Enter Keyword

Cara Mencegah Dan Merawat Buasir Sendiri Dirumah

Hai, Assalamualaikum wbt. Dalam entry sebelum ni kita dah tahu tentang Punca Buasir.

So hari ini, jom kita tengok pula bagaimana cara kita nak rawat dan mencegah buasir daripada kembali semula.

Lepas anda ke hospital dan dapatkan rawatan, tidak semestinya penyakit buasir anda akan terus hilang. Oleh kerana ia penyakit yang 'berasal' daripada pemakanan dan gaya hidup, ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian.

Perkara pertama anda kena buat ialah elakkan sembelit!



Sembelit adalah punca utama kenapa berlakunya buasir. Disebabkan sembelit, najis anda susah nak keluar dan adakala terpaksa meneran dengan kuat. 

Baca >> 10 Cara Cuci Dan Buang Kerak Usus Yang Mudah Dan Semulajadi

Jadi, untuk galakkan proses pembuangan anda berjalan lancar. Anda wajib:

1. Minum banyak air kosong sekurang-kurang lapan gelas sehari (lebih kurang 2 botol mineral besar)

2. Makan banyakkkk sumber serat / fiber terutamanya daripada tumbuhan sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari

3. Lakukan senaman setiap hari, aktif secara fizikal, tidak hanya duduk atau berdiri di suatu tempat dalam masa yang lama

4. Ambil sumber makanan yang kaya mineral magnesium untuk lancarkan pergerakan peristalsis

5. Kurangkan mengambil sumber protein haiwan seperti daging 

6. Kurangkan mengambil karbohidrat ringkas seperti gula, roti putih, mee, pasta, produk tepung dan apa jua makanan manis



7. Kurangkan juga pengambilan kafein seperti kopi dan teh kerana ia mempunyai kesan diuretik (menyerap air) dan membuatkan najis keras

Ubah gaya hidup, masalah sembelit dan buasir anda boleh di atasi.


Baca selanjutnya >>> Set Buasir Shaklee Berkesan Untuk Berak Berdarah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan