Enter Keyword


Terbaca tadi, kisah luar negara.
Ada budak umur belasan tahun bunuh diri sebab depression.
Tweet terakhir dia tulis, dia cuba nak cakap dengan mak dia, bagitahu yang dia tengah stress.
Tapi apa mak dia buat?
Mak dia cuma cakap, 'dah-dah la tu..'
Kita orang dewasa ni memang banyak stress sampai kita lupa anak kita punya stress pun tak kurang hebatnya.
Tempat rujukan, tempat mengadu diorang hanyalah kita.
Masalahnya kita selalu ego, abaikan apa yang diorang rasa dan tak nak dengar pun apa yang diorang cuba sampaikan.
Kita dulu pun pernah jadi remaja. Kita nak share sesuatu dengan orang yang rapat dengan kita.
Susahnya jadi ibu bapa ni bila kita gagal memahami anak kita, cuma berharap anak kita boleh setelkan sendiri masalah dia.
Anak akak pun meningkat remaja. Kadang-kala boleh perasan dia cuma nak bermanja dengan kita. Nak perhatian kita.
Kena lunturkan sikit ego kita, jadi mak ayah yang 'good listener' dan responslah kepada diorang sebagaimana yang kita nak diorang respons kepada kita.

16 Tanda Awal Depresi Pada Anak-Anak Yang Perlu Di Ketahui

Budak-budak memang kadangkala ada 'drama' mereka sendiri. Namun begitu, ramai juga ibu bapa yang tak dapat baca tingkahlaku anak sama ada itu hanya perangai biasa budak-budak atau memang sedang mengalami tekanan (depresi).

Tanda dan simptom depresi pada kanak-kanak atau remaja termasuklah:

1. Cepat meradang, cepat marah

2. Perasaan sedih, putus asa, hilang harapan secara berterusan

3. Hilang minat untuk bersosial

4. Terlalu sensitif dengan penolakan

5. Perubahan selera makan daripada biasa

6. Perubahan waktu tidur- sama ada terlalu banyak tidur atau susah nak tidur

7. Menangis dan menjerit

8. Hilang tumpuan

9. Lemah, lesu dan tak bertenaga

10. Merungut sakit perut atau kepala

11. Hilang minat terhadap aktiviti yang disukai

12. Rasa bersalah yang keterlaluan

13. Tidak boleh berfikir dengan betul dan fokus

14. Kerap menyendiri dan kurang bercakap

15. Selalu berfikir mengenai bunuh diri atau kematian

16. Prestasi menurun

Namun begitu, bukan semua pengidap depresi menunjukkan tanda-tanda ini. Kebanyakkannya menunjukkan simptom yang berbeza pada masa yang berbeza.

Keraplah mendampingi anak-anak kita walau sesibuk mana pun. Sediakan masa khas bersama anak untuk dengar cerita dan aduan mereka setiap hari.

Jadi ibu bapa zaman ini memang mencabar, insyaAllah dengan iringan doa, kita mampu laluinya.

Suhaila,
Mak anak 4 yang sedang meningkat remaja. 

[ ESCAPE FROM THE DEATH ]

Kalau tengok Vivix ni, memang satu peristiwa saya tak boleh lupa.

"AWAK NI SUSPEK TB"

Masa tu baru 26 tahun. Masa tu baru 2 bulan kahwin. Masa tu jugak rasa macam, sampai sini saja ke nyawa aku?

Tak tergambar sangat, lemah sangat langkah saya masa tu. Macam mana saya stuck tak tahu nak buat apa.

Berapa malam saya tak tidur lena. Satu, sebab batuk yang berterusan. Dua, sebab takut mati.

Saya ambil keputusan, kongsi cerita dengan geng-geng Shaklee saya. Saya ingat lagi, Neni Siti Ayu Zuati Jafri terus suggest Vivix.

Masa tu tak fikir apa, terus order. Botol Vivix sampai dekat rumah masa saya tengah sibuk majlis resepsi sebelah suami, abang Gdex call bagitau parcel dah sampai.

Dua kesan saya dapat lepas minum Vivix,

1. Kahak terus keluar dengan banyak dan kerap.
2. Tidur lebih lena.

Terus tak jumpa doktor ambil result 😂 (saya pergi jalani semua test yang doktor arahkan tau).

Alhamdulillah, ikhtiar supplements premium untuk kebaikan diri sendiri. Tapi tapi tapi, sila jangan skip ubat doktor semata-mata nak makan Vivix tau! Dua-dua kena makan sebab ubat doktor merawat, supplements topup apa yang kurang.

Bila kita dah sakit, kita tak peduli dah supplements tu mahal ke apa ke. Apa yang kita peduli, nak cepat sihat walau dengan berapa kos sekali pun.

Kan?

Sebab itu, saya sentiasa ambil vitamin dari masa sihat lagi, sebagai langkah mencegah sakit.

Mencegah itu lebih baik dari mengubati, kan?

Asyrafiah Sabri
Pernah disuspek TB

Order Vivix : www.wasap.my/60129645614


makanan mengecutkan cyst
Kredit foto: facebook.com/hamidarshat45
Siapa yang tak cuak kalau tengah sihat-sihat tiba-tiba doktor sahkan kita ada ketumbuhan seperti cyst dan fibroid. 

Bagi wanita benda macam ni sangatlah menakutkan sebab ia boleh menjejaskan kesuburan wanita dan ada yang gagal hamil kerananya. Nauzubillah.

Syukurlah dengan kepakaran dan teknologi perubatan hari ini, banyak ketumbuhan seperti cyst dan fibroid dapat dibuang dan pesakit berjaya hamil.

Tugas kita sebagai wanita sudah tentunya kena menjaga kesihatan sistem reproduktif kita. Jika ada mengesan sesuatu yang tak kena, jangan berlengah, segera jumpa doktor.


Biasanya cyst atau fibroid boleh dikesan pada peringkat awal lagi. Jadi sebelum ia membesar, ada baiknya kita berusaha untuk hilangkan atau sekurang-kurangnya mengecutkan ketumbuhan tersebut.

Di sini saya senaraikan makanan yang bagus dan amat membantu untuk mengecutkan cyst dan fibroid seperti saranan doktor pakar.

Makanan -makanan ini juga berfungsi untuk mengawal dan mengimbangi hormon estrogen-progesteron dalam badan kita.

1. Buah delima
2. Brokoli
3. Kobis dan bunga kobis
4. Sawi dan bayam
5. Minyak zaitun (extra virgin olive oil)
6. Cendawan butang
7. Cendawan shitake
8. Biji anggur (grape seed)
9. Chia seed
10. Organic oats
11. Buahan sitrus (lemon, limau nipis, limau bali)
makanan mengecutkan cyst
buahan sitrus yang bagus di amalkan kerana mengandungi tinggi antioksidan

12. Vitamin C
13. Bawang merah dan putih
14. Kunyit
15. Algae (spirulina / chlorella)
16. Minyak kelapa dara
17. Daun kucai
18. Berry (blackberry, blackcurrant, mulberi)
19. Minyak ikan
20. Lobak merah
21. Keledek 
22. Kekacang
23. Teh hijau tanpa gula
24. Avocado
25. Kurma
26. Makanan fermented seperti tempe, budu, kimchi, yogurt

Sekarang anda sedikit lega kan.

Banyak juga makanan seharian kita yang mampu membantu mengecutkan cyst dan fibroid.

Tapi...

Jika salah cara memasak dan pengambilannya pun tak guna juga.

Cara terbaik penyediaan makanan ialah:

1. Rebus atau steam (kukus)

2. Bakar

3. Makan mentah dan segar

Makanan bergoreng pula perlulah dielakkan!


Apabila cara memasak sudah betul, kena kurangkan pula kemasukan bahan-bahan toksin dalam badan kita. Elakkan juga makanan ini kerana ia mampu mengaktifkan cyst dan menghuru-harakan hormon estrogen kita.

1. Makanan terproses

2. Makanan di awet

3. Makanan dalam tin 

4. Makanan segera

5. Junk food (jajan, makanan ringan)

6. Fast food dan instant food

7. Minuman soda (bergas, berkarbonat)

8. Ayam

9. Daging

10. Semua jenis gula termasuk gula tersembunyi

11. Lemak haiwan

12. Coklat

13. Produk soya GMO

Paling utama ialah, sentiasa amalkan cara hidup sihat, jaga pemakanan, dapatkan berat badan ideal, dan amalkan suplemen dengan betul.

InsyaAllah, bukan saja badan akan sihat tetapi kesuburan juga turut meningkat.

makanan mengecutkan cyst

* Ini bukanlah nasihat perubatan, cuma perkongsian untuk cara hidup yang lebih sihat. Sila jumpa dan berbincang dengan doktor masing-masing ya. =)

Sekiranya berminat untuk berikhtiar sihat dengan suplemen Shaklee, boleh hubungi saya:

-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee

Whatsapp (klik)>> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994

Nadia berusia awal 30-an. Sejak beberapa bulan yang lalu, Nadia perasan haidnya mula tidak teratur. Ada masa cepat, ada masa lambat. Kadangkala haidnya sedikit sangat tak seperti selalunya.

Bulan lepas, darah haid keluar terlalu sedikit. Nadia mula risau.

Segera dia berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan. Doktor pula kata itu hanya masalah hormon tak seimbang.

Nadia tak puas hati. Dia ke hospital pula. Apabila doktor buat ultrasound scan, doktor menemui beberapa ketulan cyst yang saiznya agak besar.

Tahulah sekarang apakah punca haid Nadia sebegitu rupa.

vivix untuk cyst

PCOS (polycystic ovary sindrom) atau kita selalu sebut cyst adalah masalah sistem endokrin yang sangat kerap terjadi kepada wanita terutama pada usia reproduktif.

Antara gejala pengidap PCOS sering alami ialah:

  • ovarian cyst
  • period tak teratur
  • jerawat
  • rambut gugur dan menipis
  • berat badan naik
Tiada sebab jelas bagaimana PCOS boleh berlaku tapi saintis percaya ia ada kaitan dengan rintangan insulin dan regulasi hormon.

Nak rawat PCOS perlukan banyak usaha sama ada daripada diri sendiri dan rawatan hospital. Jumpa doktor dan berbincanglah dengan mereka rawatan bagaimana yang boleh mereka beri.

Bagaimana Rawat PCOS Secara Semulajadi?

Ubah pemakanan

Banyak perkara yang perlu diubah dalam diet harian kita. 

1. Berhenti makan makanan terproses, makanan sejuk beku, berpengawet, yang boleh menyumbang kepada berlakunya inflamasi pada sel dan menyebabkan rintangan insulin.

2. Jauhi makanan yang ada gula atau perasa tambahan, hormon dan aditif. 

Sebaliknya banyakkan makan makanan sebenar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh yang tidak diproses, kekacang atau legum. 

Pilih makanan yang organik, bebas pengawet dan perasa tambahan supaya sistem endokrin boleh berjalan dengan lancar untuk mengawal gula darah.

3. Seimbangkan karbohidrat dan protein

Karbohidrat dan protein kedua-duanya memberi impak kepada tenaga dan paras hormon kita. Pengambilan makanan berprotein akan ransang tubuh kita hasilkan insulin.

Makanan yang tidak diproses serta tinggi karbo pula boleh memperbaiki sensitiviti insulin.

Dapatkan sumber protein yang baik seperti protein tumbuhan. Protein tumbuhan (seperti soya) mengandungi hormon yang lebih baik berbanding hormon yang terdapat dalam sumber haiwan.

4. Tambah makanan yang bersifat anti-inflamasi

PCOS adalah keradangan sel. Jadi, makan makanan yang bersifat anti-inflamasi dapat membantu mengurangkan gejala PCOS.

Contoh makanan tinggi bahan anti-radang ialah Omega 3, Omega 6 dan vitamin C.

5. Tingkatkan pengambilan zat besi

Sesetengah wanita PCOS alami period yang terlalu banyak. Ini boleh menyebabkan anemia. 

Banyakkan makan sumber makanan yang kaya zat besi seperti telur, bayam, brokoli.

6. Kurangkan atau berhenti minum kafein

Pengambilan kafein ada kaitan dengan perubahan pada paras estrogen dan tingkahlaku hormon.

Berhenti minum minuman seperti kopi, teh, milo, air berkarbonat dan banyak lagi.

7. Ambil probiotik

Probiotik bukan saja baik untuk sistem penghadaman, malah dikatakan dapat membantu merawat PCOS. Ia mengurangkan inflamasi sel dan mengawal hormon seks seperti androgen dan estrogen. 

Anda boleh ambil suplemen probiotik atau makan makanan probiotik seperti kimchi, dadih, yogurt, susu kultur (pilih yang rendah gula), budu, cencalok, belacan atau makanan yang diperam. 

Turunkan berat badan

Berat badan berlebihan menyebabkan sel mengeluarkan banyak bahan inflamasi. Jika kita turunkan berat badan, kita akan memperbaiki masalah rintangan insulin, period lebih teratur, oleh risiko yang berkait dengan PCOS dapat dikurangkan.

Bersenam

Senaman bagus untuk mengekalkan berat badan sihat juga dapat mengeluarkan hormon gembira. Namun begitu senaman berlebihan juga menyebabkan sel kita mengalami 'trauma'.

Balancekan senaman, lakukan senaman yang tidak terlalu berat seperti yoga, pilates, berenang, berbasikal, berjoging dan aerobik ringan.

Tidur mencukupi

Tidur dapat mengurangkan stress dan membantu regulasi hormon kortisol untuk seimbangkan hormon kita. Tidur yang terganggu atau kurang tidur boleh sebabkan timbunan toksin dan menerukkan gejala PCOS.

Oleh itu cubalah untuk:
  • tidur 6-8 jam sehari
  • masa tidur yang tetap
  • elakkan makanan yang berlemak atau kafein sebelum tidur
Kurangkan tekanan dan stress

Menurunkan stress boleh meransang kortisol. Stress boleh menyebabkan badan kita mengeluarkan toksin berlebihan dan ia boleh berkumpul dan merosakkan sel. 

Cubalah tenangkan diri, kawal stress, kawal emosi, sentiasa berfikiran positif dan jika perlu ambil sumplemen B Complex yang bersifat penenang.

Jauhi xenoestrogen atau endocrin disruptors

vivix shaklee untuk pcos

Xenoestrogen adalah bahan kimia yang boleh mengganggu dan merosakkan tindakbalas hormon semulajadi.

Ia mampu mimik kepada hormon sebenar lalu menyebabkan kekeliruan kepada sistem reproduktif kita. Ini boleh meninggikan risiko PCOS.

Bahan-bahan ini sebenarnya terdapat dengan sangat banyak disekeliling kita dan boleh jadi kita menggunakannya setiap hari. Ini termasuklah:
  • makanan dalam tin
  • sabun pencuci
  • alat mekap
  • skincare
  • dioksin
  • phtalates
  • pestisid dalam buah dan sayur
  • BPA dalam perkakas
  • glycol ethers dan sebagainya lagi.
Seboleh-bolehnya minimakan penggunaan atau lebih baik carilah yang organik dan bebas bahan-bahan berbahaya tersebut.

Jangan risau jika mempunyai cyst atau PCOS. Jumpa doktor dan berbincanglah tentang rawatan yang sesuai. Begitu juga jika anda ingin mengambil apa-apa suplemen atau rawatan alternatif.

Perkara asas perlu dilakukan terlebih dahulu jika mahu sembuh. 

Semoga anda diberi kesihatan yang baik dan dapat segera sembuhkan PCOS. 

-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee

Whatsapp (klik) >> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994

Minuman susu soya begitu sinonim dengan kecantikan kulit.

Teringat pula saya zaman sekolah dulu, ada seseorang pesan pada saya supaya banyak-banyak minum susu soya. Mentang-mentang masa sekolah dulu kulit gelap dan kelam je. Haha.

Lama lepas tu baru saya tahu soya sebenarnya bagus untuk kulit. Saya memang peminat air soya dari dulu.

Saya minum je soya pasar malam ke, soya dalam tin ke, soya dalam kotak ke, janji soya. Tau fu fa tu pun saya suka. Tempe tu, iskk semua sedaplah.

soya ESP shaklee

Korang mesti nak tahu apa bagusnya minum air soya ni untuk kulit.

Haa meh saya nak share.

1. Ramai tak tahu, soya adalah sumber protein sama seperti daging, ayam, ikan cuma ia daripada tumbuhan. Sesiapa yang vegetarian tu, eloklah ambik sumber protein berasaskan soya ni.

Jadi, soya bekalkan banyak nutrien yang bagus kepada sel kulit kita seperti asid amino.

2. Soya adalah agen anti-penuaan. Whoa! Susu soya sangat bagus untuk meningkatkan paras kolagen dalam badan. Apabila usia kita meningkat, production kolagen dalam badan kita makin menurun secara semulajadi.

Oleh itu, pengambilan soya yang konsisten dapat meningkatkan semula penghasilan kolagen, buat kulit kita lebih tegang dan licin.

Susu soya pun boleh sapu di kulit sebagai masker!

3. Soya juga bantu melembapkan kulit, makna kata, dia bantu menghidratkan kulit kita jadi kering terutama yang mana kulit memang jenis kering-kering tu.

Kulit kering akan buat wajah kita nampak kelam, kusam, tak bermaya dan nampak tua. Lagipun kulit kering akan mudah gatal dan luka jika digaru.

So penting untuk kita kekalkan kelembapan kulit kalau nak kulit cantik.

soya ESP shaklee


4. Susu soya juga adalah exfoliator yang sangat baik. Dah, mende apa pulak exfoliator tu?

Exfoliator ni macam 'pencuci' kepada sel kulit yang rosak dan lama. Kulit kita ni ada kitaran dia. Sampai masa dia akan rosak dan mati. Sel yang dah rosak dan mati tu kenalah buang.

Bila badan kita tak cukup nutrien, proses penggantian kulit ni jadi slow dan lembap. Terhegeh-hegeh gitu.

Bila minum soya, proses pembaharuan dan penggantian kulit tu berjalan dengan lancar dan smooth aje.

INGAT! Protein berfungsi untuk bina sel.

5. Sinaran matahari? Tidakkkkk!

Percaya tak susu soya juga mempunyai khasiat melindungi kulit kita daripada kerosakan akibat sinar UV matahari. Tahu kan sinar UV ni sangat bahaya.

Kita dah pakai produk skincare yang bagus, tapi sel di dalam kita tak bagi nutrien penting, pun tak guna juga.

Minumlah susu soya untuk kurangkan inflamasi, keradangan serta kerosakan kulit dari dalam untuk dapat kulit yang lebih radian, gebu dan berseri.

6. Susu soya juga mampu mengurang dan menghapus jerawat.

Ini sangat terbukti ke atas diri saya sendiri. Bila lama tinggal minum soya, jerawat pun kemain rancak berpesta atas muka.

Kawan-kawan saya yang minum dan amalkan soya pun jelas terbukti kulit diorang cantik, berseri dan takde jerawat. Seketul dua tu biasalah kan.

Soya ada phytoestrogen yang mengimbangi hormon estrogen berlebihan dalam badan. Hormon estrogen tinggi, jerawat mudah naik. So kita kurangkan effect hormon estrogen tu dengan minum soya. =)

Jadi, kalau korang semua nak kulit yang cantik bersih, berseri, anjal dan nampak gebu, wajib amalkan soya setiap hari.

Cuma...

Bukan semua soya boleh diminum. Pilih soya yang bebas GMO, serta di tanam secara organik seperti soya pilihan saya dan kawan-kawan ini.

soya ESP shaklee

Bila-bila pun boleh minum. Ikutlah timing korang sendiri.

ESP ni harganya RM161.25 secanister. Sekiranya teringin nak cuba, bolehlah contact akak.

Nak order sendiri guna kad kredit, klik:


-Puan Suhaila-

Whatsapp klik >> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994

Orang kata, jika ada bisnes tapi tidak ada marketing online, itu bukan bisnes namanya.

Ada juga yang kata, guna Facebook paling senang nak buat duit.

Benar ke?


Siapa-siapa pun boleh guna Facebook, tapi jika salah caranya, bukan sahaja duit tak masuk, silap-silap follower pun boleh lari!

Nak tahu teknik marketing guna Facebook yang terbukti dapat menarik ramai follower seterusnya berjaya buat sale?

Nak belajar tip and trick personal branding supaya orang seronok nak jadi follower kita dan sanggup serahkan duit seperti dipukau?


Nak belajar bagaimana nak 'position'kan diri kita dengan betul di Facebook supaya orang nampak kita macam pakar berpengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan bisnes kita?

Anda boleh belajar secara online dengan membeli ebook yang di tulis khas oleh pakar online marketing dan personal branding yang mempunyai hampir 200,000 pengikut di Facebook!

Cuma klik gambar ini, dan terus buat pembelian ebook anda dengan harga yang sangat berbaloi!


Cuma berharga RM145 namun anda akan mendapat ilmu berlian seperti:

  • Bagaimana mendapatkan banyak likers di page bisnes anda
  • Bagaimana nak buat konten menarik, kontroversi dan viral
  • Bagaimana mengurus senarai rakan di Facebook wall
  • Bagaimana nak bangunkan tribe dan mengumpulkan followers
serta banyak lagi topik yang WOW dan mengejutkan, serta sangat praktikal.

Beli ebook ini sekarang, ramai yang dah milikinya dan dah mula panaskan enjin bisnes masing-masing.

Semua tak sabar nak jadi lebih famous di tahun 2019 ini termasuklah anda.

Tempah sekarang!




Baru-baru ini saya bertemu dengan jiran saya.

Dia mengadu sakit pada pergelangan tangan terutamanya apabila cuba mengangkat benda berat.

Masa di kampung, apabila terkena air sejuk kolah ketika mandi, dia menjerit sebab kesakitan.

Katanya lagi, dia cuma pergi berurut saja tapi sakit tu tak hilang pun. Cuma lega seketika tapi lepas tu jadi balik.

Ini adalah sebahagian daripada gejala-gejala yang di hidapi oleh mereka yang mengalami sindrom Carpal Tunnel (Terowong Carpal).

cara hilangkan kebas tangan

Sindrom Carpal Tunnel ni adalah masalah yang biasa dihidapi oleh mereka yang banyak menggunakan tangan dalam aktiviti harian contohnya banyak menggunakan komputer, banyak menggunakan pisau, banyak buat kerja-kerja mengait, menulis, menjahit dan sebagainya.

Seolah-olah tangan kita lenguh bila terlalu lama buat aktiviti macam tu.

Sindrom ni berlaku disebabkan tendon atau ligamen carpal pada pergelangan tangan membengkak, lalu memberi tekanan pada saraf di bahagian tersebut.

Selain gejala di atas tu, mereka yang mengidap Carpal Tunnel ni akan mengalami:
  • rasa sakit
  • kebas
  • berasa di cucuk-cucuk
  • sakit pada waktu malam
  • sukar memegang barang
  • lemah pada ibu jari
Cara Rawat Dan Cegah Sindrom Carpal Tunnel

1. Betulkan posisi


Contohnya bila kita menaip, pastikan kedudukan komputer, badan serta tangan dalam keadaan selesa. Jika memotong sesuatu di dapur, tinggikan sedikit kedudukan badan.

2. Rehat sekejap semasa buat kerja

Setiap 10-20 minit, rehatkan pergelangan tangan dengan lakukan senaman mudah selama 5 minit untuk kurangkan tekanan pada tangan atau cukup sekadar tak buat apa-apa. 

3. Metabolik sindrom


Penyelidik mendapati mereka yang ada sindrom metabolik iaitu: tinggi kolesterol, tinggi tekanan darah, tinggi trigliserida, obesiti, serta ada diabetes lebih mudah mengalami Carpal Tunnel ini. 

Dapatkan rawatan hospital jika ada masalah sindrom metabolik.

4. Senaman untuk tangan dan pergelangan tangan 

Rujuk video di bawah dan amalkan senaman ini apabila dirasakan perlu.


5. Nutrisi

Antara zat nutrisi yang bagus untuk saraf yang sihat ialah vitamin B6, Omega 3 dan kalsium serta magnesium.


Banyakkan ambil makanan yang kaya dengan zat ini. 

Suplemen Terbaik Untuk Rawat Kebas Sakit Saraf

set kebas shaklee

Set Saraf ini antara set yang terlaris. Ia terdiri daripada:

B Complex - lengkap dengan 8 jenis vitamin B, bertindak sebagai penenang dan pelega kepada saraf.

Omega Guard- sumber minyak ikan tulen yang membekalkan Omega 3 serta 7 rangkaian asid lemak seperti DHA, ALA, EPA yang membantu melancarkan peredaran darah, mencegah salur darah daripada tersumbat, serta bersifat antiradang.

Ostematrix- sumber kalsium, magnesium dan vitamin D ini pula sangat penting untuk pengawalan saraf dan pengecutan otot, mencegah serta memperbaiki masalah kebas serta kejang.

Sindrom Carpal Tunnel, kebas, kejang, salah urat, terkehel, kesemunya memerlukan zat nutrisi penting ini supaya ia dapat berjalan dengan lancar. Ia seperti 'arus elektrik' yang sangat diperlukan untuk menghidupkan mesin.

Jangan biarkan Carpal Tunnel mengganggu kehidupan seharian kita. Makin lama dibiarkan, makin teruk pula jadinya nanti.

Jika keadaan terlalu teruk, segera dapatkan rawatan, dan bantu pemulihan dengan suplemen Shaklee.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan set ini, hubungi saya:

-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee

Whatsapp klik >> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994