan dan minum benda yang boleh menyebabkan angin dalam badan. Kafein salah satunya. Kalau korang ada gastrik, berhenti ambil benda-benda ni ok.


Gastrik ni berlaku disebabkan radang atau inflamasi pada lapisan perut. Tapi bukan semua sakit perut tu gastrik taw. Kena jumpa doktor dulu baru boleh tau.

Antara punca seseorang tu boleh kena gastrik ialah:

1. Peningkatan tahap asid dalam perut sebab ketiadaan makanan. Contohnya orang yang skip makan sebab terlalu sibuk, orang yang berpuasa

2. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori). Dikatakan 74% orang yang ada gastrik mempunyai jangkitan H.pylori nih

3. Merokok; juga boleh tingkatkan keasidan perut, serta zarah-zarah berbahaya daripada rokok merosakkan sel yang sedia sakit

4. Minuman beralkohol

5. Minuman dan makanan berangin dan bergas

6. Tabiat makan tak ikut waktu yang tetap

7. Stress

8. Pengambilan bahan kimia seperti ubat dalam kategori NSAIDs.

9. Gemar makanan terlalu pedas

10. Gemar makanan proses, makanan segera, junk food, jeruk

11. Makanan mengandungi yis seperti roti, kuih pau

Kalau nak ikutkan, memang banyak makanan nak kena pantang. Tapi bukan susah pun. Bila kita dah terbiasa jaga makan, insyaAllah semuanya mudah je.

Bagaimana nak tahu kalau kita ni ada gastrik?

Macam Ciksu tulis kat kat atas tu tadi, doktor je yang boleh sahkan sama ada kita ni memang ada gastrik atau penyakit lain. Kalau ada simptom-simptom ni, segeralah bertemu doktor.

  • Pedih ulu hati atau bahagian atas perut
  • Terasa loya dan nak muntah
  • Turun berat badan
  • Terasa pedih, sakit dan sengal perut antara satu hingga tiga jam selepas makan
  • Kerap sendawa dan perut rasa berangin
  • Sakit kepala
  • Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah)
Percaya tak gastrik boleh dikurangkan? Adik Ciksu sendiri, lepas beliau amalkan ESP, beliau sendiri tak perasan dah lama tak kena gastrik.

Itu pun sebab Ciksu tanya, lepas dah agak lama dia consume ESP, "kau kena gastrik lagi tak?". Dia kata takde. Rupanya bukan dia je. Ramai lagi pengamal suplemen Shaklee hilang masalah gastriknya secara tak sengaja.

Testimoni 1:


Testimoni 2:


Testimoni 3:


Testimoni 4:
Seronok rasa bila dah tak perlu lagi menahan sakit perut, pedih sampai menonggeng-nonggeng. Nak buat apa pun dah tak perlu fikir pasal gastrik lagi.

Untuk yang ada masalah gastrik, Ciksu amat cadangkan anda mengambil Set Gastrik Shaklee ni.

Apa yang best sangat mengenai set ni?

ESP: 
Sumber protein tulen yang membantu memulihkan sel dinding usus yang rosak, memberi rasa kenyang kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah.

Ostematrix:
Sumber kalsium yang mengurangkan rasa krem dan pedih otot perut, mengurangkan sakit kepala.

Peppermint Ginger:
Membantu membuang angin dalam badan, mengurangkan loya dan muntah.

Jika berminat mendapatkan Set Gastrik ini, harganya RM256 untuk penggunaan 1-2bulan. Anda juga boleh terus daftar menjadi ahli sebanyak RM68.90 untuk mendapatkannya pada harga yang lebih murah.

Amalkan Set Gastrik ni, bukan gastrik je hilang, tapi banyak bonus lain yang bakal anda dapat seperti kulit lebih cantik dan sihat, hilang sakit-sakit urat, rambut lebih lebat dan banyak lagi. Nak tau kena cuba sendiri ;)

Ciksu doakan, dengan pemakanan yang baik, semoga masalah gastrik anda dapat di atasi.

Untuk info lanjut dan pembelian, hubungi Ciksu:


012-964 5614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Isnin, 28 November 2016

6 Suplemen Shaklee Untuk Kanser Dan Tumor Yang Boleh Diambil Sebelum Dan Selepas Kemoterapi

Assalamualaikum wbt..

Sebelum tu nak minta pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada anak kenalan Ciksu yang Ciksu dapat berita telah meninggal dunia pada pagi tadi Al-Fatihah.

Anak kenalan ni muda lagi, meninggal akibat barah payudara yang menyerang sampai ke peparu. Muda lagi, baru awal 30-an. Ada anak kecil dua orang.

Seriau juga Ciksu dengar. Kanser ni memang tak kenal mangsa kan. Muda ke tua ke semua berisiko.

Rupanya masa dapat tau itu sel kanser, memang dah stage 4. Aduhai meremang bulu tengkuk. Selalu macam tu la, jarang kita dapat kesan kanser ni dari awal.

Oleh itu, kalau ada rasa lain atau pelik sikit dengan badan kita ni, segeralah buat pemeriksaan. Tapi tu lah, macam anak kenalan ni, dia dah jumpa doktor bila dia kesan ada bonjolan pada payudara. Kebetulan pulak dia masih lagi susukan baby, so doktor kata tu bengkak susu je.


Speechless sekejap masa kawan cerita. Diri sendiri pun tengah menyusukan bayi ni. Aduhaiii...

Apapun, kita kena beringatlah.. Persekitaran dan pemakanan yang tu nombor 1 kena jaga dan ambil berat.

Jauhkan punca-punca pencemaran, radiasi, udara tercemar, racun -racun serangga dan sebagainya takut terhidu.

Pemakanan lagi banyak kena jaga. Kita sekarang banyak sangat makan processed food kan. Macam wajib ada kat rumah. Sememangnya tak boleh lari. Walau macam mana pun, kena kurangkan jugak.

Kena back to nature orang kata. Makan benda-benda yang semulajadi, masak dan buat sendiri je. Kita cuba insyaAllah.

Hari ni Ciksu nak share beberapa suplemen yang sangat penting di ambil dan di amalkan untuk mencegah kanser, dan turut boleh di ambil oleh pesakit kanser.

Set Kanser Premium

Kenapa set ni penting?

1. Mengandungi antioksidan dan antikanser yang mampu memusnahkan sel kanser.

2. Mengaktifkan sel pembunuh semulajadi dalam badan kita atau juga dikenali sebagai natural killer cell (NK cell). Orang yang ada kanser, dia punya NK cell ni sangat rendah. NK cell ni bertindak secara khusus memakan sel-sel kanser.

3. Mengurangkan keradangan yang di alami oleh pesakit kanser.

4. Mencegah sel kanser daripada merebak ke organ lain.

5. Mengurangkan kesan ketakselesaan akibat rawatan kemoterapi.

6. Membantu pembinaan semula sel-sel sihat.

7. Mencegah kanser daripada berulang.

8. Melindungi sel sihat daripada terjejas akibat rawatan.

Suplemen Menggantikan Kemoterapi?

Ciksu amat tidak menggalakkan anda menolak rawatan kemoterapi atau apa-apa rawatan yang dicadangkan oleh doktor.

Suplemen ini boleh di ambil sebagai ikhtiar sama ada sebelum atau selepas kemoterapi, tetapi mengambilnya dengan asbab tak mau menjalani rawatan doktor, is a big NO!

Biarlah doktor sendiri yang mengesahkan bahawa kita tak perlu lagi menjalani rawatan kemoterapi, bukan pandai-pandai sendiri. Tujuan kemo ni adalah untuk matikan sel kanser dengan ubat yang lebih kuat.

Suplemen pula bertindak secara semulajadi dari dalam sebagai nutrisi tambahan. Ada bezanya.

Ciksu faham, bilamana kita takut dan terdesak, kita akan buat apa saja untuk cepat sihat. Tapi lari dari perubatan moden pun tak bagus juga. Kita tak nak nanti terpaksa datang semula ke hospital tapi masa tu dah terlambat.

InsyaAllah, dengan kedua-dua rawatan moden dan pengambilan suplemen Shaklee, akan mempercepatkan  proses penyembuhan dan mengurangkan 'seksa' masa kemo.

Bagi yang berminat mendapatkan Set Kanser & Tumor Premium diatas, harganya RM1107. Anda boleh jimat dengan mendapatkan pada harga ahli; juga layak mendapat keahlian percuma berserta cashback bonus.

Info lanjut, berkenaan set diatas, serta cara pembelian, boleh hubungi Ciksu:


012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994


Kenangan Budak Asrama: Kena Denda Cuci Longkag Gara-gara...

Banyak memori zaman sekolah dulu. Manis masam pahit kelat hangus rentung semua ada.
Tapi sekolah la yang membentuk kita hari ni kan.
Ciksu dulu duduk asrama. Budak asrama semua rajin-rajin kalau nak tau. Pepagi bangun jam 3,4 pagi bukan nak tahajud tapi mandi kat sekolah nun sebab asrama takde air.
Kena cuci tandas asrama, tu biasa. Kutip sampah satu asrama pastu gi buang kat tong besar sampai lewat pi sekolah. Wangi-wangi jam 4 tadi dah busuk balik. loll
Barang macam sabun, ubat gigi, selipar, tudung(tudung apa tah nama yang bubble2 glamer zaman tu) kalau tak kena curi bukan asrama namanya.
Paling best kena denda ramai-ramai. Ada satu hari tu, entah rasukan ablasa apa, satu bilik bangun lewat tak solat Subuh. Sedar-sedar Ustazah datang kejut. Ustazah garang kau.
Sekali dia memekik kecut perut dibuatnya. Rindu ustazah saya yang garang tapi baik hati tu.
Hasil daripada kejadian itu, kami ramai-ramai kena cuci longkang besar belakang asrama. Seronok sebenarnya. Gambar pun ada tapi tokleh la tunjuk sebab masing-masing tak tutup urat dengan sempurna.
Ni adik-adik sekarang kecoh bebenor lahai.. Denda tak tara mana pun, sampai nak saman menyaman bagai.

Percayalah dik, sok kau dah umur macam akak, kenangan macam tu la kau paling ingat pastu kau cerita pulak kat anak cucu kau.
Siapa pernah duduk asrama dulu, apa kenangan yang korang paling ingat? Cer komen.

Ahad, 27 November 2016

7 Tip Galakkan Anak Lelaki Bersunat Dan Cara Penjagaan

Assalamualaikum wbt.

Semalam, 26 November 2016, anak teruna sulung Ciksu telah selamat dikhatankan. Umur dia baru  8 tahun, darjah dua. Tapi dia sendiri yang mintak nak bersunat, so kita sunatkan ajelah.

Ingatkan nak bawa sunat di klinik je. Satu hari dapat tau, qariah masjid dekat rumah ni nak buat majlis berkhatan beramai-ramai. Bayaran pun RM50 je. Setelah bincang dengan Ammar, dia pun setuju.

Maka tepat pada hari yang di janjikan, bersunatlah Ammar, dan bermulalah fasa baru dalam kehidupannya. Hihi drama lebih mama ni.

Ciksu nak share sikit beberapa tip macam mana nak galakkan anak lelaki bersunat tanpa paksaan, tanpa rasa takut dan tanpa kena kejar satu kampung. Heh..

1. Kerap bagi pendedahan

Sebenarnya kitorang selalu tanya, 'bila Ammar nak sunat?'. Semuanya bermula bila tengok cerita Upin Ipin episod bersunat tu.

Kalau tak tau, boleh tengok sini.


Lepas tu kebetulan pulak, ada sepupu dia yang umur tua setahun daripada dia baru bersunat. So mama kerap cerita pada dia pasal bersunat gitu gini. Ceritalah yang baik-baik, jangan takutkan dia pulak.

2. Beli kain pelikat

Ciksu beli kat Mydin je. RM10 sehelai, beli 2 helai. Ok lah buat salin-salin. Ciksu beli kain ni seminggu sebelum dia bersunat. Jadinya, dalam masa seminggu tu sibuklah dia prektis pakai kain pelikat. Lucu pulak menengoknya.

Solat Jumaat pun dah tak pakai baju Melayu, tapi pakai kain pelikat. Semangat bebenor.

3. Hari bersunat

Dia agak excited la sebab sunat pun ramai-ramai kan. Ada geng, jadi nak mengamuk ke nak menangis ke dia malu la sikit. huhu..

Dia cool je. Pagi tu bangun awal, mandi, sarapan semua baru ke masjid. Ciksu tak ikut sebab ada baby kecik mengamuk pastu tak nak mandi. So pergilah Ammar dengan abah dan adiknya Aqil.

Kat masjid ada taklimat, ada makan-makan sikit. Lepas tu baru start. Start pun agak lewat sebab doktor sesat. hahah.

Dalam jam 11 macam tu diorang pun balik.. Sebenarnya ini pun pengalaman baru untuk Ciksu juga. First time taw berhadapan dengan perkara sunat ni. haha.. memang Ciksu ada adik lelaki. Tapi masa dia bersunat dulu, Ciksu tak cara pun ke dia.

Bila first time tengok dengan mata kepala sendiri apa sebenarnya sunat ni, barulah faham. *tutup muka*. Macam tu rupanya :P


Masa encik suami tunjuk bahagian yang di potong tu, terkejut juga Ciksu. Banyak juga dia potong. Tetibe rasa seram sejuk. Erkkk.

4. Makan ubat

Doktor akan bekalkan ubat tahan sakit dengan ubat apa tah satu lagi. bebudak ni payah sikit makan ubat pahit tu. Tapi kena paksa juga. Nanti lambat baik pulak kan. Kang ada jangkitan mama juga yang susah.

Mama bagi juga dia makan Vitamin C chewable supaya darah cepat kering dan luka cepat baik.

5. Buang air kecil

Agak susah untuk dia bangun, pergi tandas dalam keadaan masih sakit tu. Jadi encik suami buatkan bekas untuk dia kencing. Potong je botol plastik dan suruh dia kencing dalam tu. Nanti lap dengan tisu dan renjis air sikit untuk basuh.

6. Pastikan luka dalam keadaan kering

Doktor takde pulak bagi ubat sapu. Jadi, kami memang tak sapu apa-apa lagi. Tunggu betul-betul kering baru sapu minyak gamat atau krim Herbal Blend.

Nak kurangkan bengkak, mama  bagi dia makan Omega Guard Shaklee. Omega ni memang bersifat antiradang dan anti-inflamasi yang menghalang bengkak dan jangkitan.

7. Pemakanan

Ni yang mama pening. Pening bukan sebab tau nak masak apa, tapi sebab tak tau nak masak apa yang dia nak makan. Memilih sikit budak Ammar ni. Orang kata kena pantang macam mana ibu bersalin berpantang kan. Sebab takut bentan.

Jadi, mama sesuaikan dengan citarasa dan keadaan Ammar. Mama cuma elakkan makanan yang boleh menyebabkan gatal je.

Antara lauk yang boleh di makan ialah ikan tenggiri, ikan merah, ikan siakap, ikan selar saiz besar, daging. Selain pada tu tak digalakkan.

Sayur dia memang tak makan pun jadi tak yah la mama susah-susah fikir nak masak sayur. Bimbang tak cukup zat, mama bancuhkan Mealshake dengan milo. InsyaAllah Mealshake ni bekalkan semua vitamin dan mineral yang penting untuk badan.

Haa antara menu yang boleh dihidangkan untuk orang bersunat ni ialah:

  • ikan bakar
  • sup ikan
  • sup sayur
  • ikan goreng dengan minyak yang minimum
  • ikan bilis goreng
  • nasi goreng
  • mee goreng tanpa telur
Tempoh jaga pemakanan ni terpulanglah. Biasa dah baik, atau lepas seminggu dah boleh makan macam biasa.

*Nota Tambahan:

1. Kena paksa anak bangun kencing di bilik air. Ikutkan memang dia takut sakit. Mindset je tu. Bila luka dah mula kering, insyaAllah dah tak sakit. Jangan biar dia tahan kencing.

2. Hari 5-6, bengkak dah mula surut. Perhatikan kot-kot ada nanah ke, kena cuci.

3. Hari ke 7, Ammar dah cuba-cuba pakai seluar. Tapi sudahnya dia tanggal balik, tukar kain. Geli sangat katanya.

4. Boleh sapu apa-apa minyak atau krim asalkan luka dah betul-betul kering. Jangan juga biarkan kawasan tu lembap.

5. Jika bengkak masih berterusan lepas seminggu, dan kelihatan agak besar, bawalah berjumpa doktor semula.

Itulah serba sedikit tip dari mama yang first timer menjaga orang bersunat ni. Kalau korang ada info atau tip yang lagi best, boleh la share dalam komen.

Buat ibu yang akan menghadapi situasi macam mama, rileks ok, everything gonna be OK. hihi..


Nak order Mealshake , Omega Guard dan Vitamin C Chewable, boleh hubungi Ciksu bila-bila masa.

Terima kasih kerana sudi singgah!

-Puan Suhaila-

012-964 5614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

10 Tip Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Shaklee Dan Dapat Income 4 Angka

Assalamualaikum wbt.




Sedar tak sedar dah lebih 4 tahun Ciksu berkecimpung dalam arena Shaklee ni. Saje lah nak flashback balik bagaimana Ciksu bermula dulu.

Tips ni khusus untuk korang yang baru join ahli tapi masih blur, buntu, teraba-raba macam mana nak start. Memang normal la blur tu. Ciksu dulu berbulan-bulan blur hahha.

Bagaimana nak jadi 'pakar' Shaklee?

Eceh.. bukanlah pakar sangat. Tapi apa yang saya buat untuk jadi SID Pro sejak 2012. 

Walaupun ada background sains, basic kesihatan lagi tapi bab nutrisi -zero. Bab bisnes lagilah pulak.Ini yang saya buat sejak hari pertama jual Shaklee.

1. Study blog upline saya, blog mommy Ainul Malik dan blog Master Lyna Noh. Lepas tu baru blog2 SID yang lain.

2. Banyak bertanya. Siapa lagi, mak Ainul la mangsa saya siang malam pagi petang menanya. Kita nak belajar jangan ego. Rendahkan keegoan tu, cari guru-guru yang arif daripada kita. 

3. Beli buku berkaitan. Saya start dengan buku nutrisi Shaklee, pastu buku lain beli sendiri.

4. Study semua nota dan info dalam secret grup. Ada 4 grup dulu, nota ratus-ratus. Fengsan!


5. Catat. Saya ada buku kecil. Dapat apa je info semua tulis masuk buku. Baru senang nak refer untuk consult orang.

6. Pergi kelas offline jika berkesempatan.

7. Pergi bengkel nutrisi. Ni semua SID wajib attend. Kalau pergi ni dapat sijil taw. Barulah konfiden sikit nak jual produk yang best nih.

8. Kelas online kalau boleh mesti join. Sekarang kan ada Facebook live. Kalau upline ke cikgu ke sape-sape buat video tu, join la.

9. Study dari website. Tu paling senang tapi kena pandai la cari web yang berkaliber. Sebab banyak je web yang ditulis oleh orang-orang biasa macam kita ni kan. Public of interest tu selalunya ada. 

Website yang selalu jadi rujukan Ciksu ialah mayoclinic.com, webmd.com, portal KKM, dan blog doktor-doktor Malaysia.

10. Buat je! Tak kira la blur ke tak blur ke. Sambil tu kita belajar, belajar, belajar, belajar. Nak tunggu reti semua baru nak buat sampai bila tak bergerak. Orang dah income 4-5 angka, kita setahun tak habis blur lagi. huhuhu...

Orang  lain boleh kita pun mesti boleh! Cayookk!

Berminat nak buat bisnes Shaklee dengan join team Ciksu, hubungi:


012-964 5614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

#liveamazing #shakleeffect #joinciksu #superlady #fantastic4#tsunamishaklee

Sabtu, 26 November 2016

NUTRIFERON Shaklee Cara Cepat Hilangkan Segala Demam Dan Kesakitan


Kita Sedang Di Ancam!
Hidup kita kelihatan bahagia, gembira, sihat tapi sedar tak sebenarnya sedang diperhatikan? 
Jeng jeng jeng...
Sekeliling kita ni ada berjuta-juta makhluk halus yang sedang tunggu je nak menyerang kita. Siapa makhluk halus ni? Siapa lagi kalau bukan kuman seperti virus, bakteria, parasit, mikrob dan pelbagai lagi.


Diorang ni semua berupaya melemahkan sistem imun kita dengan cepat.
Belum masuk lagi persekitaran yang kotor dan penuh pencemaran. Ini pun boleh buat imun kita lemah.
Dari mana makhluk halus ni datang?
Boleh jadi dari asap kilang, asap kenderaan, racun serangga, air tercemar, makanan, bahan pencuci rumah, pendingin hawa, habuk, sentuhan fizikal, peluh, tempat kerja, sekolah, mana-mana pun.


Bagaimana kuman ni menjejaskan kita?
Apabila banyak kuman menyerang kita pada satu masa, terutama apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan rasa letih, penat, mengantuk, tidur terganggu, stress, flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dsb.
Bila sel kita tak sihat, badan kita akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas yang seterusnya boleh menyebabkan penyakit kronik, kanser, penuaan cepat dan sebagainya.

Pernah dengar SUPERBUG? Ini bukan superhero taw.

Superbug ialah kuman yang kebal dengan antibiotik. Kuman sekarang dah pandai. Lagi pandai daripada manusia. 

Seperti kata Dr. Fyda ni,
"Kita cipta 1 antibiotik untuk topi warna kuning. Dia pakai pula topi merah, terus ubat kita tak boleh kesan. Begitulah jadinya revolusi kuman kebal kepada antibiotik.
Ada yang sihat je macam biasa tapi perlukan rawatan sebab lain tapi dikesan ada organ yang rosak pula sebab jangkitan kuman. Nak tak nak, memang terpaksa tingkatkan imun untuk melawan jangkitan kuman2 tu. Sebab sistem imun kita bunuh kuman tak sama dengan ubat2 tu. Tak payah nak tengok pakai topi apa, dia ngap je semua"

Takut kan? Jangan pandang rendah dengan makhluk halus ni.
Lagi satu, kalau dah kena makan antibiotik tu, kena lah habiskan dalam masa yang ditetapkan. Kalau doktor kata seminggu seminggulah. Jangan tunggu sebulan.
Badan kita memang ada sistem pertahanannya sendiri. Tapi jika lemah, ia tidak berupaya untuk melawan penyakit dengan baik dan cepat.

Bagaimana nak kuatkan imun?
Jangan stress, jaga pemakanan dengan makan benda berkhasiat, jaga kebersihan, hidup happy, kurangkan terdedah kepada pencemaran dan udara kotor, makanlah suplemen!
Ada orang kata suplemen tak penting sebab katanya badan kita ada mekanisme tersendiri untuk lawan penyakit. Memanglah. Tapi dengan bagi suplemen yang betul, sistem pertahanan akan lebih kukuh dan kuat. Kita bantulah dia..
Sakit pun akan cepat baik.
Bulan ni bulan imuniti taw. Dapatkan #SetImuniti anda atau rebut offer #Nutriferon bulan ni!

Nutriferon ini dikenali sebagai immune booster. Pengambilannya mampu mempertingkatkan dan mengaktifkan semula sistem imun yang lemah. Amat sesuai di ambil oleh sesiapa saja yang selalu sakit, sedang menjalani rawatan, malah orang sihat pun digalakkan makan sebagai langkah pencegahan.

Nutriferon ni memang benda wajib ada dirumah saya. Harga sekotak RM181.25 (30 stick). Kalau ada anak kecil dirumah, lagi kena simpan buat stok. Selesema ke, demam ke, batuk ke, gatal-gatal ke semua saya sumbat Nutriferon ni. :)

Hubungi:

Ciksu 012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994




Jumaat, 25 November 2016

10 Tanda Otot Lantai Pelvik Anda Lemah Dan Cara Menguatkannya

Assalamualaikum wbt.

Pernah dengar tentang otot lantai pelvik atau dalam Bahasa Inggerisnya pelvic floor?

Otot lantai pelvik ni adalah otot yang duduk paling bawah pada bahagian pelvik wanita. Otot ni yang menahan otot-otot yang berada diatasnya seperti rahim, pundi kencing, dan sistem penghadaman kita.

Ia terletak di antara hujung sakrum di belakangnya dengan tulang pubik di hadapannya. Ia juga merupakan dinding otot kepada saluran urethra, faraj dan dubur.


Otot ni memang kuat, tapi percaya tak, otot ni boleh jadi lemah atas beberapa sebab terutama kita orang wanita ni.

Antara punca otot pelvik ni jadi lemah ialah:
  • wanita dengan berat badan berlebihan
  • wanita selalu mengangkat benda berat
  • wanita yang sudah beranak terutama yang banyak anak
  • wanita mengandung
  • wanita lepas bersalin terutama yang bersalin NORMAL dan melakukan episiotomi
  • wanita yang putus haid atau menopaus
  • ada sejarah sakit belakang
  • kerap sembelit
  • kerap naik turun tangga
Bukan mudah menjadi wanita. Banyak benda nak kena jaga betul tak?

Bagaimana nak tahu kalau otot lantai pelvik kita ni lemah?

Jom semak ada tak ibu mengalami antara 10 tanda-tanda di bawah ni.

1. Terkucil semasa bersin, batuk, ketawa atau bersenam (stress incontinense)

2. Terkucil semasa mengangkat benda berat

3. Susah nak kawal berak

4. Kerap sangat nak ke tandas

5. Mengalami prolaps atau gelincir rahim

6. Terasa tak lawas semasa membuang air besar atau kecil

7. Kentut vagina 

8. Terasa sakit di kawasan pelvik

9. Terasa sakit semasa melakukan hubungan intim

10. Hilang daya sensual dan sensitiviti semasa hubungan intim

Bagaimana nak kuatkan otot lantai pelvik yang lemah?

Sebenarnya senang je nak kuatkan semula otot pelvik ni. Caranya ialah dengan melakukan senaman kemutan yang juga  dinamakan senaman Kegel.

Langkah 1:

Duduklah dalam keadaan selesa. Bukakan sedikit kaki, letakkan siku atas lutut.

Langkah 2:

Bayangkan kita sedang menahan nak buang air kecil  dan air besar sangat-sangat.

Langkah3:

Kemutkan otot hadapan (kencing) dan otot belakang (berak)

Langkah 4:

Kemut dan tahan seberapa lama yang boleh atau selama 10 saat.

Langkah 5:

Rehat 10 saat dan ulang balik hingga 10 kali.

Masa saya menghadiri ceramah dengan pakar fisiologi, beliau ada terangkan beberapa teknik mengemut.

1. Boleh kemut, lepas, kemut, lepas - sesuai untuk permulaan yang baru nak berjinak-jinak buat senaman ni.

2. Kemut; tahan 10 saat, dan lepas (seperti langkah diatas)

Selain melakukan dalam keadaan duduk, senaman ni boleh dia buat dalam apa-apa posisi pun dan bila-bila masa. Takde orang boleh tau pun kita sedang mengemut.

Pakar fisiologi tu kata, lebih elok jika kita buat semasa:



  • nak bersin , batuk atau ketawa - kemut dulu, dah bersin , batuk, ketawa baru lepas
  • nak angkat benda berat - kemut dulu, dah angkat baru lepas
  • nak naik tangga - kemut dulu, dah sampai atas baru lepas
  • sebelum nak melompat
  • semasa berdiri pun boleh
Dan untuk pengetahuan, senaman ni takkan menunjukkan kesan dalam masa singkat. Otot-otot berkenaan selalunya akan mengambil masa untuk menjadi kuat.

Rajin-rajinlah buat senaman ni, dalam 6 kali sehari atau lebih.

Kalau ada masalah nak buat senaman ni, eloklah jumpa dengan anggota kesihatan yang bertauliah.

Ada masalah rahim dan otot lemah, perlukan suplemen untuk membantu kuatkan otot pelvik, boleh hubungi saya ;)


012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994



Rabu, 23 November 2016

Kesan Makan Shaklee 4 Tahun, Lihat Apa Yang Berlaku


"Makan Shaklee banyak-banyak ni bahaya! Tak takut rosak buah pinggang ke"

Al-kisah ada satu pagi tu, lepas saya solat Subuh,  suami saya mengadu tiba-tiba dia rasa kepala pening pusing-pusing. Jalan pun macam nak tumbang je. Siap berpegang pada dinding lagi.

Kami pun automatik jadi panik. Entah-entah darah tinggi. Saya memang trauma dengar darah tinggi, sakit jantung semua ni. Kebetulan pulak kakak saya baru je masuk wad sebab tekanan darah terlalu tinggi. 

Saya pun suruh suami pergi klinik.

Pergi cek klinik swasta ada la tinggi sikit, doktor kata esok datang balik. Kalau tinggi lagi terus on ubat. 😱😱😱     Biar betul?!

Tapi asben tak pergi pun sebab kerja hari tu.

Lusa tu baru dia pergi klinik kerajaan. Lepas cek, doktor kata ok je. Tapi doktor suruh ambil darah nak tengok apa masalah sebenarnya.

Dan hari ni, lebih kurang lepas sebulan, pergi klinik semula untuk ambik result.

Nerves juga tunggu suami balik. Sampai-sampai rumah je dia tunjuk kertas ni.


Alhamdulillah... semua cun. Suami kata doktor siap buat cenggini 👍👍👍       
lagi.

Habis tu apa punca pening-pening tu? Sampai sekarang pun ada lagi terutama kalau salah makan. Doktor kata maybe angin atau stress.

Jadinya lepas ni beliau kena makan Garlic, Peppermint Ginger dan ESP pulak ye untuk buang angin dan pulihkan sel usus kot-kot la ada gastrik ;)

Suami Ciksu  ni memang pengamal produk Shaklee seperti Vitalea, Lecithin, Alfalfa, Ostematrix, Vitamin C, Omega, B complex, dan Garlic jarang-jarang dah lebih 4 tahun pun. 
Dan sebenarnya ikut suka tekak dia je nak telan yang mana sebab semua Ciksu lambakkan atas meja tu. Haha

Bahaya ke makan Shaklee??
Jangan takut makan Shekli. Semua ni penting untuk badan kita. Semuanya ada fungsi tersendiri taw. 
Landmark Study  Shaklee dah membuktikan makan Shekli bertahun-tahun selamat malah lagi baik kesihatannya berbanding orang yang tak makan apa-apa suplemen atau orang yang makan suplemen brand lain.

Apa pun  kami bersyukur pada Allah atas nikmat sihat ini. Semoga terus sihat untuk lihat orang lain sihat dan terutamanya untuk tengok anak-anak membesar depan mata kami.

Nak khidmat nasihat pasal Shaklee,
Hubungi kami:

Ciksu 012-9645614
Mr. Azman 019-2083656

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

Sabtu, 12 November 2016

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wbt.

Banyak perubahan yang akan di alami oleh seorang wanita apabila dia hamil. Ada yang menyeronokkan, ada juga yang menakutkan.

Antara perubahan yang di alami ialah keluarnya lelehan vagina atau discaj vagina yang agak banyak lebih daripada biasa.

Lelehan ini sebenarnya normal, tetapi akan  jadi bahaya jika diikuti keradangan, gatal-gatal dan perubahan warna dan bau yang luar biasa.


Keputihan semasa hamil mungkin disebabkan oleh dua keadaan sama ada jangkitan fungal atau jangkitan bakteria.

Jangkitan bakteria terutama  Group B Streptococcus (GBS) lebih berbahaya kerana ia berisiko terhadap bayi dalam kandungan. Bayi boleh meninggal dunia dalam rahim atau beberapa hari selepas di lahirkan kerana bakteria akan menyerang paru-paru, hati dan otak bayi.

Jika ibu was-was dan risau dengan keputihan yang melanda,  berbincanglah dengan doktor.

Saya sendiri ada pengalaman dengan keputihan semasa kandungan yang terdahulu. Biasanya doktor akan ambil sample keputihan untuk menentukan punca keputihan. Doktor juga akan berikan sejenis ubat 'insert' untuk mengurangkan keputihan.


Simptom keputihan yang bahaya:

  • gatal-gatal dan radang sama ada dalam vagina atau kawasan vulva
  • vulva rasa bengkak
  • keluar lelehan yang berwarna seperti keju
  • sakit semasa hubungan kelamin
  • demam
Jika jangkitan faraj disebabkan oleh bakteria, doktor juga akan memberikan antibiotik yang sesuai untuk membunuh kuman dan bakteria tersebut.

Cara Mengatasi Keputihan Ketika Hamil

Selain bertemu doktor dan dapatkan rawatan yang sesuai, ibu boleh juga melakukan beberapa perkara ini.

1. Elakkan seluar dalam fabrik nilon, sebaliknya pakai yang diperbuat daripada kapas kerana ia lebih baik menyerap lembapan.

2. Lap bahagian kemaluan hingga kering, jangan biar basah.

3. Elakkan memakai sebarang krim kerana ia mungkin boleh menyebabkan keadaan lebih teruk

4. Elakkan juga sebarang pencuci atau feminine wash

5. Pakai pantyliner atau tisu tandas yang unscented. Bahan pewangi biasanya akan mengganggu persekitaran normal vagina.

6. Kurangkan tepung putih atau apa-apa makanan yang boleh menyebabkan kenaikan gula dalam badan. Kuman, malah kulat perlukan gula untuk membesar.

7. Ambil makanan yang berindeks glisemik rendah (low GI) terutama bagi ibu yang ada kencing manis. Apabila kencing manis, sel kita lebih rintang terhadap hormon insulin, iaitu sejenis hormon yang membenarkan glukosa memasuki sel.. Apabila terlalu banyak glukosa, maka aras gula darah jadi tinggi.

Kurangkan mengambil gula putih, makanan manis, biskut, kek, air kotak, air gas atau apa-apa minuman dan makanan yang tinggi gula.

Sebaiknya banyakkan mengambil makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, kekacang, minyak zaitun, legum, avocado dan sumber protein seperti kacang soya.

8. Ambil makanan yang bersifat antioksidan dan antibakteria kerana ia berupaya melawan jangkitan dengan cara yang lebih semulajadi dan selamat.

Set Keputihan Shaklee Untuk Ibu Hamil

Dengan mengamalkan cara dia atas, dan mengambil set ini, alhamdulillah keputihan dan gatal-gatal dah banyak sangat berkurang. 


Bagaimana set ini membantu?

ESP adalah protein soya yang berindeks glisemik rendah. Minum ESP akan stabilkan gula dalam darah kita. ESP juga bantu saya lebih kenyang dan kurang keinginan untuk makan benda manis. Kencing manis saya pun terkawal apabila mengamalkan ESP semasa mengandung. Alhamdulillah.

Vitamin C pula adalah antioksidan. Ia akan bantu melawan kuman dengan cara kuatkan sistem imun kita.

Garlic Complex pula bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang juga akan bantu melawan bakteria.

Perlu diingat, set ini adalah suplemen sahaja, bukan bertindak macam ubat. Jika keputihan anda teruk, masih perlu dapatkan rawatan daripada doktor. 

Sebagai seorang ibu, kita mestilah nakkan yang terbaik untuk anak kita. InsyaAllah kita jaga elok-elok semasa mengandung agar nanti lahirnya sihat dan bebas penyakit.

Semoga ibu  dan bayi sentiasa sihat sepanjang mengandung dan dijauhkan daripada sebarang penyakit berbahaya.

Jika ibu berminat mendapatkan Set Keputihan ini, boleh hubungi saya bila-bila masa. :)

Mama Su
012-9645614
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

Kesan Minum Soya Kepada Pesakit Kanser Payudara

Assalamualaikum wbt.

Sudah terlalu lama kita dengar bahawa soya tidak bagus di ambil oleh wanita terutama kepada pesakit kanser kerana di katakan soya mengandungi estrogen seperti estrogen manusia. Benarkah tanggapan ini?

Teruskan pembacaan jika anda benar-benar telah bersedia.

Sekian lama juga kita dimomokkan yang meminum soya ini adalah sebahagian daripada agenda Yahudi.

Soya sebenarnya bukan berasal daripada Yahudi, atau Amerika tetapi berasal  dari Asia Timur. Bahkan perkataan 'soya' itu sendiri di ambil daripada sebutan masyarakat Jepun 'shoyu'. Orang German juga memanggilnya 'soja'.


Dari mana datangnya pula minum soya adalah sebahagian daripada agenda Yahudi sedangkan penduduk Asia Timur seperti Jepun, China, Korea, Indonesia malah negara kita sendiri Malaysia telah menggunakan soya sejak turun temurun berabad yang lalu, sejak sebelum direkodkan pun.

Soya diperkenalkan di Amerika Utara pada tahun 1765 daripada negara China, dan kemudian barulah ia tersebar meluas ke serata dunia.

Kini, negara seperti Amerika, Brazil, Argentina, India dan China adalah pengeluar utama hasil soya di dunia.

Soya makanan berkhasiat

Berbagai makanan berasaskan soya dan semuanya sedap-sedap. Kita di Malaysia biasa makan tempe, minum air soya, tau fu fa, malah saya yakin mereka yang bising-bising dengan 'agenda Yahudi' tu turut memakan ini - kicap.

Tumbuhan soya sangat kaya nutrisi. MasyaAllah percaya tak bahawa protein soya adalah satu-satunya protein berasaskan tumbuhan yang mengandungi asid amino lengkap seperti protein haiwan. Baiknya Allah.

Kalau anak kita jenis yang alah kepada susu lembu, masih lagi dapat menikmati sumber protein daripada soya.

Kacang soya juga mengandungi Omega 3 (ALA), Vitamin B Kompleks, saponin, dan komponen paling 'mahal' isoflavone. Isoflavone inilah yang dikenali sebagai phytoestrogen atau estrogen tumbuhan (plant estrogen).

Soya penyebab kanser payudara?



Tiada bukti menunjukkan soya menjadi punca kanser termasuklah kanser payudara. Bahkan punca sebenar bagaimana sel kanser boleh wujud masih menjadi tanda tanya.

Sudah tentulah ia ada kaitan dengan banyak faktor termasuk persekitaran, gaya hidup, pencemaran, timbunan toksin, stress, corak pemakanan serta proses biokimia dalam badan kita sendiri.

Dalam buku Family Health Modern Diseases, Causes, Symptoms And Prevention, Dr. Bruce Miller mengatakan bahawa punca utama kepada kejadian kanser payudara ialah pendedahan terlalu lama terhadap hormon estrogen dan radikal bebas berlebihan dalam badan yang menyebabkan kerosakan DNA, lalu menjurus kepada kanser.

Estrogen oh estrogen!


Hormon estrogen amat penting dalam memainkan fungsi kewanitaan. Setiap bulan wanita akan terdedah kepada hormon estrogen yang kuat ini. 

Tisu payudara mempunyai estrogen reseptor (ER) iaitu di mana estrogen akan melekat pada tapak reseptor seperti kunci dan mangga untuk mengaktifkan tisu payudara. Sel yang paling reaktif kepada estrogen ialah sel kelenjar dalam payudara.

Hormon estrogen akan meransang sel kelenjar untuk tumbuh dan membahagi.

Semasa proses pembahagian inilah, radikal bebas akan mengambil peranan pula. Radikal bebas akan menyebabkan proses pembahagian ini berlaku kesilapan (error), lalu merosakkan struktur DNA. Kerosakan DNA pula menjadi penyebab utama sel kanser terbentuk.

Semakin lama proses ini berlaku, sel kanser akan semakin merebak dan membesar.

Kesan minum soya kepada pesakit kanser

Pasti kita tertanya-tanya, selamat ke orang ada kanser payudara minum soya? Boleh ke bekas pesakit kanser ambil soya?

Kita tahu bahawa pesakit kanser ni 'alah' kepada hormon estrogen. Kita juga tahu bahawa soya ada phytoestrogen. Jadi, selamat tak minum soya? Kan dua-dua estrogen tu?

Hormon estrogen manusia sangat berbeza dengan estrogen tumbuhan. Estrogen manusia sangat strong manakala estrogen tumbuhan, walaupun strukturnya hampir sama, ia adalah estrogen yang lemah.

Bukan soya sahaja yang ada phytoestrogen. Banyak tumbuhan lain juga!

Protein soya mengandungi phytoestrogen iaitu isoflavones. Isoflavone adalah estrogen yang lemah yang akan bersaing dengan estrogen manusia yang strong untuk merebut tapak reseptor. Apabila semakin banyak ikatan phytoestrogen-reseptor berbanding estrogen-reseptor, ia akan melemahkan pertumbuhan sel kanser yang disebabkan estrogen yang kuat itu tadi.

Protein soya sangat unik kerana ia satu-satunya tumbuhan yang mengandungi dua isoflavone penting iaitu genistein dan daidzein. Keduanya membekalkan banyak manfaat estrogen tanpa kesan sampingan.

Kajian menunjukkan populasi yang mengambil diet berasaskan soya mempunyai 90% lebih rendah kanser payudara berbanding populasi yang tidak menjadikan soya sebagai makanan.

Seorang penyelidik yang terlibat dalam kajian mengenai soya, dalam Journal of Nutrition menulis,

"This report is a review of result that suggest that the isoflavones in soy are natural cancer protective compounds".

Antara hidangan soya yang bagus di ambil ialah miso, tofu, susu soya, tau fu fa, tempe dan supplemen seperti protein concentrate.

Jadi, soya benar-benar selamat di minum?

InsyaAllah, asalkan soya itu bukan soya yang telah diubahsuai genetiknya. Elakkan soya GMO, pilihlah soya tulen.

Tidak perlu takut dengan soya. Tetapi ambillah secara sederhana. Bagi pesakit kanser, protein berasaskan tumbuhan lebih bagus berbanding protein haiwan.

Sumber protein tumbuhan terbaik? Dah tentulah soya!

Apapun terpulanglah kepada pilihan masing-masing. :)


Keep calm and have a glass of soymilk

Inginkan protein soya bukan-GMO yang selamat? Order di sini!

Hubungi:

Puan Suhaila
012-9645614
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994