Enter Keyword

Assalamualaikum semua pembaca blog yang disayangi...

Tiba-tiba up topik kehamilan ni, apakah tandanya?? Jeng jeng jeng... Tandanya MS dah lama benor tak tulis tentang kehamilan.

Ini sebagai panduan ibu baru atau ibu beranak lima untuk menghadapi hari-hari yang bakal menyeronokkan sepanjang fasa kehamilan.


Bila nak buat ujian kehamilan?

Ujian kehamilan boleh dibuat sendiri atau ke klinik apabila haid tidak hadir pada bulan itu iaitu seawal seminggu selepas tarikh jangkaan haid kita. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan alat yang di namakan "Pregnancy Test Kit". Alat ini boleh dibeli difarmasi berhampiran.

Selain ujian kehamilan, bolehkah kita tahu tanda-tanda bahawa kita sedang hamil?

Boleh. Selalunya wanita hamil akan mengalami tanda-tanda berikut:

  • haid tidak hadir
  • rasa loya, mual dan adakalanya muntah
  • sakit kepala
  • batuk
  • perubahan hormon yang menyebabkan kegatalan dibahagian tertentu tubuh
  • payudara rasa berat, dan penuh
  • tompokan darah (yang menandakan proses penempelan pada uterus berlaku)
  • lelehan vagina berwarna putih pekat (menandakan penebalan dinding vagina)
  • letih yang terlampau
  • alah pada sesetengah rasa makanan 
  • alah pada sesetengah bau
Tetapi, tidak semua wanita akan mengalami tanda -tanda tersebut. Ada yang hanya mengalami beberapa tanda malah ada yang langsung tidak merasa apa-apa. Jadi, apabila ibu mengesyaki kehamilan telah berlaku, segeralah melakukan ujian air kencing untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

Apabila ujian kehamilan positif, apakah yang perlu dilakukan?

1. Segeralah berjumpa doktor untuk mengesahkannya. Ibu akan diminta berjumpa jururawat setiap bulan untuk memeriksa dan memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa baik.

2. Mulailah menjaga pemakanan
Tiga bulan pertama adalah tempoh berjaga-jaga dimana pada masa ini keguguran mudah berlaku. Amalkan pemakanan yang sihat. Orang tua-tua kata JANGAN makan makanan yang TAJAM seperti nenas, rebung dan sebagainya. Elakkan juga makan makanan yang tinggi bahan additif.

3. Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok, senaman ringan, tidak melakukan aktiviti yang terlalu lasak.

4. Menjaga adab dan kelakuan
Sentiasa berfikir positif, senyum dan melakukan kebaikan agar segala perkara baik tersebut memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak kita kelak. 

5. Amalan rohani
Sentiasalah mengamalkan bacaan Al-Quran, berzikir dan berdoa supaya kita dikurniakan anak yang sihat, cantik, comel, hensem, berakhlak, soleh dan solehah.

Untuk ibu-ibu yang baru disahkan hamil, MS doakan agar ibu semua sihat dan selamat sehingga ke saat melahirkan nanti!

Ceria-ceria selalu agar anak pun comel dan ceria!

*Set Ibu Hamil Shaklee sangat bagus diamalkan sepanjang kehamilan ini. Hubungi MS untuk membuat pesanan:

Puan Suhaila
012-9645614

Bila Ujian Kehamilan Positif...

by on Januari 29, 2014
Assalamualaikum semua pembaca blog yang disayangi... Tiba-tiba up topik kehamilan ni, apakah tandanya?? Jeng jeng jeng... Tandanya MS dah ...
Assalamualaikum..

Hari ni MS nak citer pasal gout lah pulak.. Ramai juga orang Malaysia mengidap penyakit gout kan? Dan baru-baru ni ada customer beli suplemen untuk masalah gout dia.

Sebelum MS citer lebih lanjut tentang suplemen untuk pesakit gout, kenalah citer dulu apa itu gout kan?

Gout ini sebenarnya ialah sejenis penyakit yang disebabkan lebihan pengumpulan asid urik berlebihan dalam badan, kegemukan, tekanan, dan penyakit buah pinggang.

Pesakit gout akan merasa sakit dibahagian sendi yang kebiasannya di bahagian kaki. Apabila gout menyerang, kaki akan terasa bengkak, panas dan sakit sehingga tidak boleh berjalan. Ini berlaku akibat daripada bahan buangan pemecahan purin (sejenis protein) yang berkumpul pada sendi dan tisu lembut sekeliling sendi.

Secara semulajadi,asid urik yang terhasil daripada proses pemakanan kita akan dilarutkan dalam darah dan disingkarkan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak asid urik sehingga ia terkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan ia bengkak dan sakit.

Siapa berisiko?

Lelaki - 90% berisiko
Banyak minum alkohol
Berat badan berlebihan
Genetik
Umur -30-50 tahun
Pesakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang

Jika saya pengidap gout, apa patut saya lakukan?

1. Minum banyak air kosong!

Air kosong berfungsi untuk menuetralkan keasidan tubuh, menyingkirkan toksin serta dapat menurunkan aras asid urik dalam darah sedikit demi sedikit melalui air kencing! Pendek kata pesakit gout tidak boleh kekurangan air dan mereka mesti sentiasa terhidrat.

2. Elakkan ubat tertentu

Contohnya aspirin yang mana ia boleh menyebabkan paras asid urik menjadi lebih tinggi! Selain itu elakkan juga ubat yang bersifat diuretik (ubat yang menyebabkan sering hendak kencing)

3. Makan secara sihat

Kurangkan makan daging merah dan makanlah lebih banyak sayur, buah serta minum banyak air kosong.

4. Mengekalkan berat badan sihat

Semakin meningkat berat badan, semakin tinggi aras asid urik dalam badan. Jadi adalah penting untuk kita sentiasa mengekalkan berat badan sihat. Lakukan senaman lebih kerap.

Suplemen Untuk Pesakit Gout

Seperti orang sihat, mereka yang bermasalah gout lebih perlu mengambil suplemen yang betul. Ia bukanlah bertujuan mengubat tetapi pesakit gout yang mengamalkan pemakanan sihat insyaAllah akan dapat mengurangkan kesakitan akibat gout.

Antara suplemen yang sangat membantu ialah Alfalfa Complex, Omega Guard dan Performance Drink.

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex bersifat alkali. Dengan itu ia membantu menuetralkan aras asid urik di dalam darah. Ia juga adalah agen detoks yang berkesan serta bersifat anti-inflamasi (meredakan bengkak).

Omega Guard

Paras asid lemak Omega-3 mudah melarut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia membantu memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan pembengkakan.

Performance Maximum  drink(PD)

PD ialah minuman elektrolit yang dicipta khas untuk mengurangkan penyahhidratan terutamanya semasa bersukan/aktiviti lasak. Bagi pesakit gout, PD membantu mereka mencegah kehilangan banyak air dan mengurangkan rasa haus. Bagi pesakit gout yang banyak bekerja, dan agak sukar memenuhi keperluan air badan, sediakan minuman PD ini setiap hari sebelum keluar ke tempat kerja. Ia juga membekalkan tenaga dengan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.

Sebenarnya banyak lagi suplemen yang membantu, tp MS highlight yang ni je dulu sebab letak banyak-banyak nanti anda pening pulak nak beli yg mana..haha..

Ok, sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi MS

Suhaila 012-9645614
Hai..Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam rancangan Petua mak-mak. hihihi..

Ok, kali ni MS nak share sikit tentang petua bagaimana mengurangkan parut-parut jerawat terutama yang lama-lama, yang degil-degil yang susah sangat nak hilang.

Bagaimana parut terjadi? Ini kerana akibat daripada tangan kita sendiri yang gatal dan suka sangat picit jerawat. Dari segi saintifiknya pula, parut terjadi apabila sel-sel kulit yang mengalami luka jerawat menjadi TRAUMA semasa proses mengeluarkan cecair nanah (biasa dikenali jerawat masak). Ia menjadi bengkak, dan cedera serta memaksa kolagen hilang dari bahagian tersebut.

Takyah citer banyak, kalau parut memang dah duk ada atas muka makanya sekarang adalah proses mengurang atau menghilangkannya terus.

Cekidout la petua-petua berikut yang saya ekstrak daripada berbagai-bagai blog.

Petua 1- Putih telur dan madu



Ambil putih telur dan campurkan dengan sedikit madu. Sapukan pada wajah yang ada bekas jerawat selama lebih kurang 15-20 minit. Bersihkan wajah. Lakukan secara rutin untuk mendapat hasil yang optimum.

Petua 2- Kulit pisang

Ambil kulit pisang, gosokkan pada muka yang berparut. Juga lakukan dengan kerap supaya parut cepat hilang.

Petua 3- Yogurt dan lemon



Selain sedap di makan, yogurt boleh dijadikan masker untuk hilangkan parut jerawat. Korang boleh guna yogurt semata-mata atau campurkan dengan bahan lain contohnya sari lemon (yang telah di kisar).

Petua 4- Air beras

Bukan air yang basuh beras tu, tapi air semasa nasi sedang menggelegak, ambil sikit air dia. Sejukkan sebentar dan sapukan pada wajah.

Petua 5- Minyak zaitun

Minyak zaitun bukan saja berfungsi melembapkan kulit kering tapi juga boleh menyamarkan noda hitam pada wajah. Sapukan nipis pada wajah sebelum tidur.

Hilangkan parut jerawat dengan suplemen Shaklee!

Wahhh.. Selalu orang fikir suplemen ni untuk sihat tubuh badan je kan? Tapi tidak. Suplemen khususnya Shaklee memberi anda lebih daripada itu.

Tak sikit orang yang makan Shaklee untuk tujuan lain, tapi BONUSnya kulit menjadi cantik, cerah dan bebas noda hitam serta parut jerawat!

Ok, mari tengok apa suplemen yang sangat-sangat membantu untuk hilangkan parut-parut wajah yang degil itu.

ESP (Soy Protein Isolate Powder)



ESP ni memang sangat femes nak-nak dalam bab kulit dan kecantikan wanita ni. Ia membantu anda untuk:-

- buat kulit berseri
- pulihkan sel-sel kulit yang rosak
- pudarkan parut-parut jerawat termasuk parut chicken pox
- hilangkan kesan-kesan gatal

Yang best ESP ni boleh dibuat masker juga! Memang tak rugi!!






Sustain Released Vita C Plus


Yang ni sama, sangat femes juga terutama kalo orang tu memang concern dengan kecantikan. Vitamin C ni ibarat vitamin wajib ada kalau betul-betul nak cantikkan kulit.

- Ia dapat mencerahkan wajah
- Ia memudarkan bekas-bekas jerawat
- Ia membina kolagen kulit yang telah rosak bersama-sama dengan vitamin E
- Ia penting untuk kitar semual glutathione dalam badan yang penting untuk kulit.
- Ia menyekat pigmentasi (bintik-bintik penuaan)
- Ia Ia juga mengurangkan kesan jeragat yang muncul seiring usia

Vitamin C ini juga boleh dijadikan masker tau. Caranya? Beli vitamin C nanti saya ajarkan ;)


Vitamin E Complex



Yang ni tak payah citer banyak. Vitamin E memang vitamin yang sinonim dengan kecantikan. Ia banyak orang bubuh dalam minyak bayi, pelembap dan lotion. Sebab fungsi dia

- Melembut dan melembapkan wajah/ kulit kering
- Meningkatkan level vitamin C (sebab tu kena ambil sama-sama)
- Menggalakkan elasticity kulit (sebab ia mengikat pada kolagen kulit)
- Memperbaiki kerosakan kulit akibat sinaran matahari
- Membantu mencerahkan wajah
- Mencegah penuaan kulit pra-masa
-dan banyak lagi fungsi utama yang lain.

Lagi best, ia juga boleh jadi masker!!

Boleh tengok lambakan testimoni di SINI.

Juga tengok testimoni terbaru ni! Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata kan??


Ha..selain anda mencuba petua mak-mak tadi cubalah juga makan suplemen dan menyapunya ke wajah. Tak cuba tak tahu, hasilnya memang berbaloi! Tubuh sihat, wajah cantik berseri...insyaAllah. (^_^)

Tak sabar nak beli ni!!!! Harga berapa? Harga?

Harga runcit ESP RM160, Vitamin C RM97, Vitamin E RM149 utk Semenanjung Malaysia.

Apa tunggu lagi, cepat-cepat beli dengan MS okeh! Hubungi je

-Puan Suhaila-

012-9645614

ID: 868994