Enter Keyword

Jerawat Sebab Hormon? Ini Tips Untuk Atasinya

Entah la kenapa, akak ni asal lepas setahun bersalin, hormon akak kembali aktif. Aktif sesangat macam budak sekolah punya hormon.

Sampai kakak akak pun tegur, aik ada lagi jerawat awak ye?

Haa patut umur akak ni, (ceh, macam ngan tua sangat) muka dah licin. Rasanyalah. Tapi bila buka IG tengok artis pun sama je macam akak, maka akak rasa akak ni masih normal. Hahaha kau dah kenapa nak compare dengan artis pulak.

Syukurlah tak breakout teruk sangat. Cuma hilang sebiji, timbul sebiji. Hilang pula yang tu, timbul pula yang baru.

ini bukan akak, gambar pinjam pakcik google

Mengikut pembacaan akak, jerawat ni disebabkan oleh tindakbalas kulit kita terhadap perubahan hormon terutama hormon androgen seperti testosteron.

Kenaikan paras androgen boleh menggalakkan pengeluaran sebum, perubahan dalam aktiviti sel kulit, inflamasi (radang), dan pengkolonian bakteria yang dinamakan P. acne (Propionibacterium acnes).

Apapun puncanya, jerawat tetaplah jerawat. Ia boleh muncul di mana-mana bahagian seperti muka, leher, dada, atau belakang badan terutama di bahagian yang sebumnya tinggi.

Sebum tu kelenjar minyak. Sebum yang aktif buat muka kita banyak sangat minyak dan ia boleh tersumbat. Tu yang jadi jerawat.

Dah tu, macam mana akak menyelesaikan masalah jerawat akak ni?

Ini cara akak taw. Cara orang lain mungkin berbeza.

1. Akak tunggu jerawat tu masak.

Nak tunggu dia masak tu memang gerammm je nak picit. Udah la gatal, sakit lagi. Kau sabar je lah.

2. Dia dah masak, akak akan PICIT

Sebab akak pernah buat eksperimen biarkan je jerawat tu. Masalahnya dia tak surut pun. Bengkak macam tu la jugak. Pastu siap berjangkit lagi ke kawasan sebelah.

Bila picit tu, memang dia akan tinggal parut, tapi satu kepuasan bagi akak bila dapat keluarkan semua nanah-nanah tu. Kau nak ke nanah berlama-lama dalam kulit?

3. Minum air masak banyak-banyak.

Ok ni akak taip je, akak pun payah nak buat. Hahahahaha.. Cuma akak akan tingkatkan sikit pengambilan air masak tu berbanding biasa.

4. Akak makan vitamin C!

Serius, bila makan vitamin C, jerawat akan cepat surut. Akak sebenarnya perasan, kalau akak lama tinggal vitamin C (seminggu ke contohnya), memang jerawat akan naik.

Oleh itu, don't skip your vitamin C okey!

4. Akak sapu serum dan radiance C+E Youth pada jerawat.

Ini baru je akak buat eksperimen malam tadi. Sebab ada seketul jerawat baru nak naik kat dagu.

Bersungguh-sungguh akak sapu dua benda ni pada jerawat tu dengan harapan esoknya dia akan surut.

Guess what, malam tu juga jerawat yang bengkak tu gatal merenyam. Geram nak garu kuat-kuat. Sabar, sabar. Serum sedang makan kuman-kuman jerawat ni. Gitu.

Pagi esoknya, alhamdulillah, memang jerawat tak jadi naik dan terus kecut!

skincare shaklee

Ini lah dua benda yang akak pakai tu. Youth Activating Serum dan Radiance C+E (kapsul gold). Itu pun selepas akak pakai pencuci dan toner dia sekali.

Korang boleh baca mengenai produk Youth tu sini >> Youth Skincare

Dua tips yang di bawah ni pula akak jumpa masa tengah baca-baca.

5. Selalu tukar sarung bantal.

Sarung bantal ni pun boleh jadi rumah bakteria. Bayangkan kita tidur malam, baik punya pipi kita landing atas sarung bantal yang kotor.

Jadi, kena rajinlah tukar sarung bantal especially yang jenis jerawat selalu keluar kat tepi pipi tu.

6. Tidur dengan ikat rambut ke atas.

Jangan bagi gerbang macam hantu kak limah. Dan jangan la pula ikat kuat nau. Tolak rambut tu ke atas, biar rambut pun landing atas bantal.

Sebab rambut pun ada minyak kan. Kat situ pun tempat berkumpul bateria.

Jerawat ni akan buat kita rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan. Boleh stress, boleh murung jadinya.

Kalau korang pun ada masalah jerawat, tak kiralah sebab hormon ke tak, ikutlah tips yang akak dah bagi ni.

Nak suplemen untuk jerawat, atau nak cuba Youth Skincare yang tengah viral tu, cepat-cepat hubungi akak. Cepat korang hubungi akak, cepatlah korang akan cantik/ hensem.

Klik je link whatsapp ni >> www.wasap.my/60129645614 (Kaksu)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan