Rabu, 26 Mac 2014

10 Faedah Protein ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba ramai pulak ibu hamil yang PM Ciksu tanya pasal ESP ni. Diorang tanya, boleh ke ibu hamil minum ESP, apa kelebihan ESP ni untuk ibu hamil.

Haa meh sini Ciksu nak cerita.

Ciksu pun memang tak tinggal ESP ni. Tak mengandung pun Ciksu minum, mengandung lagilah Ciksu wajibkan diri minum hari-hari.  Misi pun dah pesan suruh minum soya, selain makan vitamin untuk naikkan Hb.

Kita semua tahu kan yang protein ialah bahan penting untuk pembinaan sel tubuh manusia. Ibaratnya kalau tak cukup protein, sel tubuh kita tak berkembang menjadi sistem yang sepatutnya. Ini kan pulak baby dalam perut yang tengah nak berkembang tu. Baby dapat semua nutrien daripada pemakanan ibu. Kalau ibu sendiri tak cukup nutrisi? Baby 'curi'  pulak dari sel yang ada dalam tubuh badan ibu.

Bayi sihat perlukan nutrien mencukupi. Ibu sihat, bayi pun sihat. Tak gitu?

Ok la ok la.. ni ada 10 faedah Ciksu bagi kenapa protein ESP Shaklee bagus untuk ibu mengandung.

1. Unit asas protein ialah asid amino. Inilah yang membentuk wajah comel bakal bayi kita nanti dan sel-sel di dalamnya. Pada minggu ke-37 kehamilan, protein di perlukan untuk menukar bentuk otak bayi menjadi organ yang akan membolehkan baby bernafas, bercakap, berjalan, dan pelbagai keletah comel mereka.

2. Protein sangat diperlukan oleh placenta, manakala perkembangan organ dan tubuh badan fetus sangat bergantung kepada jumlah protein.

3. Waktu yang paling kritikal ialah pada trimester kedua dan ketiga dimana otak fetus berkembang dengan sangat pantas dan memerlukan bekalan protein mencukupi.

Bagi ibu pula, perkembangan fetus yang pesat pada trimester kedua dan ketiga, menyebabkan payudara dan organ ibu juga membesar untuk menampung keperluan bayi yang membesar. Semua perlukan protein!

4. Waktu mengandung ni, ibu sangat memerlukan tenaga tambahan untuk bergerak aktif dan mengelakkan tubuh daripada mendapat masalah. Jadi ESP bantu bekalkan tenaga kepada ibu terutama ibu yang sangat sibuk dengan kerja seharian.

5. ESP bantu kawal glukosa dalam darah ibu, oleh itu mencegah serta mengawal kencing manis semasa hamil (GDM). Glukosa dalam ESP ni dilepaskan perlahan-lahan. So gula takkan naik mendadak dalam darah ibu.

6. ESP bantu kawal selera makan sebab ianya berindeks glisemik rendah iaitu berkarbohidrat kompleks. Minum ESP akan buat ibu kenyang dalam masa lama, maka kuranglah keinginan nak mengunyah je tu. Kalau banyak makan, tu yang gula asyik tinggi je memanjang sampai kena kencing manis. Tak mau la kan.

7. ESP juga bantu kawal tekanan darah. Ada kan ibu mengandung, tekanan darah dia naik sampai kena tahan wad. ESP yang kaya serat ni akan bantu kawal tekanan darah supaya normal je.

8. Mencantikkan kulit, terutama ibu yang ada stretchmark tu.  Bila amal ESP, kesan tu akan berkurangan. Lepas bersalin sambung je minum, insyaAllah kesan stretchmark tu akan cepat hilang.

9. Mencegah pre-ekslampsia masa hamil. Bila cukup protein, sel akan sihat, keluar masuk bendalir akan seimbang, maka kuranglah masalah yang tak diingini semasa hamil. Simptom pre-ekslampsia ni antaranya rasa bengkak dan sakit teruk sangat semasa hamil. Puncanya sebab plasenta tidak berfungsi dengan betul. Takut kan?

10. Meringankan masalah gastrik pada ibu hamil. Ibu hamil selalu ada masalah gastrik, pedih ulu hati, angin, senak perut dan sebagainya. Amalkan ESP, insyaAllah sangat membantu.

Ikutkan memang banyak lagi manfaat protein soya ESP ni. Takpe la Ciksu bagi yang penting-penting je.

Inilah rupa tong ESP Shaklee tu. Ini label lama. Label baru dia tulis Mixed Soy Protein Isolate Powder With Vanilla Flavor. Tu nama panjang dia. Nama pendek kita panggil ESP je senang.


Ciksu memang peminum dan pengamal soya ESP ni. Susu lain tak boleh telan. Kembang tekak rasa.  ESP ni pun memula dulu cam tu gak.  Siap campur sunquick la, milo la, tamar koko la. Tapi sekarang Ciksu suka rasa soyanya yang tulen tu. Hero Ciksu yang dirumah ni pun suka.

Alhamdulillah, ESP ni pun bekalkan vitamin dan mineral yang badan kita perlukan termasuk kalsium. Tapi Ciksu makan juga pil kalsium Ostematrix Shaklee.

Apa yang pasti, ramai ibu hamil menggemari khasiat dan kebaikan soya asli dalam ESP sebab manfaat dia banyakkkk sangat! ESP ni lepas bersalin pun boleh minum, menyusu baby pun boleh minum. Lagi bagus sebab fungsi utama dia memang pembinaan sel yang sihat.

Pendek kata memang tak rugi amalkan masa mengandung. Ada kawan Ciksu cerita, dia amal ESP dan telan minyak zaitun, masa bersalin tak kena jahit langsung. Wahh best kan?

Harga ESP Shaklee cuma RM150 sahaja (tidak termasuk pos). Penggunaan satu canister tu tahan 1-2 bulan. Tengoklah atas kekerapan kita membancuhnya ye. Hihi

Jika berminat mendapatkan ESP ni,   atau nak cuba Set Healthy Prenatal Shaklee bolehlah terus hubungi Ciksu di  nombor 012-964 5614.

Ciksu doakan ibu yang sedang hamil sekarang ni sentiasa sihat walafiat hingga tempoh bersalin dan menyusu nanti. Ingat Shaklee ingat Ciksu taw. Ihiks.

012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994





Jumaat, 21 Mac 2014

Metabolisme Rendah Punca Gagal Kurus!

Hai, Assalamualaikum...

Dah lama tak cerita tentang weight management ni ha kan?? Baru-baru ni ada customer MS tanya, macam mana nak tingkatkan metabolisme? Kisahnya dia pergi cek dekat hospital, dan keputusan menunjukkan metabolisme rate dia rendah sangat. So, dia kata patutlah susah nak kurus.

Apa kaitan kadar metabolisme dengan berat badan?

Kenapa metabolisme rendah boleh sebabkan seseorang tu SUKAR untuk kurus??

Hasil bacaan MS, ini maklumat yang MS dapat dan MS suka berkongsi dengan korang semua.

Metabolisme ialah satu keadaan atau kadar penghasilan tenaga dalam badan kita yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon. Ia bukan sahaja menukarkan makanan menjadi tenaga malah juga memberi kesan sejauh mana ia mampu membakar tenaga tersebut.

Tubuh kita mendapat tenaga daripada kalori yang kita makan, dan tahap metabolisme kita pula menentukan berapa cepat pula kalori itu tadi dibakar.

Individu bermetabolisme tinggi akan membakar tenaga lebih cepat, dengan itu membawa kepada penurunan berat badan.

Setiap individu membakar kalori pada kadar yang BERBEZA.

Apakah yang mempengaruhi kadar metabolisme?

1. Usia (secara purata ia menurun sebanyak 5%  setiap 10 tahun, selepas berusia 40 tahun)

2. Jantina (lelaki membakar lebih kalori pada waktu rehat berbanding wanita)

3. Nisbah jisim otot tanpa lemak (lebih banyak jisim otot, lebih tinggi kadar metabolik tubuh)

4. Keturunan

5. Masalah kelenjar tiroid

Apakah simptom jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah?

1. Cepat naik berat badan

2. Perubahan otot dimana otot menjadi lemah, kaku dan sakit

3. Penat/ lesu

4. Tahap kesihatan rendah contohnya sering pucat, rambut rapuh dan muka sembap

5. Individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah disebabkan hipotiroidisme biasanya sering mengalami menstruasi yang banyak.

Bagaimana meningkatkan metabolisme tubuh?



Minum banyak air kosong!

Air kosong mengandungi 0 kalori, tetapi membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

Makan sedikit tetapi kerap

Apabila anda ambil keputusan untuk skip meal (breakfast, lunch atau dinner), anda memaksa tubuh masuk ke dalam 'survival mode' dimana metabolisme menjadi perlahan untuk 'memelihara tenaga'. Metabolisme perlahan menyebabkan tubuh bakar kalori juga lebih perlahan. Makanlah tiga hidangan sihat setiap hari untuk meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak tenaga.

Makan makanan berempah/pedas

Mengikut kajian, mengambil makanan berempah contohnya yang mengandungi capsaicin seperti cili, boleh meningkatkan kadar metabolisme. Capsaicin ialah komponen bioaktif yang membuat cili berasa panas dan pedas. Ia juga menyebabkan selera anda meningkat.

Senaman

Semasa bersenam, tubuh membakar kalori secara semulajadi, begitu juga semasa ia sedang rehat. Senaman angkat berat membakar lebih banyak kalori berbanding senaman kardiovaskular (berlari).

Mengambil protein

Otot membakar kalori lebih cepat daripada lemak, oleh itu mengekal atau membina jisim otot akan meningkatkan metabolisme secara tetap.

Mengambil kalsium

Makanan dan minuman tinggi kalsium seperti susu menyebabkan tubuh memetabolismekan lemak lebih efisen. Minum segelas 8ounce susu sehari membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

Tunggu entry MS seterusnya, Produk Shaklee yang mana boleh membantu anda untuk meningkatkan metabolisme!

Stay tune!!

Pertanyaan segera, hubungi:

iR Shaklee Suhaila (868994)
SMS : 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
emel: butik.annajah@gmail.com
facebook/su.annajah

Selasa, 18 Mac 2014

Akhirnya Aku Jumpa Amin Idris!!

Syukur Alhamdulillah..akhirnya event hebat sehebat namanya Jom Hebat Mega 2014 berlangsung dengan jayanya pada 15 Mac 2014 bertempat di Institut Sosial Malaysia, KL.

Event ini adalah anjuran Leader grup Lady & Boss kami, Master Lyna dan suaminya Master Zainul. Ini khusus untuk downline mereka dan susur galur mereka ke bawah sahaja.


Alhamdulillah..Memang rezeki kami menjadi sebahagian warga Lady & Boss yang telah melahirkan 6 orang Master Coordinator yang InsyaAllah bakal bertambah dari bulan ke bulan.

Selesai pendaftaran dan sarapan, sesi pagi dimulakan dengan Sharing oleh Nadiah a.k.a Mak Bintang. Hoii penuh semangat laksana ahli politik calon Kajang. Kami siap diminta menyanyi lagu 'Gemuruh' oleh Faizal Tahir lagi. Saya menyanyi tapi tak boleh nak nyanyi sebab terlalu terharu. Pasai ape entah.

Sesi kedua pula diambil alih oleh Master Zainul sendiri.. Beliau memperkenalkan portal alam maya yang penuh rahsia dinamakan iReach. Juga istimewa untuk anak cucu keturunan beliau sahaja. Portal ni lengkap dengan segala bagai mak nenek. Saya dah berjaya register tapi belum sempat skodeng lagi apa yang ada dalam tu. Tapi tengok2, jeling2 semalam memang best. Tak sabar nak kongsikan dengan anak cucu saya pula. Tapi masih rahsia sebenarnya sehinggalah sampai ke waktu yang ditentukan. Haa suspen tak??

Dengan pelancaran iReach ni, kami semua telah automatik rebranding dengan nama iR Suhaila. Comel je kan?? ;) takde dah SID SID tu.. sape yang pakai SID tu bukan susur galur kami la..hahaha..LOL.

Ok, sesi ketiga pula adalah Forum Kain Pelikat.. Haa pasaipa?? Juai pelikat pants ka??? dak aihh..
Ini sesi berforum yang menampilkan 2 orang kaum suami dan seorang kaum isteri (tak lain tak bukan Master Lyna sendiri). Tujuannya adalah untuk membuka mata dan hati para suami supaya ambil bahagian dalam bisnes isteri masing-masing.



Memang pun, biz Shaklee ni adalah family bisnes dimana satu rumah memang akan terlibat secara langsung dengan biz ini. Suami saya?? Syukur Alhamdulillah..dia memang bagi fully support, tapi lepas dengar forum ni rasanya support dia 200% kot??! ngeee.. InsyaAllah.

Nak tahu dia support ke tak tengok sajelah gambar ini.


Di kala isteri sedang fokus..suami ambil bahagian layan anak-anak. Bebudak tahu jelah kan. Sekejap je duduk diam. Kejap kang nak ke situ kejap kang nak ke sini. Nak makanlah apalah. Suami jelah tolong tengokkan. Hihihi..

Selesai forum adalah waktu mengisi perut. Menu tengah hari tu ialah nasi ayam. Sedap gak.. Dah lapar kan? Masa rehat tu sempatlah kami bergambar-gambar sesama adik-beradik dan sanak-saudara yang langsung tak pernah jumpa. Cuma biasa dengar nama di alam maya jer.


Mami kitorang yang tengah-tengah tudung hitam dukung baby tu. Kecil molek je orangnya kan?? Tapi tengok anak-anaknya membesar bagai juara! haha.

Ok, dalam grup ni ada sorang Master iaitu Master Aya dari Sabah. Kakak dia kak Lin belum Master tau. Lagi 1 tangga nak Master. Nenek dia pun sama. Nampak tak keadilan bisnes ni??? Sesiapa pun boleh melompat naik jadi Master dulu. Skim piramid yang korang gembur2 tu ada macam ni??? Nan hado!

Dalam biz ni, siapa buat dia dapat. Buat banyak dapat banyak. Buat sikit dapat sikit. Tak buat langsung?? Nothing lah jawabnya.

Sesi petang, ialah sesi yang ditunggu oleh semua orang rasanya kot. Petang tu kami start dengan jawab kuiz dulu. Sape cepat jawab dapat hadiah.. Sedang acara kuiz berlansung, tetamu jemputan pun tiba. Cer teka. Sape? Sape??


Yang baju hijau tu?? Eh bukan, bukan. Itu suami saya. Haha..Dah tentu-tentulah yang sebelah tu. Tuan Amin Idris , pengasas Amin Idris Training Centre. Pengacara TV Al-Hijrah, penceramah dan pakar motivasi terkenal. Ya Allah saya memang dah lama teringin nak jumpa dia. Suka dengan karakter dia semasa mengacara, suka tengok segmen motivasi kat TV Al Hijrah, Magnet Diri. Sampai saya beli buku dia Magnet Diri tu tau.


Memang best sangat sangat sangat penyampaian dia. Tak kering gusi kitorang. Ada satu part tu memang saya gelak sungguh-sungguh sampai menangis ok!

Tengok dalam gambar tu, beliau sikit pun tak terganggu dengan segala aksi dan kelincahan anak-anak kat bawah tu. Beliau siap kata "meriah betul macam family day".

Yang penting apa yang beliau nak sampaikan tu memang sampailah! haha.. Patut la sibuk bebenor beliau memenuhi jemputan. Syabas Tuan Amin Idris. Saya doakan segala impian Tuan untuk bersara pada usia 48 tahun dengan memiliki banglo dengan segala macam padang akan termakbul. Amiinn.


Haaa tengok, tengok! Lihatlah dunia!! Akhirnya saya berdiri disebelah Tuan Amin Idris. Excited tak muka saya?? Errr saya yang pakai tudung kelabu tu... :D Walaupun beliau tak pandang kamera. Kahkahkah. Puas hati sangat walaupun sepatah kata tak terkeluar daripada mulut. Autograph pun tak ingat nak mintak. Ngeee....

Jam 5.30 petang, majlis pun tamat.. Syukur Alhamdulillah.. Harapnya aura yang kami dapat terus terpancar setiap hari, bukan hari itu sahaja. InsyaAllah.

Antara kata-kata 'hikmat' yang kami dapat hari itu ialah:

1. Untuk berjaya, mesti ada MATLAMAT. Kalau tiada matlamat, ibarat tiada arah tuju.

2. Cintai apa yang kita buat

3. Carilah kebahagiaan kita sendiri sampai kita benar-benar bahagia. Kita akan bahagia bila banyak memberi.

4. Jadilah kaya beramai-ramai. Bukan kaya sendiri-sendiri. Bimbing orang lain untuk turut sama jadi kaya.

5. Kita jadi kaya supaya kita ada PILIHAN. Walaupun kita mampu pakai Ferrari, tapi kita nak pakai MyVi je. Walaupun mampu pakai henbeg harga ribu-ribu, tapi kita selesa beg harga ratus-ratus je.

6. Apabila kita ada matlamat yang JELAS, maka tindakan kita akan JELAS.

7. Apabila matlamat kita BESAR, usaha kita pun mesti BESAR.

8. Kalau matlamat kita KECIL, usaha kita jadi KECIL.

9. Kalau matlamat kita JAUH, maka langkah kita lebih JAUH.

10. Tidak boleh berputus asa, belajar dari kesilapan supaya mendapat hasil yang lebih baik.

11. Kita mesti TAHU apa yang kita MAHU, dan MAHU apa yang kita TAHU.

12. Never say never, Fight till FOREVER

13. Hidup adalah soal PILIHAN. Kita yang pilih hidup bagaimana yang kita mahukan.

14. FOKUS pada apa yang boleh dikawal sahaja. Yang kita tak boleh kawal, biarkan.

15. Pray for the best, prepare for the worst

16. Nothing is impossible, just do it!

17. Dream BIG!! So what?? Ko ada??


Ini cuma sesuku daripada warga Lady & Boss. Satu keluarga bahagia, cemerlang, kaya, berjaya, dan bertaqwa..InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut untuk menjadi sebahagian daripada keluarga hebat ini, hubungi:

iR Shaklee Suhaila (868994)
Call/ SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Emel: butik.annajah@gmail.com


Isnin, 3 Mac 2014

FAEDAH PROTEIN ESP SHAKLEE UNTUK KULIT CANTIK

Hai..Assalamualaikum...

Excited MS hari ni..rasanya sepanjang bulan ni MS excited kot..sebab bulan ni bulan ESP!!! Banyak yang MS nak cerita pasal ESP ni.

So topik bulan ini dimulakan dengan bab kecantikan kulit dulu ;)

Agaknya ramai yang dah tahu kesan sampingan kalau minum ESP Shaklee. Antara kesan sampingan yang sering diadukan ialah:-

1. Parut jerawat dah makin pudar
2. Kulit rasa gebu dan lembap je
3. Nampak lebih cerah dan berseri
4. Saiz pinggang seluar dah turun
5. Rambut kurang gugur
6. Tak rasa penat
7. Orang tegur jerawat dah kurang
8. Termengandung-ops! (ni kes tertentu je)
9. Kencing manis stabil
10. Payudara lebih anjal
11. Tak rasa lapar sampai petang...cepat kurus!
12. Susu ibu jadi pekat, baby tidur lena dan kurang meragam

dan sebenarnya baaaaaanyak lagi kesan sampingan yang kedengaran!

Ok, oleh sebab ESP ni agak femes dalam bab kecantikan kulit, MS nak kongsi faedah dan kepentingan protein untuk kecantikan sel dan kulit khususnya.

Blok binaan protein ialah asid amino. Apabila kita makan protein, proses penghadaman akan memecahkan protein kepada molekul asid amino yang mana kemudiannya akan melalui darah dan dibawa ke seluruh tubuh kita. Sel- sel tubuh kita kemudiannya akan memilih mana-mana asid amino yang mereka perlukan untuk pembinaan tisu tubuh yang baru, antibodi, hormon, enzim, sel darah dan lain-lain.

Terdapat 22 jenis asid amino yang berbeza, dan setiap satunya mempunyai karakteristik meraka yang tersendiri, seperti huruf abjad. Sepertimana kita tak dapat nak bina perkataan tanpa huruf konsonen, tubuh kita juga tidak dapat membina protein tanpa asid amino PERLU (essential amino acids). Protein bukanlah satu bahan, tetapi adalah 10 daripada 1000 bahan yang berbeza.

Asid amino perlu, ( essential amino acid) MESTI didapati daripada pemakanan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri.

Protein yang lengkap mengandungi 8 asid amino yang wujud dalam daging, ayam, ikan, telur, susu, keju dan soya. Secara asasnya protein datang daripada haiwan. Legum dan kekacang mengandungi sesetengah asid amino perlu dan ini dikenali sebagai protein tak lengkap.

Dalam kombinasi yang pelbagai, semua asid amino mampu membentuk pelbagai jenis protein dengan fungsi masing-masing.

Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupannya. Protein juga ialah unsur primer yang penting untuk menggantikan tisu rosak dan mati:
  • Kebanyakan sel darah putih berganti setiap 10 hari
  • Sel dalam gastrointestinal dan paltlet darah berganti setiap 4 hari
  • Sel kulit berganti setiap 24 hari
  • Lebih daripada 98% molekul dalam tubuh berganti secara sempurna setiap tahun!

Otot, rambut, kuku, kulit, mata kita semua diperbuat daripada jaringan protein. Begitu juga sel yang membina hati, buah pinggang, jantung, peparu, saraf, otak, dan sistem peranakan kita.

Pengguna protein paling aktif dalam tubuh kita ialah hormon yang dirembeskan daripada pelbagai kelenjar contohnya hormon tiroksin daripada kelenjar tiroid, insulin daripada pankreas, dan hormon lain dari kelenjar pituitari.

Begitu juga tisu lembut , organ dan otot yang paling rajin dan kuat bekerja, kesemuanya memerlukan simpanan protein yang tinggi.

Berikut ialah tanda-tanda menunjukkan kita kekurangan protein:
  1. Eye bag, dibawah mata biasanya selepas bangun dari tidur
  2. Water retension. Mata sembab, kaki, tangan dan muka bengkak.
  3. Kuku lambat panjang, kusam
  4. Rambut gugur
  5. Kulit tidak bermaya dan hilang seri
Kalaulah kita tahu betapa pentingnya nilai protein kepada tubuh, kita tak mungkin tak makan protein.

-Protein penting untuk memperbaiki dan membina tisu baru
-Protein penting untuk mengekalkan kehidupan sel yang sihat'
-Protein penting untuk ganti sel mati
-Protein penting untuk bina rambut, kuku, otot, kulit, mata
-Protein mengurangkan kebotakan dan kulit berkedut
-Protein penting sebagai asas neurotransmitter dalam otak
-Protein penting untuk memperkuatkan tindakbalas sistem imun
-Protein penting digunakan untuk membina hormon

Fakta:
Selain air, tubuh kita dilimpahi oleh unsur protein. Jika tubuh kita ni boleh diperah, setengah daripada berat kering kita ialah protein. 1/3 pula ialah otot, kelima pada tulang dan kartilaj, kesepuluh pada kulit, dan selebihnya dalam tisu lain dan bendalir tubuh. Malah 95% daripada hemoglobin kita ialah protein.

Protein ialah nutrien terbaik yang perlu di ambil untuk mengekalkan aras gula dalam darah kerana proses metabolismenya mengambil masa yang lama. Protein boleh ditukar kepada glukos jika tubuh memerukan.

Jadi, amatlah penting kita semua memastikan yang tubuh kita mendapat sumber nutrisi terbaik untuk sel yang lebih sihat seperti Soy Protein Isolate Powder atau nama manjanya ESP Shaklee!!

Jom ber ESP!!

Lagi best bila anda beli 6 tin, dapat percuma 1 tin, dapat keahlian percuma dan BONUS TUNAI dikreditkan ke dalam akaun anda pada April nanti!!!


Hubungi Mama Su cepat-cepat sebelum kehabisan stok sebab ESP ni sangat laris macam pisang goreng panassssss...

SID Kesayangan anda: Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Facebook: /su.annajah
FB Page: Saya MahuSihat