Enter Keyword

10 Cara Merawat Ekzema Di Rumah

Assalamualaikum wbt.

Ekzema adalah satu keadaan di mana berlaku radang pada kulit di sertai dengan bengkak, gatal, merah, kulit kering bersisik dan berkuping, dan boleh jadi berair seakan melepuh.

Sekarang ni ramai betul yang anak-anak mendapat ekzema. Selalunya ia bermula pada waktu kanak-kanak dan boleh berlanjutan hingga dewasa.

Anak saya ada seorang yang mendapat ekzema. Kami perasan ekzemanya mula muncul selepas anak berhenti daripada menyusu badan iaitu kira-kira selepas umurnya 2 tahun.

Macam ekzema anak saya ni jenis kering dan cuma muncul pada bahagian siku kanan serta pergelangan tangan kiri. Ada juga samar-samar muncul pada bahagian muka kadang-kadang.


Kesian tengok dia menggaru-garu. Sampai berdarah pun ada.

Menurut doktor, ekzema tak boleh sembuh, cuma boleh di kawal sahaja. Tapi bila keadaan agak teruk, takkan kita nak tengok je anak kita dalam keadaan tak selesa macam tu kan.

Jadi hari ni saya nak kongsi dengan ibu semua beberapa tip dan cara untuk merawat sendiri serta mengurangkan keradangan akibat ekzema pada anak kita berdasarkan pembacaan saya (dan untuk rujukan saya sendiri sebenarnya).

1. Elakkan beri minum minuman bergula tak kira apa jenis sekali pun. Bebudak kan suka ****gen, air kotak, segala yang manis-manis tu. Gula sangatlah tidak baik sebab ia boleh merendahkan sistem imun kita.

2. Elakkan juga makanan bergluten

Gluten ialah sejenis protein yang wujud dalam tumbuhan seperti gandum. Jadi, bila anak kita makan banyak makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, ia pun boleh menyebabkan keadaan lagi teruk.

Contoh makanan bergluten ialah roti, kek, biskut, kuih-muih, donat, mee dan sebagainya  berasaskan tepung.

Cara terbaik nak buat kuih, cari tepung atau mee yang bebas gluten. Boleh dapat di kedai menjual barangan organik.

3. Makanan terproses

Apa lagi jika bukan jajan, cikedis, snek, biskut, gula-gula, makanan segera dan segala mak nenek makanan siap yang kita beli di kedai atau pasaraya tu.

Semua makanan ini mengandungi pengawet, perasa, perisa, pewarna, pemanis tambahan sintetik yang tidak bagus untuk sistem penghadaman anak kita.

Oleh itu, ibu-ibu kenalah rajin memasak sendiri dirumah nak-nak anak yang jenis suka makan tu kan.

4. Elakkan makanan  atau keadaan penyebab alahan ekzema muncul

Setiap orang, faktor pencetus alahan adalah berbeza. Contohnya, si A tak boleh makan ayam, tapi si B boleh. Si B pula tak boleh makan ikan.

Jadi, cuba kenalpasti apa yang menyebabkan keadaan ekzema jadi teruk, dan jauhkanlah dia dari punca tersebut.

5. Elakkan kepanasan

Ada budak tak boleh panas. Akan cepat je naik ruam merah terutama di bahagian yang berpeluh. Pastikan anak sentiasa berada dalam keadaan selesa. Macam anak kakak saya, bila berpeluh, automatik timbul bintik diseluruh badan dan dia mula menggaru-garu.

6. Sabun yang sesuai

Ada sesetengah individu yang alah kepada bahan kimia pada sabun tak kira sabun mandi atau sabun pencuci pakaian. Ibu-ibu kena alert keadaan ini.

Bagi ibu yang anak dia alah pada sabun, boleh cuba Set ShakleeBaby yang mengandungi mandian, losyen dan minyak urutan. Set ini sesuai bukan saja kepada bayi malah kepada mereka yang berkulit sensitif.


7. Sapu krim yang sesuai

Keadaan ekzema yang teruk, perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi ubat serta krim steroid yang dapat meredakan ekzema dengan pantas.

Anak saya, saya cuma gunakan krim Herbal Blend Shaklee sahaja. Krim ini bebas steroid, bebas paraben dan berasaskan tumbuhan.

8. Banyakkan makanan yang bagus untuk usus

Ini disyorkan oleh Dr. Hafiz Sulaiman. Antara makanan yang boleh dimakan ialah:
  • daging (pilih daging segar, bukan yang diproses atau import)
  • sayuran hijau kecuali bayam
  • ayam organik
  • nasi
  • ikan isi putih
  • bihun, kuetiaw daripada beras
  • minyak sihat seperti kelapa, sawit, minyak ikan
  • buah epal, pear, lai
  • kuih berasaskan beras
Elakkan makanan tinggi histamin seperti makanan peram, jeruk, makanan laut, buah pisang, betik, nanas, anggur.

9. Vitamin yang bagus untuk ekzema

Vitamin yang bagus diambil adalah seperti vitamin B kompleks serta vitamin C. Vitamin ini bertindak sebagai anti-stress, mencegah pembebasan histamin berlebihan dalam badan, menguatkan imun, bersifat antioksida dan antiradang.

10. Minum air secukupnya

Kita pun susah nak minum air dengan cukup apatah lagi budak-budak. Sediakan satu bekas air minum, dalam botol, tumbler atau apa2 bekas minuman bertutup, letakkan disudut yang anak mudah nak ambik. 

Bila suruh dia ambik air sendiri dia memanglahhh banyak alasan. Tapi bila sediakan air sebotol memang mudah dia minum air. 

Air yang cukup akan membantu kelancaran usus dan sistem penghadaman serta menguatkan sel. Darah berjalan lancar, nutrisi dan oksigen dapat sampai kepada sel dengan lebih baik. 

Ekzema perlu lebih perhatian kerana kulit mereka agak sensitif. Buat senarai do and don't di rumah supaya kita ibu bapa serta anak akan sentiasa beringat. 

Paling penting kedua-dua ibu dan bapa main peranan untuk merawat, bukan salah seorang. Kalau tak memanglah tak jadi apa. Akhirnya anak juga yang merana. 

Bagi ibu yang nak dapatkan suplemen atau set mandian yang sesuai untuk masalah ekzema, boleh hubungi saya:

-Puan Suhaila-


ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan