Isnin, 17 Julai 2017

Anak, Ini 7 Sebab Kenapa Emak Dan Ayah Marahkan Kamu

Pertama sekali, terima kasih kepada sahabat Facebook saya kerana beri saya idea untuk menulis tajuk ini. Saya sendiri yang minta, sebab entah kenapa terasa buntu pula nak menulis.

Saya ni memang seorang yang agak degil sejak kecil lagi. Kalau saya dah tetap pendirian, orang lain tak boleh ubah. Ini diakui rupanya oleh kakak saya. Pertama kali saya dengar dia mengaku yang saya ni memang seorang yang degil.

Asbab kedegilan saya itu, seringlah saya di marahi oleh emak saya. Ya, emak saya sangat garang. Kalau emak menjerit, boleh bergegar rumah kayu dua tingkat yang kami diami dulu. Masa tu barulah saya kecut perut. Tapi tetap degil. Heheh.


Berbeza pula dengan ayah. Walaupun garang tapi ayah tak pernah marah straight to the point. Selalunya ayah tegas dan perkataan yang ayah guna pun kadangkala boleh merobek hati gadis ini juga.

Oleh sebab sering dimarahi, selalu juga saya kecil hati. Kecil hati pun sekejap saja. Dia emak kita. Lambat laun kita cari emak semula.

Satu hari, saya bersedih sebab kena marah. Waktu itu lebih kurang jam 4 atau 5 petang dan saya sedang tidur. Emak tiada di rumah, masih belum pulang dari kerja. Dalam tidur, saya tiba-tiba terdengar lagu yang berbunyi,

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Terus saya terjaga dari tidur dan mendengar lirik lagu Jasa Bonda yang sangat meruntun jiwa itu sambil menangis. Terus saya terbayang emak saya yang semakin tua itu. Kasihan emak.

Ya, emak atau ayah takkan marah kita tanpa sebab.

1. Emak dan ayah marah kita mungkin sebab tak nak kita susah. Orang tua lebih dahulu makan garam dan kadangkala instinct atau deria keenam mereka selalunya tepat.

Pernah dulu, lepas grad, saya sibuk mencari kerja. Kemudian saya terbaca iklan untuk menjadi guru tadika di Selangor (Saya di Pahang). Berkobar-kobar semangat hingga saya terus telefon nombor dalam iklan tu buat temujanji.

Sebaik letak telefon, saya beritahu emak saya, saya nak jadi cikgu tadika di Selangor. Ada rumah disediakan dan sebagainya. Saya sibuk nak mengemas barang konon-konon esok juga saya akan naik bas ke sana.

Emak saya tiba-tiba menyinga dan cakap tak boleh. Mula-mula saya berdegil dan berkeras. Hampir meletus perang juga. Tapi bila nampak emak memang marah benar dan serius macam nak tembak saya, saya akur sambil muka masam mencuka. =D Kelakar pula bila diingat.

2. Mereka mungkin juga tidak mahu kita terbuat kesilapan yang sama seperti mereka pernah terbuat dulu. Emak dan ayah selalu mahu kita jadi terbaik. Atau sekurang-kurangnya buat yang terbaik.

3. Emak dan ayah mungkin marah sebab kita memang buat perkara yang salah. Boleh jadi salah disisi agama, undang-undang atau norma budaya kita sendiri. Lalu mereka marah sebab mahu kita buat perkara yang betul.

4. Emak dan ayah mungkin terlalu penat atau stress. Mereka bekerja mencari rezeki untuk beri makan kita, penuhi keperluan kita, tetapi kita buat perkara yang mereka tidak gemar, maka cepat saja mereka marah.

5. Emak dan ayah akan marah kalau kita degil dan tak dengar cakap. Di suruh berkali-kali pun tak buat juga. Siapa yang cari pasal?

6. Mereka marah sebab nak disiplinkan kita. Mereka nak kita ikut peraturan yang mereka dah tetapkan. Seperti di sekolah, cikgu akan marah kalau ada murid yang langgar peraturan. Sama halnya di rumah. Emak dan ayahlah guru kita.

7. Emak dan ayah marah, bukan sebab benci. Siapa yang tak sayang anak. Jika kita bersalah, mengaku saja dan minta maaf. Ya, emak ayah marah bukan sebab benci tapi tandanya mereka sangat sayangkan kita.

Jika rasa bersalah, minta maaflah dengan emak dan ayah.
Jika merajuk, sejukkan hati.
Jika dah lama tak menjenguk mereka, baliklah.
Jika marahkan mereka, maafkan kesilapan mereka.
Perhatikan kedut-kedut di wajah dan tangan mereka.


Umur kita tak lama. Jika bukan mereka yang pergi dulu, pasti kita. Kasihan emak dan ayah yang telah terlalu banyak berkorban sejak mengandungkan kita, hingga kita boleh hidup sihat sampai tua sebegini.

Emak dan ayah, keramat hidup kita.

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi dulu meninggalkan kita. Jadi anak soleh, yang selalu mendoakan mereka.

***********
Terima kasih sahabat Facebook saya. Beliau juga Pengedar Shaklee seperti saya. Klik namanya ini untuk berkenalan dengannya ---> Wahidah Azizan

P/S: Jika berminat nak beli Shaklee atau mendaftar menjadi pengedar, hubungi:


012-9645614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan