Bayi Menyusu Susu Ibu Lebih Gemuk?
Mempunyai bayi yang montel, gemuk, sihat dan berkatang-katang memang impian semua ibu bapa. Pipi bulat dengan senyuman yang comel memang buat mama dan papa rasa geram nak gomol setiap masa.
Persoalannya, macam mana nak buat bayi jadi gemuk? Adakah bayi yang gemuk ini benar-benar sihat atau ada risiko bakal menjadi obes bila besar nanti? Adakah bayi kurus tak sihat?
Mempunyai bayi yang gemuk montel itu tidak penting, tetapi yang paling penting ialah memastikan bayi tersebut sentiasa sihat di mana pertumbuhan dan perkembangannya masih normal dan meningkat setiap bulan walaupun bayi anda kurus.
Tapi saya nak bayi saya gemuk!
Ciri fizikal sama ada gemuk atau kurus seseorang bayi itu bergantung kepada banyak faktor:
1. Genetik dan keturunan
Jika anda atau pasangan anda mempunyai keturunan yang bayi semua kurus-kurus, maka agak sukar untuk mendapat bayi yang montel.
2. Pemakanan sama ada susu ibu atau susu formula
Selalunya, bayi dengan susu ibu mempunyai berat badan yang konsisten kenaikannya, melainkan memang ada unsur genetik. Selain itu kekerapan bayi menyusu (foremilk dan hindmilk) juga memainkan peranan.
Tetapi bayi yang minum susu formula cenderung mendapat berat badan berlebihan kerana kebanyakan susu formula mengandungi kandungan gula yang tinggi di mana ia boleh meransang kenaikan berat badan berlebihan.
Apapun, semua terpulang kepada kekerapan bayi tersebut menyusu susu ibu atau susu formula.
3. Aktiviti fizikal
Lazimnya, apabila bayi sudah mula aktif bergerak, meniarap dan merangkak, berat badan bayi akan mula turun.
Ibu dan bapa cuma awasi pertambahan atau penurunan berat badan anak. Jika anak masih sihat dan pertumbuhan masih berada dalam graf yang normal, ibu bapa tidak perlu risau.
Adakah bayi montel cenderung mengalami obesiti bila dewasa?
Akademi Paediatrik Amerika mengatakan bahawa tidak ada bukti menunjukkan bayi montel atau chubby cenderung menjadi obes apabila dewasa.
Namun, ibu bapa perlu menanam tabiat yang baik sejak dari kecil lagi. Makan secara berlebihan dan kurang aktiviti fizikal berkemungkinan besar boleh menyebabkan anak bakal menjadi obes bila besar nanti.
Antara tabiat yang baik itu ialah:
1. Susukan bayi secara eksklusif hingga berusia 6 bulan dan melanjutkan hingga ke tempoh 2 tahun. Bayi yang menyusu dengan susu ibu cenderung tidak mempunyai lemak / montel ini kerana mereka hanya menyusu apabila berasa lapar, bukan sebab terpaksa.
2. Tidak memaksa bayi menghabiskan susu dalam botol ( melainkan di nasihatkan oleh pakar)
3. Galakkan anak makan sayur dan buah apabila mereka sudah mula pandai makan
4. Elakkan memberi jus, sebaliknya beri buah sebenar. Jus lazimnya kurang nutrisi berbanding buah sebenar.
5. Tidak memberi makanan / minuman yang manis
6. Ibu bapa sebagai model kepada anak-anak. Makanlah secara sederhana dan amalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.
*****
Alhamdulillah, bayi-bayi saya semuanya montel secara semulajadi. Tapi bila mereka dah lasak, berat badan pun mula turun.
Begitu juga dengan baby Fawwaz yang sekarang berusia 7 bulan. Sangat aktif, tak banyak ragam dan bijak tetapi masih montel walaupun berat badan dah mula naik sikit-sikit sahaja berbanding dulu. Sampai ada yang suruh saya berhenti makan suplemen menyusu. Ops! Apa kaitannya??
Ada sebarang komen, pertanyaan atau ingin mendapatkan suplemen menyusu yang buat ibu lebih kuat dan anak lebih bijak, hubungi:
Persoalannya, macam mana nak buat bayi jadi gemuk? Adakah bayi yang gemuk ini benar-benar sihat atau ada risiko bakal menjadi obes bila besar nanti? Adakah bayi kurus tak sihat?
credit: google |
Mempunyai bayi yang gemuk montel itu tidak penting, tetapi yang paling penting ialah memastikan bayi tersebut sentiasa sihat di mana pertumbuhan dan perkembangannya masih normal dan meningkat setiap bulan walaupun bayi anda kurus.
Tapi saya nak bayi saya gemuk!
Ciri fizikal sama ada gemuk atau kurus seseorang bayi itu bergantung kepada banyak faktor:
1. Genetik dan keturunan
Jika anda atau pasangan anda mempunyai keturunan yang bayi semua kurus-kurus, maka agak sukar untuk mendapat bayi yang montel.
2. Pemakanan sama ada susu ibu atau susu formula
Selalunya, bayi dengan susu ibu mempunyai berat badan yang konsisten kenaikannya, melainkan memang ada unsur genetik. Selain itu kekerapan bayi menyusu (foremilk dan hindmilk) juga memainkan peranan.
Tetapi bayi yang minum susu formula cenderung mendapat berat badan berlebihan kerana kebanyakan susu formula mengandungi kandungan gula yang tinggi di mana ia boleh meransang kenaikan berat badan berlebihan.
Apapun, semua terpulang kepada kekerapan bayi tersebut menyusu susu ibu atau susu formula.
3. Aktiviti fizikal
Lazimnya, apabila bayi sudah mula aktif bergerak, meniarap dan merangkak, berat badan bayi akan mula turun.
Ibu dan bapa cuma awasi pertambahan atau penurunan berat badan anak. Jika anak masih sihat dan pertumbuhan masih berada dalam graf yang normal, ibu bapa tidak perlu risau.
Ahmad Fawwaz Faiz 3 bulan |
Akademi Paediatrik Amerika mengatakan bahawa tidak ada bukti menunjukkan bayi montel atau chubby cenderung menjadi obes apabila dewasa.
Namun, ibu bapa perlu menanam tabiat yang baik sejak dari kecil lagi. Makan secara berlebihan dan kurang aktiviti fizikal berkemungkinan besar boleh menyebabkan anak bakal menjadi obes bila besar nanti.
Antara tabiat yang baik itu ialah:
1. Susukan bayi secara eksklusif hingga berusia 6 bulan dan melanjutkan hingga ke tempoh 2 tahun. Bayi yang menyusu dengan susu ibu cenderung tidak mempunyai lemak / montel ini kerana mereka hanya menyusu apabila berasa lapar, bukan sebab terpaksa.
2. Tidak memaksa bayi menghabiskan susu dalam botol ( melainkan di nasihatkan oleh pakar)
3. Galakkan anak makan sayur dan buah apabila mereka sudah mula pandai makan
4. Elakkan memberi jus, sebaliknya beri buah sebenar. Jus lazimnya kurang nutrisi berbanding buah sebenar.
5. Tidak memberi makanan / minuman yang manis
6. Ibu bapa sebagai model kepada anak-anak. Makanlah secara sederhana dan amalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.
*****
Alhamdulillah, bayi-bayi saya semuanya montel secara semulajadi. Tapi bila mereka dah lasak, berat badan pun mula turun.
Begitu juga dengan baby Fawwaz yang sekarang berusia 7 bulan. Sangat aktif, tak banyak ragam dan bijak tetapi masih montel walaupun berat badan dah mula naik sikit-sikit sahaja berbanding dulu. Sampai ada yang suruh saya berhenti makan suplemen menyusu. Ops! Apa kaitannya??
Ada sebarang komen, pertanyaan atau ingin mendapatkan suplemen menyusu yang buat ibu lebih kuat dan anak lebih bijak, hubungi:
~Suhaila Budin~
012-9645614
FB/ Su AnNajah
ID: 868994
Perkara yang paling ditakuti di dunia! Tapi saya percaya, ramai ibu2 yang menyusu badan selim melim ;)
BalasPadamPenulisan yang baik. Blog pun cantik. Hehe btw, boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.
BalasPadam>>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<
.