Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Set Detoks Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Detoks Shaklee. Papar semua catatan
Detoksifikasi atau ringkasnya detoks adalah proses menyingkirkan bahan-bahan tidak diperlukan yang dikenali sebagai toksin dalam badan kita.

Badan kita Allah buat cantik dah sebab ada 'mesin' detoksnya sendiri.

Organ detoks dalam badan kita tak lain tak bukan adalah hati, buah pinggang, kulit, usus besar. Taik mata, taik hidung, taik telinga tu pun sebenarnya adalah toksin yang telah dikumpulkan.

Power tak power.


Habis tu buat apa nak sibuk-sibuk detoks lagi? Nak kena minum lemon la, nak makan herba tu herba ni nak buat apa lagi? Semua tu dah tak perlu...

Betul ke? 🤔🤔

Imagine la ye...seseorang tu suka sangat makan jajan cikedis sejak dari umur 5 tahun sampai dah nak masuk 40 tahun.

Tahu kan dalam cikedis tu ada apa? Bahan pewarna, perasa, pengawet, MSG segala bagai yang kita keep on makan. Iu adalah toksin yang organ kita susah payah nak keluarkan.

Apa lagi seseorang tu merokok, banyak makan ubat, makan fast food, banyak terdedah kepada asap kenderaan, terdedah kepada bahan kimia berbahaya atau radiasi, banyak makan ubat, obesiti lagi ha cuba kira berapa banyak toksin bertimbun dalam badan dia.

Alangkan kereta kena servis. Mesin dekat kilang kena servis. Apatah lagi organ kita yang menerima timbunan toksin setiap hari.

Sebab itu sekali sekala kita perlu detoks.

Dalam agama Islam sendiri menganjurkan kita berpuasa. Hikmahnya supaya toksin2 dalam badan kita dapat dikurangkan. (Tapi kurang ke time berbuka kita bedal macam tak hengat dunia).

Selain berpuasa, kita kena kerap minum air kosong. Air pun agen detoks.

Kena juga bersenam supaya keluar peluh. Peluh bantu keluarkan toksin yang ada di permukaan kulit kita.

Kena makan makanan yang sihat sahaja. Kena 'eat clean' bak kata orang sekarang. Tujuannya untuk kurangkan kemasukan toksin daripada makanan. Tau je la makanan kita hari ni. Segenap penjuru ada toksin.

Kenapa Perlu Detoks Cara Shaklee?

Sebenarnya, terpulanglah cara bagaimana kita nak buat detoks. Tapi dengan Shaklee, ia lebih menyeluruh kerana ia bertujuan untuk 'reset' balik gaya hidup dan cara makan kita.

Sebab itu ada disediakan 'mealplan' yang kita kena ikut.

Maka, tak dela proses detoks kita meraban je. Minum air detoks tapi still makan makanan yang banyak gula, garam, perasa, pewarna semua? Macam mana tu?

Detoks cara Shaklee bertujuan untuk:

1. Menggalakan pembersihan dan pencucian 'spring cleaning' badan dengan cara yang sihat.

2. Reset semula sistem tubuh

3. Menggalakkan organ berfungsi secara optimum

4. Menggalakkan badan menyerap nutrien, makanan berkhasiat dan suplemen dengan lebih baik

5. Meningkatkan tahap kesihatan dengan itu badan lebih bertenaga, lebih fokus, rasa lebih segar dan bonusnya mungkin penurunan berat badan dan inchloss.

Set Detoks Shaklee

Tuan puan boleh memilih untuk buat detoks menggunakan set pilihan yang telah disusun oleh saintis Shaklee.

*Cinch Shake boleh pilih perasa kegemaran
Seperti yang saya katakan, program detoks Shaklee ini telah di kaji oleh saintis Shaklee.

Ia selamat serta keberkesanannya terbukti.

Testimoni Detoks Shaklee

Di bawah ini ada beberapa pengalaman pengguna yang telah mengikut program Detoks Shaklee.

Ya, peringkat pertama kita lakukan detoks cuma satu minggu sahaja. Namun hasilnya boleh di katakan agak bagus!




Banyak sangat manfaat buat detoks Shaklee ni. Ia di jamin selamat dan insyaAllah berkesan dan yang bestnya kita dapat atur semula jadual makan kita serta seronok buat eat clean.

Saya sendiri dah jadi tàkut dan berhati-hati je nak pilih makanan sejak buat detoks Shaklee.

Bagi tuan puan yang berminat nak buat detoks cara Shaklee dan menggunakan produk2 Shaklee, boleh hubungi saya.

InsyaAllah saya akan bantu guide yang termampu.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Kenapa Perlu Detoks?

by on Oktober 25, 2019
Detoksifikasi atau ringkasnya detoks adalah proses menyingkirkan bahan-bahan tidak diperlukan yang dikenali sebagai toksin dalam badan kita....
Masalah perut buncit adalah masalah yang paling kerap mengganggu tak kira lelaki atau wanita terutamanya jika dah berkahwin dan mempunyai anak.

Kenapa?

Saya dah tulis dalam entry yang lepas >> Bahaya Lemak Berlebihan Di Kawasan Perut.

Masalahnya, perut buncit ni susah sangat nak kempis.

Dah buat macam-macam cara, tapi tak kempis-kempis juga. Terfikir je nak pergi buat rawatan sedut lemak tetapi memikirkan kos dan side effect yang mungkin di tanggung, terus tak jadi.

set kurus shaklee

Hmmm...

Kalau begitu, mungkin anda ada melakukan kesilapan ini. Sebab itu susah sangat buncit perut nak hilang.

Jom tengok apakah kesilapan itu.

#1. Boleh kempis dalam masa yang singkat

Adalah mustahil lemak yang tersimpan sejak bertahun-tahun boleh hilang dalam masa yang sekejap saja. Letakkan target yang sesuai, contohnya, dalam masa sebulan, saya akan kurangkan 5 inci pada saiz pinggang saya.

Ya, target biar realistik. Yang penting kita buat dengan cara yang selamat.

#2. Kadar metabolisme rendah

Apabila umur makin meningkat, kadar metabolik menjadi perlahan. Namun begitu tidak bermakna ia akan kekal begitu. Untuk naikkan metabolisme, banyakkan bersenam dan amalkan gaya hidup aktif.

#3. Melakukan senaman yang salah

Ayyoo..bersenam sudah, rupanya salah! Senaman kardio seperti berlari, tidak akan membantu. Lakukan juga senaman yang meningkatkan keupayaan otot seperti 'weight training' atau 'strength training'.

Ini kerana, untuk membakar lemak, kita perlukan otot. Otot akan membakar lebih banyak kalori berbanding lemak.

Mulai hari ni, amalkan senaman di bawah ini.


Jika selepas 3 minggu tiada perubahan, fokus kepada senaman yang lebih berat lagi.

#4. Tak jaga makan

Elok dah kita makan buah dan sayur semua, tapi masalahnya dalam masa sama kita turut makan makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan makanan terproses.

Contoh makanan terproses ialah roti, biskut, kerepek, jajan, cip dan semua makanan segera. Semua makanan ini menggalakkan pengeluaran bahan inflamatori. Jadi memang sah perut kita takkan kempis.

#5. Tak pantang gula

Inilah satu sebab yang buat seseorang susah betul nak kempiskan perut. Kita selalu kalah dengan godaan daripada minuman dan makanan enak-enak.

Bila kita buat jus, biasanya kita buang ekstrak fiber, dan cuma dapatkan jusnya. Sedangkan gula itulah penyebab lemak di perut lebih menebal.

Mulai hari ini, berhenti ambil minuman manis, dan minumlah cuma air kosong. Perlahan-lahan cuba kurangkan pula mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.

Jika terasa nak makan benda manis, kunyahlah sebiji epal, sepotong tembikai atau buahan seperti blueberi atau strawberi.

Sekarang kita tahu apa punca yang menyebabkan perut kita susah sangat nak kempis.

Oh ye, perlu diingat, lemak yang ingin kita buang ini ialah lemak viseral (atau juga di panggil lemak intra-abdomen) sebab lemak ini yang berada di sekeliling organ-organ penting badan kita.

Jadi, dah tahu apa kita nak target kan?

Saya ulang semula:

  • biar lambat asal selamat
  • tingkatkan metabolisme
  • jaga pemakanan (ikut saranan suku-suku-separuh)
  • buat senaman yang betul (fokus untuk bina otot)
  • pantang gula
Semoga anda mencapai berat badan yang diidamkan, semoga dapat kembali shape zaman muda remaja dulu dan semoga kita terus sihat sampai tua.

InsyaAllah Mudah-mudahan.

Sekiranya berminat nak dapatkan suplemen Shaklee yang membantu boost metabolisme dan bantu kempiskan perut, hubungi saya:

Puan Suhaila
Whatsapp (klik) >> www.wasap.my/60132369434
ID: 868994