Sekarang ni terlalu banyak kes denggi dilaporkan malah ada satu kawasan perumahan tu mencecah 20 kes denggi dalam sebulan. Terkejut saya dengar!

Bahaya juga jika tak betul-betul jaga kebersihan di sekitar rumah kita. Kalau boleh semua tempat pembiakan nyamuk tu dimusnahkan.

Masalahnya, bila kita dah berjaga-jaga, orang lain pulak buat hal. Tiba-tiba ada pemaju membangunkan kawasan rumah, jadi banyak bekas-bekas terbiar macam tu je menakung air. Tu belum masuk rumah terbengkalai lagi yang bukan je jadi sarang nyamuk, tapi dah macam-macam sarang dah.

Awasilah juga anak-anak kita yang pergi bermain petang-petang hari tu. Pakaikan baju lengan panjang, atau sapu insect repellent seperti krim Herbal Blend untuk elakkan gigitan nyamuk.

Simptom serangan virus denggi
Petua Merawat Demam Denggi

Ok, disini saya nak kongsikan beberapa petua yang boleh dicuba untuk merawat denggi.

1. Sup Ketam

Walaupun tiada bukti saintifik menunjukkan sup ketam mampu menaikkan platlet, tiada salahnya mencuba. Nikmati sup ketam (berserta supnya) kerana ketam mengandungi protein. Tapi awas dengan kolesterol yang terdapat di dalamnya.

2. Jus daun betik

Cara menyediakan jus daun betik seperti dalam gambar di bawah:


3. Jus oren

Jus oren kaya dengan vitamin C dengan itu membantu tubuh menghasilkan antibodi serta mempercepatkan penyembuhan.

4. Jus delima

Jus delima dikatakan dapat membantu meningkatkan bacaan platlet darah yang merudum akibat serangan virus denggi.

Sebenarnya, yang amat penting semasa dilanda demam denggi ialah mengambil cukup cecair dan elakkan penyahhidratan. 

Kita kena minum banyak air kosong, dan elakkan berlaku kekeringan. Selain tu ambil vitamin yang boleh meningkatkan tahap imun badan kita.

Lagi baik kita amalkan sebelum terkena, atau jika dah terkena mulakan pengambilan nutrisi yang berkhasiat sejak dari awal lagi.

Apa pula kata pakar nutrisi ni ya? Sebenarnya, apa kita kena buat kalau dah terkena denggi??


Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.

1. Minum air kosong yang banyak

2. Elak makanan berlemak, tinggi garam, herba, pedas dan masin

3. Tingkatkan sistem imun -makan buah yang kaya vitamin C untuk bantu tambah darah

4. Protein untuk tingkatkan tenaga badan

Set Demam Denggi

Seperti yang disarankan pakar nutrisi itu tadi, kita mesti mengambil 4 nutrisi penting iaitu Performance Drink, Sustained Release Vitamin C, Nutriferon, dan ESP. 


Setiap produk dalam set ni ada fungsinya tersendiri untuk merawat demam denggi.

Performance Drink:
Tinggi iron untuk elak cecair badan hilang

Nutriferon:
Bantu sel darah putih bunuh virus

ESP:
Sumber protein yang juga bantu bagi tenaga dan tingkatkan sistem imun badan.

Vitamin C:
Bantu tingkatkan imun, bantu sel darah putih musnahkan virus denggi dalam badan

Satu set ini berharga RM506.25. Anda boleh dapatkan dengan harga ahli jika terus mendaftar ahli dengan bayaran sebanyak RM68.90 (tidak termasuk kos penghantaran).

Cepat sihat dengan nutrisi Shaklee!

Testimoni 1: 

Testimoni 2:

Testimoni 3:

Bagus amalkan set immune booster ni dari awal lagi iaitu sebelum terkena denggi lagi. Barulah akan lebih cepat sihat, :) InsyaAllah

Kita tak nak perkara yang tidak diingini berlaku kan?

Sebarang pertanyaan atau pembelian Set Demam Denggi ni,  boleh hubungi saya;

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994
Pengedar Shaklee Malaysia

Tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi adalah masalah kesihatan yang sangat serius yang boleh membawa kepada serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dikelaskan sebagai tinggi.

Lebih menakutkan, serangan darah tinggi boleh berlaku secara mengejut tanpa menunjukkan sebarang tanda. Seseorang boleh jatuh pengsan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba lalu dikejarkan ke wad kecemasan malah boleh koma!


Kita takkan tahu kita ada masalah tekanan darah tinggi kalau tak pergi buat pemeriksaan tekanan darah di klinik. Tapi...awas kepada anda yang berada dalam kumpulan di bawah:
  • mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)
  • ada sejarah keluarga mengidap serangan jantung atau tekanan darah tinggi
  • mengambil lebih garam atau makanan masin seperti ikan kering
  • kurang bersenam / kurang bergerak
  • stress
  • mengambil pil perancang
  • mengambil ubat pelega kesakitan (pain relievers)
  • sakit buah pinggang
  • penyakit adrenal
  • merokok
  • minum minuman keras
Jadi, rajinkanlah diri melakukan pemeriksaan bulanan untuk melihat trend tekanan darah anda.

Tahu tak, hanya dengan mengubah cara hidup atau lifestyle kita, kita mampu mencegah dan menurunkan risiko serangan darah tinggi mengejut??

Lelaki dalam video ni pernah mengalami serangan darah tinggi, dan sakit dada hingga terbaring!

Saksikan apa yang berlaku seterusnya....

Selain mengamalkan suplemen Shaklee di atas, kita juga boleh mengambil makanan yang terbukti dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan syarat, mestilah amalkan selalu..

1. Jus lemon
Lemon sangat tinggi dengan antioksidan Vitamin C. Ia membantu melancarkan peredaran darah serta mengelakkan serangan jantung mengejut. Antioksidan dalam lemon juga dapat membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan.

Perahkan lemon dalam air suam dan minum setiap pagi semasa perut kosong.

2. Bawang putih
Bawang putih juga telah terbukti secara saintifik dapat menstabilkan tekanan darah serta menurunkan aras kolesterol. Bawang putih membantu melegakan salur darah dengan meransang penghasilan oksida nitrik dan hidrogen sulfida.

3. Pisang
Pisang kaya dengan pottasium yang akan membantu mengurankan efek sodium (garam) dalam badan.

Makanlah sebiji atau 2 biji pisang setiap hari. Anda boleh juga mencuba makan aprikot, kismis, anggur, jus oren, bayam, juga keledek bakar.

4. Daun seleri
Daun seleri membantu mengawal tekanan darah, melegakan otot sekitar dinding arteri, serta membantu melancarkan peredaran darah.

5. Air kelapa
 Orang yang mengalami darah tinggi perlu mengekalkan bendalir dalam badan. Minum air kosong 10 gelas sehari atau boleh juga mengamalkan minum air kelapa.

6. Cili merah
Cili membantu mencegah pengumpulan platlet dalam darah dengan itu melancarkan perjalanan darah dalam badan.

7. Madu lebah
Madu dapat menurunkan tekanan pada jantung dan menenangkan salur darah, dengan itu menurunkan tekanan darah

Makanlah 2 sudu teh madu setiap pagi semasa perut kosong.

Sebenarnya, untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kita MESTI ubah gaya hidup kita.

Kurangkan makan garam berlebihan, banyakkan bersenam, banyak minum air kosong, kurangkan pengambilan lemak dan kolesterol yang banyak terdapat pada haiwan serta amalkan makan suplemen yang betul.

Set Darah Tinggi (Omega Guard, Phytocol ST, dan Garlic) boleh didapati daripada saya! Hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994




Hemoglobin (Hb) ialah sejenis protein yang kaya dengan zat besi yang terdapat pada sel darah merah. Protein ini bertanggungjawab untuk membawa bekalan oksigen ke seluruh sel tubuh kita, dengan itu tubuh badan akan berfungsi dengan sepatutnya.

Semasa mengandung, bayi yang membesar dalam kandungan amat memerlukan bekalan oksigen untuk pertumbuhan selnya yang normal. Kekurangan oksigen boleh membahayakan ibu malah turut menyebabkan kecacatan dan kematian bayi dalam kandungan.


Lebih kurang 20% wanita di negara membangun mengalami kekurangan zat besi semasa mengandung yang membawa kepada penurunan aras hemoglobin dalam darah.

Keadaan kekurangan hemoglobin (juga dikenali sebagai anemia) boleh meningkatkan risiko bayi pramatang serta berat lahir yang rendah.

Simptom Kekurangan Hemoglobin

  • lemah dan lesu
  • pernafasan pendek
  • pening / pusing
  • sakit kepala
  • kulit pucat
  • kuku rosak
  • rentak jantung yang cepat
  • hilang selera makan
Pada ibu mengandung, situasi mungkin lebih buruk seperti pitam, dan pre-eclampsia boleh berlaku.

Hb rendah semasa mengandung ini biasanya disebabkan ibu-ibu kekurangan vitamin seperti asid folik, zat besi, vitamin B 12 dan vitamin C.

Tapi ibu-ibu jangan risau, di samping mengamalkan Set Mengandung Shaklee yang semulajadi ni, ibu-ibu boleh juga makan makanan yang kaya zat besi serta dapat membantu menambah darah serta menaikkan bacaan Hemoglobin. InsyaAllah ibu-ibu takkan di marah oleh jururawat lagi.

1. Makan makanan yang kaya zat besi

Makanan tersebut ialah daging merah, udang, tofu, bayam, kacang almond, kurma, bijirin oat, tiram dan asparagus.

Boleh juga ambil iron suplemen atau lebih baik Vita-lea with Iron Formula  yang lengkap dengan multivitamin dan multimineral.


2. Tingkatkan pengambilan vitamin C

Vitamin C berfungsi membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik. Sia-sia kalau makan zat besi tapi tidak mengambiul vitamin C.

Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah betik, oren, lemon, strawberi, brokoli, anggur, tomato dan bayam.

Alternatifnya ibu boleh ambil Sustained Release Vita C  yang mana pelepasan bertahan membantu penyerapan vitamin C yang lebih baik.

3. Ambil asid folik

Asid folik, iaitu sejenis vitamin B complex, berfungsi menghasilkan sel darah merah. Oleh itu, kekurangan asid folik memang akan menyebabkan kekurangan sel darah merah lalu menurunkan aras hemoglobin darah.

Amalkan makan sayuran hijau, nasi, pucuk, kekacang, gandum, bijirin, pisang serta brokoli.

Ambil juga suplemen asid folik seperti B complex yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik.

4. Makan beetroots (ubi pokok bit)


Ubi bit sangat di galakkan makan kerana ia tinggi dengan kandungan zat besi, asid folik, serat dan pottasium yang membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah.

Boleh jadikan ubi bit jus atau masak sup atau bakar bersama kulit.

5. Makan epal

Epal kaya dengan zat besi dan dapat membantu meningkatkan aras hemoglobin.

Makan sebiji epal sehari (lagi bagus epal hijau), juga boleh dijadikan jus bersama-sama ubi bit.

6. Buah delima

Buah delima sangat digalakkan makan semasa hamil. Ia mengandungi zat besi, kalsium, protein juga serat. Ia membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah dan meransang peredaran darah yang sihat.

Buah delima boleh dimakan begitu saja atau enak juga dijadikan jus.

Pengambilan makanan berkhasiat semasa mengandung sangat penting kerana pada waktu inilah, satu-satunya waktu dimana apa yang kita makan memberi efek kepada manusia lain iaitu anak dalam kandungan kita.

Nak naikkan hemoglobin, ibu-ibu toloooonglah elakkan minum kafein, minuman bergas (boleh sebabkan gula darah meningkat), jajan, dan bahan-bahan aditif dalam makanan. Sayang kat baby kan.

Banyakkan minum air kosong, ikut nasihat jururawat, elakkan stress dan tekanan...insyaAllah ibu-ibu akan menjalani tempoh mengandung yang menenangkan. Barulah bayi tak banyak ragam nanti ;)

baby Fawwaz, 5 month old, 9.25kg

Mama doakan ibu-ibu sentiasa sihat, dan bacaan Hb naik terus sampai kena puji dengan misi... mcm Puan ni yang hampir warded sebab anemia semasa mengandung.


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Untuk pembelian Set Mengandung Lengkap serta khidmat nasihat percuma, hubungi mama Su seperti di bawah:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID : 868994


Waktu berpantang adalah waktu yang amat perit bagi wanita kerana bukan saja terpaksa menahan diri daripada membuat kerja-kerja rumah, bahkan juga terpaksa menahan diri daripada makan makanan yg sedap-sedap, apatah lagi ‘bersama’ suami.

Waktu berpantang ini sepatutnya menjadi waktu yang paling seronok bagi wanita kerana di layan seperti puteri raja, tapi akibat kecuaian yang sedikit kadang-kala boleh memakan diri.

Nak-nak pula kalau berani melanggar pantang dengan sengaja.Nak tunjuk badan tu kuat sangat kononnya. Memang cari penyakit namanya.


Apabila pantang dilanggar, bersedialah untuk terkena ‘bentan’.

Apa sebenarnya bentan?

Bentan bermaksud badan kita mengalami sakit semula tak kira waktu bila pun. Ada ibu mengalami  di awal atau akhir tempoh berpantang, ada juga yang terkena bentan selepas tamat tempoh berpantang 44 hari.

Kebanyakan wanita pernah terkena bentan. Ini kerana bentan boleh berlaku akibat tersalah makan benda yang  tidak sesuai dengan tubuhnya. Atau juga mungkin tersepak benda keras secara tidak sengaja.

Masa mama berpantang anak pertama dulu, bidan ada pesan, “Jalan elok-elok. Jaga ibu jari kaki jangan sampai tersepak benda keras”. Ada juga mama dengar kalau tersepak benda keras semasa dalam pantang, boleh sebabkan tumpah darah.

Tanda Dan Jenis Bentan

Antara tanda-tanda awal seorang ibu sudah bentan ialah, dia mula merasa badannya sakit-sakit dan berasa lemah. Kemudian diikuti rasa sejuk hingga ke tulang, boleh jadi menggigil dan demam. Rasa sakit-sakit itu bolehlah juga disamakan dengan sakit urat tapi keadaannya lebih teruk daripada itu.

Bentan berlaku sebab badan ibu masih lemah, belum sembuh sepenuhnya atau mungkin juga ibu tidak mendapat rawatan lepas bersalin yang sempurna.

Ada beberapa jenis bentan iaitu bentan urat, bentan peranakan, dan bentan urat besar.

Bentan peranakan ditandakan dengan rasa sakit pada peranakan akibat mengangkat objek berat, terjatuh atau terhempas. Bentan jenis inilah yang boleh menyebabkan rasa terlalu sakit pada ari-ari dan boleh jadi berlaku tumpah darah.

Bentan urat besar pula biasa berlaku jika ibu bersalin secara Ceaserean. Ia melibatkan urat di bahagian buluh rahim yang melalui pinggul. Ibu mungkin akan merasa sakit di bahagian pinggang dan atas belakang.

Bagaimana mengelak bentan?

    1.       Ibu-ibu mestilah banyak berehat, kurangkan buat kerja rumah dan mengangkat benda berat. Jangan banyak bergerak. Minta ibu, bidan atau suami tolong mandikan bayi.

    2.       Kebersihan ibu juga mestilah dijaga terutama dikawasan luka. Ikut nasihat doctor dan bidan bagaimana menjaga kebersihan dikawasan terlibat. Jangan tahan kencing.

    3.       Jagalah pemakanan dengan sebaiknya. Makan makanan seimbang dan berkhasiat, lengkap dengan semua keperluan nutrisi harian. Elakkan makan makanan dalam kategori ‘berbahaya’ contohnya kangkung, kacang panjang, terung, air batu, nangka, pulut, ikan yang gatal, nenas, telur dan sebagainya.

Apa yang boleh dilakukan jika bentan?

Bagi ibu-ibu yang telah habis berpantang, kita sangka kita masih selamat dari terkena sakit urat. Jadi, ramai ibu-ibu yang mula cuba-cuba nak makan makanan yang tak boleh dimakan semasa berpantang dulu. Tanpa mengetahui rupanya badan kita masih lemah dalamannya, walaupun luarannya nampak sihat dan kuat.

Tak semena-mena kita terkena juga bentan. Ini pernah dan kerapkali berlaku pada mama dan teman-teman mama sendiri.

Lagipun mama ni memang suka ‘try and error’. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dan tak serasi dengan badan mama. Walaupun baby dah besar, rupanya masih boleh berlaku bentan lagi.
Mujur saja mama ada Shaklee. Alhamdulillah..

Ok, jika ibu pun ada mengalami sakit urat tak kiralah semasa berpantang atau selepas berpantang, boleh cuba buat perkara dibawah:
  •        Bertungku atau mandi wap herba
  •        Berurut
  •        Berehat secukupnya dan tidur
  •        Ambil Ostematrix, Omega Guard dan Alfalfa Complex Shaklee.
      Orang kata bentan ni akan beri efek masa tua nanti. Kalau salah makan, sekarang mungkin tak rasa. Tapi nanti bila dah makin berusia, badan mungkin boleh jadi lebih lemah, mudah sakit urat atau sakit-sakit badan hingga akhirnya terpaksa menanggung kesakitan tu seorang diri. Tentu tak mahu kan??


Kebaikan Set Postnatal Shaklee Premium

  1. Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran
  2. Membekal tenaga
  3. Mempercepatkan pengecutan rahim
  4. Melancarkan pengeluaran darah nifas
  5. Memanaskan badan
  6. Memulihkan urat dan saraf
  7. Membina semula sel yang rosak dengan cepat
  8. Menghilangkan stress dan tekanan
  9. Membantu tidur lebih lena
  10. Milk booster semulajadi
Set Bersalin Premium ini berharga RM582 (exclude postage). Ibu boleh dapatkan pada harga ahli jika terus mendaftar keahlian (RM68.90). 

      Jaga pantang, jaga makan, bersenam seadanya, makan makanan berkhasiat dan amalkan suplemen, insyaAllah akan sihat sepanjang masa.

      Jika ada ibu-ibu yang nak dapatkan produk di atas, atau dapatkan dalam set bersalin Shaklee, hubungi Mama Su bila-bila masa pun. Khidmat nasihat sentiasa percuma ;)

     ~Suhaila Budin~
 012-9645614
ID Shaklee: 868994



Solat Sunat Dhuha adalah solat yang sangat di anjurkan oleh baginda Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W).

Ramai yang tahu kelebihan Solat Dhuha. Pun begitu masih ramai yang liat betul nak buat. Banyak alasan betul melintas dalam kepala bila hati berbisik suruh Dhuha. Kerja banyak, sibuk melayan mesej WhatsApp, sibuk baca status Facebook, dan sebagainya.

Ada orang berpesan, kalau dalam hati terlintas nak solat Dhuha, terus bangun ambil wudhu dan terus solat. Walaupun ada bisikan-bisikan halus yang cakap, "eh kejap lagilah...lama lagi waktu Dhuha ni". Sebab kalau kita layan bisikan-bisikan tu, jawabnya memang sampai ke sudah tak buat.


Antara tips yang boleh dilakukan supaya diri itu tidak lagi liat dan malas untuk solat sunat Dhuha:

1. Set alarm.

Contohnya kita set nak solat Dhuha jam 10 pagi. Bunyi je alarm pukul 10 tu terus bangun ambil wudhu' tak kiralah kita sedang buat apa pun. Asal bukan dalam kereta sudah la.

2. Tulis dalam jadual harian (to do list)

Ini kalau kita ni jenis pelupa. Jadi selitkan acara solat Dhuha dalam senarai tugasan kita tu tadi.

3. Minta pasangan / kawan ingatkan

Semua orang ada grup WhatsApp atau Telegram, atau We Chat kan. Jadikan kebiasaan anda dan kawan-kawan untuk ingatkan sesama sendiri 'Dhuha timing'. Kan best, tengah-tengah bersembang ada kawan bagitahu "Dhuha timing, jom!" Sejuk hati dapat kawan macam gitu :)

4. Ingat Solat Dhuha sebagai satu sedekah

Kita tahu Allah bagi kita banyak sangat nikmat. Tak terhitung. Kita juga tahu, Allah akan beri pahala untuk orang yang suka bersedekah. Jika kita tak mampu nak sedekah dengan harta benda, sedekahkanlah diri kita sendiri ni untuk buat solat Dhuha. Ingat solat Dhuha ni sebagai sedekah, sebagai rasa syukur atas nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung itu.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud,

"Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah: tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha"
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Solat ni, bukan untuk Allah tapi untuk diri kita sendiri. Allah tak berkehendak pun pada kita, tapi kita yang memerlukan DIA.

5. Paksa rela buat hingga akhirnya terbiasa

Sekali sekala buat memang kadang-kala rasa malas dan liat. Cuba konsisten dan istiqomah, paksa diri untuk buat berturut-turut selama 21 atau 40 hari. Kerana menurut pakar motivasi seperti Dr. Fadhilah Kamsah, tabiat baru akan terbentuk jika kita biasakan diri buat selama 40 hari (ada kata 21 hari).

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Kita ni manusia memang suka ganjaran kan? Baru kita nak buat. Allah tahu tu. Maka Rasulullah bagitahu kita apa faedahnya kalau kita buat solat Dhuha. Saya ringkaskan kelebihan solat ni yang pernah diriwayatkan oleh para perawi.

Solat Dhuha dapat:

1. Allah jamin akan cukupkan keperluan-keperluan kita setiap hari

2. Menarik rezeki

3. Menolak kepapaan

4. Di ampuni dosa walau dosanya sebanyak buih di lautan

5. 12 Rakaat solat Dhuha Allah akan menyediakan baginya sebuah mahligai daripada emas

Cara Solat Sunat Dhuha

Waktu solatnya ialah daripada matahari naik sepenggalah hinggalah berakhir pada waktu sebelum matahari tergelincir, tetapi disunatkan melakukannya apabila matahari naik tinggi dan panas terik.

Jadi kalau kita di Malaysia ni buatlah pada bila-bila masa di antara jam 8 pagi hingga 30 minit sebelum waktu Zohor.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dilakukan dalam 4 rakaat, 6 rakaat, 8 rakaat, atau 12 rakaat.

Sebenarnya, memang seronok jika dapat melakukan solat sunat Dhuha. Itu tanda kita tak lupa kepada pemberi rezeki walau dalam keadaan kita sibuk bekerja sekalipun.

Apapun, semoga ibadat kita yang dilakukan secara ikhlas, diterima Allah, dan ditulis kebaikan daripadanya, insyaAllah.

Wallahu a'lam.


5 Tips Tak Liat Solat Dhuha

by on Februari 06, 2015
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang sangat di anjurkan oleh baginda Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W). Ramai yang tahu kelebihan Solat Dh...
Haa kalau 1001 karang tak larat nak taip. Bagi 50 je dulu nanti ibu-ibu tau sendiri kat mana lagi nak guna Basic H ni.

Sebelum ni mama dah pernah tulis mengenai sabun pencuci paling selamat di dunia Basic H Shaklee. Pernah janji nak bagi senarai kegunaannya.

Maklumlah sekarang Basic H dah jadi fenomena. Setiap rumah wajib ada sabun ni. Sebab sekarang semua orang nak sihat-sihat, tak mau sakit-sakit kan.

Basic H sangat menyenangkan tugas ibu di rumah. Sebotol untuk semua tugasan mencuci.

Nak tau tak, sebab pencuci macam Basic H ni la CEO Roger Barnett beli Shaklee Corporation. Mama cerita sikit la yea.. Anak dia pernah dikejarkan ke hospital sebab masalah pernafasan. Rupa-rupanya disebabkan bahan pencuci sedia ada kat rumah yang kita gunakan sekarang ni. Bila Roger buat research, akhirnya dia jumpa produk pencuci Shaklee yang paling selamat. So dia pun beli bukan je pencuci, dengan company2 sekali dibelinya.

Korang tahu tak sabun2, pencuci2 biasa yang ada kat rumah tu boleh sebabkan alergik serta masalah pernafasan kerana ia boleh masuk dalam rongga kita ni. Nampak macam tak de apa-apa kan. Mama sendiri sangat tak boleh tahan dengan sabun basuh kain serbuk tu. Mesti akan bersin dan rasa sakit hidung. End up mama akan tutup hidung dan mulut kalau nak basuh kain. (Belum sempat beli sabun basuh kain Shaklee)


Ok, sekarang kat mana nak guna Basic H ni? Ibu-ibu boleh guna untuk kerja-kerja dibawah:

1. Lap perabot
2. Lap meja
3. Lap dapur
4. Basuh sinki
5. Basuh buntut periuk
6. Lap tingkap
7. Lap cermin
8. Rendam kasut sekolah
9. Rendam baju sekolah
10. Lap susu tumpah
11. Lap minyak
12. Mop tahi cicak
13. Mop lantai
14. Lap dinding yang kena conteng
15. Lap dinding yang hitam
16. Cuci lantai bilik air
17. Cuci tandas
18. Cuci mangkuk tandas
19. Cuci kipas
20. Basuh sayur dan buah (guna setitik dua); kemudian lebihan tu boleh buat
21. Siram pokok
22. Basuh kereta
23. Basuh motor
24. Basuh basikal
25. Basuh peralatan bayi
26. Rendam dan basuh kerak puting susu/ botol susu
27. Mandikan anak demam
28. Basuh mainan anak-anak
29. Mandi bila gatal
30. Sapu jika terkena minyak panas
31. Sapu jika terkena gigitan serangga
32. Kumur kalau sakit gigi (letak setitik dlm air)
33. Cuci longkang
34. Basuh bawah dapur yang hitam dan berminyak
35. Rendam bekas kunyit
36. Basuh luka
37. Basuh badan yg terkena jangkitan contoh macam chickenpox
38. Lap perabot kayu
39. Lap perabot rotan
40. Lap permukaan besi
41. Lap almari
42. Spray serangga seperti lipas, semut, nyamuk, lalat
43. Buang kutu dikepala
44. Hilangkan karat-karat pada aksesori dan barang kemas
45. Segarkan sayur yang layu
46. Cuci bahagian dalam dan luar peti ais
47. Guna semasa mengasah pisau
48. Tanggalkan kotoran degil pada pakaian (gosok-gosok)
49. Basuh cloth diaper
50. Basuh pad cotton
51. Mandian kolam mandi anak-anak
52. Basuh kotoran pada kolar baju sekolah anak

Sebenarnya macam-macam lagi boleh buat dengan Basic H. Asal jangan buat minum sudah. hahaha..

Sekali guna pasti jatuh cinta.. mcm adik ipar mama yang beli minggu lepas. Tibe-tibe jadi rajin cuci rumah sampai anak pun pelik. Sekarang ni sibuk duk promotkan kat member-member dia pulak.


Ramai ibu-ibu suka Basic H ni sebab ia tidak bertoksik, sangat mesra alam (biodegradable), bebas SLS yang jadi penyebab kanser tu, tiada racun, tiada bahan kima berbahaya, tiada pewangi, tiada klorin. Lagi ia lembut pada tangan dan tak merengsakan sistem pernafasan kita. Memang best ahh!!

Lepas basuh2, lap2, cuci2 terus boleh guna tak perlu bilas sebab tak tinggalkan sebarang kesan melekit. Inilah pencuci paling semulajadi yang tidak boleh tidak mesti ada di mana-mana rumah pun.

Harga tersangatlah murah, cuma RM46 sebotol, 16 aun boleh guna untuk 48 gelen air dan tahan lebih daripada setahun! Kalau saya dekat 2 tahun rasanya tu pun anak-anak buat main buih dlm bilik air sebab memang banyak buih sangat.

Jadi kalau nak try Basic H Shaklee ni, cepat-cepat hubungi mama Su:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Diserang sakit lutut secara tiba-tiba boleh buat kita jadi panik. Tiba-tiba lutut ketat, twist ikut mana pun rasa sakit. Salah urat ke apa ni?

Bila sejuk lutut rasa ngilu je. Haa sudah. Nak berdiri solat pun tak boleh. Akhirnya terpaksa solat atas kerusi. Lama-lama macam ni, nak berjalan pun tak boleh. Apa lagi nak 'tawaf' mall??!!

Sakit lutut boleh menyerang sesiapa saja. Jangan ingat orang tua je boleh kena sakit lutut. Orang muda pun boleh tau..Sebenarnya sakit lutut ada kena mengena dengan sendi di bahagian lutut.


Ada macam-macam punca sakit lutut, dan yang paling biasa adalah disebabkan kecederaan, pengurangan cecair sendi atas faktor usia, berat badan berlebihan serta penyakit atritis atau gout. Kalau nak tahu punca sebenar sakit lutut yang menyerang tu, eloklah dapatkan rawatan daripada pakar ortopedik.

Dulu saya pernah ceritakan mengenai ibu saya yang tiba-tiba hilang keupayaan untuk berjalan. Tiba-tiba beliau jatuh dalam bilik air dan lepas tu tiba-tiba kena berjalan pakai tongkat. Doktor suruh ibu saya beli suplemen yang mengandungi glukosamin.

Sejak itu baru saya tahu bahawa kusyen lutut kita yang dinamakan bendalir sinovial boleh berkurangan dan dengan itu menyebabkan tulang antara sendi itu bergesel. Itulah punca kesakitan. Dan barulah juga saya tahu bendalir tu boleh diransang pengeluarannya dengan mengambil suplemen glukosamin tu tadi.

Kajian telah menunjukkan glukosamin boleh membantu meningkatkan keselesaan sendi dan membekalkan pelincir  serta 'kusyen' antara sendi tu.

So, ni nak cerita satu daripada beribu-ribu testimoni mereka yang ambil 'ubat' sakit sendi Shaklee, AJHT namanya.


Ceritanya sudah terang lagi bersuluh. Hehe.. Saya simpulkan, beliau mungkin mengalami sakit lutut akibat sendi yang 'lari' kerana menampung berat badan berlebihan secara tiba-tiba semasa mengandung. Perubahan hormon pun main peranan juga. Syukur beliau cepat menemui penawarnya.

Advance Joint Health Tablet Shaklee membantu untuk:-

1. Meningkatkan keselesaan sendi

2. Meningkatkan kesan kusyen

3. Memelihara kesihatan tisu penyambung

4. Ekstrak Boswellia sebagai agen anti-radang dan anti inflamatori

5. Ekstrak Boswellia juga menghalang bahan-bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan kesakitan

6. Glukosamin daripada ekstrak jagung membekalkan pelincir

7. Vitamin C sebagai peransang pengeluaran kolagen

8. Mineral seperti zink, mangan adalah ko-faktor enzim yang membina kolagen dan komponen tisu penyambung



Yang best mengenai AJHT ini ialah, ia 100% berasaskan tumbuhan, tiada pewarna, perasa, pengawet tiruan, tidak mengandungi chondroitin, serta dibuktikan berkesan dalam masa 5 hari (mengikut ujian makmal).

Nak lagi best, boleh di ambil bersama Omega Guard serta Ostematrix Shaklee dalam Set Kesihatan Tulang Dan Sendi ini..


Jadi, kalau mau solat berdiri, mau jalan ramai-ramai pi masjid, mau jalan pi makan kenduri, mau jalan cuti-cuti dengan anak cucu, mau gardening, mau lompat-lompat skipping, mau poco-poco atau buat apa saja aktiviti tanpa halangan, cubalah amalkan AJHT atau set sendi di atas..

Sebarang pertanyaan dan order boleh hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994



Assalamualaikum wbt.

Sekarang ramai wanita dan ibu pilih untuk menjadi surirumah. Macam Ciksu sendiri, buat pilihan untuk jadi surirumah atas beberapa sebab.

Sebab utamanya ialah nak tengok anak membesar depan mata. Kalau boleh Ciksu tak nak perkembangan anak Ciksu orang lain yang tau dulu. Ye, Ciksu memang seorang ibu yang sentimental sikit. ☺

Sebab-sebab lain tu tak perlulah diceritakan disini. Heheh.

Bila dah lama-lama duduk rumah, terasa bosan pula. Yela, dari celik mata sampai tutup mata balik, asyik buat benda yang sama je. Apakah kita ditakdirkan hidup hanya untuk itu? Tidak!

Maka otak pun berputar ligat mencari idea apa nak dibuat dirumah ni. Akhirnya Ciksu memutuskan untuk menjebakkan diri dalam bisnes.

Percaya tak, sebelum berkecimpung dengan bisnes yang sekarang, Ciksu pernah buat macam-macam bisnes kecil-kecilan. Ye la, nama pun duduk di rumah. Jadi bisnes yang Ciksu buat memang semuanya home-based je lah.

Ciksu pernah jual brooch, jual gelang kristal (ambik dengan kawan), jual popia mini untuk raya, jual pakaian, ambik upah menjahit langsir (itu je reti), dan jadi dropshipper jual baju muslimah. Pengalaman banyak mengajar orang kata kan.

Hikmahnya, Ciksu dah tak berapa malu nak mulakan bisnes. Betul, nak mulakan sesuatu tu yang susah. Tapi bila dah mula, tak tergamak pula nak berenti.

Ciksu sangat seronok meniaga. Kepuasan tu tak boleh nak cerita. Lagi-lagi bila terjebak pula dengan bisnes online. Ciksu bermula dengan Facebook dan blog masa tu. Ciksu main redah je masa ni, takde apa-apa ilmu, semua zero tapi alhamdulillah dapat juga customer yang ramai, ada yang dari Brunei juga.

Hingga pada suatu hari, Ciksu 'dipinang' oleh seorang rakan di Universiti dulu, beliau ajak Ciksu buat bisnes Shaklee. Bagai orang mengantuk di sorong bantal rasanya masa tu. Pada awalnya Ciksu tolong dia jual aje. Ciksu dapat untung runcit.

Entah tiba-tiba ada customer yang nak jadi ahli dengan Ciksu. Rasa kelakar pulak. Ciksu tanya kawan Ciksu tadi, macam mana? Dia kata, akak jadi ahli dulu, baru boleh daftarkan dia.

Dengan penuh semangat Ciksu mendaftarkan diri, lepas tu daftarkan customer Ciksu tadi. Tahun 2012 masa ni. Maka jadilah Ciksu Pengedar Shaklee Bebas Berdaftar.

Alhamdulillah, memang tak toleh ke belakang lagi dah. Untung sangat Ciksu masuk ke grup yang betul. Memang banyak sangat benda yang Ciksu belajar. Dari hal bisnes sammmmpai bab-bab kesihatan ni.

Nak kata pro mengalahkan profesor tu idakla. Jauh panggang dari api. Tapi setiap hari hidup kita ada improvement walau sekecil biji sawi, itu dah cukup baik. Kan?



Kenapa Kena Ada Income Sampingan?

Setelah hampir 10 tahun jadi surirumah ni, Ciksu berpendapat, walaupun kita duduk dirumah, jadi surirumah, kita mesti ada income sendiri. At least ada simpanan sendiri. Ada banyak sebab Ciksu berpendapat macam ni.

1. Persediaan masa depan terutama apabila kita dah tiada tempat bergantung. Ciksu belajar dari pengalaman. Bila melihat ayah, abang ipar dan abang sendiri pergi menemui pencipta dalam umur masih muda, dalam waktu yang tak tersangka.

Kalau kita wanita berkerjaya makan gaji, insyaAllah takde khuatir sangat. Tapi kalau kita surirumah yang memang langsung tak tau nak buat duit, macam mana? Kena mulakan dari sekarang!

2. Pegang duit sendiri tanpa harapkan suami sedangkan suami terdesak juga. Sebagai seorang wanita, Ciksu tau kita ni ada banyak keinginan. Nak beli itu, nak beli ini. Tapi nak minta dengan suami kita malu. Suami punya gaji pun cukup-cukup aje. Itu pun kalau cukup.

Ciksu ada kawan, dia seorang doktor. Mula-mula dia berhenti kerja jadi surirumah dia happy sangat. Tapi 3 bulan je bertahan. Akhirnya dia kerja semula. Dia kata, tak boleh jadi surirumah, Tak syok takde duit sendiri. See???

3. Belajar berdikari. Bila ada duit sendiri lebih mudah kita nak berdikari. Tidaklah asyik tunggu suami je nak buat apa pun. Nak beli bawang pun susah kalau tunggu duit suami, apa lagi nak drive  sendiri ke kedai.

Memang ada banyak cabang-cabang bisnes yang boleh dilakukan oleh para surirumah di rumah. Antaranya
  • ambil upah jahit
  • berniaga kecil-kecilan dihadapan rumah
  • buat kuih frozen
  • jual kerepek
  • buat kuih dan hantar ke kedai makan
  • berniaga pasar malam
  • buat kek
  • buat coklat
  • ambil upah menggubah hantaran
  • jahit langsir
  • jahit baju
  • mengasuh
  • katering
dan macam-macam lagilah. 

Cuba tengok keliling dan cuba fikir apa barang dalam rumah atau apa kemahiran yang kita ada yang boleh kita jadikan 'modal' bisnes kita nanti. Modal disini bukan bermaksud duit tau. 

Sebenarnya kita boleh mula bisnes tanpa mengeluarkan modal yang banyak pun, tapi income tetap lebat, contohnya macam bisnes Shaklee.

Percaya tak, ramai yang buat bisnes Shaklee ni asalnya mereka yang cuma makan suplemen untuk diri sendiri dulu. Kemudian, mereka rasa seronok, kerana secara tidak sengaja terkulit cantik, termengandung, tersihat, tertak payah pergi klinik, tertak perlu makan ubat, dan banyak lagi ter-ter yang lain. Mereka cuma berkongsi kebaikan suplemen yang mereka makan dan kemudian ia menjadi urusan muamalah yang seronok dan membahagiakan.

Tak bahagia ke kalau kita dapat bantu orang-orang sekeliling atau kawan-kawan kita selesaikan masalah yang mereka ada? Tentulah bahagia sangat, kan? Orang yang paling banyak memberi adalah orang paling bahagia.

Kenapa Saya Pilih Bisnes Online Dengan Shaklee?

Disini, saya senaraikan 10 sebab kenapa saya masih dan setia dengan bisnes Shaklee

1. Sangat mudah untuk dilakukan. Saya tak perlu keluar kemana-mana. 24 jam masa saya hanya dirumah bersama anak-anak.

2. Produk berkualiti tinggi. Saya sangat yakin dengan produk yang ada laporan klinikal, ada kajian saintifik berterusan, ada jurnal, ada pengiktirafan di peringkat dunia, ada pengiktirafan halal, ada ujikaji bergred farmaseutikal, paling semulajadi, paling selamat dan paling berkesan.

3. Ada mentor yang guide tanpa jemu malah sanggup laburkan wang untuk sediakan fasiliti yang memudahkan kami menimba ilmu contohnya webinar (saya baru tau webinar ni kena bayar puluh ribu) tapi kami dapat guna tanpa bayar sesen pun.

4. Multilevel memberi. Kita sentiasa dalam keadaan memberi. Siapa yang paling banyak memberi (sedekah) insyaAllah banyaklah pahalanya. Memberi bukan setakat wang ringgit. Mengajarkan ilmu pun dapat pahala, nak pulak bila orang tu amalkan apa yang diajar. 

5. Tak perlu modal untuk buat stok. Saya menggunakan kemudahan yang pihak Shaklee offer iaitu courier service direct dari gudang ke rumah pelanggan selepas menerima order.

6. Ilmu free yang tak ternilai. Betapa tidak lokeknya para mentor kami yg bersusah-susah menghadiri kursus/seminar/kelas contohnya kelas blog dengan blogger terkenal (yang bernilai ribu ringgit), kelas marketing dengan DAO tapi mereka memberi pula ilmu itu kepada kami secara PERCUMA!

7. Insentif menarik. Naik rank ke Supervisor sahaja pun kita dah boleh dapat BONUS hingga RM2000! Ini purata. Untung runcit lain pula.

8. Tak perlu keluar jumpa orang dan tak perlu nak pujuk orang keluarkan duit beribu-ribu. 

9. Saya suka belajar dan Alhamdulillah dengan Shaklee macam-macam benda saya belajar. Tak ternilai.

10. Sebab saya sendiri dah rasa income 4 angka daripada bisnes ni. Oleh sebab itulah, saya menjemput surirumah buat bisnes ni..

Last but not least, Shaklee satu-satunya company nutrisi di dunia ni yang menjalankan LandmarkStudy. Apa itu LandmarkStudy, korang kena join ahli dulu, nanti akan dapat booklet mengenai LandmarStudy. Atau nak dapat gambaran awal tu, boleh la google dulu. Atau boleh ke landmarkstudy.com

Ia sangat mudah. Cuma perlukan kesungguhan untuk belajar dan kekuatan untuk melompat keluar dari zon selesa sedia ada yang takde la selesa mana pun sebenarnya.

Cuma RM79.50, pelaburan yang sangat berbaloi malah tak mendatangkan sebarang risiko. 

Kalau anda mencari-cari bisnes family-friendly, inilah dia...sekurang-kurangnya kita ambil satu langkah ke depan, kan?

Jom, hubungi Ciksu untuk sembang2 dan mendaftar keahlian bersama Shaklee,

012-9645614

ID Shaklee: 868994

Alhamdulillah..kembali semula kita dalam topik penyusuan. Mama bukan pandai sangat, mama cuma nak share pengalaman mama menjadi ibu penyusu dengan tiga hero mama ni..

Sebenarnya, agak sedih juga apabila mengetahui seorang ibu gagal memberikan susu ibu sejak awal kelahiran kerana dikatakan tiada susu. Barangkali ibu tersebut stress kerana bayi menangis kelaparan sedangkan payudara tidak mengeluarkan setitik susu pun.


Percaya tak? Mama juga pernah berperasaan begini setiap kali lepas bersalin. memang agak sukar untuk menukar mindset dalam keadaan stress dan tertekan pada awal kelahiran bayi kita, di tambah lagi dengan keadaan ibu yang masih sakit dan tidak mampu untuk bergerak banyak.

Tetapi mama sedaya upaya melawan perasaan negatif itu dan cekalkan hati untuk 'tahan telinga' dengar bayi menangis setiap kali kelaparan. Memang nekad tidak akan langsung walau setitik pun beri bayi mama minum susu lembu! Tidak sesekali! Sebab mama percaya susu ibu pada awal kelahiran ini sangat penting untuk membina setiap ikatan dengan bayi dan susu ibulah paling baik untuk sistem imun anak kita. Bukan susu lembu.

Benarkah susu kurang sebenarnya disebabkan keturunan?

Mama tidak percaya malah tidak pernah tahu pun ada pernyataan seperti ini. Sebab bagi mama, kemampuan menyusukan bayi itu telah ada pada setiap ibu, tinggal lagi bagaimana usaha ibu tersebut untuk mengoptimumkan pengeluaran susu.

Mama ingat lagi, selepas melahirkan anak pertama, mama memang kurang ilmu dalam bab penyusuan ni. Di awal kelahiran, mama mengalami bengkak susu dan susu memang banyak keluar hingga meleleh-leleh. Beberapa bulan kemudian, tanpa ilmu, tanpa sebarang usaha pun untuk mengekalkan penyusuan (sebab mindset nak kerja dan susah nak sediakan EBM), susu mama mengering sedikit demi sedikit, hinggalah bayi mama berusia hampir setahun (8-10 bulan tak silap mama). Bila difikir-fikir, agak kesian dengan Muhammad Ammar.

Masa ni juga, mama kerapkali 'diingatkan' oleh emak mama sendiri dengan fatwa ''mak dulu menyusu awak bertiga (kami tiga beradik) sekejap je, takde susu''. Ayat ini memang sering terngiang-ngiang dalam kepala. Oh mungkin aku pun sama macam emak. Tapi syukur Alhamdulillah juga, anak sulung dapat menyusu lebih lama daripada emak menyusukan kami.

Kemudian, selepas tiga tahun, dan mama pun aktif dengan facebook, berkawan dengan lebih ramai orang dan berjumpa dengan bisnes Shaklee, barulah mama belajar sedikit demi sedikit mengenai penyusuan. Dan mama bertekad untuk menyusukan bayi mama sehingga dua tahun. Mama dah dengar 'ceramah' ustaz mengenai kelebihan dan kebaikan susu ibu dalam membentuk peribadi anak kita, mama tidak akan menoleh kebelakang lagi.

Syukur, dengan ilmu yang betul, dengan pengambilan suplemen yang betul, mama berjaya menyusukan Muhammad Aqil Qayyim sehingga dua tahun. Alhamdulillah. Betul! Mama memang perlukan bantuan galagtagogue (makanan meransang pengeluaran susu / milk booster).


Ibu-ibu, kalau susu badan kelihatan kurang, carilah punca yang sebenar. Ada banyak punca susu merudum antaranya:

  • tekanan
  • ada mengambil pil perancang yang tak sesuai
  • ada mengambil ubat-ubatan
  • sakit
  • tidak mendapat nutrisi yang mencukupi
  • tidak mengambil makanan yang berkhasiat
  • kurang ransangan daripada bayi
  • terlalu terikat dengan jadual menyusu
  • masalah pelekapan
  • masalah puting payudara
dan sebagainya lagi. Jika ibu-ibu buntu, dapatkan nasihat mereka yang bertauliah atau berpengalaman dalam bidang penyusuan.

Kini, mama masih lagi menyusukan bayi yang ketiga yang kini berusia empat bulan. Alhamdulillah susu sangat meriah dan adakala melimpah tanpa sebab..syukur rezeki untuk Ahmad Fawwaz Faiz sentiasa ada.

Ibu-ibu sekalian, semua ibu mampu menyusukan bayi masing-masing. Ini fitrah. Memang Allah jadikan kaum wanita dengan kemampuan menyusu. Cuma ada ketika dalam kes-kes tertentu kita perlu dengar pendapat mereka yang lebih arif. Tapi selagi boleh usahalah semampu dan sekuat mungkin untuk beri titisan emas kepada bayi zuriat keturunan kita.

Ingin berkongsi dengan mama, atau ingin mendapatkan suplemen penyusuan dengan khidmat nasihat percuma, feel free to contact me;

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID Shaklee: 868994

Susu Kurang Sebab Keturunan?

by on Februari 03, 2015
Alhamdulillah..kembali semula kita dalam topik penyusuan. Mama bukan pandai sangat, mama cuma nak share pengalaman mama menjadi ibu penyusu ...
Ada di kalangan mak-mak dan ayah-ayah kita antara orang yang begitu mementingkan penjagaan kesihatan. Saya jumpa sangat ramai makcik pakcik kategori warga emas tapi masayaAllah sihat dan cergas tak macam orang lain yang sebaya.

Rahsianya tak lain tak bukan, mereka ni jenis yang memang suka menjaga kesihatan dan memang suka makan suplemen sejak muda. Antaranya mak saya.


Mak saya umur 71 tahun ni tapi masih gagah berkebun, mencangkul, menyabit, menebas, angkat berat. Syukur Alhamdulillah.. Semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang berpanjangan untuk emak kesayangan saya.

Tahu tak, mak saya ni dari saya kecik-kecik dulu memang suka makan suplemen. Kebetulan dulu sepupu saya pengedar Shaklee. Dari zaman saya kecik saya dah biasa tengok botol-botol Shaklee kaler putih ni. Walaupun masa tu saya tak faham apa (dan tak ambik tau pun) tapi saya amat pasti mak saya makan untuk jaga kesihatan beliau.

Dan tibe-tibe sekarang bila anak dia pula jual produk Shaklee, mak saya dengan bangganya cakap, "mak dulu makan sangat Shaklee ni"...saya senyum je dan bertambah suka dalam hati.

Suplemen yang paling saya ingat ialah Alfalfa. Saya suka dengar bunyi botol Alfalfa digoncang-goncang. Bunyi pil gitu kannn..

Tapi...dulu takde Vivix. Sekarang dah ada Vivix, dah sah-sah saya hanya berikan Vivix untuk emak.

Kenapa Vivix Paling Sesuai Untuk Warga Emas?

Salah satunya ialah sebab, dengan Vivix kita tak perlu menelan berjenis-jenis pil yang lain. Cukup dengan satu sudu Vivix setiap hari. (Dah tentu kalau nak lagi bagus kena ambil protein, lemak, vitamin dan mineral yang sepatutnya)

Sebab lain Vivix sangat bagus untuk warga emas ialah:

1. Ia menyokong kesihatan keseluruhan tubuh badan termasuk jantung, sendi, sistem peredaran darah, mata yang sihat, imuniti serta kecergasan.

2. Vivix membantu mengaktifkan mitokondria iaitu tapak jana tenaga dalam setiap sel tubuh badan kita. Sebab tu mereka yang makan Vivix akan rasa cergas bertenaga.

3. Vivix menggalakkan ransangan penuaan yang sihat
Maksudnya walaupun tubuh badan kita akan menua, ia menua secara sihat. Jangan salah anggap kalau ambil Vivix kita takkan akan tua. Bukan macam tu... Ada beza dengan menjadi tua dan tua secara sihat. Sekurang-kurangnya tiada penyakit yang 'mengiringi' proses penuaan kita itu.

4. Vivix juga membantu mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer (nyanyuk) yang kerap berlaku pada warga emas

5. Bagi mereka yang mengidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi, sakit sendi, atau penyakit yang biasa menyerang golongan berusia, Vivix membantu mengurangkan komplikasi dan ketakselesaan akibat penyakit-penyakit tersebut

Sebenarnya, banyak lagi khasiat dan kebaikan Vivix. Kalau nak tahu kena cuba dan rasa sendiri. Vivix memang menjadi pilihan anak-anak untuk dihadiahkan kepada ibu bapa mereka.

Alhamdulillah, kini kita boleh pastikan sendiri kesihatan orang tersayang dengan mengambil produk yang selamat dan semulajadi..

Dan saya baru je selesai orderkan Vivix untuk mak mertua saya pula. Beliau yang  mengalami sakit di bahagian tulang punggung ke bawah dan dah makan macam-macam jenis ubat, dan habis beratus-ratus ringgit hanya untuk ubat, namun sakitnya belum menunjukkan tanda untuk sembuh. Akhirnya beliau pilih untuk mencuba Vivix Shaklee.

Pembaca sekalian tolong doakan ibu mertua saya kembali sihat dan dapat menunaikan ibadah haji tahun ini dengan selesa insyaAllah.

Pertanyaan mengenai Vivix untuk warga emas boleh hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID Shaklee: 868994