Enter Keyword

Assalamualaikum, salam bahagia..

Menjadi kurus idaman semua orang, tetapi menjadi gemuk mungkin idaman sesetengah orang. Mungkin tak ada orang yang nak jadi terlalu gemuk tetapi cukuplah mendapat berat badan yang ideal daripada di panggil "si kurus kerempeng", "tulang", "tiang elektrik bergerak" dan sebagainya..

orang kurus juga PERLU bersenam untuk membina otot

Mengikut takrif Wikipedia, "underweight" di takrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan biasanya mempunyai body mass index (BMI) di bawah 18.5 atau berat badan 15-20% lebih rendah berdasarkan umur dan ketinggian.

Penyebab
Seseorang berkemungkinan menjadi sangat kurus disebabkan oleh faktor:
  • genetik
  • metabolisme
  • kurang makanan berkhasiat
  • keadaan perubatan termasuk hipertiroidisme, kanser, tuberculosis
  • bermasalah hati atau gastrointestinal (susah untuk menyerap nutrien)
  • masalah aneroksia nervosa atau bulimia
  • kanser, penyakit berjangkit seperti AIDS, penyakit buah pinggang
  • tekanan
  • alkoholisme
Masalah kesihatan yang mungkin boleh berlaku terhadap orang yang sangat kurus ialah:
  1. stamina fizikal yang lemah
  2. lemah sistem imun
  3. mudah mendapat jangkitan
  4. amenorrhea (menstruasi tidak hadir)
  5. ketidak suburan
  6. masalah ketika hamil
  7. anemia
  8. keguguran rambut
  9. osteoporosis
5 perkara yang perlu di amalkan:

1. Pengambilan makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
- boleh makan lebih banyak jika anda sedang berselera, jika tidak mempunyai masa, gantikan dengan pengambilan susu atau makanan berkhasiat.

2. Kira tiap suapan

3. Pengambilan makanan yang bekalkan tenaga
-termasuk makanan kaya protein dan tenaga seperti daging, ayam, ikan, telur, susu, keju, yogurt, kastard, kekacang

4. Minum minuman berprotein tinggi
- seeloknya selepas makan seperti jus buah-buahan, susu dan yogurt

5. Menikmati pelbagai makanan
-supaya anda tidak hilang selera atau berasa jemu
-makan bersama2 keluarga atau rakan2 ialah waktu yg menyeronokkan

Makanan yang boleh meningkatkan berat badan terbahagi kepada dua:

1. Nasi, bijirin dan alternatif
-seperti nasi, bubur, mi, capati, kentang, oat, biskut, roti, kraker
-boleh dihidangkan bersama2 makanan kegemaran seperti jem, kaya, madu, susu, di goreng, mentega, krim atau coklat.

2. Daging dan alternatif
-ayam, ikan, telur, tauhu, kekacang, produk tenusu, susu kocak, keju
- boleh di ambil bersama2 buah-buahan, sandwich, dan sebagainya.

Shaklee mempunyai beberapa jenis vitamin dan makanan segera yang sesuai di amalkan untuk mereka yang ingin meningkatkan berat badan di samping ingin menjaga kesihatan secara lebih menyeluruh.

Set Kesihatan Optima

Mealshakes Shaklee
Bagaimana vitamin2 ini dapat membantu?
Untuk menaikkan berat badan, kita perlukan banyak protein di samping zat2 yang lain supaya apabila berat badan meningkat, kesihatan turut sama meningkat dan jadi lebih baik.

Kita tak mahulah apabila kita sudah mencapai berat badan yang diinginkan, penyakit lain pula mula menyusul akibat kekurangan nutrisi lain seperti vitamin, garam dan mineral yg juga sangat penting dalam diet seharian.

SET OPTIMA (SET A) 
Vita-lea: multivitamin terbaik yg kaya nutrisi, penambah tenaga, kecergasan tubuh, metabolisme, keupayaan produktif, melindungi organ dan proses pembesaran.

Vitamin B complex: juga baik untuk tenaga, kesihatan saraf, membantu tumbesaran, memperbaiki kulit, mata, pembentukan sel darah merah, meransang sirkulasi tubuh, meredakan alahan.

Vitamin C: Baik untuk kolesterol dan tekanan darah, meransang kolagen,  mengukuhkan sistem imun, mencantikkan kulit, memerangi kanser.

MEAL SHAKES
Nutrisi lengkap tinggi protein yang sesuai untuk semua peringkat umur, membantu tumbesaran tulang dan otak, sebagai antioksidan melawan radikal bebas. Sesuai sebagai makanan segera juga bagi kanak-kanak yang cerewet, org dewasa yang kurang selera makan dan kekurangan nutrisi.

Alhamdulillah, ramai yang berjaya menaikkan berat badan termasuk juga kanak-kanak yang sangat memilih, terlalu kurus, tidak cukup berat.

Nanti sy akan kongsikan testimonial mereka yang telah berjaya menaikkan berat badan dengan mengamalkan nutrisi Shaklee.. Untuk anda yang mempunyai anak yang terlalu kurus, terlalu memilih jom baca pengalaman mereka. Testimoni Meal Shakes

Ingin tahu bagaimana aturan makan yang betul vitamin2 tersebut? InsyaAllah anda akan di beri panduan yang mudah dan menyeronokkan.

Hubungi saya untuk pertanyaan/ order/ konsultasi berterusan ;)
Suhaila 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
facebook page: Saya Mahu Sihat
personal fb: Su Annajah
Assalamualaikum, salam ceria..

Osteoporosis adalah penyakit yang jarang-jarang kita dengar. Ini kerana osteoporosis tidak menunjukkan tanda2 atau simptom2 seperti kebanyakan penyakit lain. Penting untuk kita tahu bahawa osteoporosis terjadi pada kebanyakan orang baik lelaki atau wanita, tetapi lebih kerap kepada wanita.



Siapakah sebenarnya yang berisiko mengidap osteoporosis?
Mereka termasuklah:

  • wanita
  • umur
  • orang yang kurus / mempunyai rangka tulang yg kecil (small frame)
  • mendapat sangat sedikit kalsium dari diet
  • merokok
  • gaya hidup tak aktif (sedentary lifestyle)
  • mempunyai sejarah aneroxia nervosa
  • sejarah keluarga yang mengidap osteoporosis
  • paras hormon seperti thyroid dan estrogen
  • peminum alkohol tegar
  • menopaus awal
  • menghidapi sakit belakang (by fractured or collapse vertebra)
  • ketinggian menurun
  • bongkok (stooped posture)
  • tulang mudah retak
  • ibu (melahirkan dan menyusu)
Bila harus berjumpa doktor?
  1. apabila mengalami menopaus terlalu awal
  2. mengalami kehilangan ketinggian
  3. mengalami tulang rapuh/pecah tanpa disangka
  4. mengambil corticosteroid dalam jangka masa yang panjang
  5. ada sejarah osteoporosis dalam keluarga
Bolehkah Osteopenia (petanda awal osteoporosis) dan Osteoporosis dicegah?
Pencegahan awal adalah sangat penting. Tiga faktor utama untuk memastikan kesihatan tulang sepanjang hayat ialah:
  • amaun kalsium yang mencukupi
  • amaun vitamin D yang mencukupi
  • senaman 
Kalsium
Lelaki dan wanita berumur antara 18 hingga 50 tahun memerlukan 1000miligrams kalsium sehari. Pengambilan harian ini meningkat apabila wanita mencapai usia 50 dan lelaki mencapai usia 70. Sumber kalsium yang baik termasuklah:
  • produk tenusu rendah lemak
  • sayuran berdaun hijau
  • sardin dan salmon tin berserta tulangnya
  • produk soya seperto tofu
  • jus oren dan bijirin diperkaya dengan kalsium
Adalah sukar untuk mendapat kalsium yang mencukupi dari diet harian kita, jadi pengambilan suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix Shaklee sangat membantu.



Vitamin D
Vitamin D sangat penting untuk penyerapan kalsium yang lebih sempurna. Kebanyakan orang mendapat vitamin D yang mencukupi dari cahaya matahari, tetapi ia bukan sumber yang baik jika anda tinggal di kawasan latitud tinggi, housebound, dan jika anda sering menggunakan sunblock untuk mengelak kanser kulit.

Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan vitamin D sebanyak 400IU untuk penyerapan kalsium yang lebih baik.

Senaman
Senaman akan membantu anda menguatkn tulang dan memperlahankan kehilangan jisim tulang. Bersenamlah secara teratur setiap hari atau minggu sepanjang hayat, dan ia akan memperbaiki tahap kesihatan tulang. 

Senaman angkat beban juga amat di galakkan. Latihan seperti ini akan membantu kekuatan otot dan tulang di bahagian lengan dan tulang belakang, manakala senaman seperti berlari, jogging, menaiki tangga, skipping, skiing akan memberi kesan kepada kekuatan tulang di bahagian bawah seperti peha, dan kaki.

sumber:

Baca lanjut mengenai LANGKAH AWAL CEGAH OSTEOPOROSIS di sini.

Sekilas Fakta
Kalsium tidak dapat di hasilkan dalam tubuh manusia, ia mesti dapat dari makanan yang kita makan. Jika kita tidak mengambil kalsium yang mencukupi, maka simpanan kalsium dalam tubuh di gunakan/ di ambil untuk menguatkan gigi, tulang, dan di salurkan kepada bayi melalui susu ibu.

Jadi, adakah anda pasti keperluan kalsium anda mencukupi? Adakah anda pasti penyerapannya optimum? Adakah anda pasti anda bebas dari osteoporosis? Jika jawapannya TIDAK, maka adalah sangat PERLU anda mengambil suplemen kalsium tambahan khususnya Ostematrix dari Shaklee..

Ostematrix Shaklee adalah sumber kalsium yang terbaik kerana ia dilengkapi vitamin D dan magnesium yang berperanan penting untuk kesihatan tulang anda..Semestinya hanya yang semulajadi, Halal, selamat dan berkesan.

Nak Ostematrix dengan harga best? Hubungi:

Suhaila 013-2369434
pm fbpage : Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com




AWASI TANDA AWAL OSTEOPOROSIS

by on Oktober 27, 2012
Assalamualaikum, salam ceria.. Osteoporosis adalah penyakit yang jarang-jarang kita dengar. Ini kerana osteoporosis tidak menunjukkan tand...
Assalamualaikum, salam sihat semua..

Kanser payudara adalah salah satu daripada punca utama kematian wanita di Malaysia. Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang  berdekatan seperti kelenjar dan lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.


Tanda dan gejala kanser payudara

  1. Pembentukan gumpulan di payudara atau ketiak
  2. Rasa sakit pada payudara atau mastodinia
  3. Keradangan seperti sakit, kemerahan, rasa panas, atau bengkak pada salur limfa
  4. Kulit menjadi tekstur kupasan oren "peau de' orange"
  5. Berlaku pertambahan saiz dan pertukaran bentuk pada payudara
  6. Kulit payudara kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung
  7. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah, bersisik atau mempunyai lelehan abnormal
  8. Apabila ia telah merebak, pesakit biasanya akan merasa sakit, demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan pleura
Selalunya, petanda dan gejala awal sering tidak kelihatan, justeru kaum wanita di galakkan memeriksa sendiri payudara dan menjalani ujian payudara setiap tahun.

Pencegahan awal
Risiko kanser payudara dapat dikurangkan dengan mengamalkan makanan berkhasiat seperti Omega-3 yang terdapat di dalam minyak ikan, sayuran hijau yang kaya dengan anti-oksidan, Vitamin E, dan mengamalkan teh hijau setiap hari.

Pengambilan alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Jadi, dengan meninggalkan tabiat buruk ini, risiko kanser dapat di kurangkan.

Senaman dapat mengurangkan risiko kanser dan juga dapat membentuk payudara dengan cantik. Senaman juga mampu menganjalkan saiz dan melancarkan perjalanan darah di sekitar payudara.

sumber:

Assalamualaikum, salam bahagia..

Apa khabar anda semua? Apa khabar anak2 anda pula? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kesihatan anak2 amat menjadi perhatian kan? Anak2 saya sendiri baru saja baik dari selsema. Syukur pada Allah ia tidak mengambil masa yang lama.

Kanak-kanak memang antara golongan yang sering terjejas akibat perubahan cuaca dan persekitaran. Lebih-lebih lagi anak-anak yang mempunyai sistem imun yang lemah yang mana mereka amat mudah mendapat demam, selesema, batuk, sakit perut, cirit birit dan sebagainya. Ini di tambah pula apabila kanak-kanak itu mula di hantar ke pusat asuhan atau TASKA, di mana jangkitan lebih mudah berlaku.

Ibu bapa memang tidak dapat mengelak untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan dan Taska kerana masing2 bekerja, TETAPI ibu bapa mampu menyediakan perlindungan kepada anak-anak untuk mengelak daripada terkena jangkitan sama ada semasa bermain, di pusat asuhan, taska atau juga di sekolah.

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Shaklee menyediakan beberapa produk untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun lagi. Setiapnya mempunyai kebaikan tersendiri.

Mealshakes
Nutrisi lengkap untuk kanak-kanak membesar malah sesuai juga untuk seisi keluarga. Boleh dijadikan sarapan pagi atau minuman petang yang menyelerakan. Baik untuk sel, organ, darah dan imun, membantu tumbesaran dan pembinaan tulang, agen anti-oksida yang melawan jangkitan. Rasa vanilla dan bau harum yang bebas pewarna tiruan dan gula tiruan.

Vita-lea For Children Chewable
Multivitamin yang kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi, penting untuk kesihatan kanak-kanak, pembelajaran, tenaga dan tumbesaran.

Chewable Vita-C
Vitamin C boleh kunyah yang bagus untuk kanak-kanak juga dewasa. mempunyai rasa sitrus yang hebat. Sumber antioksidan terbaik yang membantu melawan jangkitan, baik untuk imun, otot, jantung,  membina kolagen.

Omega Guard
Minyak Ikan terbaik yang kaya dengan Omega-3 EFA, EPA, DHA. Penting untuk perkembangan dan tumbesaran otak, memori, kesihatan sendi, jantung, salur darah, meningkatkan keimunan tubuh, dan kesihatan mental kanak-kanak.

Dapatkan mana-mana satu vitamin semulajadi untuk si manja tersayang anda hari ini. Anda bertanggungjawab memberi yang terbaik buat mereka!

Untuk pertanyaan/konsultasi, hubungi:
Suhaila 013-2369434/ emel ke butik.annajah@gmail.com / ke facebook page Saya Mahu Sihat


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man(AlMarhum), Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.


Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.




From Facebook Sahabat Halal Jakim
Assalamualaikum, salam sihat semua..

Sebagai rakyat Malaysia, memang tak boleh lari daripada makanan pedas. Ibarat kalau tak pedas sesuatu masakan itu memang tak sedap. Saya adalah seorang penggemar makanan pedas. Begitu juga anda kan?

Adakah anda tahu bahawa pengambilan cili berlebihan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan?


Pakar gastroenterologist dari India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas atau cili secara berlebihan boleh menyebabkan:

Peningkatan asid perut
Rasa pedas cili pada makanan pedas itu sebenarnya berasal daripada kombinasi asam. Jika masuk ke dalam sistem pencernaan, di mana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi,maka asam dalam makanan pedas akan menambah jumlah asid di dalam perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus menerus akan mencestuskan gangguan lambung akut di kawasan lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, cirit-birit dan sakit kepala.

Keradangan
Hal ini berlanjutan daripada gangguan lambung akut yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuatkan nanah muncul dan keluar daripada luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas akan menyebabkan suhu tubuh meningkat dan mengeluarkan peluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas hendaklah di kurangkan kepada 2-3 kali seminggu.

Untuk menurunkan kadar keasidan dalam perut, minumlah susu dan air kelapa muda berterusan akan menghindarkan anda dari gangguan pencernaan.

Assalamualaikum..salam sihat semua..

Artikel ni saya jumpa di website Yahoo!. Jom ikuti apa perbezaan antara air mineral dan air minuman yang kita beli dari kedai atau pasaraya setiap hari.


1. Harga
Air mineral lebih mahal daripada air minuman (suling)

2. Rasa
Air suling lebih payau dan kelat
Air mineral rasa lebih menyegarkan

3. Penutup botol
Air mineral berpenutup biru sahaja
Air suling berpenutup putih sahaja

4. Label
Air suling di tulis "air minuman"
Air mineral ditulis "air mineral"

5. Proses
Air suling bermula daripada air paip yang di suling. Semasa penyulingan, beberapa mineral di tambah. Selepas proses pembersihan, menyebabkan bahan kimia dan mineral yang ditambah berkurang. Sebab itu rasanya payau.

Air mineral  di ambil dari bawah tanah dan di pam naik ke atas untuk menjalani proses penyulingan. Selepas itu barulah di botolkan. Tidak hairanlah harganya lebih mahal dan rasanya lebih segar.

sumber:
http://my.entertainment.yahoo.com/news/perbezaan-air-mineral-dan-minuman-064022607.html



Salam ceria..

Sesekali off topic apa salahnya kan?hehe.. Setelah di kaji2, sini saya listkan beberapa kategori manusia yg ada dlm friendlist facebook kita yang mesti dikeluarkan segera..kalo tak memang bawak penyakit. (kata nak sihat kan?)

1. Orang yang suka meroyan
Kalo setakat meroyan nak makan Mc D ke KFC ke tak pe lagi..ni asal update je duk hamun orang tu, duk hamun orang ni.. entah apa2.. org yg di hamun tu bukan ada facebook pun. tak phm aku org mcm gini.. (dolu2 sy ada buat gak..skrg dah baik. keh3) tak kose mak nak menyemakkan wall sendiri..sakit mata membaca.

2. Orang yang suka update status mende2 tak senonoh
Malas cakap byk, memang bleh buat org muntah, sila la block org mcm ni tak kira lelaki ke pempuan.

3. Orang yang suka subscribe gambo pempuan tak cukup kain
Ni se penyakit org lelaki.. dia ingat dia subscribe tu org lain x tau ke?? mark Zuckerberg ni pun lg terer.. Hang subscribe 1 Malaysia bleh tau..sebab ada kuar kat tepi belah kanan tu.. so hati2lah.

4. Orang yang suka tag gambo yang xde bekenaan ngn kita
Tag setakat sekeping 2 takpe la lagi..ni asal uplod gambo, kita jd mangsa tag nye.. (ni bese terjadi bila org tu jual brg2 atau produk). Mengkalo sayang nak unfriend boleh la setting balik kita punya profile. Pi buat sendirilah..

5. Orang yang suka menyebar gosip psl pemimpin
Pendek kata org fanatik parti memasing la...sebar aje ok la lagii kot, ni dgn dia2 pun jd batu api.. semak!

6. Orang yang bila kita update status , dia mesti bg komen menyakitkan hati
Saya belum penah kena lg la buat masa ni..haha tp kalo korang ada friend mcm ni sila la unfriend atau block terus sebab spesis ni jenis yg dengki dgn apa org lain buat. Adaaaa je mende dia nak komen. yg negatip memanjang plak tuh.

haa cukup la 6 ni dulu.. next time kita sambung lg k... (fenin dh aku memikir)..kui3.. k lah..semoga anda bergumbira di hujung minggu!!!!
Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Di petang Jumaat yang barokah ini saya teringin nak mengulas tentang topik yang agak kontroversi terutama di kalangan ibu-ibu menyusu. Saya memang suka topik2 kontroversi macam ni dan saya suka menulis di blog supaya saya bebas menyuarakan pandangan peribadi saya.


Kebanyakkan orang yang anti-suplemen memang akan membantah pengambilan suplemen walau dalam apa bentuk sekalipun. Ini kerana bagi mereka, penyusuan itu mestilah semulajadi, maksudnya tanpa mengambil apa-apa suplemen pun kita boleh menyusukan bayi. Benarkah begitu? Adakah dengan pengambilan suplemen atau makanan tambahan akan menyebabkan proses penyusuan itu terganggu?

Memang benar, tanpa bantuan suplemen, kita boleh menyusukan bayi. TETAPI berapa ramai ibu-ibu yang mengeluh telah kekeringan susu walaupun bayi baru saja berumur 3 bulan! Berapa ramai pula ibu-ibu yang memberhentikan penyusuan kepada bayi selepas kekeringan susu? Akhirnya dengan tidak mengambil sebarang usaha, ibu-ibu yang pada mulanya sangat ingin menyusukan bayi dengan susu ibu akhirnya  memilih susu lembu untuk diberikan kepada bayi. Alangkah rugi...

Saya teringat kepada seorang teman, beliau memberitahu yang beliau terpaksa membeli ubat (pil hormon) untuk meransang susu ibu kerana bekalan memang sangat kurang tambahan anaknya sangat kuat menyusu. Ibu ini tidak berputus asa, beliau akan cari apa saja cara supaya dapat memberikan yang terbaik untuk bayinya. (saya tidak mencadangkan shaklee kepadanya kerana faham masalah kewangannya).

Apa yang perlu difahamkan di sini adalah konsep REZEKI dan USAHA. Macam orang tak berduit, susah, kais pagi makan pagi berbeza dengan orang banyak duit tak payah kais2 rezeki muncul depan mata. Sama juga, ada orang yang Allah murahkan rezeki susu ibu, ada orang yang kena usaha dulu baru Allah bagi. Selain ibu-ibu kena faham konsep "demand and supply", pengambilan suplemen, makanan tambahan, herba, atau ubat-ubatan sekalipun tidak menjadi masalah asalkan ianya, baik, berkhasiat, dan terjamin kebersihan dan kehalalannya.

Lagipun ramai juga ibu-ibu walaupun tidak mempunyai sebarang masalah menyusukan bayi, tetap mengambil suplemen. Ini kerana mereka ingin memberikan yang terbaik untuk bayi masing-masing. Bukanlah sebab makanan yang di ambil setiap hari ini tidak bagus tetapi kita juga tak pasti makanan yang kita makan itu berkhasiat untuk ibu dan juga bayi atau tidak? Contohnya ibu-ibu yang sering mengamalkan minum minuman bergas, kafein, makanan berperasa dan berperwarna tiruan, sudah tentu sangat tidak baik untuk ibu apatah lagi untuk disalurkan kepada bayi.

Jadi, dengan pengambilan suplemen yang sudah terbukti berkhasiat, sekurang-kurangnya bayi turut mendapat manfaat daripada suplemen itu. Contohnya jika ibu mengambil kalsium (ibu menyusu memerlukan lebih kalsium daripada ibu tidak menyusu) ibu dan bayi turut mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Ibu menyusu memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang manakala bayi memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

SALAHKAH mengambil suplemen untuk membantu penghasilan susu ibu? Anda jawablah sendiri...
Assalamualaikum, salam ceria..

Ibu-ibu yang menyusukan bayi dan diserang pula penyakit seperti demam panas, selesema, dan batuk pasti tertanya-tanya bolehkah memberi susu semasa sakit? Apa kesan kepada bayi? Adakah bayi turut mendapat penyakit yang sama?



Selepas melahirkan anak pertama, saya mengalami selesema sebaik sebulan selepas melahirkan. Tidak lama kemudian, bayi saya pun turut mendapat jangkitan selesema. Jadi tidur malamnya terganggu akibat hidung tersumbat. Saya susah hati, lalu membawanya ke klinik. Jururawat memberitahu bayi usia sebulan tak boleh diberi sebarang ubat. Hanya teruskan menyusu sebab antibodi dari susu ibu diperlukan untuk melawan jangkitan dalam tubuh bayi..

Jom ikuti apa kata pakar laktasi yang saya petik dari majalah Pa & Ma.

Sebenarnya ada beberapa keadaan ibu dinasihatkan memberhentikan penyusuan buat sementara waktu atau selama-lamanya. Menurut pakar laktasi Dr. Ruth Lawrence, HIV dan HTLV-1 adalah satu-satunya penyakit berjangkit yg menjadi faktor mutlak utk ibu menghentikan penyusuan susu ibu di negara2 membangun.

Sekiranya ibu2 mengalami sakit biasa seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit perut, atau mastitis, dia seharusnya meneruskan penyusuan susu ibu. Cuma minta doktor memberikan ubat yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anaknya.

Menyusukan bayi ketika anda sendiri sakit sebenarnya lebih baik untuk bayi. Ini kerana tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit yang di alami. Susu ibu tidak akan menyebabkan bayi sakit sebaliknya ia akan menyalurkan antibodi yang dihasilkan melalui susu badan kepadanya.

Apa yang perlu di lakukan ketika anda sakit:
1. Jangan panik dan risau, kemungkinan bayi anda turut terdedah kepada penyakit sejak awal lagi sebelum ibu jatuh sakit. Oleh itu susu ibu boleh mengelakkan bayi daripada sakit atau membantu dia untuk melawan penyakit.

2. Ambil langkah berjaga-jaga seperti mencuci muka, membasuh tangan, mengurangkan sentuhan ke muka, dan elakkan bersin atau batuk berhampiran bayi. Elakkan juga mencium bayi terlalu kerap.

3. Letakkan bayi berdekatan anda supaya senang untuk menyusukannya.

4. Keraplah minum air walaupun semasa anda sakit supaya penghasilan susu tidak terjejas dengan teruk.

5. Elakkan ubat jenis antihistamins yang di katakan berupaya mengurangkan susu badan.

sumber: Pa&Ma

MENYUSUKAN BAYI KETIKA SAKIT

by on Oktober 18, 2012
Assalamualaikum, salam ceria.. Ibu-ibu yang menyusukan bayi dan diserang pula penyakit seperti demam panas, selesema, dan batuk pasti tert...
Assalamualaikum, salam sejahtera..

Ramai yang tidak sedar bahawa sarapan adalah rahsia untuk kekal sihat bertenaga sepanjang hari. Bayangkan jika kita yang bekerja atau anak-anak yang pagi-pagi menuju ke sekolah tanpa sarapan pagi yang berkhasiat, bagaimana agaknya prestasi mereka sepanjang hari?

Tanpa pengambilan sarapan walaupun sekeping roti, kita mungkin akan:

  • tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
  • kurang peka
  • lambat respons
  • mengantuk dan lapar
  • kandungan gula dalam darah menurun
  • produktiviti kerja / pembelajaran juga menurun


Meal Shakes Shaklee

-Meal Shakes Shaklee menyediakan  hidangan lengkap 24 jenis vitamin dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.

-Diperbuat daripada bahan semulajadi- buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

-Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.

-Lactalbumin mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

-Sangat sesuai untuk semua golongan- bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, atlet, vegeterian, orang sakit, orang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

Manfaat utama:
  1. Membantu tumbesaran- mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  2. Anti-oksida- mengandungi vitamin A,C, E zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan  jangkitan dan  melambatkan proses penuaan
  3. Mengembalikan seri wajah- vitamin B, zat besi, copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah/kulit yang cantik
  4. Detoksifikasi- kaya dengan serat larut yang membantu membuang lemak  berlebihan dan sisa buangan dari usus dan perut.
  5. Rasa lazat- rasa vanilla dan sangat wangi memberi kesegaran apabila dicampur bersama-sama minuman kegemaran yang lain.
  6. Tidak mengandungi perasa dan pewarna tiruan

Ingin dapatkan Meal Shakes anda hari ini? Hubungi:
Su 013-2369434 / emel butik.annajah@gmail.com / facebook.com/Saya-Mahu-Sihat
Assalamualaikum, salam ceria..

Hari ni nak kongsi cerita tentang penurunan berat badan melalui pengambilan protein dalam diet harian. Tahukah anda bahawa, diet tinggi protein menjadi cara yang paling popular untuk menurunkan berat badan kerana kajian menunjukkan bahawa protein akan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.


Kajian daripada American Journal Of Clinical Nutrition melaporkan bahawa peserta program diet tinggi protein mereka lebih merasa kepuasan, kenyang lebih lama dan berjaya menurunkan berat badan apabila pengambilan lemak di turunkan sebanyak 20% daripada nilai kalori dalam diet, protein di tingkatkan kepada 30%, dan karbohidrat sekitar 50%.

Dalam kajian lain yang dilaporkan Journal Of Nutrition, menunjukkan diet tinggi protein  yang digabungkan bersama-sama senaman mampu menurunkan berat badan, membuang lemak dan memperbaiki paras lemak dalam darah. Penyelidik juga mencadangkan diet tinggi protein di amalkan supaya mereka yang ingin menurunkan berat badan dapat mengawal selera dan pengambilan kalori.

Pelbagai teori diet dikemukakan antaranya, Atkins, Zone, Ornish, LEARN dan POUNDS LOST dan kesemuanya memperkenalkan pendekatan yang berbeza. Antara kelima-limanya, teori diet dengan pengambilan tinggi protein lebih menunjukkan penurunan berat badan dengan lebih cepat.

Apa kaitan protein dengan penurunan berat badan?
1. Memakan makanan tinggi protein seperti ayam, daging, ikan kekacang dan pelbagai makanan tinggi protein yang lain akan menyebabkan pergerakan makanan ke dalam usus menjadi perlahan. Pengosongan perut yang perlahan bermakna anda akan berasa kenyang dalam tempoh yang agak lama. Jadi, keinginan anda untuk makan akan berkurangan.

2. Kesan yang agak stabil dan 'lembut' ke atas glukosa darah dapat mengelakkan kenaikan mendadak glukosa dalam darah yang mana amat sering berlaku apabila kita mengambil makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan kentang.

3. Tubuh menggunakan banyak tenaga untuk menghadamkan protein berbanding ia menghadam lemak atau karbohidrat.

Bagaimana protein soya membantu dalam penurunan berat badan?
Banyak kajian menunjukkan protein soya mampu menurunkan paras LDL (kolesterol jahat), baik untuk jantung dan salur darah kerana ia membekalkan lemak politaktepu, serat, vitamin, mineral dan rendah lemak.

*sumber:
1. http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/protein-full-story/index.html#protein_weight_control
2. http://www.webmd.com/diet/guide/high-protein-diet-weight-loss?page=2


ESP (Energizing Soy Protein) dan penurunan berat badan
1. ESP membekalkan 9 asid amino penting yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

2. Membantu kepejalan otot (otot amat penting untuk membakar lemak)

3. Terbukti secara klinikal dapat membantu anda kekal bertenaga selama berjam-jam.

4 Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39 (GI tinggi 70 dan ke atas, GI sederhana 56-69,GI rendah 55 dan kebawah).

Indeks glisemik (GI) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam darah. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam penurunan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.
*ESP juga sesuai di ambil oleh pengidap kencing manis.


Cinch Shake Mix (Shaklee inch loss plan)
1. Satu hidangan membekalkan 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. (sesuai sebagai "meal replacement")

2. Baik di minum bersama-sama ESP kerana protein sangat penting untuk membina otot, meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

3. Indeks Glisemik (GI) 22 juga sesuai untuk pengidap kencing manis.

4. Diperkaya dengan leusine: bahan penting untuk memelihara kepejalan otot semasa menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga dan menyokong metabolisme serta memberi kepuasan.

5. Terdapat dalam 3 perisa (Caffe latte, coklat dan vanilla).

Karbohidrat dan penurunan berat badan
Apabila menyebut tentang karbohidrat pula, bukanlah bermakna pengambilan karbohidrat perlu dihentikan sama sekali apabila anda ingin menurunkan berat badan. Karbohidrat sangat penting untuk keseimbangan diet dan tubuh yang sihat. Karbohidrat membekalkan sumber bahan bakar untuk daya tahan organ seperti otak, sistem saraf pusat dan buah pinggang.

Pengambilan karbohidrat yang sangat rendah atau tiada langsung adalah tidak mengikut keperluan diet harian. Tubuh kita memerlukan semua protein, lemak, karbohidrat serta vitamin, garam dan mineral untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Jika pengambilan karbohidrat sangat rendah, ini akan menyebabkan tubuh kita kekurangan banyak khasiat lain yang biasanya juga terdapat dalam makanan tinggi karbo seperti buah dan sayur-sayuran. Ia juga akan menyebabkan tubuh kita tidak mendapat mineral, serat dan antioksidan yang bagus dalam makanan itu.

Diet rendah karbohidrat juga akan menyebabkan tubuh mengalami kesan jangka pendek dan panjang seperti pening, muntah, pitam, dehidrasi, masalah pernafasan, hilang selera; juga akan berpotensi menyebabkan kenaikan berat badan (jika mengambil makanan tinggi lemak), masalah usus, kesan yo-yo (berat turun naik), masalah buah pinggang dan masalah berkaitan osteoporosis.

*sumber:
http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Weight_loss_and_carbohydrates

Jadi, dengan pengambilan ESP dan Cinch Shakes atau apa-apa produk Shaklee yang berkaitan penurunan berat badan, kami sangat tidak menggalakkan anda untuk berpantang karbohidrat secara total. Makanlah sama ada nasi, buah, ubi kentang, atau apa sahaja makanan tinggi karbohidrat TETAPI ambillah dalam jumlah yang sederhana dan tidak berlebihan.

Ikuti apa kata mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan pengambilan ESP dan Cinch :)

"saya kerja shift. kalau keja pagi pukul 7am-2pm. memang takde waktu makan. nak makan kena curi2. kalau sibuk jangan harap lah. dulu, kalau pagi2 tak breakfast nasi lemak bila dah sampai pukul 11-12 memang perut berbunyi n lutut pun ketar. n balik kerja dah lapar melantak n tidur! petang baru bangun... memang letih kalau sibuk tu nak duduk, nak kencing pun tak sempat :) tu pasal badan n
aik!

kini senang. saya memang nekad nak berdiet..bukan untuk cantik saja tapi lebi
h kepada untuk kesihatan sebab saya rasa mengah, sakit lutut, letih2! maklumlah umur pun dah 30 kan. setiap pagi saya pastikan shake. dengan ESP atau cinch. minuman ni buat perut jadi kenyang dan tak terlalu berat. nak buat kerja pun lebih aktif.kalau 1 shift tak makan pun memang boleh bertahan. bila kita tak terlalu lapar so kita pun boleh kontrol makan. saya makan tengahari ja- tu pun 1/2 atau 1/4 ja. malam memang tak makan dah. bukan sebab tahan lapar tapi memang rasa kenyang sampai tak lalu dah nak makan.. so saya dah biasa mcam ni 3 bulan lebih. hasilnya sampai hari ni saya dah susut 14kg.

konsepnya senang je- kawal kalori. bila kita boleh kawal kalori harian dalam 1300-1500 saja sehari berat memang boleh turun dengan sendiri.tapi masalahnya nanti mesti lapar kan? jika perut sentiasa di isi dan kenyang masalah lapar settle! so terpulang pada kita la.. kalau kita kawal makan, pilih makanan yang sihat memang berat akan turun dengan sendiri.
selain tu saya ambil supplemen lain supaya dapat membekalkan saya dengan vitamin2 perlu sebab bila diet ni kita pn kekurangan zat. thats why sesetengah orang yang berdiet mudah selsema, pucat dsbgnya.

selain tu pernah dengar tak bila diet kurus pastu bila bila stop gemuk balik? ni dipanggil effect 'yoyo'. ni terjadi bila amalkan diet yang tak makan karbohidrat. memang cepat tururn tapi metabolisma jadi slow. seolah2 badan kita ni dah lupa cara nak metabolisma carb ni! bila kita start balik makan nasi- sistem badan kita dah jadi huru hara- dia tak reti dah.. metabolisma jadi slow dan carb ni dia akan simpan sebagai lemak! thats why kita kena makn juga carbohidrat ni sebab itu memang makanan asas kita. so boleh makan nasi- tapi kawal.. bukan nyer sampai 3 pinggan sehari 1/4 pun cukup. makan untuk keperluan je." -herny yusnizar-





Ini sebahagian sahaja..dan ramai lagi yang dah berjaya.. Anda pula bagaimana? Tak salah mencuba. ESP bukan sahaja dapat membantu menurunkan berat badan malah anda akan dapat bonus lagi. Bonusnya ialah kulit lembut dan cantik, wajah berseri-seri, awet muda dan yang penting harga sangat berpatutan!!

Dapatkan ESP atau Cinch Shakes anda sekarang juga!!! Hubungi:
Suhaila 013-2369434/ emel butik.annajah@gmail.com / facebook Saya Mahu Sihat
Assalamualaikum, salam sejahtera..

Seriously saya terkejut tengok apabila ada orang membandingkan soya dan pemakanan sunnah. Tak dinafikan lewat kebelakangan ni, ramai yang menyebarkan tentang keburukan soya, antaranya yang mengatakan pengambilan soya telah melencongkan kita dari pemakanan sunnah. Saya pun mula melewati beberapa blog untuk melihat sejauh mana pandangan buruk masyarakat Malaysia tentang soya.


Seperti yang saya duga, semua artikel tentang keburukan soya itu (baik dari blog dan facebook) adalah sama!! Saya mula terfikir agaknya siapakah orang yang mula-mula menulis artikel itu hingga berjaya mempengaruhi fikiran rakyat Malaysia supaya takutkan soya. Saya percaya sedikit sebanyak artikel seperti ini menutup periuk nasi peniaga soya kecil-kecilan juga!

Berbalik kepada topik di atas (entah idea siapa yang sanggup membandingkan sedemikian rupa), tak perlu lagi di bandingkan samada mana lebih baik, soya atau makanan sunnah? Tak perlulah kita mempersoalkan kebaikan pemakanan sunnah sebab ia memang dah terbukti berkhasiat. Tak payah kajian saintifik, dalam Al-Quran sendiri Allah menyatakan bahawa pemakanan seperti madu, susu, zaitun, buah tin, kurma memang terbukti bermanfaat untuk manusia. Ada sesiapa nak mempersoalkan tentang firman Allah ini??

Tentang soya pula, saya percaya peniaga soya sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran tak terfikir pun untuk menandingi kehebatan pemakanan sunnah itu tadi. Malah saya tak pernah dengar mana2 penjual soya mengatakan "jangan makan kurma bila dah minum soya". TAK PERNAH!

Firman Allah,
"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu musuh kamu yang nyata" Al-Baqarah: 168

Firman Allah lagi,
"Makanlah (makanan) yang halal lagi baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepadamu dan takutlah kepada Allah, yang kamu telah beriman kepada-Nya" Al-Maidah:88

Firman Allah,
"Dia tumbuhkan untukmu dengan air itu tanam-tanaman, zaitun, pohon kurma, anggur dan bermacam-macam buah-buahan. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkannya" An-Nahl: 11

Firman Allah,
" Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika tiap-tiap sembahyang. Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang melampaui batas" Al-A'raaf: 31

"Katakanlah: siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hambaNya; dan rezeki (makanan) yang baik-baik? Katakanlah: semuanya itu untuk orang-orang yang beriman waktu hidup di dunia dan khususnya untuk mereka pada hari kiamat. Demikianlah kami terangkan ayat-ayat itu untuk kaum yang mahu mengetahui" Al-A'raaf:32

Tak cukup lagi? Apa kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman apabila di tanya patut ke beli suplemen luar negara keluaran bukan orang Islam, yang mahal tapi bagus dari segi kajian dan hasilnya (dalam kes ini soya ESP la).
Menurut beliau, "makanan yang disebut dalam Al-Quran yang jadi amalan Nabi kerana ia dekat dengan Nabi. Tidak ada masalah mengambil suplemen dari sumber yang baik, halal dan ada kajian mendalam sebab sebenarnya Allah jadikan setiap sesuatu itu ada kebaikan dan kelebihannya."

Rasulullah S.A.W bersabda, "Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab-Nya adalah halal, dan apa yang diharamkan Allah dalam kitabNya adalah haram, dan apa yang di diamkan (tidak diterangkan), maka barang itu termasuk yang di maafkan (di bolehkan)" Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi.

Dalam Al-Quran juga terdapat banyak ayat tentang biji-bijian, malah Rasulullah sangat suka memakan biji-bijian (bijirin). Bukankah soya juga termasuk dalam kategori bijian?? [saya ada terbaca hadis Nabi tentang bijian ni tapi time nak tulis tak jumpa plak kat mana].

Berbalik kepada cerita soya kita ni tadi..kita jangan cepat sangat percaya dengan apa saja maklumat lebih-lebih lagi yang disebar kat internet ni.. Kena ada sumber yang boleh dipercayai. Soya taklah seburuk yang di sangkakan. Kalau benar buruk saya menunggu2 juga statistik atau apa2 laporan yang dikeluarkan kementerian kesihatan jika benar ada effect buruk tentang soya nih.. Korang kalo jumpe bagitahu saya yer. (pastikan sumbernya tepat dan sahih baru saya percaya!)

Jadi kepada penggemar-penggemar soya, pilih soya yang memenuhi kriteria pemilihan soya yang baik. BACA SINI, soya akan beri kesan negatif jika tersalah pilih dan jika di ambil secara berlebihan. Bukan soya je, malah semua makanan pun kalau di ambil berlebihan akan menyebabkan peyakit. Jadi, apa-apa pun ikutlah Al-Quran dan sunnah, bukan je dalam pemilihan makanan tapi segenap aspek kehidupan!

Salam sayang... (^_^)v






Assalamualaikum, salam bahagia..

Memandangkan bulan Oktober ini adalah bulan promosi ESP, saya ingin berkongsi kepada anda, apa sebenarnya kepentingan protein kepada tubuh, dan kenapa anda WAJIB ambil ESP sebagai sumber protein harian anda.

Protein adalah asas kepada pembinaan sel yg sihat. Protein sangat penting (vital) untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik. Ini kerana protein menjalankan fungsi memperbaiki dan regenerasi (pertumbuhan) sel baru, pengaturan dan pengekalan tisu yang sihat, penghasilan hormon dan enzim, keseimbangan bendalir dan membekalkan tenaga.

protein structure


Kepentingan kepada sel dan tisu
Protein adalah komponen yang sangat penting kepada setiap jenis sel di dalam tubuh termasuk otot, tulang, organ, tendon, ligamen. Protein juga penting dalam pembentukan enzim, antibodi, hormon, faktor pembekuan darah, dan protein pengangkut darah,

Tubuh kita akan memperbaiki dan memperbaharui tisu secara berterusan. Sejumlah protein diperlukan untuk membina tisu baru atau mengekalkan struktur dan fungsinya bergantung kepada kadar pembaharuan atau peringkat pertumbuhan dan perkembangannya.

Contohnya, salur usus diperbaharui setiap dua hari, sementara sel darah mempunyai jangka hayat antara 60-120 hari. Selain itu, peringkat bayi menggunakan  sebanyak 1/3 daripada diet protein untuk pembinaan tisu otot dan tisu penghubung yang baru.

Cuba perhatikan luka atau parut di tubuh anda, adakah tempoh pembaikannya mengambil masa yang sekejap atau lama? Jika ia mengambil masa yang lama untuk pulih, kemungkinan anda mengalami masalah kekurangan protein.

Penghasilan hormon dan enzim
Asid amino adalah komponen utama hormon, yang mana kimia pengutus signal yang sangat  diperlukan oleh tubuh. Hormon akan dirembeskan ke dalam salur darah oleh kelenjar endokrin seperti kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, pankreas, kelenjar tanpa saluran yang lain. Contohnya, hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas bekerja untuk menurunkan paras glukosa darah selepas makan. Insulin di perbuat daripada 48 asid amino.

Enzim pula penting dalam peranan kinetik dan tindakbalas biologi tubuh yang diperbuat daripada molekul protein yang besar. Enzim memudahkan kadar tindak balas dengan bertindak sebagai pemangkin dan mengurangkan keaktifan tenaga sempadan antara bahan (reactants) dan hasil tindak balas.

Semua tindak balas kimia yang berlaku semasa penghadaman makanan dan proses metabolik dalam tisu memerlukan enzim. Oleh itu, enzim adalah vital kepada keseluruhan fungsi tubuh; dan dengan itu menunjukkan peranan utama dan signifikan kepada protein.

Keseimbangan bendalir
Kewujudan molekul protein darah , seperti albumin dan globulin, adalah faktor kritikal dalam mengekalkan keseimbangan bendalir yang baik di antara sel dan ruang antara sel. Protein wujud dalam lapisan kapilari yang mana saluran setebal satu sel yang menghubungkan arteri dan salur vena, dan ia tidak boleh mengalir di luar salur kapilari ke dalam tisu kerana saiznya besar. Bendalir darah ditolak ke dalam salur kapilari daripada tisu dengan melalui mekanisme tekanan oncotic, yang mana tekanan protein tisu digunakan untuk mengurangkan tekanan darah.

Oleh itu, protein darah sangat perlu untuk mengekal dan mengatur keseimbangan bendalir antara darah dan tisu. Kekurangan protein darah membawa kepada masalah edema, atau pembengkakan tisu disebabkan tekanan yang tidak betul untuk menarik kembali bendalir daripada tisu ke dalam darah. Keadaan edema sangat serius, dan boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan.

Bekalan tenaga
Protein bukanlah sumber tenaga yang signifikan dalam tubuh apabila amaun karbohidrat dan lemak dalam tubuh mencukupi. Protein juga adalah tenaga yang tersimpan seperti juga karbohidrat dan lemak.

Walaubagaimanapun, jika amaun karbohidrat dan lemak yang di hadam tidak mencukupi, protein tetap digunakan sebagai sumber tenaga dalam tubuh. Kegunaan protein sebagai sumber tenaga bukan ekonomikal kerana pengekalan tisu, pertumbuhan, dan pembaikan sel juga turut memerlukan tenaga.

Jika di ambil secara berlebihan, protein di tukar pula menjadi lemak. Protein menghasilkan banyak tenaga boleh guna seperti karbohidrat, iaitu 4 kcal/gram (kilo kalori per gram).

Walaupun bukan sumber utama tenaga, protein membekalkan asid amino yang di perlukan untuk adenin (tapak nitrogen ATP) sebagaimana juga bahan bernitrogen (nitrogenous) yang lain seperti kreatinin fosfat.


Kenapa mesti ambil ESP sebagai sumber protein??
1. ESP diiktiraf diseluruh dunia sebab ia mempunyai kajian klinikal yg sangat ekstensif dan komprehensif, kualiti sangat tinggi.

2. ESP guna 'non-GMO' soya iaitu bukan soya yang telah diubahsuai secara genetik. Mutu soya di kawal ketat tanpa menggunakan sebarang kimia.

3. Ia di proses pada suhu rendah (kerana soya yg diproses pd suhu tinggi akan memusnahkan kandungan proteinnya) jadi apa guna minum soya jika tiada khasiat?

4. Satu-satunya produk yang datang dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh tetapi tubuh manusia tidak dapat menghasilkannya.

5. Indeks glisemik rendah (mengekalkan kandungan gula dalam darah) - juga membuatkannya sesuai untuk pesakit kencing manis, orang yang ingin kurus, dan menjaga kesihatan dalam jangka panjang

6. 1 hidangan = 2 kali daging, 4 kali telur, 12 kali susu

7. Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik, sangat mudah diserap oleh badan.

8. ESP dibasuh dengan air (bukan alkohol seperti soya lain) untuk mengekalkan isoflavon yang kritikal.

9. Manfaat yang sangat banyak kepada kesihatan dan kecantikan anda.

Saya percaya dengan ESP, malah ramai lagi yang percaya dan suka akan khasiat dan kebaikannya. Cuba dulu pasti anda akan jatuh cinta seperti saya dan yang lain-lain.

Order sekarang!! jangan tangguh-tangguh kerana takut kehabisan stok.

SMS/CALL SUHAILA 013-2369434
EMEL : butik.annajah@gmail.com
fb: facebook.com/su.annajah


Assalamualaikum, salam ceria bersama anak-anak tersayang!

Ke mana agaknya anda membawa anak-anak sewaktu cuti hujung minggu macam ni ye? Shopping complex? Waterpark? Tengok wayang? Atau duduk di rumah saja bersantai melayan kerenah anak-anak yang semakin lincah? Apapun aktiviti anda, pastikan keselamatan mereka didahulukan.


Apa yang saya nak share hari ni bukanlah tentang keselamatan anak-anak kita kerana saya pasti kita sebagai ibu bapa sangat berhati-hati dengan persekitaran yang berkemungkinan mendatangkan kecederaan lebih-lebih lagi kemalangan kecil yang tak di sangka-sangka.

Sebagaimana kita bimbangkan keselamatan mereka, ibu bapa juga patut fikirkan kesihatan mereka terutamanya apabila berada di luar rumah. Ini kerana, persekitaran kita kian terancam akibat pencemaran, kuman dan mikrob yang semakin bersifat 'moden' dan penularan virus yang tidak dapat dikesan oleh mata.

Ya, kita ingin anak-anak kita bebas meneroka alam semulajadi, belajar dari persekitaran dan pengalaman, namun kita WAJIB menyediakan tubuh mereka dengan ketahanan semulajadi juga. Saya percaya ramai ibu bapa yang sedar akan hal ini, sebab itu ibu bapa sanggup memperuntukkan belanja besar setiap bulan bagi kesihatan anak-anak tersayang dengan membeli makanan tambahan dan vitamin di kedai -kedai ubat dan farmasi berjenama atau tidak.

Persoalannya, sejauh mana anda yakin vitamin tersebut SELAMAT?? Saya pula yakin kita membeli vitamin / makanan tambahan itu melalui iklan di televisyen. KAN?? (sebab saya dulu pun begitu)... Tanpa mempedulikan kesan sampingan, tanpa kajian terperinci, asalkan rasanya sedap, mahal (sebab selalu dalam fikiran kita vitamin yang mahal memang bagus), lalu kita pun memaksa anak kita makan setiap hari dengan penuh keyakinan. Yakin itu betul, tetapi yakin pada produk yang salah amat menakutkan!

Sebab apa ibu bapa perlu cerewet dengan vitamin untuk anak-anak?

  1. Sebab terlalu banyak vitamin sintetik berada di pasaran, dari murah hinggalah yang mahal
  2. Sebab tiada kajian klinikal dan bukti saintifik
  3. Sebab memilih vitamin yang salah boleh memudaratkan kesihatan
  4. Sebab nutrisi yang terkandung di dalam sesuatu vitamin mungkin salah (penipuan label)
  5. Sebab tiada jaminan vitamin itu berkesan atau tidak
  6. Sebab ibu bapa MESTI pilih yang TERBAIK untuk anak anda!
Kesihatan anak-anak bukan boleh di jual beli. Berapa ramai ibu bapa yang gundah gulana memikirkan setiap bulan anak diserang demam, selesema, batuk, alahan, dan jangkitan2 yang kadang2 sama sekali tidak terfikir oleh kita.

Jadi, vitamin yang bagaimana boleh diberikan kepada anak kita?
  1. Pilih vitamin yang diperakui HALAL 
  2. Pilih vitamin yang terbukti secara saintifik dan telah melalui ujian-ujian klinikal 
  3. Pilih vitamin yang terbukti berkesan (melalui ujian klinikal itu tadi)
  4. Pilih vitamin yang bersumber semulajadi iaitu bebas racun, kimia dan mutu sumbernya di kawal ketat
  5. Pilih vitamin yang selamat 
  6. Pilih vitamin yang mempunyai harga berpatutan dengan nilai nutrisinya
Jika anda mementingkan kesihatan anak anda, pilihlah vitamin atau makanan tambahan yang menepati kesemua ciri-ciri di atas. 

Ingat, kesihatan anak anda di tangan anda. Memberi yang terbaik adalah tanggungjawab anda!

MENCARI VITAMIN SEMULAJADI YANG MENEPATI KRITERIA DI ATAS? HUBUNGI SAYA;

CALL/SMS SUHAILA 013-2369434, EMEL butik.annajah@gmail.com, facebook.com/su.annajah, facebook page Saya Mahu Sihat.
Assalamualaikum, salam sejahtera.

Dewasa ini kerapkali terdengar dan melihat kanak-kanak seawal usia bayi hingga menjangkau usia 6 tahun kerap dihinggapi penyakit seperti demam, batuk dan selesema termasuk juga pada anak-anak yang di tinggalkan di pusat asuhan atau TASKA.

Anak-anak yang cergas, bijak dan sihat impian semua ibu bapa. Dari kiri Ammar, Tajuddin, Zarif, Darwish  di perkarangan  Muzium Pekan

Menurut Pakar Pediatrik Dr. Roliza Ibrahim, kanak-kanak yang ditempatkan di TASKA memang agak kerap diserang penyakit seperti di atas, malah kanak-kanak yang mengidap penyakit tertentu juga akan sering terkena jangkitan jika diletakkan di taska. (Pa&Ma 2009)

Sebagai seorang kanak-kanak, mereka harus diberi peluang meneroka persekitaran dan bergaul dengan rakan sebaya supaya dapat membentuk perkembangan sosio-emosi yang sihat. Namun begitu seseorang kanak-kanak itu perlulah sentiasa sihat dan cergas.

Untuk memastikan kesihatan dan kecergasan anak-anak, mereka perlu dibekalkan dengan sistem daya tahan atau imun yang mampu mengelakkan mereka daripada mudah terkena jangkitan bakteria dan organisma mikro. Makanan sihat sahaja tidak mencukupi.

Saintis mendapati keberkesanan sistem imun yang menurun boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kekurangan zat makanan, tabiat makan yang buruk dan pencemaran.

1. Kekurangan Zat Makanan
Laporan Sidang Kemuncak Bumi 1992 melaporkan bahawa bumi telah kehilangan 90% daripada bahan galiannya akibat teknik pertanian moden. Sayur dan buahan dipetik sebelum tempoh matang menyebabkan ia tidak sempat menghasilkan zat yang mencukupi oleh tubuh.

Kekurangan zat besi dan selenium, meskipun sedikit boleh menjejaskan tahap imun tubuh manusia. Malah kekurangan vitamin A pada kanak-kanak boleh melumpuhkan sistem imun.

2. Tabiat Makan Yang Buruk
Ibu bapa termasuk saya sendiri sering memberi anak-anak makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Menurut Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika, dalam tempoh setengah jam selepas mengambil 120gram gula, kemampuan sel darah putih membunuh penceroboh asing (bakteria atau kuman berbahaya dalam badan) berkurangan sebanyak 50% dan hal ini berlanjutan hingga 5 jam.

3. Pencemaran
Pencemaran alam sekitar dan kesan racun serangga terhadap sumber makanan mampu mengurangkan jumlah sel darah merah dan limfosit yang melawan penyakit. Ini akan melemahkan keupayaan sel darah putih bertindak untuk menghapuskan bakteria dan virus.

Tanda-tanda sistem imun yang lemah pada kanak-kanak:
  • sering batuk
  • kerap selesema
  • sakit perut
  • mengalami alahan
  • jangkitan pada telinga
Oleh itu, pastikan anak-anak sentiasa mencuci tangan sebelum makan dan selepas melakukan aktiviti di dalam dan diluar rumah/kelas. Beri diet yang seimbang dan berkhasiat serta tidur yang cukup untuk memastikan mereka membesar dengan lebih baik.

**Sumber: Pa&Ma 2007

Tonton video di bawah mengenai bagaimana ibu meningkatkan sistem imun anak mereka!


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Kenapa Anak Selalu Sakit?

by on Oktober 06, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera. Dewasa ini kerapkali terdengar dan melihat kanak-kanak seawal usia bayi hingga menjangkau usia 6 tahun k...