Rabu, 18 Jun 2014

Produk Herba Tipu!

Al-kisah, di sebuah klinik Kerajaan, berlakulah perbualan seorang pesakit dengan doktor.

Doktor: Makcik, kenapa kencing manis tinggi sangat ni? Makcik tak makan ubat ke?

Makcik: Makcik berhenti sekejap makan ubat. Hari tu makcik ada beli ubat herba, dalam tu ada semua. Insulin semua adalah. Makcik nak cuba juga mana tahu boleh baik kencing manis ni.

Doktor: Tinggi sangat ni makcik. Saya tak pernah tengok lagi kencing manis tinggi macam ni. Herba apa makcik makan?

Makcik: Makcik pun tak tahu. Orang tu kata, kalau makan herba ni jangan makan ubat doctor.

Doktor: Dah berapa hari makcik makan herba tu?

Makcik: Dah dekat 10 hari jugak la.

Doktor: Tu la..lain kali makcik jangan dengar cakap diorang ni. Dalam herba mana ada insulin makcik.

Makcik: Makcik tak tahu. Makcik ingat nak cubalah mana tahu kan.

Perbualan diatas adalah kisah benar yang berlaku semasa MS ke klinik untuk tujuan pemeriksaan bulanan tempoh hari. MS pasang telinga sungguh-sungguh sebab nak juga tahu produk apa makcik tu makan. Mujur saja makcik tu tak sebut Shaklee. Hahaha.. Suspen ahkak tau.

Hmm...berdasarkan perbualan tersebut, ada beberapa perkara MS nak highlitekan. Sama ada penjual atau pembeli, KENA baca ni:

1.       1. Sebagai penjual produk kesihatan, tak kira sebagus mana produk tu, jangan kita nak memandai lebih daripada doctor. Kita tak betul-betul pasti kondisi sebenar pembeli tu. Pastu memandai-mandai kita nak suggest dia supaya berhenti makan ubat doctor. Kang kalau jadi apa-apa kat pesakit tu, ada kita nak bertanggungjawab? Takde kot.

2.       2.Sebagai peniaga juga, jangan overclaim. Overclaim bermaksud produk kita mampu menyembuhkan penyakit gitu gini. Kalau nak kena tahan dengan KKM buat la.. Sebagai peniaga produk kesihatan, kita sebenarnya tertakluk kepada akta dan undang-undang di bawah Kementerian Kesihatan. Walaupun produk kita bagus, dan memang terbukti dapat mengurangkan dan menyembuh penyakit, kita tetap TAK BOLEH claim produk kita berkesan macam ubat. Alhamdulillah dalam grup Shaklee kami memang ada pegawai dari KKM yang sentiasa mengingatkan garis panduan yang kami kena ikut.

3.      3. Sebagai pembeli pula, kita harus ambil tahu dengan teliti sebelum membeli sesuatu produk. Macam dalam kes diatas, mana ada herba yang ada insulin. Insulin tu hormone! Tapi saya tak salahkan makcik tu. Sebagai orang yang terdesak, sesiapapun pasti akan cepat terpengaruh. Dan makcik tu dah tentu tak dapat maklumat yang cukup berkenaan produk berkenaan dan keadaan yang sesuai dengan dia.

4.       4.Lagi satu, walau sekronik mana penyakit kita, ikutlah nasihat doctor. Doktor kata makan ubat tu, makan je. Kalau nak ambil suplemen lain, ikut panduan daripada doctor atau peniaga  yang berilmu. Peniaga yang berilmu tak akan cadangkan benda pelik-pelik yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Dia akan beri jadual makan yang tak ‘clash’ dengan jadual pengambilan ubat doctor. Bila diyakini penyakit sudah 100% sembuh, mintalah pula nasihat doctor sama ada nak teruskan pengambilan ubat atau cukup dengan suplemen saja.

Badan kita tanggungjawab kita.

Mesej ini ikhlas daripada saya untuk semua (^_^)v


~Al akli salim fil jismi salim~

Suhaila
012-9645614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan