Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Jeragat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeragat. Papar semua catatan
Assalamualaikum.

Hari tu saya dah tulis tentang punca utama jeragat.

Macam yang kita tau, jeragat ni memang susahhh sangat nak hilangkan. Sampai tak tahu nak sental dengan apa lagi dah.


Kalau boleh nak cara semulajadi, yang mudah. Tak naklah yang bahaya atau sampai kena laser-laser pulak.

Sebelum tu kita harus tanam dalam minda kita, setting balik mindset kita, bahawa
Jeragat memang ambil masa nak hilang dan ia takkan hilang dalam sekelip mata. 

So jom kita tengok apakah yang menyebabkan jeragat pada wajah kita ni lambat atau susah sangat nak hilang walaupun kita dah ada produk terbaik.

1. Tak sabar

Nak kesan cepat sedangkan jeragat nak jadi pun ambil masa bertahun2.

Bila kita buat petua semulajadi pun, ia tetap juga akan ambil masa yang lama.

Pendek kata kita kena sabar dan konsisten dengan apa yang kita sedang buat / pakai.

2. Selalu skip skincare

Skincare ada rutin dia. Kalau Youth Skincare yang saya pakai, dia ada 6 barang yang dah  lengkap dengan fungsi mencuci, exfoliating, melembap, renewal dan siap menyuntik nutrien lagi ke dalam kulit.

Tak kiralah apa jenama skincare, pakai hari2, dua kali sehari. Kena taat pakai skincare without missed.

Pilih skincare yang bersumber natural macam Youth Shaklee.

3. Poor diet / lifestyle

Kurang air kosong, banyak makan processed food, obesiti, smoking akan buat sel kita lambat bertindak.

Sel kita ni perlukan nutrien, bukannya toksin atau racun. Cek balik pemakanan dan lifestyle kita.

4. Genetik

Ada ahli keluarga yang jenis jeragat, dia akan ambil masa sikit nak hilang.

5. Tak pakai sunblock / sunscreen

Setiap kali kulit kita kena matahari, setiap kali itu lah melanin dikeluarkan. Prosesnya tak habis-habis, jadi jeragat akan berkumpul di kawasan yang sama.

Bila hilang di belah atas kulit sekalipun, belah dalam kulit masih produce melanin.

Melainkan kita pakai produk yang merencat pertumbuhan melanin spt hidrokuinon tapi ia sangatlah bahaya.

6. Aturan pemakaian sunblock yang betul

Pakai serum dulu -> baru sunblock -> pelembap -> make-up

Youth punya sunblock dah siap2 dengan pelembap. Dah jimat situ. Terus boleh apply make-up.

7. Tak pakai serum

Dalam serum ada retinol. Tapi dalam Youth retinol dia dari sumber semulajadi. Concentration dia pun tinggi.

8. Berhenti makan / minum gula

Gula akan buat kolagen semulajadi dalam sel kita 'putus' atau rosak.

Nanti bukan je jeragat makin teruk, bahkan kulit kita pun cepat kedut dan kendur!

9. Banyak berjemur bawah matahari

Kadangkala tugas atau aktiviti kita memerlukan kita duduk lama bawah matahari.

Itu yang buatkan jeragat kita makin worse. Jika tak dapat nak elakkan, makesure pakai sunscreen setiap kali keluar rumah.

Last but not least...

10. Tak pakai skincare yang betul

Sesetengah skincare ada letak bahan perencat melanin iaitu hidroquinon dan merkuri untuk cepat hilangkan jeragat.

Berita buruknya, kedua-dua ini adalah bahan terlarang. Ia bukan saja boleh rosakkan kulit kita tapi boleh meresap ke dalam darah, pergi ke organ dan merosakkan organ seperti hati dan buah pinggang.

Lagipun, kenapa nak block melanin sedangkan melanin tu berfungsi untuk protect kulit kita dari sinar UV yang boleh menyebabkan penuaan kulit pramatang serta kanser kulit.

Sangatlah penting untuk kita berhati-hati pilih skincare.

Next entry saya share tentang pemakanan dan suplemen yang bagus untuk mencantikkan kulit, awet muda dan menghilangkan jeragat.

-Puan Suhaila-
Youth Skincare Beauty Consultant
Certified Shaklee Distributor
ID: 868994

#notakulit
#notajeragat
Assalamualaikum.

Semasa membelek wajah di cermin, ada satu tompok kecil kelihatan bawah mata saya.

Umur macam saya ni, walaupun baru 30-an (semasa entry ini di tulis), memang lah risau sangat dengan wajah yang dah mula berubah walaupun kecil.

Saya bukanlah seorang yang beauty concious sangat. Tapi kalau dah hari-hari membelek muka, mesti kita nampak apa yang timbul apa yang hilang. Betul tak?

So hari ni saya nak cerita pasal jeragat. Sebenarnya jeragat mungkin dah muncul masa usia kita 20-an tapi belum sangat ketara.

Sebenarnya, apa itu jeragat? Dari mana dia datang?


Kulit kita ni ada tiga lapisan. Epidermis, dermis dan lapisan paling bawah hipodermis.

Pada lapisan epidermis, ada sel yang dinamakan melanosit. Melanosit ni tujuan dia untuk hasilkan melanin iaitu pigmen kulit yang memberi warna pada kulit kita.

Orang berkulit gelap bermakna kulit dia menghasilkan banyak melanin berbanding orang berkulit cerah.

Melanin ni sebenarnya berfungsi melindungi kulit kita daripada sinar UV. Sinar UV ni bukan saja boleh sebabkan kulit kita mengalami penuaan pramatang, bahkan mampu menyebabkan kanser kulit.

Jeragat berlaku apabila melanin di sesuatu kawasan pada muka di hasilkan terlalu banyak (overproduce), serta di terukkan lagi oleh faktor luaran seperti cahaya matahari.

Tiga punca utama jeragat

Ada banyak faktor yang menyebabkan jeragat begitu ketara di wajah seseorang.

Antara faktor tersebut ialah sebab genetik, obesiti, pemakanan yang tak sihat, selalu terdedah kepada matahari, faktor hormon dan banyak lagi.

Namun begitu, pakar kulit menjelaskan tiga sahaja punca utama masalah jeragat. Apa dia?

Teruskan bacaan...

Punca 1: Cahaya matahari

Seperti yang disebutkan di atas tadi, melanin ni berfungsi untuk melindungi kulit kita dari sinar UV.

Maknanya setiap kali kita kena matahari, melanin akan dikeluarkan. Lepas bertahun-tahun, of coz makin banyak melanin di hasilkan untuk melindungi kulit kita.

Apabila kita berjemur, kulit akan jadi gelap (tanned). Ini sebenarnya adalah mekanisme self-defense. Tapi semakin lama ia merosakan kulit.

Mulalah terbentuk kelompok berwarna gelap atas kulit kita.

Sinar UV ni boleh tembus tingkap rumah atau tingkap kereta.

Makesure kita pakai sunscreen (seeloknya dimulakan dari awal remaja) untuk elakkan jeragat muncul 10-20tahun lagi.

Punca 2: Hormon

Jeragat sebab hormon pula biasanya muncul semasa atau selepas kehamilan atau juga apabila seorang wanita itu mula makan pil perancang.

Jeragat sebab hormon ni kita panggil melasma.

Melasma ni akan jadi teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Punca 3: Post-inflammation hyperpigmentasi

Apabila muka kita naik jerawat atau terkena apa-apa luka, ia akan meninggalkan parut hitam.

Ini juga di kategorikan sebagai jeragat tetapi lebih mudah untuk di hilangkan.

Bila muka kita bengkak, itu adalah self-defense mechanism kulit melawan jangkitan dan kecederaan.

Tidak di nafikan, jeragat adalah masalah kulit yang paling liat nak di hilangkan.

Nak tahu kenapa?

Baca entry saya seterusnya ya. Atau boleh search keyword jeragat 😊.

-Puan Suhaila- 
Youth Skincare Beauty Consultant
Certified Shaklee Distributor
ID: 868994

Perempuan kalau masuk je usia 40an ke 50an dia dah mula risau dengan kulit muka. Mana taknya, masa nilah bermulanya masalah 'penuaan' wajah. Yang paling ketara ialah jeragat.

Jeragat ni ialah tompok-tompok hitam yang biasa muncul pada bahagian bawah mata atau tepi pipi. Ia mengganggu tona dan warna sebenar kulit kita dan meninggalkan kesan seperti gelap dan terbakar.

Punca utama jeragat ialah disebabkan pengeluaran melanin berlebihan pada sel kulit akibat pendedahan yang lama di bawah cahaya matahari. Namun begitu, jeragat juga boleh berlaku disebabkan perubahan hormon, tekanan berlebihan, toksin berlebihan, masalah tiroid dan juga penggunaan pil perancang.


Ada banyak cara semulajadi nak hilangkan jeragat. Nak yang mudah, susah, atau murah atau cepat, semua terpulang pada kita kan. Ini ada beberapa cara saya nak kongsi bagaimana nak hilangkan jeragat.

Bahan-bahannya semulajadi, tetapi yang penting, amalkanlah dengan konsisten dan berterusan. :)

1. Jus lemon

Perahkan sebiji lemon dan dapatkan jusnya. Sapukan jus tersebut pada muka dan biarkan kering sendiri (20 minit). Bilas muka dengan air suam. Buatlah cara ini dua kali sehari selama tiga minggu.

2. Cuka epal

Campurkan 1 sudu cuka epal (apple cider vinegar) dengan 1 sudu air. Sapukan campuran ini pada kawasan jeragat. Biarkan kering. Bilas dengan air suam dan tepuk wajah perlahan-lahan. Buat cara ini sekali sehari.

3. Kunyit

Kunyit kaya dengan antioksidan yang boleh menghambat jeragat.

Caranya, ambil 5 sudu serbuk kunyit dan 10 sudu susu penuh (whole milk). Gaul, jadikan pes. Campur sedikit dengan tepung supaya ia lebih pekat. Sapukan pes ini pada kawasan berjeragat. Biarkan hingga kering. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan tuala bersih.

Ulang cara ini setiap hari hingga dapat hasil yang memuaskan.

4. Gel lidah buaya (aloe vera)

Aloevera mengandungi bahan yang boleh mengurangkan hiperpugmentasi dan mengembalikan warna asal kulit. Ia juga dapat membuang sel kulit mati dan menggalakkan sel kulit baru.

Caranya, potong daun lidah buaya dan ambil gelnya. Sapukan pada muka dan urut perlahan selama dua minit. Biarkan kering selama 20 minit dan bilaslah dengan air suam. Ulang cara ini dua kali sehari selama beberapa minggu.

5. Betik

Papain dalam betik ialah enzim yang bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi yang boleh menghilangkan sel kulit mati.

Caranya, ambil isi betik yang masak dan hancurkan hingga mendapat tekstur pes. Tambahkan 2 sudu madu dalam setengah cawan isi betik tadi. Sapu pada kawasan terjejas. Biarkan kering hingga 20 minit dan bilas dengan air suam.

Selain mengamalkan petua semulajadi, jeragat boleh di atasi dengan mengambil vitamin dan suplemen. Antara vitamin yang sangat membantu dan berkesan dalam mengurang serta menghilangkan jeragat ialah vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E serta kolagen.

Ini antara mereka yang seronok mengamalkan vitamin C.



Kakak ipar saya beri ibunya makan Vitamin C. Ibunya kata jeragat pun dah makin kurang.

Alhamdulillah... Saya seronok dengar berita macam ni.

Di bawah ini pula testimoni pengamal Collagen Powder Shaklee.
Siapa tak happy kulit yang sebelum ni ada tompok-tompok hitam, hijau kini dah jadi cantik, bersih, lembap dan gebu.

Jika ada masalah jeragat, jangan tunggu lama-lama. Nanti jadi semakin teruk. Habis merebak satu muka. Orang lain pandang pun kita naik segan. Betul tak? Jangan risau,  kini dah ada cara nak hilangkan jeragat dengan cepat dan mudah.


Ini memang kombinasi terbaik untuk kulit cantik, flawless dan bebas jeragat. Kolagen tu akan buat kulit jadi anjal dan mengembalikan semula struktur kulit. Manakala vitamin C bertindak menyamaratakan tona kulit dan mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari.

Dengan set ni, kulit akan bersih berseri bagai bulan di pagar bintang gitu... Orang tengok pun rasa nak cubit je sebab kulit pipi dah toing toing macam spring anjal.

Harga Collagen Powder Shaklee ni sekotak RM298. Tapi sekarang ada offer baik punya nih. Beli 6 kotak percuma 1 kotak, semuanya pada harga ahli, siap dapat percuma keahlian lagi. Cepat hubungi Ciksu sebelum promosi tamat!

                                                                         Hubungi:

ID: 868994