Ouch! 8 Cara Elakkan Bayi Menggigit Ketika Menyusu Supaya Puting Tak Luka

Sebagai ibu menyusu, saya pasti yang ibu-ibu lain pun pernah rasa 'nikmat' kena gigit dengan si comel masa tengah syok menyusukan dia. Betul tak?

Paling sengsara bila bayi dah tumbuh gigi, dan kebetulan puting ibu pulak luka. Aduhai... rasa nak menangis! Yang si dia tengok ibu tengah menahan kesakitan boleh pulak dia sengih-sengih. Geram je nak picit-picit kan.. haish..


Saya pun pernah rasa. Menggigil tahan pedih kena gigit masa puting tengah luka. Teringat pulak masa kerja dulu, ada sorang kakak tu bagi 'petua', kalau baby gigit, picit hidung dia. Serta merta dia akan lepaskan gigitan. Memang saya amalkan dan memang berkesan! Haha.

Sebenarnya kenapa ye bayi menggigit? Gatal gusi ke atau sengaja nak 'seksa' ibu?

1. Cari punca

Mesti ada sebab anak kita tu menggigit. Antaranya dia memang gatal gusi nak tumbuh gigi, atau bayi tu kecewa sebab gagal dapat susu yang diingininya.

Jika susu tak nak keluar atau alirannya terhalang, ibu perlulah ransang supaya susu dapat mengalir lancar untuk penuhi keperluan bayi. Tuam payudara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam atau buat urutan khas di sekeliling payudara.

2. Tukar payudara

Contohnya, kalau bayy suka gigit payudara belah kiri, perlahan-lahan alihkan dia ke belah kanan sambil ibu menegur secara sopan. Selalunya kalau macam ni, ibu mesti rasa nak marah kan, jangan marah sebaiknya cakap dan tegur dengan lembut.

3. Picit hidung atau tekap muka bayi

Ini macam kaedah 'mendenda'. Kalau sayang gigit lagi, mama picit hidung. Kaedah ni memang berkesan dan bayi akan faham jika dia menggigit lagi, maka hidungnya akan sakit.

4. Posisi yang selesa

Mungkin bayi menggigit sebab tak selesa dengan posisi yang ibu letakkan. Contohnya ada bayi yang nak tidur dan menyusu sambil baring dengan ibu, dia tak nak ibu duduk jadi dia gigit puting ibu. Ibu mesti faham akan isyarat yang bayi itu mahukan.

5. Leraikan gigitan dengan jari

Jika bayi seakan mahu mula menggigit, masukkan jari ibu ke dalam mulutnya supaya mulutnya terlepas daripada payudara. Buat perlahan-lahan, bukan dalam keadaan tiba-tiba untuk mengelakkan bayi terkejut dan akhirnya menggigit puting ibu dengan lebih kuat.

6. Gigit sesuatu

Kalau betul bayi dah nak tumbuh gigi, berikan sesuatu untuk dia gigit seperti teether. Alat seperti ini dapat membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit.

7. Jangan menjerit

Walapun sakit, pedih dan perit, elakkan daripada menjerit, meninggikan suara, memarahi atau memukul bayi. Keadaan ini akan buatkan bayi terkejut dan takut nak menyusu.

8. Prihatin

Sentiasa perhati dan prihatin dengan tingkahlaku bayi untuk kenalpasti tabiat menggigit itu disebabkan apa. Contohnya jika bayi menyusu dalam keadaan terlalu mengantuk dan puting mula nak terlepas daripada mulutnya.

Ibu mesti peka dengan keadaan ini untuk mengelakkan bayi menggigit dan buatkan luka jadi lebih parah lagi.

Sebenarnya takdelah susah sangat nak handle masalah bayi menggigit ni. Ibu mesti jadi sedikit kreatif supaya bayi dapat terus menyusu dan ibu tak rasa sakit.

Jangan pulak ibu fed-up dan terus berhentikan penyusuan.. Kesian si comel.

Petua Atasi Puting Luka

Wahh ini special untuk ibu yang ada masalah puting luka akibat digigit si kecil. Caranya ialah, picit puting untuk keluarkan susu, dan sapukanlah susu tersebut pada bahagian luka.

Percaya tak, susu ibu mengandungi vitamin E yang boleh membantu proses penyembuhan luka.

Tapi, jangan pergi sapu vitamin E sintetik yang ibu beli dikedai. Ini bahaya sebab vitamin E sintetik tersebut mengandungi bahan toksik.

p/s: atau pun ibu boleh dapatkan vitamin E semulajadi daripada saya.

Saya ucapkan selamat menyusukan si comel tersayang, dan salam ceria penuh bahagia!

Pertanyaan atau pembelian vitamin semulajadi, boleh hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994


1 ulasan:

  1. Anak saya lepas demam ni baru dia mula mengigit,YaAllah..Allah saja yang tahu sakitnya..saya jadi fobia nak bagi dia hisap susu..

    BalasPadam