Kisah Hari Pertama Puasa Ammar.....Yang Kantoi

Anakku Ammar berusia 6 tahun.

Tahun ni aku berniat nak latih dia supaya puasa penuh. Dalam fikiranku, usia 6 tahun dah cukup besar untuk belajar berpuasa. Maklumlah tahun lepas dia langsung tak puasa. At least bila dah masuk usia 7 tahun, tahun depan, dia dh ada pengalaman berpuasa.

Awal hari pertama berjalan dengan lancar. Kami kejutkan dia bangun sahur. Dalam malas-malas dia bangun juga. Tapi ku dapat rasa dia memang ada niat tak mau puasa hari ni.. Sebab aku pun asyik duk ingatkan dia jangan makan, jangan makan dia pun jadi marah.

Seawal jam 9 pagi lagi dah mintak nak minum nescafe. Ada baki nescafe yang abah dia bancuh masa sahur, daku suruh minum dia tak mau. Lepastu mula teringin.

Bila aku tak bagi dia makan, dia marah. Dia pergi dapur aku panggil nama dia. Dia bukak peti ais berulang kali pun aku panggil nama dia. Dia bukan penat, tapi lapar. Kalau betul-betul penat tu aku kesian la jugak. Kalau lapar masih boleh di tahan lagi.

Fikirku, kalau dia mampu puasa sampai jam 4 petang, esok lebih mudah. Sebab dia dah dapat train perut dia beradaptasi dengan rasa lapar. hihi..

Lepas solat Zohor aku terlelap sebentar. Sedar dari tidur, abah Ammar bagi tau, "Ammar dah berbuka, minum Milo," Geram juga rasanya.. Baru jam 2 kot. Tunggulah sejam atau dua jam lagi. Grrr..

Abah dia siap tanakkan nasi untuk dia. Emm sabo jelah. Usaha mama untuk tengok dia puasa penuh hari pertama akhirnya hampa jua.. haha..

Ok, esok masih ada. Aku dah bagitau awal-awal, esok Ammar mesti puasa. Dia angguk je. Niat puasa pun dah baca...so kita tunggulah esok gimana pula kisahnya.

*Menu hari pertama kami:
1. Nasi ayam (masak sendiri)
2. Kuih cara berlauk (beli)
3. Popia (beli)
4. Bubur lambuk semangkuk (jiran bagi)
5. Tepung gomak (jiran bagi)
6. Seri muka (beli)
7. Air tembikai susu (beli)
8. Air teh bunga (beli)

Haa amekaw menu. Cam orang kebulur jer..huhuhu...

P/S: Nak Set tahan berpuasa untuk dewasa dan kanak-kanak?? Hubungi:

Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
Fb page/ Saya Mahu Sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan