OH MUDAHNYA BAYAR ZAKAT ONLINE!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. sujud syukur padaMu yaAllah atas rezekiMu.

Alhamdulillah hari ni pembayaran bonus oleh Shaklee kepada distributor yg bertungkus lumus memasarkan produk. Setiap bulan, Shaklee akan bayar bonus melalui 2 cara:

1. Online transfer terus ke akaun Maybank pengedar
2. Cek yg diposkan pada hujung bulan jika tidak mempunyai akaun Maybank

Bila dah masuk wangnya ke akaun kita maka tibalah giliran kita menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam, menunaikan rukun Islam ke-4 iaitu zakat.

Untuk membayar zakat, sama ada perniagaan, pendapatan, fitrah, ternak, emas dan sebagainya, ada 2 pilihan:

1. Bayar di kaunter pusat zakat yg ada disetiap daerah
2. Bayar online.

Sekarang sy nak share bagaimana cara bayar zakat online, atau lebih mudahnya melalui Maybank2u.

1. Log in akau Maybank2u anda
2. Klik "bill payment"
3. Kemudian klik " make a one-off payment"
4. Pilih "zakat & charity". klik "Continue"
5. Pilih perbadanan zakat pilihan anda. Klik "teruskan"
6. Masukkan maklumat yang berkenaan seperti amaun zakat yg akan dibayar, no tel pusat zakat pilihan anda tadi, jenis zakat yang ingin di bayar. Kemudian klik "Continue"
7. Masukkan no TAC. klik "Confirm"
8. Save ke dalam pc untuk rujukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang zakat, siapa yang layak menerima, siapa yang wajib membayar, apakah jenis zakat yang kita wajib bayar, silalah melawat ke laman web zakat ini

www.zakat.com.my

"Dirikanlah solat; dan bayarkanlah zakat; dan apa-apa yang kamu usahakan di antara kebaikan untuk dirimu, nescaya kamu beroleh pahalanya disisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" Al-Baqarah: 110

Tiada ulasan:

Catat Ulasan