Enter Keyword

10 Tip Bisnes Online Untuk Newbies Untuk Kuasai Facebook

Siapa sini baru berjinak-jinak dengan bisnes online terutama guna medium Fesbuk, cer senyum sikit nak tengok.  ��

Hari ni ciksu nak share sikit beberapa tip untuk korang yang baru nak meniaga di fb terutama di personal fb.

Cekidaut!

1. Update fesbuk 10-20 kali sehari.
Tujuannya supaya orang sentiasa nampak post kita maka diorang pun sedar kita sedang meniaga.

2. Selalu LIKE / KOMEN pada post kawan Fb kita, supaya post kita pun rajin naik di newsfeed dia.

3. Elakkan TAG orang lain dengan post menjual kita jika tak nak kena block / unfriend dengan diorang.

4. Tidak promot produk di dalam post (komen) orang lain melainkan diminta.

5. Kurangkan hardsell.
Banyakkan softsell contohnya bagi info yang berkaitan, bagi tips dan sebagainya. Jangan asyik nak menjuallll je.

6. Tidak meroyan yang bukan-bukan yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan kepercayaan bakal pelanggan kita.

Bina trust dengan update perkara yang bermanfaat, yang baik-baik, yang positif-positif je.

7. Tidak memburukkan produk orang lain.
Fokus pada kebaikan produk kita sahaja. Biar la orang lain jual dadah pun, jangan cari gaduh dengan dia.

8. Jangan menulis ayat macam nak masuk dewan periksa. Tulis santai-santai tapi gunakan ejaan penuh supaya aman damai otak orang yang membacanya.

Biar poyo, asal bergayo. Ehh

9. Mestilah rajin. Jangan malu, apatah lagi malas. Kita update Fb sebulan sekali pastu marah orang tak beli. Ah malas mak nak cakap.

10. Rajinlah tambah ilmu. Bisnes online ni sentiasa berkembang. Lambat sikit memang ketinggalan la jawabnya. Walaupun kita buat bisnes online dah bertahun, tetap kena cari ilmu.

Ciksu rekemen korang follow Cikgu June Mohd Som untuk belajar Basic Online Positioning.

Good luck! ��

#8cellent
#bisnesdarirumah
#tsunamishaklee
#gengBOP

CikSu
012-9645614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan