Enter Keyword

Meruang Dapat Mencuci Keputihan?

"Kau ada keputihan? Cubalah buat meruang tu. Aku dah buat memang clear keputihan aku!"

Seringkali kita menganggap, meruang dapat membersihkan keputihan. Tapi...betul ke?

Sebagai wanita, kita memang akan mengeluarkan lendiran faraj atau discaj. Warna, bentuk, bau, jumlah, kekerapan semuanya bergantung kepada tubuh badan seseorang.

Lebih-lebih lagi apabila menjelang haid. Discaj vagina akan kelihatan seakan pekat, likat dan berwarna keputihan. Lendiran ini adalah normal mengikut hormon yang dikeluarkan sepanjang kitar haid seorang wanita setiap bulan.

shaklee kuantan

Namun begitu, ada sesetengah keadaan, lendiran yang dikeluarkan lebih banyak, dan boleh menjadi petanda bahawa kita ada penyakit keputihan.

Kita memang akan keliru dengan lendiran-lendiran ini. Tapi selagi ia tidak gatal, tidak menyebabkan bengkak, merah, dan ketakselesaan, maka tak perlulah risau sangat.

Bila patut risau?

Lendiran tersebut mungkin adalah punca penyakit jika ia:

  • lendir yang kental dan melekat
  • berwarna kuning, kelabu atau hijau
  • berbau busuk
  • keluar dengan banyak
  • berlaku terlalu kerap hingga rasa tak selesa
  • gatal bahagian faraj
  • faraj berwarna merah serta bengkak
Ini selalunya tanda jangkitan kuman telah berlaku. Jika mendapati keadaan seperti ini, segeralah dapatkan rawatan di hospital. Bukan meruang dengan jamu!

Antara kuman yang menyebabkan keputihan teruk ini ialah Gardnerella vaginalis, Thricomonas vaginalis, dan Candida albicans.

Punca penyakit keputihan

1. Kebersihan

Kena pastikan bahagian faraj sentiasa kering kerana faraj yang sentiasa lembap akan memudahkan pembiakan kuman, bakteria serta mudah menyebabkan jangkitan.

2. Hormon

Hormon yang tak seimbang juga turut menyebabkan keputihan menjadi kronik. Ada banyak cara hormon boleh menjadi tak seimbang contohnya seperti pengambilan ubat-ubatan, antibiotik, gangguan emosi, pil perancang atau pil pencegah kehamilan.

3. Kencing manis dan penyakit

Wanita yang ada kencing manis, memang sering mengalami keputihan disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam faraj. Begitu juga jika seseorang itu ada penyakit yang boleh melemahkan imun seperti HIV, kanser, leukimia yang mana akan mengganggu kesihatan faraj. 

Awas juga kepada wanita yang suka sangat makan dan minum benda manis dan bergula. Ini pun boleh buat keseimbangan faraj terganggu.

4. Gaya hidup

Kerap melakukan hubungan seks terutama seks rambang.

Penyakit keputihan memang bahaya dan jika tidak di rawat dengan betul, boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan mengancam nyawa. Kesuburan seorang wanita boleh terjejas, susah hamil, kehamilan luar rahim, serta kanser rahim boleh berlaku.

Cara cegah dan rawat keputihan


  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong. http://www.myhealth.gov.my/penyakit-keputihan/

Tak boleh ke meruang?

Dalam faraj kita ni, ada ekosistemnya yang tersendiri. Allah dah buat cantik dah. Ada bakteria baik yang fungsinya mengekalkan pH atau keasidan kawasan tu (pH 3.5-4.6). Namanya bakteria Lactobacillus.

Keseimbangan ekosistem ni boleh terganggu kalau kita ni memandai je nak masukkan sesuatu bahan dalam faraj kita. Contohnya jamu insert, atau juga feminine wash.

Feminine wash tu basuh kat luar je taw tu pun pH mesti betul.

shaklee kuantan

Meruang pula kita masukkan jari dan mengorek habis apa yang ada di dalam faraj kita tu. Jika kita memang ada keputihan, memanglah segalanya keluar, tapi ia tetap tidak merawat punca keputihan tu sendiri.

Lagipun, tak takut ke dengan bakteria baru yang kita masukkan melalui tangan kita?

Meruang ni hanya amalan mak-mak bidan zaman dulu dan tak pernah ada bukti secara saintifik ia membantu mengatasi keputihan.

Saya sendiri tak pernah buat. Mak tak pernah ajar, maklong saya yang memang bidan lama yang duk mengurut saya setiap kali beranak tu pun tak pernah sebut. 

Doktor perubatan pula kata, faraj kita ni self-cleansing, seperti juga telinga. Kita cuci belah luar je cukup la. 

Jika was-was dengan lendiran yang keluar daripada faraj kita tu, segeralah jumpa doktor. Buatlah pap smear setahun sekali. Tak sakit pun.

Minum air kosong yang banyak, kurangkan makanan manis dan bergula serta bertepung putih, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya antioksidan. 

Nak ikhtiar dengan suplemen semulajadi, hubungi saya 013-2369434 (Puan Su)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan