10 Khasiat Utama ESP Shaklee, Sebab Kenapa Ramai Orang Suka

Assalamualaikum wbt.

Bagi mereka yang dah lama mengenal Shaklee, khasiat ESP tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi bagi yang baru first time nak cuba ni, mestilah nak tahu apa yang best sangat sehinggakan orang beli bertong-tong waktu promosi.

Bagus sangat ke ESP ni? Hmmm...

ESP adalah singkatan kepada Soy Protein Isolate Powder. Sudah jelas disitu ia berasaskan sumber soya.

Dalam dunia ni, kita mendapat sumber protein biasanya daripada haiwan. Tapi ia sebenarnya tidak mencukupi malah mungkin badan kita tak dapat pun nak serap sumber daripada haiwan tersebut.

Dalam banyak-banyak tumbuhan, soya adalah sumber protein yang paling lengkap dengan kesemua asid amino yang badan kita perlukan.

shaklee kuantan

Protein pula adalah blok yang membina badan kita ni. Bayangkan sebuah rumah yang sedang dibina. Batu bata tersebut ialah protein. Jika tiada batu bata, bagaimana nak bina sebuah bangunan yang kukuh?

Protein sangatlah penting kerana tanpa protein, proses pembinaan, pertumbuhan, perkembangan serta fungsi sel akan terjejas.

Tahukah anda? Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pada tahun 1961 lagi.

Oklah, saya akan share dengan pembaca semua apa khasiat utama ESP Shaklee yang menjadi sebutan ramai ni.

1. Membekal tenaga utama

Serius kalau kita jenis yang sibuk, tak sempat nak makan ikut jadual, ESP lah penyelamatnya. Cara nak minum pun mudah.

Cedok masuk tumbler, shake shake, sambil buat kerja pun boleh minum.

Minuman lain pun mungkin bagi tenaga, tapi ada ke yang bekalkan sumber protein?

ESP ni bagi tenaga segera dan lama.

2. Bantu kawal gula darah

Selain bagi tenaga, ESP bagus untuk mereka yang nak kawal gula atau yang ada kencing manis.

ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, yang mana ia tidak akan menyebabkan kenaikan aras gula mendadak.

shaklee kuantan

Selain itu, bagus untuk mereka yang sering mengalami hipoglisemia iaitu keadaan gula yang rendah.

Hipoglisemia ni serius dan bahaya. Boleh pengsan dibuatnya.

Simptom hipoglisemia biasanya badan akan mengigil, lemah, berpeluh, dan kita rasa haus dan lapar.

3. Boleh cantikkan kulit

Ini ramai orang tak percaya. Dah amal baru rasa.

ESP kan protein yang mudah dihadam dan diserap oleh tubuh. Protein berfungsi untuk membina sel dalam badan kita ni. Bila makan ESP, sel badan termasuk sel kulit yang dibina akan lebih sihat.

Kita tak makan ESP pun memang sel akan membahagi. Tapi dengan protein seperti ESP, ia akan bantu pembinaan dan pertumbuhan yang sihat.

Kulit wajah pun akan kelihatan lebih berseri, lembut dan gebu.

4. Bagus untuk pengidap gastrik

ESP akan membantu mengurangkan lapar dan membaik pulih ekosistem serta sel dalam perut dan sistem penghadaman.

Minum ESP sebagai sarapan, lunch atau minum malam. Boleh juga di ambil between meal sebagai snack.

Orang ada gastrik memang wajib buat stok ESP ni. Tak rugi pun.

5. Bantu turunkan berat badan

ESP kan mengenyangkan dengan cara yang sihat. Sesuai sangat untuk orang yang nak kurus tu.

Protein ESP membantu membina otot yang mana akan menggalakkan pembakaran tenaga / kalori. Apabila otot terbina, metabolisme badan akan jadi lebih tinggi.

Baca lebih lanjut bagaimana ESP turunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

6. Membantu penyusuan susu ibu

Golongan mak-mak memang suka benor dengan ESP ni. Dari mengandung, berpantang sampai menyusu, semua dengan ESP. Macam sayalah.

ESP bertindak sebagai milk booster, menghasilkan susu yang lebih berkualiti dan pekat. Saya ambil #setbreastfeedingshaklee dan Alhamdulillah mampu menyusukan anak sehingga umur dua tahun.

7. Meningkatkan kesuburan

Memang ramai yang subur dan berjaya hamil dengan ESP. ESP membantu keseimbangan hormon semulajadi dalam badan kita.

ESP juga bantu hasilkan sel telur dan sperma yang lebih sihat. Boleh ambil ESP dalam set kesuburan juga.

8. Membantu pemulihan luka

Tak kiralah luka disebabkan cedera, bersalin normal atau pembedahan dan sebagainya, luka akan pulih dengan sangat cepat.

Biasa saya cadangkan ambil sekali dengan vitamin C.

9. Mencantikkan rambut dan kuku

Sel rambut, sel kuku seperti juga sel-sel yang lainnya pada badan kita ni terbina daripada protein.

Apabila cukup makanannya, rambut akan lebih subur, lebat, sihat, kuat, dan kuku akan lebih cantik berkilat.


10. Membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis, strok serta kanser.

Selain menguatkan sistem pertahanan badan, protein ESP kaya dengan asid amino yang amat penting untuk mengekalkan kesihatan organ dalaman, salur darah, urat saraf, melancarkan peredaran darah.

Amalkan ESP setiap hari mudah-mudahan kita akan terhindar dari penyakit kronik tersebut.

Haa ini baru 10 manfaat utama ESP. Sebenarnya ada banyak lagi. Anda boleh baca fungsi protein kepada badan.

Mungkin ada yang kata, kita tak perlu dah protein protein tambahan ni. Cukuplah makan ikan, daging, ayam setiap hari. Seketul setiap kali hidangan.

Dah lah seketul, kecut pulak tu kena goreng.

Ya, kita memang kena makan benda tu semua. Tapi tengok aje lah ayam daging biasa yang kita beli di pasar tu, ia gemok sihat sebab kena suntik dengan hormon dan antibiotik.

Ok, saya tak nak ulas panjang bab ni.

ESP Shaklee ini memang berbeza dengan mana-mana suplemen protein tambahan yang lain.
shaklee kuantan

Tapi saya memang ambil protein ESP untuk melengkapkan sumber protein saya. Anak-anak pun suka.

ESP berharga RM161 setong. Penggunaan 1-2 bulan.

Berminat mendapatkan ESP boleh hubungi saya di 012-9645614 (Puan Su) berserta konsultasi percuma.

Boleh juga beli sendiri menggunakan kad debit atau kad kredit dengan klik di bawah ini:



*Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mengubah, mencegah, mendiagnos atau menyembuh sebarang penyakit.


1 ulasan: