Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
"Pening kepala mama tengok korang ni, asyik menyepah je. Itu jelah korang tau! Mama penat tau!"

"Hari-hari jalan jem. Bosan wei! Korang ni naiklah motor, biar aku sorang naik kereta!"

"Sikit-sikit assignment. Apa dia ingat aku ni tak de kerja lain ke? Dah la WhatsApp customer tak sempat nak balas lagi nih. Fed-up betul!"

''Abang dengan kakak boleh diam tak? Kan papa tengah drive nih. Jangan bisinglah!"

"Bosanlah.. Dah macam-macam aku try. Tapi semua bisnes tak jadi. Kena mandi bunga agaknya aku ni.."

"Aku pun kena mandi bunga kot. Boyfriend asyik mintak putus je. Bila aku boleh kahwin macam ni. Target aku lepas grad ni terus nak kahwin.. "


Dan banyak lagi keluhan, rungutan, kemarahan yang terhambur dari mulut kita.

Sememangnya kita ni payah nak bersyukur. Patutlah kepala makin kusut, muka makin kedut, rezeki susah masuk, hidup berkecamuk.

Sedar-sedar rupanya kita dah tua dalam keluhan. Rupanya banyak masa dalam hidup kita terbazir hanya dengan merungut tak habis-habis.

Dan rupa-rupanya sel dalam otak dan pada muka pun banyak rosak sebab terpaksa melayan muka yg masam, kedut, mencuka, kelat macam kucing sembelit.


Kan kacak dan jelita kalau kita dapat senyum sentiasa walau dalam keadaan apa pun. Happy go lucky sampai orang lain ingat kita ni alien yang takde perasaan negatif langsung.

Bersyukur Rahsia Awet Muda Paling Senang

Percaya tak, hanya dengan menukar persepsi kita melihat sesuatu, kita dapat mengubah emosi kita, seterusnya dapat mengubah diri kita menjadi lebih tenang, aman, damai dan bahagia?

Ini kerana dengan rasa bersyukur. kita dapat mengusir jauh semua tekanan yang kita sedang hadapi.

Tips SWITCH!

Ini yang sering saya buat kalau saya di'serang' dengan fikiran negatif melampau-lampau.

Kadang-kadang kita ni bukan tak mau jadi positif, tapi sebenarnya kita telah di hasut oleh suara-suara hati kecil kita sendiri. Dan lebih tepat lagi kita sering mendengar bisikan halus iblis di dalam hati kita. Haa nauzubillah...

Caranya ialah, apabila datang bisikan negatif cepat-cepat switch kepada ayat yang positif iaitu yang bertentangan dengan apa yang kita fikir/ rasa mula-mula tadi.

Contoh ayat negatif 1:

"Sikit-sikit assignment. Apa dia ingat aku ni tak de kerja lain ke? Dah la WhatsApp customer tak sempat nak balas lagi nih. Fed-up betul!"

SWITCH!:

"Alhamdulillah aku ada banyak kerja nak di buat. Ini bermakna orang masih yakin dengan aku dan Allah tahu aku mampu selesaikan perkara ni satu per satu. Aku insan hebat dan ada banyak potensi. jadi aku akan lakukan yang terbaik!"

Contoh ayat negatif 2:

"Pening kepala mama tengok korang ni, asyik menyepah je. Itu jelah korang tau! Mama penat tau!"

SWITCH!:

"Alhamdulillah, syukur Allah anugerahkan aku anak-anak yang aktif, sihat, lincah, bijak, kreatif, imaginatif. Aku tahu derang sedang belajar membentuk diri sendiri. Menyepahlah nak, nanti mama kemas. Buatlah apa kamu suka asal kamu bahagia. Mama tahu mama masih punya kamu dirumah ini, kamu masih ada di depan mata mama.."

Lain perasaannya kan?

Sebab tu orang yang selalu bersyukur adalah orang yang kelihatan muda. Bibir selalu menguntum senyum, hati selalu bersangka baik.

Dalam video ni ada tiga cara bagaimana kita nak mengoptimumkan perasaan syukur kita tu setiap hari supaya kita lebih gembira dan bertukar menjadi insan yang happy go lucky!



Best kan??

Nak panjang umur, sihat, awet muda, tenang, murah rezeki dan bahagia, banyak-banyakkanlah bersyukur walaupun dengan sekecil-kecil nikmat.

Salam sayang, anda kaya, bahagia dan berjaya!

012-9645614
Setiap yang bernama manusia akan melalui jatuh bangun dalam kehidupannya setiap hari.

Hari ini gembira, esok mungkin kita bersedih atas kehilangan seseorang atau sesuatu. Begitulah Tuhan menguji kita, untuk memperteguhkan kesabaran dan rohani kita.

Allah sentiasa ingin kita berada dekat denganNya, bergantung hanya padaNya setiap masa. Namun adakala kita terleka, terlalu seronok dibuai hawa nafsu hingga kita lupa padaNya.


Saat itu, Allah turunkan ujian dan peringatan, yang mungkin berbentuk musibah kepada kita. Apakah kita terus jatuh dalam kesedihan atau kita bangkit meneruskan kehidupan?

Kita tak dapat lari daripada rasa kecewa, sedih, buntu, rasa putus asa, dan terluka.

Rasulullah S.A.W juga pernah Allah uji dengan kesedihan. Dalam tahun yang dinamakan Tahun Kesedihan itu, bapa saudara baginda Abu Talib yang banyak mempertahankannya meninggal dunia, diikuti isteri kesayangan Khadijah binti Khuwailid.

Sejak pemergian Abu Talib, Rasulullah mendapat cabaran, ujian dan penghinaan yang bertubi-tubi daripada kaumnya sendiri, malah lebih dahsyat sebelum kematian bapa saudaranya.

Bila difikir-fikir dan diingatkan kembali, apalah sangat ujian yang kita terima ini berbanding Baginda S.A.W yang berjuang seluruh tenaganya untuk menyebarkan Islam. Syukur, Allah pilih kita lahir sebagai muslim.

Kita ada motivasi iaitu Al-Quran. Setiap kali di uji, ingatlah motivasi yang banyak Allah rakamkan dalam Al-Quran.

Laa yukallifullahu nafsa illa wus'aha.

Allah tidak memberati seseorang, melainkan dengan apa yang terdaya olehnya. Al-Baqarah: 286

Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beruntung.
-QS Ali Imran:200

Ayuhlah bangkit, rancang masa depan yang lebih gemilang. Lupakan kesedihan, teruskan kehidupan.

Hayya 'alal falah!



Alkisah terkeluar idea nak tulis tajuk ni...

Tadi masa menskrol facebook, MS baca post Ustaz Ebit Lew. Dan secara tak sengaja terbaca komen seseorang. Lebih kurang gini la komennya,

"...hari ini orang berlumba-lumba nak kumpul harta dan pangkat, mereka lupa itu semuanya ujian Allah dan bukan kejayaan sebenar dalam hidup"

Ada salah ke komen di atas? Tak, memang takde salahnya. Memang, harta, pangkat, kekayaan, kejayaan dunia tiada nilainya disisi Allah sedikitpun, Jika dan hanya jika kita lupakan Allah.

MS cuma tidak begitu setuju, dengan ayat 'berlumba-lumba mengumpul harta' tu. Malangnya dulu MS berfikiran begitu juga. Minda miskin. Kenapa orang Islam tak boleh kaya? Berdosa ke? Cuba jawab.

Seingat dan setahu MS, melalui pembacaan pelbagai buku dan sebiji Kitab Tafsir usang di rumah ni, tiada satu ayat pun dalam Al-Quran yang mengharamkan orang Islam jadi kaya. Setuju tak?

Pohon ampun dan maaf kalau MS tersalah. Mohon diperbetulkan. MS ni bukan sesiapa, bukan ahli tafsir jauh sekali menghafaz Al-Quran.

Cuba fikirkan, kalau menjadi kaya itu ujian, menjadi miskin itu apa? ketentuan? atau pilihan? Dalam Al-Quran pun tiada perkataan miskin. (yang ada hanya perkataan kecukupan [53:48]). Ya, Allah tidak menjadikan hambanya miskin. Allah hanya memberikan kecukupan. Apa yang kita ada pula sudah cukup untuk kita. Tapi lagi sekali salah ke jadi kaya? Salah ke ada niat untuk jadi kaya?

"Cukuplah dengan apa yang ada" ayat yang sangat selalu di ucapkan untuk menyelamatkan diri sendiri dan sebagai alasan supaya tak perlu bekerja lebih kuat lagi.

Kalau benar kaya itu ujian, miskin juga ujian kan? Berapa ramai orang miskin yang merungut hidupnya miskin? Berapa ramai orang miskin yang 'terpaksa' mencuri sebab berasa tidak cukup? Berapa ramai orang miskin mengeluh harga barang naik dan sebagainya?

Merungut dapat pahala? Mencuri dapat pahala? Mengeluh dapat pahala? Itulah ujiannya.. Allah nak tengok sekuat dan sejauh mana kita berusaha untuk keluar dari kemiskinan.

Apa baiknya menjadi kaya? Orang kaya selalu lupa diri, suka membazir, suka berpoya-poya, suka berlagak dan menunjuk-nunjuk. Kan? Begitu semua orang fikir.

MasyaAllah... akhirnya saya jumpa ramai orang kaya yang langsung tiada ciri-ciri di atas. Syukurlah Allah tak tempatkan saya begitu lama dalam kemiskinan minda ni.

Kenapa orang Islam mesti kaya?

1. Untuk menguasai ekonomi

Kita bising Yahudi menguasai ekonomi orang Islam. Orang-orang kaya Yahudi membiayai ekonomi mereka sendiri.  Jika ekonomi sesuatu kaum itu kukuh, kaum itulah yang akan menguasai dunia.

Zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat hidup sederhana bukan sebab mereka miskin, tapi sebab harta mereka digunakan sepenuhnya untuk memperjuangkan Islam.

2. Bersedekah

Siapa yang membiayai Pusat Tahfiz yang semakin banyak di Malaysia? Siapa agaknya yang banyak menyalur bantuan ke Gaza, Syria, Palestin dan seumpamanya? Agaknya kalau kita yang hulur RM10 ni boleh ke nak hantar bantuan banyak-banyak ke sana? (tu pun kalau hulur)

Siapa yang membiaya asrama anak yatim? Siapa yang menubuhkan dana dan yayasan pelajaran kalau dia bukan seorang yang kaya? Saya yang menyumbang kepada pembinaan masjid?

Alhamdulillah.. di Malaysia ramai orang kaya Islam yang menghulur bantuan malah ada yang mewaqafkan diri sendiri untuk agama. Kita pula cuma nampak 'orang kaya yang sombong'. Duduklah kita dalam zon selesa, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur.

3. Menguasai ilmu

Orang Yahudi hebat sebab mereka menguasai ilmu. Sebelum Yahudi, orang Islam sendiri sudah cukup hebat. Ingat saja tokoh-tokoh Islam yang jadi ahli botani, ahli kimia, ahli falaq, ahli perubatan dan sebagainya. Mereka menguasai ilmu dan menguasai Al-Quran.

Betul, ilmu terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Agaknya kalau duduk diam di rumah tanpa pergi mencari ilmu, mampukah kita menguasainya?

Arwah Ahmad Ammar, yang meninggal dunia di Turki semasa berusia 20 tahun dalam keadaan sedang menuntut ilmu. Betapa tingginya darjat Allah beri kepada orang yang sungguh-sungguh menuntut ilmu. Saya percaya, kalau kita miskin mana mungkin kita mampu nak hantar anak kita pergi menimba ilmu sedalam itu.
(boleh baca buku Ahmad Ammar untuk tahu lebih lanjut mengenai beliau)

Tiada salahnya menjadi orang kaya. Kaya atau miskin, kita mesti sentiasa ingat, bahawa tanpa Allah kita bukan sesiapa.

Allah beri kita kudrat dan akal untuk kita guna semaksimum mungkin supaya dapat memakmurkan bumi. Akhirnya kita pilih untuk jadi biasa-biasa.

Jom ramai-ramai kita niat untuk jadi kaya. Saya jutawan dermawan!

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". [al-Qasas:77]
Susah juga nak cari tajuk yang sesuai ni.

MS maksudkan disini ialah, bagaimana cara nak menghadapi serangan/hasutan/bisikan/ suara negatif orang sekeliling yang tak support usaha kita untuk menyusukan bayi dengan susu ibu dan bagaimana cara untuk kita dapatkan sokongan moral daripada orang-orang sekeliling kita. Haa panjang kan? Takkan satu perenggan ni nak jadi tajuk entry pulak.


Sudah menjadi lumrah, nak nak pulak ibu tu ibu baru, anak pertama. Sama ada dia surirumah atau ibu berkerjaya, dia tetap akan hadapi dilema. Bila ibu dah nekad nak menyusukan bayi secara eksklusif, ada pulak suara-suara negatif bagitahu," alah susah-susah je nak pam-pam, lepas tu nak simpan, nak kena panaskan pulak. Bagi je susu formula selesai masalah. Nak yang bagus beli yang mahal tu.."

Suara negatif no.2. " bagi je susu tepung, senang nanti kau nak kerja jauh-jauh. nanti kalau bagi susu ibu susah pulak dia asyik nak melekat dengan kau je"

Like "helloo!! susu lembu walaupun mahal ia tetap susu lembu tau! I nak bagi anak i susu ibu!" ..hehe tapi kalau nak jawab macam ni kena jawab dalam hati jek la. :))))

Ok lah, di bawah ni tip-tips yang boleh ibu2 amalkan untuk menangkis serangan negatif dan mendapatkan sokongan moral orang sekeliling.

1. Senyum. Tak perlu kata apa-apa.
Memang susah. Mulut tu gatalll je nak menjawab. Tapi percayalah.  Ia berbaloi. Senyum sambil dalam hati kata "so what, ko ade?"

2. Jawab dengan berhemah
Terangkan dengan tulus ikhlas dari hati mengapa kita nak anak kita menyusu dengan susu ibu. Boleh ikut skrip ni, " Apa yang saya tahu, dan ikut pembacaan saya, susu ibu ni lebih banyak khasiat dari susu formula. Sebab susu ibu ni memang special Allah cipta untuk manusia. Lagipun saya nak ikut sunnah Nabi, supaya akhlak anak-anak saya baik seperti Rasulullah. Awak doakanlah yang terbaik untuk saya ye"

Sure orang tu nangis-nangis suruh kita menyusukan anak dia jugak. errkk!

Hehe jangan pula jawab macam "so what, ko ada?" tadi.. Kalau cakap dengan mak mertua mau kena pelempang. huhu.

3. Bagi bahan bacaan untuk mereka
Ini kira macam menjawab melalui tindakan. Lepas dia bebel-bebel, kita pun bagi sebijik buku. Nah baca kau. Buku bertajuk "Hikmah menyusukan bayi dengan susu ibu". Eh,ada ke buku macam ni di pasaran yer? MS pun nak beli je rasa. Kalau takde buku boleh je bagi pamplet ke, link website mana yang best-best seperti susuibu.com.

4. Sabar
Kesabaran tahap jurus 99 memang sangat diperlukan kalau balik-balik topik sama je derang nak bebel. Macam takde topik lain kan. Cer sembang pasal harga gula naik ke, atau bagaimana meningkatkan pendapatan dizaman ekonomi serba mencabar ini...haa ada jugak pekdahnya. Kan? kan?

So...sabar jelah!

5. Dapatkan sokongan suami
Siapa lagi nak bagi moral support untuk ibu jika bukan si bapa bayi berkenaan kan? Ibu2 mesti dah berbincang dengan suami terlebih dahulu, apa, bagaimana, siapa, bila, di mana (1H,4W pulak dah) tentang susu ibu ni kan?

So bagi suami-suami pula, kalau tengok isteri kena hentam contohnya dengan adik beradik kita atau mak mertua dia (mak kamu la tu) back up la sikit.. Kesian isteri. Bayi tu anak kamu juga. Kamu juga berhak menentukan apa yang terbaik untuk anak kamu.

Bukan suruh jadi derhaka, tidak. Nauzubillah. Tapi at least pujuk-pujuk la isteri kalau tengok dia memendam rasa, mengalir air mata gara-gara keceluparan ahli keluarga kita.

Nak pujuk, belikan aje  Set Menyusu Lengkap Shaklee ni. Mesti isteri suka. Dia tak akan stress dah sebab dalam set ni ada B complex yang melegakan tekanan. hiiiii...

6. Dapatkan sokongan keluarga
Terutamanya adik beradik, ibu bapa dan keluarga mertua kita. Sama seperti point no. 2 tadi, berikan penjelasan supaya derang turut sama berbangga dan suka dengan keputusan kita untuk eksklusif breastfeeding.

Okey lah..cukup dulu 6 tips ini.. InsyaAllah kita bertemu dalam topik penyusuan yang lain pula.

Salam sayang untuk ibu-ibu menyusu. Teruskan perjuangan anda. Kuatkan semangat!

Penyusuan susu ibu itu sunnah. Penyusuan susu ibu itu jihad!

Mama Su
013-2369434
fb/su.annajah

Dah lama tak up entry tentang motivasi dan inspirasi kan? So hari ni nak share tentang keajaiban syukur.

First of all, jom kita ramai2 ucapkan "ALHAMDULILLAH ATAS NIKMAT YANG TELAH ENGKAU BERI KEPADA KAMI, YA ALLAH...SYUKUR"

Actually entry ni adalah ringkasan a.k.a summary dari buku bertajuk 17 Rukun Berbisnes Dengan Allah, Bab 16- Rukun Syukur. bab2 yg lain tu best2 jugak tapi nak share bab syukur ni je..



Syukur adalah satu perkara yang jarang2 orang buat. Selalunya orang bersyukur time happy2 je mcm dapat baby baru, rumah baru, naik pangkat, dpt tawaran kerja dgn gaji ribu2 riban dan mcm2 la happy moment.

Jarang orang nak bersyukur setiap hari contohnya, syukur aku bernafas hari ni, syukur hari ni dapat buka puasa dengan family, syukur anak2ku ada didepan mata, syukur gaji aku masih lagi masuk tiap2 bulan, syukur aku masih ada mata untuk melihat, syukur aku belum pekak lagi. Kan?

Lagi tak pernah dibuat orang ialah bersyukur apabila ditimpa musibah contoh Alhamdulillah aku kemalangan sikit hari ni, syukur rumah aku terbakar, syukur kereta aku kena pecah. Nampak macam tak logik je nak bersyukur dengan perkara2 sebegitu kan? Harus ada yang cakap "gilo ko apo, keto kau kono pocah pun nak bersyukur"

Jom baca kisah ini...

Ada seorang buta, kerjanya minta sedekah di laluan orang ramai. Dia memegang satu papan tanda yang bertulis "Saya buta, berilah bantuan!" Sedihnya walaupun ramai orang yang lalu lalang depan dia, hanya beberapa orang je yang beri wang kepada dia.

Ada seorang pemuda yang memandang penuh hiba kepada si buta tadi, lalu dia mengambil papan tanda dan mengganti tulisannya. Tidak lama kemudian, hampir semua orang yang lalu dihadapan sibuta itu memberikan wang kepadanya. Kalimat itu kelihatan sungguh hebat hingga ramai orang yang tersentuh.

"Hari ini amat indah sekali, sayangnya saya tidak dapat melihat." itulah kalimat yang penuh dengan rasa syukur.

Cuba perhatikan ayat ini,

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras," Ibrahim:7

Dah jelas-jelas kita kena bersyukur dengan nikmat, jadi kenapa pula harus bersyukur dengan musibah?

Logik akal kita inilah yang telah dipatahkan oleh Al-Quran Surah Ibrahim:7 tersebut. Apabila ditimpa musibah, kekecewaan, kesukaran, penderitaan pun kita masih perlu bersyukur.


Apabila bersyukur, sedar atau tidak tenaga POSITIF mula meresapi hati dan jiwa kita. Serta merta kita bersangka baik dengan Allah, menukar penderitaan menjadi bahagia, kesedihan menjadi gembira, kesukaran menjadi mudah, ujian menjadi cabaran, kecewa menjadi pemangkin semangat untuk terus bangkit dan berjaya!

Sikap dan kata-kata yang muncul dari hati yang penuh dengan rasa syukur memiliki kesan makna dan tenaga yang kuat:

  • hidup terasa lebih indah, lebih bermakna, dan terasa kekuatannya
  • hati berusaha melihat keadaan orang yang lebih sukar
  • terasa diri memperolehi nikmat tidak terhingga yang jauh lebih beruntung
  • cara paling mudah untuk capai kebahagiaan
  • dapat meningkatkan rasa optimis, dan positif
  • semangat terpacu lebih kuat
  • semakin mudah melayan rasa kecewa
  • hati lebih fokus pada perkara positif
The more you express gratitude for what you have, the more you will have to express gratitude for- Zig Zigler

Bahagia dan berjaya adalah hasil perilaku! Oleh itu, apabila kita mempunyai perilaku orang berjaya, pasti suatu masa kita menjadi bahagia dan berjaya pula.

Bersyukur menyimpan kekuatan penuh untuk merealisasikan impian jadi kenyataan. Bersyukur mampu menarik apa yang kita mahu dalam hidup seperti hukum tarikan.

Bersyukur menyegerakan pertumbuhan dan kejayaan. Hukum berkelimpahan (law of abundance) juga turut berfungsi dengan kekuatan syukur.

Jadi, mulai hari ini, kurangkan mengeluh, mengomplen, kecewa, sedih, frust, berduka nestapa. Ucapkan syukur atas apa sahaja yang kita dapat/ lalui hari ini, dan yakin Allah akan berikan nikmat yang lebih banyak dan lebih baik!

Tukar keinginan menjadi rasa syukur. Keinginan penyataan kekurangan sedangkan kesyukuran pernyataan berlebihan dan kita sudah memiliki semua yang kita perlukan!

Ambil pen dan kertas, tuliskan semua keinginan dan impian anda kemudian tukarkannya menjadi present tense/ past tense (sedang dan telah kita capai). Rasakan tenaganya!



~Saya adalah seorang jutawan muslimah yang berjaya, beriman, bertaqwa dan tawaduk~


Siapakah umat Muhammad?

Umat Muhammad ialah:

Yang sabar apabila di hina

Yang kuat apabila dipersenda

Yang gigih apabila berusaha

Yang senyum jika terluka

Yang memaafkan bila kecewa

Yang berani bersemuka

Yang indah bila berkata-kata

Yang sopan bila berbicara

Yang tawaduk sebagai hamba

Yang ikhlas dijiwa

Yang mulia bila di cerca

Yang redha bila di duga

Yang qanaah selepas berusaha

Yang zuhud dengan dunia

Yang penuh ilmu di dada

Yang dirindui Baginda di akhir hayatnya

Ya, aku ini umat Muhammad!

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad, wa 'ala ali saidina Muhammad..


AKU UMAT MUHAMMAD!

by on Januari 25, 2013
Siapakah umat Muhammad? Umat Muhammad ialah: Yang sabar apabila di hina Yang kuat apabila dipersenda Yang gigih apabila berusaha Y...
Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.. hari ini hari gaji!! Eh, duduk rumah pun dapat gaji? Mestilah, siapa nak bagi kalau bukan Shaklee..hehe.. Syukur Alhamdulillah.. Sebenarnya saya sendiri pun mcm tak percaya yg saya boleh dapat duit dengan jual Shaklee.. Mana taknya, saya baru join Shaklee bulan 6, ini bulan ke-2 bonus saya masuk. Walaupun tak banyak mana, tapi cukup untuk menampung lompang2 poket saya. Dan saya sangat yakin angka ini akan bertambah dari bulan ke bulan!!

Saya suri rumah sepenuh masa setelah berhempas pulas cari keje tak dapat2. Tibe2 seorang hamba Allah yg baik hati iaitu upline sy,offer saya jual Shaklee.. Saya ok je, sambil tolong2 dia boleh topup income jual baju yg tak seberapa. Di pendekkan cerita saya pun jadi ahli. Memula makan sendiri. Adalah promot2 jugak melalui facebook. Pastu makin ramai yg tanya2. Siap nak ambil fullset set menyusu lagi. Saya semakin semangat.

Apa yang saya dapat dengan jadi ahli? Baaanyaakkk sangat!!!!
1. Beli barang dengan harga ahli, kumpul UV, tiap2 bulan bonus masuk (berdasarkan kiraan dan percent)
2. 1-1 coaching. Upline sentiasa guide macam mana nak start, macam mana nak buat, etc.
3. Dapat baaanyakk ilmu. Secara langsung dan tak langsung. Ilmu kesihatan, ilmu perniagaan, ilmu communication, ilmu bersosial, ilmu agama pun dapat tau..jangan tak caye..
4. Dapat raaammaaiiii kawan. Best!!
5. Dapat kenal dengan orang2 hebat iaitu upline dan super2 upline yg tak jemu2 bg dorongan, motivasi. Di bawah Euphoria ada 4 ke 5 orang pangkat Masters yg saya kenal.. hebat2 diorg nih..
6. InsyaAllah akan dapat bonus kereta dan bonus convention sekali. Amiinn..

Bagaimana nak jadi ahli? Ada beberapa pilihan:
1.Dengan bermodalkan RM75 termasuk kos pengeposan oppurtunity kit, anda boleh bergelar Shaklee Independent Distributor di bawah saya.
2. Membeli 2 botol Vivix anda dapat free membership
3. Membeli 3 kotak Collagen powder anda dapat free membership
4. Membeli mana-mana produk dengan kiraan UV sebanyak 200uv (lebih kurang RM680 harga barang) juga anda layak dapat free membership.

Mudahkan???

Sememangnya mudah buat bisness dengan Shaklee. Tak perlu pinjam loan untuk jadi ahli, cuma RM75 sahaja!!

Apa yang anda dapat sebaik menjadi ahli di bawah saya?
1. Boleh terus mempromosikan produk
2. Anda akan di 'add' masuk ke grup jutawan2 Shaklee hebat tadi
3. Bimbingan berterusan dari saya dan upline sehingga kita sama2 berjaya mencapai Masters InsyaAllah.
4. Boleh dapat bonus seawal bulan pertama jika anda membuat belian (dengan ID anda) melebihi 150uv dan keatas.

11 Sebab kenapa saya pilih Shaklee dan kenapa anda pun mesti pilih Shaklee

1. Penghantaran disediakan oleh syarikat jika nak courier pada customer kita.

2. Vitamin ini berkualiti, tahan lama utk sebotol dan harga reasonable.

3. Ia MUDAH DAPAT REPEAT ORDER. SANGAT MUDAH!

4. Vitamin ini mudah nampak kesan apabila customer rajin minum air.

5. Masa yang fleksible.

6. Bonus dia selari dengan usaha kita. Biz ni bukan head hunter. Oleh kerana itu mempunyai downline sahaja tak memberi apa2 manfaat. Ada sesetngah biz, dapat downline dapat bonus , maka ini dinamakan head hunter. Tapi Shaklee bukan.

7. Saya yang tentukan bonus saya. Maka saya kena rajin sebab saya nak beri banyak pada keluarga dan ummah.

8. Ia dah terkenal maka senang nak promote.

9. Dah ramai yang buat? Oh itu petanda bagus sebab saya tak penat nak terang Shaklee punya background. Ramai aje yang dah tahu. Ia lebih mudah. Nelayan yang ramai pun tak boleh nak sebabkan ikan dilaut kehabisan. Sama lah kita yang berniaga. Customer ni berjuta. Setiap kita mempunyai circle of friends kita sendiri.

10. Saya suka sebab vitamin ni buat saya muda, sihat dan ceria! So saya nak share kan manfaat vitamin ni pada ramai diluar sana.

11. Online saya tak perlu berdepan dengan muka customer!



Dalam Shaklee, bisness ini adalah bisness anda sendiri. Anda buat anda dapat. Tidak ada kena mengena dengan upline dan tidak ada istilah 'mengkayakan upline'. Upline tak gerak itu masalah dia, yg penting kita usaha untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Saya tahu ramai surirumah yang terumbang ambing, tak ada hala tuju. Saya cuma fikirkan masa depan saya dan anak2. Semua boleh berlaku kan? Kita usaha Allah menentukan. Kalau anda bertekad untuk membantu keluarga, begitu juga saya. Saya dah pilih jalan ini dan saya puas hati.

Anda?? Tentukanlah sendiri...

"Sesiapa yang bertaqwa, Allah tunjukkan kepadanya jalan keluar daripada kesulitan dan Allah akan memberi rezeki dengan jalan yang tidak disangka-sangka"- Surah At-Talaaq:2-3

Hubungi saya tanpa was2:
Su 013-2369434
fb: www.facebook.com/su.annajah
emel: butik.annajah@gmail.com