Enter Keyword

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua! Sementara menunggu waktu Asar, sebelum aku solat dan masuk gelanggang silat, aku pun nak menyertai teman seangkatan yang menulis tentang isu CDM25 ni. Trending di kebanyakan media sosial tu termasuk Twitter, Facebook, Blog, Yahoo Search dan Google!

Aku bukan nak menghangatkan isu CDM25 tu. Cuma nak keluarkan beberapa point penting sebagai pengajaran kepada kita semua terutama diriku ini.

Ok aku mengaku, sebenarnya aku langsung tak pernah tengok video yang di viral-viralkan tu. Bukan takde hati nak tengok. Tapi lepas beberapa cubaan mendownload ke henpon kecik aku gagal, maka aku pun fedap. Sehinggalah keluar kenyataan Ustaz2 dan orang bijak pandai yang berjaya mentarbiah aku.

Melalui komen2 yang aku baca di facebook, boleh tahan jugak makian dan celaan orang 'Islam' kita ni terhadap wanita bernama Kiki itu. Dalam grup wasap aku pun sama. Aku jadi silent reader jer..maleh nak siram minyak.

Ok, di bawah ni ada beberapa point penting yang aku berjaya fikir dan ekstrak daripada kisah Kiki, si gadis berkereta model Peugeot 208 bernombor plat CDM25:

1. Senang sangat nak glamer/femes/fofuler

Kalau korang ni jenis suka publisti murahan, nak cepat naik dan dikenali bukan saja di media sosial bahkan juga boleh jadi seantero dunia malah lebih femes daripada Benjamin Netanyahu, silalah buat perangai tah ape2, kemudian suruh sape2 uploadkan di facebook dan mintak kawan-kawan tolong viralkan.

Dengan syarat: korang mesti tahan makian/ kutukan/ hinaan/ celaan tahap kalau dengar boleh meleleh darah tepi telinga. Cuping telinga dengar pun boleh serender.

2. Orang kita memang suka benda negatif

Kan? Sekelipan mata video tu tersebar contohnya kat facebook aku ni, dua tiga kali kelip dah 3 orang yang pakat share video tu. Bayangkan aku kelip mata banyak kali. Memang flooded newsfeed aku dengan video tu.

TAPI..bila Kiki dah minta maaf, aku kelip mata 50 kali pun, sorang pun tak de yang share. Korang nampak tak? Betapa realiti seorang manusia itu dipenuhi dengan cas-cas negatif, sebab yang negatif dia nampak dulu.

Dari komen2 yang aku baca, entah berapa kerat je orang bagi komen 'baik sangka' walaupun kalau ikut logik memang dah tak boleh nak baik-baik sangka lagi dah.

Yang lebih malang ada pulak Detektif Konon pergi geledah semua maklumat pasal si Kiki dan membogelkan habis maklumat peribadinya. Ko sama je kot macam Netanyahu.

3. Haram sebar aib orang

Yang ni aku bersyukur sangat sebab gagal download video tu. Sebab kalau aku berjaya tengok aku mesti tak dapat menahan diriku untuk turut sama memaki Kiki. Aku mesti jadi panas hati dan aku pun termasuklah dalam geng2 mengumpat dan menceritakan aib orang.

Seperti kata Ustaz2 dan tokoh2 motivasi, takde faedahnya kita duk mengutuk orang kemudian sebar pulak untuk cari geng kutuk dia. Takde bezanya lah antara dia dan kita. Kalau dia kurang ajar dengan uncle tu, tu memang tak patut, tapi dia dah minta maaf dan aku rasa dia dah serik dan menyesal giler dengan tindakan dia yang macam hilang pedoman tu. Korang yang kutuk dia berbakul-bakul ada pergi mintak maaf tak? Baik gi PM dia cepat sebelum esok kat akhirat merangkak bawah panas terik celah orang ramai sebab nak mintak maaf.

Sepatutnya bila tengok kejadian macam ni, mula2 kita bertenang dulu. Tunggu penjelasan lanjut. Kalau nak marah sangat marah dalam hati sudah la. Kan dah banyak kali kes gini berlaku kat Malaysia ni korang tak belajar-belajar ke?

Dosa dia menganiaya orang tu antara dia dengan orang tu, tapi dosa kita menghina pastu pergi sebar pulak kat orang? Dah sah-sah sendiri yang tanggung kan?

So, next time kita dah boleh ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Pengajarannya ialah:

1. Jangan suka memaki orang walaupun diri sendiri yang kena musibah

2. Jangan sombong dan berlagak tak bertempat walaupun ko pakai kete Kancil ke, BMW ke, Ferrari ke, Lambo ke whatever.

3. CCTV ada di mana-mana

4. Jangan menyebar aib orang tak kira apa pun, kalau taknak aib kita pula di bongkar oleh Allah

5. Tu tarbiah Allah untuk dia, Allah nak ingatkan walaupun kita mewah kaya raya, adab dan akhlak tetap no.1

6. Hormatilah sesiapa saja tak kira tua ke muda

7. Maafkanlah orang tersalah dengan kita. Macam dalam kes ni Kiki tak bersalah pun dengan kita, dia cuma bersalah dengan uncle tu.

8. Pandang sesuatu dari sudut positif dahulu melainkan perkara itu betul2 mengancam ketenteraman umum dan melanggar undang-undang dan hukum agama.

Ok, chill! Bai.

CDM25 Trending Media Sosial

by on Julai 17, 2014
Assalamualaikum w.b.t Hai semua! Sementara menunggu waktu Asar, sebelum aku solat dan masuk gelanggang silat, aku pun nak menyertai teman ...
Assalamualaikum w.b.t

Sejak bermula peperangan antara umat Islam Palestin dan Zionis Israel pada 10 Ramadhan lalu, isu boikot mula timbul kembali. Boikot ni ibarat isu bermusim. Apabila ada perang meletus, boikot jadi hangat. Bila perang reda, isu boikot pun reda.

Ini saya pernah tulis dalam entry bertajuk Boikot Semusim. Isu boikot kali ini saya lihat lebih hangat kerana ada pihak yang tidak bersetuju dengan usul memboikot produk Israel/Amerika/Yahudi.

Apabila sebut boikot, RAMAI yang salah faham bahawa kita kena boikot semua produk daripada Israel dan negara-negara yang terlibat termasuk Amerika dan produk ciptaan Yahudi. Ini kerana Amerika dikatakan sekutu kuat Israel, manakala Yahudi ialah bangsa Israel.


Sebenarnya, apa yang kita perlu boikot ialah produk atau company yang mengisytiharkan bahawa mereka menyumbang dana kepada Israel untuk memerangi umat Islam. Perlu di ketahui bahawa bukan semua company daripada US atau Amerika atau company Yahudi yang menyumbang dana untuk Israel memerangi umat Islam di Palestine. Malah ramai daripada mereka yang langsung tidak terlibat dengan agenda jenayah perang terhadap umat Islam.

Jadi, sudah jelas siapa yang kita harus malah wajib boikot. Ustaz Zaharuddin menggariskan beberapa keadaan dimana urusan jualbeli dengan Yahudi pada hukum asalnya HARUS, bertukar haram.

Dibawah ini pula saya sertakan pandangan tokoh agama dan kemanusiaan berkenaan isu boikot.



Anda boleh baca lanjut hukum berjual beli, dan berurusan dengan orang Yahudi serta kewajipan boikot produk Yahudi yang menyumbang kepada pembunuhan Islam umat Islam di laman web Zaharuddin.net ini.

Berikut adalah beberapa senarai syarikat yang jelas memberi dana kepada Israel yang mesti kita boikot:

1. Starbucks
2. Mc Donalds
3. Nestle
4. Motorola
5. Nokia
6. Coca Cola
7. Johnson & Johnson
8. Maybelline
9. Revlon
10. IBM
11. Intel
12. Calvin Klein
13. Garnier
14. Huggies
15. hp (hewlett packard)
16. Pepsi
17. Pizza Hut
18. Kotex
19. Colgate
20 Levi's

dan sebagainya lagi..

Kalau tidak mampu boikot kesemuanya?? Selektif boikot. Pilihlah mana-mana produk/jenama/ dan berhentilah menggunakannya sampai bila-bila.

Tidak dapat dinafikan, produk-produk ciptaan mereka banyak digunakan oleh orang Islam kerana mereka ada kepakaran itu. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memajukan ekonomi kita dan menghasilkan barangan berkualiti dan ia sebenarnya adalah fardhu kifayah untuk kemaslahatan umat Islam.

Bagaimana dengan teknologi yang dikuasai oleh mereka??

Facebook, WhatsApp, Twitter, laptop, smartphone dan gajet-gajet canggih yang kebanyakannya di cipta oleh mereka patut kita gunakan ke arah yang betul.

Facebook contohnya, walaupun pemiliknya Mark Zuckerberg mengishtiharkan bahawa dia menyokong Israel, kita masih boleh gunakan ia untuk:

1. Penyebaran ilmu
2. Penyebaran maklumat penting dan info terkini
3. Menjana pendapatan yang kemudian kita gunakan semula membantu umat Islam
4. Ruang diskusi ilmiah

dan sebagainya lagi.

Semuanya berbalik kepada kita sendiri. Boikotlah dengan ilmu, dengan maklumat bukan dengan nafsu dan emosi.

Anda boleh baca lanjut mengenai boikot melalui laman web www.inminds.com.

Sekian.


Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya MS nak tulis topik pasal boikot Israel tadi. Entah macam mana gugel2 terjumpa dan terbaca satu web forum yang bincang pasal Shaklee. Dan MS 100% gerenti yang menyuarakan isu Shaklee Haram tu sebenarnya tak tahu apa pun pasal Shaklee. Cuma nak jadi keyboard warrior dan maybe nak orang tahu dialah paling pandai buat kajian. Wallahua'lam.

Yang MS paling nak ketawa bila sungguh-sungguh dia bukak topik IFANCA tak iktiraf Shaklee. IFANCA stands for Islamic Food And Nutrition Council Of America. Ni ayat yang MS copy paste dari forum tu,

05/17/2005 Shaklee Is Not Certified By IFANCA
We continue to receive inquiries about Shaklee products. We would like to make it clear that IFANCA is NOT certifying any Shaklee products and we do not know if their products are Halal or not. ...

Ok, bayangkan macam ni..

Korang beli seekor ayam dari kedai Z. Lepas tu korang nak pastikan ayam tu halal ke tak. Korang pun pergi tanya pusat sembelihan Y. Sedangkan yang sembelih ayam tu adalah pusat sembelihan X. Korang rasa apa jawapan pusat sembelihan Y?

Agak-agak ada tak dia jawab macam ni, "kami tak tahu apa-apa pasal ayam ni, kami tak sembelih ayam ni"

To be clear, ada negara yang mempunyai beberapa badan Halal. Malaysia contohnya ada satu je, Jakim. Australia ada 10 badan yang boleh iktiraf sijil Halal. New Zealand ada 2, Holland ada 3, dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok website Jakim ye. Cari pautan Badan Berkuasa Dan Pensijilan Halal Yang Diiktiraf Di Luar Negara. MS nak bagi link, internetnya slow sangat pulak.

Ok, so Shaklee ni tadi macam mana?? Shaklee diiktiraf HALAL oleh ISA (Islamic Services of America), dan sememangnya takde kena mengena dengan IFANCA. Yang engko pergi tanya IFANCA tu pasal apa. Lain kali tanya dulu orang jual Shaklee, korang ni sape yang iktiraf. Rasanya dah banyak sangat pengedar Shaklee bagitahu yang Shaklee ada sijil Halal daripada ISA.

Dalam satu negara yang sangat besar, macam Australia, Amerika, dah tentu ada banyak badan berkuasa Halal sesuailah dengan jumlah penduduk dan produk yang mereka hasilkan. Bayangkan benua Australia tu ada satu badan je, jenuh jugak dia nak cover ke segenap pelusuk negara.

MS nak tegaskan di sini, produk Shaklee yang masuk ke Malaysia adalah Halal termasuk produk yang menggunakan kapsul bovine gelatine iaitu Carotomax, Vitamin E, Lecithin, Omega, GLA Complex, dan terbaru Phytocol ST. Sijil Halal tersebut boleh tengok di web www.shaklee.com.my. (jangan pergi klik Shaklee Kanada pulak)

Satu lagi persoalan, kenapa pada botol Shaklee tak de cop Halal?

Oleh sebab, ia produk dari luar, tiada requirement atau keperluan meletakkan cop Halal pada label produk. Cukup dengan Sijil Halal sahaja. Tak macam produk buatan Malaysia mesti ada cop Halal Jakim tu kan? (tu pun ada yang tipu, nak kata apa???)

Dan lagi Sijil Halal daripada ISA ini diperbaharui setiap tahun! Tak macam sijil Jakim sampai expired dia punya sijil Halal pun kita masih beli lagi janji ada cop Halal pada barang. Tak gitu??. Yang tahun 1999 punya pengesahan pun ada. (MS bukan nak condemn Jakim tapi itulah realitinya)

Cuba bayangkan korang tinggal di Amerika, atau pergi makan angin ke, macam mana nak cari produk Halal? Nak cari yang ada cop Halal Jakim, memang takkan jumpa la. Mungkin ada produk kita eksport ke sana tapi tak banyak. Macam mana orang Islam kat sana nak dapat makanan Halal? Tak lain tak bukan melalui sijil Halal tu la..

Ok, cukup dulu lah penerangan MS. Dah panjang lebar ni.. Moral of the story:

1. Kalau tak tahu sila bertanya pada yang arif dan tahu. Dan bertanyalah di tempat yang betul.

2. Kalau dungu jangan tunjuk sangat.

3. Kalau rasa was-was dengan apa yang masuk ke perut, maka tinggalkanlah. Nanti jatuh haram.

4. Jangan sesuka hati mengharamkan yang Halal, dan menghalalkan yang haram. Allah pun dah warning dalam  Al-Quran, sila buka terjemahan dan baca.

Sekian.

#pray4gaza
#pray4palestine
#GazaUnderAttack

Sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee boleh hubungi MS:

Suhaila Budin (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434
Fb: Su AnNajah

Betul Ke Shaklee HARAM??

by on Julai 12, 2014
Assalamualaikum wbt. Sebenarnya MS nak tulis topik pasal boikot Israel tadi. Entah macam mana gugel2 terjumpa dan terbaca satu web forum y...
#pray4gaza
#pray4palestine
#doakanuntukgaza
#gazaunderattack
#palestine

Gunakan hashtag di atas dalam setiap post Facebook kita untuk kesedaran awam. Sama-sama kita doakan bumi para anbia ini selamat dan bebas dari cengkaman Israel laknatullah. Amiinn InsyaAllah.

Dengan itu, saya mengambil inisiatif kecil untuk memanjangkan pengumpulan dana untuk membantu rakyat Palestine. Semoga usaha kecil ini bernilai di sisi Allah.

Setiap RM5  daripada pembelian produk Shaklee melalui saya akan di dermakan kepada Tabung Kecemasan Gaza.


Atau, anda boleh menyumbang sendiri wang anda kepada Tabung Kecemasan Gaza melalui no. akaun bank di atas.


Pembelian produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya:

Suhaila Budin (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434
Fb Page: Saya Mahu Sihat

Tabung Kecemasan Gaza 2014

by on Julai 09, 2014
#pray4gaza #pray4palestine #doakanuntukgaza #gazaunderattack #palestine Gunakan hashtag di atas dalam setiap post Facebook kita untuk ...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera!

Haa...hari ni nak cerita pasal stroke lagi. Belum habis bab strok ni tau!

Mama harap anda dah baca entry sebelum ni yang bertajuk Strok Ragut Nyawa Dalam Diam. Kisah kawan Mama yang baru kematian suami akibat strok dan sedikit pengenalan tentang strok.

Memang, bukan sedikit sebenarnya yang ada masalah stroke. Stroke ni menyerang dalam diam, senyap-senyap atau juga di panggil 'silent killer'. Sama hebat seperti serangan jantung. Ramai juga kawan-kawan Mama yang ibu dan ayah mereka di serang strok, malah ada yang sampai meragut nyawa! Memang menakutkan.

Tengoklah statistik yang mengerikan ini! Peningkatan drastik dalam masa satu tahun!

Sebab apa agaknya??

Ya, sebab cara hidup kita, cara pemakanan kita dan cara berfikir kita sebab kita rasa kita tak mungkin akan kena strok. Kebanyakan orang yang terkena serangan strok pun berfikir begitu pada awalnya.

Tapi...jangan risau. Serangan strok sebenarnya BOLEH DICEGAH! Malah jika anda atau ada ahli keluarga anda yang pernah terkena strok, ia juga BOLEH DIUBATI!

Bagaimana nak cegah strok?

1. Banyakkanlah bersenam dan menukar gaya hidup. Kalau sebelum ni malas, cuba rajin-rajinkan diri bersenam secara tetap setiap minggu. Paling tidak 15 minit, tiga kali seminggu.

2. Ubahlah tabiat makan. Kurangkan makanan berkalori tinggi, berminyak, berkolesterol dan berlemak berlebihan. Ini kedengaran klise. Tapi kita memang takkan sedar bilakah masanya lemak, minyak, dan kolesterol itu melekat dalam salur darah, membentuk plak, mengeras lalu menghalang perjalanan darah beroksigen sampai ke otak dan jantung!

3. Kurangkan makanan manis, berkarbohidrat tinggi yang boleh menyebabkan diabetes. Kurangkan garam dalam masakan.

4. Lebihkan pengambilan air kosong (6-8 gelas sehari), banyakkan makan sayur, buah dan makanan berserat.

5. Ambil ubat ikut waktu yang ditetapkan

6. Jalani fisioterapi (bagi pesakit strok)

7. Ambil makanan tambahan yang sesuai.


Kebaikan Vivix Shaklee Untuk Pesakit Strok

Pasti ramai yang dah tahu bahawa Vivix Shaklee dapat membantu mencegah serangan stroke malah juga membantu dalam pemulihan pesakit stroke dengan PANTAS!



1. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang typo rosak, mati, abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.

2. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot oleh itu menggalakkan sel menjadi sihat semula.

3. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (iaitu penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.

4. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (iaitu kandungan dalam anggur muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.

5. Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular/ jantung.

6. Ramuan Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.

7. Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.

8. Ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah, platlet, dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

9. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam pengekalan berat badan ideal.

10. Pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit stroke.





Tak perlu ragu lagi dengan khasiat dan kebaikan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee telah melalui ujian klinikal yang ketat setelah penyelidikan oleh pakar dan saintis Shaklee.

Dan lagi BEST, Vivix hanya EKSKLUSIF daripada Shaklee!

Dapatkan sendiri Vivix melalui pembelian online?

Klik >>>>>

Anda juga boleh membeli 2 botol Vivix dan mendapatkan keahlian percuma!

Hubungi saya untuk sebarang info lanjut:

Suhaila Budin (868994)
WhatsApp: 012-9645614

**This product is not intend to diagnose, cure, treat or prevent any disease
Assalamualaikum w.b.t.

Shaklee telah melancarkan inovasi terbaru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membeli produk Shaklee sendiri secara online.


Di bawah ini saya sertakan cara-cara bagaimana anda nak beli produk Shaklee secara mudah dan pantas malah tanpa melalui pengedar:

1. Klik ----> ORDER NOW!

2. Klik Agree, kemudian klik NEXT

3. Pilih dan TANDA produk yang anda ingin beli SAHAJA, masukkan kuantiti. Klik Check Out.

4. Masukkan butir-butir yang diminta untuk tujuan pengeposan.

5. Klik Continue

6. Semak semua maklumat. Jika barang ada stok, dia akan tulis In Stock.

7. Sudah betul, klik Proceed For Payment.

8. Masukkan maklumat kad kredit atau kad debit anda.

9. Klik Confirm Payment

10. Ikut arahan dan print/ save bukti pembelian anda!

Mudah kan??

Anda juga boleh membuat pembelian dengan menghubungi saya:

Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434


Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali mari kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham suami seorang cucu Shaklee saya yang telah pergi menemui Penciptanya petang semalam akibat serangan strok mengejut pada usia yang sangat muda.


Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Aminn..

Mendengar berita seperti ini, amat menyentap tangkai hati kita. Apalagi yang pergi itu masih muda, ada anak kecil yang belum mengerti apa-apa. Tapi benarlah, kematian itu tidak mengenal usia dan tidak mengenal siapa. Sampai saatnya, Izrail patuh menjalankan tugasnya.

Arwah dikhabarkan jatuh di bilik air pada Subuh kelmarin, 4 Ramadhan 1435H. Dikejarkan ke bahagian kecemasan dah disahkan berlaku pendarahan dalam otak. Arwah tidak sedarkan diri, koma dan kemudian hanya bergantung nyawa dengan mesin. Dan pada petang 5 Ramadhan, arwah menghembuskan nafas terakhirnya dan meninggalkan dunia yang fana ini untuk menemui penciptaNya.

------

Pendarahan di kepala atau otak sering berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Mangsa serangan boleh rebah kerana kurang pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak.

Strok terbahagi kepada dua jenis.

Strok Ischaemic - gumpalan darah/lemak dan saluran darah yang sempit mengurangkan bekalan oksigen ke bahagian otak.

Strok Haemorrhagic - Saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam atau sekeliling tisu otak.


Tanda dan gejala strok:

Otak
Keliru, sawan, pening, masalah berlarutan, hilang koordinasi tubuh, sakit kepala yang teruk.

Mata
Masalah penglihatan sama ada sebelah atau kedua-dua mata.

Muka, tangan, kaki
Lemah atau kaku secara tiba-tiba di sebelah bahagian tubuh. Kesukaran untuk berjalan secara tiba-tiba.

Strok adalah KECEMASAN! Setiap minit sangat berharga.

Jika stroke menyerang:


Faktor Risiko Strok

Tidak Dapat Diubah:
-sejarah keluarga
-lelaki
-peningkatan umur

Boleh Diubah
-Tekanan darah tinggi
-Penyakit Jantung
-Atrial fibrillation
-Penyakit diabetes
-Tahap kolesterol tinggi
-Obesiti/kegemukan
-Merokok
-Alkohol
-Tidak aktif/ kurang bersenam

Secara REALITI, kebanyakan kejadian strok boleh di cegah. Strok memerlukan rawatan segara dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Strok menyerang OTAK (bukan jantung) dan pemulihan pesakit strok berterusan sepanjang hayat.

Bagaimana mencegah strok (dan serangan ulangan)?

1. Pastikan tekanan darah kurang daripada 130/80 mmHg.

2. Turunkan paras kolesterol LDL (kurang daripada 1.8 mmol/L)

3. Berhenti merokok

4. Tidak mengambil alkohol

5. Kawal berat badan dan bersenam

6. Ketahui sama ada mempunyai penyakit jantung atau diabetes

7. Ambil aspirin atau ubat anti-platlet/pencair darah

8. Ambil diet rendah lemak dan rendah garam

9. Ambil alternatif seperti suplemen

Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat! Jangan sesekali abaikan faktor risiko, sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, dan segera amalkan cara hidup sihat.

Cegahlah sebelum terlambat!!

---------

Beli Online Set Pencegahan Strok, klik -----> ORDER NOW!

Atau hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan/ konsultasi:

Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434


Strok Ragut Nyawa Dalam Diam

by on Julai 04, 2014
Assalamualaikum w.b.t Pertama sekali mari kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham suami seorang cucu Shaklee saya yang telah ...
Muhahahaha...suka daku baca testimoni beliau ni.

Beliau ni ialah 'anak' Shaklee aku. Beliau daftar ahli dan beli Set Slimming Shaklee hasil terpengaruh dengan status Facebook aku yang duk cerita ramai orang kurus. Eh, benda baik harus di kongsi bersama...kan?

Daku malas nak cerita panjang, korang baca je kisah beliau yang daku kopipes 100% daripada secret grup Shaklee Diamond Club (grup khusus untuk customerku tersayang).

----------
Assalamualaikum wbth...
Minta izin dan laluan nak citer pengalaman saya dengan Shaklee.. Bermulanya kisah saya dengan Shaklee bila saya berjumpa dengan
Shaklee Slimming Set, yang diperkenalkan oleh x-classmate masa form 1 dulu, merangkap 'mama' saya skrg.
Memula nak try mmg saya mengaku, risau jugak takut tak berkesan. Paling takut bertambah gemuk sbb tengok produk2 lain yg org lain beli d internet mendatangkan kesan buruk.
So, saya pun start laa me'ricky'2 kat internet, kawan2, macam2 lah. Tu pun lepas adik saya rekemen guna shaklee utk apa saja tujuan, baik nak kulit cantik, nak sihat, apalagi kalau nak kurus.. Dah berkira2 selama 6 bulan lamanya 'menyiasat' pasal Shaklee ni, sambil2 kumpul2 modal nak beli set kurus, akhirnya saya pun sign up (sbb nak rege murah, start guna 14.2.2014).
Minggu pertama, sy hilang 900gm.. waah..menarik... Minggu ke2, ke3, ke4 maintain pulak.. Naik tidak, turun pun tidak.. Lama2 malas dah nak naik digital scale(dacing digital) tu.. Sampailah masa kenduri adik ipar yang bongsu (12.4.2014), sorg adik ipar ni tegur,"akak dah x chubby sgt laa... makan apa??" Terus sy balik rumah timbang lagi... Alhamdulillah.. dh hilang lagi 1kg...
Sejak dr hr tu, semangat naik semula.. sy mula atur jadual tuk workout, walaupun selalu xikut jadual..
Dari hari ke hari, saya dpt rasa yg baju2 lama dah boleh sarung semula.. Seluar jeans yg sy beli ms Ramadhan 2012(xmuat masa attend seminar DAO end of 2013) dah boleh pakai semula.. masa tu saksi saya terseksa dengan jeans tu, husband, adik ipar dgn biras.. dari pagi saya pakai jeans tu, sampai mlm. otw balik dr seminar mlm tu, sy sakit perut sangat2!! butang jenans tu terlalu menekan sangat perut saya, rasa nak muntah, pening.. dah xlarat, kami stop kat petrol pump, nk ganti seluar.. MasyaAllah... Dia je yg tahu betapa siksanya saya ms tu.
Alhamdulillah, jeans tu dah boleh dipakai semula skrg... Syukur sangat3!!
Lupa nak btau, set kurus yg sy consume tu, ESP + Lecithin + Alfalfa...
Set ni mmg best sangat sbb sejak sy consume, sy makin bertenaga, proses buang air besar pun dah semakin lancar. Mmg dah takde nak teran2, berlama2 dlm toilet..semuanya lancaaaaar sangat!!! Xpercaya?? Kena cuba!!
Bila set kurus ni dah nak habis, sy order yang baru, kali ni order sendiri sbb dah ahli kan... Tapi kali ni saya tambah Omega Guard utk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak.. yg ni lg power nk bakar lemak.
Sy tambah jugak suplimen tuk kulit..(Vit C & Vit E).. Mana taknya, kulit saya kasar, kering.. tumit kaki pecah teruk. Kalau buat garu mmg nikmat sangat, xketerlaluan kalau sy kata boleh luka ms menggaru tu.. dasyat kan?
Syukur sgt, bgn pagi je, muka dah xberminyak2 mcm dulu. kulit pun dah xkasar. Masa pergi kenduri aqiqah baru2 ni, ramai yg tegur, kulit muka cantik, gebu, elok sangat... Soalan wajib "pakai apa?" Sy pun share laa dgn dorg, ye laa, benda baik kena dikongsikan & dipanjangkan..betul x?
Kisah jiran mak lg best, dr dulu dia selalu tanya, pakai apa? makan apa? bila kite citer, dia jebik2.. baru2 ni tanya lagi, "awok pakai mende kaklong, makan mende yg boleh jadi slim gini?? Awok minum susu tu ke??" dia xsebut esp, susu je..senang..org tua kan... haa, jeles laa tu...jebik2 lagi...hihi
Alhamdulillah, sejak dari bln Feb, smpi laa skrg (end of June), dari 78kg, skrg dh tinggal 70.3... Bukan dekat2 8kg tu? Dah ok sangat laa tu.. lebih baik lambat asal selamat, biar hilang berat sikit2 dari hilang banyak dgn cepat, tapi naik pulk dgn cepat, belum lagi kira risiko lain, cirit-birit, pening, muntah...uish, idok laa wei...
sy target, nk dapatkan semula berat ms belum pregnant, 58kg.. kalau dapat berat ms form 5 dulu (thn 1999) lg bagus, 52kg..hihi... insyaAllah...
sebenarnya, target tiap2 thn nk kurus tiap kali ramadhan, hmmm...impian tinggal impian je laa... makin gemuk ada laa... mana taknya, time berbuka sebat semua yg ada depan mata... masa tu, kalau boleh semua nak telan... ye laa, seharian berlapar kan? waktu malam masa balas dendam laa...pastu lembik wek pas berbuka, sudahnya suami yg kena kemas meja... Tu pasal laa maghrib pun lewat, kot lewat, kdg2 kantoi sbb penat 'membahan'.. (teruknya laa aku ni...)
Tahun ni insaf, xmo lgi kantoi maghrib...sbb Esp mmg bagi tenaga yg cukup sepanjang berpuasa... mmg superb... sy mmg jenis xtahan kalau time pose, sbb tu sokmo lewat ganti pose..dah hujung2 br nak ganti...hummm...
sblm pengakhiran, nk cite lagi ni... sy jugak amek GLA utk lancarkan period, sejak 2menjak ni, period terganggu.. selalunya bila tido mlm mesti bocor, tp xtau laa kenapa jadi sikit sgt.. Tapi sejak amek GLA, period dah makin ok mcm dulu... jgn xtau, org lain amek GLA sbb nk subur... sy xkisah, kalau xd xpe, kalau ditakdirkn ada, Alhamdulillah...
Panjang berjela dah ni, kalau nak citer semua mmg xcukup kertas... cukuplah setakat ni dulu... sebelum mengakhiri, saya alu2kan pd semua yg ada mslh kesihatan, cuba2lah tanya pasal Shaklee ni pd SID yg boleh jawab semua soalan anda, jgn malu, jgn segan.. (nk tanya sy pun boleh, sy SID gak, hihi)..
Ok, dah cukup2 sudah, cukup sampai d sini saja... cer tgk pic sy sblm gemoook, masa gemoook & pic terbaru...
Assalamualaikum...nk masuk tido pulak...babai...
pic 1: Okt 2010, bersama x-officemate dmajlis meraikan anak yatim. Selim melim sgt lg kan3!!!
pic 2: 12 Apr 2014, kenduri adik ipar.
pic 3: 27 Jun 2014, terbaru...:))
 — feeling loved.


-------------

Haa...nak percaya ke tak mau percaya ke, terpulanglah kan. Benda baik harus di kongsi bersama. Dah beribu-ribu orang kurus dengan Shaklee. Anda bila lagi?? Takkan tengok aje?

Testimoni Kurus lagi?? klik ------> KURUS

Beli Slimming Set (ESP, Lecithin, Alfalfa) Online, KLIK -----> ORDER NOW!

Jom kurus dengan saya. Saya bagi konsultasi percuma selama-lama jika korang beli dan daftar bersama saya:


Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434
Ramadhan sudah masuk hari ke 4. Alhamdulillah..Semoga Allah panjangkan usia kita hingga ke akhir Ramadhan nanti. Hmm..bulan puasa ni, agaknya ramai yang mengadu masalah gastrik kan? Gastrik ibarat satu penyakit yang digeruni oleh pengidapnya nak-nak di bulan puasa ni. Perut jadi pedih katanya sebab masuk angin.



Apa itu gastrik?

Gastrik berlaku apabila terdapat pembengkakan pada lapisan perut lalu menyebabkan kesakitan. Gastrik boleh jadi teruk apabila disebabkan bakteria, kecederaan, penggunaan ubat berlebihan atau pengambilan minuman beralkohol.

Gastrik di tandai dengan simptom-simptom berikut:

1. Pedih ulu hati
2. Muntah
3. Hilang selera makan
4. Pedih perut

Bagaimana gastrik boleh berlaku?

Tubuh kita ada mekanisme tersendiri untuk mengekalkan keseimbangan asid-alkali (acid-bases). Apabila kita makan makanan berasid, tubuh melepaskan lebih ion H+ (hidrogen), maka pH tubuh menjadi berasid (kurang daripada 7). Manakala apabila kita makan makanan beralkali, tubuh melepaskan ion OH- (hidroksida), dan pH tubuh berada paras 7 ke atas.

Bendalir sel badan manusia biasanya berada pada skala 7 (neutral). Kebanyakan sel berada dalam cecair berskala 7.3-7.5.

Bayangkan kita menelan ayam yang pedas. Ia terus beredar ke perut menemui cecair gastrik. Makanan tersebut meransang sel untuk melepaskan asid kuat HCl (asid hidroklorik) yang memisahkan ion H+ dan Cl-. Ion ini menyebabkan cecair gastrik menjadi lebih berasid. Ini bertujuan untuk mengaktifkan enzim yang dapat menghadam protein ayam dan membunuh bakteria yang mungkin ada pada ayam yang kita makan tadi.

Apabila seseorang makan terlalu banyak ayam pedas, mereka boleh mendapat perut berasid yang lebih dikenali sebagai gastrik.

Antasid selalu diberikan apabila seseorang mengalami masalah gastrik. Antasid (contoh seperti susu dan magnesium) adalah alkali kuat yang apabila melarut, ia akan membebaskan ion OH-. Ion OH- akan meneutralkan kembali lebihan H+ untuk meredakan keradangan.

Gastrik yang dibiarkan boleh menyebabkan keadaan yang lebih parah seperti ulser perut. Ulser yang tidak di rawat pula boleh menyebabkan pendarahan dalaman, dan jangkitan. Paling bahaya, ia juga boleh menyebabkan kanser.

Bolehkah pesakit gastrik berpuasa?

Tidak ada masalah untuk pesakit gastrik berpuasa. Asalkan mereka boleh menjaga pemakanan seawal waktu sahur.

Di bawah ni adalah panduan yang diberikan oleh Dr. Zubaidi daripada beliau untuk mereka yang ingin mengelakkan gastrik semasa berpuasa.

1. Kurangkan makan banyak baik semasa berbuka atau sahur

2. Jangan berbaring selepas makan terutama selepas sahur

3. Jangan makan ketika dekat waktu tidur

4. Kurangkan makanan yang pedas, berlemak dan mengandungi banyak bawang

5. Elakkan minum minuman bergas, kopi atau teh pekat

6. Berhenti merokok

7. Elakkan mengambil ubat cair darah atau ubat tahan sakit.

8. Elakkan buah-buahan sitrus dan coklat

9. Minum air kosong dan jus dengan mencukupi untuk meneutralkan asid

10. Ambil mint untuk melegakan simptom gastrik.

Bagaimana ESP Shaklee boleh membantu pesakit gastrik??
1. ESP adalah berasaskan soya dan termasuk dalam kategori karbohidrat kompleks. Ini bermakna ia tinggi serat, dan memerlukan waktu yang lama untuk menghadamkannya.

2. ESP mempunyai indeks glisemik rendah yang bertindak melepaskan glukos secara perlahan -lahan. Ini membuatkan rasa kenyang kepada perut dalam tempoh yang lama.

3. ESP termasuk dalam kategori makanan beralkali rendah, bermakna ia dapat membantu menurunkan kadar asid berlebihan di dalam perut.

Sebab itu, ramai pesakit gastrik mengadu gastrik boleh hilang dengan ESP! Termasuk adik saya.

Adik saya dulu suka minum coke. (Coke menyumbang kepada keasidan perut). Lama-kelamaan dia menghidapi gastrik. Memang kerap dia ke klinik mengambil ubat gastrik di hospital.

Beberapa lama kemudian, dia mencuba ESP untuk masalah kulit. Setelah beberapa tong, baru saya teringat nak tanya, macam mana dengan gastrik dia. Dia kata, 'dah lama tak kena gastrik'. Saya pun terkejut. Wahh betul ke?

Ini memang benar! Selain berhenti minum kola, jaga pemakanan, amalkan minum banyak air kosong dan kurangkan mengambil makanan berpH rendah, insyaAllah masalah gastrik dapat diselesaikan.

Ni lagi testimoni ESP untuk gastrik:


Jika anda salah seorang pengidap gastrik, saya syorkan amalkan meminum ESP Shaklee.

Beli ESP Online ---> ORDER NOW!

Konsultasi percuma hubungi:

Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434

ESP Shaklee Untuk Gastrik

by on Julai 02, 2014
Ramadhan sudah masuk hari ke 4. Alhamdulillah..Semoga Allah panjangkan usia kita hingga ke akhir Ramadhan nanti. Hmm..bulan puasa ni, agakny...
Alhamdulillah..hari ni dah hari ke 3 Ramadhan.

Puasa sy pun Alhamdulillah.. berjalan lancar seperti biasa.

Walaupun dalam keadaan mengandung 6 bulan, tekanan darah ala-ala nak rendah, saya masih dapat berpuasa penuh (setakat ini) syukurrr..

Hari pertama pun ok, takde masalah.

Teringat tahun-tahun lepas, berpuasa tanpa Shaklee. Masuk jam 3 atau 4 petang memang collapse habis. Menggigil, melepek dan terpukang atas sofa. Sebelum melepek tu saya masak dulu siap-siap. Kang dah baring apa pun tak boleh. Nak angkat tangan pun tak larat apa lagi nak angkat periuk, lesung batu! Oh mai..teruk betul!

Bila dah terpukang melepek tu, tunggu je suami balik kerja. Dia balik kang kita arahkan je dia buat itu ini... hihihi..dah la kawan tu baru balik kerja, penat lagi, dengar pulak arahan-arahan kita ni. Nak buek camno.. kang tak berbuko la jawabnyo.

Syukur, dengan adanya Set Berpuasa Shaklee ni, ibadah puasa lancar. Tak melepek, menggigil, apa lagi terpukang atas sofa. Mama kena kuat sebab ada dua orang hero yang terkinja-kinja setiap masa. Dah la mama ni memang selalu jadi 'punching bag' derang. Main terjah aje..huhu.

Ok, hari ni saya nak rekemen Set Berpuasa Shaklee yang kira bajet jugak la.. Ada dua benda je, tapi kedua-dua ni sangat best bila di ambil bersama-sama.

Ini lah yang saya duk minum sejak hari pertama Ramadhan hari tu.

Apa kelebihan Set Berpuasa Shaklee ni??

1. ESP bekalkan tenaga berpanjangan. Sebab ia karbohidrat kompleks (tinggi kandungan serat), dan mempunyai Indeks Glisemik (GI) rendah. So dia akan lepaskan gula perlahan-lahan dalam darah. Pelepasan gula yang perlahan-lahan ini akan mengekalkan aras glukosa darah. Glukos yang ada dalam darah tadi akan bertukar menjadi tenaga secara perlahan-lahan juga. Jadi kita akan rasa kurang penat walaupun kita makan ESP pagi tadi.

2. Performance Drink pula ialah minuman elektrolit yang menghidrat lebih baik daripada air. Dia memang akan bekalkan tenaga berpanjangan, mencegah kekeringan dan dehidrasi, mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan, dan membantu mengekalkan paras gula dalam badan.

Pendek kata, gabungan ESP + PD ni memang mantop dan disukai ramai sampai boleh habis stok di branch Shaklee!

Cara pengambilannya sangat mudah. Cara saya, cuma bancuh 2 sudu ESP dan 1 sudu PD bersama 300ml air sejuk. Shake2 dan minum. Kalau korang terrrlajak bangun sahur, ada 10 minit lagi nak Subuh, inilah cara paling cepat dan mudah untuk bersahur.

Ok, belum terlambat untuk korang dapatkan Set Berpuasa Shaklee ni.

KLIK disini untuk pembelian Online Set Puasa Bertenaga ---> ORDER NOW!

Atau, hubungi saya segera:

Suhaila (868994)
Whatsapp: 012-9645614
SMS: 013-2369434
Fb Page: Saya Mahu Sihat