Enter Keyword

Parut di badan terutama di muka amatlah menjengkelkan hati kita melihatnya. Nak tengok cermin pun kadang kala rasa menyampah.

'Kenapa la kau ni parut. Kecik-kecik takpe la juga. Ini udah la besar, kaler pun hitam je. Hai lahh'. Sambil jari tu menggenyeh2 tang parut dengan harapan ia cepat pudar.

Parut jerawat ni la punca tona kulit kita tak sekata. Belum lagi kalau ada jeragat. Lagi teruk nampk kulit kita.

foto kredit: www.lightskincure.org

Ok, akak nak share beberapa tips atau cara yang boleh kita lakukan untuk memudarkan parut. Caranya pun senangnye lahai, asalkan rajin buat hari-hari.

1. Aloevera

Alovera atau daun lidah buaya membekalkan pelembap semulajadi pada kulit. Kalau rumah korang takde pokok alovera, pergi lah mintak sikit dengan jiran.

Caranya kerat-kerat daun pokok tu dan ambil gel yang keluar, sapu pada muka. Urut-urutkanlah ala-ala kau pergi buat facial. Tunggu 30 minit supaya nutrien dalam gel tu meresap ke dalam kulit muka, kemudian boleh la bilas.

2. Baking soda

Mak kau mengamuk baking soda habis masa dia nak buat kek, kau jangan salahkan akak pulak ye.

Caranya, ambillah sesudu lebih kurang baking soda tu, campur dengan beberapa titik air dan dia jadi macam pes pekat. Lepas tu sapukan dekat parut. Tunggu seminit dua je jangan lelama.

Habis 2 minit, pergi bilas dengan air suam. Lepas tu kalau ada pelembap, bolehla sapu pelembap. Kalau takde, kau rembat je minyak zaitun mak kat dapur tu.

3. Mentimun

Selongkar peti ais, jumpa mentimun. Pun boleh.

Caranya mudah sangat. Hiris nipis ke bulat2 mentimun tu, tekap je pada muka terutama pada kawasan parut. Pastu pergi baring depan tv. Makesure kerja rumah dah siap kalau tak mau kena perambat dengan mak kau. Dah la kau curik timun dia.

Tunggu 30 minit, dah boleh basuh dengan air sejuk. Nak buat cara yang ni kena buat hari-hari. Kalau buat sebulan sekali ke setahun sekali ke kem salam jelah!

Timun kaya dengan vitamin C, vitamin A dan magnesium yang sangat bagus untuk kulit.

4. Lemon

Perahkan lemon. Kalau jenis kulit agak sensitif tu, boleh dilute kan sikit dengan campur air. Ambik putik kapas, celup dalam jus lemon tadi dan sapu pada kawasan parut. Biarkan dia mengering sendiri barulah basuh.

Boleh buat cara ni dalam dua atau tiga hari sekali. Tetapi jauhkan daripada sinar matahari sebab lemon mudah teroksidasi.

Lemon ada AHA semulajadi yang boleh pudarkan parut, menggalakkan pemulihan kulit dan menyegarkan kulit. 

5. Minyak kelapa

Dulu-dulu masa akak kecik, mak dengan arwah nenek rajin buat minyak kelapa sendiri. Sekarang ni kita beli je lah. Tak pun, kau ambik je kelapa mak yang dah siap mesin, pergi masak.

Ini cara buat minyak kelapa sendiri.


Seeloknya guna minyak kelapa dara. Dengan hujung jari, celup sikit dalam minyak dan sapulah pada muka. Bila pakai minyak ni tak payah kalut nak basuh.

Biarkan je vitamin dalam kelapa ni meresap sendiri dalam kulit. Lepas tu nanti boleh la cuci muka dengan pencuci muka yang korang selalu pakai tu. 

Amacam? Senang kan? Nak ke tak nak, lepak mamak je.

Tapi, kalau korang memang tak kisah nak keluarkan duit, akak ada suplemen yang bagus di amalkan untuk kulit dan parut jerawat.

Korang boleh cuba amalkan ESP, Vitamin C dan Vitamin E Shaklee yang telah banyak membantu mencantikkan kulit para wanita dan lelaki di Malaysia ni.

Maklumlah, kulit ni nak maintain cantik, bukan dari luar je tapi dari dalam juga. Kalau tak cukup nutrisi, memang lambatlah dia nak sembuh.

Selamat mencuba cara akak tu.

Lagi bagus tambah suplemen, cepat contact akak:

Puan Suhaila
Shaklee ID: 868994

Entah la kenapa, akak ni asal lepas setahun bersalin, hormon akak kembali aktif. Aktif sesangat macam budak sekolah punya hormon.

Sampai kakak akak pun tegur, aik ada lagi jerawat awak ye?

Haa patut umur akak ni, (ceh, macam ngan tua sangat) muka dah licin. Rasanyalah. Tapi bila buka IG tengok artis pun sama je macam akak, maka akak rasa akak ni masih normal. Hahaha kau dah kenapa nak compare dengan artis pulak.

Syukurlah tak breakout teruk sangat. Cuma hilang sebiji, timbul sebiji. Hilang pula yang tu, timbul pula yang baru.

ini bukan akak, gambar pinjam pakcik google

Mengikut pembacaan akak, jerawat ni disebabkan oleh tindakbalas kulit kita terhadap perubahan hormon terutama hormon androgen seperti testosteron.

Kenaikan paras androgen boleh menggalakkan pengeluaran sebum, perubahan dalam aktiviti sel kulit, inflamasi (radang), dan pengkolonian bakteria yang dinamakan P. acne (Propionibacterium acnes).

Apapun puncanya, jerawat tetaplah jerawat. Ia boleh muncul di mana-mana bahagian seperti muka, leher, dada, atau belakang badan terutama di bahagian yang sebumnya tinggi.

Sebum tu kelenjar minyak. Sebum yang aktif buat muka kita banyak sangat minyak dan ia boleh tersumbat. Tu yang jadi jerawat.

Dah tu, macam mana akak menyelesaikan masalah jerawat akak ni?

Ini cara akak taw. Cara orang lain mungkin berbeza.

1. Akak tunggu jerawat tu masak.

Nak tunggu dia masak tu memang gerammm je nak picit. Udah la gatal, sakit lagi. Kau sabar je lah.

2. Dia dah masak, akak akan PICIT

Sebab akak pernah buat eksperimen biarkan je jerawat tu. Masalahnya dia tak surut pun. Bengkak macam tu la jugak. Pastu siap berjangkit lagi ke kawasan sebelah.

Bila picit tu, memang dia akan tinggal parut, tapi satu kepuasan bagi akak bila dapat keluarkan semua nanah-nanah tu. Kau nak ke nanah berlama-lama dalam kulit?

3. Minum air masak banyak-banyak.

Ok ni akak taip je, akak pun payah nak buat. Hahahahaha.. Cuma akak akan tingkatkan sikit pengambilan air masak tu berbanding biasa.

4. Akak makan vitamin C!

Serius, bila makan vitamin C, jerawat akan cepat surut. Akak sebenarnya perasan, kalau akak lama tinggal vitamin C (seminggu ke contohnya), memang jerawat akan naik.

Oleh itu, don't skip your vitamin C okey!

4. Akak sapu serum dan radiance C+E Youth pada jerawat.

Ini baru je akak buat eksperimen malam tadi. Sebab ada seketul jerawat baru nak naik kat dagu.

Bersungguh-sungguh akak sapu dua benda ni pada jerawat tu dengan harapan esoknya dia akan surut.

Guess what, malam tu juga jerawat yang bengkak tu gatal merenyam. Geram nak garu kuat-kuat. Sabar, sabar. Serum sedang makan kuman-kuman jerawat ni. Gitu.

Pagi esoknya, alhamdulillah, memang jerawat tak jadi naik dan terus kecut!

skincare shaklee

Ini lah dua benda yang akak pakai tu. Youth Activating Serum dan Radiance C+E (kapsul gold). Itu pun selepas akak pakai pencuci dan toner dia sekali.

Korang boleh baca mengenai produk Youth tu sini >> Youth Skincare

Dua tips yang di bawah ni pula akak jumpa masa tengah baca-baca.

5. Selalu tukar sarung bantal.

Sarung bantal ni pun boleh jadi rumah bakteria. Bayangkan kita tidur malam, baik punya pipi kita landing atas sarung bantal yang kotor.

Jadi, kena rajinlah tukar sarung bantal especially yang jenis jerawat selalu keluar kat tepi pipi tu.

6. Tidur dengan ikat rambut ke atas.

Jangan bagi gerbang macam hantu kak limah. Dan jangan la pula ikat kuat nau. Tolak rambut tu ke atas, biar rambut pun landing atas bantal.

Sebab rambut pun ada minyak kan. Kat situ pun tempat berkumpul bateria.

Jerawat ni akan buat kita rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan. Boleh stress, boleh murung jadinya.

Kalau korang pun ada masalah jerawat, tak kiralah sebab hormon ke tak, ikutlah tips yang akak dah bagi ni.

Nak suplemen untuk jerawat, atau nak cuba Youth Skincare yang tengah viral tu, cepat-cepat hubungi akak. Cepat korang hubungi akak, cepatlah korang akan cantik/ hensem.

Klik je link whatsapp ni >> www.wasap.my/60129645614 (Kaksu)
 

vitamin C untuk kanak-kanak

Meningkatkan Fungsi Badan

Kod Produk:10621 (90 tablet)
Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang 
betul memainkan peranan penting untuk 
kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.
Vitamin C memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan keseluruhan termasuk
kesihatan gigi, gusi dan secara umumya, 
semua yang membentuk tubuh anda.
Chewable-C PlusTM sesuai untuk individu yang mengalami kesukaran menelan tablet atau 
tidak makan makanan yang kaya dengan 
vitamin C secukupnya.

Tahukah Anda?
Secara semula jadi, vitamin C tidak pernah dijumpai sendirian. Makanan yang mengandungi
vitamin C juga mengandungi bioflavonoid. Bioflavonoid diperlukan untuk penyerapan vitamin C
dan kedua-duanya berfungsi untuk mengekalkan kesihatan. Sentiasa pilih suplemen vitamin C
yang mengandungi serbuk rosehips, hesperidin dan bioflavonoid sitrus untuk menyokong sistem
imun semula jadi anda.

Keistimewaan Shaklee
• Rasa sitrus yang enak.
• Ditambah dengan serbuk rosehips,
 bioflavonoid, sitrus dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi
 vitamin C.



Atau hubungi:

Puan Suhaila
Pengedar & Konsultasi
Nutrisi Shaklee
ID:868994


Mendengar kes virus HFMD (penyakit tangan kaki dan mulut) yang sangat pantas menular sekarang ni, bikin hati ibu seperti akak sungguh tak keruan.

Setiap hari berdoa supaya dijauhkan daripada sebarang penyakit berjangkit.

Kita mungkin dah ikhtiar dengan macam-macam cara untuk elak, tapi boleh juga terkena akibat kelalaian orang lain.

Nauzubillah.

bayi demam

Hari ni akak nak share mengenai vitamin yang bagus untuk anak-anak amalkan iaitu vitamin C.

Fungsi vitamin C kepada kanak-kanak, sama juga kepada orang dewasa. Antaranya:

1. Bantu kuatkan sistem pertahanan untuk melawan kuman dan mencegah jangkitan teruk.

2. Bantu tambah darah

3. Bantu kuatkan gusi dan cegah penyakit gusi pada anak.

4. Menggalakkan pertumbuhan sel rambut, kulit dan kuku yang sihat.

5. Mencegah anak daripada kerap demam, batuk dan selsema. Kalau kena pun insyaAllah cepat sembuh.

6. Mencantikkan kulit.

7. Memulihkan luka dengan cepat.

Pendek kata, vitamin C ni sangat banyak fungsinya dalam badan kita.

Vitamin C adalah vitamin larut air. Ia mudah hilang dan perlu di ambil berterusan.

Vitamin C pilihan akak tentulah Vitamin C chewable plus ni!

vitamin c shaklee

Harganya cuma RM51.25 (tidak termasuk kos pos) untuk 90 biji.

Jika berminat, boleh hubungi akak segera. Vitamin ni ramai peminat dan selalu sold out sebab orang dewasa pun boleh makan.

Jom gantikan gula2 kepada vitamin yang lebih menyihatkan!

Hubungi:

Puan Suhaila

Vitamin C Untuk Kanak-Kanak

by on Ogos 09, 2018
Mendengar kes virus HFMD (penyakit tangan kaki dan mulut) yang sangat pantas menular sekarang ni, bikin hati ibu seperti akak sungguh tak ke...