Enter Keyword

Tekanan darah yang sihat sepanjang masa memang impian semua orang.

Namun begitu, kadang-kala ia bukan seperti yang kita harapkan.

Apabila cek tekanan darah, rupanya ia kerap tinggi. Patutlah selalu ada rasa pening kepala, sakit dada...

Hmmm.. awas juga. Tekanan darah tinggi selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Sebab tu kita di galakkan selalu periksa tekanan darah.

Bagi anda yang memang dah ada penyakit darah tinggi. Pastikan ikut nasihat doktor.

Makanlah ubat seperti yang disarankan. Pesakit darah tinggi sangat di galakkan untuk menjaga pemakanan, amalkan gaya hidup aktif, hindari stress dan tekanan.

Anda boleh baca entry sebelum ni mengenai bahaya dan komplikasi jika tekanan darah tinggi tidak di kawal.

Selain rawatan hospital, anda juga boleh mengamalkan pemakanan tambahan atau suplemen.

Suplemen tidak bertujuan menggantikan fungsi ubat, ia membantu menambah baik tahap kesihatan dengan membekalkan zat-zat nutrien mengikut keperluan.

Set Darah Tinggi Shaklee

Shaklee kuantan

Set Darah Tinggi Shaklee adalah antara suplemen yang sentiasa tinggi permintaannya kerana ia di jamin selamat, semulajadi dan berkesan.

Fungsi setiap botol dalam set ini adalah berbeza-beza.

Vivix Shaklee

Produk berpaten ini secara klinikalnya dapat memperbaiki kerosakan sel, memberi tenaga, meningkatkan daya tahan sel serta menyingkirkan toksin pada sel salur darah.

Omega Guard

Minyak ikan tulen dengan 7 asid lemak antaranya DHA, EPA berfungsi melancarkan peredaran darah serta mencegah berlakunya darah beku dalam saluran darah yang lazim berlaku kepada pesakit darah tinggi.

Lecithin

Lemak soya ini pula berfungsi sebagai pengemulsi (pengurai) lemak dan kolesterol. Ia menggalakkan peredaran darah serta mempercepatkan pembakaran lemak untuk pelangsingan.

Alfalfa Complex

Tumbuhan alfalfa sangat kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral serta serat. Ia bertindak sebagai agen detoks yang berkesan untuk mencuci toksin dalam badan.
Ia juga mampu menyerap lemak serta kolesterol yang terurai lalu menyingkirkannya keluar melalui najis.

Garlic Complex

Sumber bawang putih yang organik dan premium. Bawang putih terkenal dapat membantu mengawal tekanan darah, menyingkirkan logam toksik, menjaga kesihatan hati.

Garlic juga dapat membantu menurunkan kolesterol jahat LDL, serta meningkatkan kolesterol baik HDL untuk melindungi jantung.

Amalan memakan bawang putih dan suplemen ini dapat membantu mencegah strok serta penyakit koronari.

Menjaga kesihatan salur darah tidak semestinya kena tunggu sakit. Ia harus diamalkan semasa kita masih sihat dan belum mendapat apa-apa penyakit lagi.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Set Darah Tinggi Premium ini berharga RM 779.

Anda boleh mendapatkannya pada harga lebih rendah dengan menjadi ahli Shaklee.

Sekiranya berminat dengan set ini, boleh hubungi saya:

Puan Suhaila
Pengedar & Konsultan Nutrisi Shaklee
Whatsapp, klik 👇: 
www.wasap.my/60132369434

Set Darah Tinggi Shaklee

by on Ogos 23, 2019
Tekanan darah yang sihat sepanjang masa memang impian semua orang. Namun begitu, kadang-kala ia bukan seperti yang kita harapkan. Apabil...
Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni (19/8/19) kami dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan sekelas kami masa sekolah menengah dulu.

Arwah dikatakan tiba-tiba pengsan dirumah dan terus dikejarkan ke hospital.

Doktor mendapati ada darah beku di kepala dan pembedahan dibuat.

Masa ni rakan kami masih tak sedarkan diri. Doktor bagi ubat tidur untuk dia berehat.

Setelah pembedahan membuang darah beku, masih ada bahagian yang bengkak dalam kepala. Pembedahan berjalan lancar namun begitu keadaan beliau masih tak stabil.

Update dari rakan kami yang juga kakak iparnya, doktor sendiri tak dapat nak buat apa-apa dah kerana arwah masa tu tiada sebarang respons.

Mungkin masanya sudah tiba.

Akhirnya beliau pergi juga meninggalkan isteri, anak dan keluarga tercinta.

Masa mula-mula baca update kakak ipar dia tu, hati terus teringat dekat arwah abang2 saya.

Sedih betul rasanya. Memikirkan pula dia tu sebaya dengan saya dan suami.

Dalam ramai-ramai rakan sekolah kami, dia yang pertama di jempit Ilahi. 😢

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Mohd Sani.


Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah.

Darah Tinggi Penyebab Kematian

by on Ogos 21, 2019
Assalamualaikum wbt. Baru-baru ni (19/8/19) kami dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan sekelas kami masa sekolah menengah dulu....
Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari (yang saya ambil dari wall Dr. Zubaidi untuk panduan dan rujukan saya).


"Eh, mak cik tak sangkalah waktu tu. Tiba-tiba je lepas dia balik surau, pakcik mengadu lenguh-lenguh badan sebelah kiri.

Dalam pukul 12 malam tu, dia tumbang. Terkencing, tak boleh nak kawal.

Pukul 1 lebih barulah makcik teringat nak panggil ambulans.

Dibawalah pakcik ke Hospital Mersing, lepas tu terus ke JB. Doktor bagitahu, ada darah beku dalam kepala. Tekanan darah pun tinggi betul, sampai 200!

Masa tu, keadaan pakcik macam sedar tak sedar aje..."

Panjang dia bercerita.

Dah 2 tahun, wanita tu jaga suaminya yang diserang angin ahmar.

Daripada asalnya langsung tak boleh bercakap dan menelan makanan, Alhamdulillah kini dah mula boleh bersuara sepatah-patah.

Makan pun dah boleh berkunyah sendiri.

"Sebelum kena stroke tu, pakcik memang ada tekanan darah tinggi ke?" Aku sekadar bertanya.

"Ada doktor. Tapi itulah, pakcik ni degil. Ubat darah tinggi tak nak makan. Dia kata dulu badan dia sihat aje. Tak rasa sakit apa-apa pun." Balas wanita tu.

****

Inilah sebahagian daripada kisah-kisah yang biasa saya jumpa. Samada waktu ziarah semasa aktiviti home visit atau semasa tugasan di hospital.

Cerita yang hampir serupa, hanya orang yang mengalaminya berbeza.

Tahu ada darah tinggi, tapi tak nak ubah lifestyle. Ubat dah dibekalkan untuk kawal tekanan darah, tapi enggan makan sebab masih terasa sihat.

Akibatnya, bila penyakit tu tiba-tiba 'meletup', beban dan kesan penyakit tu bukan setakat menyusahkan pesakit, bahkan memberatkan orang sekeliling.

****

Kawan-kawan, sekiranya kalian adalah seorang anak yang mempunyai ibu atau ayah yang disahkan memiliki masalah tekanan darah tinggi, ambil tahu keadaan mereka.

Banyaknya komplikasi berbahaya boleh berlaku pada ibu ayah kalian jika tekanan darah tidak dikawal secara serius:

1. Kerosakan pada salur darah menjadikan salur darah mereka semakin keras dan tebal (arteriosclerosis) serta semakin sempit  (atherosclerosis).

Ianya menyebabkan bekalan oksigen dan nutrien pada organ penting dalam badan seperti jantung, otak dan buah pinggang berkurangan.

2. Tekanan darah tinggi berterusan dan tak terkawal menyebabkan dinding salur darah lemah dan menipis (aneurysm).

Salur darah yang lemah akan mudah pecah, seterusnya mengakibatkan pesakit meninggal dunia kerana kehilangan darah.

3. Mudah diserang penyakit jantung disebabkan tekanan darah tinggi mengurangkan bekalan darah pada jantung. Kelewatan menerima rawatan boleh membawa pada kematian.

4. Jantung membengkak  dan dinding jantung menjadi lemah. Akhirnya berdepan dengan kegagalan jantung (heart failure)

5. Bekalan darah ke otak yang berkurangan mendedahkan pesakit kepada serangan angin ahmar (stroke).

6. Kerosakan pada salur-salur darah buah pinggang menyebabkan air dan toksin berkumpul dalam badan. Jika ianya berterusan, ibu ayah kalian mungkin memerlukan rawatan dialysis atu renal transplant.

7. Pendarahan dalam mata mungkin berlaku, seterusnya penglihatan mula kabur dan jadi buta. Keadaan memang akan jadi lebih teruk sekiranya turut sama memiliki penyakit kencing manis.

8. Tekanan darah tinggi mengakibatkan jumlah kalsium dalam badan berkurangan, lantas menyebabkan tulang jadi makin rapuh (osteoporosis).
.

Justeru, ingatkanlah selalu insan yang kalian sayangi supaya mereka berjaga-jaga. Semua itu sebenarnya boleh dielak daripada berlaku, dengan syarat tekanan darah sentiasa dikawal dengan baik.

Semoga bermanfaat.

#notaDrALB