Enter Keyword

Jeng jeng jeng!!! Ada satu produk best yg saya nak share kali ni.. produk ni baru je saya pakai memandangkan sejak dua menjak ni penghasilan minyak muka di kilang muka saya ni semakin produktif.. Nak2 time bangun tidur dan memasak... Boleh perah buat goreng tempe...yewww!

Tapi lately ok sikit sejak sy makan GLA ni..dulu memang teruk..sampai geli nak pegang muka sendiri..berminyak giler..

Saya sebenarnya memang dh tak sabar2 nak beli produk kulit shaklee ni.. dulu saya pakai jenama murah yg ada jual kat pasaraya/kedai2 tu..Safi, Syurah lah ape bende lagi.. pastu time pregnant saya stop sbb ada terbaca ubat jerawat x bagus pakai / makan masa pregnant. Lepas pregnant continue balik.. tu zaman dolu2 la..

Sekarang memang dah ngeri nak pakai tak kira brand murah ke mahal ke eksklusif camane pun saya tak sanggup nak gadaikan nyawa..no no no! Sebab semua produk tu mengandungi bahan kimia berbahaya seperti yg tersenarai dalam entry saya yang terdahulu.. Alhamdulillah, produk Shaklee bebas bahan2 tu seme dan sudah tentu bersumberkan bahan semulajadi...

Ok, produk penjagaan kulit wajah Shaklee ni ada dua jenis iaitu Nutriwhite dan Enfuselle. Nutriwhite ni sesuai untuk orang yang takde masalah kulit sangat. Nutriwhite nanti kita citer lebih lanjut la ek dalam entry yg khusus untuk dia.. Sekarang nak cite tentang Enfuselle Basic System Normal-Oily.

Cantik tau botol dia..eksklusif gitu... Haa ini kira satu set la.. daripada pencuci, toner, pelembap sampai ke eye treatment.. eye treatment ni best tau sbb dia bukan untuk mata je.. Meh nak citer satu persatu..

1) Purifying Cleansing Gel :

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Purifying Toner :

Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer :

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :

Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Siap dengan bukti klinikal lagi, ko hade???

Jadinya sesiapa yang masih pakai brand2 berbahan kimia berbahaya, silalah buang. Gantikan dengan yang lebih selamat seperti Shaklee..

Enfuselle yang ni untuk kulit berminyak dan sensitif je tau.. Untuk kulit kering pun kena tunggu next entry jugak..

Harga: 
No.1 - RM88.75
No.2 - RM78.75
No.3 - RM83.75
No.4 - RM52.50

Satu set: RM303.75

Bukan tiap2 bulan kena beli tau, ia sangat tahan lama kalau korang pakai sikit2 hihi.. berbulan2!

 Sila hubungi saya:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
ID 868994
fb Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com




Wahaha ada part part pulak...dah tentu la.. Vivix ni banyak testimoni..saya up yang mana sempat je dulu ni..

Vivix ni tonik kesihatan yang sangat best! Rata-rata yang ambil semua berpuas hati... yang kencing manis puluh2 boleh turun jadi sa je... yg belas2 lg la boleh turun.

Yang kulit kusam, kedut2, tak comey, jeragat, tetua, jerawat boleh bertukar jadi berseri, tegang, muda bersih licin.. 25thn lebih muda gitewww..

Yang ada kanser, rambut botak, harapan tipis, lepas amalkan Vivix badan jadi sihat, cergas, sel kanser musnah! Semua dengan izin Allah la kan? Sebab? Ia memperbaiki sel dari peringkat DNA!! Sel kita ni kalau tahap DNA dah rosak, ia akan jadi mutasi.. so akan jadilah penyakit pelik2 macam kanser dan mcm2 penyakit genetik serta berkaitan DNA.

Yang menopous.. (sila baca entry tentang menopous), gejala2 tu semua hilang sama sekali.. Diorang jadi lebih sihat cergas, dan jangan tak tahu ada yang datang haid semula lepas ambil Vivix! waaaa!! hati2 takut tertimang baby pulak.. hihihi

So Vivix ni memang sangat dicadangkan untuk apa jua masalah kesihatan sama ada kronik atau tak. Ada testimoni pesakit strok boleh bangun lepas seminggu makan Vivix!

Ada yang botak, rambut gugur teruk lepas makan Vivix rambut tumbuh lebat!

Kalau nak cerita banyak lg keistimewaan Vivix ni.. Baca dulu himpunan testimoni Vivix ni ye..



Saya pun memang dah lama jatuh cinta dengan Vivix ni.. InsyaAllah bulan depan aim beli Vivix untuk diri sendiri dan pak mertua yg ada kencing manis ;)

Nak Vivix dengan harga istimewa?? Hubungi:
Suhaila 013-2369434
ID 868994
fb: Su AnNajah
fanpage: facebook.com/ilhamfamilysihat
emel: butik.annajah@gmail.com

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE PART 1

by on Julai 31, 2013
Wahaha ada part part pulak...dah tentu la.. Vivix ni banyak testimoni..saya up yang mana sempat je dulu ni.. Vivix ni tonik kesihatan yan...
Kalau cerita bab kecantikan, awet2 muda ni pompuan mesti suka.. sape tak nak cantik? sape tak nak nampak muda? kan? biar berumur, asal muda. eh!

Ada beberapa petua semulajadi yang sangat senang untuk dilakukan:

1. Mandi pagi
Ini rahsia kenapa mak2 kita nampak muda, muka berseri, badan pun cergas. Sebab dorang mandi pagi, sebelum Subuh lagi dah mandi. Budak2 sekarang mana ada nak mandi pagi, semua mandi pukul 10 ke atas. Melainkan kalau pergi kerja/ sekolah pagi kan?

Selalu baca Quran pun rahsia awet muda jugak tau!


2. Suka minum air kosong/ suam
Air kosong melancarkan perjalanan darah dan oksigen dalam badan kita. Bila darah mengalir tanpa sekat2, maka kulit wajah jadi merah berseri. Kulit pucat sembap tandanya kurang darah atau darah tak berjalan lancar.

3. Rajin berpeluh
Orang yang banyak berpeluh, akan keluarkan toksin daripada peluh. Toksin yang ada dalam kulit akan dibuang, maka kuranglah kerosakan kulit. Oleh itu rajin-rajinlah bersenam ke, berkebun ke melompat ke berlari ke asal keluar peluh.

4. Sentiasa senyum
Ni rahsia awet muda Nabi Muhammad kecintaan kita. Sebab tu nabi tak pernah sakit, wajah sentiasa bercahaya, berseri bak bulan purnama. Saya tengok orang yang muka manis2, mudah senyum memang nampak muda. Kalau muka jenis masam mencuka, dahi berkerut, kening bercantum memang nampak tua. So banyak2kan senyum.. kalau tak biasa, praktis lah senyum depan cermin. Caranya, tarik bibir ke sisi kanan dan kiri sebanyak 2 cm, angkat tulang pipi, tunjuk gigi. Senang kan?

5. Jangan marah
Ingat tak lagu Tok Nil tu, "jangan marah-marah nanti cepat tua......" kan? memang pun. Marah menyebabkan badan jadi stress, jantung mengepam laju, hormon yang merosakkan tubuh dikeluarkan (lupa pulak hormon apa). Dah la cepat tua, cepat sakit pulak tu.. isk isk isk.. kesiannn...

6. Selalu berwuduk
Wuduk buat muka bercahaya, kesan dari air wuduk. Allah suka orang-orang yang suci, yakni berwuduk.

7. Baik hati
Hati yang ikhlas dan bersih memang terpancar ke wajah. Perasan tak dalam tv kalau watak baik2 hati semua orang cantik2 je..haha. Tapi orang yang baik hati disayangi orang, mudah dapat kawan, hidup sentiasa happy. Sebab tu dorang awet muda. Tak caya? Cuba jadi baik sehari tengok.

8. Sentiasa berfikiran positif
Orang yang berfikiran postif tak banyak fikir masalah. Orang yang takde masalah mestilah akan happy! Jadi, apa jua yang terjadi dalam hidup sama ada ujian atau masalah, ambillah ia sebagai cabaran, bukan masalah!

9. Solat jangan lupa, tiang ugama!
Apa kaitan awet muda dengan solat? Banyak kajian saintifik menunjukkan pergerakan dalam solat ada kaitan dengan kesihatan kita. Contohnya sujud membolehkan darah mengalir ke muka dan otak. Ini pun rahsia wajah berseri dan awet muda. Banyak lagi rahsia awet muda dalam solat, carilah buku yang bertajuk Sains dan Solat kat kedai buku ye ;)

10. Solat malam
Ini solat yang disukai Allah. Jika kita bangun solat malam (waktu afdal ialah 1/3 akhir malam i.e waktu sahur) ada gelombang2 elektromagnet yang melingkari kita. Allah tak suruh sesuatu kalau ia sia-sia. Pasti ada kebaikan tersembunyi. Rajinkan diri bangun solat malam. Lagipun doa waktu ni makbul. Doalah banyak2 supaya Allah bagi kita jadi muda sentiasa. Serius!

11. Makan ulam-ulaman
Makanan mentah seperti ulaman ni ada enzim yang hidup. Berbanding dengan makanan yang dah dimasak, enzimnya dah mati. Enzim kan mudah termusnah pada suhu tinggi. So enzim2 dalam makanan mentah seperti buah dan ulam ni akan bantu fungsi normal tubuh kita. Lagipun ia banyak kandungan vitamin dan mineral. Silalah jatuh cinta dengan ulam!

12. Makan antioksidan Shaklee
Ini point paling best! Shaklee ada produk anti-penuaan dan antioksidan yang mampu buat kita jadi sihat, segar, cantik, dan muda sentiasa. Cubalah Vivix, Collagen Powder, ESP, Vitamin C, Vita E, Carotomax, GLA Complex dan last sekali Alfalfa Complex untuk buang toksin.

Dengan gabungan ke semua 12 petua diatas yang anda amalkan, tak syak lagi, andalah orang paling cantik dan awet muda di Malaysia!!

Nak vitamin awet muda tu? Hubungi: 
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ SuAnNajah
page/ Saya Mahu Sihat
butik.annajah@gmail.com
PMS: Fakta yang mesti diketahui!

1. Seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid, sesetengah orang akan rasa kembung, sakit kepala, mood swins dan beberapa perubahan emosi dan fizikal. Ini dikenali sebagai PMS dan sehingga 85% wanita mengalaminya dengan darjah yg berbeza.

2. Lapar- Sesetengah wanita akan mengidam makanan yg masin atau manis. Ada yang hilang selera, malah mengalami sembelit.

3. Jerawat- Perubahan hormon menyebabkan kelenjar di bawah kulit menghasilkan sebum. Sebum ini akan menutup pori kulit, mengembang dan pecah. Ini tanda haid akan tiba.

4. Sakit- PMS akan mencetuskan rasa sakit seperti di belakang badan, pinggang, sakit kepala, payudara dan sendi.

5. Mood swings- wanita sering mengalami perasaan yang tak dijangka. Tak selesa, marah, sedih, depresi, cemas dan sesetengah wanita ada masalah dengan memori.

6. PMS memberi kesan kepada masalah lain seperti:
-asma dan allergi
-depresi dan anxiety
-migrain

7. Penyebab PMS? Doktor percaya PMS terjadi disebabkan perubahan aras hormon estrogen dan progesteron. Perubahan dalam kimia otak atau kekurangan dalam sesetengah vitamin dan mineral boleh menyebabkan PMS.

8. Rawatan PMS: Senaman
Senaman boleh membangkitkan mood dan melawan keletihan.. Tetapi senaman haruslah dilakukan secara berterusan, bukan semasa PMS sahaja.


9. Diet tinggi vitamin B complex
Makanan kaya vitamin B complex membantu meringankan PMS.

10. Karbohidrat komplex
Memakan lebih banyak serat boleh mengurangkan rasa kelaparan, mengekalkan aras gula darah dan memperbaiki mood swings.

11. Makanan yang perlu dielakkan:
-garam - boleh menyebabkan kembung
-kafein- boleh sebabkan keradangan
-gula - memburukkan rasa lapar

12. Legakan tekanan akibat PMS
-yoga
-tafakur
-tidur

13. Suplemen yang membantu:
-Asid folik (Vitamin B complex)
-Magnesium
-Kalsium
-Vitamin E
-GLA (gamma linolenik acid)
Assalamualaikum.. salam 16 Ramadhan hari ni.. harap korang sihat2 semua, iman dan hati makin terpelihara.

Hari ni nak cerita tentang satu lagi produk yang sangat best iaitu DTX Complex. DTX Complex ni tugasnya special iaitu untuk detoks hati. Since hati kita ni adalah antara organ yang paling sibuk setiap masa sebab kerjanya dianggap sebagai kilang pemprosesan dalam tubuh kita dan ia menjalankan banyak fungsi kritikal serta regenerasi. Ia juga organ yang menapis bahan-bahan kimia yg lalu dalam darah kita termasuk pengawet, pewarna sintetik, perasa tiruan, additif makanan, ubat-ubatan dan segala benda yang bukan natural lah. Kesian kat hati kan?


Antara fungsi hati kita ialah:

1. Rembesan hempedu
Cecair rembesan hempedu ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu perlu untuk pencernaan lemak; memecahkannya kepada lapisan lebih kecil. Hempedu bantu penyerapan vitamin larut lemak seperti A,D,E,K , dan bantu asimilasi kalsium. Hempedu menukar beta karotena kepada vitamin A.

2. Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang ditoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protein. Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan2 toksik seperti sisa metabolik, sisa racun seranggan, dadah, alkohol, ubat2, bahan2 sintetik, bahan2 kimia dan bahan2 lain yg kurang toksik. Bahan2 ini kemudian dikumuh dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, kita juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yg betul.

3. Mengawal paras gula dalam darah
Dengan menukarkan tiroksina- hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutathione. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

4. Metabolisme lemak
Hati penting dalam sintesis asid lemak, asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan fosfolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk hasilkan tenaga. Dimana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian di angkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

DTX Complex Shaklee

~Ia mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; iaitu ekstrak Schizandra dan Reishi mushroom (herba yang kaya dengan antioksida) dan ekstrak daripada dendelion, kunyit dan articoke (herba yang mengekalkan aliran hempedu).



Keistimewaan DTX Complex

  • melindungi hati daripada toksin termasuk dadah, racun, bahan kimia
  • merawat masalah hati spt hepatitis dan psirosis
  • mencegah dan merawat batu karang
  • bantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema
  • bina semula sel-sel hati
  • meransang pengaliran hempedu
  • bantu fungsi hati, bagus semasa berlaku pembengkakan hati dan jaundis
  • bantu rawat endometriosis
  • bantu rawat sembelit sebagai julap semulajadi
  • melawan anemia- bantu penyerapan zat besi
  • melawan tumor dan kanser
  • merendahkan aras gula dalam darah
  • baik untuk masalah kembung dan lebihan air (edema)
  • antioksida-halang radikal bebas penyebab kanser
  • kesan anti radang dan kurangkan kesakitan
  • kesan antiviral terhadap virus HIV
  • bantu bina sistem imun
  • rawat sindrom keletihan kronik
  • bantu cegah penyakit jantung
  • meransang sintesis protein
  • meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk proses detoks
  • memperlahankan pembentukan toksin
  • merawat masalah jerawat badan (akibat banyak toksin)
DTX complex juga sesuai untuk mereka yg sangat kuat merokok, selalu makan makanan tak sihat seperti jajan, fast foods, dan yg mengandungi banyak perisa, pewarna dan pengawet.

Ingat hati ingat DTX Complex!

Pertanyaan/ Konsultasi:
fb/ Puan Suhaila
www.wasap.my/60132369434
butik.annajah@gmail.com

Sesetengah bahan-bahan dalam produk kecantikan bukanlah 'cantik' sangat. Kajian menunjukkan lebih 1 dalam 8 daripada 82000 bahan2 yang digunakan dalam produk harian dan kimia industri adalah karsinogenik (penyebab kanser) serta mengandungi bahan seperti pestisid hingga kepada toksin yang boleh mengganggu hormon. (U.S researcher)

Berikut disenaraikan 12 bahan-bahan kimia yang toksik dan karsinogenik yang MESTI dielakkan yang biasa terdapat dalam produk harian termasuk kosmetik, penjagaan kulit dan produk kecantikan.

1. PEG (Polyethylene glycol)
Digunakan dalam perapi (conditioner), pelembap (moisturizer), deodorants etc. Ia mengandungi aras dioksin yang bahaya yang biasanya dijumpai dalam by-product proses pengilangan ethoxylation. Dioksin ada kaitan secara terus dengan kanser.

bahan kosmetik berbahaya yang tidak disedari


2. Sodium Laurel Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES)
90% digunakan dalam produk berbuih seperti sabun, syampu, pencuci tangan dsb, yang mana akan menyebabkan kerosakan hati, ruam, depresi, cirit-birit, kerosakan mata. Bahan ini juga dijumpai dalam 'degreaser' enjin juga pencuci lantai garaj.

3. Triclosan
Agen antibakteria sintetik. ia mengubah regulasi hormon dan menjadikan bakteria rintang kepada antibiotik. Ia didaftarkan sebagai PESTISID di bawah EPA dan diklasifikasikan sebagai chlorophenol bermakna boleh menyebabkan kanser.

4. DMDM Hydantoin & Urea (Imidazolidinyl)
Nama dagangan Glydant- sejenis pengawet (formaldehyde releaser preservative) yang boleh menyebabkan sakit sendi, kanser, depresi, sakit dada, allergi, chronic fatigue, pening, jangkitan telinga dan reaksi kulit.

5. Phtalates
Digunakan dalam pembuatan plastik dan boleh mengganggu fungsi normal hormon. Kadang ditulis sebagai DBP, DEP. Juga ada kaitan dengan kerosakan hati dan buah pinggang.

6. FD&C Colour dan pigment
Pewarna sintetik tar batu arang sangta dikaitkan dengan pengidap ADHD pada kanak-kanak (hiperaktif). mengandungi logam berat yang boleh berkumpul dalam kulit lalu menyebabkan iritasi. Banyak kajian menunjukkan pewarna ini agen kanser.

7. DEA (diethanolamine), MEA (monoethanolamine) dan TEA (triethanolamine)
Pembuih (dalam cucian tangan dsb) boleh menyebabkan iritasi kulit dan dermatitis. Sangat mudah diserap ke dalam kulit melalui aliran darah lalu mengalir masuk ke organ penting dan otak.

8. Benzoil peroxide
Dalam banyak kajian ia di panggil "free radical-generating skin tumor promoting agent". 2 /3 kajian menunjukkan kaitan antara BP dan kanser kulit. Ia bertoksik jika dihidu, dan penyebab iritasi mata, kulit dan pernafasan.

9. Dioksin (dioxin)
Sebahagian daripada agen antibakteria seperti triclosan, PEGs, emulsifier, dan SLS. Boleh menyebabkan kanser, melemahkan sistem imun, menyebabkan birth defect dan depresi.

10. Parabens (methyl, buthyl, ethyl, propyl)
Pengawet, sering tidak dilabelkan. Kajian menemui ada kepekatan parabens dalam tumor payudara. Ia digunakan dalam deodorant, krim dan lotion. Boleh menyebabkan gangguan besar dalam fungsi hormon.


11. Bahan kimia penghalang sinar matahari
Oxybenzone, avobenzone, octinoxate, octisalate, octocrylene, homosalate dan PABA- kesemuanya menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.

12. Propylene glycol (PG) dan Butylene glycol (BG)
Plastik petroleum. EPA melarang ia digunakan pada kulit kerana akan menyebabkan keabnormalan otak, hati dan buah pinggang. Ia sangat bertoksik dan memerlukan glove, pakaian serta gogle dalam proses pembakarannya.

Jangan tak percaya yang semua benda2 berbahaya ini ada dalam rumah kita dan kita gunakannya setiap hari! Tak caya pegi cek tengok.. Saya dah buang sebahagian barang2 tersebut terutama barangan bayi, dan kini dalam proses menggunakan produk yang lebih selamat dan natural seperti Shaklee.

No wonder sekarang banyak masalah kesihatan seperti kanser dan masalah kesuburan kan?

Wallahua'lam.
Dalam entry lepas tentang GLA Complex dan jerawat, saya dah janji nak bagi testimoni jerawat pulih lepas makan GLA kan? Ok, ini adalah sebahagian daripadanya.. tu belum masuk yg muka berseri2 lagi ye..

Layankan ajelah testimoni ni..




 Itulah kata-kata bahagia dari sebahagian mereka yang jatuh cinta dengan produk Shaklee..Tak cuba tak rasa.. Tipsnya kena konsisten, minum banyak air, sabar dengan healing crisis jika berlaku. That's it.

Jom2 dapatkan GLA sementara masih belum terlambat.. Nanti habis stok tak mau nangis naaa..

Hubungi: Suhaila 013-2369434 / emel butik.annajah@gmail.com / fb Su AnNajah
Dah lama tak up entry tentang motivasi dan inspirasi kan? So hari ni nak share tentang keajaiban syukur.

First of all, jom kita ramai2 ucapkan "ALHAMDULILLAH ATAS NIKMAT YANG TELAH ENGKAU BERI KEPADA KAMI, YA ALLAH...SYUKUR"

Actually entry ni adalah ringkasan a.k.a summary dari buku bertajuk 17 Rukun Berbisnes Dengan Allah, Bab 16- Rukun Syukur. bab2 yg lain tu best2 jugak tapi nak share bab syukur ni je..



Syukur adalah satu perkara yang jarang2 orang buat. Selalunya orang bersyukur time happy2 je mcm dapat baby baru, rumah baru, naik pangkat, dpt tawaran kerja dgn gaji ribu2 riban dan mcm2 la happy moment.

Jarang orang nak bersyukur setiap hari contohnya, syukur aku bernafas hari ni, syukur hari ni dapat buka puasa dengan family, syukur anak2ku ada didepan mata, syukur gaji aku masih lagi masuk tiap2 bulan, syukur aku masih ada mata untuk melihat, syukur aku belum pekak lagi. Kan?

Lagi tak pernah dibuat orang ialah bersyukur apabila ditimpa musibah contoh Alhamdulillah aku kemalangan sikit hari ni, syukur rumah aku terbakar, syukur kereta aku kena pecah. Nampak macam tak logik je nak bersyukur dengan perkara2 sebegitu kan? Harus ada yang cakap "gilo ko apo, keto kau kono pocah pun nak bersyukur"

Jom baca kisah ini...

Ada seorang buta, kerjanya minta sedekah di laluan orang ramai. Dia memegang satu papan tanda yang bertulis "Saya buta, berilah bantuan!" Sedihnya walaupun ramai orang yang lalu lalang depan dia, hanya beberapa orang je yang beri wang kepada dia.

Ada seorang pemuda yang memandang penuh hiba kepada si buta tadi, lalu dia mengambil papan tanda dan mengganti tulisannya. Tidak lama kemudian, hampir semua orang yang lalu dihadapan sibuta itu memberikan wang kepadanya. Kalimat itu kelihatan sungguh hebat hingga ramai orang yang tersentuh.

"Hari ini amat indah sekali, sayangnya saya tidak dapat melihat." itulah kalimat yang penuh dengan rasa syukur.

Cuba perhatikan ayat ini,

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras," Ibrahim:7

Dah jelas-jelas kita kena bersyukur dengan nikmat, jadi kenapa pula harus bersyukur dengan musibah?

Logik akal kita inilah yang telah dipatahkan oleh Al-Quran Surah Ibrahim:7 tersebut. Apabila ditimpa musibah, kekecewaan, kesukaran, penderitaan pun kita masih perlu bersyukur.


Apabila bersyukur, sedar atau tidak tenaga POSITIF mula meresapi hati dan jiwa kita. Serta merta kita bersangka baik dengan Allah, menukar penderitaan menjadi bahagia, kesedihan menjadi gembira, kesukaran menjadi mudah, ujian menjadi cabaran, kecewa menjadi pemangkin semangat untuk terus bangkit dan berjaya!

Sikap dan kata-kata yang muncul dari hati yang penuh dengan rasa syukur memiliki kesan makna dan tenaga yang kuat:

  • hidup terasa lebih indah, lebih bermakna, dan terasa kekuatannya
  • hati berusaha melihat keadaan orang yang lebih sukar
  • terasa diri memperolehi nikmat tidak terhingga yang jauh lebih beruntung
  • cara paling mudah untuk capai kebahagiaan
  • dapat meningkatkan rasa optimis, dan positif
  • semangat terpacu lebih kuat
  • semakin mudah melayan rasa kecewa
  • hati lebih fokus pada perkara positif
The more you express gratitude for what you have, the more you will have to express gratitude for- Zig Zigler

Bahagia dan berjaya adalah hasil perilaku! Oleh itu, apabila kita mempunyai perilaku orang berjaya, pasti suatu masa kita menjadi bahagia dan berjaya pula.

Bersyukur menyimpan kekuatan penuh untuk merealisasikan impian jadi kenyataan. Bersyukur mampu menarik apa yang kita mahu dalam hidup seperti hukum tarikan.

Bersyukur menyegerakan pertumbuhan dan kejayaan. Hukum berkelimpahan (law of abundance) juga turut berfungsi dengan kekuatan syukur.

Jadi, mulai hari ini, kurangkan mengeluh, mengomplen, kecewa, sedih, frust, berduka nestapa. Ucapkan syukur atas apa sahaja yang kita dapat/ lalui hari ini, dan yakin Allah akan berikan nikmat yang lebih banyak dan lebih baik!

Tukar keinginan menjadi rasa syukur. Keinginan penyataan kekurangan sedangkan kesyukuran pernyataan berlebihan dan kita sudah memiliki semua yang kita perlukan!

Ambil pen dan kertas, tuliskan semua keinginan dan impian anda kemudian tukarkannya menjadi present tense/ past tense (sedang dan telah kita capai). Rasakan tenaganya!



~Saya adalah seorang jutawan muslimah yang berjaya, beriman, bertaqwa dan tawaduk~


Masalah sembelit adalah satu keadaan yang sangat mencabar di bulan puasa ini. Hari-hari biasa membuang 2-4 kali je seminggu. Kalau bulan puasa boleh jadi 6-8 hari!! Senak perut kalau bahan buangan dah memenuhi tangki tetapi tidak dikeluarkan. Ini boleh bawa kepada masalah seperti lesu, kurang bendalir (sebab banyak air telah diserap dari usus), sakit kepala, perut tak selesa, malah boleh jadi buasir!

Agaknya kenapa sembelit boleh menjadi teruk di bulan puasa?

Antara sebab-sebabnya ialah:

1. Perubahan waktu makan
2. Kurang mengambil serat semasa berbuka
3. Tidak mencukupkan keperluan air kosong
4. Kekurangan vitamin dan mineral


Bahan buangan menjadi keras di dalam usus apabila kurang bendalir dan berada terlalu lama di dalam usus. Bahan buangan sepatutnya bergerak apabila makanan lain memasuki usus. Pergerakan yang lambat ini boleh menyebabkan pengumpulan sisa lalu ia menjadi padat, lebih banyak air diserap keluar dari usus dan najis menjadi keras.


Adalah penting untuk kita mencukupkan keperluan tubuh walaupun semasa berpuasa. Ini tidak bermakna kita boleh makan dan minum sebanyak-banyak sebaik berbuka hingga masuk waktu sahur. Cukuplah dengan mengambil makanan yang perlu tetapi dalam masa ia berkhasiat dan membantu kita untuk meneruskan puasa disamping mengelakkan masalah seperti sembelit, pening, selsema dan sebagainya.

Apakah suplemen yang sesuai untuk merawat sembelit di bulan puasa ni?

Meal Shakes
Multivitamin dan multi mineral dalam bentuk serbuk yang kaya dengan serat. Pengambilan 3 sudu Meal Shakes setiap hari insyaAllah dapat membantu mengatasi masalah sembelit anda.

Alfalfa Complex 
Terkenal sebagai agen detoksifikasi dan pelawas yang baik serta membantu dalam pengangkutan bahan buangan  serta lemak ke luar. Ia juga turut mencuci darah, usus dan hati supaya sel2 tersebut lebih sihat.

Herblax
Juga terkenal sebagai pencuci usus yang berkuasa. Cuma 2-3 biji (3 kali seminggu) insyaAllah masalah sembelit anda dapat dipulihkan!

Sembelit yang berterusan boleh membawa kepada kanser kolon! Cegah sebelum parah!

Hubungi SID sah anda:
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Fb/ Su AnNajah
emel butik.annajah@gmail.com

Alhamdulillah, di bulan Julai ni Shaklee buat promosi beli 6 percuma 1 produk yang sangat digemari wanita. Ce teka, ce teka?

Hahaha dah sah2 tajuk tulis GLA Complex kan. Kiranya GLA Shaklee ni memang sinonim dengan kecantikan apatah lagi dengan wanita.

Gamma linolenic acid atau GLA ini sangat penting untuk kesihatan yang optima. Malangnya kebanyakan dari kita tidak mengambil GLA ini dengan mencukupi daripada makanan. Sebab itu suplemen GLA sangat di galakkan sebab ia mempunyai fungsi yang sangat besar kepada tubuh kita, antaranya kesihatan organ terbesar iaitu kulit.

hapuskan jerawat dengan suplemen semulajadi GLA Complex

Hmm bagaimana GLA membantu memusnahkan jerawat dan mencantikkan kulit?

GLA adalah komponen yang sangat penting untuk kulit sihat dan cantik. GLA membantu mengekalkan kestabilan dan bendalir semulajadi serta mencegah kehilangannya. GLA berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit.

Oleh kerana ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, jadi ia mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan akne dan jerawat.

Antara tanda hormon tak stabil ialah jerawat terutamanya semasa kedatangan haid.

Bagaimana hormon dalam tubuh dihasilkan?

Sistem endokrin yang menghasilkan hormon. Walaubagaimanapun, tubuh kita mempunyai sistem semulajadi untuk menghasilkan berapa banyak hormon yang dihasilkan dalam sistem endokrin kita dan menapisnya daripada darah.

Tetapi, terdapat juga regulator hormon yang mana ia menentukan sebanyak mana hormon dalam setiap sistem tubuh kita. Hormon regulator ini boleh di namakan sebagai pre-kursor hormon.

Pre-kursor hormon ini di bina dari LEMAK. Tapi bukan sebarangan lemak tau..

Hormon pre-kursor yang berbeza dihasilkan oleh lemak yang berbeza. Sesetengahnya menyebabkan pembengkakan dan sesetengahnya pula mencegah pembengkakan.

Terlalu banyak lemak yang 'salah' boleh menyebabkan tubuh kita menghasilkan pre-kursor yang akan 'membengkakkan' jerawat kita. Lemak yang 'betul' pula menghalang pembengkakan, ditambah dengan keseimbangan hormon semulajadi, kesan anti-pembengkakan juga anti-jerawat.

Lemak 'baik' yang sangat penting untuk mengimbangi hormon penyebab jerawat adalah yang paling SUSAH DIDAPATI dari diet.

Lemak 'baik' itu adalah GLA! GLA mempunyai sifat mengimbangi hormon yang sangat kuat. Jika diambil bersama-sama vitamin A (Carotomax), ia adalah gabungan meletop yang mampu memperbaiki dan menghapuskan jerawat!

GLA Complex terbaik!

Sumber GLA yg terbaik? Oh tentulah dari tumbuhan borage (borage oil) yang mempunyai 2kali ganda GLA daripada dlm EPO, juga 3 kali berkesan dari EPO!!

Jom jom jom pakat beli GLA Complex buat stok sempena promosi ni sebab harga merudum2 tau!.. Nak best boleh combine kan dengan Carotomax ;))

Nanti kita up entry testimoni makan GLA jerawat kecut ye.. tunggu je ;)

Hubungi:

iR Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Salam semua..ni testimoni panas dari sahabat kami yang makan ESP, Carotomax dan B complex untuk kecantikan kulit dan kesihatan mata.

Beliau bermula dari bulan 5 hari tu, hingga sekarang masih setia mengamalkan produk terbaik Shaklee. Of course la kan, dah jumpa Shaklee takkan cari yang lain. heee

Meh la tengok printscreen testimoni ini..


ESP memang terkenal sebagai produk yang menyeluruh bukan je untuk milk booster malah untuk kecantikan dan pertumbuhan sel kulit yang baik.

Tapi ramai yang tak tahu, Carotomax yang mengandungi beta carotena tu, selain bagus untuk merawat segala masalah berkaitan mata ia juga sebenarnya agen anti kanser, anti oksidan, antipenuaan ,meredakan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kulit kering, kulit gugur, psoriasis, ulser kulit, bintik penuaan, meningkatkan sistem imun, menguatkan tulang, melindungi rambut, membran mukosa, dan sistem reproduksi yang sihat.

Manakala vitamin B complex juga penting untuk melindungi saraf, antistress, baik untuk mata, anemia dan peredaran darah serta memperbaiki jerawat dan masalah kulit.

Jadi, sesape nak berkulit cantik, x mau pakai spek lagi dah, nak pulihkan masalah rabun jauh atau dekat bolehla mencuba produk ESP, Carotomax dan B complex ni ye.. Memang best!

Hubungi :
Suhaila 013-2369434 / WhatsApp: 012-9645614 /emel butik.annajah@gmail.com / Fb Su AnNajah
Masa mula2 dgr video montage ni, perasaan berdebar2. rasa nak nangis pun ada tau. Sebab apa? Sebab sayalah salah seorang dari warga JUTAWAN itu!!! Excited giler..

Actually ia adalah majlis Appreciation by Master Cery (my super duper upline) kira pangkat moyang dalam Shaklee. So dia yg anjurkan acara Hi-tea bersama dengan semua leader2 serta distributor yg bernaung di bawah grup serta susur galurnya ke bawah. Termasuklah saya.. tapi amat sedih tak dapat join event yg gempak ini atas faktor2 peribadi.. sob..sob..

Tengok video ni pun dah cukup terasa kegemilangannya, apatah lagi berada di sanakan???



Meremang tak bulu roma? Hhehehe.. inilah salah satu antara grup Shaklee kami yg paling best! Ada lagi grup lain tau..semuanya best2 belaka..

Dulu kan, masa mula2 join Shaklee, tak pernah terfikir pasal mentor ke grup ke..main redah je.. Ye lah dolu2 punya MLM bajet sama je lah.. Tapi bila dah join, serious ia memang lain daripada yang lain. Tak sama macam grup MLM haram jadah yang sibuk duk cari orang 24 jam, sibuk suruh datang kelas even tengah malam buta. huhuuu..

Betul kata orang, dalam bisnes MLM (dan saya rasa apa jua bisnes pun) perlunya masuk ke dalam group yang BETUL dan mentor yang BETUL. Barulah diaorang akan bimbing kita dengan cara yang BETUL juga.

Pesanan saya, pada sesiapa yang berminat nak join MLM, pasti kan korang study dulu tentang company, product yang di jual, sistem MLM macam mana yg di amalkan (patuh syariah or not), siapakah leader2 nya (kalau stakat tunjuk kete mewah pastu cakap degar2, janji macam2, siap kena buat loan melabur, baik tak payah).

Nak join, joinlah group yang dah terbukti mantop di bawah bimbingan leader hebat serta susur galurnya ke bawah. ihiks..

Jika korang nak join di bawah saya, apa yang korang akan dapat?


  1. SERTA MERTA saya akan add korang ke bawah grup Leader yang hebat2 tu tadi
  2. Saya serta super upline akan bimbing 24 jam / 7 hari seminggu. Camane tu? Kami ada secret group di Facebook yang beroperasi setiap hari selama 24 jam. Memang meriah dan happening!
  3. Korang akan dibimbing ikut cara kami. No head hunting, no kelas tak tentu masa, no tinggal anak bini,  semuanya ONLINE. (kadang2 ada event atau orang request buat kelas offline digalakkan pegi jugak, bertemu mata untuk ambik aura2 positif leader2 tu td ;))
  4. Support group yg sangat best dan sedia menanti kehadiran korang 24 jam. hehe.
  5. InsyaAllah saya sebagai leader akan cuba yang terbaik untuk bimbing untuk kita sama2 capai impian kita.

So, nak tahu tentang Shaklee? Baca Kenapa Shaklee Berbeza Daripada Jenama Lain

Nak tahu macam mana nak jadi ahli? Baca Keahlian Shaklee

Saya tidak menjanjikan wang berjuta malah berpuluh ribu. Tapi dengan kesungguhan untuk menimba ilmu, kesungguhan menjalankan perniagaan yang jujur, dan kesungguhan mengubah nasib diri dan keluarga, semuanya tak mustahil.

Cepat atau lambat itu semua ketentuan Allah yang penting kita berusaha sehabis baik! Allah sahaja yang mengurniakan rezekinya sama ada wang ringgit atau pangkat. Alhamdulillah saya kini bergelar supervisor lepas hampir setahun berkecimpung dalam arena bisnes MLM. Malah ada yg seawal 2 bulan dah supervisor.

Apapun yang kita buat dalam hidup, kena ada matlamat. Dan matlamat kami dalam group Khalifah Jutawan (Group bimbingan saya) adalah untuk menjadi khalifah Allah serta Jutawan Muslimah yang tawaduk satu hari nanti. InsyaAllah. Jom menanam impian, jom sertai kami!!!

Hubungi: Suhaila 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com 





Selain produk anti penuaan terbaik, Vivix yang sangat mujarab untuk pesakit kencing manis, mereka boleh juga mencuba GLA Complex!

Banyak kajian menunjukkan GLA memainkan peranan dalam penyembuhan pesakit kencing manis terutama mereka yang mempunyai masalah dengan saraf.

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang dikaitkan dengan keadaan peningkatan aras gula (glukosa) dalam darah terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya.

Pada permulaan, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka mengidap kencing manis kerana kenaikan glukosa di dalam darah adalah secara perlahan-lahan.

Antara simptom yang biasa di lalui oleh pesakit diabetes ialah:

  • Berasa haus
  • Kerap kencing
  • Mudah lapar walaupun selepas makan
  • Turun berat tanpa sebab jelas
  • Letih dan lesu
  • Berasa aneh (cranky)
Antara tanda-tanda seseorang telah mendapat diabetes ialah:
  1. Jangkitan atau luka yang lambat sembuh
  2. Pandangan kabur
  3. Rasa kebas2 pada tangan dan kaki
  4. Mempunyai masalah dengan kulit, gusi dan jangkitan air kencing
  5. Jangkitan kulat pada vagina (vagina yeast infection)
Kencing manis atau diabetes boleh membawa kepada (selalunya juga) masalah yang lebih serius seperti masalah mata, buah pinggang, jantung, salur darah dan saraf. Kedaan ini boleh ditandakan dengan:
  • Lesu, kebas, sakit dan rasa panas, pembengkakan pada kaki dan tangan -diabetic neuropathy
  • Pandangan kabur atau herot (distorted) atau nampak seperti sinaran flash, nampak bintik yang hitam dan besar, nampak keadaan seperti rambut terapung, serat cotton atau jaringan labah-labah- diabetic retinopathy
  • Sakit dada atau susah bernafas. Ini mungkin menjadi tanda masalah jantung atau salur darah
Bagaimana GLA Complex membantu?

GLA adalah asid lemak Omega-6 yang sebenarnya sangat diperlukan oleh tubuh kita melalui pemakanan untuk menyempurnakan fungsinya. Namun kebanyakan dari kita tidak ambil peduli tentang kepentingannya.

GLA telah terbukti secara klinikal boleh membantu meringankan dan mengurangkan simptom2 yang dialami oleh pesakit diabetic neuropathy seperti rasa kebas2 dan sakit2 pada bahagian anggota tubuh, dapat menurunkan kadar glukosa darah seterusnya memperbaiki saraf.

GLA dapat memperbaiki sensasi, refleks dan kekuatan dalam pesakit diebetes.

GLA juga mampu menghalang komplikasi akibat diabetes malah boleh membantu dalam peredaran darah. Ia menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi serta mencegah masalah jantung.

GLA juga terbaik diambil bersama-sama Omega Guard Shaklee sebagai sumber ALA yang turut memainkan peranan dalam membantu pesakit diabetes!

GLA Complex Shaklee bagus untuk kencing manis- dapatkan dalam promosi Julai  2013 dengan harga menarik!
GLA Complex Shaklee ini memang sangat disukai kerana ia juga antioksidan malah rahsia awet muda kebanyakan wanita dan lelaki!

Rugi sape tak beli... Nak harga best sempena promosi Julai 2013 ini? 

Hubungi: Suhaila 013-2369434 atau ke facebook Su AnNajah

Apakah yang berlaku kepada bahan-bahan makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil?? Ia bergerak ke usus besar, atau kolon.

Kolon memekatkan dan menyimpan bahan buangan (najis) ; iaitu campuran air, bahan tidak di hadam dan tidak diserap serta bakteria.

Bagaimana kolon berfungsi?

Bahan-bahan menjadi pekat apabila air bergerak melintasi salur kolon. Sel dalam salur mengangkut ion sodium secara aktif daripada lumen. Apabila kepekatan ion menurun, kepekatan air meningkat, jadi air bergerak ke luar lumen melalui tekanan osmosis.

Sel yang sama merembeskan mukus yang melicinkan pergerakan najis, oleh itu secara mekanikal, ia tidak merosakkan dinding kolon. Bikarbonat juga dirembeskan  yang mana ia menjadi penampan bagi fermentasi berasid produk bakteria penghadaman yang mengkoloni kolon. Koloni bakteria biasa tidak berbahaya melainkan mereka memasuki dinding dan memasuki ruang abdomen.

Apabila makanan baru memasuki usus, rembesan gastrin dan arahan sistem saraf pusat meransang sebahagian besarnya bergerak naik dan melintang di kolon supaya mengikat bersama-sama. Dalam beberapa saat, isi lumen bergerak sejauh 3-4 daripada panjang kolon untuk memberi laluan kepada makanan yang baru tiba.

Apabila tiba di hujung, ia disimpan di rectum. Sistem saraf mengawal pembuangan dengan meransang atau merencat kontraksi otot sphincter di anus.

Kegagalan kolon

Kadar frekuensi normal pembuangan najis ialah daripada 3 kali sehari sehingga sekali seminggu.

Penuaan, tekanan emosi, diet rendah serat, kecederaan atau penyakit boleh membawa kepada kelewatan pembuangan iaitu dinamakan sembelit. Lebih lama ia delay, lebih banyak air diserap maka lebih lebih keras najis. Ketidakselesaan abdomen biasanya membawa kepada hilang selera, sakit kepala, kerap muntah dan depresi.

Najis yang keras boleh menyebabkan ia tersangkut di appendix, satu bahagian sempit menjulur daripada cecum. Appendix tidak mempunyai fungsi dalam penghadaman, tetapi ia mempunyai kepekatan sel darah putih menentang bakteria. Najis yang menghalang aliran darah normal dan rembesan mukus ke bahagian ini boleh menyebabkan appendicitis (keadaan seperti bola sepak menutup lubang golf) dan pembengkakan appendix. Jika tidak dibuang, appendik yang membengkak akan pecah. Bakteria, walaupun tidak berbahaya boleh memasuki abdomen lalu menyebabkan jangkitan yang boleh mengancam nyawa.

Kolon kita mudah terkena kanser yang mana ia berlaku di negara yang mewah dengan makanan seperti Malaysia. Antara tabiat yang boleh membawa kepada kanser kolon ialah:

- skip meal
- makan terlalu banyak dan terlalu cepat
- makan banyak gula, kolesterol, garam dan rendah serat

Serat terlalu sikit memanjangkan waktu transit najis melalui kolon. Apabila terlalu lama di kolon, bahan-bahan karsinogenik (penyebab kanser) berpotensi mengenai dinding kolon dan menyebabkan lebih banyak kerosakan sel.

Simptom kanser kolon termasuklah:
- perubahan dalam fungsi usus
- pendarahan rectal (dubur)
- najis berdarah

Suplemen cadangan untuk mengurangkan sembelit:

Herblax, Alfalfa Complex, Performance Drink, ESP, Lecithin

Ada masalah dengan sembelit? Perlukan bantuan?? Hubungi Suhaila 013-2369434/ emel butik.annajah@gmail.com/ fb Saya Mahu Sihat



BAHAYA SEMBELIT!

by on Julai 04, 2013
Apakah yang berlaku kepada bahan-bahan makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil?? Ia bergerak ke usus besar, atau kolon. Kolon memek...
Anda mungkin telah membaca mengenai menopos kan? Jika belum boleh baca KETAHUI SIMPTOM DAN GEJALA MENOPAUSE ini.

Anda juga mesti dah tahu serba sedikit tentang GLA Complex.

Tahu tak yang GLA ini sangat membantu dalam masalah menopos?

GLA adalah asid lemak Omega-6 yang sangat penting untuk tubuh lebih2 lagi seorang wanita. Apabila memasuki usia 40 tahun ke atas, sistem hormon semakin merosot yang mana akan menyebabkan banyak masalah kesihatan mula berlaku termasuk juga menopos bagi wanita.

Antara simptom yang paling ketara ialah:

- berat badan bertambah
- kulit semakin kering dan hilang keanjalan
- kulit berkedut
- kulit menipis
- kulit mudah mendapat ruam
- rambut semakin gugur
- kolesterol semakin bertambah
- lemak semakin tepu
- kekeringan faraj
- mudah letih

Simptom ini tentu amat menggusarkan hati seorang wanita. Jadi, bagaimana GLA complex membantu?

Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.

Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex.  GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.

Semestinya GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopos.



GLA Complex dan wanita menopos

Untuk mendapatkan GLA Complex anda, hubungi: Suhaila 013-2369434/ emel ke butik.annajah@gmail.com/ FB Saya Mahu Sihat.

Set menopos lengkap: Vivix, Collagen Powder, ESP, B complex, Ostematrix, AJHT, GLA, Omega Guard, Vita E Complex

*Produk bukan bertujuan merawat, mendiagnosis, mencegah atau mengubat sebarang penyakit.