Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Penyakit buah pinggang adalah penyakit yang agak di takuti oleh ramai dari kebanyakan kita. Bila buah pinggang dah rosak, ia tidak lagi dapat menapis darah dan menyingkirkan bahan buangan atau toksin daripada tubuh.

Buah pinggang adalah organ perkumuhan yang sangat penting kerana ia juga berfungsi untuk:
  • mengekalkan jumlah cecair tubuh
  • mengawal tekanan darah
  • menghasilkan hormon
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) pula ialah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan lagi.


CKD berlaku secara beransur-ansur dalam JANGKA PANJANG.

Tanda Buah Pinggang Mengalami Masalah

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik,  bahan buangan atau toksin yang biasanya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal dalam darah. Ini akan menyebabkan simptom seperti:
  • hilang selera makan
  • loya
  • muntah
  • keletihan
  • lemah badan
  • penurunan berat badan
  • bengkak pada pergelangan kaki dan mata
  • tak selesa semasa membuang air kecil
  • kerap buang air kecil terutama pada waktu malam
  • sakit belakang
Punca Kerosakan Buah Pinggang

Punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis atau diabetes!

Pada tahun 2012, lebih sejuta penduduk Malaysia mengalami diabetes, dan 75% daripadanya mengalami kegagalan buah pinggang.
Faktor lain yang menyumbang kepada CKD ialah:
  • sakit jantung
  • gout
  • tekanan darah tinggi
  • penggunaan ubat tahan sakit berpanjangan
Kita digalakkan untuk buat pemeriksaan darah setahun sekali untuk mengesan jika ada sebarang tanda awal kepada penyakit-penyakit yang disebutkan di atas.

Bila dah ada tanda, maka mudahlah kita untuk menjaga pemakanan kita.

Pesakit CKD perlu diet yang strict sebab jika tersalah makan, ia boleh beri kesan serta merta kepada badan malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa. 

Apa yang pesakit CKD perlu elakkan?

1. Diet tinggi protein

Tubuh perlukan protein, tapi tidak boleh berlebihan. Kawal protein untuk elakkan keadaan lebih serius dan dialisis.

Antara sumber protein yang perlu dihadkan ialah:
  • daging 
  • ayam 
  • ikan
  • telur
  • produk tenusu
  • produk berasaskan soya (kicap, tempe, taufufa dan sebagainya)
2. Makanan berpotassium tinggi

Apabila pottasium tinggi, ia boleh menyebabkan lemah jantung,  degupan jantung tidak tetap, lesu dan kesukaran bernafas.

Sumber makanan tinggi pottasium antaranya ialah:
  • bijirin gandum penuh
  • roti dan biskut
  • tomato puri
  • daging
  • ekstrak sayuran
  • kiub stok
  • kekacang
  • gula perang
  • buahan dalam tin
  • kopi atau teh
  • koko
  • minuman berasaskan malta dan susu
Untuk kurangkan kandungan pottasium, pastikan semua sayuran mesti dimasak, rebus dan toskan airnya.

Nak masak sayur tu, potong kecil-kecil dan rendam dalam air, serta jangan terlalu masak sayuran berkuah dan gulai.

3. Makanan bersodium tinggi

Perlu dihadkan kepada 2000mg sehari atau kurang daripada 1 sudu teh sahaja.

Sodium ditemui di dalam:
  • garam
  • makanan diproses (sos, kicap, makanan yang dijual di pasaraya)
  • semulajadi dalam tumbuhan
  • semulajadi dalam haiwan
Jika ambil terlalu banyak sodium, kita kerap rasa haus dan susah nak kawal pengambilan cecair. (Pesakit CKD perlu hadkan minuman/ cecair).

Bagi menggantikan garam, pilihlah sumber yang lebih semulajadi seperti herba, rempah, lemon, halia atau bawang sebagai perasa.

4. Minum air berlebihan

Banyak kandungan cecair akan menyebabkan tubuh membengkak, tekanan darah tak stabil.

Sumber cecair yang perlu dikurangkan ialah:
  • susu
  • jus
  • sup
  • bubur
  • kopi
  • teh
  • minuman ringan
  • yogurt
  • jeli
  • aiskrim
  • ais
  • kuah
  • kastard
  • dan buah tinggi kandungan air seperti tembikai
Untuk elak air berlebihan, minum air dalam gelas kecil, dan makan sesuatu contohnya gula-gula getah untuk meransang pengeluaran air liur. Bilas mulut dengan air tapi jangan telan air berkenaan. 

5. Fosfat berlebihan

Fosfat berlebihan dalam darah akan menarik kalsium daripada badan, menjadikan tubuh lemah dan tulang rapuh serta sakit sendi dan penyakit tulang.

Elakkan makanan tinggi fosfat seperti:
  • produk tenusu (susu, keju, yogurt)
  • produk bijirin (termasuk roti dan biskut)
  • makanan kering (ikan bilis, ikan kering, udang kering dsb)
  • daging
  • organ haiwan seperti hati dan limpa
  • sardin
  • kaki atau tulang ayam
  • telur kuning
  • kekacang
  • keropok ikan atau udang
  • coklat
  • air berkarbonat
  • kelapa atau produknya seperti kaya
  • rumpai laut
Organ seperti buah pinggang, jika sekali rosak, ia tidak boleh diganti lagi.

Jika mengalami penyakit buah pinggang, dapatkan nasihat doktor dan mintalah pelan pemakanan yang sesuai untuk anda.

Akhirnya, mencegah lebih baik daripada merawat. 

Sementara sihat, belum ada apa-apa penyakit, wajib untuk:
  • Jaga pemakanan dan makan secara sihat
  • Bersenam dan hidup secara aktif
  • Suplemen dengan betul
  • Hindari stress dan hidup positif
Wallahua'lam.

-Puan Suhaila-


Shaklee ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan