TENTANG SAYA

Assalamualaikum w.b.t

Saya Suhaila Budin, ibu kepada tiga orang cahaya mata dan pengguna produk Shaklee sejak tahun 2012. Saya adalah surirumah yang menjalankan bisnes Shaklee secara online atau lebih tepat lagi Work At Home Mother (WAHM). Alhamdulillah saya mendapat sokongan penuh suami untuk menjalankan bisnes, di samping menjalankan kerja-kerja harian sebagai seorang isteri dan ibu.



Ahmad Fawwaz Faiz

Saya adalah pemegang Ijazah Sains Biokesihatan daripada Universiti Malaya. Jadi, jiwa saya terhadap bidang kesihatan ini sangat kuat dan saya begitu teruja kerana selepas menyertai Shaklee, saya dapat mengamalkan ilmu yang telah dipelajari malah ilmu yang saya ada semakin bertambah dari hari ke hari. Alhamdulillah. Saya juga dapat mengembangkan apa yang saya pelajari kepada organisasi di bawah saya.

Saya juga sangat seronok dan teruja untuk berkongsi segala info dan maklumat kesihatan kepada orang awam supaya kita semua dapat menjalani hidup dengan cara yang lebih sihat, semulajadi dan holistik. 

Sebagai surirumah dan ibu yang menyusukan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan semua anak-anak mendapat khasiat pemakanan seimbang untuk pembesaran dan perkembangan mereka. Begitu juga dengan diri sendiri. Sebagai 'ibu keluarga', saya harus memastikan diri kami suami isteri sentiasa sihat kerana kamilah tempat anak-anak bergantung. 

Syukur Alhamdulillah, produk Shaklee telah menjadi asbab yang banyak membantu kesihatan kami sekeluarga. Sebab itu kami ingin berkongsi kebaikannya dengan anda pula.

Salam Sayang,


Suhaila Budin
ID Shaklee 868994
SMS/WhatsApp: 012-9645614

2 ulasan:

  1. wah !! suke kan kalau suami sokong minat kita tanpa prejudis.. hee~ tahniah kak !!

    BalasPadam