Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan mental. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan mental. Papar semua catatan

Ibu adalah pengurus kehidupan terbaik.

Dari kejutkan bangun pagi, memasak, susun jadual harian, appoinment dengan doktor, ingat jadual kelas tambahan anak, hantar dan ambil anak sekolah, jadi pakar motivasi, jadi jururawat, tenangkan anak-anak yang bergaduh, selesaikan konflik anak dan sibuk dengan kerja sendiri lagi di pejabat untuk membantu suami mencukupkan keperluan keluarga- seolah-olah semua kerja ibu yang buat.

Namun begitu, ada harga yang perlu di bayar.

Ada bukti mengatakan wanita pada waktu ini menghadapi tekanan yang lebih tinggi berbanding semasa dia bujang.

Dengan semua tanggungjawab yang terpikul di bahunya, dia menjadi sangat penat dan tertekan.

Tekanan ini menyumbang kepada masalah tidur, yang kemudian berjangkit menjadi tekanan emosi, isu di tempat kerja dan kenaikan berat badan.

Laporan daripada Persatuan Psikology Amerika (2006) mengatakan wanita lebih terjejas oleh tekanan berbanding lelaki lalu membentuk tabiat tidak sihat seperti pemilihan pemakanan yang teruk, merokok dan tidak ada aktiviti yang dilakukan untuk mengurangkan stress.
Ada kajian mengatakan stress di kalangan ibu-ibu ini memberi kesan kepada kesihatan fizikal mereka berbanding dengan lelaki.

 Tindakbalas Stress

Tindak balas stress, yang selalu dirujuk kepada 'respon lawan-atau-lari' sebenarnya adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomik kita; dan juga adalah satu tindak balas yang rapid dan automatik terhadap ancaman fizikal atau mental.

Contohnya, apabila kita di kejar oleh perompak. Otak kita hasilkan tenaga, kelajuan dan fokus kepada kita sama ada untuk kita melawan atau kita lari laju laju.

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu ancaman, satu bahagian kecil dalam otak (hipotalamus) menghidupkan 'alarm' dalam badan kita. Dengan kombinasi saraf dan signal hormon, 'alarm' ini akan meransang kelenjar adrenal untuk melepaskan hormon stress iaitu adrenalin dan kortisol.

Adrenalin meningkatkan degupan jantung, menaikkan tekanan darah, dan menggerakkan nutrien tenaga (glukos, asid amino dan asid lemak) dari simpanan tubuh.

Kortisol (hormon utama stress) menaikkan kadar gula darah, menggalakkan pengambilan sugar di sel otak, serta meningkatkan keperluan asid amino untuk memperbaiki tisu tubuh.

Kortisol juga berfungsi menghentikan fungsi tubuh yang tidak perlu semasa stress akut seperti tindakbalas imun, proses penghadaman, sistem reproduktif dan proses pembesaran.

Tindak balas stress adalah normal dalam tubuh kita dan ia dikawal secara automatik. Apabila krisis berakhir, degupan jantung kembali normal, tekanan darah semakin stabil dan sistem lain berjalan seperti biasa.

Selain stress akut, tubuh kita turut di ancam oleh ancaman psikologi yang kronik contohnya seperti tekanan di tempat kerja dan rumah, konflik dengan keluarga atau rakan, perubahan besar dalam hidup seperti kematian dan perceraian, juga turut mencetuskan alarm yang sama.

Kesan stress kepada kesihatan fizikal

1. Fungsi penghadaman

Apabila stress, seseorang akan kerap mendapat cirit birit, sakit perut atau juga sembelit. Ini kerana semasa stress aliran darah ke bahagian penghadaman menurun, hormon tekanan mula memperlahankan pelepasan asid gastrik dan mengosongkan gastrik.

Hormon yang sama turut meningkatkan aktiviti di usus kecil. Stress mampu menyebabkan IBS (Irritable Bowel Syndrom) yang mana gejalanya termasuk sakit abdomen, kembung perut, sembelit atau cirit-birit.

2. Tindak balas Imun

Sistem imun kita ni sangat kompleks. Ia perlu seimbang antara sistem yang bertindakbalas terhadap ancaman fizikal, ancaman emosi, juga terhadap jangkitan yang merosakkan sel.

Apabila berhadapan dengan ancaman fizikal akut contohnya seperti luka, sistem imun bertindakbalas dengan cepat dengan menghasilkan bahan inflamasi di sekeliling luka.

Tetapi, apabila kita menghadapi ancaman stress kronik, sistem imun yang sama tidak berfaedah kepada kita. Bahkan ia juga turut menghadapi tekanan lalu menyebabkan kita lebih mudah mendapat jangkitan.

Satu keadaan di mana sistem imun menghadapi masalah, ia boleh menyebabkan penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang sel badan kita sendiri.

Contoh penyakit autoimun ialah SLE (lupus), RA (rheumatoid athtritis), multiple sclerosis, serta penyakit tiroid yang mana ia kerap menyerang wanita berbanding lelaki.

3. Kesan terhadap sistem saraf dan kardiovaskular

Pengaktifan hormon stress yang kronik boleh meningkatkan kadar degupan jantung, menaikkan tekanan darah serta lipid (lemak seperti kolesterol dan trigliserida) dalam darah. Kesemua ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu. Jika respon lawan-atau-lari tidak pernah 'tertutup', sisa atau by-products daripada kortisol akan menyumbang kepada keadaan kemurungan (depresi) dan rasa cemas (anxiety).

Stress kronik turut memberi kesan kepada memori otak.

4. Tidak cukup tidur

Tidur sangat penting kepada kesihatan seorang wanita. Apabila wanita mempunyai bayi kecil atau anak-anak yang sakit, tidurnya akan terganggu. Kronik stress dan rasa cemas atau anxiety kerap mengganggu apabila tidak cukup tidur.

5. Obesiti dan kenaikan berat badan

Stress kronik serta masalah tidur boleh beri kesan kepada kenaikan berat badan. Hormon kortisol memainkan perana dalam pengumpulan sel lemak pada kawasan abdomen.

Saiz yang besar terutama pada kawasan perut boleh menyebabkan kenaikan paras gula dan berisiko mendapat diabetes serta sakit jantung.

Masalah tidur boleh memberi kesan kepada hormon metabolik yang mengawal selera.

Kajian demi kajian telah menunjukkan masalah tidur berupaya menyebabkan:
  • peningkatan hormon ghrelin
  • penurunan hormon leptin
  • kenaikan selera makan
  • kenaikan berat badan
6 Cara Terbaik Menguruskan Stress

1. Kenal pasti punca stress

Sama ada isu perkahwinan, kewangan, kerjaya, kesihatan atau lain-lain. Apabila kita tahu punca yang menyebabkan kita stress, kita akan belajar menguruskannya dengan lebih baik.

2. Sediakan masa untuk ketenangan (me time)

Jika mampu, apa salahnya ambil cuti dan bercuti untuk tenangkan fikiran. Jika tidak, cukup dengan hanya 10 minit sehari.

Dalam masa 10 minit ini, duduk diam, bernafas dengan baik dan teratur dan cuba 'betulkan' semula fikiran kita.

Ambil buku dan pen serta catatkan semula kejayaan, kemenangan atau apa saja perkara yang buat kita gembira dan bersyukur walaupun ia hanyalah perkara kecil.

3. Pastikan ambil nutrisi yang cukup 

Nutrisi yang baik melalui pemilihan makanan yang tepat sangat penting untuk mengurangkan stress berlebihan.

Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah juga sangat menekankan pengambilan makanan yang bagus untuk otak dan mental kerana ia sangat berkait rapat.

Pastikan kita ambil cukup sumber protein, karbohidrat, vitamin, mineral, asid lemak  penting untuk tenaga, mental yang fokus, dan kestabilan emosi.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Kurang tidur bukan saja boleh sebabkan berat badan naik, dan rasa lesu, bahkan boleh menyebabkan sakit, demam bahkan kemalangan.

Cubalah untuk tidur pada masa yang tetap setiap hari. Elakkan minum kopi, atau makan hidangan yang berat sebelum tidur.

5. Cara hidup aktif

Active lifestyle dapat membantu mengurangkan stress dan memperbaiki masalah tidur. Ia juga akan bantu kita kawal selera makan, dan membakar kalori untuk mengekalkan berat badan sihat.

Senaman juga dapat menguatkan sistem kardiovaskular kita- menguatkan otot jantung, menurunkan tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan trigliserida serta mencegah risiko sakit jantung dan strok.

6. Ambil suplemen

Penuhkan kelompongan nutrisi dengan multivitamin/ multimineral yang seimbang. Amalkan vitamin B complex, vitamin C, vitamin E, kalsium, magnesium, vitamin D, Omega 3.

Juga boleh amalkan meminum teh yang kaya dengan antioksidan untuk tingkatkan fokus, dan fungsi mental.

Bukan senang nak jadi ibu, apatah lagi ibu tunggal.

Kita perlukan lebih kesabaran, kasih-sayang dan disiplin untuk menghadapi hari-hari yang mencabar, menghadapi kerenah anak-anak yang membesar dan tuntutan hidup.

Paling utama ialah kita menjaga dan menyayangi diri sendiri, barulah boleh menjaga dan menyayangi orang lain.


-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee


ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Penyakit dimentia ni jarang-jarang disebut orang, walhal ia adalah satu penyakit yang semakin banyak berlaku sekarang ni.

Dimentia adalah satu keadaan dimana berlaku kemerosotan dalam fungsi kognitif akibat kecederaan atau penyakit pada otak melebihi apa yang di jangka dalam proses penuaan biasa.

Secara mudahnya bolehlah kita takrifkan sebagai pelupa, hilang ingatan, atau nyanyuk. Teringat pula saya pada cerita drama Melayu masa saya kecil-kecil dulu mengenai orang tua yang hilang ingatan pada masa-masa tertentu ni.


Sekarang pun masih ada kes-kes warga emas hilang kerana tidak ingat jalan balik kerumah. Ini antara simptom biasa dimentia.

Sebenarnya simptom ni berbeza antara individu. Tapi bolehlah kita bahagikan kepada dua kategori iaitu perubahan kognitif dan perubahan psikologi.

Perubahan kognitif

  • hilang ingatan
  • susah nak berkomunikasi, hilang perkataan
  • sukar melaksanakan tugas yang lebih kompleks
  • sukar melakukan urusan perancangan atau mengendalikan sesuatu
  • kesukaran dalam fungsi motor dan koordinasi
  • mudah lupa atau lost
Perubahan psikologi
  • perubahan personaliti
  • hilang kewarasan
  • tingkahlaku tak sesuai
  • paranoia
  • halusinasi
  • mendengar suara
Dimentia melibatkan kerosakan sel saraf dalam otak yang boleh berlaku di kawasan tertentu dalam otak. Oleh itu individu yang terlibat mendapat kesan bergantung kepada kawasan mana yang terlibat itu.

Jadi punca seseorang itu mendapat dimentia adalah berdasarkan bahagian mana dalam otaknya yang mengalami kecederaan atau gangguan saraf.

Banyak juga sebab dan faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat dimentia. Antara mereka yang kemungkinan besar berisiko mendapat dimentia ialah:

  1. Peningkatan usia
  2. Sejarah keluarga
  3. Down syndrome
  4. Pengambilan alkohol
  5. Atherosclerosis (timbunan lemak dalam dinding arteri)
  6. Tekanan darah
  7. Kolesterol tinggi
  8. Tekanan
  9. Diabetes
  10. Tinggi aras estrogen
  11. Aras homocysteine dalam darah
  12. Obesiti
  13. Merokok
Dimentia mungkin susah nak pulih. Pesakit perlu jalani rawatan, makan ubat, terapi dan sebagainya. 

Untuk mencegah dimentia pula, lakukan perubahan dalam cara hidup kita. 

1. Banyakkan berbual dan berkomunikasi

2. Elakkan tekanan perasaan dan emosi berlebihan

3. Banyakkan bersenam dan berfikiran positif

4. Buat banyak latihan yang menguji ketahanan otak dan daya fikir

5. Kurangkan kafein, lemak, kolesterol, garam dan gula berlebihan

6. Berhenti merokok dan minum alkohol

7. Buat dan tulis perancangan setiap hari

8. Banyakkan membaca Al-Quran

9. Makan secara sihat makanan yang seimbang dan berkhasiat

10. Ambil dietary supplement

Suplemen Untuk Kuatkan Semula Ingatan dan Keupayaan Mental

Kajian dalam Journal Of NeuroScience menunjukkan pengambilan secara tetap antioksidan yang dinamakan resveratrol dapat meningkatkan keupayaan memori dan otak. Vivix tinggi kandungan resveratrol dan dapat membantu mencegah dan memperbaiki kerosakan sel dan melambatkan penuaan sel.

Suplemen Omega 3 adalah asid lemak politaktepu yang wajib di ambil kerana ia mengandungi DHA, yang dapat meningkatkan ingatan, mencegah Alzheimer, dan supaya sel-sel otak terus aktif berhubung.

Lecithin adalah komponen penting dalam otak yang berfungsi sebagai penghantar isyarat supaya sel-sel otak terus saling berhubung. Kekurangan lecithin boleh menyebabkan seseorang jadi pelupa, dan hilang ingatan.

Menjadi pelupa, hilang ingatan dan nyanyuk semestinya sesuatu perkara yang sangat sukar di terima. Orang sekeliling mesti memainkan peranan agar pesakit ini dapat menerima diri mereka sendiri dan tidak merasa diri mereka menyusahkan orang lain.

Dan, kalau nak tahu bukan warga emas je yang boleh jadi pelupa, orang muda pun sama. Nak-nak bila dah masuk umur 30an, metabolisme dah menurun, hormon juga dah tak seimbang. Kalau tak jaga dari sekarang, bila lagi kan?

Jika berminat untuk mendapatkan suplemen kesihatan mental ini, boleh hubungi saya;

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

atau buat belian sendiri secara online dengan klik;


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan berpanjangan untuk memudahkan kita beribadah hingga akhir hayat kita, insyaAllah.