Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Hari ni rasanya dah hampir sebulan dunia kalut dengan penularan virus nCoV atau coronavirus ni.

Semua orang rasanya agak risau jika virus ni merebak ke negara kita. Unfortunately, setakat hari ini, dah ada 5 kes dilaporkan.


Walaupun kita rasa mustahil untuk kena jangkitan (sebab kita hanya duduk dirumah, tak jumpa sesiapa, tak pergi mana-mana misalnya), tapi jangan lupa anak-anak, mak ayah, adik beradik yang lain berisiko terkena jangkitan virus (sekalipun bukan corona, mungkin influenza; Nauzubillah).

Peluang untuk kita ter-contact secara tak sengaja dengan mereka juga adalah tinggi.

Pun begitu, tidaklah salah kita mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

✔ Keep hidrated
✔ Jauhkan diri dari tempat crowded terutama jika ada anak kecil
✔ Banyakkan makan makanan berkhasiat terutama yg kaya vitamin
✔ Elakkan makan makanan yang tidak di masak sempurna terutama jenis daging
✔ Sentiasa basuh tangan atau lagi bagus gunakan hand sanitizer
✔ Amalan batuk dan selsema yang baik (pakai mask dsb)

Virus corona ni perlukan host cell untuk hidup. Sistem pertahanan badan yang kuat insyaAllah akan mampu melawan dan jika terjangkit sekalipun, badan akan cepat recover.

Produk suplemen Shaklee sangat penting untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan kita secara semulajadi.

Vitamin kuatkan imun

Ini adalah antara pilihan produk Shaklee yang sangat penting di ambil untuk menguatkan sistem imun badan kita.

Setiap produk ada fungsi dan manfaat tersendiri dalam membantu melawan jangkitan.

Vita-Lea -
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan ke semua vitamin dan mineral yang perlu untuk badan.

Ia bantu pembinaan sel sistem imun yang sihat termasuk membina sel darah merah dan putih.

Vitamin C -
Berfungsi sebagai antioksida yang mencegah kemerosotan sel akibat oksidasi. Ia juga menguatkan sistem imun.



Omega Guard -
Asid lemak Omega 3 yang bertindak sebagai anti-radang dan berupaya meminimakan simptom.

Nutriferon -
Ekstrak tumbuhan dengan kajian selama lebih 40 tahun yang berfungsi menggalakkan pengeluaran interferon semulajadi badan.



Vivix -
Minuman botani daripada ekstrak 4 tumbuhan premium yang berupaya melawan kerosakan sel dari tahap DNA.

Paling pantas menguatkan dalam imun dan melawan jangkitan kuman atau bakteria.


Garlic Complex -
Ekstrak bawang putih yang terkenal sebagai antibiotik dan antimikrob semulajadi. Telah digunakan bertahun2 oleh masyarakat purba Cina sebagai bahan penawar sehingga ke hari ini.

Semua daripada kita hendaklah berjaga-jaga setiap masa. Awasi dan sentiasa beri ingatan kepada ahli keluarga agar mengutamakan kebersihan dan jauhi sesiapa yang ada gejala seperti batuk, selsema, demam dan sebagainya.

Jika berminat mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya Puan Suhaila www.wasap.my/60132369434

Anda juga boleh dapatkan produk Shaklee dengan harga lebih rendah dengan mendaftar menjadi ahli yang sah.

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat.

Seorang kenalan saya telah di diagnos mempunyai penyakit kanser rahim. Dia juga telah menjalani pembedahan membuang cyst pada rahim dan rawatan radioterapi.

Vivix untuk kanser

Katanya masa mula2 kena dulu period dia datang sikit. Dia ingatkan nak menopaus. Dia juga takde rasa sakit apa-apa.

Apabila ke hospital doktor menjumpai ketumbuhan dalam rahimnya.

Sekarang dia masih lagi menjalani rawatan hospital dan mengambil suplemen Shaklee iaitu Vivix.

Sebagai pesakit kanser, sudah tentu kita amat berhati2 dalam pemilihan makanan. Apa lagi suplemen.

Kerana makanan (dan suplemen) berbeza memberi effect yang berbeza kepada seseorang pesakit.

Namun begitu, setiap pesakit tidak harus meninggalkan pemakanan yang berkhasiat yang kaya nutrien untuk bantu proses pemulihan.

Antara nutrien yang sangat penting sudah tentulah vitamin, mineral, protein serta antioksidan.

Bagaimana suplemen boleh bantu pesakit kanser? 

1. Memberi tenaga kepada sel kerana rawatan kanser turut boleh melemahkan sel2 yang sihat

2. Memberi zat nutrien mencukupi kerana biasanya pesakit akan kurang selera makan, mulut rasa pahit dan payau effect daripada ubat kemoterapi.

3. Menggalakkan pertumbuhan sel yang lebih sihat

4. Melindungi sel yang sihat daripada turut terjejas oleh sel kanser yang mudah merebak.

5. Mengaktifkan sistem pertahanan dan bantu pesakit menguatkan sistem imun mereka yang lemah.

Suplemen bukan ubat kanser. Suplemen bantu badan kita mendapat nutrien yang badan perlu, yang kita tak mampu dapat daripada pemakanan harian yang biasa.

Ada pesakit yang hanya bergantung harap kepada suplemen semata-mata. Ini salah.

Rawatan seperti pembedahan, kemoterapi dan radioterapi bertujuan untuk membunuh sel2 kanser dan menghalangnya daripada merebak dan merosakkan organ badan yang lain.

Berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu jika ingin mengambil sebarang suplemen.

Pastikan juga suplemen itu benar-benar semulajadi dan selamat (dengan kajian klinikal) untuk di ambil dalam jangka panjang.

Jika berminat mendapatkan suplemen Shaklee, boleh hubumgi saya, insyaAllah saya akan berikan konsultasi yang terbaik.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Hampir semua orang pernah mengalami luka pada badannya.

Luka kecil pun sakit. Luka besar apatah lagi. Luka di luar boleh diubat, luka di hati tak siapa yang tahu. Eh tiber.

Ok2. Sekarang kita bercakap mengenai luka fizikal. Luka nyata yang nampak di mata.

Vitamin shaklee untuk luka

Seseorang itu boleh dapat luka apabila dia mengalami:

☻kecederaan
☻pembedahan
☻keradangan pada kulit contohnya gatal-gatal
☻pembedahan cesarean
☻pemotongan anggota

Lazimnya, luka akan sembuh dalam masa yang cepat. Luka kecil mengambil masa dalam 3 hari. Luka besar mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 minggu untuk sembuh.

Namun begitu, ada pula orang yang lukanya tak mau sembuh-sembuh. Ada yang ambil masa berbulan-bulan tapi lukanya sama ada tiada perubahan atau jadi makin teruk.

Hmm agaknya kenapa tu?

Luka yang lambat sembuh atau tidak sembuh hingga melebihi 12 minggu di kategorikan sebagai luka kronik.

Ada bermacam-macam punca dan faktor menyebabkan luka seseorang itu lambat sembuh hingga adakala mengeluarkan nanah.

Antara punca yang selalu dikenalpasti adalah:

1. Gangguan bekalan darah dan oksigen

Sel badan perlukan oksigen untuk berfungsi dengan baik dan untuk bina sel baru.

Namun begitu bekalan darah dan oksigen ini boleh terganggu dan menjadi tidak lancar.

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit diabetes ataupun ada salur darah yang tersumbat oleh plak dan kolesterol.

2. Berlaku jangkitan pada luka

Jangkitan berlaku apabila ada kuman masuk ke dalam luka yang terbuka.

Apabila ada kuman, berlakulah radang dikawasan luka dan aktiviti penyembuhan menjadi lambat.

3. Diabetes

Apabila kandungan gula tinggi dalam darah, fungsi kekebalan tubuh akan menurun dan seseorang itu mudah dapat jangkitan dan radang.

❗❗Kuman sangat suka gula. Tinggi kencing manis memang disukai oleh kuman.

Selain tu, gula yang tidak terkawal juga boleh sebabkan gangguan pada peredaran darah serta saraf (neuropati), menyukarkan bekalan oksigen sampai pada sel yang luka.

4. Faktor umur

Umur yang terlalu muda atau terlalu lanjut usia juga menyukarkan luka untuk cepat sembuh kerana sistem imun rendah.

5. Faktor kebersihan

Kawasan luka perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. Luka yang lembap akan jadi tempat membiak bakteria.

Pastikan sentiasa jaga kebersihan terutama pada kawasan kulit yang luka.

6. Kekurangan nutrisi

Sesetengah zat nutrisi sangat diperlukan untuk bantu badan kita bina sel baru yang sihat dan pantas.

Orang yang kekurangan nutrisi akan mengalami luka yang lambat sembuh.

7. Faktor kesihatan

Contohnya pesakit HIV atau pesakit kanser yang mempunyai sistem imun yang sangat lemah, menyebabkan luka lambat sembuh.

Apabila anda mengalami sebarang luka atau kecederaan, pastikan ianya dijaga dengan baik untuk elakkan jangkitan.

Apa akan berlaku jika luka tidak dirawat dengan cepat? 

⚠️ Kuman akan mudah merebak, jangkitan lebih teruk dan bernanah

⚠️ Perlu dapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital. Mungkin perlu di cuci semula

⚠️ Jika luka sangat teruk hingga tidak boleh diselamatkan, anggota tersebut perlu di buang. Contohnya seperti pesakit kencing manis.

⚠️ Kuman boleh merebak dalam salur darah dan merosakkan organ penting seperti peparu, buah pinggang dan otak. Nauzubillah

Cara Rawat Luka Supaya Sembuh Dengan Pantas

1. Elakkan ambil makanan yang boleh menyebabkan radang jadi lebih teruk terutama jika ada alahan.

2. Elakkan ambil makanan terproses dan makanan segera serta makanan yang tinggi kandungan garam dan gula.

3. Pantang ambil gula kerana ia adalah toksin yang akan buat sistem imun lemah.

4. Minum air kosong secukupnya untuk galakkan peredaran darah yang lancar.

5. Ambillah banyak makanan berkhasiat iaitu makanan yang tinggi sumber protein, vitamin dan mineral.

6. Jaga kebersihan di kawasan luka. Cuci dengan betul, elakkan menggaru atau pegang dengan tangan.

7. Ambil antibiotik jika perlu (dengan preskripsi doktor)

8. Ambil suplemen Shaklee sebagai tambahan nutrisi
Vitamin shaklee untuk luka

Semua orang nak cepat sihat dan tak mau sakit-sakit kerana ia sangat mengganggu kehidupan kita. Oleh itu dapatkan rawatan yang betul dan jagalah pemakanan sebaiknya.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultan Nutrisi Shaklee
Whatsapp (klik): www.wasap.my/60132369434

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini KKM ada mengumumkan penarikan balik 10 jenis ubat radang gastrik kerana didapati mengandungi racun NDMA melebihi had.

Masa baca berita ni, saya agak risau juga kerana kebetulan emak saya baru saja dapat bekalan ubat gastrik daripada hospital. Secara tiba-tiba emak saya sakit perut dan muntah-muntah.

Apabila adik bawa ke hospital, doktor kata ianya gastrik. Namun begitu saya tak pasti pula ubat jenis apa yang doktor bekalkan.

Emak saya memang tak suka makan ubat. Jadi dalam hati saya harap emak dah tak makan ubat2 berkenaan 😅.


Ok berbalik kepada topik kita tadi, pencemaran racun NDMA ni sangat berbahaya kerana ia mampu menyebabkan penyakit kanser.

Jika kalian adalah pesakit gastrik, pastikan ubat yang di beri oleh klinik/ hospital BUKAN daripada senarai yang berikut:

1) Zantac Syrup 150mg/10ml (MAL19910829ACRZ)

2) Zantac Tablet 150mg (Tidak dipasarkan di Malaysia) (MAL19871471ARZ)

3) Hyzan Tablet 150mg (MAL19984063AZ)

4) Vesyca Film Coated Tablet 150mg (MAL19991131AZ).

5) Apo-Ranitidine 300mg Tablet (MAL19988448AZ)

6) Apo-Ranitidine 150mg Tablet (MAL19986966AZ), 7) Ranitic Tablet 150mg (MAL19988460AZ),

8) Pharmaniaga Ranitidine Tablet 150mg (MAL19987368AZ)

9) Pharmaniaga Ranitidine Tablet 300mg (MAL19987370AZ).

10) Zantac Injection 50mg/2ml dengan nombor pendaftaran MAL19950591ARZ

KP Kesihatan menasihatkan agar berbincang dengan doktor anda untuk menukarkan ubatan ranitidine kepada ubat lain.

**********

Radang gastrik boleh dipulihkan secara kaedah fitrah dan semulajadi.

Jagalah pemakanan, ambil nutrisi yang membantu menguatkan semula lapisan usus dan perbaiki semula sel-sel yang rosak.

Berminat nak cuba Set Gastrik Shaklee, hubungi saya,

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
Id: 868994

Assalamualaikum wbt.

Petang semalam, kami jalan-jalan di Pantai Balok. Air laut tengah surut sangat hingga sampai ke batu besar yang biasa kami tengok ada kat tengah laut.

Orang yang pernah datang sini dia tau la kot. Tengah main-main di gigi air tu, anak bagitau ada pakcik tengah kutip kupang.

Ya, pakcik tu tengah kutip kupang pada batu yang ada dekat-dekat situ.

Lepas tu terus kami tengok pada batu yang ada dekat depan mata kami tu. Eh iyelah. Banyaknya kupang!

Walaupun banyak yang kecil-kecil, masih baby2, tapi ada juga yang besar2.

Maka gigihlah encik suami dan anak saya mengutip kupang pada tepi batu tu sampai basah baju2.

Alhamdulillah dapatlah juga sebesen ni ha.


Boleh tahan banyak kan? Saya suka yang sedang2 gini. Tak suka yang besar sangat.

Ok jom kita terus kepada resepi.

Oh jap. Mungkin ada yang nak tau macam mana cara nak bersihkan kupang ni. Yelah dia melekat dekat batu dalam laut. Mesti ada batu2 karang, lumpur, sampah, pasir melekat dekat dia.

Ni cara saya la ye. Saya rendam dengan air garam. Buh dalam besen kecil, tuang garam kasar dalam 2 sudu besar ke. Lebih pun takpe.

Saya buat cara manual. Buang tali serabut2 tu lepas tu kikis batu2 yang ada pada cengkerang. Ambil masa sikit la. Saya buat satu-satu. Gigih tak.

Sambil-sambil tu korang boleh la berangan apa2 yang patut. Huhu. Campak dalam besen kedua yang turut diisi dengan air garam.

Dah siap semua. Biar dia terendam dalam besen tu selama 15 minit. Tengokla kekotoran akan keluar.

Saya buat sampai 3 kali rendam. Dah bersih semua, tapiskan.

Ok baru boleh tengok resepi. Jomm!

Resepi Kupang Tumis Cili 

Tumbuk lumat (kisar pun takpe):
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia
Cili api 5 biji atau ikut suka
Lengkuas sikit

Titik 3 batang serai
Daun limau purut

Sos tiram
Garam
Air sikit
Asam keping kalau tak dak jus limau nipis

Cara:
1.Tumis bahan tumbuk sampai wangi dan garing
2. Masuk sos tiram
3. Masukkan kupang
4. Masukkan semua bahan lain
5. Boleh masuk air lebih sikit jika nak ada kuah
6. Perasakan dengan garam dan gula

Gaul sampai masak.

Dah siap!



Ternyata kupang yang dikutip sendiri lebih sedap rasanya. Kihkih..

Selamat mencuba ye.

#KakSu

Resepi Kupang Tumis Cili Padi

by on November 04, 2019
Assalamualaikum wbt. Petang semalam, kami jalan-jalan di Pantai Balok. Air laut tengah surut sangat hingga sampai ke batu besar yang biasa...
Detoksifikasi atau ringkasnya detoks adalah proses menyingkirkan bahan-bahan tidak diperlukan yang dikenali sebagai toksin dalam badan kita.

Badan kita Allah buat cantik dah sebab ada 'mesin' detoksnya sendiri.

Organ detoks dalam badan kita tak lain tak bukan adalah hati, buah pinggang, kulit, usus besar. Taik mata, taik hidung, taik telinga tu pun sebenarnya adalah toksin yang telah dikumpulkan.

Power tak power.


Habis tu buat apa nak sibuk-sibuk detoks lagi? Nak kena minum lemon la, nak makan herba tu herba ni nak buat apa lagi? Semua tu dah tak perlu...

Betul ke? 🤔🤔

Imagine la ye...seseorang tu suka sangat makan jajan cikedis sejak dari umur 5 tahun sampai dah nak masuk 40 tahun.

Tahu kan dalam cikedis tu ada apa? Bahan pewarna, perasa, pengawet, MSG segala bagai yang kita keep on makan. Iu adalah toksin yang organ kita susah payah nak keluarkan.

Apa lagi seseorang tu merokok, banyak makan ubat, makan fast food, banyak terdedah kepada asap kenderaan, terdedah kepada bahan kimia berbahaya atau radiasi, banyak makan ubat, obesiti lagi ha cuba kira berapa banyak toksin bertimbun dalam badan dia.

Alangkan kereta kena servis. Mesin dekat kilang kena servis. Apatah lagi organ kita yang menerima timbunan toksin setiap hari.

Sebab itu sekali sekala kita perlu detoks.

Dalam agama Islam sendiri menganjurkan kita berpuasa. Hikmahnya supaya toksin2 dalam badan kita dapat dikurangkan. (Tapi kurang ke time berbuka kita bedal macam tak hengat dunia).

Selain berpuasa, kita kena kerap minum air kosong. Air pun agen detoks.

Kena juga bersenam supaya keluar peluh. Peluh bantu keluarkan toksin yang ada di permukaan kulit kita.

Kena makan makanan yang sihat sahaja. Kena 'eat clean' bak kata orang sekarang. Tujuannya untuk kurangkan kemasukan toksin daripada makanan. Tau je la makanan kita hari ni. Segenap penjuru ada toksin.

Kenapa Perlu Detoks Cara Shaklee?

Sebenarnya, terpulanglah cara bagaimana kita nak buat detoks. Tapi dengan Shaklee, ia lebih menyeluruh kerana ia bertujuan untuk 'reset' balik gaya hidup dan cara makan kita.

Sebab itu ada disediakan 'mealplan' yang kita kena ikut.

Maka, tak dela proses detoks kita meraban je. Minum air detoks tapi still makan makanan yang banyak gula, garam, perasa, pewarna semua? Macam mana tu?

Detoks cara Shaklee bertujuan untuk:

1. Menggalakan pembersihan dan pencucian 'spring cleaning' badan dengan cara yang sihat.

2. Reset semula sistem tubuh

3. Menggalakkan organ berfungsi secara optimum

4. Menggalakkan badan menyerap nutrien, makanan berkhasiat dan suplemen dengan lebih baik

5. Meningkatkan tahap kesihatan dengan itu badan lebih bertenaga, lebih fokus, rasa lebih segar dan bonusnya mungkin penurunan berat badan dan inchloss.

Set Detoks Shaklee

Tuan puan boleh memilih untuk buat detoks menggunakan set pilihan yang telah disusun oleh saintis Shaklee.

*Cinch Shake boleh pilih perasa kegemaran
Seperti yang saya katakan, program detoks Shaklee ini telah di kaji oleh saintis Shaklee.

Ia selamat serta keberkesanannya terbukti.

Testimoni Detoks Shaklee

Di bawah ini ada beberapa pengalaman pengguna yang telah mengikut program Detoks Shaklee.

Ya, peringkat pertama kita lakukan detoks cuma satu minggu sahaja. Namun hasilnya boleh di katakan agak bagus!




Banyak sangat manfaat buat detoks Shaklee ni. Ia di jamin selamat dan insyaAllah berkesan dan yang bestnya kita dapat atur semula jadual makan kita serta seronok buat eat clean.

Saya sendiri dah jadi tàkut dan berhati-hati je nak pilih makanan sejak buat detoks Shaklee.

Bagi tuan puan yang berminat nak buat detoks cara Shaklee dan menggunakan produk2 Shaklee, boleh hubungi saya.

InsyaAllah saya akan bantu guide yang termampu.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Kenapa Perlu Detoks?

by on Oktober 25, 2019
Detoksifikasi atau ringkasnya detoks adalah proses menyingkirkan bahan-bahan tidak diperlukan yang dikenali sebagai toksin dalam badan kita....
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, semakin ramai yang dah tahu tentang suplemen yang menduduki tangga pertama 'bestseller' di Shaklee iaitu Vivix. 

Kebaikan Vivix bukan hanya dapat di baca di media sosial malah lebih daripada itu, ia sentiasa meniti di bibir ramai orang terutama mereka yang dah pernah merasai kesannya. 

Dengan kuasa 'word of mouth', suplemen Vivix ternyata sentiasa mendapat tempat di hati pencinta suplemen tegar serta pencinta kesihatan.


Pun begitu, ada juga yang bertanya benarkah suplemen Vivix ni benar-benar berkesan seperti yang diperkatakan. Atau sekadar 'hype' , marketing untuk lariskan produk sahaja? 

Shaklee sendiri dah jamin setiap produknya mesti:

✔ Sentiasa selamat
✔ Sentiasa mesra alam
✔ Sentiasa berkesan

Ini sebenarnya telah dibuktikan melalui kajian klinikal bahawa setiap produk shaklee memang memberi kesan positif kepada kesihatan.

Rujuk: https://healthresource.shaklee.com/clinical-research-study-archive/

Saya dan keluarga saya sendiri telah mengalami banyak kesan positif kepada kesihatan kami semenjak menjadi pengguna Shaklee amnya dan Vivix khasnya.

Dalam blog ini saja pun telah banyak pengalaman keluarga kami dan pengguna lain yang saya kongsikan. 

Mereka yang mengamalkan suplemen Vivix dengan konsisten, pasti akan rasa perbezaan sebelum dan selepas makan Vivix yang ketara. 

Perlu diingat, suplemen Vivix bukan seperti ubat. Vivix tidak bertujuan untuk merawat, mengubat, mendiagnos atau mencegah sebarang penyakit. 

❗Vivix tidak berfungsi seperti ubat steroid

Pengambilan Vivix dan suplemen Shaklee lain adalah bertujuan untuk membantu mencukupkan keperluan nutrisi, membantu proses pemulihan badan serta meningkatkan tahap kesihatan.


Jadi, keberkesanannya bergantung sepenuhnya kepada tubuh badan seseorang dan tahap kesihatannya. 

Vivix Tidak Berkesan Jika...

1. Seseorang itu mengharapkan ia berkesan dengan cepat seperti ubat

2. Tidak mengamalkan dengan konsisten

3. Tidak mengambil mengikut panduan yang diberikan oleh pengedar

4. Badan seseorang itu tidak berupaya menyerap nutrisi akibat penyakit tertentu

5. Seseorang itu mempunyai penyakit yang memang memerlukan rawatan hospital contohnya perlu pengambilan ubat, steroid, antibiotik, perlukan pembedahan dan sebagainya. 

Vivix bertujuan mengurangkan kerosakan sel badan, melindungi sel, memberi tenaga kepada sel serta menggalakkan pembinaan sel yang sihat. 


Sampai sekarang pun saya masih makan Vivix.

Jika tuan puan berminat nak jadi sebahagian daripada komuniti Shaklee kami, hubungi saya,

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultan Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Vivix Tidak Berkesan Jika...

by on Oktober 23, 2019
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, semakin ramai yang dah tahu tentang suplemen yang menduduki tangga pertama 'bestseller' di S...
Assalamualaikum wbt.

Hai semua. Lama dah saya tak share resepi. Bukan tak masak. Cumanya balik balik masak yang ituuu je. Tak de resepi menarik.

Baru-baru ni masa shopping beli barang dapur, saya jumpa siput sedut. Terus teringat gulai lemak mak mertua buat beberapa tahun dulu.

Kredit foto : Facebook Siput Sedut Segar

Sedapnya Ya Allah. Kalau korang nak tahu, masa tu lah kali pertama saya pandai sedut siput.

Sebelum-sebelum tu, saya berlakon je sedut padahal cuma sedut kuah je. Hahaha lepas tu frust tak dapat nak menikmati siput macam orang lain.

Jadinya, masa MIL buat tu, gigih saya belajar sedut siput. Dan akhirnya berjaya! Now insyaAllah dah terer 😁.

Ok la korang, jom la kita ke resepi. Bebel banyak banyak nanti lapar.

Oh anyway, ini resepi gulai orang Pahang tau. Orang Pahang memang pakai bawang. Berbeza dengan orang nismilan buat gulai tak pakai bawang. Jangan buat pelik pulak.

Bahan yang perlu disediakan:

Sepeket siput (boleh guna siput sungai atau siput laut)
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili api 5-6 ulas (bergantung kepedasan yang korang suka)
2 batang serai
Kunyit hidup
Daun kunyit 1 helai
Daun kaduk 10 helai (boleh juga guna pucuk paku)
Santan pekat semangkuk
Asam keping 1

Cara bersihkan siput:

Rendam dalam air paip. Sambil tu encik suami saya tonyoh2 dengan pelepah lengkuas. Korang boleh guna pelepah pisang. Tonyoh sampai bersih berulang kali untuk buang lumpur2.

Lepas tu, buangkan belakang siput yang runcing tu. Sama ada guna parang, playar atau apa2 lah asal boleh potong. Kalau tak buang, confirm tak boleh sedut.

Dah siap semua, rendam lagi dalam air semalaman. Saya campur garam kasar sebab ada baca petua untuk kurangkan hanyir.

Pastikan tutup bekas dengan benda berat, kalau tak pagi esok siput angpa dah hilang kemana melarikan diri hahah. Satu hal plak nak mengutip sekoq2.

Kredit foto: Ahli MAHN

Ok. Hari baru dah menjelma 😆. Saya perah santan sesiap dan hampas nyoq tu gaulkan dengan siput2 tu biar meresap segala lumpur dan bau hanyir. Bilas bersih-bersih.

Cara masak:

1. Tumbuk lumat bawang, cili, kunyit hidup. Kemudian titikkan serai.

2. Dalam periuk atau kuali, masukkan segala bahan tumbuk dan santan. Hidupkan api.

3. Sehingga hampir mendidih, masukkan siput dan dedaunan semua.

4. Keep on kacau jangan bagi dia membuak dan pecah minyak. Sesambil tu masukkan garam dan asam keping.

5. Dah menggelegak, dah masak, dah layu semua daun maknanya siap la tu.

Nah saya payung gulai lemak saya.



Amacam? Nampak sedap tak?

Memang sedap pun! Aroma daun-daun tu perghhh!

Ok selamat mencuba dan selamat menyedut!

Sakit kaki macam nak tertanggal. Kaki bengkak dan rasa pedih...

Inilah sebahagian rungutan yang biasa didengari oleh mereka yang mengidap gout.

Bila gout menyerang, dia tak kira kita sedang buat apa pun. Baik sedang memandu atau sedang bersuka ria main dengan cucu.

Sekarang penyakit gout dah tak kenal umur. Usia 30-an pun dah ramai yang kena gout.

Selain menjaga pemakanan, pesakit gout perlu pantang banyak makanan terutamanya makanan yang tinggi kandungan purin. Mereka juga perlu minum banyak air kosong untuk meneutralkan paras asid urik serta membuang toksin.

Satu perkara yang boleh di amalkan oleh pesakit gout  ialah mengambil suplemen. Suplemen atau makanan tidak berfungsi sebagai ubat, namun begitu ia sangat penting untuk mengurangkan keradangan.

Set Gout Shaklee

Cara rawat gout

Set ini antara pilihan 'favorite' bagi mereka yang mengidap gout.

Apakah fungsi dan kelebihan set ini?

Vivix

Terlibat dalam pengawalan genetik iaitu dengan cara:

▶️menyingkirkan toksin dan meneutralkan radikal bebas dalam badan

▶️mengurang dan melindungi sel daripada terus rosak

▶️memberi tenaga kepada sel

▶️mencegah pembengkakan dan mengurangkan radang

Omega Guard

Minyak ikan tulen dengan Omega 3 yang terbukti dapat membantu:

▶️melancarkan perjalanan darah

▶️mengurangkan bengkak dan radang

▶️melancarkan pergerakan sendi

Alfalfa Complex

Tumbuhan alfalfa adalah raja segala tumbuhan yang sangat kaya dengan nilai nutrisi terutama garam galian.

Alfalfa membantu dengan cara:

▶️detoks darah iaitu membuang toksin dalam sel dan salur darah

▶️menurunkan dan mengawal paras asid urik dalam darah

Sekali dah terkena gout, seseorang tu dah kena berjaga-jaga kerana tersilap sikit pun gout akan menyerang semula kadang kala hingga tak boleh berjalan langsung!

Kawal gout, pantang makan, amalkan Set Gout Shaklee. Mudah-mudahan gout tak menyerang lagi.

Set Gout Shaklee berharga RM668. Anda boleh dapatkan pada harga yang lebih rendah apabila menjadi ahli berdaftar Shaklee.

Jika berminat nak dapatkan Set Gout Shaklee, boleh hubungi saya.

Puan Suhaila
Whatsapp klik: www.wasap.my/60132369434


Assalamualaikum wbt.

Dah hampir 2 minggu rasanya negara kita diselubungi jerebu. Syukurlah tempat saya ni tak seteruk tempat lain.

Dengar ceritanya ramai dah orang mula rasa tekak kering dan perit, mata gatal, hidung gatal, berair dan selsema.

Dah selsema mula la batuk. Bagi orang yang memang ada penyakit lelah, atau sesak nafas, lagi lah pulak. Kena harus berwaspada.


Hari tu dalam berita tengok dia kata peningkatan 30% orang dapatkan rawatan di klinik / hospital dalam musim jerebu ni.

So, take care guys. Stay indoor. Minum banyakkk air dan ambillah makanan yang boleh bantu boost kita punya sistem imun.

Bagi anda yang sedang mengalami batuk yang teruk atau dah lama, makesure pergi hospital untuk cek tau.

Lagipun sekarang banyak kes TB. Harap-harap bukan kitalah mangsanya.

Saya nak share beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk bantu kurangkan batuk. Letih oii batuk ni. Saya pernah kena sampai sakit tulang rusuk dibuatnya. Dah la lama.

1. Minum sangat banyak air kosong yang suam

Air mampu mencairkan kahak. Nak best lagi tambah hirisan lemon dalam air.

2. Minum sup bawang putih

Apa-apa sup lah. Janji lebihkan bawang putih di dalamnya.

Bawang putih ni antibiotik semulajadi. Kalau mampu makan kunyah cenggitu je, teruskan.

3. Madu + perahan limau nipis

Makesure madu original tau. Madu kelulut pun boleh.

Tak mau madu dalam botol plastik dekat pasaraya. Membongak je tu gula sebenarnya. Nanti lagi batuk jadinya.

Caution! Madu tak boleh campur air panas nanti 'pecah' asid amino di dalamnya. So takde khasiat.

4. Pudina + halia

Rebus air dalam periuk kecil, masukkan hirisan halia. Letak stevia sikit kalau nak rasa manis. Kemudian campakkan beberapa helai daun pudina.

Minum seperti minum teh suam.

Kombinasi pudina dan halia bukan setakat buang angin tapi mampu mencairkan kahak dan bagi rasa 'sejuk' pada kerongkong.

5. Vivix Shaklee


Jika dah try petua di atas selama seminggu pun masih tak kurang kurang juga, apa kata cuba Vivix Shaklee.


Selain menguatkan imun, Vivix bantu lindungi sel kita daripada kerosakan.

Sementelah jerebu jerebu ni, UV indeks pun tinggi, partikel halus dalam asap jerebu juga mampu sebabkan kanser.

Alang-alang nak sihat, kita cover semua sekali. Barulah berbaloi.

Semoga siapa-siapa yang batuk, yang sakit, akan segera sihat seperti sebelumnya.

Bagi yang nak tanya atau nak dapatkan Vivix, boleh hubungi saya segera.

Suhaila
Whatsapp klik: www.wasap.my/60132369434

Entry sebelum ni saya dah berkongsi tentang cara semulajadi untuk menurun dan mengawal kolesterol.

Ada saya sebutkan beberapa makanan yang dapat membantu menurunkan kolesterol jika di amalkan dengan konsisten.

Jadi, selain pengambilan makanan yang betul, pengambilan suplemen atau makanan tambahan juga sangat banyak manfaatnya.

Ia memberi kesan lebih cepat dan menyeluruh.

Cara turunkan kolesterol

Set Kolesterol Shaklee Dan Kelebihannya

ESP

●Serbuk protein kacang soya non-GMO yang berkualiti tinggi

●Membekalkan 9 asid amino penting kepada manusia

●Membantu merendahkan paras kolesterol

●Membantu mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung

●Indeks glisemik (GI) rendah menjadikannya sesuai untuk sesiapa saja termasuk pesakit kencing manis

Omega Guard

■Minyak ikan tulen dengan 7 spektrum asid lemak Omega 3

■Melancarkan peredaran darah

■Menghalang pembentukan plak dalam salur darah

■Mencegah penyakit berkaitan salur darah dan strok

■Mengekalkan tekanan darah sihat dan mengawal lemak trigliserida

Lecithin

>> Diekstrak daripada kacang soya organik

>> Melindungi hati dengan menghalang endapan lemak dihati

>> Bertindak sebagai 'natural emulsifier' iaitu pengurai lemak semulajadi

>> Merendahkan kolesterol dan mengawal tekanan darah

>> Mencuci salur darah

Phytocol ST

● Sumber sterol dan stanol daripada tumbuhan

●Struktur kimianya sama dengan kolesterol oleh itu ia mampu bersaing untuk penyerapan sekaligus membantu mengawal paras kolesterol jahat

● Menghalang kolesterol daripada makanan melekat dalam salur darah

Cara turunkan kolesterol

Keseluruhan set ini berharga RM550. Anda boleh dapatkannya pada harga lebih rendah dengan mendaftar jadi ahli.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang set ini, hubungi saya.

Amalkan set ini dengan konsisten pasti akan ada perubahan pada tahap kolesterol dan kesihatan secara keseluruhannya. 😊

Puan Suhaila
Whatsapp klik : www.wasap.my/60132369434
ID: 868994