Awasi 7 Tanda Bayi Anda Mungkin Mengalami Dehidrasi

Sejak berjaya menyusukan anak-anak sehingga berusia dua tahun, ya saya menjadi seorang yang pro-breastfeeding. Saya fikir semua ibu memang mampu menyusukan bayi cuma perlukan sedikit usaha terutama di awal-awal kelahiran.

Namun begitu saya tidaklah pula memandang rendah terhadap ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Pasti ada sebab mereka berbuat begitu.

Saya ada kenalan, seorang jururawat. Baru-baru ini beliau bersalin anak pertama dan anaknya mendapat jaundis dan terpaksa bermalam di hospital. Walaupun anaknya telah diletak bawah 2 lampu, masih tiada tanda kuningnya akan turun.


Jururawat dan sister yang bertugas di wad tersebut memaksa beliau kerap menyusukan anaknya dengan susu ibu. Setelah puas berusaha tetapi susu seakan tidak mahu keluar.

Sister yang bertugas sempat memarahi beliau kerana menurutnya, takkan seorang jururawat tak boleh tunjuk contoh yang baik pada orang awam (berkenaan menyusukan anak dengan susu ibu di awal kelahiran).

Kenalan saya dah nak menangis. Sudahlah stress  kuning anak tak turun-turun, susu pula tak mahu keluar, tiba-tiba dimarahi pula oleh seorang sister. Mujur saja ada jururawat lain menenangkannya.

Setelah sister itu pulang, pada malam harinya, gigih kenalan saya itu bangun malam  setiap dua jam dan bancuhkan susu formula untuk anaknya. Alhamdulillah, kuningnya semakin turun.

Saya belajar sesuatu daripada cerita tersebut.

Pertama, memang ada keadaan di mana susu ibu tidak mahu keluar atau terlalu sedikit. Ibu baru bersalin, anak pertama pula tu dah tentulah sangat kekok nak susukan bayi. Alangkan ibu beranak ramai pun ada yang belum pandai susukan bayi selepas kelahiran.

Sewajarnya kita tetap bagi sokongan kepada ibu tersebut.

Kedua, nyawa bayi lebih penting. Ada keadaan di mana bayi mengalami dehidrasi kronik akibat tidak dapat minum. Ya, saya baca kisah benar ini dari blog seorang ibu malang. Anaknya meninggal dunia kerana tidak dapat minum! Beliau menyesal kerana tidak memberi setitik pun susu formula.

Baca kisahnya disini.

Ibu-ibu, usaha sungguh-sungguh untuk beri anak susu. Ransang pengeluaran susu dengan sebaiknya. Lakukan urutan, bersihkan puting yang tersumbat, jangan rasa tertekan dan tetap suakan payudara kepada bayi biar dia belajar menyusu.

Setelah habis semua ikhtiar, jika susu masih tak mahu keluar, barulah berikan susu formula, itu pun sekadar untuk mengenyangkannya sahaja.

Dehidrasi terutamanya kepada bayi baru lahir sangat bahaya. Sentiasa pantau keadaan bayi dan segera ke hospital jika ada tanda dehidrasi berlaku.

7 Tanda Bayi Mengalami Dehidrasi

#1. Menangis tidak berhenti

Tanda awal bahawa bayi anda lapar dan dia tidak mendapat susu secukupnya. Namun begitu, bukan semua tangisan bayi adalah tanda mereka lapar.

#2. Tiada atau kurang lampin basah

Bayi baru lahir secara normalnya akan mengotorkan sekurang-kurangnya 6 lampin setiap hari.

#3. Bayi lemah dan lesu

Akibat tidak dapat minum, bayi tidak ada tenaga dan seolah-olah penat. Bayi kemungkinan banyak tidur.

#4. Berat badan merosot

Adalah normal berat bayi menurun sedikit selepas beberapa hari kelahiran kerana berat air telah berkurang. Jika berat bayi menurun terus-menerus, segera beritahu jururawat.

#5. Bibir kering dan menangis tanpa air mata

Keadaan ini juga selalunya normal bagi bayi baru lahir.

#6. Mata tenggelam (sunken eyes)

Pernah tengok wajah orang yang sesat di hutan beberapa hari tak makan? Sangat kurus kan. Begitu juga dengan bayi yang mengalami dehidrasi kronik. Ubun-ubun bayi juga akan tenggelam dan tidak rata.

#7. Kulit berkedut

Tangan serta kaki juga berwarna pucat dan sejuk.

Memang ada keadaan dimana ibu tidak dapat mengeluarkan susu (mungkin fizikal ibu yang ada kelainan) dan begitu juga dengan bayi yang tidak dapat menyusu dengan baik (tongue tie dan sebagainya).

Jika mendapati bayi ada masalah menyusu, tidak dapat minum dengan baik, segera berjumpa dengan pakar laktasi dan doktor anda.

Semoga kita dapat mengelakkan tragedi yang tidak diingini daripada berlaku.

Mama Su,
Mak anak 4, 2 fully bf, 1 sedang. Alhamdulillah.

3 ulasan:

  1. Bagus info ni ciksu. Anak sy ada masalah tongue tie tu. Mmg antara faktor yg dikesan dr awal oleh pakar utk mslh kuning dia dulu



    Jemput baca kisah benar wanita ini nekad ikhtiar cara lain untuk naikkan Hb sepanjang hamil anak kedua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baru baca je mengenai masalah susah nak menyusu anak tongue tie ni. Lepas operate boleh menyusu dah kan.

      Padam
  2. Sunken eyes tu akan hilang ke?.. Sebb anak saya mcm.dri lahir dia nmpk mcm tu,,, tapi makan susu sume layan je..mcmna ye?..
    Tq

    BalasPadam