Sabtu, 10 September 2016

MLM Suci VS MLM Haram Jadah: Jangan Keliru

Pengalaman dengan MLM zaman dolu-dolu, ada la juga terjadi ahli tanpa sengaja sebab didaftarkan tanpa pengetahuan .

Takpe la, barang yang lepas jangan dikenang. Kita perlu move on. Lagi pun ciksu tak rugi apa-apa pun sebab memang takde keluar duit sendiri. Kalau tak, mau juga nyesal teringat-ingat gamaknya.

Orang pandang skeptikal dengan MLM ni sebab ada manusia tamak nak cepat kaya manipulate sistem. Sistem MLM biasa sebenarnya macam agen biasa tu je.

Tapi lebih best sebab siapa yang buat jualan banyak, dia akan naik pangkat. Lagi laju dia menjual lagi laju dia naik. Takde yang pelik pun.

MLM jadi pelik bila ada orang 'beli' pangkat. Tu yang datang idea jahat kena buat loan beribu, beli stok berlonggok, ko takmo jual ko makan la sampai pengsan.

Yang jadi mangsa tu yang tukang buat loan tu la.. Lagi jahat lagi orang atas tu menipu tunjuk kekayaan la, kereta mewah2 (padahal pinjam je), tunjuk duit kepuk2, statement bank la. Dah dapat mangsa dia ghaib. Macam biasa dengar je kan.

Sekarang pun masih wujud MLM jahat-jahat ni. Bukan salah MLM, tapi salah manusia tamak haloba.

Awas la jika korang didekati seseorang, lepastu dia mintak keluar duit ribu-ribu, atau minta buat pinjaman bank, mintak 'cari orang' untuk cover balik duit yang kita dah keluarkan tu (dia tipu kata untung bisnes, choiii sangat!)

Pendek kata, jika rasa tak sedap hati tu takyah join la.

Panjang pulak karangan ciksu hari cuti ni .  Ok la, nak lipat kain. Bai.

#8cellent
#tsunamishaklee
#bisnesbiarberkat
#bisnesdarirumah

CikSu
012-9645614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan