Enter Keyword

JERAWAT: KENALI PUNCA, SIMPTOM DAN CARA MERAWAT

Assalamualaikum, salam ceria buat pembaca blog MS sekelian.

Bila sebut jerawat ni, memang ramai orang ada kisah sedih mengenainya, betul tak? Macam-macam punca jerawat boleh naik sampai kadang tu kita pun tak reti nak buat macam mana dah.

So hari ni, jom kita ambil tahu sikit pasal jerawat. Mudah-mudahan jumpa jalan penyelesaiannya.

Jerawat  sebenarnya adalah masalah biasa dikalangan remaja bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia (according to British Medical Journal). Jadi, janganlah sedih sangat. Berjuta-juta orang ada masalah ni. Bahkan lagi teruk.

Apa itu jerawat?

Jerawat atau juga dikenali sebagai 'zit' (parut atau tanda pada kulit) ATAU bintik -adalah 'papule' atau 'pustule' kecil ; kecederaan atau pembengkakan kecil kulit di mana kelenjar minyak yang telah dijangkiti bakteria, membengkak lalu dipenuhi dengan 'pus' (nanah).

Jerawat terjadi apabila kelenjar minyak yang terletak di dasar folikel rerambut menjadi terlalu aktif terutamanya di kawasan muka, belakang badan, dada dan bahu. Jerawat adalah tanda ketara kepada masalah acne terutama apabila ia pecah.


Apa itu kelenjar minyak "sebacous gland''?

Kelenjar minyak adalah kelenjar kecil yang merembeskan sebum iaitu bahan berminyak yg berfungsi untuk melincirkan pergerakan kulit dan bulu pada mamalia.

Pada manusia, ia wujud di seluruh lapisan kulit kecuali di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Kelenjar minyak terdapat sangat banyak di kawasan muka dan kulit kepala. Di bahagian kelopak mata, kelenjar minyak meibomian merembeskan sebum khas ke dalam air mata.

Apa yang menyebabkan jerawat?

Kelenjar minyak yang menghasilkan sebum wujud di bawah permukaan kulit. Lapisan luar kulit akan bertukar secara continuosly.

Kadangkala sel kulit yang mati akan tertinggal dan terlekat bersama-sama sebum yang melekit menyebabkan  liang roma tersumbat.

Liang yg tersumbat akan sering berlaku semasa akil baligh iaitu lebih banyak sebum dihasilkan oleh kelenjar minyak. Dan apabila liang tersumbat, ia berkumpul di belakang sumbatan tersebut.

Sebum yang tersumbat dan terkumpul itu mengandungi bakteria termasuk Propionibacterium acnes yg mana ia adalah bakteria yg tumbuh perlahan-lahan dan berkaitan dengan acne. P.acne secara amnya tidak berbahaya kepada kulit; walaubagaimanapun, apabila keadaan sesuai, ia berkembang dengan cepat dan menjadi satu masalah. Bakteria tersebut akan memakan sebum dan menghasilkan bahan yang menyebabkan tindak balas immune membawa kepada pembengkakan dan bintik.

Kulit mereka yg cenderung mengidap acne biasanya sensitif terhadap paras normal testosteron dalam darah. Hormon semulajadi dijumpai dalam lelaki dan wanita. Pada sesetengah org, testosteron boleh menyebabkan kelenjar minyak akan menghasilkan lebih banyak sebum, menjadikan lebih banyak sel kulit mati terkumpul dan akhirnya menyumbat liang roma.

Jerawat tidak berjangkit namun boleh diwarisi jika ada antara ahli keluarga yang mengalami masalah acne.

Petanda dan simptoms: jenis-jenis jerawat

Whiteheads
-sangat kecil, duduk di bawah kulit dan berwarna keputihan

Blackheads
-jelas berwarna hitam dan timbul dipermukaan kulit. Seringkali kita tersalah dan menyangka ia disebabkan kekotoran, kerana warnanya yang hitam, kita pun menyental dengan skrub. Ini tidak membantu malah boleh menyebabkan masalah yang lain.

Papules
-benjolan kecil padat dan bulat dipermukaan kulit. Ia berwarna kemerahan.

Pustules
-Jerawat yang dipenuhi oleh nanah. Ia jelas kelihatan dipermukaan kulit

Noduls
-Morfologi sama seperti papules tetapi lebih besar. Ia menyakitkan dan terlekat di dalam, di bawah kulit.

Cyst
-timbul dipermukaan kulit, dipenuhi nanah, menyakitkan dan akan meninggalkan parut.


Sumber

Terdapat kajian menunjukkan bahawa jerawat di muka dan badan adalah petanda kepada masalah pada bahagian tubuh kita yang lain. Jom tengok video yang sangat cool ini!


Haa risau tak?? Jika jerawat asyik tumbuh di tempat yang sama saja maka pertimbangkan untuk menjaga kesihatan di bahagian yang berkenaan ;)

Bagaimana merawat jerawat tanpa kos?

1. Bersihkan muka selalu

Sekurang-kurangnya 2 kali sehari tetapi JANGAN gunakan pencuci yang mempunyai bahan kimia yang kuat. Bahan kimia boleh meresap ke dalam kulit lalu boleh merosakkan kulit malah mampu menyerap ke dalam sistem darah kita. Eloknya ambil wuduk 5 kali sehari :)

2. Hati-hati dengan bedak samada bedak compact atau talcum powder

Elakkan memakai bedak compact, apa saja termasuk bedak bayi di muka. Partikel halus daripada bedak boleh masuk ke dalam kulit lalu menyumbat liang roma. Apa lagi bahan kimia daripada bedak turut meresap ke dalam kulit kita. Selain itu span menyapu bedak dimuka harus kerap ditukar jika anda terpaksa menggunakan bedak. Span yang kotor adalah tempat membiak bakteria, kuman yang pada bila2 masa boleh melekat pada kulit wajah.

3. Tuala muka

Gunakan tuala muka berasingan untuk mengelap muka. Jangan guna tuala mandi. Keraplah tukar tuala muka anda.

4. Sunblock

Guna sunblock bila perlu. Sinar UV akan mempercepatkan penuaan, menggelapkan kulit dan menggalakkan pigmentasi.

5. Jangan selalu tukar produk skincare

Elakkan guna produk kulit sebarangan dan bercampur-campur. Jika boleh dapatkan produk semulajadi yang diyakini bebas bahan kimia berbahaya, tajam dan merosakkan kulit. Lagi baik jika anda buat masker, skrub atau basuh menggunakan bahan semulajadi dari dapur anda.

6. Skrub muka?

Elakkan skrub muka berjerawat. Ini boleh membuatkan keadaan kulit muka menjadi bertambah teruk. Jika perlu, selepas membasuh, lapkan muka secara perlahan dengan kain lembut sahaja.

7. Pantang!

Memang syok picit jerawat. Berejam mengadap cermin pun tak pe

Elakkan memicit jerawat dengan jari. Jari dan kuku yang kotor tidak membantu mengurangkan jerawat tetapi membuat ia jadi lebih teruk. Kuman daripada jerawat yang dipicit juga mudah berjangkit kerana ia dipindahkan melalui jari yang kotor.

Tahukah anda jerawat boleh diatasi dengan nutrien yang betul? 

Pengambilan vitamin atau nutrien tertentu amat membantu untuk memperbaiki masalah kulit dan jerawat di muka. Ini kerana jerawat juga boleh berlaku akibat faktor kekurangan beberapa vitamin dan mineral dalam badan yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem pertahanan melawan bakteria, menstabilkan kandungan glukosa darah (juga dikaitkan dengan jerawat), metabolisme sel lemak pada kulit, serta penyingkiran bahan-bahan kotor daripada salur darah.

Antara vitamin dan nutrien penting itu ialah:

Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin E Zink Complex, GLA atau Omega 6, dan protein.

Bila kita dah pakai-pakai macam produk, buat macam-macam cara, tapi jerawat tak kurang-kurang pun, itu maknanya badan kita tak cukup vitamin dan nutrisi. Jadi macam mana dia nak buat kerja?

Caranya, kita perlulah 'cuci' dari dalam. Berikan makanan yang sebenar untuk kulit kita. Tengok beberapa testimoni di bawah ni. Dengan amalkan suplemen yang betul, jerawat bukan saja cepat surut, tapi dah susah nak naik.

Bukan je jerawat dan parutnya hilang, kulit pun jadi cerah sekata.

Jerawat mengecut hanya dengan vitamin C!

Set Kulit Cantik paling laris dan berkesan!

Haa ni baru sikit. Ada ramai lagi sebenarnya yang dah berjaya cantikkan kulit dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang betul.

Barulah happy, tak stress dan tak perlu keluar duit untuk beli produk yang tak pasti selamat ke tidak. Nak jumpa orang pun dah tak segan-segan kan. 

Sebab kulit muka dan cantik, licin, gebu peloles, cerah berseri dari dalam. Sendiri pun tak puas tengok muka sendiri kat cermin. =D

Jika berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi untuk masalah jerawat, boleh hubungi MS untuk konsultasi dan khidmat nasihat ok.

Mama Su
012-9645614
Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam