Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Sebenarnya banyak sangat benda nak tulis, sebab terlalu banyak tu rasa nak bersyukur dulu.

Allah berfirman,
"Jika kamu bersukur, maka AKU akan menambah nikmat itu kepada kamu. Dan jika kamu ingkar, maka seksaan AKU amat pedih''- Ibrahim:7

Dengan apa yang saya lalui sekarang, saya sangat bersukur. Bersyukur sebab apa yang Allah telah beri kepada saya.

1. Syukur dulu Allah bagi saya masuk aliran sains.
2. Syukur dulu saya belajar biologi
3. Syukur dulu saya masuk matrik Langkawi
4. Syukur saya dapat aliran Sains Hayat
5. Syukur result last sem tak gempak pun :P
6. Syukur tak dapat jadi doktor
7. Syukur dapat masuk UM
8. Syukur dapat pegi aliran sains lagi.
9. Syukur dulu buat major Sains Biokesihatan
10. Syukur dulu banyak belajar tentang manusia, herba, tumbuhan, penyakit dsb
11. Syukur dulu beli buku Biologi yg besar ni ;)) banyak sgt info dalamnye.. suka!
12. Syukur jumpa kawan yg skrg jadi upline saya
13. Syukur Allah bg saya join Shaklee
14. Syukur Allah bagi saya tolong orang
15. Syukur Allah bagi saya jumpa ramai orang yang best2
16. Syukur, syukur dan syukur!

Nikmat Allah tidak akan terhitung oleh kita.

jom BERSYUKUR!

SYUKUR, SYUKUR DAN SYUKUR!

by on Mac 27, 2013
Sebenarnya banyak sangat benda nak tulis, sebab terlalu banyak tu rasa nak bersyukur dulu. Allah berfirman, "Jika kamu bersukur, mak...
Siapakah umat Muhammad?

Umat Muhammad ialah:

Yang sabar apabila di hina

Yang kuat apabila dipersenda

Yang gigih apabila berusaha

Yang senyum jika terluka

Yang memaafkan bila kecewa

Yang berani bersemuka

Yang indah bila berkata-kata

Yang sopan bila berbicara

Yang tawaduk sebagai hamba

Yang ikhlas dijiwa

Yang mulia bila di cerca

Yang redha bila di duga

Yang qanaah selepas berusaha

Yang zuhud dengan dunia

Yang penuh ilmu di dada

Yang dirindui Baginda di akhir hayatnya

Ya, aku ini umat Muhammad!

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad, wa 'ala ali saidina Muhammad..


AKU UMAT MUHAMMAD!

by on Januari 25, 2013
Siapakah umat Muhammad? Umat Muhammad ialah: Yang sabar apabila di hina Yang kuat apabila dipersenda Yang gigih apabila berusaha Y...

Allah berfirman,
"Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya AKU perkenankan doa permohonan kamu" Ghaafir:60.

Seringkali kita tertanya-tanya mengapa sudah sekian lama kita berdoa, Allah belum memakbulkan permohonan kita itu? Sedangkan Allah telah berjanji untuk memperkenankannya?

Jangan sesekali fikir begitu, kita ini hamba Allah, Allah berhak menguji kita pada bila-bila masa dengan apa jua bentuk ujian sekalipun. Apapun yang berlaku, kita diingatkan supaya jangan berputus asa dengan pertolongan Allah.

Saban hari, setiap saat seluruh umat Islam diseluruh dunia memanjatkan doa dengan harapan setiap permintaan itu dikabulkan. Namun tidak semua doa itu termakbul. Disebabkan rasa kecewa kerana permohonan itu seakan-akan tidak dilayan, lalu kita pun berhenti berdoa.

Berdoa bukan saja semata-mata tanda permohoan kita kepada Allah, tetapi ia adalah salah satu ibadah yang sangat disukai  dan dimuliakan oleh Allah.

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah berbanding doa" Hadis Riwayat Tirmidzi di dalam sunannya.

Allah Tuhan yang Maha Adil, dan Dia sentiasa mengotakan janji janjiNya. Namun, kita yang gagal untuk memahami hikmah disebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang kita pinta itu terbaik untuk diri kita, padahal Allah lebih mengetahui segalanya. Adakalanya, apabila Allah tidak mengabulkan sesuatu permintaan, ini bermakna Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dipinta.

Rasulullah bersabda;
"Tidaklah seorang muslim berdoa kepada Allah dengan satu doa yang tidak terisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturrahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu daripada tiga perkara: Allah akan segera memakbulkannya atau Allah menyimpannya sebagai pahala di akhirat, atau Allah menghindarkan dirinya daripada keburukan semisalnya."

Mereka berkata, "kalau begitu, kami harus memperbanyakkan berdoa,"

Rasulullah pun bersabda;
"Apa yang Allah kurniakan kepada kamu lebih banyak daripada apa yang kamu minta".

-Hadis Riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya

Terfikirkah kita, doa yang tidak dimakbulkan itu mungkin juga disebabkan kesalahan atau kekurangan yang ada pada diri kita sendiri?

1. Kelalaian dalam mentaati perintah Allah dan tewas dengan godaan hawa nafsu merupakan penyebab utama terhalangnya kurniaan kebaikan seperti mudah termakbulnya doa.

2. Kemungkinan kita lalai untuk mempedulikan halal atau haramnya makanan dan pakaian kita seharian.

"Kemudian, baginda menyebutkan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan yang jauh, rambutnya kusut masai dan berdebu. Dia berdoa sambil menadah tangan ke langit lalu berkata, " Ya Rabbi, Ya Rabbi", sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan?"
Hadis Riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya.

3. Kita mungkin juga terlalu terburu-buru meminta sesuatu agar ia segera dimakbulkan sehingga kita seperti memaksa Allah untuk cepat-cepat mengabulkan doa kita.

Rasulullah bersabda,
"Akan dimakbulkan doa salah seorang dari kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan, "Aku sudah berdoa tetapi tidak dimakbulkan bagiku." HR Imam Al-Bukhari di dalam Sahihnya.

Yakin tanpa putus asa

Sewajarnya kita tidak putus harapan dalam berdoa, dan tetap memperbanyakkan amalan. Sentiasa yakin bahawa Allah akan mengabulkan permintaan kita itu. Jadikan aktiviti berdoa sebagai satu ibadah yakni mesti ikhlas melakukannya. Ikut tatacara berdoa seperti yang di sarankan Rasulullah. Doa hendaklah di baca dengan perasaan rendah diri di hadapan Allah dengan suara yang perlahan.

Firman Allah,
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan dengan suara perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas" Al A'raaf: 55

PENGHALANG TERMAKBULNYA DOA

by on Januari 15, 2013
Allah berfirman, "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya AKU perkenankan doa permohonan kamu" Ghaafir:60. Seringkali kita tertanya-...

"Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya dan mengatupkannya? Tiadalah yang memegangnya, melainkan Ar-Rahman. Sungguh, Dia Maha Melihat tiap-tiap sesuatu" Al-Mulk:19

"Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, Dia akan membantu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang berangkat pada pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya pada petang hari dengan perut kenyang" Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah.



Belajar Dari Burung
Allah menjamin rezeki setiap makhluknya, baik seekor burung, cacing atau ulat dalam batu sekalipun. Tetapi burung tahu bahawa SYARAT WAJIB untuk memperoleh rezeki itu ialah dengan berusaha.

Burung itu lalu keluar dari sarang kerana ia tahu Allah telah menyediakan rezeki untuknya, dan Allah tidak mencampakkan rezeki tersebut ke dalam sarangnya.

Burung keluar dengan tawakkal, ia tak tahu rezekinya di mana, tapi ia terus terbang dan mencari, serta yakin bahawa rezekinya ada di mana-mana.

Burung akhirnya berjumpa dengan makanannya, dan makan dengan kenyang. Jika berlebihan, burung bawa pulang untuk anak-anak di sarang.




REZEKI BURUNG

by on Disember 07, 2012
"Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya dan mengatupkannya? Tiadalah yang memegangnya, mela...
Assalamualaikum, salam bahagia..

Mendengar dan melihat berita kekejaman israel terhadap rakyat Palestine sangat menggigit tangkai hati. Anak-anak kecil, bayi2 sebaya  anak kita, menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman binatang bertopengkan manusia, membuat air mata senang mengalir. Siapa yang tak rasa sedih, mereka saudara seagama kita, ibarat kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

Apa yang mampu kita beri hanyalah sepotong doa (tanpa rasa ragu-ragu), keyakinan bahawa Palestine akan menang dengan pertolongan Allah, dan sumbangan wang ringgit yang boleh disalurkan melalui akaun bank antaranya boleh di lihat di website Aman Palestin ini.

Apa yang saya nak share hari ni bukanlah isu kekejaman Israel ini, tetapi tentang sedikit peringatan, buat diri sendiri dan kawan2 juga.. Semuanya tentang saya...

Dulu saya memang bercita2 nak jadi doktor, sebab tu lepas habis SPM sy pilih jurusan Sains Hayat di Matrikulasi. Dengan result tak seberapa, sy mohon sambung degree dlm bidang perubatan. Berangan tak hengat kan.. tapi dalam byk2 pilihan sy dapat masuk ke fakulti Sains dalam jurusan Sains jugak la.. so saya pilih Sains Biokesihatan.(tak nak kalah) asal ada bunyi2 kesihatan tu ok la.. hehe.. dan lagi, menurut lecturer, kitorg boleh sambung untuk buat course kedoktoran jugak.. cita-cita begitu tinggi menggunung.

Lepas habis degree, tak sambung pun, tp menggatal kawin..kui3.. (jodoh dtg awal kan) keje sekejap kat MARDI, lepas tu terus pindah Penang ikut husband. Seingat saya ada abg ipar offer sambung wat medic (dia tanggung) tp masa tu mcm xde mood pulak keke. sebab fikir nak kerja, nak kawin. tah la.. akhirnya impian terkubur begitu saja. Cita-cita asal tu begitu kuat disebabkan arwah ayah yang mendorong saya, dia teringin sgt nak anaknya ni jadi doktor.. tp tak kesampaian apakan daya..

Lepas tu saya fikir, tak pelah x jadi doktor pun, kalau jadi pakar konsultasi kesihatan pun ok jugak..tak tahulah ngape naluri untuk masuk dalam bidang kesihatan ini begitu kuat.. sy teringin jugak nak jadi misi eh nurse, tp memikirkan kerje kena shif2, mlm2 tinggal anak, kesian.. hmm x jadilah. hihi..

Dah jadi surimah bertauliah sejak 4 tahun lalu ni bercita2 pulak nak jadi binesswoman berjaya hanya dari rumah. Saya pernah amek kelas menjahit, tp sekerat jalan sebab yuran beli brg2 mhl giler..sempat beli mesin jahit, dan berguna jugakla buat alter kaki seluar, jahit kain koyak2 dan jahit langsir.

Pastu sy buat bisness kecik2 jual keronsang.. tunjuk kat jiran2, tunjuk kat org kampung, ok lah.. lepas balik modal.. bila teringin nk kembangkan, buka booth ke, survey2 pasaraya tgk ramai la pulak org jual keronsang.. berkubur lagi.. tp supplier keronsang tu sgt baik, smpai skrg masih kenal sy. dia ada kedai kat tesco, jd selalu jumpa la..

Bila terlibat dgn internet, sy tengok ramai pulak org buat bisness, maka sy pun terfikir, ngape sy tak cuba? mana tahu ada rezeki dari sini..dari situ terbinalah butik annajah. Kenapa ANNAJAH? annajah kan maksudnya berjaya. kejayaan..InsyaAllah sy boleh berjaya..!!

Dipendekkan cerita, dengan izin Allah, saya pun terlibat dengan Shaklee.. Sy suka buat Shaklee sebab?? Ingat tak tadi saya cerita nak jadi pakar konsultasi kesihatan?? Ingat tak minat saya td kepada bidang kesihatan? Ingat tak tadi saya nak jadi bisneswoman dari rumah??

Seriusly bila difikir2kan semula, apa yang saya dah lalui dalam hidup ini mengikut perancangan Allah. tapi sedar tak sedar ia bermula dari apa yang kita fikirkan.

Jangan tak percaya bahawa ada satu masa saya pernah fikir, saya nak duk jauh ngn family, saya nak duk Penang. Allah MAKBULKAN!!! (dan sekarang sebok nak balik pahang pulak) Janganlah di tanya kenapa saya nak duk jauh ngn family..hehe ini fikiran saya masa zaman muda remaja dolu2, merajuk2 dgn family ugut diri sendiri nak membawa diri jauh ke Penang. (nasib baik Penang, kalo US??) huhuhuu.. kiranye jauh sgt la Penang tu, tapi cukup dekat kalo rindu2 family boleh balik phg..kekekeke... :P

Oklah pesan saya pada diri sendiri, dan kawan2 dan adik2, awaslah fikiran kita.. (dah tua2 ni baru tahu tentang law of attraction). Apa yg kita fikirkan memacu minda bawah sedar kita mengikut apa yg kita fikirkan tadi. Dan fikiran kita itu di awasi juga oleh Allah.. Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar, walau sekecil dan sehalus mana detik hati kita..

Dalam sebuah Hadith Qudsi, Allah telah berfirman,

"Aku menurut persangkaan hambaku"
-Hadith Riwayat Al-Bukhari

Firman Allah ini sangat besar ertinya dalam menentukan nasib manusia semasa hidup di dunia ini.

Seandainya kita bersangka buruk, dan menyangka Allah tidak membantu kita, Allah mengecewakan kita, kita pun putus asa dengan rahmat Allah, maka apa yg kita dapat itulah yang selayaknya kita terima. Mengikut persangkaan kita tadi.

Andai kita bersangka baik dengan Allah, yakin Allah membantu kita, Allah sembuhkan kita, Allah akan beri apa yang kita minta, maka janganlah terkejut mendapat seperti apa yang kita fikirkan tadi.

Maha Suci Allah...fikirkanlah apa yang telah kita lalui dalam hidup, apa yang telah kita terima, apa nikmat yang telah Allah bagi pada kita, kita akan terasa kebesaran-Nya.. Allahu Akbar!!

Last but not least, hati2 dengan fikiran kita, hati2 dengan kata2 kita, hati2 dengan detik hati kita, dan fikirlah yang baik2 saja, berkata2lah dengan kata2 yang baik saja...

Saya Mahu Kaya, Saya Mahu Berjaya, Saya Mahu Sihat!!!

Salam sayang, (^_^)v