Sebuah Kisah Inspirasi Menuju Tahun Baru 2018. Terima Kasih Tuhan...

Assalamualaikum wbt.

Hari ini  (27/12/2017) Allah takdirkan saya ke sebuah rumah anak yatim untuk menghantar beg sekolah.
Saya fikirkan lepas serahkan beg, terus balik. Tapi Puan Pengasas (Puan R) dan penjaga rumah itu jemput kami masuk.
Rumah ni ada 10 orang anak yatim, 9 yang sedang bersekolah.
Sempatlah kami berbual panjang dan saya ambik kesempatan bertanya macam-macam.
Barulah saya tahu, rumah ini baru hampir 4 tahun beroperasi.
Pengasas sebenar (Puan S), saya fikir seorang wanita berhati waja, penuh kasih dan penyayang.
Dimana dia?
Dia telah dijemput Ilahi beberapa bulan sebelum ni akibat serangan kanser.
Kini rumah itu dikelolakan oleh suaminya dan ibu kepada suaminya, yang saya jumpa tadi.
Cerita Puan R, Puan S sangat kuat, walau sedang bertarung dengan kanser masih lagi gigih membangunkan rumah anak yatim itu.
Bukan itu saja, siap carikan dana pula untuk salah seorang ibu kepada anak yatim disitu yang turut mengidap kanser (juga telah meninggal dunia).
Al-Fatihah untuk mereka ini.
Saya terkenang, di saat kita mengeluh akan kesusahan hidup, ada insan yang masih susah, namun gagah menabur jasa hingga hujung nyawa.
Kita (saya terutamanya), Allah bagi sihat tubuh badan, apa je yang saya buat sepanjang 35 tahun ini?
Untuk pengetahuan, Puan S berusia 36 tahun sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Allah, saya jadi malu sendiri.
Betul, setiap orang ada struggle-nya masing-masing.
Tapi, ingat ini.
Jangan banyak mengeluh.
Terus kuat.
Terus melangkah ke depan.
Usahakan apa yang telah dicita-citakan.
Asalkan niat kita betul, kita di jalan yang benar, Allah pasti bantu.
Terima kasih Allah, untuk inspirasi hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan