Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Set Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Mempunyai cahaya mata bijak pandai secara semulajadi adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Namun bukan semua kanak-kanak di lahirkan dengan anugerah sebegitu rupa.

Secara amnya, otak kanak-kanak mula berkembang sejak dari dalam kandungan lagi iaitu dari usia 4 bulan dalam rahim ibu. Sistem otaknya ketika ini akan melalui proses-proses kematangan sehingga sehingga sistem itu mencapai tahap 25% penyempurnaan pembangunan sistem otak itu pada waktu lahir. Jika bernas 25% ini, maka bernaslah asas sistem otak pada waktu lahir.


Tubuh manusia mengandungi 75 trillion sel. Otak manusia sahaja mengandungi 100 billion sel neuron bersama sel-sel glial yang bilangannya lebih daripada 12 kali ganda sel-sel neuron.

Setiap sel hidup dalam badan kita ini memerlukan antara satu sama lain untuk berfungsi secara cekap. Sistem kerja serta kewujudan sel dalam otak manusia ini sangat mempengaruhi bagi ketahanan serta kekuatan daya fikirnya.

Setiap sel dalam otak sangat memerlukan nutrisi yang baik untuk membantu perkembangan yang optimum.

Sel-sel otak (juga sel lain dalam tubuh) memerlukan
  • Oksigen
  • Air
  • Protein
  • Karbohidrat
  • Lemak
  • Vitamin
  • Garam mineral (zat-zat galian)
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat makanan dan nutrisi sebenar untuk perkembangan otak juga pertumbuhan seluruh tubuh yang normal.

Malangnya ibu bapa kini tidak ambil berat untuk memberikan makanan terbaik yang halal dan selamat kepada anak-anak. Ibu bapa lebih suka memberi anak makan:
  1. Makanan ringan (snek dan jajan)
  2. Makanan segera (kentang goreng, nugget, burger dan sebagainya)
  3. Gula-gula
  4. Aiskrim
  5. Manisan2 yang lain
Makanan ini sebenarnya sangat mempengaruhi sel-sel otak anak kerana ia bukan saja tidak berkhasiat, tidak berzat, mendatangkan penyakit berbahaya malah otak langsung tidak memerlukannya untuk digunakan dalam membangun intelek anak!

Apabila anak jadi malas, lemah dalam pelajaran, mengantuk, suka mengamuk, bertindak kasar, tidak mampu berfikir dengan baik, ibu bapa mula salahkan anak, kawan-kawan dan persekitaran.

Buatlah pilihan bijak

Oleh kerana terlalu banyak makanan-makanan yang tidak langsung sesuai untuk anak di pasaran, maka ibu bapa mestilah menghadkan atau mencegah terus anak-anak daripada mengambil makanan yang merosakkan seperti di atas.

Gantikan dengan makanan yang selamat, berzat, berkhasiat, terjamin halal dan bersih. Antara makanan yang bagus di makan setiap hari ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran (seeloknya di tanam sendiri)
  • Kismis, kurma atau buah-buahan kering
  • Susu segar (daripada lembu yang tidak di suntik hormon)
  • Kekacang 
  • Sumber protein tulen seperti daging putih, merah dan ikan

Perlunya makanan tambahan!

Percaya atau tidak, kita tidak lagi tinggal dalam dunia yang ideal. Dari celik mata sampai tutup mata semula hidup kita penuh dengan benda-benda yang tidak lagi selamat untuk kita makan, minum, pakai, hidu, bernafas, bergerak, bermain dan sebagainya.

Rumah kita sendiri menyimpan terlalu banyak bahan kimia berbahaya dari bedak talkum hingga ke sabun basuh kain. Kita menghidu udara yang kotor dan penuh pencemaran. Kita menghirup air yang juga penuh dengan kuman dan bakteria, Anak -anak kita bermain di padang atau taman permainan yang ada bermacam-macam virus dan mikrob.

Anak-anak kita makan sayur dan buah yang di sembur racun serangga, makan makanan yang sangat tinggi kandungan gula, garam, lemak, kolesterol dan kalori, minum susu daripada lembu yang disuntik vaksin dan antibiotik.

Tubuh anak-anak kita stress akibat aktiviti harian yang tidak berhenti-henti sepanjang hari sehingga mereka tidur. Belum lagi kejutan-kejutan emosi yang tidak sepatutnya di lalui tetapi anak-anak kita sudah menghadapinya.

Semua perkara di atas bukan saja menyebabkan anak kita makin sakit, malah sel-sel otaknya terlalu penat bekerja untuk berlawan dengan semua tekanandalaman dan luaran. Lagi malang apabila kita sendiri merosakkan hubungan sel-sel otak dengan memberi makanan yang bukan-bukan.

Antara tanda anak patut di beri makan tambahan ialah apabila:-

  1. Dia terlalu kerap sakit. Badan tidak dapat bertahan dengan tekanan daripada dalaman dan luaran
  2. Selalu letih, lesu dan penat
  3. Pelajaran makin merosot
  4. Tingkahlaku kasar dan agresif
  5. Selalu mengantuk
  6. Hilang fokus dan tumpuan semasa belajar
  7. Mudah lupa
  8. Sukar mengingat dan memahami arahan
  9. Lambat memproses maklumat yang sampai kepadanya
  10. Lambat berfikir
Ingatlah bahawa otak adalah pusat memproses segala maklumat. Ia ibarat CPU komputer. Apa reaksi tubuh kita adalah hasil daripada pemprosesan CPU itu tadi. Kalau CPU dah rosak, monitor flat screen saiz 16 inci pun tak guna. Apalagi keyboard langsung tak boleh tekan.

Protein Meal Shakes, hidangan penting waktu sarapan pagi


Meal Shakes Shaklee ini bukan hanya membekalkan protein tulen, malah kaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.

Protein bukan hanya penting untuk pembinaan tisu-tisu badan. Protein juga membekalkan otak kita dengan bahan yang di panggil dopamine, di mana dengan dopamine, sel-sel otak akan mampu menghasilkan bahan noradrenaline atau norepinephrine yang sangat diperlukan untuk proses menyimpan, menyusun, menghantar, melekat, membina cabang-cabang dalam sistem otak.

Proses inilah yang terlibat setiap kali kita belajar, mengingat, menghasilkan sesuatu yang kreatif, berfikir secara kritis dan sebagainya. 

Manakala vitamin-vitamin penting seperti A, B, C, D, E, K, dan mineral seperti zink, kalsium, sodium, iodin, zat besi amat penting untuk meransang penghasilan enzim dalam sel otak. Enzim-enzim inilah yang akan mempercepatkan proses tindakbalas dan ransangan serta penyampaian maklumat dalam otak.

Omega Guard, sumber Omega 3 untuk otak yang bernas

Sel-sel otak memerlukan bahan-bahan binaan yang meneguhkan strukturnya, sambil menjamin selaput yang menutupnya tebal, sihat dan berfungsi. Otak kita terdiri daripada sel-sel lemak atau lebih tepatnya asid lemak. Sebab itu otak kita perlukan asid lemak perlu seperti Omega 3 dan Omega 6.

DHA ialah nutrien utama yang kritikal untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran, menguatkan fokus dan tumpuan, meransang pengaliran darah ke otak dengan itu anak akan kurang mengantuk semasa pembelajaran.

DHA dan EPA dalam Omega Guard mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk bagi kanak-kanak autisme dan ADHD.

Sebab itulah Omega Guard ini sering dikenali sebagai brain-booster.


Lecithin, komponen sel otak manusia!

 
Lecithin adalah bahan yang penting memandangkan bahawa sekitar 30% kandungan lecithin dijumpai dalam otak manusia apabila ia dikeringkan.

Lecithin diperlukan untuk meransang penghasilan DMAE, kolin dan asetilkoline yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan dan mengurangkan tekanan.

Dengan memberi nutrisi yang betul, baik, halal dan sudah pastinya selamat kepada anak-anak kita, kita bukan saja dapat meransang pembinaan sel otak yang sihat, aktif, kreatif, bijak dan sentiasa berhubung, malah kesihatan dan fizikal dan tubuh badan anak-anak kita juga bakal di pertingkatkan.

Set IQ Genius ini cuma berharga RM302.25 sahaja dan tahan sehingga 3 bulan.

Tawaran menarik menanti anda dengan menghubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994

Sebagai seorang ibu dan ayah, hati mana yang tergamak melihat anak yang kita sayangi sering sakit, terbaring lesu, tidak bermaya dan tidak ceria bermain seperti selalu.

Lebih sedih dan merisaukan ialah apabila anak sering dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Sebulan sekali!

Hati rasa nak menjerit melihat tangan kecil si manja di cucuk bermacam-macam jarum hanya untuk mendapatkan beberapa ml darahnya.

Kalau hati tak kuat, memang boleh menitis air mata melihat anak menjerit kesakitan.

Sampai bila nak macam ni??

Oh anak...janganlah sakit lagi.....


Kenapa Anak Selalu Sakit?

Ini yang sering menjadi persoalan kebanyakan ibu bapa. Setiap bulan (adakala lebih kerap) mesti selsema, batuk dan demam? Kenapa mudah benar anak kita diserang virus? Apakah sebabnya? Adakah sistem imun anak kita lemah?

Ada beberapa sebab anak kita sering diserang demam, batuk dan selsema

1. Kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun mempunyai sistem imun yang belum matang dengan itu mereka lebih mudah di serang virus.

2. Kanak-kanak mudah mendapat penyakit akibat penyebaran virus melalui udara. Ini kerana mereka batuk dan bersin tanpa menutup hidung dan mulut. Mereka suka memegang permukaan terdedah seperti meja, permainan, peralatan dan kemudian memegang hidung dan mulut mereka sendiri tanpa membasuh tangan.

3. Sistem pernafasan kanak-kanak selalunya belum matang

4. Mudah mendapat jangkitan daripada rakan-rakan contohnya di taska atau tadika

5. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai masalah alergik rhinitis dan asthma berbanding dewasa dengan itu memudahkan mereka mendapat serangan.

6. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak cukup berzat (poor nutrition)

7. Stress contohnya emosi terganggu, kurang tidur dan sebagainya.

8. Persekitaran yang tidak lagi sihat untuk anak-anak bermain kerana terlalu banyak pencemaran baik di udara, air, tanah malah di rumah kita sendiri!

Apa Yang Perlu Ibu Dan Ayah Lakukan?

Ya! Ibu bapa sangat memainkan peranan penting untuk memastikan anak sentiasa sihat dan kuat untuk berhadapan dengan dunia yang penuh  pencemaran ini.

1. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor jika anak sememangnya mempunyai masalah daripada sudut kesihatan contohnya dia memang mempunyai penyakit.

2. Jika anak mempunyai alahan/ alergik, awasi mereka dan elakkan mereka daripada terkena pencetus serangan alergik tersebut.

3. Pastikan anak selalu terhidrat (cukup bendalir), cukup rehat dan mendapat nutrisi yang baik. Pastikan semua keperluan tubuh contohnya protein, vitamin, lemak, mineral, karbohidrat mencukupi.

4. Bekalkan anak-anak dengan nutrisi tambahan untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badannya secara semulajadi.

5. Bantu mereka kurangkan stress dan tekanan emosi dengan memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang. Sentiasa peluk dan cium anak anda kerana hormon yang terhasil kesan daripada pelukan ibu bapa ini mampu menguatkan sistem imun dan menjauhkan penyakit. InsyaAllah.



Omega Guard: Minyak ikan tulen dari lautan sejuk yang kaya dengan Omega 3. Kaya dengan asid lemak yang diperlukan seperti DHA dan EPA. Omega Guard membantu menguatkan sistem imun, memberi tenaga, mengurangkan keradangan penyakit dan membantu dalam perkembangan sel-sel otak yang berhubung dan sihat.


Meal Shakes : Sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral, membantu membekalkan nutrisi yang berkhasiat untuk kanak-kanak, membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat, menguatkan sistem imun.

*Suplemen di atas bukanlah sebagai pengganti makanan. Anak-anak harus mendapat sumber makanan sebenar seperti buah, sayur, daging, ikan dan sebagainya. Suplemen ini hanyalah sebagai pemakanan tambahan untuk mengisi kelompongan zat daripada makanan.

Set Kanak-Kanak ini cuma berharga RM249.75 dan boleh bertahan hingga 3 bulan!

Inilah rahsia kenapa anak saya jarang jatuh sakit. Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah :))

Sebarang pertanyaan termasuk tempahan anda boleh menghubungi saya:

~ Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994